227e8f86413a42bacecc04a55d2dd534 (1)

5
PENILAIAN KURSUS (PPGPJJ) KRM3043 ASAS PENGURUSAN DATA Sem 2 2013/ 14 DR. MOHD FAIZAL NIZAM LEE BIN ABDULLAH (PENYELARAS KURSUS) PROF. DR. MARZITA BINTI PUTEH FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK Jabatan Matematik

Upload: john-rizal-rizal-ariffin

Post on 17-Dec-2015

8 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tugasan

TRANSCRIPT

4

1.0PENGENALAN

KursusKRM3043 memberikan pendedahan dan pemahaman tentang Asas Pengurusan Data yang merangkumi pembelajaran Matematik di sekolah. Tidak ketinggalan juga, kursus ini menyediakan modul yang akan membantu pelajar meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Anda juga diberikan latihan formatif dan latihan sumatif untuk menguji kefahaman anda bersesuaian dengan ilmu pengetahuan yang disampaikan. Aktiviti yang diselitkan menerusi modul ini juga bertujuan untuk menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip pengajaran yang telah didedahkan dalam konteks pengajaran sebenar di bilik darjah.Ini merupakan pendedahan secara kontekstual bagi memantapkan penguasaan ilmu dan kemahiran anda sebagai seorang guru yang dedikasi dan berinovasi.

2.0HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

i. Menganalisis konsep bidang statistik. (C4) ii. Membincangkan kesukaran dan miskonsepsi yang biasa dihadapi oleh pelajar dalam tajuk-tajuk tertentu bagi bidang statistik. (C3)iii. Merancang penggunaan bahan konkrit, media dan teknologi dalam tajuk-tajuk tertentu bagi bidang statistik. (C5, P3)iv. Menunjukkan nilai-nilai etika dalam menginterpretasi data. (A3, EM1)v. Membuat penilaian dan keputusan secara efektif. (A4, TS2).3.0 PENILAIAN KURSUS

3.1.PemberatanKategoriPemberatan

Kerja kursus60%

Peperiksaan Akhir40%

JUMLAH100%

3.2. Agihan Pemberatan Kerja KursusBentuk Kerja Kursus Jenis TugasanAgihan Markah (Peratus)

IndividuTugasan 1 Tugasan 220

20

E-Forum20

JUMLAH60

4.0BENTUK KERJA KURSUS SECARA INDIVIDUi. Kursus KRM 3043 ini mengandungi Tugasan 1, Tugasan 2 dan E-Forum.

ii. Jawab SEMUA tugasan tersebut.iii. Tugasan 1 dan Tugasan 2 yang telah dijawab dengan sempurna perlu dihantar kepada pensyarah E-Learning melalui pautan yang disediakan dalam myGuru3. Untuk E-Forum, sila baca arahan yang telah disediakan di bawah.

iv. Sila baca semua perkara yang terdapat di dalam Penilaian Kursus ini supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda.

TugasanArahanTarikh Akhir%

Tugasan 1

Tugasan 2Bincangkan kesukaran dan miskonsepsi yang biasa dihadapi oleh murid dalam mempelajari topik-topik berikut. Juga berikan cadangan aktiviti-aktiviti yang boleh membantu murid mengatasi kesukaran dan miskonsepsi yang telah dinyatakan itu.i. Pengumpulan dan Pegurusan Data

ii. Perwakilan Data

iii. Sukatan Kecenderungan Memusat

iv. Sukatan SerakanBagi setiap tajuk di bawah, rancangkan satu aktiviti pengajaran yang melibatkan penggunaan satu atau lebih daripada bahan berikut: bahan konkrit, media atau teknologi. Aktiviti ini mestilah ditulis dengan arahan yang lengkap dan mudah difahami. Anda juga mestilah menyediakan apa-apa bahan bantu mengajar yang digunakan dalam aktiviti tersebut (sekiranya bahan adalah objek 3D, hantar gambar sahaja mencukupi) serta lembaran kerja yang bersesuaian. Tajuk-tajuknya ialah:

i. Melukis graf ogif.ii. Mencari nilai median menggunakan histogram dan rumus.

31 Mac 201427 April 201420

20

E-Forum1. Setiap pelajar MESTI menjawab setiap soalan tersebut dengan mengemukakan 3 isi penting (lebih kurang 150 patah perkataan) bagi setiap jawapan. Jawapan mestilah dalam bentuk hujah yang ilmiah.

2. Selain dari menjawab soalan tersebut, setiap pelajar juga perlu membuat komentar terhadap sekurang-kurangnya satu (1) jawapan yang dikemukakan oleh rakan sekumpulan yang lain bagi setiap soalan yang dikemukakan.3. Pelajar perlu peka dengan tarikh-tarikh yang ditetapkan.Kelewatan untuk menjawab dan memberi komentar mengikut tarikh yang ditetapkan akan menjejaskan markah kerja kursus yang disediakan.

4. Tajuk-tajuk adalah seperti berikut:

a) Bincangkan kegunaan konsep-konsep statistik berikut:

i. pengumpulan dan pengurusan data

ii. perwakilan data

iii. sukatan kecenderungan memusat

iv. sukatan serakanb) Bincangkan beberapa contoh penyalahgunaan statistikdalam kehidupan seharian.c) Bincangkan kepentingan nilai-nilai etika dalam mengintepretasi data.d) Bincangkan mengapa kita tidak boleh hanya bergantung kepada sukatan kecenderungan memusat sahaja dalam memperihalkan taburan data.

24/2/2014

-

9/3/2014

10/3/2014

-

23/3/2014

24/3/2014

-

6/4/2014

7/4/2014

-

20/4/201455

55

JUMLAH60

5. PERHATIAN & PERINGATAN!!!!!!!

Segala perkara yang berkaitan dengan kursus ini adalah merujuk dan mengikut arahan Pensyarah E-Learning anda.

Kehadiran dan penglibatan pada setiap tutorial adalah WAJIB.

Ketidakhadiran boleh menyebab anda dihalang (bar) dari menduduki peperiksaan akhir.

Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri. Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib. Sentiasa AWAS dan PEKA dengan tarikh-tarikh yang berkaitan dengan penghantaran tugasan secara on-line. Sentiasa rujuk kepada pengumuman dari masa ke semasa. Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan secara on-line. Serahan pos tidak dianggap sebagai bukti penghantaran. Kegagalan anda melengkapkan & menghantar tugasan adalah tanggungjawab anda sendiri dan menjejaskan markah & gred anda. Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif. Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan Tutor E-Learning bagi kumpulan masing-masing.PENILAIAN KURSUS (PPGPJJ)

KRM3043 ASAS PENGURUSAN DATA

Sem 2

2013/14

DR. MOHD FAIZAL NIZAM LEE BIN ABDULLAH

(PENYELARAS KURSUS)

PROF. DR. MARZITA BINTI PUTEH

FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK

Jabatan Matematik

PAGE