23124610topik8memimpinkoir

Upload: adamsukri

Post on 02-Mar-2016

58 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • PENGENALAN

    Memimpin (conducting) bermakna satu komunikasi artistik antara pemimpin dan ensembel yang dipimpin ketika latihan serta ketika sesuatu persembahan berlangsung. Tugas utama seseorang pemimpin ensembel bukan hanya sebagai ketua yang memberi isyarat mula dan berhenti, malah adalah untuk menentukan tempo, memberikan pelbagai isyarat dari permulaan hingga akhir dengan jelas. Kefahaman tentang elemen-elemen asas dalam muzik seperti tempo, melodi, irama, dinamik dan artikulasi yang dipelajari perlu disampaikan melalui pelbagai bentuk ekspresi tangan, muka dan gesture.

    Dalam topik ini kita akan membincangkan aspek-aspek penting yang perlu seorang pemimpin koir miliki khasnya dari aspek gerak tangan, ekspresi muka dan tubuh badan. Kebolehan pemimpin koir bukan setakat menggunakan tangan semata-mata. Ekspresi muka, mata, gerak badan juga penting dan perlu dilatih dan diterjemahkan semasa memimpin koir atau ensembel lain. Namun begitu terdapat juga konduktor yang mengaplikasikan teknik-teknik yang agak bebas tetapi masih mampu memimpin kumpulan koir atau sesebuah orkestra. Sungguhpun begitu pengetahuan asas terhadap pimpinan perlu dipelajari agar ianya dapat diperturunkan kepada murid-murid kita.

    TTooppiikk

    88 Memimpin

    Koir

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menjelaskan fungsi tubuh badan dalam memimpin sesebuah kumpulan koir;

    2. Mempraktikkan teknik-teknik asas memimpin; dan

    3. Mengendalikan pimpinan koir dari aspek pemahaman lagu.

  • TOPIK 8 MEMIMPIN KOIR

    122

    BAHAGIAN BADAN YANG TERLIBAT

    Seperti yang dinyatakan di awal tadi, memimpin atau conducting kumpulan koir bukan hanya berdiri tegak sambil menghayunkan tangan mengikut tempo lagu. Tangan kiri dan tangan kanan juga mempunyai peranan tersendiri yang dapat membantu menterjemahkan sesebuah gubahan. Begitu juga dengan lenggok badan serta kepala yang mampu membantu ahli-ahli koir untuk membuat ekspresi mengikut gerak tubuh pemimpin. Pada riak muka melibatkan mata yang juga memainkan peranan yang sama untuk memberi isyarat-isyarat tertentu. Ini juga kita katakan sebagai gaya muzikal, iaitu gerak spontan bagi mengikut mud sesebuah lagu. Gaya muzikal secara spontan ini ada pada kebanyakan orang terutamanya mereka yang menggemari muzik. Bagi seorang konduktor, gaya muzikal ini dihasilkan bukan semata-mata mengikut rentak lagu atau dinamik muzik yang dipimpin. Gaya muzikal yang dihasilkan adalah gaya yang perlu diterjermahkan melalui muka atau fizikal. Sebagai seorang pemimpin koir, semestinya sudah mengkaji dan menganalisa sesebuah lagu yang hendah disampaikan. Segala macam elemen muzik, irama, ekspresi, dinamik telah dikaji terlebih awal dan ditandakan di dalam skor pemimpin. Semasa latihan, berkemungkinan ahli-ahli koir dibenarkan melihat skor atau seni kata lagu. Mereka juga telah membuat catitan pada skor masing-masing berhubung dengan elemen-elemen yang diperlukan. Apabila dalam persembahan semestinya mereka akan memberi tumpuan pada pemimpin kerana pemimpin akan membantu penyanyi menghasilkan elemen-elemen yang perlu.

    8.1.1 Fungsi Tangan Kanan

    Secara amnya, tangan kiri dan kanan tidaklah semestinya mempunyai fungsi yang tetap sama ada untuk memberi tempo lagu atau menghasilkan ekspresi dan sebagainya. Tangan kiri atau kanan boleh berubah-ubah mengikut keselesaan pemimpin koir. Tapi pada asasnya kedua-dua belah tangan boleh memainkan peranan yang berbeza pada sesuatu masa. Pemimpin koir jarang menggunakan baton dalam memimpin nyanyian. Mereka lebih gemar menggunakan tangan sahaja. Namun begitu, terdapat juga yang gemar menggunakan baton. (a) Memberi Bit atau Detik Lagu Kebiasaannya tangan membantu pemimpin untuk memberi kiraan detik

    lagu (bit 1-2-3-4, 1-2-3-4, .... ). Sepanjang lagu, detik dipegang oleh tangan

    kanan. Jika tanda masa detik akan terus digoyangkan mengikut corak .

    Jika ianya dalam kiraan tiga, tangan kanan menghayun mengikut detik !# dalam tempo yang stabil. Tangan kanan pemimpin akan melakar bentuk secara berkala pada setiap bar mengikut tanda masa sesuatu lagu.

    8.1

  • TOPIK 8 MEMIMPIN KOIR ! 123

    Setiap pergerakan tangan ke atas dan ke bawah mewakili setiap bit yang dikira dalam setiap bar (Rajah 8.1).

    Rajah 8.1: Ayunan tangan bagi bit-bit yang berlainan

    (b) Memberi Tempo Lagu Tempo merujuk kepada kelajuan detik (beat). Ketepatan dan kesesuaian

    tempo atau kelajuan lagu dalam sesuatu nyanyian koir adalah amat penting. Ketepatan tempo akan membolehkan kumpulan koir menyanyi dengan selesa dan bersesuaian dengan mod sesuatu lagu yang hendak dipersembahkan. Di sinilah peranan seseorang pemimpin amat penting untuk menentukan tempo yang tepat kepada kumpulan koirnya. Tempo sesuatu lagu akan ditunjukkan melalui hayunan tangan kanan sama ada dengan menggunakan baton ataupun tidak. Kelajuan tempo yang dikira adalah selari dengan kelajuan hayunan tangan. Tangan kanan pemimpin akan melakar bentuk secara berkala pada setiap bar mengikut tanda masa sesuatu lagu. Setiap pergerakan tangan ke atas dan ke bawah mewakili setiap bit yang dikira dalam setiap bar.

  • TOPIK 8 MEMIMPIN KOIR

    124

    Tempo yang cepat menunjukkan perasaan yang bertenaga, bersemangat, cemas dan ceria manakala tempo lambat menunjukkan kesedihan, beremosi tenang serta gambaran indah dan lirikal. Semua ini berkaitan dengan perasaan dan di dalam notasi muzik ianya dijelaskan mengikut tanda atau simbol seperti contoh-contoh berikut:

    (i) Allergo cepat

    (ii) Adagio lambat

    (iii) Moderato sederhana

    (iv) Andante seperti tempo berjalan

    (v) Presto sangat tepat

    (vi) Accelerando beransur cepat

    (vii) Ritardando beransur lambat Rajah 8.2 di bawah menunjukkan seorang konduktor menggunakan tangan kanannya bagi mengikut detik lagu sementara tangan kiri pula untuk tugas lain.

    Rajah 8.2: Menggunakan tangan

    8.1.2 Fungsi Tangan Kiri

    Tangan kiri mempunyai fungsi yang lain pula dan tidak seperti tangan kanan yang memberi detik serta tempo lagu. Peranan tangan kiri pula adalah seperti berikut:

    ! Memberi isyarat untuk masuk mula dan lagu tamat.

    ! Memberi tanda-tanda signal bagi sesuatu perubahan atau arahan.

    ! Menjelaskan ada berlaku ekspresi pada bahagian-bahagian tertentu.

  • TOPIK 8 MEMIMPIN KOIR ! 125

    ! Memberi isyarat berlaku perubahan semasa lagu sedang bermula.

    ! Memberi semangat dan keyakinan pada pemuzik atau penyanyi. Peringkat-peringkat bunyi muzik mengikut tahap kuat dan lembut dikenali sebagai dinamik. Dinamik memainkan peranan dalam menghayati muzik melalui persembahan permainan alat muzik atau dalam nyanyian. Tahap dinamik akan berubah dalam muzik mengikut kesesuaian lagu dan muzik yang dimainkan. Perubahan dinamik dari bunyi yang lembut ke bunyi yang kuat mengambarkan satu keadaan yang ceria dan menyeronokkan dan bunyi yang lembut menunjukkan keadaan atau emosi yang tenang. Perbezaan dinamik juga nyata mengikut bilangan pemuzik atau penyanyi yang membuat persembahan. Tahap dinamik dalam notasi ditulis seperti contoh-contoh berikut:

    (i) Pianissiomo pp - sangat lembut

    (ii) Piano p - lembut

    (iii) Mezzo piano mp - sederhana lembut

    (iv) Mezzo forte mf - sederhana kuat

    (v) Forte f - kuat

    (vi) Fortissimo ff - terlalu kuat Isyarat untuk menunjukkan dinamik boleh dilakukan dengan beberapa cara oleh seseorang pemimpin ensembel. Ini melibatkan perubahan pergerakan tangan dan gesture yang boleh menunjukan kesan dinamik yang diinginkan daripada ensembel. Pemimpin boleh menyampaikan isyarat dinamik dengan cara mengubah saiz pola pergerakan tangan ketika memimpin. Semakin besar saiz pola hayunannya menunjukkan semakin kuat bunyi yang perlu dihasilkan oleh ensembel tersebut. Perubahan dinamik di dalam sesuatu lagu diisyaratkan dengan menggunakan tangan yang tidak digunakan untuk mengindikasikan bit.

    Rajah 8.3: Crescendo

  • TOPIK 8 MEMIMPIN KOIR

    126

    Pergerakan tangan dengan tapak tangan ke atas menunjukkan ensembel akan beransur kuat (crescendo) (Rajah 8.3). Pergerakan tangan dengan tapak tangan menghala ke bawah pula menunjukkan ensembel akan beransur senyap (decrescendo). Menggunakan pelbagai gesture di dalam mengindikasikan dinamik juga adalah satu teknik yang boleh dipraktikkan. Dengan memperlihatkan pergerakan hayunan tangan yang agak keras dan rijit boleh mengindikasi kesan dinamik yang kuat. Sebaliknya dengan memperlihatkan pergerakan tangan yang lebih lembut dan longlai akan mengindikasikan kesan dinamik yang lebih lembut.

    Rajah 8.4: Konduktor sedang berkomunikasi dengan ensembelnya

    Bagi mengindikasikan kesan dinamik dengan berkesan, pemimpin perlu berkomunikasi dengan ensembel secara jelas (Rajah 8.4). Memberikan isyarat tangan yang jelas dan memfokuskan kepada setiap seksyen di dalam ensembel untuk mendapatkan bunyi yang seimbang.

    8.1.3 Ekspresi Muka

    Selain daripada apa yang telah dinyatakan tadi, terdapat juga aspek-aspek memimpin lain yang tidak kurang pentingnya dalam memimpin sesuatu ensembel. Ekspresi muka adalah satu aspek yang perlu diaplikasikan ketika memimpin sesebuah ensembel. Ianya memperlihatkan interpetasi pemimpin kepada mod sesuatu gubahan muzik yang hendak disampaikan kepada ahli-ahli dalam ensembel. Proses ini merupakan satu komunikasi visual antara pemimpin dan ahli-ahli ensembelnya. Segala ekspresi dan memek muka yang ditunjukkan kepada ahli ensembel secara langsung mempengaruhi mod dan penghasilan gaya muzik atau penyampaian sesebuah ensembel itu. Dengan menampilkan memek wajah yang ceria dan tersenyum akan memberikan indikasi kepada ensembel supaya memberikan

  • TOPIK 8 MEMIMPIN KOIR ! 127

    ekspresi persembahan dan penghasilan bunyi yang lebih ceria dan hidup. Memek muka yang agak murung dan sedih pula akan memberikan indikasi kepada ensembel untuk memberikan ekspresi persembahan yang sayu dan lembut.

    Rajah 8.5: Menggunakan ekspresi muka

    Koordinasi dan persefahaman antara pemimpin dan ensembelnya terhadap sebarang ekspresi dan memek muka dalam mengubah mod sesuatu gubahan perlu diselaraskan dengan latihan yang kukuh (Rajah 8.5). Latihan akan memberikan pemimpin dan ahli ensembelnya berkomunikasi secara visual dengan lebih baik. Pemimpin yang menunjukkan muka yang masam atau rupa marah apabila koirnya membuat kesilapan akan memburukkan lagi keadaan. Seeloknya cuba elakkan dengan membuat begitu. Ceriakan semula koir anda dengan terus senyum dan memberi semangat melalui gerakan tangan serta memek muka.

    TEKNIK ASAS MEMIMPIN

    Seperti yang telah dibincangkan di atas, anda mungkin telah memahami beberapa teknik penggunan tangan, badan serta mimik muka bagi menterjemahkan sesebuah lagu yang digubah. Terdapat banyak lagi aspek-aspek gerak tangan, badan serta ekspresi muka yang boleh guru amalkan. Jika guru

    8.2

    AKTIVITI 8.1

    Pasangkan beberapa jenis lagu yang berbeza mud dan cuba praktikkan gaya seorang konduktor kepada muzik tersebut.

    Minta rakan-rakan anda memberi komen terhadap gaya yang anda lakukan dari aspek tangan, badan dan mimik muka.

  • TOPIK 8 MEMIMPIN KOIR

    128

    berpeluang mengikuti kelas-kelas memimpin atau conducting, latihan-latihan amali boleh dijalankan dengan disaksikan oleh pensyarah serta rakan-rakan yang lain. Namun begitu, jika guru tidak mempunyai peluang untuk menghadiri kelas-kelas memimpin, guru boleh rujuk pada buku-buku atau menonton rakaman-rakaman persembahan. Menonton persembahan orkestra secara live dapat membantu guru untuk mendapat panduan sebagai pemimpin koir. Selain dari aspek pergerakan tangan dan tubuh badan, seseorang pemimpin juga harus memahami perkara asas kepada sesebuah gubahan dari aspek form serta kehendak sesebuah gubahan yang akan dipersembahkan. Pemimpin perlu tahu detik permulan lagu, di mana perlu berhenti (pause), memulakan lagi serta menamatkan lagu.

    8.2.1 Bit Persediaan (Preparatory Beat)

    Bit persediaan kebiasaannya adalah bagi memulakan masuk menyanyi selepas intro lagu dimainkan. Pemimpin perlu tahu detik yang sebenarnya lagu tersebut bermula dan memberi tanda isyarat kepada ahli-ahli koir dengan menggunakan tangan kiri bagi persediaan masuk menyanyi. Kalau pemimpin tidak memahami detik lagu sudah pasti menyukarkan ahli-ahli koir. Pemimpin koir juga perlu meneliti not-not bagi menentukan kedudukan not-not yang tinggi atau yang rendah. Pemimpin juga perlu menandakan tempat not-not ini dalam skor guru. Setelah membuat penandaan, perlu pula melatih tubi bahagian-bahagian ini agar pic tersebut dapat dikeluarkan dengan baik dan tepat. Tanda isyarat juga perlu diberi kepada ahli koir. Terdapat banyak lagi lagu-lagu yang mempunyai lompatan not menaik atau menurun secara mendadak yang mana kadangkala guru tidak peka dan ianya boleh memberi impak kepada persembahan jika tidak dilatih dengan cukup. Oleh itu adalah perlu bagi seorang pemimpin koir menganalisa lagu terlebih dahulu bagi memudahkan memulakan sesi latihan. Dengan membuat analisa begini, pemimpin koir mungkin boleh mengesan berkemungkinan terdapat not-not yang berada di luar jangkauan penyanyi. Perkara-perkara di atas adalah antara aspek yang perlu dilakukan bagi memudahkan seseorang itu untuk memimpin. Dengan memahami sesebuah komposisi akan membantu seorang pemimpin dalam mengendalikan kumpulan koirnya.

  • TOPIK 8 MEMIMPIN KOIR ! 129

    Rajah 8.6: Memberi tanda isyarat

    Seorang pemimpin akan memberi tanda isyarat kepada ahli-ahli koirnya dimana-mana bahagian yang perlu mereka bersedia (Rajah 8.6). Di sinilah pentingnya seorang pemimpin memahami keseluruhan gubahan dan seterusnya memimpin kumpulan koir pada bahagian-bahagian tertentu untuk masuk menyanyi.

    8.2.2 Bit Berakhir (Cut-off)

    Cut-off adalah satu isyarat yang amat penting dan perlu dikuasai oleh seorang pemimpin koir. Memberi cut-off atau memberhentikan lagu sama ada di penghujung atau di mana-mana tempat yang memerlukan berhenti perlu dilakukan dengan jelas dan tepat. Itulah pentingnya seorang pemimpin menganalisa serta memahami sesebuah komposisi sebelum memulakan tugas memimpin. Isyarat cut-off atau memberhentikan lagu pada bit terakhir tidak sama seperti kita memberhentikan sesebuah kenderaan yang sedang membuat parking. Pemimpin harus tahu bagaimana isyarat yang biasa digunakan dan dicadangkan dalam teknik memimpin. Isyarat tangan tanda cut-off atau memberhentikan lagu kebiasaannya dengan membuat genggaman kemas pada kedua-dua belah tangan. Namun sebelum berhenti, adalah lebih baik pemimpin telah pun memberi isyarat tangan kiri bahawa lagu akan berhenti dalam beberapa kiraan sebelumnya. Kebiasaannya pemimpin akan memberi isyarat tangan kiri bertujuan memaklumkan bahawa lagu akan tamat dalam 4 ke 2 bar lagi.

  • TOPIK 8 MEMIMPIN KOIR

    130

    Rajah 8.7: Cut-off

    Cara memberi cut-off harus tetap dan tidak berubah-ubah agar semua ahli koir jelas dengan isyarat. Jika pemimpin memegang baton pada tangan kanan, genggaman masih boleh dibuat. Kedua-dua tangan yang digenggam haruslah dalam kedudukan aras yang jelas dilihat (paras dada), dan tidak diturunkan sehingga semuanya berhenti dengan kemas.

    8.2.3 Kawasan yang Diliputi oleh Tangan

    Secara logiknya kawasan yang diliputi oleh tangan adalah di mana sahaja yang terjangkau oleh tangan dalam keadaan berdiri setempat. Pemimpin boleh menghayunkan tangan ke atas dan ke bawah, ke kiri dan kanan mengikut irama dan ekspresi lagu asalkan ianya tidak mengganggu ahli-ahli koir. Seeloknya pemimpin tidak berubah posisi berdiri. Namun begitu dalam era nyanyian koir yang dipanggil show-choir terdapat konduktor yang menghayunkan tangan dan melenggokkan badan seolah-olah kelihatan seperti menari. Ini boleh dilakukan jika sesuai. Terdapat juga pemimpin yang tidak memberi detik pada tangan kanan tetapi kedua-dua tangan digunakan sebagai memberi ekspresi lagu. Ini akan membuatkan penonton melihat dari posisi belakang ianya seperti menari dan kadangkala ianya dilihat seperti mengganggu dan boleh diistilahkan seperti syok sendiri. Memimpin cara begini berlaku dalam era muzik jazz di tahun 50an dan 60an, di mana kadangkala pemimpin terus menari mengikut rentak lagu dan baton diarahkan kepada penonton dan tidak kepada kumpulan pemuzik yang dipimpinnya. Oleh sebab itulah, sebagai pemimpin dan guru yang membimbing kumpulan koir atau mana-mana ensembel perlu mendapat latihan formal dan memahami erti sebenarnya tujuan konduktor berada di depan ahli-ahlinya. Adalah tidak sesuai seorang yang berbakat sebagai konduktor dalam choral speaking dilantik sebagai konduktor kumpulan koir. Cara menterjemahkan isi muzik tidak sama dengan menterjemahkan teks dalam choral speaking.

  • TOPIK 8 MEMIMPIN KOIR ! 131

    Namun begitu terdapat juga pemimpin koir yang hanya menghayunkan tangan kanan sahaja dan tangan kiri digunakan untuk menyelak skor lagu di depannya. Terdapat juga pemimpin koir yang menggoyangkan kedua-dua jari telunjuk yang diletakkan di hadapan perutnya sahaja. Oleh itu, walau apa cara sekalipun teknik yang digunakan, koordinasi pemimpin dan ahli koir perlu baik, jelas dan berkesan. Dalam pertandingan-pertandingan koir, pergerakan pemimpin koir juga diperhatikan oleh juri. Juri dapat memahami sama ada seseorang pemimpin itu berilmu atau sekadar mencuba dan dilantik secara bidan terjun.

    CARA MEMIMPIN KOIR

    Memimpin bermakna satu komunikasi artistik antara pemimpin dan ensembel yang dipimpin ketika latihan serta ketika sesuatu persembahan berlangsung. Tugas utama seseorang pemimpin ensembel bukan hanya sebagai ketua yang memberi isyarat mula dan berhenti, malah adalah untuk menentukan tempo, memberikan pelbagai isyarat dari permulaan hingga akhir dengan jelas. Pemimpin juga seorang yang boleh menjadi pendengar yang kritis juga mampu membentuk bunyi yang dikehendaki daripada ensembel yang dipimpin sama ada orkestra atau koir. Kefahaman tentang elemen-elemen asas dalam muzik seperti tempo, melodi, irama, dinamik dan artikulasi perlu ada dan juga kebolehan untuk menyampaikannya secara efektif kepada ensembel dalam bentuk melalui ekspresi tangan, muka dan gesture. Pemimpin juga mampu memperbaiki kelemahan nyanyian, membetulkan pic, sebutan, perjelaskan pernafasan, merancang koreografi dan sebagainya.

    8.3

    AKTIVITI 8.2

    1. Cuba putarkan sebuah lagu yang telah anda fahami dan ia dapat didengari melalui headphone oleh anda seorang sahaja. Semasa memutarkan lagu tersebut, buatkan gaya bagaimana anda memimpin lagu tersebut di hadapan rakan-rakan yang tidak dapat mendengar lagu yang dimainkan.

    2. Selepas membuat aktiviti di atas, minta rakan-rakan memberi komen terhadap persepsi mereka tentang pimpinan anda tadi. Bincangkan apa yang mereka rasai dari aspek mud lagu, tempo lagu, ekspresi lagu dan sebagainya.

    3. Adakah pandangan dan pendapat mereka sama seperti yang diharapkan oleh anda?

  • TOPIK 8 MEMIMPIN KOIR

    132

    Namun begitu aspek penting yang perlu ada ialah memahami skor lagu, mengesan notasi serta dapat memberi isyarat yang tepat mengikut sesebuah komposisi. Kefahaman membaca skor amat penting kerana ini mampu menjelaskan detik lagu dan bagaimana ianya dapat disampaikan oleh ahli koir dengan tepat. Sebagai contoh, ramai guru yang diarahkan memimpin nyanyian lagu Negaraku di perhimpunan sekolah, tetapi ramai yang tidak faham lagu tersebut perlu dimulakan pada bit atau detik yang keberapa. Akhirnya ramai yang hanya mengira 1, 2, 3, 4 .. mula! ataupun 1, 2, 3 .. nyanyi!. Yang lebih malang ada yang hanya menyebut sedia ... mula!. Nasib mereka mungkin baik jika nyanyian diiringi oleh muzik dari CD dan tidak perlu lagi membuat apa-apa kiraan.

    8.3.1 Memimpin Lagu yang Bermula Pada Detik Pertama dalam Meter Lazim

    Untuk memimpin lagu pada mana-mana detik sekalipun guru seharusnya memahami skor muzik tersebut. Berpandukan skor sudah pasti kiraan dan memberi isyarat masuk dapat dilakukan dengan tepat dan jelas. Bagi meter

    lazim seperti tanda masa ", ! atau , guru hanya perlu mengira detik tersebut mengikut tanda masa. Contoh:

    Untuk memimpin lagu Malaysia Berjaya pemimpin sudah sedia maklum bahawa lagu ini dimulakan dengan detik pertama dalam bar pertama. Pemimpin hanya perlu membuat kiraan 1, 2, 3, 4 mengikut tempo yang dikehendaki sambil

    menggoyangkan tangan kanan mengikut corak memimpin . Kiraan ini kebiasaannya dipanggil cue untuk memberi isyarat detik lagu dan penyanyi perlu bersedia untuk masuk menyanyi pada bit pertama selepas empat kiraan dibuat. Tangan kiri perlu memberi isyarat masuk seperti yang dijelaskan pada topik di atas.

    Begitu juga jika lagu tersebut dalam tanda masa # atau !. Kiraan perlu dibuat mengikut tanda masa yang ditentukan dan penyanyi masuk pada bit pertama dalam kiraan yang dibuat.

  • TOPIK 8 MEMIMPIN KOIR ! 133

    8.3.2 Memimpin Lagu yang Mempunyai Anakrusis dalam Meter Lazim

    Anakrusis adalah not yang dimainkan atau dibunyikan pada awal sebelum memasuki bar pertama. Banyak gubahan mempunyai ciri begini di mana melodi lagu dicipta sebegitu dan ianya tiada mendatangkan masalah dalam penciptaan. Apa yang perlu bagi seorang pemimpin ialah memahami gubahan dan membuat kiraan bit lagu mengikut tempo yang dikehendaki. Penyanyi akan masuk pada mana-mana detik setelah cue diberi dengan tangan kiri pemimpin. Cuba kita lihat contoh bagi lagu Negaraku yang dipaparkan dibawah. Lagu ini dalam kiraan # dan senikata bermula pada bit ke dua. Konduktor atau pemimpin mesti memberi kiraan 1, 2, 3, 4, 1 dan penyanyi masuk pada kiraan kedua. Dalam kiraan detik dapat dinyatakan begini: 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 Ne ga ra ku 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 Ta nah tum pah nya da rah ku rak 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 yat hi dup ber sa tu dan ma ju Jika merujuk pada skor lagu, kita nampak bahawa suku kata pertama jatuhnya pada bit kedua dan seterusnya sepanjang lagu terdapat frasa yang bermula pada bit kedua atau ketiga dan keempat.

    Negaraku

  • TOPIK 8 MEMIMPIN KOIR

    134

    8.3.3 Memimpin Lagu dalam Perubahan Dinamik dan Mud

    Dari awal tadi dinyatakan bahawa pemimpin juga mengawal dan mengkoordinasikan terjemahan lagu, iaitu mengikut dinamik serta mud yang diharapkan. Tangan kiri memberi arahan, memek muka dan mata berperanan berserta lenggok badan yang menjelaskan kehendak lagu. Ini dapat difahami oleh ahli koir. Beberapa istilah muzikal yang terdapat dalam skor perlu dihayati dan diterjemahkan oleh koir melalui isyarat oleh pemimpin koir. Dinamik seperti Crescendo adalah istilah bagi membunyikan alat atau suara beransur kuat manakala decrescendo pula istilah bagi membunyikan alat atau suara semakin perlahan. Dalam sesebuah skor muzik pelbagai istilah dapat diaplikasikan dan istilah crescendo dan decrescendo merupakan antara istilah yang sering digunakan bagi menyampaikan ekspresi semasa nyanyian. Sebagai pemimpin koir, istilah-istilah ini perlu diimplimenkan melalui gerak tangan atau tubuh. Di samping tangan kanan memberikan indikasi kelajuan tempo dan bit lagu, tangan kiri boleh memainkan peranan dalam memberikan isyarat seperti crescendo dan decrescendo. Isyarat ini boleh dilakukan dengan menggerakkan tangan kiri ke atas dengan tapak tangan menghala ke atas juga bagi menunjukkan pemimpin mahu ensembelnya semakin kuat (crescendo). Sebaliknya jika pergerakan tangan kiri menghala adalah ke bawah dengan tapak tangan juga menghala ke bawah bermakna pemimpin mahu ensembelnya semakin lembut (decrescendo). Amalan ini biasa dilakukan dan pemimpin juga boleh mencuba cara lain jika difikirkan sesuai dan boleh difahami oleh kumpulan koir. Tekanan adalah accent di mana muzik dimainkan dengan bunyi yang lebih kuat atau memberi tekanan pada suara pada satu-satu perkataan atau suku kata. Tangan kiri juga digunakan untuk memberikan isyarat tekanan ketika memimpin. Isyarat ini boleh dilakukan dengan melakukan pergerakan yang agresif dengan hayunan yang bertenaga bagi menunjukkan tekanan kepada bit-bit tertentu di dalam setiap bar. Perubahan pada pola pergerakan tangan kiri yang semakin membesar dan agresif dilakukan dengan tujuan untuk memberikan tekanan yang kuat (forte) kepada frasa yang diinginkan. Untuk memberikan isyarat melembutkan tekanan (piano) pola pergerakan tangan kiri dikecilkan dan lebih lembut. Elakkan tangan kiri dari mengikuti pergerakan tangan kanan setelah selesai memberikan isyarat tekanan yang dikendaki kerana ianya akan mengelirukan ahli-ahli dalam ensembel. Setiap pergerakan tanga kiri harus dibuat secara jelas agar dapat difahami dan disampaikan kepada ahli dalam ensembel secara tepat dan memberikan kesan bunyi yang dikehendaki.

  • TOPIK 8 MEMIMPIN KOIR ! 135

    Perubahan tempo di dalam sesebuah gubahan muzik boleh berlaku, pertukaran tempo adalah sesuatu yang biasa ditemui dalam gubahan. Di sinilah peranan pemimpin sesebuah ensembel amat penting untuk memberikan isyarat untuk menukar tempo supaya perubahan itu berlaku dengan sekata. Menggunakan tangan kiri untuk memberikan isyarat ini adaah amat penting. Ketika tangan kanan memberikan isyarat tempo sedia ada, tangan kiri akan diangkat ke atas sambil memberikan kiraan dan kelajuan tempo yang akan ditukarkan. Akhirnya tangan kanan akan dihayun mengikut pola tempo yang baru. Proses ini memerlukan pemimpin membuat latihan kendiri untuk memahirkan diri dalam membina koordinasi tangan kiri dan kanan. Kepentingan isyarat-isyarat awal yang harus diberikan dengan tangan kiri pemimpin tidak dapat dinafikan ketika memimpin sesebuah ensembel, namun jika tangan kiri terlalu banyak bergerak mengikut gerakan tangan kanan, ianya akan mengakibatkan gangguan dan kekeliruan di kalangan ahli ensembel. Elakkan tangan kiri daripada selalu bergerak ketika tangan kanan hanya perlu menghayun isyarat tempo dan bit. Gunakan tangan kiri untuk memberikan isyarat-isyarat yang diperlukan dan jatuhkannya kembali ke sisi tubuh setelah selesai isyarat diberikan. Gunakan tangan kanan sahaja jika hanya perlu memberikan isyarat tempo dan bit.

    AKTIVITI 8.3

    Lagu-lagu gubahan Tan Sri P. Ramlee mempunyai pelbagai gaya. Cuba pilih beberapa genre lagu beliau seperti Getaran Jiwa, Tolong Kami Bantu Kami, Hai Ubat, Pok Pok Bujang Lapok, Do Re Mi danlain-lain lagi. 1. Buat latihan memimpin bagi lagu-lagu tersebut. Cuba kesan unsur-

    unsur detik pertama, anakrusis, tempo lagu, ekspresi dan mud lagu.

    2. Terjemahkan melaluinya teknik memimpin yang telah anda

    fahami.

  • TOPIK 8 MEMIMPIN KOIR

    136

    ! Seorang pemimpin perlu memahami sesebuah komposisi terlebih dahulu sebelum memulakan latihan.

    ! Teknik-teknik khas telah diperkenalkan untuk menyeragamkan teknik

    memimpin. ! Sebarang perubahan teknik boleh berlaku asalkan ahli-ahli koir

    memahaminya dan dapat mengikutinya. ! Perubahan teknik juga akan mengganggu ahli koir jika ianya kerap berlaku. ! Guru yang bepengalaman sebagi pemimpin dalam choral-speaking sering

    dikatakan sesuai untuk memimpin koir. Anggapan ini adalah salah kerana menterjemahkan muzik tidak sama dengan meterjemahkan teks.

    Baton

    Crescendo

    Cut-off

    Decrescendo

    Ensembel

    forte

    fortissimo

    Mezzo forte

    Mezzo piano

    Pianissiomo

    Brinson, B. (1996). Choral music: Methods and materials. United States: Schirmer Thomson Learning.

    Combs, R. (1995). Learning how to sing non classical music. New Jersey: Prentice Hall Inc.

    Crocker, E., & Eilers, J. (1990). The choral approach to sight-singing. Milwaukee, WI: Hal Leonard Corp.

    Garretson, R. L. (1993). Choral music: History, style, and performance practice. New Jersey: Prentice Hall Inc.

  • TOPIK 8 MEMIMPIN KOIR ! 137

    Hotchkiss, G. G. (2005). Music makers: A guide to singing in a chorus or choir with a short history of Choral Music. Tennessee: Lightning Source Inc.

    Miller, R. (1996). The structure of singing: System and art in vocal technique. New York: Mc Millan Inc.

    Russell, S. (1998). Choral singing style. Hal Leonard Publishing Corporation US.