23105830topik9nyanyianpadusuara

13
PENGENALAN Dalam kehidupan seharian, manusia mempunyai banyak peluang untuk mendengar dan belajar menyanyi secara tidak langsung melalui media elektronik seperti radio dan televisyen. Muzik nyanyian yang biasa didengari biasanya daripada iklan-iklan, pop semasa, klasik, lagu patriotik, konsert dan persembahan koir. Namun begitu, mereka tidak menyedari tentang wujudnya elemen-elemen khusus yang terdapat dalam nyanyian sesebuah lagu seperti pic, melodi, irama, harmoni, pembahagian suara, jenis-jenis suara, cara menyanyi dan sebagainya. Topik ini bertujuan untuk memperkenalkan dan melatih pelajar tentang jenis-jenis suara yang terdapat dalam nyanyian secara berpadu, iaitu suara soprano dan alto. T T o o p p i i k k 9 9 Nyanyian PaduSuara HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan konsep suara soprano dan alto dalam nyanyian padu suara; 2. Mengenal pasti renj suara soprano dan alto; 3. Menyanyikan lagu yang mengandungi suara soprano dan alto; dan 4. Membincangkan masalah-masalah yang timbul semasa latihan koir dan cara mengatasinya. 1. Berdasarkan kefahaman anda, cuba huraikan konsep suara soprano dan alto. 2. Apakah yang dikatakan sebagai renj suara soprano dan alto? AKTIVITI 9.1

Upload: sukriskbd

Post on 27-Oct-2015

552 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: 23105830Topik9NyanyianPaduSuara

PENGENALAN

Dalam kehidupan seharian, manusia mempunyai banyak peluang untuk mendengar dan belajar menyanyi secara tidak langsung melalui media elektronik seperti radio dan televisyen. Muzik nyanyian yang biasa didengari biasanya daripada iklan-iklan, pop semasa, klasik, lagu patriotik, konsert dan persembahan koir. Namun begitu, mereka tidak menyedari tentang wujudnya elemen-elemen khusus yang terdapat dalam nyanyian sesebuah lagu seperti pic, melodi, irama, harmoni, pembahagian suara, jenis-jenis suara, cara menyanyi dan sebagainya. Topik ini bertujuan untuk memperkenalkan dan melatih pelajar tentang jenis-jenis suara yang terdapat dalam nyanyian secara berpadu, iaitu suara soprano dan alto.

TTooppiikk

99

Nyanyian

Padu Suara

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menghuraikan konsep suara soprano dan alto dalam nyanyian padu suara;

2. Mengenal pasti renj suara soprano dan alto;

3. Menyanyikan lagu yang mengandungi suara soprano dan alto; dan

4. Membincangkan masalah-masalah yang timbul semasa latihan koir dan cara mengatasinya.

1. Berdasarkan kefahaman anda, cuba huraikan konsep suara soprano dan alto.

2. Apakah yang dikatakan sebagai renj suara soprano dan alto?

AKTIVITI 9.1

Page 2: 23105830Topik9NyanyianPaduSuara

TOPIK 9 NYANYIAN PADU SUARA 136

LAGU DUA SUARA

Terdapat dua jenis suara dalam nyanyian secara bersepadu, iaitu suara:

(a) Soprano; dan

(b) Alto.

9.1.1 Menyanyi Suara Soprano

Soprano ialah penyanyi wanita yang kebiasaannya mempunyai lingkungan suara dari „C tengah‰ (C4) hingga ke „A atas‰ (A5) untuk muzik koral (atau koir); atau mempunyai lingkungan suara dari „C6, dua oktaf di atas C tengah‰ untuk muzik opera. Namun, terdapat juga soprano yang boleh menyanyi lebih tinggi atau rendah daripada lingkungan suara kebiasaannya. Dalam nyanyian empat penyanyi koral berharmoni, penyanyi soprano adalah penyanyi bersuara tertinggi yang kebiasaannya membentuk melodi muzik nyanyian.

Penyanyi kanak-kanak lelaki yang belum pecah suara dikenali sebagai „boy soprano‰ atau juga sebagai trebal (treble) untuk nyanyian gereja.

Penyanyi lelaki dewasa yang mampu menyampaikan nada setinggi ini dikenali sebagai sopranis.

Penyanyi lelaki yang menggunakan falseto (teknik pemalsuan suara) untuk nyanyian nada setinggi ini dikenali sebagai kauntertenor.

(a) Sejarah

Kewujudan soprano lelaki adalah berdasarkan tamadun lama yang mana kaum wanita tidak dibenarkan menyanyi di dalam gereja ataupun di sesetengah persembahan terbuka. Oleh itu, penyanyi soprano kanak-kanak lelaki (boy soprano) digunakan untuk menyanyikan bahagian nada tinggi di dalam gereja. Pada ketika itu, kebanyakan penyanyi soprano kanak-kanak lelaki ini dikembirikan sebelum mencapai akil baligh untuk mengelakkan suara mereka bertukar apabila dewasa. Apabila sudah dewasa, kanak-kanak lelaki yang telah dikembirikan dikenali sebagai kastrati (atau kastrato).

9.1

Perkataan „soprano‰ secara umumnya merujuk kepada penyanyi yang bersuara tertinggi dalam lingkungan suara wanita, walau bagaimanapun lelaki juga diperlukan untuk suara sebegini.

Page 3: 23105830Topik9NyanyianPaduSuara

TOPIK 9 NYANYIAN PADU SUARA !

137

(b) Kategori Suara (Fächer) dan Bahagian Soprano dalam Opera Dalam opera, tessitura (corak suara), berat suara, dan timbre (kualiti dan warna suara) seorang soprano dan peranan yang mereka nyanyikan kebiasaannya dikategorikan menurut jenis suara, kerap dipanggil fach atau fächer, yang diambil daripada bahasa Jerman.

(c) Lingkungan Suara Soprano

Penyanyi pop dan penyanyi koral (koir) diklasifikasikan dalam bahagian suara berdasarkan lingkungan suara. Penyanyi klasikal solo pula diklasifikasikan dalam bahagian suara menurut tessitura (corak suara), yang mana suara mereka perlu berada dalam timbre (kualiti dan warna suara) yang terbaik dan senang diubah (suara dinamik). Sebagai contoh, seorang penyanyi soprano dan penyanyi mezzo-soprano boleh menyampaikan nada tinggi atau rendah yang sama, tetapi tessitura (corak suara) mereka terletak dalam lingkungan yang berbeza.

Rajah 10.1: Renj suara soprano Sumber: http://www.wikipedia.com

Suara terendah soprano adalah di antara B3 atau A3 (bawah sedikit daripada C tengah). Seorang soprano jarang sekali berupaya mencapai not rendah. Suara tertinggi yang paling minima; seorang soprano bukan koloratura perlu mencapai „soprano C‰ (C6, dua oktaf di atas C tengah), dan kebanyakan peranan untuk repertoir piawaian bagi seseorang soprano adalah D6 atau D 6 datar. Ada juga sesetengah peranan yang mencapai E 6 datar. Untuk repertoir seseorang koloratura, terdapat banyak peranan yang memerlukan E 6 datar, seperti peranan „Queen of the Night‰ dalam opera „The Magic Flute‰ terdapat banyak staccato F6. Walaupun tanpa tessitura, seorang penyanyi soprano yang baik tetap boleh menyampaikan nada dengan ketinggian suara penuh bersama timbre dan penguasaan suara dinamik.

9.1.2 Menyanyi Suara Alto

Di dalam definisi muzik, seorang alto atau kontralto ialah penyanyi dalam lingkungan suara di antara suara tenor dan mezzo-soprano. Istilah ini biasanya dirujukkan kepada suara wanita terendah dalam nada nyanyian atau suara

Page 4: 23105830Topik9NyanyianPaduSuara

TOPIK 9 NYANYIAN PADU SUARA 138

nyanyian lelaki yang menggunakan teknik pemalsuan suara (falseto) yang juga dikenali sebagai penyanyi kauntertenor. Nota penyanyi alto kebiasaannya meliputi di antara G di bawah C tengah hingga ke E sepuluh di bawah C tengah (G3-E5). Di dalam suara terendah dalam lingkungan suara mereka, suara penyanyi alto lelaki adalah hampir sama dengan suara penyanyi tenor.

Sesetengah penyanyi alto mempunyai lingkungan yang lebih besar, iaitu dari C di bawah C tengah hingga ke C dua oktaf atas (C3-C6 jika C tengah ialah C4), tetapi seperti penyanyi-penyanyi lain, jenis suara alto dikenal pasti melalui "vokal tengah" dan bukan dari lingkungan mereka. Sebagai contoh, seorang soprano, boleh menyanyikan nada yang lebih rendah daripada penyanyi alto tetapi tidak akan merasa selesa menyanyikan nada sebegitu. Dalam kumpulan empat penyanyi koral harmoni (koir), suara penyanyi alto adalah yang ke-2 tertinggi. Nota alto pada asalnya ditulis dalam „klef alto‰ tetapi kini ditulis dalam „klef trebal‰. Walaupun lelaki dan wanita boleh menyanyi di dalam lingkungan suara penyanyi alto, namun istilah ini lebih kerap ditujukan untuk penyanyi wanita. Istilah "kontralto" adalah istilah spesifik untuk merujuk kepada penyanyi alto wanita yang berlawanan dengan penyanyi alto lelaki atau instrumen muzik atau klef.

Walau bagaimanapun, di awal era nyanyian koir, penyanyi alto lelaki dewasa juga dipanggil sebagai kauntertenor. Jika penyanyi alto tersebut adalah lelaki yang juga seorang tenor semulajadi, tetapi memilih untuk membuat „falseto‰, mereka akan digelar sebagai seorang kauntertenor. Jika penyanyi lelaki itu adalah penyanyi bersuara „alto‰ sejati (menerusi berat suara yang berkemampuan dinamik) pula, mereka adalah penyanyi bariton atau bes. Penyanyi kontralto adalah amat jarang dalam opera memandangkan tidak banyak kerja gubahan yang ditulis untuk suara ini. Kategori Suara (Fächer) Penyanyi Alto/Kontralto Secara teknikalnya, ‰alto‰ ialah dari kategori yang berbeza dalam muzik koral (koir) di mana suara ini hanya merujuk sebagai salah satu dari lingkungan suara penyanyi. Namun, dalam nyanyian opera, kategori ‰alto‰ yang biasanya merujuk kepada penyanyi wanita yang mempunyai tessitura (corak suara) yang amat rendah, dimasukkan dalam kategori mezzo-soprano. Ini adalah kerana kedua-dua jenis suara tersebut mampu mengimbangi suara bersama dalam nyanyian. Peranan ataupun penyanyi-penyanyi untuk fach ini adalah kecil dan ‰kontralto‰ sejati opera juga amatlah jarang didapati. Kebanyakan peranan ini dinyanyikan oleh penyanyi mezzo-soprano.

Page 5: 23105830Topik9NyanyianPaduSuara

TOPIK 9 NYANYIAN PADU SUARA !

139

Rajah 10.2: Renj suara alto

CARA MENGENDALI LATIHAN KOIR

Sebelum memulakan latihan koir, pelajar-pelajar perlu diajar menyanyi dan merasai konsep-konsep muzik yang terdapat dalam skor lagu seperti detik, tekanan, corak irama, sinkopasi dan lain-lain. Melalui aktiviti pengukuhan konsep-konsep muzik sewaktu latihan koir, pelajar-pelajar juga secara tidak langsung memahami dan merasai nilai not, nama not dan tanda rehat. Dalam latihan koir, adalah lebih baik jika diperkukuhkan dahulu corak irama yang terdapat di dalam skor dengan cara:

(a) Menyebut lirik lagu mengikut irama lagu.

(b) Sebutan Perancis.

(c) Sebutan Kodaly.

(d) Tepuk irama ostinato mengiringi sebutan lirik.

Selain daripada corak irama, ketepatan pic juga merupakan faktor utama yang perlu diberi perhatian sewaktu mengendalikan latihan koir. Untuk tujuan ini, latihan pic dengan isyarat tangan solfa disyorkan. Latihan boleh dibuat dengan menggunakan „do bergerak‰ mengikut pertukaran nada lagu. Latihan menyanyi mengikut jeda juga baik dilakukan bagi menjamin ketepatan pic serta melatih pendengaran pelajar supaya fokus kepada melodi sendiri dan tidak terikut-ikut dengan bahagian lain. Dalam mengendalikan latihan koir, guru muzik perlu menekankan teknik-teknik asas dalam nyanyian. Latihan pernafasan dan latihan sebutan lirik perlu didahulukan. Pernafasan yang terkawal adalah asas untuk nyanyian soprano dan alto yang baik. Pernafasan yang dimaksudkan adalah pernafasan secara diafragma. Postur atau kedudukan badan juga perlu diberi perhatian kerana ia mempengaruhi sikap, cara pernafasan dan mutu pengeluaran suara.

9.2

1. Cuba anda huraikan langkah-langkah awal sewaktu mengendalikan latihan koir.

2. Cuba anda nyanyikan contoh lagu padu suara soprano dan alto.

AKTIVITI 9.2

Page 6: 23105830Topik9NyanyianPaduSuara

TOPIK 9 NYANYIAN PADU SUARA 140

Organ-organ resonator seperti rahang, peti suara, mulut serta otot-otot badan turut membantu membaiki mutu suara dalam nyanyian koir. Oleh itu, latihan meregangkan organ-organ resonator dan latihan ekspresi mimik muka juga disyorkan dan secara tidak langsung membangkitkan keseronokan di kalangan ahli koir.

9.2.1 Suara Soprano

Page 7: 23105830Topik9NyanyianPaduSuara

TOPIK 9 NYANYIAN PADU SUARA !

141

9.2.2 Suara Alto

Page 8: 23105830Topik9NyanyianPaduSuara

TOPIK 9 NYANYIAN PADU SUARA 142

9.2.3 Gabungan Suara Soprano dan Alto

Page 9: 23105830Topik9NyanyianPaduSuara

TOPIK 9 NYANYIAN PADU SUARA !

143

MASALAH-MASALAH DALAM LATIHAN

KOIR

Sebagai seorang guru muzik, apakah cabaran-cabaran yang anda hadapai dalam menjalankan latihan koir? Mari kita lihat pula masalah-masalah yang dihadapi dalam latihan koir.

9.3.1 Nyanyian Sumbang dan Terikut-ikut Bahagian Lain

Punca utama berlakunya nyanyian sumbang dan terikut-ikut dengan bahagian lain adalah disebabkan kesukaran membuat perbandingan dan penyesuaian pic. Perkara ini boleh berlaku disebabkan:

9.3

Page 10: 23105830Topik9NyanyianPaduSuara

TOPIK 9 NYANYIAN PADU SUARA 144

(a) Kurang pengalaman atau pendedahan serta kurang latihan dalam nyanyian.

(b) Tidak memberi tumpuan atau konsentrasi terhadap pic pada melodi yang dinyanyikan serta terlalu asyik dengan lirik lagu sahaja.

(c) Tonal memory yang tidak digunakan atau diperkembangkan.

(d) Kurang koordinasi antara pemikiran, pernafasan, pendengaran dan teknik nyanyian atau suara.

(e) Tidak memahami konsep melodi dengan jelas serta tidak merasai arah tinggi dan rendah sesuatu bunyi.

(f) Kerosakan atau kelemahan pendengaran (auditory impairment).

(g) Tidak dapat membezakan antara suara nyanyian dengan suara percakapan.

(h) Postur yang lemah.

Aktiviti-aktiviti tambahan yang dapat membantu memperkembangkan kebolehan menyanyi dengan pic yang tepat dan berfokus kepada bahagian masing-masing sahaja. Aktiviti-aktiviti tambahan kepada para pelajar yang bermasalah perlu mengikut keperluan berdasarkan kebolehan nyanyian dan keadaan fizikal pelajar. Ia merangkumi aktiviti-aktiviti seperti berikut:

(a) Menyanyikan satu rangkap lagu secara berulang-ulang, kemudian beralih ke nyanyian keseluruhan lagu.

(b) Gunakan seberapa banyak peluang yang boleh diperolehi untuk membantu pelajar menjadi lebih peka terhadap bunyi suara dan tahu membezakan antara suara nyanyian dengan suara percakapan.

(c) Buat pilihan yang lebih tepat terhadap latihan-latihan serta bahan pengajaran agar ia dapat digunakan untuk membantu pelajar memberi tumpuan dalam cubaan mereka untuk memadankan atau menyesuaikan sesuatu bunyi yang didengar. Teknik ini juga akan membantu memperluaskan renj suara para pelajar.

(d) Gunakan gerakan serta permainan yang menarik untuk mempertingkatkan daya konsentrasi, postur, serta konsep arah turun dan naik melodi.

(e) Amalkan postur yang baik dengan teknik pernafasan yang betul.

(f) Pilih lagu yang tepat mengikut tahap para pelajar.

(g) Gunakan teknik percakapan, nyanyian, serta gerakan yang dapat memberi tenaga serta tumpuan.

(h) Segala gerakan perlu dilakukan dengan penuh ekspresi.

Page 11: 23105830Topik9NyanyianPaduSuara

TOPIK 9 NYANYIAN PADU SUARA !

145

(i) Bina bahan pengajaran serta latihan yang berupa rakaman audio visual untuk pelajar menjalani latihan sendiri di rumah.

(j) Gunakan bahan audio visual yang dapat memberi gambaran yang jelas terhadap teknik atau cara nyanyian yang baik untuk merangsang para pelajar meneruskan latihan. Ia juga dapat memberi gambaran yang jelas terhadap konsep-konsep muzik dan nyanyian yang betul.

(k) Terdapat para pelajar yang masih belum menguasai kefahaman terhadap konsep nyanyian secara unison. Oleh itu, guru perlu terlebih dahulu menyemai pengetahuan asas dan seterusnya memperkembangkan sikap kepekaan terhadap sesuatu pic bagi membolehkan mereka ikut menyanyi bersama-sama secara unison dengan yakin.

(l) Kurangkan penggunaan kibod agar pelajar dapat mengesan dan bertindak dengan tindakan yang sewajarnya bagi membantu para pelajar yang masih menghadapi masalah menyanyi dengan pic yang tepat.

(m) Gunakan tuner/alat talaan pic untuk membantu pelajar menyanyi pada pic yang tepat. Tuner akan memberi panduan sama ada suara pelajar flet atau syap, dan jika suara pelajar syap, maka pelajar perlu menurunkan tekanan angin dan jika suara pelajar flet, maka perlu naikkan suara sehingga lampu atau jarum panduan menunjukan pic pelajar telah tepat. Latihan ini perlu dilakukan secara berulang-ulang sehingga pendengaran dan otak dapat membuat perbandingan antara pic syap, flet dan pic tepat. Latihan ini perlu dilakukan pada setiap pic.

(n) Mainkan skel kromatik dan dengar dengan teliti pada tempo yang lambat. Jangan turut menyanyi sehingga pelajar dapat memahami turutan bunyi turun naik skel kromatik dengan yakin. Mainkan not pada kibod mengikut renj selesa bagi suara pelajar dan dengar dengan teliti selama dua saat bagi setiap not yang dimainkan.

(o) Setelah pelajar yakin dengan konsep bunyi skel kromatik, pelajar bolehlah membuat percubaan untuk menyanyi setiap pic yang dimainkan pada kibod. Dengar dengan teliti pada bunyi yang didengar dari kibod, cuba nyanyikan pic tersebut apabila pelajar telah yakin dengan pic tersebut. Jangan menyanyi secara terburu-buru kerana tindakan sedemikian tidak akan memberi sebarang makna. Latihan ini bertujuan untuk membantu pelajar memperkembangkan daya kosentrasi pelajar terhadap pic. Oleh itu, mendengar dengan teliti merupakan aktiviti yang sangat penting; jika tidak, pelajar mungkin tidak akan memperolehi sebarang perkembangan yang positif.

Page 12: 23105830Topik9NyanyianPaduSuara

TOPIK 9 NYANYIAN PADU SUARA 146

9.3.2 Kesilapan Irama

Kesilapan irama boleh diatasi dengan cara pelajar diajar menyanyi lagu dalam pelbagai meter dengan memberi penegasan terhadap tekanan dan latihan sebutan irama. Bertepuk tangan merupakan cara yang paling asas bagi pelajar merasai dan menguasai irama lagu. Konsep lain seperti tekanan dan nilai not juga dapat diserapkan ke dalam nyanyian melalui bertepuk. Oleh itu, pelajar perlu didedahkan dengan menyanyi lagu yang mengandungi pelbagai corak irama bagi mengukuhkan penguasaan mereka terhadap konsep irama dalam nyanyian. Selain daripada teknik tepukan, latihan pengukuhan irama juga boleh dilakukan mengikut sebutan irama, sama ada secara sebutan irama Perancis atau kiraan bahasa Inggeris.

Dalam nyanyian empat penyanyi koral berharmoni, penyanyi soprano adalah penyanyi bersuara tertinggi yang kebiasaannya membentuk melodi muzik nyanyian.

Penyanyi lelaki dewasa yang mampu menyampaikan nada tinggi dikenali sebagai sopranis dan penyanyi lelaki yang menggunakan falseto (teknik pemalsuan suara) untuk nyanyian nada setinggi ini dikenali sebagai kauntertenor.

Walaupun lelaki dan wanita boleh menyanyi di dalam lingkungan suara penyanyi alto, namun istilah ini lebih kerap ditujukan untuk penyanyi wanita.

Istilah "kontralto" adalah istilah spesifik untuk merujuk kepada penyanyi alto wanita yang berlawanan dengan penyanyi alto lelaki atau instrumen muzik atau klef.

1. Cuba anda mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi dalam latihan koir.

2. Bincangkan pula langkah-langkah untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.

AKTIVITI 9.3

Page 13: 23105830Topik9NyanyianPaduSuara

TOPIK 9 NYANYIAN PADU SUARA !

147

Selain daripada corak irama, ketepatan pic juga merupakan faktor utama yang perlu diberi perhatian sewaktu mengendalikan latihan koir.

Punca utama berlakunya nyanyian sumbang dan terikut-ikut dengan bahagian lain adalah disebabkan kesukaran membuat perbandingan dan penyesuaian pic.

Alto

Organ resonator

Padu suara

Pernafasan

Pic

Postur

Renj

Soprano

Tonal memory

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu pendidikan muzik sekolah rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Huraian sukatan pelajaran pendidikan muzik sekolah rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.