239914947 pantun pertandingan siri 2

15
PERINGKAT AWAL/PERTAMA (PUSINGAN 1/PEMANTUN PERTAMA) PATRIOTISME PATRIOTISME Perwira Satriah/ jauh menjelajah , Menjadi igauan / keagunggan jelata, Mempertahankan/ maruah dari dijajah, Apakah pengorbanan/ pembela bangsa? Gagah perkasa /segak bermadah, Madah ditabur/ sukar diteka, Perjuangan bangsa/ terlakar sudah, Bagaimana menyubur /semangat merdeka? Ke Pekan Lengat/ membeli gandum, Gandum dibeli/ di kedai Sara, Mengapakah semangat/ patriotik merundum, Dikalangan generasi/ pemangkin negara? Adik Aidah/ memelihara itik, Diberi makan/ oleh Nini, Masihkah ada/ Semangat patriotik, Pada kalangan/ generasi kini? Bayu membuai/ tetap bertuah, Germisi hujan/ biru hiasan, Ilmu ditunai/ tetap bertuah, Siapa pewaris/ tuju wawasan. Berjalan-jalan/ pergi ke kedai, Pergi bersama / anak Kak Sia, Kalau tuan/ tetap bertuah, Pewaris intelek/ tuju wawasan.

Upload: kimora

Post on 12-Jul-2016

66 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

239914947 Pantun Pertandingan Siri 2

TRANSCRIPT

Page 1: 239914947 Pantun Pertandingan Siri 2

PERINGKAT AWAL/PERTAMA

(PUSINGAN 1/PEMANTUN PERTAMA)

PATRIOTISME PATRIOTISME

Perwira Satriah/ jauh menjelajah ,

Menjadi igauan / keagunggan jelata,

Mempertahankan/ maruah dari dijajah,

Apakah pengorbanan/ pembela bangsa?

Gagah perkasa /segak bermadah,

Madah ditabur/ sukar diteka,

Perjuangan bangsa/ terlakar sudah,

Bagaimana menyubur /semangat

merdeka?

Ke Pekan Lengat/ membeli gandum,

Gandum dibeli/ di kedai Sara,

Mengapakah semangat/ patriotik merundum,

Dikalangan generasi/ pemangkin negara?

Adik Aidah/ memelihara itik,

Diberi makan/ oleh Nini,

Masihkah ada/ Semangat patriotik,

Pada kalangan/ generasi kini?

Bayu membuai/ tetap bertuah,

Germisi hujan/ biru hiasan,

Ilmu ditunai/ tetap bertuah,

Siapa pewaris/ tuju wawasan.

Berjalan-jalan/ pergi ke kedai,

Pergi bersama / anak Kak Sia,

Kalau tuan/ tetap bertuah,

Pewaris intelek/ tuju wawasan.

Makcik Timah/ sedang berbual,

Berbual sambil/ menjahit jubah,

Mengapakah maruah / kita dijual,

Hanya kerana/ tamak halobah.

Mak Minah/ sedang berbual,

Berbual bersama / orang Sabah,

Mengapakah maruah / kita dijual,

Page 2: 239914947 Pantun Pertandingan Siri 2

PERINGKAT AWAL/PERTAMA

(PUSINGAN 1/PEMANTUN KEDUA)

FAEDAH MENABUNG FAEDAH MENABUNG

Pergi Kemabung/ menjala ikan,

Ikan tengiri/ ulam pegagah,

Program menabung/ sudah disemaikan,

Mengapa saudari/ masih berlenggah?

Memasak rebung/ bersama ikan ,

Walau sesaat/ janganlah leka,

Faedah menabung/ amat digalakkan,

Apakah manfaat/ cubalah teka?

Abang Syazri/ pergi ke pekan,

Membeli belimbing/ bersama rebung,

Wahai saudari/ tolong jelaskan,

Apakah penting/ kita menanbung?

Jikalau tuan/ bawa kenari,

Bawakan juga/ sepucuk rebung,

Kalau anda, bijak bestari,

Apa Faedah/ kita menanbung?

Pergi kedai/ membeli tahu,

Membeli juga/ ikan kembung,

Wahai saudari/ bolehkah tahu,

Kenapa kita/ mesti menabung?

Pergi memancing / di atas perahu,

Sambil membawa / sepucuk rebung,

Wahai saudari/ saya nak tahu,

Apakah cara/ untuk menabung?

Jika malas/ membaiki bumbung,

Kelak menyesal/ tidak keruan,

Mengapa malas/ hendak menabung,

Kelak menyesal/ di masa hadapan.

Cik Suhaida/ membeli Pari,

Tolong belikan / sekilo kembung,

Jika anda/ bijak bestari,

Apa faedah/ kita menabung.

Page 3: 239914947 Pantun Pertandingan Siri 2

PERINGKAT AWAL/PERTAMA

(PUSINGAN 1/PEMANTUN KETIGA)

MAKANAN SEIMBANG MAKANAN SEIMBANG

Burung Kenari/ membuat sarangnya,

Sarang dibuat/ terkena lubang,

Wahai saudari/ sudi kiranya,

Nyatakan khasiat/ makanan seimbang?

Pohon engkabang/ tubuh melata,

Buahnya berkhasiat/ enak dimakan,

Makanan seimbang/ amalan kita,

Apakah khasiat/ tolong nyatakan?

Kak Fara / bersiar di taman,

Terjumpa suraya/ rakan si abang,

Wahai saudara/ berikan jawapan,

Apa pentingnya/ makanan seimbang.

Wahai nyonya / serta abang,

Lihatlah sekawan / gagak terbang,

Apa gunanya/ makan seimbang,

JIka

Tolong abang/ belikan lada,

Sudah membeli / kakak simpankan,

Makanan seimbang/ cergaskan minda,

Mengapa lemah/ dalam pelajaran.

Puan Nini/ mengangkay bata,

Bata jatuh/ ke dalam longkang,

Wahai saudari/ ayu jelita,

Berikan contoh/ makanan seimbang.

Pergi ke kedai/ membeli tauhu,

Pergi bersama/ nyonya abang,

Wahai kawan/ saya nak tahu,

Apa pentingnya/ makanan seimbang?

Adik bertanya/ kepada abang,

Kenapa susu/ di dalam gelas,

Apa gunanya/ makanan seimbang,

Jika masih/ tercorot di kelas.

Page 4: 239914947 Pantun Pertandingan Siri 2

PERINGKAT AWAL/PERTAMA

(PUSINGAN 2/ PEMANTUN PERTAMA)

KASIH IBU KASIH IBU

Hati Maisara/ telah melayang,

Retak beribu/ jiwa berkarat,

Dibelai mesra/ dicurahkan sayang,

Mengapa ibu/ terbiar melarat?

Disumpah si tanggang/ kerana derhaka,

Melukai hati/ bonda tercinta,

Pemikiran tegang/ kusut merekah,

Kasih ibu/ benarkah tak terkata?

Puteri rupawan/ sungguh jelita,

Orang berada/ jemput ke pekan,

Ibu berkorban/ melahirkan kita,

Mengapa ada/ yang mengabaikan?

Abang selalu / berikan contoh,

Hendak membuat / ubi kayu,

Cuba berikan/ saya contoh,

Apa kasih kita/ kepada ibu?

Pergi ke pantai/ membawa bekalan,

Bekalan di masak/ digorang

Kasih Umi/ apakah pengorbanan,

Kepada anak / yang ditinggalkan.

Sungguh cantik/ bunga mawar,

Indah sekali/ di pandangan mata,

Tidak dikasihi/ sungguh tawar,

Mengapakah ibu/ menyayangi kita.

Turun gelanggang/ hendak beradu,

Taming Sari/ telah berkarat,

Kita ditantang/ oleh ibu,

Mengapa masih/ dibiar melarat.

Page 5: 239914947 Pantun Pertandingan Siri 2

PERINGKAT AWAL/PERTAMA

(PUSINGAN 2/ PEMANTUN KEDUA)

CITA – CITA CITA - CITA

Terpijak semalu/ duri tersemat,

Sakit tak terkata/ menusuk hati,

Hidup perlu/ punyai matlamat,

Bagaimana dikota/ cita-cita ditepati?

Pergi Mak Limah/ ke kedai Sukma,

Pergi ke kedai/ membeli tapai,

Minda lemah/ sukar menerima,

Adakah tak tercapai/ cita-cita terabai.

Kaki Ragi/ mendaki gunung,

Bersama Ara/ rakan karibnya,

Cita-citamu/ tinggi menggunung,

Apakah cara/ untuk mengapainya?

Mat Salleh bergaya/ ke Kota Kinabalu,

Mendengar datuk/ sedang bercerita,

Bolehkah saya/ ingin tahu,

Bagaimanakah untuk/ mencapai cita-cita.

Melihat pemandangan/ di luar jendela,

Sedang berfikir/ masa hadapan,

Cita-citaku ingin/ menjadi pembela,

Apakah cita-citamu/ untuk masa depan.

Mendaki tinggi gunung kinabalu,

Pergi mendaki bersama bapa,

Cita-citaku menjadi seorang guru,

Apa pula cita-cita anda?

Datuk mengadu sakit bahu,

Mengadunya pula sakit mata,

Wahai saudara saya hendak tahu,

Apakah cara mencapai cita-cita?

Datuk mengadu sakit bahu,

Mengadunya pula sakit mata,

Wahai saudara saya hendak tahu,

Apakah cara mencapai cita-cita?

Page 6: 239914947 Pantun Pertandingan Siri 2

PERINGKAT AWAL/PERTAMA

(PUSINGAN 2/ PEMANTUN KETIGA)

SEKOLAHKU CERIA SEKOLAHKU CERIA

Sungguh terselah, langit kebiruan.

Hendak terbang, terus menerjah,

Keceriaan sekolah, berlandaskan wawasan,

Mengapa bimbang, terpancar diwajah?

Tanam peria, ditepi kali,

Kupetik kugulai, enak dimakan,

Sekolahku ceria, indah sekali,

Apakah nilai, perlu dipertahankan?

Sungguh gembira bersiar ditaman,

Terjumpa melati bersama nyonya,

Program Sekolah Ceria telah dilaksanakan,

Apakah bukti jelas penganjurannya?

Mendaki tinggi gunung ganang,

Sambil membawa sebilah rotan,

Jangan duduk senang lenang,

Sekolah tidak ceria siapa gerangan.

Page 7: 239914947 Pantun Pertandingan Siri 2

PERINGKAT SEPARUH AKHIR

(PUSINGAN 1/ PEMANTUN 1)

KEMASYARAKATAN KEMASYARAKATAN

Kepada nusa,tanamkan kesetiaan,

Demi pertahankan, tanah airku tercinta,

Berbilang bangsa, memupuk keharmonian,

Bagaimana perkukuhkan, perpaduan kita?

Sungguh indah, kilauan mata,

Takala dekat, hati terpikat,

Apakah faedah, sebalik cogan kata,

Jiran sepakat, membawa berkat?

(PUSINGAN 1/ PEMANTUN 2)

PENGALAMAN INDAH PENGALAMAN INDAH

Teratak si Antan, di Gunung Tahan,

Beratap nipah, bukan kepalang,

Jauh perjalanan, luas pemandangan,

Pengalaman terindah, adakah dikenang?

Indah bermadah, terungkai anganan,

Namun suram, wajah paduka,

Masih segarkah, dalam ingatan,

Kenangan silam, semasa ditadika?

(PUSINGAN 1/ PEMANTUN 3)

KELUARGAKU BERWAWASAN KELUARGAKU WAWASAN

Terasa sepi, menusuk raga,

Orang budiman, pergi berdua,

Apakah resepi, mengeratkan keluarga,

Menjadi pedoman, kepada semua.

Pertelingkahan besan, menjadi tekanan,

Sukar melangkah, apa lagi berkata,

Keluargaku berwawasan, tunjang

kerukunan,

Mampu tertunaikah, melenyapkan sengketa.

Page 8: 239914947 Pantun Pertandingan Siri 2

PERINGKAT SEPARUH AKHIR

(PUSINGAN 2/PEMANTUN 1)

SENTIASA BERHEMAH KITA SELAMAT SENTIASA BERHEMAH KITA SELAMAT

Cantik berseri, wajah si Dayang,

Malu tersipu, bila berjalan,

Kemalangan ngeri, nyawa melayang,

Mengapa tak mampu, berhemah dijalan?

Jauh sudah, mengapai rembulan,

Rembulan tersisih, dilanda badai,

Peraturan sudah, menjadi amalan,

Mengapa masih, nyawa tergadai?

(PUSINGAN 2/PEMANTUN 2)

YANG BAIK JADIKAN TELADAN YANG BAIK JADIKAN TELADAN

Menabur baja/ ditepi kolam,

Panas hari/ bukan kepalang,

Budaya remaja/ kian terancam,

Bagaimana menghindari/ dari kecundang.

Bukit Feringgi/ ramai pengunjungnya,

Sudah terbukti,

Perluasan teknologi/ banyak pengaruhnya,

Adakah dimanfaati/ sebagai rujukan?

(PUSINGAN 2/PEMANTUN 3)

FAEDAH KOKURIKULUM FAEDAH KOKURIKULUM

Andai belum/ menampakkan seri,

Bawakan lesung, segera diubati,

Aktiviti kokum/ tingkatkan kendiri,

Mengapa langsung/ tidak dimanfaati?

Kegiatan kokurikulum banyak kebaikan,

Apakah sumbangan kepada sekolah?

PERINGKAT AKHIR

Page 9: 239914947 Pantun Pertandingan Siri 2

(PUSINGAN 1/PEMANTUN 1)

GOTONG-ROYONG GOTONG-ROYONG

Labu sayong/ buatan belia,

Hendak dijualkan/ pada Mak Esa,

Bergotong royong / amalan mulia,

Adakah diamalkan/ sepanjang masa?

Bila berlari/ tepati masa,

Jangan melata/ tertinggal akhirnya,

Membentuk jati diri/ perpaduan bangsa,

Bagaimana kita/ mengekalkannya?

(PUSINGAN 1/PEMANTUN 2)

KEPENTINGAN MENUNTUT ILMU KEPENTINGAN MENUNTUT ILMU

Jangan jemu/ melakar impian,

Tersemat di dada/ terserlah hasratnya,

Menuntut ilmu/ satu kemestian,

Bagaimana anda/ merealisasikannya?

Membeli roti nan/ di kedai Pak Saian,

Hendak bertemu/ anak gadisnya,

Jauh perjalanan/ tingkatkan pengetahuan,

Menuntut ilmu/ adakah hadnya?

(PUSINGAN 1/PEMANTUN 3)

FAEDAH MEMBAWA BEKAL FAEDAH MEMBAWA BEKAL

Tersipu Asdia, lagak bersalah,

Sopan tiada, bila bertanya,

Telah tersedia/ bekal ke sekolah,

Mengapa anda/ mengendahkannya?

Segak berwibawa, empunya diri,

Mengorak langkah/ langak pengantin,

Bekal di bawa/ setiap hari,

Kurang sedapkah/ makanan dkantin?

PERINGKAT AKHIR

(PUSINGAN 2/PEMANTUN 1)

Page 10: 239914947 Pantun Pertandingan Siri 2

KANTIN SEKOLAH KANTIN SEKOLAH

Mak Ck Rohan / pergi berkelah,

Pergi berkelah/ melabuh joran,

Menjaga kebersihan/ menjadi amalan,

Bagaimana kantin / mengelak kekotoran?

Hendak berjalan/ pergi ke pekan,

Pergi ke pekan, membeli rotan,

Apakah amalan/ sering dilakukan,

Untuk tingkatkan/ kualiti kesihatan.

(PUSINGAN 2/PEMANTUN 2)

KITAR SEMULA KITAR SEMULA

Dusun Karmila/ di Indrapura,

Subur mekar/ tanam-tanamannya,

Kitar semula/ agenda Negara,

Mengapa sukar/ melaksanakannya?

Pabila pokai/ mintalah ihsan,

Pada beta/ diperkenankan niatnya,

Bahan terpakai/ jadi hiasan,

Bagaimana kita/ pergunakannya?

(PUSINGAN 2/PEMANTUN 3)

SEKOLAHKU CERIA SEKOLAHKU CERIA

Sungguh terserlah, langit kebiruan,

Hendak terbang, terus menerjah,

Keceriaan sekolah, berlandaskan wawasan,

Mengapa bimbang, terpancar diwajah?

Tanam peria, ditepi kali,

Kupetik kugulai, enak dimakan,

Sekolahku ceria, indah sekali,

Apakah nilai, perlu diterapkan?