27208 ali

Upload: amirul-afiq

Post on 04-Apr-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 27208 ALI

    1/22

    SOALAN TUGASAN

    Berdasarkan pengalaman dan kelayakan yang anda miliki, anda telah diberi

    kepercayaan oleh pihak pentadbiran sekolah untuk membangunkan satu

    program latihan jangka panjang ke atas sekumpulan pelajar menengah rendah.

    Untuk melaksanakan tanggungjawab ini, anda dikehendaki mengenalpasti bakat

    dan kebolehan mereka.

    Sasaran anda ialah pertandingan sukan MSSM diperingkat daerah dan negeri

    pada 2010.

    a) i) Nyatakan kaedah yang anda gunakan untuk mengenal pasti bakat-

    bakat dari kalangan pelajar sekolah anda.

    ( 2 markah )

    ii) Pada pandangan anda, apakah maklumat-,maklumat atau data

    yang berkaitan dengan pelajar yang boleh membantu pelaksanaan

    program anda. Drafkan borang bagi memuatkan maklumat-

    maklumat berkenaan.

    ( 3 markah )b) Lakarkan program latihan jangka panjang anda kepada fasa-fasa latihan

    mengikut kesesuaian tempoh atau jangka wakru dan matlamat yang hendak

    dicapai.

    ( 5 markah )

    c) Dalam setiap fasa program layihan anda, cadangkan kaedah-kaedah latihan

    yang akan anda laksanakan ke atas pelajar anda. Cadangkan satu enis

    latihan bagi setiap kaedah yang dinyatakan.

    (20markah)

    d) Cadangan ujian-ujian yang mungkin anda gunakan untuk mengetahui

    perkembangan pelajar-pelajar anda selepas mengikuti program anda.

    ( 5 markah)

    Jumlah : 35 markah)

    1

    1

  • 7/31/2019 27208 ALI

    2/22

    Pengenalan

    Merancang dan menyediakan program latihan memerlukan seseorang

    jurulatih mempunyai pengetahuan dalam mengelolakan latihan secara

    sistematik mengikut prinsip-prinsip latihan untuk jangka panjang dan jangka

    pendek.Perancangan ini akan menentukan kejayaan kepada atlet dan

    seterusnya dapat menggalakkan dan meningkatkan prestasi mereka. ( oum

    2007)

    Program latihan memerlukan perancangan yang bersistematik seperti

    program latihan kecergasan . Terdapat fasa-fasa latihan kecergasan fizikal

    yang perlu kepada seseorang atlet semasa mengikuti latihan. Kaedah-

    kaedah latihan untuk pembinaan kecergasan fizikal terutamanya dalam aspek

    daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot dan kekuatan asas diperlukan

    seperti latihan jarak jauh perlahan(LSD), Latihan Fartlek, latihan jeda jarak

    jauh dan latihan bebanan.

    Dalam merancang program latihan perlu mempunyai matlamat yang hendak

    dicapai semasa dalam pertandingan yang sebenar. Program latihan ini jugaperlu mempunyai jangkamasa yang ditetapkan dan mempunyai kumpulan

    sasar yang dilatih khusus dalam sesuatu pertandingan.

    Kumpulan sasaran bergantung kepada atlet yang dilatih sama ada atlet

    berprestasi rendah, pertengahan atau tinggi. Atlaet berprestaasi rendah

    biasanya adalah dikalangan pelajar sekolah ataupun yang mewakili peringkat

    daerah atau negeri.Bagi atlet berprestasi pertengahan kebiasaannya adlah

    mereka yang didalam golongan atlet yang mempunyai pencapaian yang

    cemerlang di peringkat negeri serta mempunyai target untuk memperbaharui

    rekod. Atlet yang berprestasi tinggi pula ialah yang mempunyai rekod yang

    cemerlang di peringkat antarabangsa serta mempunyai potensi untuk

    mencipta rekod baru. ( oum 2007)

    2

    2

  • 7/31/2019 27208 ALI

    3/22

    Soalan a( i)

    i) Nyatakan kaedah yang anda gunakan untuk mengenal pasti bakat-

    bakat dari kalangan pelajar sekolah anda.

    Banyak kaedah yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk mengenal pasti

    bakat-bakat dari kalangan pelajar sekolah. Sebagai guru saya boleh

    mengenal pasti bakat-bakat pelajar sekolah saya melalui pelajaran

    Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Semasa pelajar-pelajar ini melakukan

    aktiviti-aktiviti di padang saya boleh membuat pemantaun dari segi

    kecergasan pelajar-pelajar saya.

    Kanak-kanak yang cergas boleh melakukan aktiviti yang diarahkan oleh guru

    dengan baik tanpa berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti

    pengsan dan sesak nafas. Semasa aktiviti ini juga guru sudah boleh melihat

    bakat-bakat dari pemerhatian terhadap seseorang pelajar.

    Sukan tahunan membolehkan guru- guru mengcungkil bakat dari kalanganpelajar. Pelajar yang berjaya mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga

    sudah sememangnya diketahui bakat mereka dalam sukan yang diceburi

    seperti contoh pertandingan lompat jauh, lompat tinggi dan juga acara-acara

    olahraga seperti lari pecut 100 meter. Untuk mengenal pasti bakat-bakat

    dalam permainan pula setiap pelajar diberi peluang mencuba permainan

    yang dipertandingkan pada peringkat sekolah.

    Ujian pengesanan bakat dilakukan melalui dua cara iaitu pertama dengan

    mengadakan satu program khas di pusat-pusat tertentu mengikut zon di

    seluruh Malaysia.Pihak Majlis sukan Negara akan membuat beberapa ujian

    untuk mengesan bakat-bakat baru.. ( oum 2007)

    3

    3

  • 7/31/2019 27208 ALI

    4/22

    Cara kedua pula pemilihan murid-murid melalui pertandingan di peringkat

    daerah MSSD DAN negeri MSSM seterusnya di peringkat Kebangsaan.

    Sebelum murid-murid ini dipilih peringkat negeri mereka perlu menjalani

    beberapa ujian kecergasan.(oum 2007)

    Pada peringkat negeri mereka akan ditapis dikalangan mereka oleh pihak

    Majlis-Sukan sekolah bagi negeri masing-masing.(oum 2007)

    Terdapat 9 ujian untukpengesanan bakat sepeti dalam jadual dibawah:

    Performer Factor Basic Talent Identification TestsBody Structure 1.Height

    2. Am Span

    3. Sitting Height

    4 Body Mass

    5 Skinfold measures for determining body fat

    Strenght & Power 6 Weight Throw (3 kg shot)

    7 Vertical Jump

    Speed 8 40m sprint

    Agility 9 Agility Hexagon, Test (Jumping test)

    Endurance 10 Endurance Shuttle Run or 800 meter Run

    Soalan a (ii)

    4

    4

  • 7/31/2019 27208 ALI

    5/22

    Pada pandangan anda, apakah maklumat-maklumat atau data yang

    berkaitan dengan pelajar yang boleh membantu pelaksanaan program anda.

    Drafkan borang bagi memuatkan maklumat-maklumat berkenaan.

    Pada pandangan saya maklumat-maklumat yang perlu untuk pelaksanaan

    program ini ialah keadaan fizikal seseorang atlet seperti ketinggian dan juga

    latar belakang keluarga seperti tinggi bapa dan panjang depa dan bagi ibu

    pula ketinggian ibu, tinggi semasa duduk sera berat badan dalam keluarga

    atlet.

    Borang Pengenal pastian Bakat

    Nama Sekolah-------------- Daerah-------------------------- Negeri-----------------------

    Nama----------------------------------

    Alamat---------------------------------

    Poskod------------------------------- Bandar---------------------

    Lelaki Wanita Umur-------tahun tarikh Lahir----------------

    Tinggi--------------------- Tinggi duduk ------------Tinggi bapa-------------- Tinggi ibu------------------

    Panjang depa----------- Berat-----------------------

    Rumah Sekolah Daerah Negeri Negara

    Sukan 1--------------------------- --------- ---------- ---------- --------- ----------

    Sukan 2 -------------------------- --------- ---------- ---------- -------- ----------

    Sukan 3-------------------------- --------- ---------- --------- -------- ----------

    Sukan 4-------------------------- --------- ---------- --------- -------- ----------

    Sukan 5-------------------------- -------- ---------- --------- -------

    ----------

    Sukan dimana bapa anda cemerlang-----------------------------------------------------

    Sukan dimana ibu anda cemerlang ------------------------------------------------------

    5

    5

  • 7/31/2019 27208 ALI

    6/22

    Lontaran ;Cubaan 1----------------(m) Cubaan 2-------------(m)

    Lompat menegak :Cubaan 1---------------(sm) Cubaan 2-------------(sm)

    Lari pecut 40 meter : Cubaan 1---------------(s) Cubaan 2 ------------(s)

    Ujian Hexagon : Cubaan 1--------(s) Cubaan2---------Cubaan 3--------

    Lari 800(min/sec) :Cubaan 1------------------(s)

    (oum 2007)

    Rekod Peribadi Ujian Kecergasan Jasmani

    Percubaan 1 2

    Tarikh

    Item ujian Skor

    asas

    Gred Poin Skor

    Asas

    Gred poin

    Lari pecut 30 meter

    Lontar bola aras dada

    Lompat kuadran

    Duduk jangkau

    Lompat jauh berdiri

    Borang untuk mencatat skor bagi Ujian kecergasan atlet.

    6

    6

  • 7/31/2019 27208 ALI

    7/22

    b) Lakarkan program latihan jangka panjang anda kepada fasa-fasa latihan mengikut kesesuaiaan tempoh atau jangka

    waktu dan matlamat yang hendak dicapai.

    ACARA LOMPAT JAUH

    FASA

    PERSEDIAAN

    UMUM

    KAEDAHLATIHAN

    Merentas DesaLatihan Jeda

    Latihan FartlekJarak jauh

    balapan

    KHUSUS

    KAEDAHLATIHAN

    Merentas DesaLatihan Jeda

    Latihan FartlekJarakjauh

    balapan

    Latihan AsasLarian

    LarianSetempat

    BeritmaLutut TinggiSetempat

    Kawad kakiLari setempat

    Larian bulatanLarian angka 8

    FASA PERTANDINGAN

    PRA PERTANDINGAN

    KAEDAH LATIHANLatihan Fizikal

    Latihan Kemahiran Asas

    PERTANDINGAN

    PERTANDINGAN

    KAEDAH LATIHAN

    Latihan FizikalLatihan Kemahiran Asas

    Latihan Asas Lonjakan

    Latihan AsasLayangan/Mendarat

    FASA TRANSISI

    ( PERALIHAN)

    LawatanBerenang

    RekreasiBerkhemah

    7

    7

  • 7/31/2019 27208 ALI

    8/22

    (JAN-FEB) (MAC APRIL) ( MEI JUN) (JULAI NOVEMBER)- (DISEMBER JANUARI)

    8

    8

  • 7/31/2019 27208 ALI

    9/22

    c) Dalam setiap fasa program latihan anda, cadangkan kaedah-kaedah latihan

    yang akan anda laksanakan ke atas pelajar anda. Cadangkan satu jenis latihan

    bagi setiap kaedah yang dinyatakan.

    Program latihan merupakan alat yang digunakan oleh Jurulatih untuk

    merancang, mengarah dan memandu atlet bagi menjalani latihan sepanjang

    tahun (oum 2007)

    Program latihan dibahagikan kepada :

    1) Fasa Persediaan

    i) Persediaan Umum

    ii) Persediaan Khusus

    2) Fasa Pertandingan

    i) Pra Pertandingan

    ii) Pertandingan

    3) Fasa Transisi (Peralihan)

    Fasa Persediaan iaitu Persedian Umum dan Persediaan Khusus serta Pra

    Pertandingan dalam Fasa Pertandingan bertujuan untuk meningkatkan

    kecergasan fizikal dari segi daya tahan kardiovaskular, kekuatan, kelembutan

    dan sebagainya. Semasa Fasa Pertandingan dalam Pertandingan atletdidedahkan kepada beberapa pertandingan/percubaan sebagai persediaan

    untuk pertandingan utama. Setelah Fasa Pertandingan atlet berehat secara

    aktif. Semasa fasa ini atlet digalakkan untuk bermain berbagai sukan,

    berenang, berkhemah dan sebagainya. Bagi tujuan mengekalkan kecergasan

    fizikal.

    Setiap sesi latihan mesti diikuti dengan masa rehat. Ini adalah kerana badan

    memerlukan masa untuk memulih daripada tekanan latihan dan masa untuk

    menyesuaikan diri dengan latihan. Setelah rehat yang cukup, badan akan

    berfungsi dengan lebih berkesan pada sesi latihan yang seterusnya. Masa

    rehat bergantung kepada beban latihan. Latihan dengan beban yang tinggi

    9

    9

  • 7/31/2019 27208 ALI

    10/22

    memerlukan masa rehat yang lama. (Modul kursus kejurulatihan asas

    olahraga MSN/BPG)

    Latihan harus merangkumi aktiviti kaedah-kaedah yang berbagai bentuk dan

    menggunakan berbagai jenis peralatan yang sesuai. Ini akan menimbulkan

    minat dan motivasi di kalangan kanak-kanak. Perbezaan setiap individu dari

    segi fizikal, mental dan emosi menyebabkaan mereka tidak boleh dilatih

    dengan latihan yang sama. Latihan hendaklah mengikut keupayaan setiap

    individu terutamanya untuk latihan khusus.

    Individu yang berumur 9- 16 hendaklah dilatih berdasarkan keseronokan iaitu

    Pertandingan itu menyeronokkan dan latihan aerobik sesuai untuk mereka

    dan disamping itu mereka akan belajar tentang kelembutan dan kemahiran-

    kemahiran asas. (Modul kursus kejurulatihan asas olah raga MSN/BPG)

    Dalam Fasa program latihan ini saya telah memilih Acara olahraga iaitu

    acara padang Lompat jauh. Kaedah-kaedah yang akan saya laksanakan

    terhadap atlet saya seperti berikut:

    LOMPAT JAUHLompat Jauh adalah sejenis acara olahraga apabila seseorang atlet cuba

    mendarat sejauh yang boleh dari tempat pelepas. Para atlet yang bertanding

    akan berkari di laluan( pada tahap elit , biasanya mempunyai permukaan

    yang sama dengan trek larian.

    Atlet akan memijak sepintas pada papan kayu ke bahagian yang diisi pasir

    atau tanah. Jarak lompatan akan diukur dari papan kayu ke tempat para atlet

    mendarat. Jika seseorang atlet memulakan lompatannya dengan mana-

    mana bahagian kakinya melebihi papan maka lompatannya salah atau batal

    dan tiada jarak akan direkodkan.

    10

    10

  • 7/31/2019 27208 ALI

    11/22

    Format untuk pertandingan Lompat jauh berbeza tetapi pada amnya peserta

    akan mendapat beberapa kali cubaan untuk membuat lompatan sah dan

    yang paling jauh pada akhir pertandingan akan di kira juara.

    Kelajuan amat penting dan tinggi lonjakan adalah kunci lompatan yang jauh.

    Oleh itu atlet yang bertanding dalam lari pecut sesuai untuk bertanding dalam

    lompat jauh dan selalunya akan menjuarai semasa pertandingan.

    a)Fasa Persediaan

    Memberi tumpuan kepada pembinaan fizikal menyeluruh terutamanya dalam

    aspek daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot dan kekuatan asas

    sebelum atlet menjalani latihan pembinaan komponen fizikal yang diperlukan

    oleh sesuatu jenis sukan yang dicebur

    i)Persediaan Umum

    Dalam Fasa Persediaan Umum kaedah-kaedah latihan seperti latihan jarak

    jauh perlahan (LSD) Latihan Fartlek, latihan jeda jarak jauh dan latihan

    bebanan bagi adaptasi anatomical dan hipertrofi otot dicadangkan kepada

    jurulatih supaya melatih atlet masing-masing.Jangka masa bagi masa ini

    antara 6 hingga 14 minggu. (oum 2007

    RANCANGAN LATIHAN MINGGUAN UNTUK FASA PERSEDIAANA UMUM

    PRA MUSIM

    (BEBAN KERJA I S R K J S A

    BERAT *SEDERHANA * * *

    RINGAN * *

    REHAT *

    Latihan dilakukan pada hari Isnin sehingga hari Sabtu dan latihan yang berat

    iaitu berada di puncak ialah padahari Rabu dan rehat pada hari Ahad.

    11

    11

  • 7/31/2019 27208 ALI

    12/22

    ii)Persediaan Khusus

    Seterusnya dalam Fasa Persediaan khusus memberi penekanan kepada

    komponen-komponen fizikal yang lebih dominan dalam sesuatu sukan. Kaedah

    latihan seperti latihan jarak jauh perlahan, lahan Jeda, Latihan Fartlek latihan

    jarak jauh balapan diteruskan dalam fasa ini.

    Dalam Fasa khusus ini jurulatih sudah boleh memperkenalkan kemahiran-

    kemahiran asas dalam lompat jauh. Latihan asas larian dalam lompat jauh

    ialah seperti :

    i) Hayunan Tangan Setempat,ii)

    ii) Larian Setempat Beritma,

    iii) Lutut Tinggi Setempat seeperti kawad Setempat dan Lari Setempat.

    iv) Larian Bulatan

    v) Larian angka 8

    Latihan ini akan dilaksanankan dalam masa enam hingga 10 minggu setelah

    atlet menjalani latihan-latihan yang terdapat dalam Fasa Persediaan

    Umum.Setelah atlet menjalani latihan dalam Fasa Persediaan .

    PROGRAM LATIHAN UNTUK PERSEDIAAN KHUSUS

    AKHIR PRA MUSIM

    (BEBAN KERJA

    INTENSITI

    I S R K J S A

    BERAT * *

    SEDERHANA * *RINGAN * *

    REHAT *

    Latihan mingguan berada pada puncak pada hari Rabu dan Selasa dan terus

    rehat pada hari Ahad

    12

    12

  • 7/31/2019 27208 ALI

    13/22

    b) PERTANDINGAN

    i) Pra Pertandingan

    seterusnya atlet akan menjalani latihan dalam Fasa Pertandingan iaitu Pra

    Pertandingan. Dalam Pra pertandingan jurulatih akan melatih atlet dengan

    memberi penekanan kepada komponen fizikal yang terdapat dalam lompat

    Jauh. Dalam Fasa Pra Pertandingan bertujuan meningkatkan atau

    mengekalkan tahap kecergasan. Latihan akan dilakukan dalam situasi

    permainan sebenar atau melalui simulasi permainan.

    Dalam Fasa Pra pertandingan situasi permainan kecil, permainan sebenar

    atau melalui simulasi permainanan dilaksanakan.

    Semasa Fasa Pra pertandingan kaedah-kaedah seperti latihan pecutan,

    latihan jeda jarak dekat; latihan tekanan dan latihan pliometrik diteruskan bagi

    latihan lompat jauh. Latihan bebanan masih boleh diteruskan dengan

    memberi tumouan kepada peningkatan dan pengekalan daya tahan

    otot.Jangka masa bagi fasa ini antara enam hingga lapan minggu. Setelahitu ujian pasca kecergasan dilakukan kepada atlet. Dalam Pra pertandingan

    atlet akan dilatih dengan kemahiran-kemahiran dalam Lompat jauh seperti:

    i) Latihan Setempat Beritma

    ii) Latihan Tinggi Setempat

    - Kawad Setempat

    - Lari Setempat

    iii) Larian Bulatan

    iv) Larian Angka 8

    - Pukul Berapa Sang Harimau

    - Belalang Belatuk

    - Larian Berpasukan Dengan Tali

    v) Latihan Asas Lonjakan

    13

    13

  • 7/31/2019 27208 ALI

    14/22

    - Lompat Skipping

    - Lompat Setempat Dua kaki Tanduk Bola-Statik

    - Lompat Setempat Dua Kaki Tanduk Bola berjalan.

    - Lompat Setempat Dua kaki Tanduk Bola- Berlari

    - Lompat Setempat Satu Tanduk Bola Bergerak.

    - Lompat Jauh Berdiri

    - Lompatan Beritma guna Gelung Rotan.

    - Lompatan Beritma guna bangku panjang,

    - Lompat getah 1

    - Lompat getah 2

    - Permainan berkaitan seperti ketingting, ketingting betiga dan laga

    ayam

    vi) Latihan Layangan/Mendarat

    - Hayunan Tarzan 1

    - Hayunan Tarzan 2

    - Lompat dan darat- Aras Rendah

    - Lompat dan Darat Aras Sederhana.

    Latihan-latihan ini dilakukan semasa Fasa Pra Pertandingan.

    PRA PERTANDINGANAwal Musim Pertandingan

    (BEBAN KERJA

    INTENSITI

    I S R K J S A

    BERAT * *

    SEDERHANA * *

    RINGAN * *

    REHAT *

    Latihan mingguan ini berada pada puncak ialah pada hari Selasa dan Jumaat

    dan terus rehat pada hari Ahad.

    ii) Pertandingan

    14

    14

  • 7/31/2019 27208 ALI

    15/22

    Dalam Fasa Pertandingan memberi tumpuan kepada pengekalan kecergasan

    optimunyang diperlukan dalanm sukan Lompat jauh. Atlet perlu berada pada

    prestasi puncak terutamanya pada hari pertandingan sebenar.

    Kedah seperti latihanbebanan untuk pengekalan daya tahan otot bagi sukan

    lompat jauh bagi mengekalkan kuasa. Semasa ini kekerapan latihan perlu

    dikurangkan. Kaedah-kaedah latihan lompatan dalam Fasa Pra Pertandingan

    hendaklah dikurangkan tetapi masih boleh meneruskan latihan.Jangka masa

    Fasa pertanding pertandingan ini bergantung kepada format pertandingan

    Lompat jauh .

    (BEBAN KERJA

    INTENSITI

    I S R K J S A

    TINGGI * *

    SEDERHANA * *

    RINGAN *

    REHAT

    Semasa latihan akhir pertandingan latihan akan dilakukan kemuncaknya hendak

    sama sperti hari Selasa dan Rabu . Latihan ketika hari Selasa Dan Rabu berada

    ditempat yang tinggi. Ini bermakna para atlet akan menjalani latihan berat

    kerana akan menghadapi pertandingan yang sebenar selepas latihan tersebut

    dilaksanakan.

    CONTOH KITARAN LATIHAN

    FASA PERSEDIAAN

    ACARA ;LOMPAT JAUH TARIKH: 23.4.2008

    ISIPADU DAN KEKERAPAN: HIGH TEMPAT:PADANG

    OBJEKTIF:KETAHAN AEROBIK MASA 2 JAM

    NAMA ATLET: ANUAR BIN ABDULLAH

    15

    15

  • 7/31/2019 27208 ALI

    16/22

    AKTIVITI COACHING TIPS

    1. MEMANASKAN BADAN

    REGANGAN 5 MINIT

    BERLARI 15 MINIT

    SENAMAN KALISTENIK 10 MINIT

    Regangan dijalankan secara perlahan

    Steady -run

    latih-tubi(drills) 15 minit

    Latih tubi larian

    a)Quick-stepping

    b) High knee running

    Back-kick

    Berkombinasi

    3 dos latihan hari ini 1 jam

    6000M X 1X1

    3000MX1X1

    600MX5X1

    300MX5X1

    Larian yang konsisten

    Rehat 15 minit/10mi,

    3min antara ulangan dan 1 min antara

    ulangan

    GERAK LENTUR

    JOGGINGREGANGAN

    ULASAN JURULATIH

    16

    16

  • 7/31/2019 27208 ALI

    17/22

    c) FASA TRANSISI

    Setelah bertanding dalam pertandingan sebenar seseorang atlet perlu berehat

    secara aktif dengan melakukan aktiviti berbagi sukan, berenang, berkhemah

    bertujuan untuk mengekalkan kecergasan fizikal. Jangka masa Bagi Fasa ini

    lebih kurang enam hingga sepuluh minggu bertujuan untuk pemulihan fisiologi

    dan psikologi seperti rawatan kecederaan dan mengatasi kebosanan.

    17

    17

  • 7/31/2019 27208 ALI

    18/22

    D) Cadangkan ujian-ujian yang mungkin anda gunakan untuk mengetahui

    perkembangan pelajar-pelajar anda selepas mengikuti program anda.

    Terdapat banyak bateri ujian yang boleh digunakan untuk mengukur dan

    menentukan tahap kecergasan seseorang. Atlet negara boleh mengaplikasikan

    beberapa bateri ujian yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang

    tinggi dan digunakan di peringkat antarabangsa. Beberapa bateri ujian yang

    boleh diaplikasikan seperti Larian 2.4km, ujian Cooper, Ujian Bleep, Lompat

    Kuadran, Lari ulangalik dan lain-lain lagi bagi mengukur kecergasan seseorang

    individu. Dalam soalan ini saya telah memilih ujian Larian 2.4km dan lompat

    jauh berdiri untuk mengetahui perkembangan pelajar-pelajar saya selepas

    mengikuti program yang telah saya laksanakan.

    Ujian Kecergasan berlandaskan Kesihatan.

    i) Nama Bateri Ujian Larian 2.4km

    ii) Perkara yang diuji - Daya Tahan Kardiovaskular

    iii) Prosedur ujian.

    Larian 2.4 km.

    Menurut modul pembelajaran OUM (2005) Pendidikan Jasmani menyatakan

    Larian 2.4km merupakan bateri ujian yang mengukur daya tahan kardiovaskular.

    Daya tahan kardiovaskular ialah keupayaan sistem kardiovaskular mengedarkan

    darah beroksigen ke otot-otot secara berterusan dalam tempoh masa yang

    panjang semasa melakukan aktiviti fizikal. Daya kardiovaskular adalah

    komponen asas yang penting dalam kecergasan fizikal. Seseorang peserta

    perlu mengetahui keadaan fizikal mereka sebelum memulakan ujian dan ujian

    2.4km ini hanya memerlukan satu kawasan balapan, jam randik dan wisel.

    18

    18

  • 7/31/2019 27208 ALI

    19/22

    Prosedur ujian

    Lakukan aktiviti memanaskan badan seperti membuat senaman . Semasa

    melakukan ujian peserta hendaklah memakai pakaian dan kasut yang sesuai

    dan selesa. Semasa ujian semua peserta perlu berada di belakang garisan

    permulaan. Semua peserta mula berlari setelah wisel dibunyikan. Mula-mula

    peserta bolehlah berlari dan setelah itu berjalan dan setelah itu bolehlah berlari

    sederas yang peserta mampu tetapi jangan sampai terlalu penat.

    Peserta larian 2.4km boleh memperlahankan larian atau berhenti untuk berehat.

    Setelah itu masa akan dicatatkan setelah menamatkan larian. Masa akan

    diambil mengikut skor yang diperolehi pada akhir larian. Peserta akan dapat

    mengetahui kecergasan masing-masing dengan membandingkan masa yang

    telah dicatatkan dengan jadual yang telah disediakan daripada sumber National

    Physical Fitness Award, Singapore. Jadual National Physical Fitness Award,

    Singapore ini mengikut umur dan jantina seseorang yang telah disediakan.

    Dalam ujian 2.4km ini saya menguji kecergasan murid-murid Tahun Enam yang

    berusia 12 tahun mengikut jantina berdasarkan jadual National Fitness

    Award(NAPFA) Scheme Standards for Males dan jadual National Fitness

    Award(NAPFA) Scheme Standards for Females.

    National Physical Fitness Award (NAPFA) Scheme Standard for Males.

    Age Group

    12 Tahun

    Performance

    Gred

    Points 2.4 km Run-Walk Time

    (min:sec)

    A 5

  • 7/31/2019 27208 ALI

    20/22

    Age

    Group

    12 Tahun

    Performance

    Grade

    Points 2.4 KM Run-Walk Time

    (min:sec)

    A 5

  • 7/31/2019 27208 ALI

    21/22

    iv) Percubaan tidak akan dikira jika peserta tidak dapat mengimbangkan

    badan dan jatuh ke belakang serta menyentuh kawasan di belakang kaki.

    Ulang semula lompatan tersebut.

    v) Peserta diberi percubaan sebanyak tiga kali.

    iv) Ukuran dibuat dari garisan permulaan ke tempat bahagian tumit yang

    terdekat sekali mendarat. Jarak terbaik daripada tiga percubaan diambil

    kira sebagai skor mutlak. (oum2007)

    Penutup

    Kecergasan Fizikal dan Kesihataan menyeluruh adalah keupayaan melakukan

    tugas harian dengan cekap dan cergas. Pendidikan Jasmani mempunyai

    peranan yang sangat penting dalam mencapai hasrat falsafah pendidikan

    Kebangsaan dan Wawasan 2020. Pendidikan Jasmani dapat menghasilkan

    individu yang seimbang dari segi mental, emosi, rohani dan emosi apabila

    seseorang individu dapat mengawal dan mengurangkan stress dengan

    kehidupan yang semakin mencabar ketika ini.

    Kecergasan adalah sangat berkait rapat dengan kesihatan dan perlakuan motor

    yang mempengaruhi kehidupan seseorang individu supaya dapat mengawal diri

    dan mempunyai keupayaan untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik dan

    berkesan. Kecergasan seseorang individu berbeza antara satu sama lain

    mengikut kemampuan dan keupayaan seseorang. Untuk mendapatkan

    kecergasan yang baik seseorang perlu melakukan senaman dan aktiviti-aktiviti

    yang boleh membantu meningkatkan kecergasan

    RUJUKAN

    21

    21

  • 7/31/2019 27208 ALI

    22/22

    1. Ahli Panel Pemurnian Modul Tunas Olahraga. Modul Kursus Kejurulatihan

    asas olahraga MSN/BPG

    2. Gerko Olahraga Semester 5 KDPM(2005) Prinsip-prinsip latihan: Jabatan

    Pendidikan Jasmani Kesihatan : Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim

    Johor Bahru.

    3. OUM (2007) HBPE 1203 Kecergasan Fizikal: Seri Kembangan : Meteor

    Sdn. Bhd.

    4. OUM (2005) HBPE 1103 Pendidikan Jasmani. Seri Kembangan: Meteor

    Sdn.Bhd.

    5. http://ms.wikipedia.org/wiki/lompat-jauh

    22