27 september 2020 nasional kuasa kompaun, apa yang ...sebagai contoh, pelaburan rm10,000 yang...

1
Konsep kuasa kompaun sebenarnya satu konsep penting untuk difahami semua orang kerana ia berkait rapat dengan pengurusan kewangan. Ia memberi kesan pinjaman dan pela- buran. Jika diurus dengan bijak, kuasa kompaun akan memberi kelebihan kepa- da anda apabila melabur dan meminjam. Bagaimanakah kuasa kompaun berfungsi? Secara asasnya, kuasa kompaun menambah jumlah pinja- man sekiranya ansuran bulanan tidak dilunaskan kerana kadar faedah yang tertunggak akan menambah hutang yang ada. Bagaimanapun untuk pelaburan, ia berfungsi sebaliknya. Apabila dividen ti- dak dikeluarkan, modal pelaburan akan bertambah. Dividen atas dividen ini akan terus menambah modal pelaburan jika dibiarkan untuk jangka panjang. Sebagai contoh, pelaburan RM10,000 yang menerima dividen purata 5 peratus setahun, akan berkembang kepada RM16,470 selepas 10 tahun. Untuk pelaburan RM30 setiap bulan pula, tabungan terkumpul ialah RM4,658 jika dilakukan secara berterusan untuk 10 tahun dengan dividen purata 5 pera- tus. Bagaimanapun, untuk mengumpul jumlah pelaburan berkenaan, modal pelaburan dan dividen tidak boleh dike- luarkan sepanjang tempoh pelaburan. Dengan memahami kesan kuasa kom- paun terhadap pinjaman dan pelaburan, anda akan dapat mengurus kewangan dengan lebih baik. Walau kelihatan rumit, asasnya adalah mudah iaitu apabila meminjam, elakkan menangguh bayaran kerana kuasa kompaun akan menambah jumlah pinjaman anda. Sebaliknya jika melabur, sebaiknya jangan keluarkan dividen yang diterima jika tiada keperluan supaya modal pela- buran anda dapat bertambah dengan lebih pantas. Untuk membina tabungan yang lebih besar, sebaiknya pelaburan dimulakan seawal mungkin, sebaiknya apabila anda mula menerima gaji pertama. Lagi satu rahsia yang perlu anda tahu ialah, lebih awal pelaburan dimulakan, lebih banyaklah duit yang dapat anda kumpul. Oleh itu, mulakanlah pelaburan dari gaji pertama, biar dalam jumlah kecil, daripada langsung tidak bermula. Sekiranya meminjam pula, kuasa kompaun akan menambah kepada pinja- man setiap kali bayaran gagal dilunas- kan sepenuhnya atau sekiranya hanya membayar jumlah minimum. Sebagai contoh, anda menggunakan kad kredit untuk membeli beg tangan berharga RM5,000 dan hanya membayar RM100 setiap bulan semata-mata untuk mengaktifkan kad. Untuk melunaskan belian beg tangan berkenaan, anda akan mengambil masa sehingga 8 tahun dengan faedah dikenakan seba- nyak RM4,311. Secara kese- luruhannya anda membayar RM9,311 untuk beg tangan berkenaan. Mungkin anda tidak sedar, namun inilah antara punca mengapa hutang kad kredit anda tidak pernah langsai. Ini kerana kuasa kompaun menam- bah hutang sekiranya hutang dibiarkan tertunggak untuk satu tempoh yang panjang. Justeru adalah lebih baik jika anda melabur dengan matlamat membeli beg tangan berharga RM5,000. Anda hanya perlu melabur RM100 untuk tempoh 3 tahun dalam instrumen pelaburan yang memberi pulangan purata tahunan 5 peratus. Dengan memahami kuasa kompaun, anda dapat mengurus kewangan dengan lebih baik, terutamanya kerana ia mem- bolehkan anda membuat perbandingan antara pinjaman dan pelaburan. Kuasa kompaun, apa yang ajaibnya? Nasional 3 27 SEPTEMBER 2020 KUIZ PELABURAN PNB KEDUA 2 2 x RM5,000 KETIGA 3 3 x RM3,000 KEEMPAT 4 5 x RM1,000 KELIMA 5 28 x RM500 SAGUHATI 140 x RM200 *Hadiah dalam bentuk unit amanah ASNB KATEGORI DEWASA KATEGORI DEWASA Kaedah Penyertaan i. Kuiz Pelaburan PNB Kategori Dewasa terbuka kepada warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas; ii. Borang Penyertaan untuk Kuiz Pelaburan PNB Kategori Dewasa boleh diakses di www.asnb.com.my. Peserta perlu menjawab secara dalam talian (on-line); iii. Borang penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup akan ditolak. iv. Tiada had penyertaan, bagaimanapun seorang peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja. v. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan jawapan yang betul dan akan dibuat menggunakan sistem pemilihan yang telah ditetapkan penganjur. Keputusan pemenang adalah muktamad. vi. Terma dan syarat lanjut peraduan di www.asnb.com.my Tarikh tutup penyertaan : 18 Oktober 2020 www.asnb.com.my Imbas untuk jawab dan penyertaan 18 tahun & ke atas Soalan Kuiz Pelaburan PNB: 1. Membuat bajet memang mudah. Namun begitu untuk mengikutinya memerlukan disiplin yang tinggi. Berikut adalah ciri-ciri bajet yang baik KECUALI: a) Utamakan perbelanjaan untuk keperluan asas bukannya kehendak b) Sediakan peruntukan untuk pelaburan c) Ubah bajet berdasarkan keinginan untuk berbelanja 2. Mengapa kita perlu memulakan pelaburan seawal mungkin? a) Dapat mengelak pembayaran cukai yang berlebihan b) Boleh mengelak risiko kehilangan modal c) Boleh memanfaatkan kuasa kompaun dalam pelaburan 3. Seseorang individu perlu bertanggungjawab dalam menguruskan aset yang dimiliki sehingga ke akhir hayat mereka. Berikut adalah antara kesan yang mungkin timbul akibat kelalaian seseorang dalam membuat perancangan harta pusaka KECUALI: a) Aset yang dibekukan menyebabkan waris tidak dapat menggunakan harta yang ditinggalkan b) Waris dapat mengeluarkan aset yang ditinggalkan serta-merta c) Masalah waris berlapis 4. Apakah perbezaan antara akaun simpanan dan pelaburan? a) Tiada beza. b) Akaun simpanan untuk kegunaan membiaya sara hidup manakala akaun pelaburan untuk tabungan jangka panjang dengan pelbagai matlamat berbeza c) Akaun simpanan untuk jangka panjang manakala akaun pelaburan untuk cepat kaya 5. Apakah kriteria utama yang perlu dipertimbangkan apabila seseorang itu mengambil pinjaman untuk melabur? a) Kemampuan membayar ansuran bulanan untuk jangka panjang tanpa bergantung dengan pulangan dari pelaburan b) Jumlah pelaburan yang diambil berdasarkan kelayakan, tanpa mengambil kira kemampuan membayar jangka panjang c) Janji jurujual 6. Borang peraduan ini akan diterbitkan bersama satu artikel berlainan tajuk selama 5 hari bermula dari 26 September hingga 30 September 2020. Dalam setiap artikel, satu kata kunci telah diwarnakan. Nyatakan 5 kata kunci berkenaan. #capaikemerdekaankewangan Online KUIZ PELABURAN PNB HADIAH UNTUK DIMENANGI Kuasa faedah kompaun mengembangkan modal pelaburan sekiranya kita melabur secara konsisten untuk jangka panjang. Modal pelaburan: RM30 setiap bulan Andaian Kadar Pulangan Purata Tahunan (%) Tempoh pelaburan (tahun) 4 5 6 5 1,988.97 2,040.18 2,093.10 10 4,417.49 4,658.47 4,916.38 15 7,382.71 8,018.67 8,724.56 Jadual Kuasa Kompaun

Upload: others

Post on 05-Nov-2020

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 27 SEPTEMBER 2020 Nasional Kuasa kompaun, apa yang ...Sebagai contoh, pelaburan RM10,000 yang menerima dividen purata 5 peratus setahun, akan berkembang kepada RM16,470 selepas 10

Konsep kuasa kompaun sebenarnya satu konsep penting untuk difahami semua orang kerana ia berkait rapat dengan pengurusan kewangan.

Ia memberi kesan pinjaman dan pela-buran. Jika diurus dengan bijak, kuasa kompaun akan memberi kelebihan kepa-da anda apabila melabur dan meminjam.

Bagaimanakah kuasa kompaun berfungsi? Secara asasnya, kuasa kompaun menambah jumlah pinja-man sekiranya ansuran bulanan tidak dilunaskan kerana kadar faedah yang tertunggak akan menambah hutang yang ada.

Bagaimanapun untuk pelaburan, ia berfungsi sebaliknya. Apabila dividen ti-dak dikeluarkan, modal pelaburan akan bertambah. Dividen atas dividen ini akan terus menambah modal pelaburan jika dibiarkan untuk jangka panjang.

Sebagai contoh, pelaburan RM10,000 yang menerima dividen purata 5 peratus setahun, akan berkembang kepada RM16,470 selepas 10 tahun.

Untuk pelaburan RM30 setiap bulan pula, tabungan terkumpul ialah RM4,658 jika dilakukan secara berterusan untuk 10 tahun dengan dividen purata 5 pera-tus.

Bagaimanapun, untuk mengumpul jumlah pelaburan berkenaan, modal pelaburan dan dividen tidak boleh dike-luarkan sepanjang tempoh pelaburan.

Dengan memahami kesan kuasa kom-paun terhadap pinjaman dan pelaburan,

anda akan dapat mengurus kewangan dengan lebih baik.

Walau kelihatan rumit, asasnya adalah mudah iaitu apabila meminjam, elakkan menangguh bayaran kerana kuasa kompaun akan menambah jumlah pinjaman anda.

Sebaliknya jika melabur, sebaiknya jangan keluarkan dividen yang diterima jika tiada keperluan supaya modal pela-buran anda dapat bertambah dengan lebih pantas.

Untuk membina tabungan yang lebih besar, sebaiknya pelaburan dimulakan seawal mungkin, sebaiknya apabila anda mula menerima gaji pertama.

Lagi satu rahsia yang perlu anda tahu ialah, lebih awal pelaburan dimulakan, lebih banyaklah duit yang dapat anda kumpul. Oleh itu, mulakanlah pelaburan dari

gaji pertama, biar dalam jumlah kecil, daripada langsung tidak bermula.

Sekiranya meminjam pula, kuasa kompaun akan menambah kepada pinja-man setiap kali bayaran gagal dilunas-kan sepenuhnya atau sekiranya hanya membayar jumlah minimum.

Sebagai contoh, anda menggunakan kad kredit untuk membeli beg tangan berharga RM5,000 dan hanya membayar RM100 setiap bulan semata-mata untuk mengaktifkan kad.

Untuk melunaskan belian beg tangan berkenaan, anda akan mengambil masa

sehingga 8 tahun dengan faedah dikenakan seba-

nyak RM4,311. Secara kese-

luruhannya anda membayar RM9,311

untuk beg tangan berkenaan. Mungkin anda tidak sedar, namun inilah antara punca mengapa hutang kad kredit anda tidak pernah langsai.

Ini kerana kuasa kompaun menam-bah hutang sekiranya hutang dibiarkan tertunggak untuk satu tempoh yang panjang.

Justeru adalah lebih baik jika anda melabur dengan matlamat membeli beg tangan berharga RM5,000. Anda hanya perlu melabur RM100 untuk tempoh 3 tahun dalam instrumen pelaburan yang memberi pulangan purata tahunan 5 peratus.

Dengan memahami kuasa kompaun, anda dapat mengurus kewangan dengan lebih baik, terutamanya kerana ia mem-bolehkan anda membuat perbandingan antara pinjaman dan pelaburan.

Kuasa kompaun, apa yang ajaibnya? Nasional

327 SEPTEMBER 2020

KUIZPELABURAN PNB

KEDUA22 x RM5,000

KETIGA33 x RM3,000

KEEMPAT45 x RM1,000

KELIMA528 x RM500

SAGUHATI 140 x RM200*Hadiah dalam bentuk unit amanah ASNB

KATEGORIDEWASAKATEGORIDEWASA

Kaedah Penyertaan

i. Kuiz Pelaburan PNB Kategori Dewasa terbuka kepada warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas;ii. Borang Penyertaan untuk Kuiz Pelaburan PNB Kategori Dewasa boleh diakses di www.asnb.com.my. Peserta perlu menjawab secara dalam talian (on-line); iii. Borang penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup akan ditolak.iv. Tiada had penyertaan, bagaimanapun seorang peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.v. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan jawapan yang betul dan akan dibuat menggunakan sistem pemilihan yang telah ditetapkan penganjur. Keputusan pemenang adalah muktamad.vi. Terma dan syarat lanjut peraduan di www.asnb.com.my

Tarikh tutup penyertaan : 18 Oktober 2020www.asnb.com.my

Imbas untuk jawab dan penyertaan

18 tahun &ke atas

Soalan Kuiz Pelaburan PNB:

1. Membuat bajet memang mudah. Namun begitu untuk mengikutinya memerlukan disiplin yang tinggi. Berikut adalah ciri-ciri bajet yang baik KECUALI: a) Utamakan perbelanjaan untuk keperluan asas bukannya kehendak b) Sediakan peruntukan untuk pelaburan c) Ubah bajet berdasarkan keinginan untuk berbelanja

2. Mengapa kita perlu memulakan pelaburan seawal mungkin? a) Dapat mengelak pembayaran cukai yang berlebihan b) Boleh mengelak risiko kehilangan modal c) Boleh memanfaatkan kuasa kompaun dalam pelaburan

3. Seseorang individu perlu bertanggungjawab dalam menguruskan aset yang dimiliki sehingga ke akhir hayat mereka. Berikut adalah antara kesan yang mungkin timbul akibat kelalaian seseorang dalam membuat perancangan harta pusaka KECUALI: a) Aset yang dibekukan menyebabkan waris tidak dapat menggunakan harta yang ditinggalkan b) Waris dapat mengeluarkan aset yang ditinggalkan serta-merta c) Masalah waris berlapis

4. Apakah perbezaan antara akaun simpanan dan pelaburan? a) Tiada beza. b) Akaun simpanan untuk kegunaan membiaya sara hidup manakala akaun pelaburan untuk tabungan jangka panjang dengan pelbagai matlamat berbeza c) Akaun simpanan untuk jangka panjang manakala akaun pelaburan untuk cepat kaya

5. Apakah kriteria utama yang perlu dipertimbangkan apabila seseorang itu mengambil pinjaman untuk melabur? a) Kemampuan membayar ansuran bulanan untuk jangka panjang tanpa bergantung dengan pulangan dari pelaburan b) Jumlah pelaburan yang diambil berdasarkan kelayakan, tanpa mengambil kira kemampuan membayar jangka panjang c) Janji jurujual

6. Borang peraduan ini akan diterbitkan bersama satu artikel berlainan tajuk selama 5 hari bermula dari 26 September hingga 30 September 2020. Dalam setiap artikel, satu kata kunci telah diwarnakan. Nyatakan 5 kata kunci berkenaan.

#capaikemerdekaankewangan

Online

KUIZPELABURAN PNB

HADIAH UNTUK DIMENANGI

Kuasa faedah kompaun mengembangkan modal pelaburan

sekiranya kita melabur secara konsisten untuk jangka panjang.

Modal pelaburan: RM30 setiap bulan Andaian Kadar Pulangan Purata Tahunan (%)Tempoh pelaburan (tahun) 4 5 6

5 1,988.97 2,040.18 2,093.10

10 4,417.49 4,658.47 4,916.38

15 7,382.71 8,018.67 8,724.56

Jadual Kuasa Kompaun