24 hingga 25 mac 2018 10 pagi hingga 8 malam sunway ... · pada anak muda lepasan sijil pelajaran...

23
24 hingga 25 Mac 2018 10 pagi hingga 8 malam Sunway Convention Centre Peluang melanjutkan pelajaran dalam industri berimpak tinggi Pameran dari wakil industri terpilih Forum dan taklimat tentang kerjaya masa hadapan Hadiah dan aktiviti menarik untuk setiap pengunjung Hadiah lumayan serta cabutan bertuah Pertandingan e-game, FIFA18 dan konsol interakif PERCUMA 21 - 27 Mac 2018, 3 - 9 Rejab 1439

Upload: lamkiet

Post on 28-Mar-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

24 hingga 25 Mac 2018 10 pagi hingga 8 malamSunway Convention Centre• Peluang melanjutkan pelajaran dalam industri berimpak tinggi• Pameran dari wakil industri terpilih• Forum dan taklimat tentang kerjaya masa hadapan• Hadiah dan aktiviti menarik untuk setiap pengunjung• Hadiah lumayan serta cabutan bertuah• Pertandingan e-game, FIFA18 dan konsol interakif

PERCUMA 21 - 27 Mac 2018, 3 - 9 Rejab 1439

Pada tahun 2017, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM 28.5 juta un-tuk pendidikan tinggi. Memandang-kan sektor pendidikan tinggi meru-

pakan teras pembangunan negeri, pada tahun 2018, Kerajaan Negeri akan mening-katkan peruntukan kepada RM 101.73 juta.

Sebahagian besar daripada peruntukan ini adalah untuk menjayakan TVET. Untuk mencapai matla-mat ini, Kerajaan Negeri akan

melaksanakan satu program perdana yang dikenali sebagai Inisia-

tif Kemahiran Teknikal dan Iktisas Smart Selangor

yakni IKTISASS dengan perun-tukan RM 52 juta yang mewaki-li 51.1 peratus daripada perun-tukan untuk pendidikan tinggi.

Inisiatif ini bertujuan memberi peluang kepada

millennials menggarap latihan kemahiran bagi menjamin kebolehpasaran dengan pendapatan yang tinggi dan meningkatkan rantaian nilai modal insan.

Menyedari Selangor hari ini bergerak maju ke arah ‘regional smart state’, kita perlu memberi perhatian yang serius ter- hadap jurang antara keluaran institusi pendidikan – SPM, Diploma dan Ijazah – dengan keperluan sumber manusia negeri dan industri.

Sekian lama perkara ini gagal ditangani secara holistik sehingga situasi defisit ke-mahiran menyumbang kepada peningka-tan pengangguran di kalangan anak muda iaitu 3 kali ganda berbanding kadar purata pengangguran nasional.

Untuk menangani masalah ini, apa yang diperlukan adalah anjakan paradigma dalam kaedah pedagogi, kurikulum dan memberi penekanan yang lebih kukuh ter-hadap kemahiran teknikal dan vokasional

(TVET) untuk membangun kemahiran yang diperlukan dalam semua peringkat. Ini ter-masuk kemahiran yang diperlukan untuk ‘highly automated processes and highly skilled labour’.

Dengan kemunculan sektor aeroangka-sa dan bioteknologi serta permintaan SME yang meningkat, maka institusi pendidikan perlu merangka paradigma pembangunan bakat yang berteraskan ‘demand driven talent building paradigm’ untuk memenuhi keperluan negeri dan industri.

Sebagai langkah awal pada tahun 2018, Kerajaan Negeri akan membiayai sepenuh-nya 2,000 anak muda Selangor sebagai perintis program IKTISASS. Program ini akan dilaksanakan dengan kepakaran Se-langor Human Resource Development Cen-tre (SHRDC), Strand Aerospace Malaysia dan SST & Consultancy Academy.

Petikan ucapan Belanjawan Selangor 2018

Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Iktisas Smart Selangor (IKTISASS)

Wadah 'millenials' berkemahiranSHAH ALAM - Pusat Pembangunan Tenaga Ma-nusia Selangor (SHRDC) melaksanakan penje- namaan semula Youth Enhancement Strategy Se-langor (YES) kepada Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Iktisas Smart Selangor (IKTISASS) ke arah merealisasikan Smart Factory 4.0.

Pengurusnya, Izham Zakaria berkata, ia dilak-sanakan bagi memberi laluan kepada teknologi 'smart factory', di Selangor dalam mendepani cabaran Revolusi 4.0.

Katanya, pelaksanaan IKTISASS menumpukan kepada ‘high level’ Sistem Pendidikan dan Lati-han Teknikal dan Vokasional (TVET), sejajar visi memberdayakan lulusan TVET ke tahap lebih tinggi.

“Smart Factory ini akan mendapat kerjasama pakar dari Switzerland melalui kursus jangka panjang dan pendek yang ditawarkan.

"Seperti kita tahu, belia di negara ini sudah ti-dak berminat bekerja di kilang, jadi dengan ini-siatif ini kita akan mewujudkan satu pekerjaan lebih menarik bagi industri perkilangan dengan penggunaan ‘smart apps, smart technology’ un-

tuk digunakan pakai bagi menggantikan pekerja buruh.

"Di samping itu, kita juga akan dapat mengu-rangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing,” katanya.

Izham berkata, IKTISASS memberi peluang ke-pada anak muda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang tidak menyambung pelajaran dan pelajar lepasan diploma serta ijazah yang masih meng-anggur.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Antarabangsa INPENS, Ahmad Zabri Mohd Yaman berkata, IKTISASS yang diasaskan Kerajaan Neg-eri adalah wadah kepada pembangunan 'mille-nials' berkemahiran.

Katanya, program terbabit akan melahirkan generasi berkemahiran dan berkarekter, sekali gus melahirkan tenaga kerja mahir serta profesional.

"Ramai anak muda atau golongan belia ketika ini tidak mengetahui kursus kemahiran yang di-tawarkan juga peluang disediakan. Jadi, dengan adanya IKTISASS ia akan dapat membuka ruang dan peluang kepada mereka untuk belajar bi-dang yang diinginkan.

"IKTISASS juga adalah program terbaik kerana ia turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak industri," katanya.

Pengarah Latihan, Kajian dan Teknologi Strand Aerospace Malaysia, Dr Rahmat Shazi berkata, lebih 500 belia berminat menyertai program itu dalam bidang rekaan dan pembuatan, terutama aeroangkasa.

Katanya, peluang jurusan TVET agak cerah jika industri nilai tinggi dibangunkan untuk mengam-bil mereka bekerja.

Belia di negara ini sudah tidak berminat bekerja di kilang, jadi dengan inisiatif ini kita akan mewujudkan satu pekerjaan lebih menarik bagi industri perkilangan dengan penggunaan ‘smart apps, smart technology’ untuk digunakan pakai bagi menggantikan pekerja buruh

Utama3SelangorKini 21 - 27 Mac 2018

Belanja besar

Rizab air catat peningkatanOLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Rizab bekalan air, di Selangor kini mencatatkan pe-ningkatan 5.4 peratus, sekali gus bakal menyaksikan peningkatan 11 peratus. hujung tahun ini.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, jumlah itu dijamin terus berte-rusan selepas langkah awal di-laksanakan Kerajaan Negeri bagi memastikan gangguan bekalan air tidak berlaku.

Katanya, Kerajaan Negeri su-dah mengeluarkan belanja besar menukar paip lama dan membina dua loji rawatan air sebelum ini.

“Tahun lalu, rizab bekalan air 3.8 peratus dan sehingga kini bekalan air meningkat kepada 5.4 peratus.

“Bekalan ini akan meningkat kepada 11 peratus hujung ta-hun ini. Sejak saya mengambil alih pentadbiran, tiada catuan air dibenarkan berlaku,” katanya pada Karnival Himpunan Rakyat,

di Stadium Malawati, pada 17 Mac lalu.

Mohamed Azmin turut me-maklumkan status semua em-pangan utama negeri kini men-capai 100 peratus

Katanya, ia membabitkan em-pangan Sungai Selangor, Sungai

Tinggi dan Sungai Semenyih.Manakala, empangan Sungai

Langat (99.9 peratus), Sungai Batu (99.98 peratus), Sungai Labu (99.78 peratus) dan Tasik Subang (99.92 peratus).

“Ini bermakna kenyataan di-berikan Ketua Setiausaha (KSU)

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Dato’ Dr Zaini Ujang tidak tepat.

“Saya boleh bawa menteri atau KSU ke empangan untuk meninjau juga boleh campak KSU dalam empangan,” katanya dengan nada berseloroh.

Umum nilai sebenar diputus penilai bebasSHAH ALAM - Kerajaan Persekutuan digesa mengumumkan nilai sebenar diputuskan penilai bebas berhubung isu penstrukturan semula industri air.

Dato’ Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Kera-jaan Negeri perlu mengetahui nilai sebenar ekuiti rundingan pengam-bilalihan konsesi Syarikat Pengelu-aran Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) untuk menyegerakan rundingan dan perbincangan.

“Kalau saya boleh kongsi laporan penilai bebas, kenapa mereka tidak boleh? Saya perlu tahu kerana kita ti-dak mahu membebankan rakyat dan pengguna.

“Sebelum ini, kita menyerahkan laporan penilaian bebas kepada Ke-rajaan Persekutuan dan mereka juga bersetuju serta turut melantik penilai

bebas, namun apabila siap nilai itu tidak dikongsi dengan Kerajaan Ne-geri,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, ketika Selangor di bawah pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, beliau membuat tawaran RM3 bilion sebagai nilai diperakui Kementerian Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

Bagaimanapun, katanya, nilai itu dipersoal kerana dibuat tanpa perki-raan adil.

“Saya tidak mahu membebankan rakyat, justeru Kerajaan Negeri me-lantik penilai bebas.

“Saya juga mendesak Kerajaan Persekutuan mengemukakan nilai kerana saya yakin Kerajaan Negeri bo-leh buat sebab kita ada nilai aset yang banyak,” katanya.

4Utama

SelangorKini 21 - 27 Mac 2018

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri tidak pernah sama sekali mem-benarkan syarikat konsesi me-naikkan kadar tarif air yang su-dah tertakluk selama ini.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali ber-kata, dalam perjanjian syarikat konsesi air yang ditandatangani sebelum ini memberi kuasa cu-kup besar bahawa kenaikan ta-rif mesti dan boleh dilakukan setiap tiga tahun.

Namun, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri tidak mahu membebankan rakyatnya sekali gus menghalang syarikat konsesi menaikkan kadar tarif air sejak 2009.

"Pada 2006, kadar tarif air ia-lah RM1.39 untuk satu liter dan masih kekal digunakan sehing-ga hari ini. Jika ikut perjanjian konsesi yang ditandatangani mereka pada 2018, nilai tarif adalah RM3.15 satu liter.

"Sekiranya Kerajaan Negeri bersetuju untuk menaikkan ka-

Peduli rakyat

Tiada sebarang kenaikan tarif airdar tarif air setiap tiga tahun seka-li, rakyat perlu membayar RM3.15 satu liter, lebih mahal daripada minyak petrol," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpu-nan Bulanan Jabatan Kerajaan Selangor yang dihoskan Lem-baga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), di Dewan Jubli Perak, pada 19 Mac lalu.

Mohamed Azmin berkata, hal itu adalah salah satu faktor Ke-rajaan Negeri tidak mahu men-swastakan syarikat konsesi air, ia perlu distruktur kembali dan se-rahkan kepada Kerajaan Negeri.

"Kerajaan Negeri ada pe-ngalaman yang lebih bertang-

gungjawab untuk menjaga kepentingan rakyat daripada membenarkan syarikat kroni memerah keringat dan keun-tungan besar.

"Dikatanya Kerajaan Negeri tidak mampu menguruskan in-

dustri air sedangkan yang ber-laku, baru-baru ini adalah in-siden. Saya sendiri tidak mahu insiden itu berlaku," katanya.

Malah, Mohamed Azmin menegaskan insiden berke-naan pula berlaku di dalam

SHAH ALAM - Lembaga Pe-rumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) proaktif dalam menerajui pelbagai inisiatif yang lebih ber-inovasi dan kreatif di negeri ini, kata Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali.

Katanya, reformasi berkenaan dilaksanakan bagi memboleh-kan rakyat negeri itu mempu-nyai akses perumahan yang lebih berkualiti, mampu milik dan sele-sa dinikmati seisi keluarga.

"Sejak dari penubuhannya 15 tahun lalu, LPHS berupaya me-ngorak langkah ke hadapan bagi mencapai kecemerlangan.

"Contohnya, hasrat untuk memperkenalkan Dasar Rumah Selangorku 2.0 melalui cetusan

idea Pengarah Eksekutif LPHS, Norzatun Aini ternyata me-nampakkan hasil positif, malah mendapat sambutan gemuruh daripada rakyat.

"Selain itu, dasar lebih kreatif dan inovasi ini sememangnya memenuhi aspirasi rakyat dalam sektor perumahan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perhimpun-an Bulanan Jabatan Kerajaan Se-langor, di Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, pada 19 Mac lalu.

Terdahulu, Mohamed Azmin berkata, kemungkinan besar rapat temu membabitkan Jabatan Kerajaan Negeri adalah yang ter- akhir untuk penggal ini.

"Ini adalah proses biasa dalam amalan demokrasi dengan kita akan menyerahkan semula man-dat kepada rakyat untuk dinilai dalam pilihan raya umum tidak lama lagi.

"Justeru, saya menyeru setiap anggota masyarakat menjalankan tanggunjawab masing-masing dengan sebaiknya bagi mem-perkasakan diri dan menentukan masa depan serta hala tuju nega-ra," katanya.

Pada masa sama, beliau me-rakamkan tahniah kepada seluruh warga kerja LPHS dengan komit-men tinggi ditunjukkan bagi me-mastikan dasar pendemokrasian pemilikan rumah dilaksana de-ngan jayanya.

Reformasi LPHS beri impak positif

SHAH ALAM - Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) berjaya menyempurnakan dasar Pendemokra-sian Pemilikan Rumah setelah 15 ta-hun penubuhannya.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mo-hamed Azmin Ali berkata, sehingga kini LPHS dengan kerjasama swasta berjaya menyiapkan 3,620 unit Rumah Selangorku.

"Kini, tambahan 20,627 unit sedang dalam pelbagai peringkat pemban-gunan dan dijual dengan harga antara RM42,000 hingga RM250,000.

"Bagaimanapun, sebanyak 70 per-atus daripada Rumah Selangorku yang dibina adalah mampu milik de-ngan kategori harga kurang daripada RM200,000," katanya.

Beliau berkata demikian dalam uca-pan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Se-

langor yang dihoskan oleh LPHS ber-tempat di Dewan Jubli Perak, pada 19 Mac lalu.

Mohamed Azmin berkata, Rumah Selangorku adalah agenda penting Kerajaan Negeri untuk membolehkan golongan milennials, B40 dan M40 un-tuk mendapat akses kepada pemilikan rumah berkualiti dan mampu milik.

Di samping itu, Mohamed Azmin menzahirkan ucapan penghargaan ke-pada Pengarah Eksekutif LPHS, Norza-tun Aini kerana berjaya melakukan anjakan paradigma dalam mentrans-formasikan LPHS kepada satu tahap kecemerlangan.

"Saya mengucapkan tahniah kepa-da beliau dan seluruh warga LPHS ke-rana berjaya memperkenalkan Dasar Rumah Selangorku 2.0 yang lebih kre-atif dan inovatif demi memenuhi as-pirasi rakyat," katanya.

Dasar Pendemokrasian Pemilikan Rumah sempurna

loji rawatan air Syarikat Penge-luaran Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) yang bukan milik Ke-rajaan Negeri.

"Kerajaan Negeri hanya pe-megang saham minoriti, kita tiada kuasa untuk menentukan sebarang keputusan.

"Bagaimanapun, Kerajaan Per-sekutuan memaklumkan akan memuktamadkan kepu-tusan pemilikan SPLASH pada Julai nanti, katanya sambil menegaskan Kerajaan Nege-ri hanya mengambil alih tiga syarikat iaitu Puncak Niaga, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dan Kumpu-lan ABASS.

SIDANG PENGARANGPENASIHAT: Lembaga Editorial CCSB

KETUA PENGARANG: Cecelia AlphonsusPENGARANG : Nurul Farina Nazlan

PENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa AfeeraWARTAWAN:

Hafizan Taib: [email protected], Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Norhayati Umor: [email protected], Ermizi Muhamad : [email protected]

Sabirah Aziz : [email protected] Fathil : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 117)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Hafiz OthmanGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

Utama5SelangorKini 21 - 27 Mac 2018

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita ter-hadap penyebaran berita palsu yang semakin berleluasa mu-takhir ini dan boleh mendorong kepada gejala fitnah.

Baginda turut melahirkan ke-bimbangan kerana ramai yang percaya dan menyebarkannya kepada orang lain tanpa meme-riksa kesahihan terlebih dahulu.

“Suasana kini semakin men-cabar apabila berita atau mak-lumat palsu ditulis secara kemas dan menarik serta mengan- dungi unsur logik yang disebar-kan secara aktif melalui portal berita atau laman media sosial sehingga ia meyakinkan serta mempengaruhi masyarakat.

“Ia kemudian dikongsikan dan ditularkan secara meluas. Jika

keadaan ini berterusan dalam masyarakat, Beta bimbang rak-yat terdedah kepada perpecah-an sehingga menghancurkan negara,” titah baginda.

Baginda menyampaikan titah berkenaan pada Majlis Perasmian Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam serta Menaik taraf Kubah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, pada 16 Mac lalu.

Baginda bertitah, penularan berita palsu dan fitnah itu bukan sahaja menjejaskan kehidupan seharian rakyat, malahan pen-tadbiran sesebuah kerajaan.

Titah baginda, Islam sendiri memandang serius bahaya ge-jala fitnah dan menyeru rakyat supaya tidak terpedaya dengan berita palsu berunsur fitnah.

“Ingin Beta tekankan juga hu-kum fitnah dalam Islam adalah haram dan termasuk dalam dosa yang tidak mendapat keampu-nan Allah SWT kecuali mereka

memohon maaf kepada orang difitnah terlebih dahulu.

“Beta menitahkan supaya se-luruh umat Islam, di Selangor bersatu padu dan berpegang kepada ajaran Ahlus Sunnah Wal Jamaah serta menjauhkan diri daripada terjebak di dalam penyalahgunaan internet yang boleh merosakkan diri sendiri, masyarakat serta negara,” titah baginda.

Dalam titah sama, baginda menyeru umat Islam supaya te-rus memakmurkan dan meme-riahkan masjid supaya ia menjadi tempat mulia dikunjungi untuk beribadat dan mengadakan ma-jlis ilmu serta acara bersesuaian.

Selain itu, baginda turut melahirkan rasa sukacita kerana Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kini mempunyai de-wan khas canggih untuk majlis ilmu dan ia disifatkan kemuda-han baik buat umat Islam.

Berita palsu berleluasa

Sultan Selangor dukacita

KLANG - Yang Dimuliakan (YDM) Tengku Musahiddin Shah Tengku Abdul Samad Shah, 34, menda-hului pemasyhuran gelaran dan mengangkat sumpah ‘Tengku Seri Perkasa Diraja’.

Istiadat Pemasyhuran Gelaran dan Mengangkat Sumpah serta Menjunjung Duli bagi Orang-Orang Besar Istana Orang Besar Daerah dan Dato’-Dato’ Diraja Selangor diadakan di hadapan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Istiadat berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, pada 17 Mac lalu.

Tengku Musahidin Shah meru-pakan anakanda kepada Yang Amat Mulia, Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Sa-mad Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, adinda kepada DYMM Sul-tan Selangor.

Beliau kini menyandang jawatan sebagai salah seorang Pengarah di Syarikat Ropequest Sendirian Berhad dan mempu-nyai Ijazah Sarjana Muda Ko-munikasi Massa (Perhubungan Awam) daripada Murdoch Uni-versiti, Perth, Australia.

Pada istiadat sama, turut dikurniakan pangkat gelaran Orang Besar Istana, Yang Mulia Syed Haizam Hishamuddin Put-ra Jamalullail, 34 yang mem-bawa gelaran ‘Engku Panglima

Setia Diraja.Ayahanda beliau, Yang Amat

Mulia Tengku Syarif Panglima Perlis, Tan Sri Syed Anwar Jama-lullail Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, adinda ke-pada DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Ja-malullail.

Beliau kini menyandang jawatan sebagai Pengetua Pe-ngasas Tuas Capital Partners, Pe-megang Amanah Yayasan Raja Muda Selangor dan Selangor Youth Community (SAY).

Yang Mulia Syed Haizam juga mempunyai Ijazah Sarjana dalam Sains Manusia daripada Somer-ville College, University of Oxford.

DYMM Sultan Selangor turut berkenaan mengurniakan gelar-an kepada Orang Besar Daerah Petaling, Dato’ Emran Kadir,69.

Beliau dikurniakan gelaran ‘Dato’ Orang Jaya Maha Bijaya Petaling’, pada 1 Oktober 2010 dan mula berkhidmat dengan kerajaan bermula, pada 1972 se-bagai Pegawai Tadbir dan Diplo-matik.

Manakala, Dato’ Diraja Sela-ngor, Dato’ Mohd Effendi Abdul-lah, 56 dikurniakan pangkat ge-laran Dato’ Kurnia Bakti Diraja.

Sementara itu, Dato’ Diraja Selangor, Dato’ George Stewart LaBrooy dikurniakan pangkat ge-laran, Dato’ Setia Pekerti Diraja.

Sultan berkenan sampaikan gelaran

KLANG - Yang Dimuliakan (YDM) Tengku Musahiddin Shah Tengku Abdul Samad Shah, mengang-gap pelantikannya ke jawatan Orang Besar Istana sebagai ama-nah besar bagi memenuhi aspira-si Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafud-din Idris Shah.

Beliau menyifatkan pelan-tikannya bersama YDM Syed Haizam Hishamuddin Putra Ja-malullail sebagai satu penghor-matan dan mewakili suara ge-nerasi muda, di Selangor.

“Ia boleh dianggap sejarah

apabila Sultan Selangor melan-tik Orang Besar Istana dalam ka-langan kita yang muda dan ber-harap mereka lebih kanan juga berusia akan memberi bimbi-ngan.

“Kesempatan ini akan diguna-kan sebaiknya untuk memenuhi harapan baginda merapat-kan hubungan antara rakyat dan istana terutama golongan muda,” katanya kepada Sela-ngorKini.

Beliau berkata, baginda Sul-tan amat prihatin dan memaha-mi keperluan rakyat bersesuaian

dengan perubahan serta kea-daan masa kini, tambahan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah sendiri mewakili Generasi Y.

“Perubahan berlaku dengan teknologi terkini, namun golo-ngan muda tidak harus meng-abaikan dengan terus mendo-kong budaya serta adat istiadat Kesultanan Selangor diwarisi za-man berzaman,” katanya.

Syed Haizam Hishamuddin berkata, hasil kajian mendapati lebih kurang 65 peratus rakyat Selangor adalah di bawah 35 ta-

hun dan menyifatkan pelantikan itu amat bertepatan.

Beliau berkata, Selangor adalah negeri tumpuan ramai dan terdapat banyak institusi pengajian tinggi bagi melahirkan generasi berilmu.

“Seperti diamanahkan Sul-tan Selangor, kita akan melak-sanakan tanggungjawab sebaik-nya dan memastikan segala aktiviti berkaitan istana berjalan lancar serta memberi kebaikan kepada rakyat.

“Kita juga akan memban-tu Raja Muda Selangor yang

aktif dalam pelbagai aktiviti membabitkan golongan muda,” katanya.

Bersesuaian dengan peredar-an masa, katanya, kemudahan media sosial akan digunakan sepenuhnya bagi menyalurkan maklumat dan merapatkan rak-yat dengan Istana Selangor.

Sultan Selangor melantik Tengku Musahiddin Shah ke jawatan itu dan dikurniakan ge-laran ‘Tengku Seri Perkasa Di-raja’, manakala Syed Haizam Hishamuddin dengan anugerah ‘Engku Panglima Setia Diraja’.

Amanah besar penuhi aspirasi Sultan Selangor

6Utama

SelangorKini 21 - 27 Mac 2018

SEPANG - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Teng-ku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mencemar duli menyempurnakan Program Tanam Pokok Selangor 2018, di Pantai Bagan Lalang, pada 18 Mac lalu.

Majlis itu diadakan sebagai inisiatif menyemarakkan lagi persekitaran hijau, di negeri ini.

Bagi simbolik penyempur-naan program, baginda berkenan mencemar duli menyempurnakan acara penanaman pokok bakau bersama Tengku Norashikin dan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali.

Program tanaman pokok juga cukup istimewa apabila baginda lebih selesa melakukannya ber-sama peserta program terbabit, di sekitar kawasan pantai.

Hadir sama pda program itu ia-lah Exco Kerajaan Selangor.

Sementara itu, Mohamed Azmin dalam sembah ucapan perasmian program berkata, Kerajaan Nege-ri sentiasa konsisten memelihara persekitaran hijau, di Selangor.

“Satu pembentangan rang un-dang-undang juga akan diadakan berkenaan melaksanakan huku-man lebih berat kepada pence-roboh hutan.

“Ia adalah sebagai usaha me-melihara aktiviti perhutanan di ne- geri ini, termasuk memberi gala-kan kepada masyarakat supaya menghargai ekosistem dan pem-bangunan hijau negeri.

“Keberangkatan Tuanku dalam program ini menjadi inspirasi un-tuk memelihara dan memulihara hutan sebagai elemen penting ekosistem semula jadi,” katanya.

Dalam program itu, seramai 2,500 peserta mengambil baha- gian menanam 3,000 pokok ba-kau, di sekeliling pantai berke-naan.

Sultan, Permaisuri cemar duli sertai program tanam pokok

Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri ditemani Mohamed Azmin dan isteri, Datin Seri Shamshida Taharin menanam pokok bakau, di Pantai Bagan Lalang

OLEH SABIRAH AZIZ

SEPANG - Kerajaan Negeri komited menguruskan sumber hutan secara berkekalan bagi menjamin peranan hutan dalam memastikan kestabilan alam sekitar dan sumber bekalan air bersih.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mo-hamed Azmin Ali berkata, pemeli-haraan hutan simpan kekal amat pen-ting dalam memastikan sumber alam semula jadi Selangor terpelihara.

"Ia bagi memelihara sumber biodi-versiti, kawalan hakisan tanah, peme-liharaan dan pemuliharaan spesis flora dan fauna, sekali gus menjana aktiviti eko pelancongan.

"Dalam memastikan sumber ini terpelihara, sejak 2000, Jabatan Per-hutanan Negeri Selangor berjaya menanam lebih satu juta pokok di persisiran pantai berkeluasan sekitar 615 hektar melalui Projek Penanaman Pokok Bakau dan spesies pokok ber-sesuaian," ka-tanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Tanam Pokok Selangor 2018, di Pantai Bagan La-lang, pada 18 Mac lalu.

Katanya, Hutan Simpan Sepang Ke-chil di pantai berkenaan adalah hu-tan paya bakau dengan keluasan 268 hektar yang wujud di kawasan pesi-siran pantai berkenaan.

"Hutan ini memainkan peranan amat penting dari segi sosio ekono-

Stabilkan alam sekitar

Pelihara sumber hutan

SHAH ALAM - Keluasan Hutan Simpan Kekal (HSK), di Selangor mencatatkan peningkatan kepada 33 peratus, berbanding 30 peratus se-belum ini.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknolo-gi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, jumlah itu melepasi sasaran ditetapkan sebelum ini.

Katanya, Kerajaan Negeri komited dalam usaha itu bagi mengekalkan sekurang-ku-rangnya 30 peratus daripada kawasan tanah walaupun Selangor adalah negeri paling pa-dat dengan industri, penduduk dan termaju, di Malaysia.

“Kita mempunyai dasar perlindungan hu-tan terbaik di negara ini apabila sejak 2009, Kerajaan Negeri melaksanakan moratorium selama 25 tahun tiada pembalakan komersial.

“Kita menggubal enakmen negeri yang baru bagi memastikan pendengaran awam sebelum sebarang warta keluar rizab hutan simpan kekal dilaksanakan,” katanya ketika menyorot kejayaan portfolionya yang berta-juk ‘Membina Masyarakat Madani dan Mem-bina Alam, di Karnival Himpunan Rakyat.

Pada masa sama, Elizabeth berkata Per-matang Kuarza di Gombak juga bakal mendapat pengiktirafan Pertubuhan Pelaja-ran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Katanya, aset geologi dimiliki kuarza itu mempunyai nilai tinggi dan boleh ditarafkan

sebagai warisan rantau, melebihi taraf warisan kebangsaan.

Terdahulu, Kerajaan Negeri mahu Per-matang Kuarza itu bukan sahaja diiktiraf se- bagai tapak warisan kebangsaan tetapi men-jadi tapak warisan dunia dalam kategori wari-san semula jadi.

Ia ekoran kawasan ini adalah tembok ba-tuan semula jadi luar biasa di pinggir Banjaran Titiwangsa yang membentuk permatang ter-panjang di dunia iaitu 14 kilometer (km) de-ngan kelebaran 50 meter.

Kawasan itu juga memiliki 265 spesies tum-buhan yang menjadikan kuarza sebagai habi-tat mereka.

Sementara itu, Kerajaan Negeri turut melu-luskan 414.531 ekar keluasan tanah Kampung Orang Asal yang diwartakan sebagai kawasan atau rizab Orang Asal, sejak 2008.

Bagi Hulu Selangor iaitu Kampung Orang Asli Sungai Jang Kerling dengan keluasan 4.18 pula diwartakan, pada 24 Oktober 2013.

Manakala bagi daerah Kuala Langat, Taman Desa, Kemandol dengan keluasan 86.79 ekar dan Kampung Orang Asli Sungai Bumbun, Pu-lau Carey, pada keluasan 329.6 peratus, pada 26 Oktober 2017.

Bagi daerah Sepang iaitu Kampung Orang Asli Bakok yang berkeluasan 9.044 dan da-erah Klang, Tanjung Harapan Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang iaitu keluasan tiga ekar.

Keluasan hutan simpan meningkat �� %

mi, alam sekitar dan keselamatan se-lain menjadi habitat penting kepada pelbagai spesis flora dan fauna serta hidupan laut.

"Di samping itu, ia turut memain-kan peranan dalam menjamin ka-wasan pesisiran pantai, termasuk ber-fungsi sebagai benteng semula jadi untuk menahan serta mengurang-kan daya kekuatan pukulan ombak, hakisan tanah penahan semula jadi ke-pada tiupan angin kencang," katanya.

Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri juga akan membentangkan rang undang-undang dalam persi-dangan Dewan Undangan Negeri ti-dak lama lagi, bertujuan meminda enakmen Akta Perhutanan Negara 1985, iaitu menjatuhkan hukuman lebih berat kepada penceroboh hu-tan, di Selangor.

Dalam memastikan sumber ini terpelihara, sejak 2000, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor berjaya menanam lebih satu juta pokok di persisiran pantai berkeluasan sekitar 615 hektar melalui Projek Penanaman Pokok Bakau dan spesies pokok bersesuaian

MOHAMED AZMINDato’ Menteri Besar

Ekonomi7SelangorKini 21 - 27 Mac 2018

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri terus pri-hatin terhadap golongan rakyat minoriti, di Selangor dengan pertambahan perun-tukan sejak 2015.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau berkata, Kerajaan Negeri menambah peruntukan khas untuk rumah ibadat bukan Islam.

“Tahun lalu juga Kerajaan Negeri me-ningkatkan peruntukan khas kepada ko-muniti Sikh daripada RM500,000 kepada RM1 juta bagi menjalankan aktiviti ke-masyarakatan dan menambahbaik infra-struktur gurdwara.

“Perkara itu menunjukkan pentadbi-ran di bawah Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sangat prihatin dalam menjaga hak semua kaum, terma-suk rakyat minoriti di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mem-bentangkan Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang dilaksanakan sepanjang 10 tahun lalu, di Karnival Himpunan Rakyat, di Sta-dium Malawati, pada 17 Mac lalu.

Sehingga Oktober 2017, sebanyak 518 persatuan menerima sumbangan RM5.1 juta bagi aktiviti keagamaan ma-sing-masing.

Tahun ini juga, Kerajaan Negeri turut memperuntukkan RM6 juta bagi aktiviti sama.

Ganabatirau berkata, kepelbagaian agama di Selangor juga salah satu tarikan rakyat Malaysia memilih Selangor sebagai penempatan tetap.

Katanya, tahun lalu, data migrasi dike-luarkan Jabatan Perangkaan Negara menunjukkan Selangor menerima ke-datangan paling tinggi rakyat dari negeri lain.

“Beruntung rakyat yang menetap 10 tahun di Selangor turut boleh menerima manfaat IPR yang dilaksanakan Kerajaan Negeri.

“Kita juga iktiraf kehadiran mereka ke-rana mereka juga menyumbang kepada peningkatkan ekonomi yang menjadikan Selangor sebagai Penyumbang terbe-sar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara,” katanya.

Saban tahun peruntukan ditambah

Rakyat minoriti terus dipeduli

BESTARI JAYA - Seramai 166 peniaga ke-cil menerima bantuan Skim Hijrah (HIJ-RAH) bernilai RM1.3 juta bagi membantu mengembangkan perniagaan masing-ma-sing.

Pengerusi Eksekuti Yayasan Hijrah Se-langor, Datuk Dr Mansor Othman berkata, jumlah itu sebahagian daripada keseluru-han penerima Hijrah yang sudah dibantu bagi melebarkan golongan kelas mene-ngah.

“Hasrat kita adalah menggalakkan rak-yat berniaga walau secara kecil-kecilan bagi menangani isu kemiskinan

“Melalui program Hijrah, kita akan dapat menaikkan golongan kelas mene-

ngah dan memperbanyakkan usahwan berjaya,” katanya ketika ditemui Selangor Kini, pada program penyampaian Hijrah sempena Hari Terbuka Universiti Selangor (UNISEL), di Kampus Bestari Jaya, pada 18 Mac lalu.

Bantuan antara RM5,000 hingga RM50,000 diberikan kepada peniaga kecil sebagai alternatif terbaik berbanding pin-jaman di institusi kewangan lain dengan faedah tinggi.

Turut hadir menyampaikan sumba-ngan ialah Exco Generasi Muda, Sukan, Ke-budayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari dan Naib Canselor UNISEL, Prof Dato’ Dr Mohamad Redzuan Othman.

Lagi ��� peniaga terima bantuan HIJRAH

Sunway Velocity

MYTOWN/

Taman Pertama Station

Taman MidahStation

28 Jalan Perdana 3/10,Pandan Perdana,55300 Kuala Lumpur.

Waktu operasi: 10pagi - 6ptg

T (03) 2163 4567 / 2161 4567

W www.beverlygroup.com.my

Laluan MRT dalam pembinaan

No.Lesen Pemaju: 13541-1/07-2018-01555 (L) l Tempohan: 14/07/2017 - 13/07/2018 l No. Permit Pengiklanan & Jualan: 13541-1/07-2018/01555 (P) l Tempohan: 14/07/2017 - 13/07/2018 l Pihak Berkuasa Meluluskan Pelan Bangunan: Majlis Perbandaran Ampang Jaya l No. Rujukan: MPAJ/OSC/DEV/39/13 l Pegangan Tanah: Pajakan (Hingga 01 Mar 2100) l Bebanan Tanah: Maybank Islamic Berhad l Sekatan Kepentingan: Tanah yang diberimilik ini tidak boleh dipindahmilik, digadai, atau dipajakkan melainkan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada PBT. l Bilangan Unit: 1284 Jenis Rumah: SOHO Harga Jualan Dari RM382,857 (min) - RM1,418,571 (max) l Bilangan Unit: 636 Jenis Rumah: Pangsapuri Perkhidmatan Harga Jualan Dari RM538,571 (min) - RM1,397,143 (max) l Tarikh Dijangka Siap: Aug 2019

PELANCARAN FASA TERAKHIRTAWARAN DISKAUN BUMIPUTERA

Dr Mansor ditemani Dr Mohamad Redzuan dan Amirudin bergambar kenangan bersama sebahagian peserta Hijrah

SHAH ALAM - Pusat Pemborong GM Klang diiktiraf sebagai pusat pemborong terbe-sar, di Malaysia oleh Malaysia Book of Re-cord (MBR).

Majlis penyampaian anugerah berlang-sung seiring Majlis Anugerah MPK Care an-juran Majlis Perbandaran Klang (MPK), di Pusat Konvensyen Shah Alam, pada 15 Mac lalu.

Pengarah Urusan GM Klang, Datuk Lim Seng Kok berkata, pengiktirafan itu men-jadi pemangkin kepada pihaknya untuk terus berusaha merealisasikan GM Klang sebagai pusat pemborong sehenti, di Asia Tenggara.

“Kami berbesar hati untuk pengiktirafan ini dan berterima kasih kepada MPK kerana sentiasa memberi sokongan penuh.

“Dengan wujudnya Stesen LRT 3 dalam masa tiga tahun lagi, kami mensasarkan lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara, sekali gus menjadikan GM Klang

sebagai pusat perhentian serantau,” kata-nya.

Majlis turut dihadiri Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Teknologi Hijau, Elizabeth Wong dan Yang Dipertua MPK, Dato’ Mohamad Yasid Bidin.

Seng Kok berkata, selain memberi repu-tasi baik kepada pihaknya, pencapaian itu juga mengharumkan Bandar Diraja itu.

Beliau berkata, setakat ini GM Klang mempunyai 2,500 unit kedai di tiga blok dan daripada jumlah tebabit, 1,800 di-penuhi kira-kira 700 peniaga.

“GM Klang bermula dengan hanya satu blok setingkat, pada 2009 menempatkan kira-kira 300 unit kedai sahaja, membuka blok kedua, pada November 2012.

“Penerimaan yang baik daripada pe-ngunjung ini membantu kami membina blok ketiga dengan 12 tingkat, termasuk lima tingkat untuk kawasan letak kereta,” katanya.

GM Klang diiktiraf terbesar

Seng Kok mene-rima sijil pengik-tirafan daripada wakil MBR de-ngan disaksikan Elizabeth dan Mohamad Yasid

8Nasional

SelangorKini 21 - 27 Mac 2018

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Cadangan mengehadkan pemegang jawatan perdana menteri kepa-da dua penggal seperti terkandung dalam Manifesto Pilihan Raya Pakatan Harapan (PAKATAN) disifatkan ideal untuk dilak-sanakan, di negara ini.

Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Ahmad Mar-thada Mohamed berkata, sistem itu ter-bukti berkesan, di beberapa negara terma-suk Indonesia.

“Sudah sampai masanya negara per-

lukan sistem yang boleh diramal dan di-percayai.

“Oleh kerana seseorang per-dana menteri itu tahu tempoh pemerintahan tidak lama, maka dia akan berusaha yang terbaik sepanjang tem-poh berkhidmat dan elemen negatif seperti kronisme, nepotisme juga risiko meng-gunakan kuasa mendapatkan faedah peribadi rendah atau mudah dibendung.

“Kita lihat sistem begini memang berjaya seperti di Amerika Syarikat dan Indo-

nesia, maka presiden dapat jalankan tang-gungjawab dengan baik,” katanya.

Katanya, membiarkan sese-orang terlalu lama menguasai

tampuk pemerintahan juga akan meningkatkan risiko berlakunya pemerintahan kuku besi ekoran berlaku pengumpulan kuasa terlalu kuat dan besar.

Beliau berkata, sebaliknya sistem dua penggal juga di-

anggap tempoh terbaik ekoran tidak terlalu pendek tetapi tidak

juga terlalu panjang.

Hapus amalan kronisme

Idea PM dua penggal ideal

SHAH ALAM - Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa hutang negara akan me-ningkat dengan mendadak jika Cukai Barangan dan Perkhid-matan (GST) dihapuskan ditem-pelak.

Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob berkata, hutang negara meningkat ekoran sikap kerajaan yang cenderung berbelanja besar.

“Dulu tiada GST boleh pula ker-ajaan bayar hutang. Tiada satu ta-hun pun kita tidak boleh bayar hu-tang sebelum GST dilaksanakan, pada 1 April 2015 .

"Jika kerajaan prihatin jangan

manipulasi harga projek, tutup ke-tirisan, elak rasuah, bukan hendak buat projek besar dan berbelanja besar. Tak perlu GST pun,” katanya.

Katanya, Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabang-sa (IMF) pernah membangkitkan ketidaksamaan agihan pendapat-an antara golongan menengah dan rendah yang membimbang-kan, di Malaysia perlu diatasi de-ngan mengambil beberapa lang-kah progresif.

Dr Rosli berkata, Bank Du-nia mencadangkan Malaysia melaksanakan penstrukturan semula cukai korporat dan cu-kai pendapatan yang bersifat

lebih adil apabila cukai itu hanya membabitkan golongan mene-ngah sahaja.

“Jika susun semula cukai ini orang kaya kena cukai lebih, orang miskin tak kena cukai teta-pi Najib memilih GST.

"Semakin miskin kamu, sema-kin besar beban yang kamu tang-gung di bawah GST,” katanya.

Sebelum ini, Manifesto Pilihan Raya Pakatan Harapan (PAKAT-AN) bertema ‘Membina Negara Memenuhi Harapan’ menjanjikan akan menghapuskan GST dalam tempoh 100 hari jika memena-ngi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Dulu tiada GST boleh pula bayar hutang

Tambah baik pusat operasi cuaca SabahKUALA LUMPUR - Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Sabah ditambah baik bagi mengesan kejadian gempa bumi bermag-nitud serendah 1.0 skala richter, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Beliau berkata, 15 lagi stesen seismik ditambah kepada kom-ponen pengumpulan data dan maklumat pusat berkenaan, ba-

ru-baru ini dengan kos RM12.1 juta.

“Pusat ini mampu mengesan kejadian gempa bumi dengan lebih cekap.

“Melalui penambahan ste-sen ini, ia menjadikan jumlah keseluruhan 28 stesen seismik di Sabah,” katanya ketika sesi jawab lisan, di Dewan Rakyat, pada 20 Mac lalu.

Wilfred berkata demikian

menjawab soalan berkenaan ini-siatif kerajaan dalam menambah baik sistem pengesanan gempa bumi dan tsunami Sabah.

Pada bulan ini, Sabah me-rekodkan tiga gempa bumi di Ranau dalam tempoh seminggu dengan magnitud tertinggi di-catatkan, pada 5.2 pada skala richter, pada 8 Mac lalu, diikuti 3.1 skala richter sehari berikut-nya dan pada 11 Mac.

Kita lihat sistem begini memang berjaya seperti di Amerika Syarikat dan Indonesia, maka presiden dapat jalankan tanggungjawab dengan baikAHMAD MARTHADA MOHAMEDDekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM

Lebih ��,��� rakyat Malaysia kemurunganSHAH ALAM - Kajian Kementeri-an Kesihatan mendapati 18,336 rakyat Malaysia dikesan meng- alami pelbagai tahap kemurung-an, pada tahun lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya ber-kata, kes itu turut dikesan terjadi kepada golongan remaja berusia seawal 16 tahun.

Beliau berkata, jumlah itu ber-dasarkan kajian Kementerian Ke-sihatan melalui saringan minda sihat terhadap 273,203 orang yang dijalankan di klinik kesihat-an dan komuniti, pada 2017.

Katanya, daripada jumlah disaring itu, 4.03 peratus atau 11,811 orang dikesan mengalami kemurungan tahap ringan, 1.26 peratus (3,680 orang) pada ta-hap sederhana dan 0.62 peratus (1,682 orang) berada pada tahap teruk.

“Selain itu, melalui saringan minda sihat dijalankan dengan Kementerian Pendidikan ke atas 253,196 pelajar tingkatan empat, sejumlah 0.45 peratus atau 1,163 pelajar mengalami masalah ke-murungan,” katanya pada persi-dangan Dewan Rakyat.

Global9SelangorKini 21 - 27 Mac 2018

OLEH SABIRAH AZIZ

GLOBAL - Para saintis National Aeronau-tics and Space Administration (NASA) memberikan amaran bahawa sebuah as-teroid gergasi dijangka akan terhempas ke bumi, pada 2135.

Asteroid gergasi diberi nama Bennu itu mempunyai saiz lima buah padang bola dengan anggaran berat 79 bilion kilogram dan dikatakan 1,664 kali lebih berat daripada Titanic.

Saintis meramalkan asteroid itu mem-beri 80,000 kali lebih impak berbanding bom Hiroshima, lapor Agensi.

NASA mempunyai kapal angkasa yang diberi nama Hypervelocity Aste-roid Mitigation Mission for Emergency Response (HAMMER) direka khas un-

tuk mengubah arah atau menghancur-kan asteroid supaya tidak terhempas ke bumi.

Kapal Angkasa HAMMER ini juga mampu menghancurkan asteroid mengguna-kan bom nuklear tetapi ti-dak disarankan kerana berkemungkinan memberi kesan buruk pada bumi.

Bagaimanapun, saintis memutuskan sebuah HAMMER tidak mencukupi dan tidak mampu mengubah arah Bennu.

Seorang ahli fizik di Makmal Kebang-saan Lawrence Livermore, Kirsten How-ley berkata, menggunakan kapal angka-sa HAMMER yang kecil boleh memberi ‘akibat buruk’ pada bumi.

HAMMER hanya berukuran sembilan meter tinggi dengan berat hampir sem-bilan tan.

Ramalan NASA

Asteroid gergasi bakal hempas bumi

GENEVA - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melancarkan rayuan dana untuk hampir AS$1 bilion (RM3.91 bi- lion) bagi mengurus pelarian Rohingya di Bangladesh, sambil menekankan usa-ha kepulangan selamat ke Myanmar, pada 16 Mac lalu.

Agensi pelarian PBB (UNHCR) itu memohon hampir AS$951 juta (RM3.72 bilion) untuk sepanjang tahun bagi menyediakan keperluan asas terhadap hampir sejuta pelarian Islam Rohingya, di Bangladesh.

Ia termasuk 700,000 pelarian yang menyeberangi sempadan sejak Ogos lalu, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

Ketua agensi itu, Filippo Grandi mem-beritahu media, kebimbangan sekarang adalah menggerakkan bantuan menye-lamat nyawa kepada pelarian, terutama ketika musim monsun semakin dekat

dan puluhan ribu tinggal di kawasan terdedah banjir dan tanah runtuh.

Grandi sekali lagi mengakui, ia mung-kin mengambil masa amat panjang sebelum mana-mana pelarian dapat pulang ke Rakhine, Myanmar, ekoran ke-tiadaan bukti bahawa keselamatan me-reka terjamin jika kembali.

Etnik minoriti itu lari selepas Myan-mar melancarkan tindakan keras kejam ke atas pemberontak enam bulan lalu yang digelar PBB ‘pembersihan etnik.’

Namun Grandi menegaskan, walau-pun dengan keadaan itu, beliau tidak akan berhenti memperjuangkan kepu-langan pelarian yang berhasrat pulang ke tanah air.

Pada November lalu, Bangladesh dan Myanmar bersetuju memulakan kepu-langan secara sukarela Rohingya ke Myanmar, kawasan minoriti tertindas itu hidup selama bergenerasi.

PBB lancar rayuan dana AS$� bilion untuk Rohingya

10IPR

SelangorKini 21 - 27 Mac 2018

Dapatkan borang pendaftaran di kaunter pejabat

www.ipr.selangor.gov.my

PERUMAHAN

Permohonan dibuat secara Online menerusi laman web:

PERUMAHAN

www.ipr.selangor.gov.my

l Untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana di Selangor yang belum mempunyai rumah, anda berpeluang memiliki Rumah Selangorku pada harga daripada RM42,000 seunit sehingga RM250,000 seunit.Jenis rumah yang ditawarkan: 1. Rumah Selangorku Jenis A (berkeluasan 700 kaki persegi) 2. Rumah Selangorku Jenis B (berkeluasan 750 kaki persegi) 3. Rumah Selangorku Jenis C (berkeluasan 800-900 kaki persegi) 4. Rumah Selangorku Jenis D (berkeluasan 750 kaki persegi)

SKIM RUMAH SELANGOR

1. Warganegara Malaysia. Berumur 18 tahun keatas.2. Pendapatan isirumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000 sebulan sahaja yang dibenarkan memohon rumah jenis A manakala pendapatan isirumah antara RM3,001sehingga RM10,000 sebulan sibenarkan memohon rumah Jenis B,C dan D.3. Pemohon yang memiliki rumah kos rendah (jenis A) selama (5) tahun ke atas dari tarikh Perjanjian Jual Beli boleh memohon Rumahku Jenis B, C dan D dengan melengkapkan permohonan secara manual melalui borang kos rendah (SPP01) yang boleh dimuat turun dilaman sesawang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) iaitu:

http://lphs.selangor.gov.my/indrx.php/pages/view/123. Salinan Perjanjian Jual-Beli tersebut perlu dikemukakkan kepada LPHS. Selain permohonan perlu berdaftar secara online.4. Permohonan hanya dibenarkan membuat pilihan: 1 jenis rumah sahaja, semasa membuat permohonan.5. Permohonan belum memiliki rumah, sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor.6. Permohonan pindah milik hamya dibenarkan selepas 5 tahun dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.7. Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.8. Tempoh sah setiap permohonan didaftrakan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh itu, data permohonan didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh itu, data permohonan yang masih "Menunggu Tawaran" akan dikeluarkan daripada sistem dan permohonan perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU.

http://ehartanah.lphs.gov.my

Dibina Oleh

Pemaju Swastadan GLC

19,500Penerima

Kediaman MampuMilik Untuk Rakyat

l Kepada penduduk miskin bandar yang tinggal di pangsapuri, Kerajaan Negeri Selangor menawarkan bantuan kepada anda untuk membaiki kerosakan harta bersama pada pangsapuri kepentingan membayar caj penyelenggaraan.Program bantuan dibahagikan kepada 3 skim:1. SKIM CERIA - Baik pulih kerosakan harta bersama pangsapuri.2. SKIM L’Ceria - Baiki pulih lif yang rosak dipangsapuri.3. SKIM PERMAI CERIA - Membantu pangsapuri melaksanakan penukaran daripada Meter Pukal kepada Meter Individu. l Membantu miskin bandar. l Mendidik penduduk pangsapuri berhubung kepentingan membayar caj penyelenggaraan melalui konsep perkongsian kos.

Skim Ceria & L’ceria:1. Pangsapuri kos rendah dan sederhana rendah.2. Satu (1) jenis permohonan dengan anggaran keseluruhan kos baik pulih tiada had ATAU MAKSIMA dua (2) jenis kerja baik pulih dengan anggaran keseluruhan kos tidak melebihi RM300,000.3. Mempunyai kedudukan kewangan yang stabil.4. Keutamaan kepada kerosakan yang kriritikal.

1. Pangsapuri Kos Sederhana (Kod 17) atau Kos Rendah (Kod 18).2. Kategori unit kediaman sahaja.3. Kategori permohionan migrasi meter air individu belum mendapat kelulusan teknikal daripada SYABAS.4. Pembaikan meter stand unit kediaman sahaja.

Skim Permai Ceria

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) Tingkat 5, Podium Utara, Bangunana SSAAS,40503 Shah Alam, Selangor DE.Tel: 03-55447537/7911/7199

Kaedah Pendaftaran: l Mengisi Borang Permohonan Skim CERIA.l Mengisi Borang Permohonan Skim PERMAI CERIA.l Mengisi Borang Permohonan Skim L’CERIA.

RM84Juta

Perbelanjaan

Penerima

254

SKIM CERIA

Mengecat rumah dan baiki Lif

11SelangorKini 21 - 27 Mac 2018

AIR

KELESTARIAN AIR SELANGOREfisien, Holistik & Berkemampuan

Penstrukturan Semula Air di SelangorIndustri air di Selangor diswastakan pada 1994. Dasar penswastaan industri air

adalah bercelaru, berpihak kepada syarikat dan membebankan rakyat.Sekiranya penstrukturan semula air tidak dilaksanakan, tarif air sudah dinaikkan

tiga kali sejak 2008 sebanyak 105%. Penstrukturan semula industri air membolehkan Kerajaan Negeri mempunyai kawa-

lan penuh ke atas industri air bagi menjamin kelestarian bekalan air yang holistik, berkemampuan dan efisen.

APA YANG BERLAKU?Jumlah kos pengambilalihan syarikat

konsesi air RM1.64 BilionABBAS

RM86 juta SYABASRM438 juta

Puncak NiagaRM1.117 bilion

2014Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan tandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dan Perjanjian Utama (Master Agreement) bagi memulakan proses pengambilalihan syarikat konsesi air.

2015Air Selangor berjaya mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Konsortium ABBAS Sdn Bhd (ABBAS) dan Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB)

Hanya Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) masih belum selesai hingga ke hari ini.

Punca Kelewatan Penstrukturan Semula lndustri Air Selangorl Seawat tahun 2009, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim secara bertulis menawarkan SPLASH RM 2.975 bilion tanpa sebarang penilaian.

l SPLASH menerima tawaran itu dan memaklumkan keputusan kepada KeTTHA melalui surat bertarikh 15 Oktober 2009.

l Namun tawaran terakhir kepada SPLASH berubah menjadi RM250 juta sahaja dan SPLASH telah menolak tawaran ini.

l Setelah Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri, badan penilai bebas dilantik segera untuk memberi panduan nilai pengambil alihan SPLASH.

l Atas dasar keterbukaan Kerajaan Negeri, laporan penilai bebas dikemukakan kepada KeTIHA. KeTIHA juga melantik penilai bebas untuk membantu Kerajaan Persekutuan.

l Laporan penilai bebas telah dibentangkan dalam Kabinet. Namun KeTTHA menangguhkan tarikh akhir memuktamadkan pengambil alihan SPLASH dari 2016 kepada Mei 2017, Oktober 2017,dan terkini Julai 2018.

l Sehingga ke hari ini,KeTTHA enggan berkongsi maklumat bagi memutuskan harga yang sewajamya untuk mengambilalih SPLASH.

l Pengurusan SPLASH di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri yang merupakan pemegang saham minoriti.

40%Gamuda Bhd

30%Kumpulan PerangsangSelangor Berhad

30%The Sweet WaterAlllance Sdn Bhd

Pemilikan SPLASH

TAHUKAH ANDA?Kemalangan di Loji Rawatan Air SSP3

26 Januari 2018Air Selangor mendapati bekalan air dari Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3) mulai susut namun TIDAK dibenarkan masuk kerana loji itu dimiliki SPLASH, BUKANNYA Kerajaan Negeri.

5 Februari 2018Air Selangor dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mendapati Pam 3, 4, 5 & 8 diLRA SSP3 tidak berfungsi akibat kerosakan sejak tahun 2016.

l LRA SSP3 dihenti tugas selama 10 jam dan kerja penggantian paip siap sepenuhnya pada jam 4.15 petang.

l Sewaktu operator mengaktifkan semula operasi loji,2 paip Sistem Mampatan Udara meletup dan

mencederakan 5 orang. lnsiden berkenaan masih lagi dalam siasatan bagi mengenalpasti punca kegagalan sistem tersebut.

l LRA SSP3 terpaksa dilanjutkan henti tugas sehingga kerja pembaikan siap.

l Gangguan bekalan air telah melibatkan pengurangan 800 JLH air bersih dan menjejaskan seramai 563,662 pengguna di 499 kawasan.

6 Mac 2018

Tindakan Pantas Air Selangor

Mengeluarkan Notis Pemakluman seawal 1 Mac 2018 melalui hebahan media, Pesanan Khidmat Ringkas, aplikasi WhatsApp dan saluran interaksi Air Selangor.

Mengeluarkan Kenyataan Media secara berkala bagi memaklumkan status terkini kerja-kerja pembaikan dan pemulihan bekalan.

Menawarkan khidmat bantuan bagi kerja-kerja pembaikan oleh SPLASH.

Menawarkan khidmat kontraktor mahir dan berpengalaman bagi menyegerakan kerja pembaikan.

Sebanyak 83 lori tangki air biasa dan 13 unit lori tangki air jumbo digerakkan Air Selangor selain bantuan 9 lori tangki air PBT Selangor dan 20 lori tangki air dari operator air luar.

Menempatkan 178 tangki statik dan 92 tangki septik di beberapa lokasi strategik.

Mengaktifkan 9 Pusat Khidmat Setempat (PKS) beroperasi 24 Jam dan penyediaan 24 lokasi pili awam.

Membekalkan sebanyak 17,568 botol air bersih 5 liter kepada pengguna terutama penghuni kediaman bertingkat.

Album Album13SelangorKini 21 - 27 Mac 201812 SelangorKini 21 - 27 Mac 2018

1

3 4

65

Dis

edia

kan

Ole

h A

sri S

apfie

& R

emy

Ariffi

n

201

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa

Rasiah menyantuni dan menyampaikan

sumbangan kepada penduduk

setempat memerlukan di kawasan beliau

03ADN Hulu Klang,

Saari Sungib menyampaikan

sumbangan Skim Mesra Usia Emas

(SMUE) kepada penduduk yang

layak di kawasan beliau

05ADN Kampung

Tunku, Lau Weng San turun padang

meneliti kerosakan saliran longkang

di kawasan beliau untuk tindakan

susulan

02ADN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei menyantuni dan menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada penduduk memerlukan di DUN beliau

04ADN Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada murid yang layak di DUN beliau

06ADN Bukit Melawati, Jakiran Jacomah meneliti tahap kerosakan rumah mangsa kebakaran di kawasan beliau untuk tindakan selanjutnya

WARNA-WARNI KEMERIAHAN

KARNIVAL HIMPUNAN RAKYAT

SELANGOR 2018

14IPR

SelangorKini 21 - 27 Mac 2018

BAS SMART SELANGOR

www.ipr.selangor.gov.my

KEMUDAHAN

AWAM

Layari laman media sosial :

KEMUDAHAN

AWAM

www.ipr.selangor.gov.my

WIFI SMART SELANGOR

l Perkhidmatan WiFi percuma untuk kegunaan anda yang meliputi lebih daripada 3,000 hotspot di Negeri Selangor. Program ini mampu merapatkan jurang digital dan memberi kuasa kepada anda selaku penduduk di Negeri Selangoruntuk membuat keputusan berdasarkan maklumat semasadan terkini.

1. Hanya perlu mendaftar sebagai pengguna berdaftar Wifi Smart Selangor untuk perkhidmatan internet percuma. Hidupkan Wifi pada peranti dan pilih WiFi Smart Selangor. Daftar terus di Halaman Utama (Landing Page) WiFi Smart Selangor menggunakan borang atas talian atau melalui akaun Facebook atau Twitter.2. Sambungan kepada WiFi Smart Selangor adalah automatik setiap kali peranti berada di hotspot WiFi Smart Selangor. Hanya perlu Log In untuk melayari internet menggunakan WiFi Smart Selangor.

www.facebook.com/smartselangor/

Untuk mendapatkan maklumat senarai Hotspot

WiFi Smart Selangor.Sekiranya berlaku kerosakan, sila laporkan aduan di talian :

1-800-22-WIFI (9434) Emel: [email protected]

website: [email protected]

hotspot di Negeri Selangor

3,000WifiPercuma

RM8JutaPerbelanjaan

Penumpang

760Ribu

l Perkhidmatan bas PERCUMA untuk anda dan anak-anak, khususnya golongan berpendapatan sederhana dan rendah, pelajar universiti dan kolej serta pelajar sekolah menengah dan rendah. l Perkhidmatan pengangkutan istimewa Negeri Selangor ini membolehkan anda dan keluarga bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain tanpa mengeluarkan satu sen wang poket.

Tiada syarat & kaedah permohonan.

Perkhidmatan Bas Percuma Untuk Rakyat

Untuk Rakyat NegeriSelangor

PERCUMA

BUS

RM33Juta

Perbelanjaan

Info

l Sehingga 31 Disember 2016, sebanyak 15 laluan Bas Smart Selangor diperkenalkan meliputi 11 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor.l Menjelang bulan Ogos 2017, perkhidmatan Bas Smart Selangor akan mempunyai 30 laluan di 11 PBT dengan 98 buah bas keseluruhannya. MBPJ mempunyai 4 laluan di bawah PJ City Bus dengan 22 buah bas.

1 Laluan

Dilengkapi Wifi

3 Laluan

1Laluan

1 Laluan

1 Laluan

1 Laluan

1 Laluan

1 Laluan

1 Laluan

1 Laluan

3 Laluan

Penumpang

9 JUTA

15SelangorKini 21 - 27 Mac 2018

Rencana

OLEH YIN SHAO LOONG

Ketua Setiausaha Kemen-terian Tenaga, Tek nologi Hijau dan Air, Datuk Seri

Ir Dr Zaini Ujang telah bermain politik dengan Kerajaan Negeri.

Sebagai penjawat awam kan-an, beliau bukan saja tidak pro-fesional malah membentangkan fakta salah berhubung situasi air di Selangor.

Pada 11 Mac lalu, Dr Zaini mengeluarkan beberapa ke-nyataan dan muat naik media sosial yang menyokong serang-an ke atas air Selangor daripada Umno-Barisan Nasional (Umno-BN) bermula beberapa hari sebe-lum pembaikan Loji Rawatan Air Su-ngai Selangor Fasa 3 (SSP3).

Angka Palsu Daripada Kementerian

Dakwaan paling mengelirukan dibuat Dr Zaini ialah margin ri-zab simpanan air Selangor se-banyak 0%.

Beliau mengatakan dakwaan berkenaan berdasarkan kepada jadual Panduan Industri Air Ma-laysia (MWIG) 2017. Bagaimana-pun, gambar foto jadual itu yang dimuat naik dalam Twitter mem-

Isu air Selangor

Persekutuan perlu profesional

punyai keratan nota kaki.Adakah beliau membaca nota

kaki itu, atau beliau memilih un-tuk tidak mendedahkan kepada orang awam bahawa margin ri-zab simpanan air sebenar Sela-ngor ialah 2.2% dan 4.4% untuk 2015 dan 2016, dan bukannya 0% seperti yang didakwa. (Sali-nan muka surat penuh dilampir-kan dengan kenyataan ini; muka

surat 21 MWIG 2017).Kedah juga disenaraikan de-

ngan simpanan 0% dalam MWIG 2017, tanpa nota kaki.

Mengapa KeTTHA tidak mem-bangkitkan hal Kedah? Menga-pa hanya fokus emosi terhadap Selangor, yang mana Umno-BN cuba berkempen menjelang pili-han raya umum?

Dalam sidang medianya hari Khamis, Dr Zaini menegaskan sekali lagi dakwaannya bahawa margin rizab simpanan air Sela-ngor adalah 0%. Ia sama ada ke-silapan atau penipuan, pada ta-hap tertinggi.

Pada 13 Mac lalu, Menterinya sendiri, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili di Parlimen menyatakan bahawa margin rizab simpanan air Selangor adalah 3%, bukan-nya 0% mengikut Dr Zaini.

Ia boleh dilihat pada hansard rasmi Parlimen.

Adalah menteri dan KSU KeTTHA tidak bercakap sesama sendiri? Seorang kata kosong dan seorang lagi kata tiga. Me-ngapa mereka membentangkan angka berbeza?

Malangnya, masalah tidak berhenti di situ saja. Kedua-dua angka margin rizab simpanan air Selangor oleh menteri dan KSU adalah salah.

Lambakan berita dan fakta palsu

Kebelakangan ini, Selangor menjadi mangsa angka yang salah daripada Barisan Nasio-nal, bermula daripada Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Eric See-To, dan terbaru datang dari-pada kepemimpinan tertinggi KeTTHA.

Barisan Nasional bukan saja ketinggalan, statistik mereka juga tercicir.

Dr Zaini dan menterinya di-alu-alukan untuk melawat kami di Shah Alam. Kami akan meng-hidangkan mereka teh baru dan juga statistik baru.

Keadaan sebenar situasi air di Selangor

Untuk maklumat, margin rizab simpanan air Selangor pada per-mulaan 2018 adalah 3.5%, bukan 0%.

Margin simpanan air pada Mac 2018 ialah 5.4%, bukan 0%. Ini adalah kerana Selangor mem-belanjakan RM177.5 juta bagi mewujudkan Loji Rawatan Air Semenyih, dua bulan lalu.

Empangan juga 100% penuh di seluruh negeri. Inilah sebab-

nya bekalan air mencukupi ta-hun ini.

Menjelang hujung 2018, mar-gin rizab simpanan air dijangka sebanyak 9.6% dan ia akan me-ningkat kepada 11% pada 2019.

Ia 11%, bukan 0%. Mengapa ia meningkat sebegitu banyak?

Dengan siapnya Loji Rawatan Air Langat 2 pada Jun 2018 dan Loji Rawatan Air Labohan Da-gang pada Januari 2019, mar-gin rizab simpanan air Selangor akan meningkat kepada 11% pada 2019.

Kerajaan Negeri akan jaga air di Selangor

Adalah jelas, semua fakta dari-pada Kerajaan Pakatan Sela-ngor adalah pelan pelaksanaan berpandangan jauh bagi me- ngubah bekalan air negeri selepas kegagalan penswastaan air selama berdekad oleh UMNO/Barisan Nasional. Sebagai penye-dia bekalan air di negeri paling ramai penduduk dan negeri in-dustri di Malaysia, Air Selangor berhadapan tugas sukar dalam industri air Malaysia.

Daripada bermain politik dengan air milik rakyat, KeTTHA sepatutnya menyokong usa-ha Kerajaan Negeri Selangor. Adalah tidak wajar penja-wat awak kanan mengambil kedudukan partisan dalam tu-gas rasminya. Ia akan menjejas-kan tanggungjawabnya untuk bertindak secara adil kepada semua negeri dalam Perseku-tuan.

Yin Shao Loong adalah Penga-rah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor

RIZAB AIR SELANGOR

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 21 - 27 Mac 2018

OLEH AZRIN FAUZI

Aku keluar dari panggung de-ngan fikirasa yang lapang. Sela-pang hamparan Sumba. Tetapi di tengah-tengah kelapangan itu

muncul pula seorang perempuan berkuda yang membawa kepala laki-laki yang di-penggalnya.

Kita baru sahaja disuguhkan Marlina Si Pembunuh dalam Em-pat Babak oleh Mouly Surya, di-katakan “Satay Western” kerana yang ini merupakan air tangan wanita Indonesia, persis Tampo-po (1985) bikinan Juzo Itami yang dipanggilnya “Ramen Western”. Barangkali supaya selera lebih membumi? Di tangan Mouly Surya, Marlina diperlihat seba-gai suatu usaha pembebasan wanita daripada simpulan berse-lirat Spaghetti Western atau apa-apa genre Western yang sekian lama mengikat mereka. Meski-pun masih berlegar-legar di seki-tar samseng dan rompakan dan balas dendam, Marlina bolehlah dikatakan cubaan berani Mouly Surya mengambil (atau meram-pas?) genre yang sekian lama dimainkan oleh laki-laki – untuk tontonan laki-laki – lalu melen-turnya kembali supaya naratif dapat dilepas keluar daripada konvensi genre; Marlina (Marsha Timothy) dilepaskan dengan ha-rapan dia dapat mengatur gerak dan rentak kisahnya sendiri.

Tetapi filem dalam apa jua keadaan pun, jikalau digarap bagus, bukankah genre dan cita rasa itu akan tercerai juga akhirnya?

Dengan Marlina, benarlah Mouly Surya telah meletakkan sinema di tempatnya yang wajar. Syot-syot di dalam rumah de-ngan ruang dapur – iaitu ruang yang dibi-na oleh patriarki untuk perempuan – dieks-

ploitasi oleh Mouly Surya sebaik-baiknya. Ruang dapur bukan sahaja menjadi ruang kerja, malah ruang rahsia seorang wanita. Di sinilah Marlina pantas mengatur gerak untuk meracun mati lelaki-lelaki ‘lapar’ di ruang tamu dengan sup ayamnya. Dan syot sederhana (medium shot) pada Mar-lina sewaktu dia keluar ke ruang tamu berlatar belakang bunyi marak api dari

dapur menjadi bunyi diege-tik yang memendamkan sema-cam kerahsiaan dan kemarahan yang hangat ditahan-tahan.

Benarkah Marlina pem-bunuh? Untuk itu, kita sim-pan dahulu tukul moral di dalam laci. Cukuplah bayangan Markus (Egy Fedly) tak berke-pala yang mengikut Marlina itu:

1. Sebagai dosa masa lalu yang menghantuinya. Walau-pun dia sendiri menegaskan yang dia tidak berbuat dosa. Dia tidak rasa bersalah. Langsung. Barangkali suatu tindak protes terhadap agama: Apakah keadi-lan?

2. Kerana mayatnya belum diuruskan, sosok grotes Markus itu membeban sebagai urusan adat dan budaya yang tidak se-lesai.

Gerak kerja kamera oleh si-nematografer Yunus Pasolang yang menangkap syot-syot jauh (long shot) advencer berku-da – yang sengaja dilesukan – di landskap lapang Sumba juga sudah cukup untuk memeri-kan betapa terasingnya hidup wanita-wanita ini. Betapa kon-tangnya kasih sayang buat me-

reka. Dan lambakan tangkapan lama (long take) pula seolah meregang waktu seha-bis mungkin agar keadilan yang diburu Marlina terasa jerih pedihnya. Barangkali keadilan yang dicarinya tidak ada. Kerana melihatkan polis-polis lelaki di balai yang acuh tak acuh itu, keadilan tidak akan per-nah ada, melantun-lantun di atas ketikan mesin taip dan meja pingpong sahaja.

Syot jauh dan tangkapan lama yang pegun ini – selain menarik kita ke dalam-nya – juga menidakkan objektifikasi wani-ta. Tidak cukup di luar, apa-apa yang di dalam pun seperti adegan-adegan ran-jang turut dikendurkan. Laura Mulvey dalam eseinya “Visual Pleasure and Nar-rative Cinema” ada mengatakan, “… filem telah bergantung pada mekanisme aktif/pasif voyeuristik. Wanita, di mana ime-jnya terus-menerus dicuri dan di-gunapakai untuk tujuan ini, tidak dapat melihat keruntuhan bentuk filem tradisional ini dengan apa-apa yang lebih dahsyat daripada pe-nyesalan sentimental.”

Dalam Marlina, renungan laki-laki (“male gaze”) dijuling-kan sekali gus memberi kanta baharu untuk kita lihat sisi-si-si wanita yang lain kalaupun sempit. Ia berbalik kepada apa yang kukatakan pada awal tulisan ini: “Tetapi di tengah-tengah kelapangan itu mun-cul pula seorang perempuan berkuda” yang secara tidak langsung melarikan kecenderungan un-tuk memakukan pandangan pada sosok wanita sahaja atau apa yang dise-

Hari-hari Tanpa Mimpi (19)

Seorang lelaki pagi ini meninggalkan rumahdengan mulut pintu ternganga,pencuri masih cuba masuk melalui jendela.

hari telah malamtapi kota tidak pernah tidur, bermimpiatau mampir ke kasur. di jalanan aku menemukanorang-orang lapar. apakah yang lebih sial:menjadi daging dan berjalan di sanaatau menjadi benih mimpi dan tidak tumbuhdi kepala sesiapa?

aku tahu kau ada di antara merekamencari lubang paling dalamsemata agar dapat tidur nyenyak di dalamnya.

terlalu sukar menjadi pengungsi.tanpa peta semua orang mencaritetapi hilang terlalu besarsehingga kita tidak tahuuntuk menamakannya apa.

hari hujan lagi dan kau tidak akan pernah dapat pulang ke rumah.

Karim Mohd

Marlina, dalam renungan ke luar babak

butkan Laura Mulvey sebagai sosok yang “to-be-looked-at-ness”, justeru menidak-kan objektifikasi wanita; dan “yang mem-bawa kepala laki-laki yang dipenggalnya” itu pula langsung mematikan identifikasi penonton – lelaki khususnya – dengan mana-mana watak lelaki yang ‘memiliki’ wanita. Dalam erti kata lain, dek kerana rasa terancam, ghairah dicantas mati!

Marlina Si Pembunuh dalam Empat Ba-bak ialah filem pertama sutradara wanita dari Indonesia yang kutonton. Ia langsung meluncurkan ingatanku terus kepada filem-filem Chantal Akerman yang pekat feminisme: Je Tu Il Elle (1974) dan Jeanne Dielman, 23, quai du Commerce, 1080 Bru-xelles (1975) antaranya. Kerana kita diper-kenalkan sosok Marlina ini pada babak pertama sewaktu dia sudah tidak terikat lagi dengan lelaki – suaminya telah mati, mayatnya diduduk-tinggungkan di sudut ruang tamu. Kita pun tidak pasti akan apa-apa yang berlaku sebelum itu, apa-apa yang terjadi sebelum filem ini mula ber-putar. Dan babak-babak lanjut mengge rakkan Marlina untuk lari dari lelaki. Marlina diatur seiring – sebelum terpisah – dengan Novi (Dea Panendra) yang sedang sarat mengandung, perempuan yang mahu pu-lang kepada lelaki (itupun sebelum dia di-tendang keluar daripada hidup suaminya sejurus selepas mereka berjumpa). Ke-dua-dua watak ini dipertemukan sekali lagi pada babak akhir, babak yang membentuk akan apa yang dikatakan “perempuan” lan-tas memulangkan kembali kekuatan kepa-da mereka – dengan kelahiran.

Cuma aku tertanya-tanya apabila Mou-ly Surya membingkaikan filemnya itu dalam empat babak: “Perampokan Sete-ngah Jam Lagi”, “Perjalanan Juang Perem-puan”, “Pengakuan Dosa” dan “Tangisan Bayi”. Aku teringat akan pembukaan filem Perempuan, Isteri dan Jalang (1993) biki-nan U-Wei Haji Saari iaitu gambar Zaleha terjatuh pecah dan fotonya terkeluar dari bingkai. Zaleha (Sofia Jane) kemudiannya dilepas bebas sebebas-bebasnya. Dan

dalam empat babak filem Marlina pula kita tahu sedari awal babak per-tama lagi, sememangnya Marlina mahu dan harus bebas daripada

sebarang struktur yang mengong-kong dirinya. Atau seperti Novi

yang mahu melahirkan anak pada babak terakh-ir itu, asalkan di tangan wanita, dia merelakan sahaja. Mungkin ia suatu kemenangan. Sehing-ga mereka berdua pun

tertawa.

*Azrin Fauzi, pemenang utama Hadiah Sastera Selangor (cerpen) se-

lain menulis esei, dia juga fiksyenis dua

kumpulan cerpen: Urban (Buku Fixi, 2015) dan Metaskandal (Ro-man Buku, 2018).

17SelangorKini 21 - 27 Mac 2018

Rencana

OLEH NAZLI IBRAHIM

Sesuatu yang amat malang walau-pun lebih 50 tahun menguasai pen-tadbiran Selangor dengan menik-mati pertumbuhan ekonomi pesat,

namun rizab negeri di bawah Umno-Barisan Nasional (BN) hanya RM400 juta sahaja ke-tika peralihan kuasa, pada Mac 2008.

Bagi sebuah negeri seperti Selangor, rizab RM400 juta bukan satu jumlah besar untuk menampung nilai import negeri dan keperluan lain seperti gaji penjawat awam negeri, di saat mendesak.

Lebih mendukacitakan, kegagalan Kera-jaan Negeri meningkatkan rizabnya berlaku dalam keadaan perbelanjaan yang diperun-tukkan dalam belanjawan tahunannya tidak mencecah RM2 bilion, setiap tahun.

Secara mudahnya, ini menunjukkan Kerajaan Negeri era Umno-BN gagal mena-bung walaupun bersikap kedekut membe-lanjakan hasil negeri untuk rakyatnya.

Penyata Kumpulan Wang Pembangunan Kerajaan Negeri yang berakhir pada 31 Di-sember 2007 turut menunjukkan defisit se-banyak RM59.1 juta.

Selain menikmati kesan pertumbuhan ekonomi negara yang pesat pada tahun 2000, Selangor di bawah pentadbiran Um-no-BN turut menerima bayaran wang tunai RM200 juta serta bayaran tahunan RM7.5 juta untuk selama-lamanya daripada Kera-jaan Persekutuan ekoran termeterainya perjanjian untuk menjadikan kawasan Pu-trajaya seluas 4,931 hektar sebagai Wilayah Persekutuan.

Selangor di bawah Umno-BN tidak mencapai

potensi maksima

Walaupun tidak dinafikan Selangor se-jak dahulu lagi dianggap sebagai negeri nadi utama ekonomi negara, namun keti-dakcekapan Kerajaan Umno-BN pada masa itu memaksimakan hasil dan menguruskan kekayaan menyebabkan negeri ini tidak mencapai potensi maksimum.

Lebih-lebih lagi, kelebihan Selangor pada masa itu apabila Kerajaan Persekutuan sen-tiasa terbuka membantu negeri ini, ber-banding diskriminasi dikenakan terhadap Kerajaan Negeri, hari ini.

Faktor pembangkang sebelum 2008 yang lemah turut menyumbang kepada si-kap kepimpinan Kerajaan Negeri ketika itu lebih berani dan secara terbuka mempa-merkan sikap sambil lewa dalam usaha me-ningkatkan ekonomi negeri juga rakyat ke paras yang seharusnya boleh digapai.

Ketika itu, usaha mengangkat taraf ke-hidupan rakyat bukan sahaja di paras minima, malahan boleh disifatkan seperti melepaskan batuk di tangga dengan keka-yaan negeri hanya berlegar dalam kalangan golongan elit tertentu sahaja.

Berbanding sikap progresif Kerajaan Ne- geri hari ini yang jelas membuktikan kepim-pinan Kerajaan Negeri sebelum 2008 sebena-rnya tidak terlintas dalam pemikiran untuk mewujudkan skim bagi membantu rakyat se-cara langsung seperti program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang diusahakan hasil komitmen tinggi Kerajaan Negeri, hari ini.

Selangor rugi RM30 bilion dalam tempoh 30 tahun

Tambah memburukkan lagi keadaan, amalan Kerajaan Negeri pada masa itu

Selepas PRU12

Negeri meningkat kepada RM1.3 bilion pada 2009 sebelum mencecah RM1.58 bi-lion, pada 2010.

Jumlah itu terus meningkat kepada RM1.944 bilion pada 2011, RM2.6 bilion (2012), RM2.9 bilion (2013), RM3.2 bilion (2014) dan RM3.3 bilion (2015) sebelum melonjak kepada RM4.1 bilion seperti di-catatkan, pada Oktober 2017.

Antara faktor penting pendorong kepada peningkatan rizab Selangor adalah keceka-pan pengurusan kewangan tanpa mengor-bankan perbelanjaan kepentingan rakyat.

Di era Kerajaan Pakatan Harapan, se-hingga 31 Julai 2017, Kerajaan Negeri sudah membelanjakan RM2.6 bilion yang diagih-kan kepada seluruh rakyat negeri itu yang menyertai 47 skim, di dalam program IPR.

Dato’Menteri Besar, Dato’Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan, kejayaan itu diper-olehi daripada langkah penjimatan yang menjadi amalan pentadbiran Kerajaan Ne-geri, hari ini.

Keadaan ini mengingatkan semula ke-pada dakwaan pemimpin Umno-BN pada awal peralihan kuasa dahulu, kononnya Kerajaan Negeri akan bankrap jika melak-sanakan skim air percuma kepada rakyat.

Bagaimanapun, hari ini, Umno-BN bukan sahaja terpaksa menjilat kembali kata-katan-ya, malahan tanpa segan silu meniru beber-apa skim IPR termasuk pemberian air percu-ma di negeri yang masih mereka kuasai.

Perbelanjaan tinggi, hasil dan rizab juga tinggi

Lebih membanggakan rakyat Selangor hari ini, walaupun Kerajaan Negeri meletak-kan angka perbelanjaan yang tinggi dalam setiap pembentangan belanjawan tahunan termasuk untuk membiayai program IPR, namun rizab terus meningkat saban tahun seiring dengan peningkatan hasil negeri.

Sebagai negeri perindustrian, antara sum-ber terbesar pendapatan Selangor sudah ten-tunya daripada pelaburan sektor itu sendiri.

Di bawah teraju Mohamed Azmin dalam

tempoh tiga tahun sahaja iaitu 2014 hingga 2016, Selangor berjaya membawa masuk pelaburan baru bernilai RM22.89 bilion.

Daripada jumlah itu, RM12.55 bilion adalah tempatan dan RM10.34 bilion lagi adalah pelaburan asing.

Manakala, pada 2017 turut menyaksikan beberapa syarikat gergasi seperti Toyota melabur dengan nilai pelaburan RM2 bilion, di Klang, sementara Ikea dengan nilai pela-buran RM1 bilion, anak syarikat Oji Group, GSSP, dengan nilai pelaburan RM1.26 bilion dan beberapa syarikat gergasi lain.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi segmen sektor perkilangan pada 2016 memperlihatkan Selangor menyumbang 28.9 peratus iaitu yang tertinggi di Malaysia diikuti Pulau Pinang 12.9 peratus dan Johor 12.6 peratus.

Kesan daripada peningkatan pelaburan itu menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri yang mampu menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyat.

Selain itu, Selangor turut menjadi pe-nyumbang terbesar KDNK negara bagi sek-tor perkhidmatan apabila menyumbang 25.2 peratus diikuti Wilayah Persekutuan 24.8 peratus.

Kemakmuran Selangor hari ini bukan da-tang bergolek tapi dicapai menerusi pelbagai usaha berterusan dan paling penting wujud-nya rasa insaf untuk memelihara kepentingan negeri dan rakyat keseluruhannya.

Di sebalik faktor langkah ekonomi yang tepat, sebenarnya terdapat elemen lain yang tidak mampu dibuktikan dengan angka iaitu keyakinan Mohamed Azmin terhadap ‘jampi’ keberkatan tuhan yang menambahkan lagi keyakinannya untuk membelanjakan wang Kerajaan Negeri kepada rakyat.

“Lagi banyak kami berikan kepada rakyat, maka lagi banyak Allah SWT turunkan rezeki kepada Kerajaan Negeri. Alhamdullilah.

“Duit banyak-banyak ini saya tak masuk ke akaun peribadi, tak buat mahligai tetapi ber-janji di hadapan tuan-tuan dan puan-puan yang saya akan pastikan setiap sen kekayaan Selangor akan dikembalikan kepada rakyat, negeri ini,” katanya dalam satu program.

adalah tidak berintergriti, cenderung ber-belanja boros dan tiris sepanjang berkuasa.

Pembentangan Belanjawan Negeri Sela-ngor 2009 mendedahkan, penyelewengan projek usahasama hartanah di Selangor me-nyebabkan Kerajaan Negeri menanggung ke- rugian yang dianggarkan kira-kira RM30 bilion dalam tempoh 30 tahun, di era Umno-BN.

Hal itu disebabkan oleh projek usahasa-ma dan pemberian tanah percuma secara imbal balik yang dilakukan sebelum ini, berbanding jika penjualan tanah dijalankan secara langsung atau dibangunkan sendiri Kerajaan Negeri.

Ini bermakna, jikalau Selangor diurus dengan cekap, telus, adil dan berhemah seperti Singapura dengan tiada rasuah ser-ta penyelewengan, maka negeri ini mampu menjadi lebih maju dengan pendapatan per kapita menjadi empat kali ganda lebih tinggi daripada sekarang.

Lain ceritanya selepasperalihan kuasa

Namun, lain pula ceritanya selepas per-alihan kuasa pada 2008. Walaupun Kera-jaan Negeri membelanjakan sebahagian besar daripada hasilnya untuk dikemba-likan kepada rakyat menerusi program IPR dan perbelanjaan pembangunan yang be-sar untuk keselesaan rakyat, namun rizab Selangor terus meningkat, saban tahun.

Bekas Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Noordin Sulaiman, pernah berkata, ber-banding jumlah rizab negeri ketika perali-han kuasa, ia dilihat terus meningkat secara gradual atau beransur-ansur dan konsisten, sejak 2009.

Katanya, berbanding RM400 juta keti-ka peralihan kuasa, jumlah rizab Kerajaan

RIZAB SELANGOR 2008-2017

2008RM400 juta

2009RM1.3 bilion

2011RM1.944 bilion

2013RM2.9 bilion

2015RM3.3 bilion

2017RM4.1 bilion

2010RM1.58 bilion

2012RM2.6 bilion

2014RM3.2 bilion

Peralihankuasa

Era Umno-BN gagal menabung walaupun bersikap kedekut membelanjakanhasil negeri untukrakyatnya

Rakyat nikmati kemakmuran ekonomi

18PBT

SelangorKini 21 - 27 Mac 2018

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperun-tukkan RM1.3 juta bagi mem-bangunkan program Pasukan Keselamatan Kejiranan Petaling Jaya (PKKPJ) 2018.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain berkata, pihaknya merupakan Pihak Berkuasa Tempatan per-tama menubuhkan pasukan ke-selamatan seumpama itu bagi mewujudkan suasana kejiranan setempat selamat.

Katanya, menerusi penubuhan itu juga merangsang penubuhan Persatuan Penduduk (RA), Rukun Tetangga (RT) dan Badan Pengu-rusan Bersama (JMB).

“Sebanyak 115 daripada 122 permohonan daripada RA, RT dan JMB diluluskan bagi memboleh-kan setiap organisasi layak mene-rima insentif RM6,000 bagi melak-sanakan program keselamatan.

“Sumbangan ini sebagai tan-da sokongan MBPJ dalam aktiviti

pencegahan jenayah di samping membantu meringankan beban organisasi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Program PKKPJ dan pelancaran Dashboard – PJ Smart City, di Dewan Sivik MBPJ, pada 16 Mac lalu.

Mohd Azizi berkata, MBPJ adalah PBT pertama di Malay-sia memperuntukkan dana khu-sus pelaksanaan aktiviti kesela-matan di kejiranan.

Selain itu, beliau berkata, pi-haknya juga merangka pelbagai inisiatif ke arah penyatuan ma-syarakat daripada pelbagai kaum dalam program ‘Community Po-licing’ bagi mempertingkat dan memperkasakan lagi PKKPJ.

Katanya, ia dilihat mampu mengeratkan hubungan kerjasa-ma masyarakat dengan MBPJ, polis serta agensi keselamatan yang lain dalam menjayakan program keselamatan secara ti-dak langsung mengurangkan kadar kes jenayah.

Peruntuk RM1.3 juta

MBPJ utama isu keselamatan

Mohd Azizi menyerahkan sumbangan Program PKKPJ kepada wakil Rukun Tetangga SS 2C

SHAH ALAM - Seramai 240 peser-ta menyertai Kejohanan Memanah Tradisional dan Barebow Piala YDP MPAJ 2018, di Padang Perbanda-ran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), baru-baru ini.

Yang Dipertuanya, Abd Hamid Hussain berkata, aktiviti dengan kerjasama Archers Studio itu juga sebagai salah satu usaha meme-rangi masalah sosial, di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan itu.

“Objektif kejohanan ini untuk mempromosikan kejohanan me-manah kepada masyarakat Am-pang Jaya dan seluruh Selangor.

“Aktiviti ini kian mendapat tempat dalam kalangan orang ra-mai selain merupakan salah satu

��� peserta meriahkan kejohanan memanah MPAJ

PETALING JAYA - Sebagai tanda sokongan penuh strategi Selangor Smart City, Majlis Bandaraya Pe-taling Jaya (MBPJ) turut memba-ngunkan projek Petaling Jaya Smart City (PJ Smart City) ke Arah Globa- lisasi.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain berka-ta, konsep itu bertunjangkan lima teras utama iaitu ‘A Clean, Green, Safe, Connected and Happy City’.

“PJ Smart City ini dirancang secara menyeluruh dengan me-ngambil kira keperluan semua pi-hak berkepentingan dengan peng-gunaan meluas Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan teknologi maklu-mat dalam pengurusan bandar.

“Ia adalah bertujuan mencerap data kritikal berkaitan semua sektor perkhidmatan bandar seperti pem-bangunan ekonomi, alam sekitar dan sosial keraha kehidupan lebih pintar dan mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sumbangan Program PKKPJ dan pelancaran

Dashboard – PJ Smart City, di De-wan Sivik MBPJ, pada 16 Mac lalu.

Mohd Azizi berkata, PJ Smart City adalah gabungan penggu-naan IOT (Internet of Things) de- ngan elemen IOP (Internet of Peo-ple) memberi fokus terhadap pem-bentukan komuniti pintar (IOP).

“Elemen IOP ini ditentukan ber-dasarkan keutamaan sebenar ma-syarakat dan penduduk bandar raya Petaling Jaya.

“Pelaksanaan Projek PJ Smart City itu merangkumi pembinaan bangunan baru Pusat Data Utama ‘PJ Smart Centre’, pembinaan 11 Mini Smart Centre menggunapa-kai sistem aplikasi secara dash-board.

“Sistem aplikasi dashboard ini diasas dengan lima sektor per-khidmatan bandar meliputi ‘city planning and development’, ‘city community development’, ‘city management and enforcement’, ‘city business’ dan ‘city town services’ yang membabitkan 22 dashboard secara keseluruhannya,” katanya.

PJ Smart City ke arah globalisasi

Abd Hamid (tengah) menunjukkan aksi memanah bersama se-bahagian peserta Kejohanan Memanah Tradisional dan Barebow Piala YDP MPAJ 2018

amalan sunnah yang amat diga-lakkan Rasulullah S.A.W.,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Abd Hamid

berkata, program itu dijadikan landasan bagi pemanah, di Se-langor mengasah bakat sebelum ke peringkat lebih tinggi.

KAJANG - Majlis Perbandaran Ka-jang (MPKj) melancarkan Gempur Aedes Kajang (GERAK) bertujuan mengawal wabak denggi, di dae-rah Hulu Langat.

Timbalan Yang Dipertua- nya, Najmuddin Jemain berkata, bengkel ‘brainstorming’ turut di-adakan untuk memperkasakan pencegahan denggi di daerah berkenaan supaya dapat dikawal sebaiknya.

“Pada 2018, daerah Hulu La-ngat mencatatkan 1,100 kes, berbanding 2017 iaitu 2,547 kes dalam tempoh tiga bulan per-tama.

“Susulan itu, MPKJ melancar-kan Ops Gerak-Gempur Aedes Ka-jang iaitu operasi yang menum-pukan kepada lokaliti denggi kes yang sering berulang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pe-rasmian Bengkel ‘Brainstorming’ dan tagline ‘GERAK’ bagi Memper-kasakan Pencegahan dan Kawa-lan Wabak Denggi daerah Hulu Langat, di Dewan Sri Cempaka, di sini.

Najmuddin berkata, operasi berkenaan mendapat kerjasama unit dalaman seperti Unit Tinda-kan Khas (UTK) Jabatan Penguru-

san Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) yang akan mem-bantu unit vektor memusnah-kan tempat pembiakan Aedes di rumah dan kawasan sekitar.

“Tindakan memusnahkan dan membersihkan kawasan perseki-taran dengan menghapuskan bekas takungan air yang berpo-tensi menjadi pembiakan Aedes amat membantu dalam penu-runan kes di kawasan pentadbi-ran MPKj.

“Malah, ia adalah salah satu usa-ha bagi memastikan kes demam denggi di daerah Hulu Langat dalam keadaan terkawal,” katanya.

MPKJ lancar GERAK banteras Aedes

19SelangorKini 21 - 27 Mac 2018

PBT

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri mem-peruntukkan RM6 juta kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) bagi menaik taraf destinasi dan pusat pelancongan, di bandar diraja itu.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Peng-guna, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, peruntukan itu disalurkan setelah melihat keberke-sanan Tahun Melawat Klang tahun lalu dalam usaha MPK menjadikan Klang an-tara destinasi pelancongan utama, di Se-langor.

“Peruntukan ini digunakan untuk me-naik taraf beberapa tapak warisan dan kawasan seperti taman rakyat serta ta-man awam yang dilihat berpotensi bo-leh menarik pelancong.

“Selain itu, kita juga melihat bandar ini mempunyai banyak monumen seja-rah yang perlu dipulihara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam si-dang media selepas majlis Anugerah MPK Care 2018, di Pusat Konvensyen Shah Alam, pada 15 Mac lalu.

Pada masa sama, Elizabeth berkata,

MPK terima RM6 juta

Naik taraf destinasi tarik pelancong

SHAH ALAM - Se-langorKini dan TV Selangor menerima Anugerah MPK Care 2018 bagi kategori media sebagai peng-hargaan membantu Majlis Perbandaran Klang (MPK) mem-buat hebahan serta promosi gerak kerja majlis itu.

Media rasmi Kera-jaan Negeri itu adalah salah satu daripada 36 penerima anugerah melalui lima kategori yang disampaikan Yang Dipertua MPK, Dato’ Mohamad Yasid Bidin, bersama Exco Pelancongan, Hal Eh-wal Pengguna, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong, di Pusat Konven-syen Shah Alam, pada 15 Mac lalu.

Yasid berkata, pihaknya menyanjung tinggi agensi kerajaan, pemaju, syarikat korporat, media, badan bukan kerajaan dan individu yang banyak memberi sum-bangan serta keprihatinan dalam mem-bantu mewujudkan Klang sebagai bandar raya terbilang.

“Anugerak MPK Care ini diharap dapat terus mendorong semua pihak memberi-

kan kerjasama sebagai satu pasukan.“Penyampaian anugerah ini diharap

mampu menerapkan nilai murni dan buda-ya kerjasama dalam kalangan semua agen-si, majlis serta masyarakat ke arah bandar raya harmoni juga selesa,” katanya.

Sementara itu, Elizabeth berkata, beliau menyokong usaha itu untuk memastikan cabaran yang wujud dapat diatasi bersama.

“Kejayaan yang dicapai MPK pada hari ini juga memerlukan komitmen berterusan semua pihak.

“Antaranya, MPK berjaya menghasil-kan buku penulisan berkenaan Sejarah dan Warisan Klang Bandar Diraja sebagai produk warisan untuk terus menarik pelan-cong ke bandar raya ini,” katanya.

�� agensi dan individu terima anugerah MPK Care

Mohamad Yasid (tengah) ditemani Elizabeth bergambar kenangan bersama barisan penerima anugerah MPK Care

tahun ini juga, Tourism Selangor dan MPK akan berkolaborasi merangka be-berapa program yang boleh menarik pelancong melalui kapal cruise, di Pulau Indah.

“Kita jangka lebih ramai pelancong melawat daerah ini melalui kapal cruise.

“Oleh itu, Tourism Selangor dan MPK memainkan peranan yang besar dalam usaha menaikkan lagi bandar raya ini,” katanya.

Peruntukan ini digunakan untuk menaik taraf beberapa tapak warisan dan kawasan seperti taman rakyat serta taman awam yang dilihat berpotensi boleh menarik pelancong

ELIZABETH WONGExco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar

20Pendidikan

SelangorKini 21 - 27 Mac 2018

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

BESTARI JAYA - Universiti Se-langor (UNISEL) terus mengorak langkah ke hadapan dalam me-macu pendidikan mampan me-lalui penerapan bersifat multi di-siplin dalam kalangan pelajarnya.

Naib Canselor, Prof Dato’ Dr Mohd Redzuan Othman ber-kata, bagi melahirkan pelajar sedemikian, pelajar perlu diasuh, dididik dan didedahkan dengan pelbagai program bersifat multi disiplin.

“Pendidikan hari ini jauh ber-beza jika dibandingkan pendidi-kan 30 tahun lepas yang mana masing-masing mengejar untuk dapatkan sijil.

“Namun, pendidikan hari ini menekankan aspek penguasaan pelbagai kebolehan dan kemahi-ran yang harus bergerak seiring,” katanya ketika ditemui Selangor-Kini selepas majlis Perasmian Hari

Terbuka UNISEL 4.0, di Pusat Su-kan IPIS, pada 17 Mac lalu.

Beliau berkata, sejajar dengan hasrat itu satu dasar rasionalisasi fakulti diperkenalkan pada Sep-tember 2016 melibatkan peng-gabungan fakulti kampus Be-stari Jaya dan Shah Alam.

“Contohnya, Fakulti Keju-ruteraan digabungkan dengan Fakulti Sains Hayat menjadi-kan ia sebagai Fakulti Kejurute-raan dan Sains Hayat, manakala Fakulti Komunikasi Media diga-bungkan bersama Fakulti Seni Reka dan Fakulti Sains Komputer menjadikan ia sebagai Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran.

“Melalui penggabungan itu, ia membolehkan pelajar untuk ber-daya saing dan lebih kompeten setelah menamatkan pengajian apabila menguasai kemahiran daripada segi aspek lebih me- nyeluruh,” katanya.

Lahir pelajar berkemahiran

Pacu pendidikan mampan

BESTARI JAYA - Universiti Sela-ngor (UNISEL) komited menerus-kan penganjuran Hari Terbuka Unisel 4.0 setelah melihat ke-jayaan edisi terdahulu, dengan mengangkat tema ‘Sukan & Ke-budayaan’.

Naib Canselor UNISEL, Prof Dato’ Dr Mohd Redzuan Othman berkata, tema itu dipilih bagi menarik masyarakat setempat membabitkan diri dalam sukan serta aktiviti disediakan.

“Kita juga ingin memberi pelu-ang kepada orang ramai menyertai

pertandingan dalam setiap acara dipertandingkan dengan tawaran hadiah yang sangat menarik.

“Ada yang datang dari Melaka dan Terengganu sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran ini dan ia sesuatu yang mem-banggakan kerana UNISEL sudah dikenali ramai,” katanya.

Beliau berkata ketika ditemui SelangorKini pada majlis Peras-mian Hari Terbuka UNISEL 4.0, di Pusat Sukan IPIS, pada 17 Mac lalu.

Pada masa sama beliau ber-kata, acara yang menjadi tum-

puan utama pada hari terbuka itu adalah pertandingan memancing yang menawarkan hadiah keselu-ruhan RM20,000.

“Aktiviti lain yang disajikan ter-masuk tarik tali, street soccer, bola sepak, bola jaring, bola keran-jang, drumline battle, extreme run, dodgeball, paintball, kabbadi, dan ragbi.

“Kita berharap edisi kali ini mencatat penyertaan lebih me-luas dalam kalangan masyarakat umum berbanding tahun sebe-lumnya,” katanya.

Hari Terbuka UNISEL �.� angkat tema Sukan & Kebudayaan

KUALA SELANGOR - Gelombang Industri 4.0 yang memerlukan le-bih tenaga mahir memberi peluang pelajar Kolej Antarabangsa INPENS (INPENS) menggarap lebih peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Pri-hatin dan Pekerja Ladang, V Ga-nabatirau berkata, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif menambah peruntukan pembiayaan kepada pelajar kolej itu sebanyak RM5 juta.

Katanya, perkembangan indus-tri itu membuktikan kalangan pe-lajar menyedari Latihan Pendidi-kan Teknikal dan Vokasional (TVET) menjadi keutamaan di banyak in-dustri.

“Kita percaya pelajar INPENS bersedia menghadapi gelombang ini dan sebagai langkah awal IN-PENS sudah menjalinkan kerjasama dengan pengiat industri antaranya Perodua dan Daikin.

“Silibus pembelajarannya turut dipertingkatkan sejajar dengan per-edaran masa dan kehendak industri.

“Di peringkat Kerajaan Ne- geri, kita percaya graduan INPENS berkualiti dan mampu bersaing secara positif,” katanya pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran kepada

SHAH ALAM - Kolej Universiti Is-lam Antarabangsa Selangor (KUIS) menerima kunjungan delegasi pelajar daripada Universitas Mu-hammadiyah Sukabumi (UMMI) Indonesia bagi program pertu-karan pelajar, baru-baru ini.

Timbalan Rektor Pengurusan Korporat (Pembangunan & Peng-antarabangsaan) KUIS, Dr Zulki-fli Abd Hamid berkata, program selama 17 hari itu membabit-kan tiga pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki bagi pro-gram sarjana muda, dalam bi-dang pengajian perniagaan.

Gelombang Industri �.� buka peluang kerja

Program Pertukaran Pelajar KUIS-UMMI erat jalinan

Melalui program itu, ia dijang-ka dapat mengerat dan mem-perkukuhkan lagi jaringan serta jalinan antarabangsa antara dua negara.

“Program pertukaran pelajar ini bakal memberi banyak manfaat apabila mereka bukan sekadar bertukar maklumat, budaya, adat resam, bahasa dan makanan.

“Pelajar dari UMMI turut mera-sai pengalaman perkongsian ilmu apabila mereka juga perlu menghadirkan diri ke kuliah dan program mahasiswa yang ber-langsung sepanjang tempoh be-

rada di KUIS,” katanya.Selain itu, pelajar UMMI turut

dibawa melawat ke tempat mena-rik sekitar Lembah Klang diiringi pelajar KUIS ke Balai Seni Lukis Negara, Muzium Perdana Putra-jaya, Menara Berkembar Petronas (KLCC), Pasar Seni dan lokasi lain.

Pada masa sama, KUIS meran-cang mengadakan lawatan balas membabitkan empat pelajar iaitu mereka yang terbabit sebagai ‘bud-dy’ mengiringi pelajar UMMI ketika berada di KUIS bagi mengikuti pro-gram pertukaran pelajar ke UMMI, pada 19 hingga 30 April ini.

pelajar INPENS, di sini.Ganabatirau berkata, sejak 2008

hingga Disember 2017, sejumlah RM27.7 juta sudah dibelanjakan bagi membiayai pelajar INPENS.

Dalam majlis itu, seramai 349 pelajar menerima surat tawaran bagi sesi Januari 2018.

Sementara itu, Ganabatirau ber-kata, sehingga Februari lalu, sera-mai 3,913 pelajar menerima pem-biayaan daripada Kerajaan Negeri.

Terdahulu, Kerajaan Negeri memberi peruntukan tambahan RM1 juta menjadikan RM5 juta bagi membiayai pelajar INPENS daripada keluarga kurang berke-mampuan.

V Ganabatirau

21SelangorKini 21 - 27 Mac 2018

Agama

WAKTU SOLAT SELANGOR

Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling dan Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak Sabak Bernam dan Kuala Selangor

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak21 Rabu 5:52 6:02 7:16 1:23 4:29 7:26 8:3422 Khamis 5:52 6:02 7:15 1:23 4:28 7:25 8:3423 Jumaat 5:51 6:01 7:15 1:23 4:27 7:25 8:3424 Sabtu 5:51 6:01 7:15 1:22 4:26 7:25 8:3425 Ahad 5:50 6:00 7:14 1:22 4:25 7:25 8:3426 Isnin 5:50 6:00 7:14 1:22 4:24 7:25 8:3427 Selasa 5:49 5:59 7:13 1:21 4:23 7:24 8:33

21 Rabu 5:54 6:04 7:17 1:26 4:31 7:28 8:3722 Khamis 5:54 6:04 7:17 1:25 4:30 7:28 8:3723 Jumaat 5:53 6:03 7:17 1:25 4:29 7:28 8:3624 Sabtu 5:53 6:03 7:16 1:25 4:28 7:27 8:3625 Ahad 5:53 6:03 7:16 1:24 4:27 7:27 8:3626 Isnin 5:52 6:02 7:15 1:24 4:26 7:27 8:3627 Selasa 5:52 6:02 7:15 1:24 4:25 7:27 8:36

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak Klang dan Kuala Langat

21 Rabu 5:53 6:03 7:17 1:24 4:28 7:26 8:3522 Khamis 5:52 6:02 7:16 1:24 4:27 7:26 8:3523 Jumaat 5:52 6:02 7:16 1:23 4:26 7:26 8:3524 Sabtu 5:51 6:01 7:16 1:23 4:25 7:25 8:3425 Ahad 5:51 6:01 7:15 1:23 4:24 7:25 8:3426 Isnin 5:51 6:01 7:15 1:22 4:23 7:25 8:3427 Selasa 5:50 6:00 7:14 1:22 4:22 7:25 8:34

21 - 27 Mac 20183 - 9 Rejab 1439H

OLEH SABIRAH AZIZ

BUKIT ANTARABANGSA - Masjid Bukit Antarabangsa melancarkan Program Infaq Jutawan Akhirat, ber-tujuan mengumpul dana bagi pe-nyelenggaraan masjid berkenaan.

Program itu dirasmikan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, pada 17 Mac lalu.

Mohamed Azmin dalam ucapan-nya berkata, penyelenggaraan mas-jid harus dijadikan budaya supaya beban ditanggung ahli pimpinan masjid dapat dikurangkan.

“Institusi wakaf di negara ini masih belum mendapat sambutan meng-galakkan daripada umat Islam.

“Bagaimanapun, ia harus men-jadi budaya dalam kehidupan kita supaya dapat meringankan beban-an yang ditanggung pihak masjid.

“Maka, Kerajaan Negeri meng-adakan pelbagai program bagi membangunkan institusi wakaf dengan melaksanakannya di pel-bagai institusi Islam,” katanya.

Mohamed Azmin yang juga Ahli Dewan Negeri kawasan itu berka-ta, ia selari dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam mempertahankan ke-pentingan umat Islam.

“Pada masa sama, Kerajaan Ne-geri juga akan terus memberikan so-kongan dalam merealisasikan usaha seumpama ini,” katanya.

KAJANG - Agenda membawa Mahkamah Syariah turun ke masyarakat mampu mem-bantu golongan kurang berkeupayaan se-perti faktor uzur hadir memberi keterangan dalam perbicaraan.

Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor, Yang Amat Arif Mohammad Adib Hussain, berkata program membawa mahkamah turun kepada masyarakat dipermudahkan lagi dengan penggunaan Kit Mahkamah Bergerak (MCK).

“Ini kali kedua penggunaan MCK bagi ta-hun ini atau secara keseluruhan sudah kira-kira 10 kali digunakan apabila kita dapati MCK memberi kesan kepada kami untuk membantu saksi yang uzur memberi ke-terangan kepada mahkamah.

“Seperti saksi yang ada hari ini pun sudah agak uzur, berumur 84 tahun dan lebih 70 tahun. Jadi mahkamah bersidang di sini un-tuk mengambil keterangan mereka tanpa mereka perlu datang ke mahkamah.

“Kalau kita nak tunggu pihak terbabit seperti saksi misalnya untuk sihat kadang-kadang memakan masa lama tetapi dengan adanya kaedah seperti ini kita boleh turun bila-bila masa apabila pihak terlibat berse-dia,” katanya.

SHAH ALAM - Universiti Sela-ngor (UNISEL) membuka tirai Hari Terbuka UNISEL 4.0 dengan Selangor #QuranHour, di Mas-jid Kampus Bestari Jaya, pada 16 Mac lalu.

UNISEL menjadi salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta pertama yang menganjurkan program #QuranHour peringkat negeri dengan kerjasama Rumah Ngaji dan Yayasan Warisan Um-mah Ikhlas (WUIF).

Program melalui tadabbur dan tazakkur dengan al-Quran terbuka kepada orang ramai bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Hari Terbuka UNISEL 4.0 ber-tempat di kampus Bestari Jaya berlangsung selama tiga hari be-rakhir, pada 18 Mac lalu.

Infaq Jutawan Akhirat

Inisiatif kumpul dana selenggara masjid

Mohamed Azmin melancarkan Infaq Jutawan Akhirat ketika merasmikan Hari Terbuka Masjid Bukit Antarabangsa

Mahkamah Tinggi Syariah mengunakan MCK dalam pendengaran kes membabitkan pengesahan tanah wakaf menempatkan Surau Ibtidaiyah

Beliau berkata demikian selepas mendengar prosiding Mahkamah Tinggi Syariah yang diadakan di Surau Ibtidaiyah, Kampung Batu 13, pada 14 Mac lalu.

Katanya, pendengaran kes itu membabitkan dua saksi uzur ber-kaitan pengesahan wakaf yang tidak memiliki keupayaan kesihatan untuk hadir jika perbicaraan diadakan, di Mahkamah Tinggi Syariah, di Shah Alam.

Katanya, sebelum ini JAKESS per-nah mengadakan perbicaraan di perkampungan Orang Asal bagi melancarkan kes membabit golo-ngan terbabit.

“Sesetengah mereka agak kekok, ada yang tidak mahu untuk datang ke mahkamah. Jadi untuk memudahkan mereka, kami turun ke lokasi dan dapat menyelesaikan lebih banyak kes setiap kali turun,” katanya.

#QuranHour pembuka tirai Hari Terbuka UNISEL �.�

Kit Mahkamah Bergerak percepat kes

22Wanita & Kebajikan

SelangorKini 21 - 27 Mac 2018

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) bakal mem-perkenalkan aplikasi memudah-kan wanita membeli barangan keperluan seharian secara dalam talian.

Timbalan Pengarah SSDU, Dr Fahmi Ngah berkata, hal itu bagi memudahkan golongan terbabit yang kini sibuk dengan pelbagai tugasan harian.

“Kami sedang dalam pro-ses merangka aplikasi ini yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi bagi menjimatkan masa wanita.

“Aplikasi ini dicipta selaras hasrat Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali untuk merealisasikan Selangor sebagai negeri pintar terulung, di Asean menjelang 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Wanita Se-

dunia peringkat Selangor 2018 ‘Press For Progress’, di Hotel Con-corde, pada 14 Mac lalu.

Forum berkenaan turut me-nampilkan Penasihat Institut Wanita Berdaya (IWB), Zuraida Kamaruddin dan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Su-bang Jaya (MPSJ), Noraini Roslan.

Forum itu antara lain membin-cangkan dasar wanita Selangor dan wanita ke arah pembangu-nan bandar pintar.

Ke arah pemberdayaan

Perkenal aplikasi mesra wanita

SHAH ALAM - Dato’ Bandar, Yang DiPertua Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta Pegawai Daerah disarankan menerokai ruang dan peluang bagi pembi-naan sebuah bandar mesra wani-ta pertama di Malaysia.

Exco Kesihatan, Kebajikan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, ia adalah bagi mendokong hasrat pem-binaan sebuah bandar pintar seperti yang diaspirasikan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali.

“Ia merupakan pendekatan utama dasar wanita Selangor, kita mahu angkat bandar mesra wanita maksudnya adalah ban-

Shamshida ditemani Dr Daroyah, Zuraidah dan Haniza merakam kenangan bersama hadirin pada Sambutan Hari Wanita Sedunia peringkat Negeri Selangor 2018

PBT disaran bina bandar mesra wanita

dar pintar, mempunyai aplikasi khas untuk memudahkan golo-ngan wanita.

“Memandangkan Yang Di-Pertua (YDP) Majlis Perbanda-ran Subang Jaya (MPSJ), Noraini Roslan ada disini, saya ingin mencadangkan agar Subang Jaya dicalonkan sebagai sebuah bandar mesra wanita di Selangor dan yang pertama di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia peringkat Negeri Selangor 2018 ‘Press For Progress’ di Hotel Concorde, pada 14 Mac lalu.

Turut hadir, Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), Datin Seri Shamshida Taharin, Pe-nasihat Institut Wanita Berdaya (IWB), Zuraida Kamaruddin, YDP MPSJ, Noraini Roslan dan Tim-balan Pengarah Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), Dr Fahmi Ngah.

Antara pengisian majlis, turut diadakan forum bertajuk Wanita Ke Arah Pembangunan Bandar Pintar (Smart City) dan persem-bahan teater mengenai pembas-mian stereotaip gender.

Forum berkenaan membin-cangkan berkenaan gagasan ‘Regional Smart State’ yang di-aspirasikan Mohamed Azmin dalam usaha merealisaikan Se-langor sebagai negeri pintar terulung di Asean menjelang 2025.

Ia merupakan pendekatan utama dasar wanita Selangor, kita mahu angkat bandar mesra wanita maksudnya adalah bandar pintar, mempunyai aplikasi khas untuk memudahkan golongan wanita

DR DAROYAH ALWIExco Kesihatan, Kebajikan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga

SHAH ALAM - Lembaga Pen-duduk dan Pembangunan Ke-luarga Negara (LPPKN) mensa-sarkan 27,000 wanita berusia lingkungan 22 hingga 27 ta-hun bakal mendapat suntikan di bawah program Vaksinasi Human PapillomaVirus (HPV), pada tahun ini.

Ketua Pengarah LPPKN, Ab-dul Shukur Abdullah berkata, lebih 400 wanita sudah mene-rima vaksinasi HPV secara per-cuma melalui Klinik Nur Se-jahtera LPPKN di seluruh negara sejak pendaf-taran dibuka, ber-mula 29 Januari lalu.

Beliau berkata, hanya wanita yang lahir, pada 1991 hingga 1996 sahaja akan diberikan vak-sinasi HPV secara percuma oleh LPPKN kerana usia 22 hingga 27 tahun adalah amat sesuai, ber-mula tahun ini.

“Kajian itu mendapati untuk tiga dos vaksin HPV bagi me-reka berusia sembilan hingga

27 tahun lebih baik berbanding wanita lebih dewasa.

“Kementerian Pembangun-an Wanita, Keluarga dan Ma-syarakat begitu komited dalam pemberian vaksinasi HPV ber-tujuan membantu mencegah virus papiloma manusia yang menjadi punca barah pangkal rahim, sejak 2012.

“Sejak ia dilancarkan enam tahun lalu, sudah 312,677 wani-ta menerima manfaat menerusi program ini,” katanya memetik laporan BH Online.

Selain itu, Abdul Shukur ber-kata, program ini turut mensasar-kan ‘catch-up group’ iaitu wanita layak yang tidak termasuk dalam Program Imunisasi HPV Kebang-saan oleh Kementerian Kesihatan sejak 2010 bagi pelajar perem-puan berusia 13 tahun.

Katanya, penerima baharu yang menerima manfaat dari-pada Program Vaksinasi HPV adalah 32,472, tahun lalu.

“Sarawak muncul negeri pa-ling ramai memperoleh man-faat HPV iaitu 4,007 (12.34 per-atus) daripada 32,472 jumlah keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata, LPPKN mene-tapkan beberapa syarat yang melayakkan wanita menerima-nya iaitu warganegara Malaysia/penduduk tetap, lahir pada ta-hun 1991-1996, bujang/belum pernah berkahwin, tidak hamil dan tidak pernah mengalami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital bagi mendapatkan vaksinasi itu.

Terdahulu, kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima pada 2014 mendapati wanita secara purata berkahwin, pada usia 26 tahun.

Mereka yang ingin mene-rima suntikan itu boleh meng-hubungi mana-mana Klinik Nur Sejahtera LPPKN terdekat atau merujuk kepada www.lppkn.gov.my.

LPPKN sasar ��,��� wanita dapat suntikan HPV

23SelangorKini 21 - 27 Mac 2018

Sukan

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM - Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak bersetuju dengan has-rat Presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibra-him, melepaskan jawatan dan berharap baginda tidak berbuat demikian.

Naib Presidennya, Datuk Ab Ghani Has-san berkata, sejak mengambil alih jawatan Presiden, baginda yang juga Tunku Mah-kota Johor memainkan peranan besar bagi mengubah landskap bola sepak negara.

“Rayuan saya supaya Tunku Ismail tidak meletak jawatan.

“Baginda bukan saja memperbaiki struktur bola sepak negara terutama dalam mening-katkan nilai Liga Malaysia, malah kini sedang berusaha memastikan Malaysia berada dalam kalendar penganjuran kejohanan antara-bangsa bermula dengan menjadi tuan rumah Kejuaraan B-16 AFC 2018, pada September ini dan membuat bidaan sebagai tuan rumah Ke-juaraan B-23 AFC 2020,” katanya.

Ia disokong Datuk S Sivasundaram yang menganggap tidak mudah mencari individu seperti Tunku Ismail yang sentiasa mahukan penambahbaikan dengan idea baharu seiring dengan perkembangan bola sepak moden.

“Hanya baginda memiliki ciri berkenaan untuk terus bergelar Presiden FAM, bukan hanya bagi tempoh setahun, malahan un-tuk jangka panjang bagi menampakkan kesinambungan terhadap apa baginda

sedang usahakan ketika ini,” kata Naib Pre-siden FAM itu.

Sebelum ini, Tunku Ismail meluahkan hasratnya untuk meletak jawatan selaku Presiden FAM ekoran Malaysia jatuh ke ranking 178 dunia.

“Baru-baru ini, ranking pasukan kebang-saan jatuh tiga anak tangga dan ini adalah kegagalan yang amat besar!

“Oleh itu, Beta rasa Presiden FAM harus letak jawatan. Terima kasih untuk segala- galanya dan ia menjadi satu penghormatan untuk berkhidmat kepada bola sepak Ma-laysia. Selamat maju jaya,” titahnya.

Tunku Ismail bertitah, sepanjang me-ngetuai FAM, baginda memperbetulkan struktur bola sepak tanah air, menarik pena-ja untuk menyumbang dan menyediakan pelan jangka panjang seperti melakukan kerjasama bersama La Liga.

Baginda juga memperjuangkan hak pe-nyiaran untuk semua pasukan di Liga Malaysia bagi meningkatkan kestabilan kewangan.

“Ini satu sejarah dalam bola sepak tanah air apabila kali pertama setiap pasukan ber-tanding menerima RM1 hingga RM3 juta setahun untuk wang hak penyiaran dengan setiap pasukan tidak lagi menggunakan duit rakyat daripada Kerajaan.

“Dalam pada itu, skuad B23, B19 dan B16 berjaya melakar sejarah buat pertama ka-linya mewakili negara dalam pertandingan peringkat tertinggi di Asia,” titahnya.

SHAH ALAM - Persatuan Bola Sepak Ma-laysia (FAM) dan Liverpool FC mengada-kan perbincangan dalam usaha jalinan kerjasama bagi pembangunan bola sepak.

Setiausaha Agungnya, Datuk Hami-din Mohd Amin, berkata perbincangan antara kedua pihak menyentuh pelbagai aspek seperti akar umbi, penghantaran pemain, pentadbiran dan sebagainya.

“Hasil perbincangan ini akan dibawa Tatt Tam dan Kelvin Leung kepada pe-ngurusan induk kelab dari England itu sebelum mereka akan kembali ke Wis-

ma FAM bagi membentangkan bentuk kerjasama yang akan dijalinkan nanti,” katanya dalam kenyataan.

Hamidin menerima kunjungan hor-mat dan mengadakan perbincangan itu bersama Ketua Jualan Perkongsian Asia Liverpool FC, Tatt Tam dan Pengu-rus Pembangunan Perkongsian Liver-pool FC, Kelvin Leung ke Wisma FAM di Kelana Jaya, pada 14 Mac lalu.

Turut hadir, Ketua Pegawai Ekseku-tif ProEvents, Julian Kam dan Pengarah Urusannya, San Boon Wah.

PETALING JAYA - Kejohanan boling Piala Liga Datuk Bandar Majlis Bandaraya Peta-ling Jaya (MBPJ) yang memasuki pengan-juran kali kedua, menawarkan hadiah kese-luruhan hampir RM100,000 kepada peserta.

Sektretariat Media, Unit Komunikasi Korporatnya berkata, kejohanan diada-kan, di Wangsa Bowl, di One Utama ber-mula 4 April, setiap Rabu, jam 9 malam dengan setiap pasukan bertanding sela-ma 27 minggu atau sembilan bulan.

“Kejohanan ini dijangka berakhir, pada awal November 2018 yang mensasarkan 28 pasu-kan sahaja. Juara pertandingan akan memba-wa pulang hadiah wang tunai RM10,000, piala pusingan serta piala iringan.

“Naib juara dan tempat ketiga masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM6,000 dan RM4,000 berserta piala iringan manakala tempat keempat hingga ke-28, masing-masing menerima hadiah saguhati berbentuk wang tunai dan baucer.

“Selain itu, hadiah sampingan turut dita-warkan bagi kategori ‘team high game’ dan ‘team hi series’ yang bakal menerima hadiah RM500 untuk peserta kumpulan, manakala kategori individu iaitu ‘Ind Hi Game’, setiap peserta berpeluang memenangi wang tunai RM200 berserta telefon pintar Samsung J2 Prime,” katanya dalam kenyataan.

Kejohanan itu akan menggunakan for-mat kejohanan trio dan tiga ‘game’ seorang dengan setiap pasukan boleh mendaftar seramai lapan pemain dan akan dikena-

FAM-Liverpool FC bincang jalin kerjasama

Boling Piala Liga Datuk Bandar MBPJ tawar hadiah RM���,���

kan deposit RM200 yang akan dipulangkan selepas pertandingan tamat.

Bagi yuran mingguan pula, bayaran se-banyak RM90 dikenakan bagi setiap pasu-kan dan setiap pasukan yang bertanding disediakan tempat parkir khas.

Kejohanan ini adalah anjuran bersama Wangsa Bowl, 100Plus, Hotel & Resort Palm Garden dan Berjaya Mega Motor.

Sebarang maklumat lanjut boleh meng-hubungi Siti Salwa Azmi di talian 012-4843746, Maria Ismail (017-2046150) atau layari laman sesawang www.wangsabowl.com serta laman Facebook rasmi MBPJ @petalingjayacitycouncil, twitter dan insta-gram @pjcitycouncil.

TMJ letak jawatan

Exco FAM bantah S

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

PENAMPILAN ISTIMEWA DI IKTISASS 2018

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Juara lima kali, Selangor diundi ber-temu Kuala Lumpur, pada peringkat suku akhir Shopee Piala FA Malaysia 2018.

Pertembungan ‘Lembah Klang Derby’ itu pasti dinanti peminat selepas kedua pasukan baru sa-haja bertemu dalam perlawanan Unifi Liga Super Malaysia, pada 4 Februari lalu dengan keputusan 0-2 memihak Selangor hasil dua jaringan Rufino Segovia del Burgo.

Satu lagi pasukan dari Lembah Klang, PKNS FC pula diundi bertemu juara dua kali, Perak di Sta-dium Shah Alam.

The Red Ants sebelum ini berjaya mengejutkan The Bos Gaurus dalam perlawanan Unifi Liga Su-per Malaysia, di Stdium TLDM Lumut dengan ke-menangan 0-2.

Pendahulu Unifi Liga Super Malaysia, Johor Da-rul Ta’zim (JDT) bakal bertandang ke Stadium Da-rul Makmur bagi perhitungan dengan naib juara Piala FA musim lalu, Pahang.

Dalam satu lagi aksi, PKNP FC bakal berhadapan tugas berat apabila bertemu pendahulu 100Plus Liga Premier Malaysia, Felda United FC.

Felda United setakat ini belum mencatatkan se-barang kekalahan, termasuk rekod kemenangan bersih lima perlawanan dalam aksi liga.

Suku akhir Shopee Piala FA 2018

‘Lembah Klang Derby’ kembali