22691742-soalan-hbhe3103

Upload: cp-wong

Post on 14-Apr-2018

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 22691742-SOALAN-HBHE3103

    1/10

    SOALAN TUGASAN

    2. Anda dipilih sebagai jurulatih sukan sekolah dan bertanggungjawab untuk

    melatih atlit sukan bola sepak dengan menggunakan prinsip FITT .

    a) Terangkan setiap prinsip FITT kepada pelajar

    b) Jelaskan bagaimana anda menjalankan latihan kepada pelajar tersebut

    mengenai prinsip FITT .

    Pengenalan

    Persoalan pertama yang akan kita utarakan di sini ialah : Apa itu FITT ?

    Bukankah ianya terlalu asing bagi kita kerana perkara ini langsung tidak pernah dititik-

    beratkan oleh guru terutama bagi guru-guru yang mengajar subjek Kesihatan di sekolah

    rendah . FITT ialah merupakan Prinsip Asas Senaman . Ia merupakan empat prinsip

    asas yang perlu dipatuhi dalam menjalankan aktiviti senaman selain mengetahui cara

    senaman yang betul . Ini sangat penting bagi mengelakkan berlaku kecederaan semasa

    melakukan senaman . Melibatkan masalah keselamatan sesuatu jenis senaman .

    Senaman adalah untuk mengekalkan tahap kecergasan selain kita mengeluarkanpeluh dan baik untuk kesihatan diri dan mental . Senaman dapat mengurangkan risiko

    mendapat pelbagai jenis penyakit seperti penyakit obesiti (kegemukan) dan penyakit

    kardiovaskular .

    Dari segi mental pula senaman dapat meningkatkan kesejahteraan dan keyakinan

    diri seseorang selain dapat mengurangkan tekanan atau stress yang dialami . Otak akan

    lebih cergas apabila selalu bersenam . Senaman dapat meningkatkan kecergasan

    seseorang. Tanpa hidup yang cergas, seseorang itu akan menjadi lemah, letih, lesu dan

    tidak berupaya untuk melakukan kerja-kerja harian . Oleh yang demikian satu prinsip

    asas senaman yang merangkumi empat prinsip perlu dipatuhi sebelum menjalankan

    aktiviti senaman yang dikenali sebagai prinsip FITT .

    (a) Prinsip-prinsip asas Senaman (FITT)

  • 7/29/2019 22691742-SOALAN-HBHE3103

    2/10

    F Kekerapan senaman ( Frequency )

    * Senaman hendaklah dilakukan secara konsisten ( regularly ) . Jumlah hari

    melakukan senaman boleh dijadikan ukuran kekerapan. Kebanyakkan komponen

    kecergasan memerlukan sesuatu aktiviti dijalankan sekurang-kurangnya 3-5 kali

    seminggu pada intensiti yang cukup .

    * Senaman yang dilakukan secara tetap dan berterusan akan

    mempertingkatkan sistem fisiologi tubuh badan . Dalam keadaan ini kadar

    denyutan jantung akan meningkat kepada kadar kerja yang ditetapkan . Dengan

    kekerapan ini juga akan meningkatkan kekuatan otot jantung .

    * Senaman yang kerap juga akan meningkatkan daya tahan aerobik . Ini

    akan membuatkan kita berupaya bernafas dengan baik dan kuat . Senaman paling

    utama ialah yang ada hubungkaitnya dengan kardiovaskular . Kardiovaskularbermatlamat agar murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti

    kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang

    optimum .

    I Bebanan (Intensiti)

    * Senaman hendaklah cukup lasak, di mana kelasakkan melebihi kadar biasa

    untuk mencapai kecergasan sebenar. Contohnya, kelenturan atau kelembutan

    memerlukan otot direnggangkan melebihi had biasa. Kecergasan jantung juga

    memerlukan senaman yang dapat meningkatkan kadar nadi melebihi kadar

    normal . Kadar Nadi Maksimum yang perlu dicapai adalah 60% - 80% .

    * Bebanan yang dimaksukkan bukanlah diberi secara mendadak , sebaliknya

    tambahan dilakukan secara beransur-ansur . Senaman yang dilakukan secara

    sistematik akan memastikan perubahan fisiologi yang berlaku pada tubuh dapat

    diterima dalam kadar normal . Sekiranya bebanan atau aktiviti senaman dibuat

    secara mendadak , perubahan fisiologi ini memaksa badan melakukan bebanankerja yang di luar kemampuannya . Ini akan mengakibatkan tubuh badan

    mengalami komplikasi seperti kecederaan atau keletihan yang melampau .

    * Akan timbul masalah lain pula . Jadi bebanan yang akan diberi perlukan

    pergerakan ringan dahulu sebelum dipertingkatkan ke tahap yang diperlukan dan

    akan dapat menyaingi kadar beban kerja yang perlu dilakukan .

    Contoh :

  • 7/29/2019 22691742-SOALAN-HBHE3103

    3/10

    Lakukan aktiviti memanaskan badan.

    Peserta berdiri di belakang garisan permulaan. Apabila isyarat diberi iaitu

    wisel dibunyikan, peserta mula berlari mengikut keupayaan masing-

    masing.

    Pembantu akan mencatatkan masa yang dibuat oleh peserta pada akhir larian.

    T Masa senaman ( Time )

    * Senaman perlu dilakukan sekurang-kurangnya 20 minit setiap sesi (tidak

    termasuk 3-5 minit waktu memanas dan menyejukkan badan sebelun dan selepas

    bersenam ) . Pada amnya masa bersenam bergantung kepada intensiti . Jika

    senaman mempunyai intensiti yang rendah, maka ia memerlukan ruang masa

    yang lebih panjang . Manakala senaman intensiti tinggi memerlukan masa yang

    lebih pendek .

    * Senaman memerlukan setiap individu mengikut tahap diri individu itu

    sendiri dan berbeza-beza. Sebagai contohnya golongan berumur tidak boleh

    bersenam pada tahap yang tinggi atau ekstrem . Ini adalah kerana ia akan

    membahayakan nyawa mereka . Anggota badan, otot dan sendi akan mudah

    cedera. Suatu jangka masa yang agak lama diperlukan untuk mencapai tahap

    intensiti yang diharapkan .

    T - Jenis senaman ( Type )

    * Sesuatu jenis senaman harus dilakukan mengikut komponan kecergasan

    yang berbeza . Pilihlah aktiviti mengikut keupayaan dan minat anda serta

    pelbagaikan senaman yang anda lakukan . Lakukan senaman yang bercorak

    aerobik, berbasikal, berenang, berjalan pantas, berjoging atau aktiviti yang

    menggunakan banyak pergerakan.

    * Perlu diingatkan sekali lagi iaitu pemilihan jenis senaman perlu mengikut

    kesesuaian tahap kecergasan individu . Senaman dapat mengekalkan kecergasan

    badan .Kita mesti mengekalkan tahap kecergasan ini sepanjang hayat untuk

    memudahkan kita melakukan aktiviti harian tanpa menghadapi sebarang masalah

    fizikal dan dalaman .

    * Tiada lagi masalah sakit jantung, tekanan (stress) tekanan kolestrol yang

    tinggi, kegemukan (obesiti), tekanan darah tinggi, kencing manis ( diabetis), sakit

  • 7/29/2019 22691742-SOALAN-HBHE3103

    4/10

    sendi dan sakit tulang belakang kalau kita mengamalkan senaman dan prinsip asas

    senaman - FITTdan Gaya Hidup Sihatsepanjang masa .

    ...............................................................................................................................................

    .

    3) Time (Masa)

    - Berapa lama masa yang u all bersenam bukan menjadi pita pengukur bagi menentukan

    fit atau tidak, tetapi perlu dirujuk semula kepada tahap intensiti yang u all buat.

    Maximum masa yang di sarankan untuk bersenam adalah dalam lingkungan 30 45minit..Lebih keras u all berusaha, lebih pendekmasa yang diperlukan..

    4) Type (Jenis)

    - Perlu diingatkan kepada u all, terdapat 3jenis latihan yang perlu u all amalkan Kardio,

    latihan beban dan latihan kelenturan.. Seimbang adalah kata kunci yang paling sesuai

    digunakan.

    cardioKardio : Melatih kardiovaskular / jantung supaya pengaliran darah didalam badansentiasa lancar bagi mengelakkan penyakit seperti tekanan darah tinggi atau strok

    weight-training

    Latihan Bebanan : Menguatkan otot-otot di dalam badan bagi mengelakkan sebarangkecederaan ketika bersenam atau melakukan aktiviti harian dan menguatkan lagi

    ketumpatan tulang dalam badan

    yoga

    Latihan Kelenturan : Memperbaiki koordinasi kedudukan posture badan dan menjaga

    ligament pada jointing yang ada.

    Jadi, pastikan u all semak atau scan balik mane silap atau kekurangan yang perlu

    diperbaiki kualiti latihan u allPrinsip ini digunakan secara meluas dan telah dibuktikan

    keberkesanannya...............................................................................................................................................

    .

    (b) Latihan mengikut Prinsip FITT

    Acara : Bola sepak

    Tempoh masa latihan : 3 bulan ( Januari Mac )

    Tarikh perlawanan : April

    PENGENALAN ATLIT

    Kekerapan latihan mengikut kepada peringkat awal atlit yang telah dipilih

    berdasarkan kepada Penilaian Tahap Kecergasan yang telah dijalankan sebelum diambil

  • 7/29/2019 22691742-SOALAN-HBHE3103

    5/10

    bagi menjalani latihan pusat pasukan bola sepak . Penilaian ini merangkumi komponen

    kecergasan seperti kekuatan otot, kuasa , ketangkasan, daya tahan, kelembutan, dan

    kelajuan . Sebagai contoh untuk menguji tahap keanjalan seseorang atlit , kita

    menggunakan ujian duduk melunjur untuk mengukur tahap kelenturan otot atlit yang

    terpilih . Selain ini seseorang pemain bola sepak sudah semestinya tahu bagaimana

    hendak bermain bola. Jadi, kemahiran asas yang sedia ada akan di tambah dengan

    kemahiran yang lain . Dengan ini pada permulaan minggu 1 3 latihan kecergasan akan

    dijalankan Latihan Fartlek selang sehari iaitu dua jam pada sebelah pagi dan dua jam

    pada sebelah petang disamping kemahiran asas permainan bola sepak akan diselitkan .

    ( lihat jadual latihan ) Latihan sukan untuk pertandingan hendaklah dijalankan dalam

    keadaan yang merangkumi latihan fizikal dan mental. Atlit mesti mempunyai target atau

    sasaran perlu dicapai sebelum dan semasa latihan . Latihan mental perlu bagi atlit untuk

    menghadapi pelbagai masalah harian yang perlu dihadapi .

    Program Latihan :

    Bahagian Aktiviti-aktiviti Ulang / jarak

    Memanaskan badan

    20 minit

    a) Regangan

    b) Mengeliling padang

    c) Regangan khusus dari kepala

    hingga ke kaki

    2 pusingan

    Jadual latihanMinggu 1- 3 ( Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad )

    Masa Jenis latihan Kemahiran

    6.30 pagi 7.00 pagi Berjoging mengelilingi

    padang bola

    7.00 pagi Bersarapan pagi

    8.00 pagi 9.00 pagi Latihan kecergasan

    - latihan Fartlek

    - lari ulang-alik- jalan perlahan

    - jalan mengiring- lari pecut 50m

    4.00 ptg 4.30 petang Latihan kecergasan- berbasikal di taman

    4.30 ptg Minum petang

    5.00 ptg 6.00 ptg Kemahiran asas bola sepak :

    - tendangan

  • 7/29/2019 22691742-SOALAN-HBHE3103

    6/10

    - hantaran

    Permainan sebenar

    PERLAKSANAAN LATIHAN :

    Latihan Berintensi Rendah :

    Latihan Berintensiti Sederhana :

    Rajah Latihan Berintensiti Tinggi

    A B

    D C

    25 meter

    25 meterKAWASAN

    AKTIVITI

    A B

    D C

    100 meter

    100 meterKAWASANAKTIVITI

    A B

    DC

    50 meter

    50 meterKAWASAN

    AKTIVITI

  • 7/29/2019 22691742-SOALAN-HBHE3103

    7/10

    Latihan seumpana ini dijalankan bagi membina kekuatan otot seseorang atlit bola

    sepak . Latihan ini perlu dijalankan mengikut peringkat-peringkat yang tersusun . Atlit

    dapat menerap prinsip latihan yang saintifik melalui latihan yang sistemetik, efesien,motivasi dan rekod pencapaian atlit sebelum diserapkan ke dalam pasukan tempatan .

    Jadual latihanMinggu 4 6

    Masa Jenis latihan Kemahiran

    6.30 pagi 7.00 pagi Berjoging di padang bola

    sepak

    7.00 pagi Bersarapan pagi

    8.00 pagi 9.00 pagi Latihan kecergasan- latihan Fartlek

    - lari Zigzag Barrow

    - jalan perlahan- jalan mengiring

    - lari pecut 50m

    4.00 ptg 4.30 petang Latihan kecergasan

    - latihan fatlek, jeda,

    ulang alik

    4.30 ptg Minum petang

    5.00 ptg 6.00 ptg Pengkhususan :- latihan tendang leret

    - latihan menyepak

    dan menghantar bolaPermainan sebenar

    F Kekerapan senaman jika dilihat pada jadual latihan dilakukan 3 4 kali dalam

    seminggu pada sebelah pagi dan petang . Walaupun nampak agak berat tetapi masih ada

    ruang bagi seseorang atlit bola sepak itu berehat dan senaman yang dilakukan lebih

    kepada riadah ataupun sambil bersantai . Senaman berbentuk berat, sederhana dan

    ringan dijalankan kepada semua atlit baru .

    I Bebanan latihan akan mula ditambah bagi menentukan ketahanan fizikal dapat

    berkekalan pada sesi latihan ke-2. Dalam pada itu satu ujian kecergasan akan dijalankan

    terhadap setiap atlit . Sebelum kita menjalankan sebarang ujian pemilihan pemain ada

    beberapa elemen utama yang perlu di fikirkan . Antaranya adalah yang lebih banyak

    bergantung kepada dayatahan kardiovaskular dan kekuatan otot . Disamping itu pada

    minggu ini juga pengkhususan terhadap permainan bola sepak telah mula dipraktikkan .

  • 7/29/2019 22691742-SOALAN-HBHE3103

    8/10

    T Masa sesuatu latihan itu bergantung kepada keadaan atlit sama dapat menguasai

    setiap bentuk latihan yang dijalankan . Sebagai contoh bagi latihan Larian Zigzag Barrow

    jarak antara 10 16 kaki masa yang perlu diambil ialah 1/10 saat untuk 3 pusingan .

    Satu-satu aktiviti itu perlu dilakukan pengulangan supaya tahap kecergasan yang diterima

    membentuk kemampuan yang maksimum . Masa melakukan aktiviti berkaitan dengan

    membekal, memindahkan dan menggunakan banyak oksigen . Ia melibatkan kemampuan

    daya tahan kardiovaskular semasa melakukan aktiviti berterusan . Permainan bola sepak

    memerlukan masa bermain 90 minit dan mungkin lebih pada satu-satu pertandingan .

    T Jenis senaman perlu berfokus kepada jumlah masa yang diperlukan dalam sesuatu

    permainan. Memastikan tahap kecergasan yang diperlukan dalam permainan bola sepak.

    Pemain dapat bermain selama 90 minit dan mungkin lebih masa untuk satu-satu

    permainan ataupun lebih. Ini bergantung kepada ketahanan (stamina) setiap individu .

    Beberapa kaedah latihan seperti latihan fatlek, jeda, ulang alik, lsd merupakan latihan

    untuk meningkatkan dayatahan kardiovaskular berasaskan lakuan motor . Kepelbagaian

    aktiviti boleh mengurangkan rasa jemu dan bosan . Senaman dapat :

    Menaikkan kapasiti fizikal untuk menjadi seorang pemain yang mahir

    Menurunkan kadar obesiti dan masalah yang berkaitan dengan obesiti bagi

    seseorang pemain bola sepak;

    Mengurangkan risiko penyakit coroneri arteri dan stroke;

    Mengurangkan risiko menghidap diebetes;

    Dapat membantu di dalam pengurusan stres dan kemurungan;

    Dapat memberi persediaan daripada segi fizikal dan mental.

    Jadual latihanMinggu 7 9 ( setiap hari )

    Masa Jenis latihan Kemahiran6.30 pagi 7.00 pagi Berjoging di taman

    7.00 pagi Bersarapan pagi

    8.00 pagi 9.00 pagi Latihan kecergasan

    - latihan Fartlek- lari Zigzag Barrow

    - jalan perlahan

    - jalan mengiring- lari pecut 50m

  • 7/29/2019 22691742-SOALAN-HBHE3103

    9/10

    4.00 ptg 4.30 petang Latihan kecergasan

    - latihan fatlek, jeda,

    ulang alik

    4.30 ptg Minum petang

    5.00 ptg 6.00 ptg Pengkhususan :

    - latihan menjaring

    - latihan menghantar bola

    Pemilihan penjaga gol

    Permainan sebenar

    Minggu ke 10

    Ujian Pemilihan terakhir

    dijalankan

    Ujian kecergasankardiovaskular .

    -Ujian kekuatan otot.

    -Daya tahan aerobik.

    Perlawanan persahabatan

    Minggu ke 11 12 Perlawanan Persahabatan

    Perlawanan sebenar

    Rasional memilih ujian kecergasan kardiovaskular ini juga kerana jika pemain itu

    mempunyai kemahiran yang tinggi di dalam permainan bola sepak tetapi kurang cergas

    menyebabkan pemain itu tidak dapat bermain dengan baik di dalam sesuatu pertandingan.

    Sekiranya seseorang pemain itu mempunyai kemahiran yang tinggi dan cergas, mereka

    dapat bermain dengan lebih baik dan mampu menghabiskan 90 minit permainan serta

    dapat bertahan sekiranya perlawanan tersebut dilanjutkan ke masa tambahan (stamina

    tinggi). Melalui ujian dan pengukuran,kita boleh mengenalpasti tahap kecergasan

    kardiovaskular seseorang dan mencadangkan latihan yang sesuai bagi mereka. Oleh

    itu,adalah penting bagi seorang jurulatih menjalankan ujian kecergasan kardiovaskular

    terhadap pemain- pemain tersebut supaya permainan mereka nanti lebih mantap dan

    berkualiti. Ia juga boleh dijadikan motivasi untuk peningkatan prestasi atau meneruskan

    gaya hidup sihat dan juga sebagai langkah awal untuk pengesanan penyakit.

    Keupayaan otot atau kumpulan otot melakukan pengucupan untuk mengatasisesuatu rintangan dalam masa yang lebih lama . Ini perlu kerana permainan bola sepak

    memerlukan masa sekurang-kurangnya 90 minit tanpa henti .

    Daya tahan earobik pula ialah keupayaan sistem badan untuk mengimbang

    penggunaan oksigen semasa melakukan aktiviti dalam jangka waktu yang lama . ( 90

    minit se-permainan ) Manakala daya tahan anaerobik pula akan berfungsi apabila oksigen

  • 7/29/2019 22691742-SOALAN-HBHE3103

    10/10

    tidak digunakan dalam sesuatu aktiviti kerana masanya yang singkat . Dapat

    mengurangkan kekejangan otot pada kaki dan perut .

    Rumusan :

    Perancangan program latihan seharusnya berdasarkan kepada kehendak individu

    iaitu matlamat dan minat individu tanpa paksaan yang ekstrem . Dalam perancangan

    program senaman ini kekuatan otot-otot besar perlu diberi perhatian kerana ia menolong

    meningkatkan prestasi individu. Pencapaian setiap kali latihan yang dijalani perlu

    direkodkan untuk memastikan keberkesanan program yang dijalankan . Berpusat kepada

    individu itu maka latihan pada 3 minggu yang pertama hendaklah dilakukan pada kadar

    beratan 30% - 50% dari keupayaan maksimum dengan ulangan 15 20 kali .

    Latihan secara sistemetik membolehkan peningkatan kemahiran , teknik, tektik,

    psikologi dan kecergasan fizikal dengan konsisten dan efisyen . Oleh itu untuk

    mengelakan rasa jemu serta kebosanan semasa latihan , aktiviti perlu dipelbagaikan . Alih

    lokasi latihan ke pesisiran pantai atau di kolam renang dan sebagainya .