pekeliling kemasukan ke universiti awam lepasan …...2 pekeliling kemasukan ke universiti awam sesi...

19

Upload: others

Post on 28-Mar-2020

29 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

2 PEKELILING KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM SESI AKADEMIK 2020/2021 PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM 2019 & STAM 2018, 2019

ISI KANDUNGAN

1. PENYELARASAN PENGAMBILAN ......................................................... 3 Program Pengajian di UiTM ...................................................................... 3

2. PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID ............................................................. 4 3. SYARAT MASUK ..................................................................................... 4

Syarat Am Kemasukan ............................................................................. 5 Syarat Khas .............................................................................................. 6

4 PERMOHONAN ........................................................................................ 6 Kategori Permohonan ............................................................................... 7 Sah & Hantar ............................................................................................ 8 Semakan Permohonan ............................................................................. 9 Kemaskini Permohonan ............................................................................ 9 Lupa Kata Laluan……………………………………………………………….9

5 PEMPROSESAN & PEMILIHAN ............................................................ ..9 Penentuan Aliran STPM ......................................................................... 10 Dasar & Kriteria Pemilihan ...................................................................... 10 Proses Pemilihan .................................................................................... 10 Pengiraan Markah Merit .......................................................................... 11 Proses pemilihan prajaya ........................................................................ 13

6 HEBAHAN .............................................................................................. 13 Surat Tawaran ........................................................................................ 15

7 RAYUAN................................................................................................. 16 8 TARIKH-TARIKH PENTING ................................................................... 17

CONTOH PENGIRAAN MARKAH AKADEMIK, MARKAH KOKURIKULUM DAN MARKAH MERIT ............................................... 18

3 PEKELILING KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM SESI AKADEMIK 2020/2021 PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM 2019 & STAM 2018, 2019

1. PENYELARASAN PENGAMBILAN

Program Pengajian di UiTM

Dasar dan Prosedur Kemasukan ke Program Pengajian Ijazah Pertama Universiti Awam Bagi

Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf (Kategori STPM & STAM)

Sesi Akademik 2020/2021

1.1 BKPA JPT menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan kemasukan ke Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf di 20 buah Universiti Awam bagi Ambilan September sahaja seperti berikut :-

20 Universiti Awam (UA)

1. Universiti Sains Malaysia (USM) 2. Universiti Malaya (UM) 3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 4. Universiti Putra Malaysia (UPM) 5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 6. Universiti Teknologi MARA (UiTM) 7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 8. Universiti Malaysia Sabah (UMS) 9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) 10. Universiti Utara Malaysia (UUM) 11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 13. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) 14. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 15. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 16. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) 17. Universiti Malaysia Pahang (UMP) 18. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 19. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

1.2 Program pengajian di UiTM hanya terbuka kepada pemohon

berketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Semenanjung sahaja.

1.3 Semua program pengajian di Universiti Awam lain (selain UiTM) terbuka

kepada semua.

4 PEKELILING KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM SESI AKADEMIK 2020/2021 PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM 2019 & STAM 2018, 2019

2.1 Sebelum mengemukakan permohonan, pemohon dikehendaki membeli Nombor Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat dan kaedah pembelian Nombor Unik ID adalah secara individu seperti berikut:

a) Pembelian mulai 24 Februari 2020 hingga 06 April 2020.

b) Pembelian secara individu melalui kaunter BSN, Mesin Automated

Teller Machine (ATM) dan Perbankan Internet (myBSN). Pembelian melalui kaedah Mesin Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan Internet memerlukan pemohon/ ibu bapa memiliki Akaun GIRO BSN.

c) Bayaran pembelian No. Unik ID sebanyak RM15.60 sahaja.

d) Kad Pengenalan/ MyKad atau salinan Kad Pengenalan/ MyKad

pemohon perlu dikemukakan semasa pembelian.

e) Pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan Nama dan Nombor Kad Pengenalan/MyKad pemohon. BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan Nombor Unik ID.

2.2 Jangan dedahkan Nombor Unik ID kepada orang lain, kerana ianya

adalah SULIT.

2. PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID

5 PEKELILING KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM SESI AKADEMIK 2020/2021 PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM 2019 & STAM 2018, 2019

Syarat Am Kemasukan

3.1 Semua program pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam bagi Sesi Akademik 2020/2021 boleh didapati dalam e-Panduan dengan melayari pautan URL seperti berikut :-

https://online.moe.gov.my/upu /epanduan/

3.2 Pemohon hanya pilih Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan

STPM/Setaraf Klik butang MASUK. Pemohon boleh mendapatkan maklumat program pengajian yang ditawarkan mengikut Universiti Awam, aliran dan bidang.

3.3 Selain daripada senarai program pengajian yang ditawarkan, pemohon

juga boleh mendapatkan maklumat berkenaan dengan syarat am dan khas yang telah ditetapkan.

3.4 Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No. KP/My Kad sahaja. Bukan Warganegara memohon terus ke UA berkaitan.

3.5 Kelayakan

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira;

DAN

SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am;

ATAU

SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid;

3. SYARAT MASUK

6 PEKELILING KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM SESI AKADEMIK 2020/2021 PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM 2019 & STAM 2018, 2019

4 PERMOHONAN

DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku (5 tahun) iaitu mulai 01 Januari 2016.

3.6 Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM e-Panduan Permohonan Kemasukan ke Universiti Awam bagi Program Pengajian Lepasan STPM/ STAM.

4.1 Permohonan akan dibuka mulai 24 Februari 2020 jam 12.00 tengah

hari dan ditutup pada 07 April 2020 jam 11.59 malam.

4.3 Pemohon Lepasan STPM/Setaraf diwajibkan mengemukakan permohonan kemasukan ke Universiti Awam hanya melalui Sistem UPUOnline sahaja di http://upu.moe.gov.my.

4.4 Pastikan sebelum mengisi maklumat dalam UPUOnline, pemohon dinasihatkan membaca terlebih dahulu panduan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi mengelakkan pemohon memilih program yang tidak melepasi syarat khas program.

Syarat Khas

7 PEKELILING KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM SESI AKADEMIK 2020/2021 PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM 2019 & STAM 2018, 2019

4.5 Permohonan kemasukan ke UA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2020/2021 dibuka untuk kategori berikut :-

Kategori A Kategori S Kategori T

Pemohon Lepasan STPM Tahun 2019

Aliran Sastera

Pemohon Lepasan STPM Tahun 2019

Aliran Sains

Pemohon Lepasan STAM Tahun 2018

dan 2019

4.6 Pemohon dikehendaki Daftar Kali Pertama bagi mengakses UPUOnline untuk permohonan kemasukan ke UA.

4.7 Pemohon wajib memasukkan enam (6) item berikut untuk membuat

Daftar Kali Pertama :-

a) No Kad Pengenalan b) Alamat E-mel c) Nama Ibu d) Kata Laluan e) Kod Keselamatan f) Soalan Keselamatan Profil Akaun

4.8 Pemohon wajib memasukkan lima (5) item berikut untuk

mengemukakan permohonan kali pertama :-

a) No. Kad Pengenalan/MyKAD Semasa Pendaftaran Peperiksaan b) No. Unik ID c) Jenis Permohonan d) Program Pengajian e) Kategori

4.9 Pemohon dikehendaki mengisi maklumat permohonan yang telah dibahagikan mengikut

segmen seperti berikut:

a) Peribadi b) Keluarga c) Akademik d) Pilihan Program e) Lain-lain

Kategori Permohonan

8 PEKELILING KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM SESI AKADEMIK 2020/2021 PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM 2019 & STAM 2018, 2019

Rajah 1 – Infografik Permohonan UPUOnline

4.10 Sekiranya pemohon telah mendaftar, pemohon boleh login dengan hanya menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah dimasukkan semasa Daftar Kali Pertama dibuat

4.11 Terdapat 12 pilihan program pengajian. Pemohon wajib memilih enam

(6) pilihan program pengajian yang berbeza. Jika berminat dengan program pengajian yang bertemu duga, pemohon boleh mengemukakan pilihan pada Pilihan 1 hingga 4 sahaja. Bagi Program Pengajian bertemu duga (Pendidikan) pada Pilihan 1-2 sahaja.

4.12 Pemohon hanya dibenarkan untuk memilih program pengajian lima (5) hari selepas keputusan STPM 2019 diumumkan. Pemohon hanya boleh memilih pilihan program pengajian yang melepasi syarat khas sahaja yang ditetapkan oleh UA.

4.13 Semua program pengajian yang ada temu duga ditandakan dengan

tanda (#) pada akhir nama program pengajian dalam UPUOnline.

4.14 Maklumat penting yang wajib diisi oleh pemohon ditandakan dengan tanda (*) dalam borang sistem permohonan kemasukan pelajar. Manakala tanda (**) adalah merujuk kepada wajib mengisi salah satu medan maklumat.

9 PEKELILING KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM SESI AKADEMIK 2020/2021 PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM 2019 & STAM 2018, 2019

Sah & Hantar

Semakan Permohonan

Kemaskini Permohonan

Lupa Kata Laluan

4.15 Pemohon wajib klik butang “Sah & Hantar” bagi memastikan maklumat permohonan telah selamat diterima oleh sistem. Maklumat yang dicetak sebelum klik butang “Sah & Hantar” tidak boleh dijadikan sebagai bukti bahawa pemohon telah berjaya mengemukakan permohonan.

4.16 Maklumat lengkap permohonan boleh dicetak melalui pautan “Cetak Slip”. Sekiranya pemohon berjaya mengemukakan permohonan, laman ini akan memaparkan Slip Permohonan Kemasukan Pelajar.

4.17 Jika pemohon tidak menyimpan/ mencetak Slip Permohonan ketika mengemukakan permohonan kali pertama, maklumat lengkap permohonan boleh dicetak melalui pautan “SLIP”. Sekiranya pemohon berjaya mengemukakan permohonan, laman ini akan memaparkan Slip Permohonan Kemasukan Pelajar untuk simpanan dan cetakan.

4.18 Proses kemas kini maklumat permohonan boleh dibuat oleh pemohon selepas berjaya mengemukakan permohonan.

4.19 Proses pengemaskinian maklumat boleh dilakukan oleh pemohon

tanpa had sehingga tarikh tutup permohonan. Sebarang pengemaskinian maklumat adalah di bawah tanggungjawab pemohon.

4.20 Sekiranya pemohon lupa Kata Laluan yang diisi semasa

mengemukakan permohonan bagi tujuan pengemaskinian, pemohon boleh mendapatkan Kata Laluan dengan klik pautan “Lupa Kata Laluan”. Pemohon perlu menjawab beberapa soalan keselamatan sebelum kata laluan dipaparkan kepada pemohon. Kata Laluan akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.

10 PEKELILING KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM SESI AKADEMIK 2020/2021 PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM 2019 & STAM 2018, 2019

5.1 Pemohon yang telah memilih program pengajian bertemu duga/ ujian (program pengajian yang mempunyai tanda #) akan diproses dan dihantar kepada Universiti Awam untuk pemilihan. Pemohon akan dipanggil untuk menghadiri temu duga/ ujian pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan oleh Universiti Awam.

5.2 Surat panggilan temu duga/ ujian akan dikeluarkan oleh Universiti

Awam melalui laman web masing-masing. Alamat URL Universiti Awam yang terlibat akan turut dipaparkan di laman web http://upu.moe.gov.my.

5.3 Aliran Sains

Penentuan aliran bagi calon STPM Sains ialah dengan mengambil mana – mana dua ( 2 ) subjek berikut di peringkat STPM:- Matematik M/ Matematik T/ Fizik/ Kimia/ Biologi/ Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT )/ Sains Sukan

5.4 Aliran Sastera

Pemohon yang tidak memenuhi komponen Aliran Sains secara automatik dimasukkan ke Aliran Sastera.

5.5 Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.

5.6 Kriteria pemilihan kemasukan adalah seperti berikut:-

a) Pencapaian akademik dalam peperiksaan STPM/Setaraf dan SPM; b) Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum; c) Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program

pengajian yang dipohon; d) Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan; e) Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh Universiti Awam; f) Telah mengambil MUET dengan mendapat sekurang-kurangnya

Tahap 1 (Band 1); g) Lulus temu duga/ujian bagi program bertemu duga/ujian; h) Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan; dan i) Bilangan tempat yang disediakan oleh Universiti Awam.

5 PEMPROSESAN & PEMILIHAN

Dasar & Kriteria Pemilihan

Penentuan Aliran STPM

11 PEKELILING KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM SESI AKADEMIK 2020/2021 PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM 2019 & STAM 2018, 2019

5.7 Kriteria tambahan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) a) Melepasi tahap minimum Ujian MedSI.

5.8 Markah kokurikulum 10% bagi calon sekolah tahun semasa di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dibekalkan oleh Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian KPM kepada BKPA, JPT

5.9 Kaedah Pengiraan PNGK

a) Pengiraan PNGK STPM

i) Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP) bagi tujuan pengiraan markah adalah seperti berikut:

GRED NILAI GRED

A 4.00 A- 3.67 B+ 3.33 B 3.00 B- 2.67 C+ 2.33 C 2.00 C- 1.67 D+ 1.33 D 1.00 F 0.00

ii) Di dalam sistem ini, mata nilai gred untuk setiap mata pelajaran

diberikan dan nilai PNGK dihitung dengan mengambil kira purata nilai gred empat (4) mata pelajaran terbaik termasuk Pengajian Am.

Rajah 2 - Pengiraan PNGK STPM

Proses Pemilihan

Pengiraan Markah Merit

4 MP Terbaik (Termasuk

P.AM)

12 PEKELILING KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM SESI AKADEMIK 2020/2021 PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM 2019 & STAM 2018, 2019

b) Pengiraan PNGK STAM

i. Nilai gred bagi STAM yang diguna pakai dalam pengiraan markah akademik adalah seperti berikut:

GRED PANGKAT PNGK Mumtaz 1 4.00

Jayyid Jiddan 2 3.00 Jayyid 3 2.00 Makbul 4 1.00 Rasib 5 0.00

ii. PNGK adalah berdasarkan pangkat STAM yang yang diperolehi

oleh calon dan diselaraskan markah mengikut pangkat.

5.10 Kaedah Pengiraan Markah Akademik

Rajah 3 - Pengiraan Markah Akademik (90%)

5.11 Kaedah Pengiraan Markah Merit

Rajah 4 - Pengiraan Markah Merit

5.12 Contoh Pengiraan Markah Merit adalah seperti di Lampiran A.

Markah

(90%)

-------------- 4.00

Merit

Markah

(90%)

Markah

(10%)

13 PEKELILING KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM SESI AKADEMIK 2020/2021 PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM 2019 & STAM 2018, 2019

5.13 Pemohon akan disusun mengikut ranking berdasarkan Markah Merit yang paling tinggi hingga yang paling rendah.

5.14 Proses penentuan pemilihan dilaksanakan secara berkomputer dengan

pengesahan pemilihan oleh semua UA. Berikut adalah gambaran pemprosesan pemilihan :-

Proses pemilihan jaya

14 PEKELILING KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM SESI AKADEMIK 2020/2021 PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM 2019 & STAM 2018, 2019

6.1 BKPA JPT menggunakan perkhidmatan SMS dan Internet untuk memaklumkan status permohonan dan keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam.

6.2 Hebahan Status Keputusan Permohonan dijangkakan akan diumumkan

pada Minggu Ke-4 Julai 2020 (Tentatif) melalui saluran hebahan seperti berikut:

a) Semakan di URL :

Saluran selatan : https://jpt.utm.my Saluran utara : http://jpt.uum.edu.my Saluran Sarawak : https://jpt.unimas.my Saluran Sabah : http://jpt.ums.edu.my Saluran Timur : https://jpt.umt.edu.my

b) Semakan melalui Aplikasi UPUPocket 2.0 boleh dimuat turun di Playstore dan Apps Store

c) HOTLINE UPU : 03-8870 8200 d) Semakan Melalui SMS : UPU <jarak> RESULT<jarak> No KP

dan SMS ke 15888

6.3 Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan boleh hubungi BKPA JPT di alamat dan talian seperti berikut :-

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 62200 W.P. Putrajaya (03) 8870 8200 http://upu.moe.gov.my

Laman Sosial :

6 HEBAHAN

15 PEKELILING KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM SESI AKADEMIK 2020/2021 PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM 2019 & STAM 2018, 2019

6.4 Pemohon hanya akan ditawarkan program pengajian dalam pilihan sahaja (Pilihan 1-12). Sekiranya pemohon gagal ditawarkan, pemohon boleh mengemukakan rayuan melalui UPUOnline dengan memilih program pengajian yang layak dan mempunyai kekosongan tempat sahaja.

6.5 Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh Universiti Awam mulai sehari

(1) selepas keputusan permohonan diumumkan melalui laman web Universiti Awam masing- masing.

6.6 Universiti Awam akan mengeluarkan surat tawaran rasmi beserta

dengan terma dan syarat-syarat sebelum pemohon membuat pengesahan setuju terima tawaran tersebut.

6.7 Pemohon yang menolak atau tidak membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh tujuh (7) hari selepas hebahan keputusan maka tidak akan dipertimbangkan untuk proses rayuan.

6.8 Pemohon yang tidak menjawab atau menjawab terima atau tolak selepas tempoh ditetapkan akan dikemaskini secara automatik oleh sistem sebagai menolak tawaran.

6.9 Tawaran adalah muktamad.

Surat Tawaran

16 PEKELILING KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM SESI AKADEMIK 2020/2021 PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM 2019 & STAM 2018, 2019

7.1 Hanya pemohon yang GAGAL mendapat tawaran ke Universiti Awam sahaja yang boleh mengemukakan permohonan rayuan.

7.2 Permohonan rayuan hanya dalam tempoh sepuluh (10) hari selepas

keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam diumumkan.

7.3 Pilihan program pengajian yang dipaparkan adalah program pengajian yang ada kekosongan sahaja.

7.4 Pemohon dibenarkan mengemukakan EMPAT (4) pilihan program pengajian semasa mengemukakan permohonan rayuan. Pemohon dibenarkan membuat pengemaskinian tanpa sebarang had sehingga tarikh tutup permohonan rayuan.

7.5 Hebahan dan Rayuan dilaksanakan sebanyak dua (2) kali iaitu:

i. Penawaran calon rayuan dibahagikan kepada dua (2) fasa iaitu Sebelum pendaftaran pelajar baharu; dan

ii. Selepas pendaftaran pelajar baharu

7.6 Objektif penawaran permohonan rayuan sebanyak 2 kali adalah untuk :-

i. Memastikan pemohon ditawarkan dengan program pengajian yang dipilih dan diminati sahaja.; dan

ii. Pemohon mendapat keputusan rayuan fasa 1 dengan lebih cepat dan mendaftar bersama-sama dengan pemohon ambilan pertama.

7 RAYUAN

17 PEKELILING KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM SESI AKADEMIK 2020/2021 PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM 2019 & STAM 2018, 2019

8.1 Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan permohonan kemasukan ke Universiti Awam Bagi Program Pengajian Lepasan Diploma/ Setaraf Sesi Akademik 2020/2021 :-

Tarikh

Jualan No. Unik ID 24.02.2020 hingga 6.04.2020

Permohonan 24.02.2020 hingga 7.04.2020

Tarikh Akhir Upload Dokumen 07 April 2020

Semakan Panggilan Temu Duga (Bukan Pendidikan) dan Ujian MEdSI

Minggu Ke-2 Mei 2020 *

Semakan Panggilan Temu Duga (Pendidikan)

Minggu Ke-2 Jun 2020 *

Hebahan Keputusan

Minggu ke-4 Julai 2020

Permohonan Rayuan

Minggu Akhir Julai 2020 (Rayuan dalam tempoh 10 hari)

Tarikh Akhir Upload Dokumen (Rayuan)

Minggu ke-2 Ogos 2020

Hebahan Keputusan Rayuan 1 Minggu Akhir Ogos 2020

Hebahan Keputusan Rayuan 2 Minggu ke-3 September 2020

* Tertakluk kepada perubahan

8 TARIKH-TARIKH PENTING

18 PEKELILING KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM SESI AKADEMIK 2020/2021 PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM 2019 & STAM 2018, 2019

LAMPIRAN A

i. Pengiraan PNGK

CONTOH:

BIL MATA PELA

JARAN

GRED

NILAI MARKAH 1 Pengajian Am B+ 3.33 2 Fizik B 3.00 3 Kimia A- 3.67 4 Biologi A 4.00

PNGK = 3.33+3.00+3.67+4.00 = 14.00 4 = 3.50

ii. Markah Akademik (90%)

iii. Markah Kokurikulum (10%) = Markah kokurikulum yang diperolehi

dari Kementerian Pendidikan Malaysia

CONTOH PENGIRAAN MARKAH AKADEMIK, MARKAH KOKURIKULUM DAN MARKAH MERIT

CONTOH:

PNGK yang diperolehi untuk program STPM = 3.50

MARKAH AKADEMIK (90%) = 3.50 X 90 4.00

= 78.75 %

Markah

4.00

Markah

(90%)

19 PEKELILING KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM SESI AKADEMIK 2020/2021 PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM 2019 & STAM 2018, 2019

iii. Markah Merit

Jika calon mendapat :

a) Markah Akademik = 78.75

b) Markah Kokurikulum = 9 c) Markah Merit = Markah Akademik + Markah Kokurikulum

= 78.75 + 9 = 87.75

Markah Merit

Markah

(90%)

Markah

(10%)