23105805topik3rentakasli

Upload: sukriskbd

Post on 14-Apr-2018

270 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 23105805Topik3RentakAsli

    1/19

    X PENGENALAN

    Rentak asli atau lebih tepat lagi rentak-rentak tradisional Malaysia adalah corak-corak irama yang mengiringi lagu-lagu tradisional tempatan. Anda telahdiperkenalkan dengan tiga jenis rentak asli iaitu masri, inang dan zapin dalammodul Pengajaran Muzik 3 (Mohd Azam Hj. Sulong et. al, 2007) yang telah andaikuti pada semester lepas. Modul ini akan menghuraikan dua lagi rentaktradisional Melayu iaitu rentak joget dan rentak asli. Selain daripada itu, modul iniakan turut memperkenalkan satu rentak tempatan yang berasal dari Sabah iaiturentak Sumazau.

    TTooppiikk

    33XRentakAsli

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Mengenal pasti rentak-rentak joget, sumazau dan asli;

    2. Menotasikan rentak-rentak asas joget, sumazau dan asli;

    3. Menyanyikan lagu-lagu berentak joget, sumazau dan asli; dan

    4. Memainkan rentak joget, sumazau dan asli menggunakan alat-alatperkusi bagi mengiringi lagu-lagu joget, sumazau dan asli.

    1. Dapatkan sebuah lagu berentak joget. Cuba dengar beberapa kalilagu tersebut dan cuba hayati rentaknya. Bagaimanakahperasaan anda setiap kali mendengar lagu tersebut?

    2. Kongsi lagu joget yang anda dengar dengan rakan-rakan semasasesi tutorial akan datang. Adakah mereka mempunyai perasaanyang sama seperti anda apabila mendengar lagu-lagu berentakjoget?

    AKTIVITI 3.1

  • 7/29/2019 23105805Topik3RentakAsli

    2/19

    X TOPIK 3 RENTAK ASLI32

    RENTAK JOGET

    Rentak joget merupakan salah satu jenis corak irama tradisional Malaysia yangdikatakan berasal dari Melaka. Rentak ini merupakan irama iringan kepada tarianjoget yang diperkenalkan oleh orang Portugis semasa penjajahan mereka di Melakadi abad ke-15. Menurut Malm (1974), tarian joget merupakan contoh bagaimanaelemen daripada pelbagai budaya bercantum menjadi satu bentuk senipersembahan bersifat sinkretik. Tarian joget berteraskan Portugis, muziknyamenggunakan biola dari Barat, rebana dari Arab, gong dari Asia Tenggara dangaya nyanyian masyarakat Melayu di semenanjung Malaysia.

    3.1.1 Corak Irama Rentak Joget

    Berikut adalah corak irama asas rentak joget:

    Atau:

    Notasi di atas menunjukkan rentak joget biasanya dimainkan dalam meter duaan.Ini bermakna, corak irama asas rentak joget mengandungi dua detik utama. Namundemikian, corak irama asas rentak joget turut mempunyai enam detik kuaver.Tekanan diberikan kepada detik pertama dan detik kelima.

    Corak irama asas rentak joget akan lebih jelas lagi sekiranya dimainkan oleh duaalat perkusi yang mengeluarkan dua warna ton yang berbeza seperti contohberikut:

    3.1

  • 7/29/2019 23105805Topik3RentakAsli

    3/19

    TOPIK 3 RENTAK ASLI W 33

    Atau:

    3.1.2 Mendengar dan Menyanyikan Lagu-laguBerentak Joget

    Persepsi estetik murid terhadap rentak joget dapat ditingkatkan melalui aktivitimendengar dan menyanyikan lagu-lagu yang berentak joget. Di samping itu,penghayatan mereka akan dapat dikukuhkan sekiranya guru membimbing muridmenjalankan aktiviti gerakan ala tarian joget sambil mendengar lagu-lagu berentakjoget.

    Untuk tujuan ini, guru memerlukan beberapa contoh lagu berentak joget. Terdapatbanyak lagu berentak joget yang boleh didapati di pasaran sama ada dalam albumkompilasi lagu-lagu asli mahupun lagu joget moden. Guru juga boleh memuatturun lagu-lagu yang sesuai dari internet untuk dijadikan contoh dan bahanpengajaran dan pembelajaran.

    Contoh lagu-lagu asli berentak joget yang popular ialah Joget Memikat, JogetPahang, Joget Kasih Tak Sudah dan Joget Berhibur. Antara lagu berentak jogetyang sesuai untuk dinyanyikan oleh murid-murid sekolah rendah ialah lagu JingliNona.

    AKTIVITI 3.2

    1. Rujuk kepada Topik 4 dalam Modul Pengajaran Muzik 3 tentangrentak masri, inang dan zapin.

    2. Bincangkan dengan rakan-rakan anda dalam myLMS, tentangperbezaan antara rentak-rentak yang dinyatakan di atas denganrentak joget.

  • 7/29/2019 23105805Topik3RentakAsli

    4/19

    X TOPIK 3 RENTAK ASLI34

    Disyorkan supaya aktiviti mendengar dan menyanyikan lagu-lagu berentak jogetdisertai dengan aktiviti-aktiviti berikut bagi meningkatkan persepsi estetik murid

    terhadap rentak joget:

    Bimbing murid menepuk detik lagu joget yang diperdengarkan:

    atau

    Bimbing murid menepuk corak irama asas rentak joget mengiringi lagu yang

    diperdengarkan:

    atau

    Bimbing murid menepuk corak irama asas rentak joget dengan memberitekanan kepada not-not berkenaan bagi mengiringi lagu yang diperdengarkan:

    atau

    Aktiviti menepuk boleh digantikan dengan aktiviti memainkan alat perkusiuntuk ketiga-tiga aktiviti di atas.

  • 7/29/2019 23105805Topik3RentakAsli

    5/19

    TOPIK 3 RENTAK ASLI W 35

    3.1.3 Memainkan Alat Perkusi yang Sesuai untukMengiringi Lagu-lagu Berentak Joget

    Secara tradisinya, rentak joget dimainkan oleh gabungan beberapa alat-alattradisional seperti sepasang rebana dan gong. Namun demikian, pada hari ini alat-alat muzik moden seperti set dram turut digunakan bagi menghasilkan rentak jogetbagi mengiringi tarian atau nyanyian lagu-lagu berirama joget. Di sekolah, alat-alatperkusi KBSR seperti dram tenor, dram samping, tamborin dan loceng digunakanuntuk memberi pengalaman bermain rentak joget kepada murid-murid.

    Guru harus memastikan murid-murid diberi peluang untuk bermain rentak-rentaktradisional seperti rentak joget supaya mereka dapat lebih memahami danmenghayati irama Malaysia.

    Untuk aktiviti bermain rentak joget bagi mengiringi lagu-lagu berentak joget dalambilik darjah, dicadangkan supaya guru menggunakan sekurang-kurangnya tiga alatperkusi yang mengeluarkan tiga warna ton yang berbeza. Sebagai contoh, sebuahskor gubahan alat perkusi KBSR yang mudah bagi mengiringi lagu tradisionalberentak joget Jingli Nona diberikan:

    AKTIVITI 3.3

    1. Namakan tiga lagi tajuk lagu berentak joget selain daripada yangdiberikan dalam modul ini. Dapatkan lirik lagu-lagu tersebut.

    2. Senaraikan tajuk lagu anda dengan tajuk lagu rakan-rakan semasasesi tutorial. Berdasarkan tajuk dan lirik lagu yang disenaraikan,bincangkan jenis-jenis tema lagu-lagu berentak joget.

  • 7/29/2019 23105805Topik3RentakAsli

    6/19

    X TOPIK 3 RENTAK ASLI36

  • 7/29/2019 23105805Topik3RentakAsli

    7/19

    TOPIK 3 RENTAK ASLI W 37

  • 7/29/2019 23105805Topik3RentakAsli

    8/19

    X TOPIK 3 RENTAK ASLI38

    RENTAK SUMAZAU

    Rentak Sumazau merupakan corak irama iringan bagi

    tarian sumazau iaitu sejenis tarian tradisi suku kaumKadazan di Sabah. Tarian ini sering dipersembahkanpada perayaan Tadau Kaamatan yang bermaksudHari Penuaian (Rajah 3.1).

    3.2

    AKTIVITI 3.4

    1. Dengan menggunakan alat-alat perkusi yang sama, gubahbahagian pengenalan (intro) yang sesuai sebanyak 4 bar untukgubahan lagu Jingli Nona di atas.

    2. Cadangkan kombinasi tiga alat perkusi lain yang sesuai untukmemainkan gubahan di atas.

    3. Berikan sebab mengapa anda memilih alat-alat perkusi tersebut.

    Rajah 3.1: Tarian Sumazau

  • 7/29/2019 23105805Topik3RentakAsli

    9/19

    TOPIK 3 RENTAK ASLI W 39

    Tarian sumazau ditarikan oleh pasangan lelaki dan perempuan berpakaiantradisional kaum Kadazan berwarna hitam dengan gerak tari yang

    menggambarkan petani sedang menghalau burung. Kedua-dua tangan diangkat keparas bahu dan dikibar-kibarkan umpama kibasan sayap burung, manakalagerakan kaki adalah dalam langkah-langkah yang kecil dengan tumit diangkat danditurunkan mengikut detik dan irama rentak sumazau. Secara tradisinya, rentaksumazau yang mengiringi tarian tradisional ini dimainkan oleh lapan biji gongyang berbagai ukuran dan satu alat gendang.

    3.2.1 Corak Irama Rentak Sumazau

    Tempo dan rentak pukulan gong sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerahdan desa di mana ia diamalkan. Namun demikian, untuk murid sekolah rendah,

    pihak Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2002)mencadangkan corak irama asas rentak sumazau yang paling mudah sepertiberikut:

    Notasi di atas menunjukkan corak irama asas rentak sumazau adalah dalam meterempatan. Tekanan diberikan kepada kuaver detik pertama dan empat kuaver padadetik ketiga dan keempat.

    Corak irama asas rentak sumazau akan lebih jelas lagi sekiranya dipecahkankepada dua bahagian dan dimainkan oleh dua alat perkusi yang mengeluarkan duawarna ton yang berbeza seperti contoh berikut:

    AKTIVITI 3.5

    Bincangkan dengan rakan-rakan anda dalam myLMS, tentangperbezaan di antara corak irama rentak joget dengan corak iramarentak sumazau.

  • 7/29/2019 23105805Topik3RentakAsli

    10/19

    X TOPIK 3 RENTAK ASLI40

    3.2.2 Mendengar dan Menyanyikan Lagu-lagu

    Berentak SumazauPenghayatan murid terhadap rentak sumazau dapat ditingkatkan melalui aktivitimendengar dan menyanyikan lagu-lagu yang berentak sumazau. Di samping itu,penghayatan mereka akan dapat dikukuhkan sekiranya guru membimbing muridmenjalankan aktiviti gerakan tarian sumazau.

    Untuk tujuan ini, guru memerlukan contoh-contoh lagu berentak sumazau.Terdapat banyak lagu berentak sumazau yang boleh didapati di pasarankhususnya yang diterbitkan oleh penerbit dari negeri Sabah. Guru juga bolehmemuat turun lagu-lagu yang sesuai dari internet untuk dijadikan contoh danbahan pengajaran dan pembelajaran. Antara lagu berentak sumazau yang popular

    ialah Teragang Rasuk dan Jambatan Tamparuli.

    Disyorkan supaya aktiviti mendengar dan menyanyikan lagu-lagu berentaksumazau disertai dengan aktiviti-aktiviti berikut bagi meningkatkan penghayatanmurid:

    Bimbing murid menepuk detik lagu yang diperdengarkan:

    Bimbing murid menepuk corak irama asas rentak sumazau mengiringi laguyang diperdengarkan:

    Bimbing murid menepuk corak irama asas rentak sumazau dengan tekananpada not-not berkenaan mengiringi lagu yang diperdengarkan:

    Aktiviti menepuk boleh digantikan dengan aktiviti memainkan alat perkusiuntuk ketiga-tiga aktiviti di atas.

  • 7/29/2019 23105805Topik3RentakAsli

    11/19

    TOPIK 3 RENTAK ASLI W 41

    3.2.3 Memainkan Alat Perkusi yang Sesuai untukMengiringi Lagu-lagu Berentak Sumazau

    Secara tradisinya, lagu-lagu berentak sumazau diiringi oleh ensembel yangdinamakan sompogogungan. Ensembel ini terdiri daripada enam buah gong

    gantung dan sebuah alat gendang yang dinamakan gandang (Patricia Matuskydan Tan Sooi Beng, 1998). Hari ini alat-alat perkusi moden turut digunakan untukmengiringi lagu-lagu popular berentak sumazau khususnya dram set. Di dalambilik darjah, alat-alat perkusi yang dibekalkan seperti dram bes, dram tenor, dramsamping, kayu tik-tik dan tamborin boleh digunakan untuk mengiringi laguberentak sumazau.

    Berikut adalah satu contoh skor gubahan perkusi rentak sumazau yang mudahmenggunakan alat-alat perkusi KBSR untuk mengiringi lagu Jambatan Tamparuli:

    AKTIVITI 3.6

    Bincangkan dengan rakan-rakan anda dalam ruangan myLMS tentangperbezaan di antara lagu-lagu berentak joget dengan lagu-laguberentak sumazau dari segi tempo dan mood.

  • 7/29/2019 23105805Topik3RentakAsli

    12/19

    X TOPIK 3 RENTAK ASLI42

  • 7/29/2019 23105805Topik3RentakAsli

    13/19

    TOPIK 3 RENTAK ASLI W 43

    RENTAK ASLI

    Rentak asli merupakan salah satu warisan kesenian tanahair yang seharusnyamenjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Corak irama asli yang unik menyumbangkepada nilai estetik yang tersendiri dalam persembahan lagu-lagu tradisionalMelayu. Rentak asli seakan menjadi tunjang yang menimbulkan mood dankemerduan dendangan lagu-lagu tradisional seperti Seri Mersing, Laksamana

    Mati Dibunuh dan Seri Bentan.

    3.3

    AKTIVITI 3.7

    1. Dengan menggunakan alat-alat perkusi yang sama, gubahbahagian pengenalan (intro) yang sesuai sebanyak 4 bar untukgubahan lagu Tamparuli di atas.

    2. Cadangkan kombinasi tiga alat perkusi lain yang sesuai untukmemainkan gubahan di atas.

    3. Berikan sebab mengapa anda memilih alat-alat perkusi tersebut.

  • 7/29/2019 23105805Topik3RentakAsli

    14/19

    X TOPIK 3 RENTAK ASLI44

    3.3.1 Corak Irama Rentak Asli

    Berikut adalah corak irama asas rentak asli:

    Notasi di atas menunjukkan corak irama rentak asli terdiri daripada dua bar dalammeter empatan. Not-not yang dimainkan terdiri daripada krocet, kuaver dansemikuaver termasuk tanda rehat semikuaver. Kepelbagaian not dan tekananmembentuk ciri unik rentak asli yang menyerlahkan perbezaan rentak aslidaripada rentak tempatan yang lain.

    Corak irama asas rentak asli akan lebih jelas lagi sekiranya dimainkan oleh dua alatperkusi yang mengeluarkan dua warna ton yang berbeza seperti contoh berikut:

    3.3.2 Mendengar dan Menyanyikan lagu-lagu BerentakAsli

    Penghayatan murid terhadap rentak asli dapat ditingkatkan melalui aktivitimendengar dan menyanyikan lagu-lagu yang berentak asli. Untuk tujuan ini, guru

    memerlukan contoh-contoh lagu berentak asli. Terdapat banyak lagu berentak asliyang boleh didapati di pasaran khususnya dalam album kompilasi lagu-lagutradisional asli. Guru juga boleh memuat turun lagu-lagu yang sesuai dari internetuntuk dijadikan contoh dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Antara lagu-laguberentak asli yang boleh digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran disekolah ialah lagu Tanjung Puteri dan Tanah Pusaka.

    AKTIVITI 3.8

    Bincangkan dengan rakan-rakan anda dalam ruangan myLMStentang perbezaan di antara corak irama rentak asli dengan corakirama rentak joget dan sumazau.

  • 7/29/2019 23105805Topik3RentakAsli

    15/19

    TOPIK 3 RENTAK ASLI W 45

    Disyorkan supaya aktiviti mendengar dan menyanyikan lagu-lagu berentak aslidisertai dengan aktiviti-aktiviti berikut bagi meningkatkan penghayatan murid:

    Bimbing murid menepuk detik lagu yang diperdengarkan:

    Bimbing murid menepuk corak irama asas rentak asli mengiringi lagu yangdiperdengarkan:

    Bimbing murid menepuk corak irama asas rentak asli dengan tekanan pada not-not berkenaan mengiringi lagu yang diperdengarkan:

    Aktiviti menepuk boleh digantikan dengan aktiviti memainkan alat perkusiuntuk ketiga-tiga aktiviti di atas.

    3.3.3 Memainkan Alat Perkusi yang Sesuai untukMengiringi Lagu-lagu Berentak Asli

    Secara tradisinya, lagu-lagu berentak asli diiringi oleh ensembel kecil yang lebihdikenali sebagai kumpulan muzik asli. Dalam kumpulan muzik asli, alat perkusi

    seperti gong dan rebana memainkan corak irama bagi menghasilkan rentak asli.Namun demikian, seperti juga rentak-rentak tradisi yang lain, hari ini alat-alatperkusi moden khususnya set dram turut digunakan untuk mengiringi lagu-laguberentak asli. Di dalam bilik darjah, alat-alat perkusi yang dibekalkan seperti drambes, dram tenor, dram samping, kayu tik-tik dan tamborin boleh digunakan untukmengiringi lagu berentak asli.

    AKTIVITI 3.9

    Bincangkan dengan rakan-rakan anda dalam ruangan myLMS tentangperbezaan di antara lagu-lagu berentak asli dengan lagu-lagu berentakjoget dan sumazau dari segi tempo dan mood.

  • 7/29/2019 23105805Topik3RentakAsli

    16/19

    X TOPIK 3 RENTAK ASLI46

    Berikut adalah satu contoh petikan skor perkusi yang mudah, menggunakan alat-alat perkusi KBSR untuk mengiringi bahagian A lagu berentak asli Tanjung

    Puteri:

  • 7/29/2019 23105805Topik3RentakAsli

    17/19

    TOPIK 3 RENTAK ASLI W 47

    Rentak asli atau lebih tepat lagi rentak-rentak tradisional Malaysia adalah

    corak-corak irama yang mengiringi lagu-lagu tradisional tempatan. Rentak joget merupakan salah satu jenis corak irama tradisional Malaysia yang

    dikatakan berasal dari Melaka.

    Rentak joget merupakan irama iringan kepada tarian joget yang diperkenalkanoleh orang Portugis semasa penjajahan mereka di Melaka di abad ke-15.

    Rentak joget biasanya dimainkan dalam meter duaan.

    AKTIVITI 3.10

    1. Cadangkan kombinasi tiga alat perkusi lain yang sesuai untukmemainkan gubahan di atas.

    2. Berikan sebab mengapa anda memilih alat-alat perkusi tersebut.

  • 7/29/2019 23105805Topik3RentakAsli

    18/19

    X TOPIK 3 RENTAK ASLI48

    Corak irama asas rentak joget mempunyai enam detik kuaver. Tekanandiberikan kepada detik pertama dan detik kelima.

    Secara tradisinya, rentak joget dimainkan oleh gabungan beberapa alat-alattradisional seperti sepasang rebana dan gong.

    Rentak sumazau merupakan corak irama iringan bagi tarian sumazau iaitusejenis tarian tradisi suku kaum Kadazan di Sabah.

    Secara tradisinya rentak sumazau dimainkan oleh ensembel sompogogungan yangterdiri daripada 8 biji gong yang berbagai ukuran dan satu alat gendang.

    Tempo dan rentak pukulan gong sumazau adalah berbeza-beza mengikutdaerah dan desa di mana ia diamalkan.

    Rentak asli seakan menjadi tunjang yang menimbulkan mood dan kemerduan

    dendangan lagu-lagu tradisional. Corak irama rentak asli terdiri daripada dua bar dalam meter empatan. Not-not

    yang dimainkan oleh rentak asli terdiri daripada krocet, kuaver dan semikuavertermasuk tanda rehat semikuaver.

    Secara tradisinya, lagu-lagu berentak asli diiringi oleh ensembel kecil yang lebihdikenali sebagai kumpulan muzik asli.

    Dalam kumpulan muzik asli, alat perkusi seperti gong dan rebana memainkancorak irama bagi menghasilkan rentak asli.

    Gong

    Kumpulan muzik asli

    Lagu berentak asli

    Lagu-lagu asli

    Rebana

    Rentak asli

    Rentak joget

    Rentak sumazau

    Rentak tradisional tempatan

    Skor gubahan perkusi

    Blades, J. (1992). Percussion instruments and their history. Westport, Connecticut:The Bold Strummer Ltd.

    Cook, D. Gary. (1988). Teaching percussion. New York: Schirmer Books.

  • 7/29/2019 23105805Topik3RentakAsli

    19/19

    TOPIK 3 RENTAK ASLI W 49

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Sukatan pelajaran kurikulum bersepadupendidikan muzik sekolah rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan

    Kurikulum.

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Huraian sukatan pelajaran pendidikanmuzik sekolah rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Huraian sukatan pelajaran pendidikanmuzik menengah rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Huraian sukatan pelajaran pendidikanmuzik menengah atas. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

    Matusky, P & Tan, S.B. (1998). Muzik Malaysia: Tradisi klasik, rakyat dan sinkretik.

    Kuala Lumpur: The Asian Centre.