22 oktober 2004 22 oktober 2004 - fp.utm.my · i keberkesanan beberapa faktor yang mempengaruhi...

21
22 OKTOBER 2004 22 OKTOBER 2004

Upload: ngophuc

Post on 18-May-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 22 OKTOBER 2004 22 OKTOBER 2004 - fp.utm.my · i keberkesanan beberapa faktor yang mempengaruhi pembelajaran sains di kalangan pelajar tingkatan empat di sekolah – sekolah menengah

22 OKTOBER 2004 22 OKTOBER 2004

Page 2: 22 OKTOBER 2004 22 OKTOBER 2004 - fp.utm.my · i keberkesanan beberapa faktor yang mempengaruhi pembelajaran sains di kalangan pelajar tingkatan empat di sekolah – sekolah menengah

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan Penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains)”.

Tandatangan :

Nama penyelia : Prof Madya Dr. Seth bin Sulaiman

Tarikh : 22 Oktober 2004

Page 3: 22 OKTOBER 2004 22 OKTOBER 2004 - fp.utm.my · i keberkesanan beberapa faktor yang mempengaruhi pembelajaran sains di kalangan pelajar tingkatan empat di sekolah – sekolah menengah

i

KEBERKESANAN BEBERAPA FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

PEMBELAJARAN SAINS DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI

SEKOLAH – SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH PASIR

PUTEH, NEGERI KELANTAN

FAUZIAH BINTI MAT LAZIM

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

SEPTEMBER 2004

Page 4: 22 OKTOBER 2004 22 OKTOBER 2004 - fp.utm.my · i keberkesanan beberapa faktor yang mempengaruhi pembelajaran sains di kalangan pelajar tingkatan empat di sekolah – sekolah menengah

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap – tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : Fauziah Binti Mat Lazim

Tarikh : 22 Oktober 2004

Page 5: 22 OKTOBER 2004 22 OKTOBER 2004 - fp.utm.my · i keberkesanan beberapa faktor yang mempengaruhi pembelajaran sains di kalangan pelajar tingkatan empat di sekolah – sekolah menengah

iii

DEDIKASI

Terima kasih

Buat bonda Suraimas binti Kerma

Segala pengorbanan yang telah engkau lakukan,

Mengandungi dan melahirkanku,

Dalam keadaan keperitan dan kepayahan,

Memelihara serta mengasuhku.

Buat ayahanda Mat Lazim bin Mamat

Engkau menjagaku dengan penuh tanggungjawab,

Memarahi dan menegurku,

Demi kasih sayangmu terhadapku,

Agar terarah kehidupanku,

Supaya menjadi insan yang berguna.

Buat keluarga tercinta

Segala bantuan dan dorongan kalian selama ini akan kukenang,

Semoga kita akan terus berbahagia sebagai satu keluarga serta berjaya di dunia dan

akhirat.

Buat guru – guruku

Halalkan segala ilmu yang pernah kupelajari.

Page 6: 22 OKTOBER 2004 22 OKTOBER 2004 - fp.utm.my · i keberkesanan beberapa faktor yang mempengaruhi pembelajaran sains di kalangan pelajar tingkatan empat di sekolah – sekolah menengah

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah

Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Dipanjatkan kesyukuran kepada Allah S. W. T. dan dengan izin-Nya, dapat saya

menyiapkan penulisan Projek Sarjana Muda ini. Di kesempatan ini, saya ingin

mengucapkan jutaan terima kasih dan merakamkan setinggi – tinggi penghargaan kepada

P.M. Dr Seth bin Sulaiman selaku pensyarah pembimbing saya dalam memberikan

tunjuk ajar, nasihat dan teguran di sepanjang menyiapkan projek ini.

Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada pengetua sekolah – sekolah,

pelajar – pelajar yang terlibat dalam kajian ini serta kakitangan Fakulti Pendidikan dalam

membantu menjayakan projek penyelidikan ini.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak

yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang membantu saya sepanjang

penyelidikan ini dijalankan. Semoga Allah membalas jasa baik kalian semua.

Amin.

Page 7: 22 OKTOBER 2004 22 OKTOBER 2004 - fp.utm.my · i keberkesanan beberapa faktor yang mempengaruhi pembelajaran sains di kalangan pelajar tingkatan empat di sekolah – sekolah menengah

v

ABSTRAK

Tujuan kajian ini ialah untuk melihat keberkesanan beberapa faktor yang

mempengaruhi pembelajaran sains di kalangan pelajar Tingkatan Empat di

sekolah – sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Pasir Puteh, Negeri Kelantan. Kajian

ini dijalankan di tiga buah sekolah. Dalam kajian ini, item – item dibina untuk mengukur

keberkesanan kaedah yang digunakan oleh guru sains dalam mengajar mata pelajaran

sains, galakan yang diberi oleh ibu bapa untuk mendorong anak – anak mereka dalam

mempelajari mata pelajaran sains, cara belajar yang digunakan oleh seseorang individu

dan persekitaran pembelajaran sains. Satu set soal selidik yang meliputi aspek – aspek

yang dikaji telah diberikan kepada 120 orang responden. Data – data yang telah

diperolehi dianalisis dengan berbantukan komputer menggunakan perisian Statistical

Package for Social Science ( SPSS ) versi 10.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa

keberkesanan faktor- faktor pembelajaran sains di kalangan pelajar didapati berada pada

tahap amat berkesan. 3 aspek yang dikaji dalam kajian ini berada pada tahap yang amat

berkesan kecuali galakan yang diberikan oleh ibu bapa berada pada tahap sederhana

berkesan. Beberapa cadangan telah dikemukakan kepada pelbagai pihak bagi

meningkatkan lagi keberkesanan pembelajaran sains di kalangan pelajar.

Page 8: 22 OKTOBER 2004 22 OKTOBER 2004 - fp.utm.my · i keberkesanan beberapa faktor yang mempengaruhi pembelajaran sains di kalangan pelajar tingkatan empat di sekolah – sekolah menengah

vi

ABSTRACT

This research is aimed at observing the effectiveness of several factors that one

influence on form four of science student’s learning. This research was carried out in

three secondary schools in Pasir Puteh, Kelantan. In this study, four aspects which

influence on learning of science had their items constructed to measure their

effectiveness. The aspects are teaching technique by teachers, the support given by

parents to boost their children’s interest in studying science, students learning technique

and science learning environment. A set of questionnaire which covers the aspects under

study was given to 120 respondents. Data collected were analysed by using Statistical

Package for Social Science ( SPSS ) version 10.0. The result of the research obtained

showed that the factors influence learning at very effective level. Three aspects in this

study are at very effective level except the support given by parents is at moderate level.

Several proposals have been put forward to various parties in an attempt to achieve

more effective learning of science by students.

Page 9: 22 OKTOBER 2004 22 OKTOBER 2004 - fp.utm.my · i keberkesanan beberapa faktor yang mempengaruhi pembelajaran sains di kalangan pelajar tingkatan empat di sekolah – sekolah menengah

vii

KANDUNGAN

Pengesahan Status Tesis

Pengesahan Penyelia

Halaman Judul i

Halaman Pengakuan ii

Halaman Dedikasi iii

Halaman Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Halaman Kandungan vii

Halaman Senarai Lampiran xi

Halaman Senarai Jadual xii

Halaman Senarai Rajah xii

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB I: PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Terminologi 9

1.8.1 Keberkesanan 9

Page 10: 22 OKTOBER 2004 22 OKTOBER 2004 - fp.utm.my · i keberkesanan beberapa faktor yang mempengaruhi pembelajaran sains di kalangan pelajar tingkatan empat di sekolah – sekolah menengah

viii

1.8.2 Pengajaran 10

1.8.3 Pembelajaran 10

1.8.4 Guru 11

1.8.5 Sains 11

1.8.6 Pelajar 11

1.8.7 Kaedah Pengajaran Guru 12

1.8.8 Galakan Ibu Bapa 12

1.8.9 Cara Belajar 13

1.8.10 Persekitaran Pembelajaran 13

BAB II: SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Kaedah Pengajaran Guru 15

2.3 Galakan Ibu Bapa 20

2.4 Cara Belajar 22

2.5 Persekitaran Pembelajaran 27

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 30

3.2 Rekabentuk Kajian 30

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 32

3.4 Kajian Rintis 33

3.5 Prosedur Kajian 34

3.6 Instrumen Kajian 35

3.7 Analisis Data 38

3.8 Jangkamasa kajian 39

Page 11: 22 OKTOBER 2004 22 OKTOBER 2004 - fp.utm.my · i keberkesanan beberapa faktor yang mempengaruhi pembelajaran sains di kalangan pelajar tingkatan empat di sekolah – sekolah menengah

ix

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 40

4.2 Analisis Bahagian A: Latar Belakang Responden 41

4.3 Keseluruhan Soal Selidik 42

4.4 Analisis 1: Keberkesanan Kaedah Pengajaran Yang 44

Digunakan Oleh Guru Sains Untuk Mengajar Mata

Pelajaran Sains.

4.5 Analisis 2: Keberkesanan Galakan Yang Diberikan 46

Oleh Ibu Bapa Untuk Mendorong Anak – Anak

Mereka Dalam Mempelajari Mata Pelajaran Sains.

4.6 Analisis 3: Keberkesanan Cara Belajar Yang 48

Digunakan Oleh Seseorang Individu Untuk

Menguasai Mata Pelajaran Sains.

4.7 Analisis 4: Keberkesanan Persekitaran Pembelajaran 50

Sains Dalam Mempengaruhi Pembelajaran Sains

Di Kalangan Pelajar.

4.8 Rumusan Hasil Kajian 52

BAB V: RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 54

5.2 Rumusan dan Perbincangan 55

5.2.1 Persoalan Kajian 1: Adakah Kaedah Yang 55

Digunakan Oleh Guru Sains Berkesan Dalam

Mengajar Mata Pelajaran Sains?

5.2.2 Persoalan Kajian 2: Adakah Galakan Yang 58

Diberikan Oleh Ibu Bapa Berkesan Untuk

Mendorong Anak – Anak Mereka Dalam

Mempelajari Mata Pelajaran Sains?

5.2.3 Persoalan Kajian 3: Adakah Cara Belajar 60

Page 12: 22 OKTOBER 2004 22 OKTOBER 2004 - fp.utm.my · i keberkesanan beberapa faktor yang mempengaruhi pembelajaran sains di kalangan pelajar tingkatan empat di sekolah – sekolah menengah

x

Yang Digunakan Oleh Seseorang Individu

Berkesan Untuk Menguasai Mata Pelajaran

Sains?

5.2.4 Persoalan Kajian 4: Adakah Persekitaran 62

Pembelajaran Sains Berkesan Dalam

Mempengaruhi Pembelajaran Sains Di

Kalangan Pelajar?

5.3 Cadangan 65

5.4 Kajian Lanjutan 68

5.5 Penutup 69

BIBLIOGRAFI 70

LAMPIRAN 74

Page 13: 22 OKTOBER 2004 22 OKTOBER 2004 - fp.utm.my · i keberkesanan beberapa faktor yang mempengaruhi pembelajaran sains di kalangan pelajar tingkatan empat di sekolah – sekolah menengah

xi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

Lampiran A Soal Selidik Pelajar 74

Lampiran B Surat Kebenaran Bahagian Perancangan 80

Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan ( BPPDP )

Lampiran C Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pendidikan 82

Negeri Kelantan ( JPNK )

Lampiran D Surat Pengenalan Diri Daripada Fakulti 83

Pendidikan

Page 14: 22 OKTOBER 2004 22 OKTOBER 2004 - fp.utm.my · i keberkesanan beberapa faktor yang mempengaruhi pembelajaran sains di kalangan pelajar tingkatan empat di sekolah – sekolah menengah

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Nilai Kebolehpercayaan Bagi Faktor – Faktor Yang 33

Hendak Dikaji

3.2 Bilangan Dan Nombor Item Bagi Setiap Keberkesanan 36

Faktor – Faktor

3.3 Nilai Bagi Setiap Skala 37

3.4 Kelompok Skor Yang Dipilih Oleh Responden 37

4.1 Latar Belakang Responden 42

4.2 Keseluruhan Soal Selidik 43

4.3 Taburan Data Bagi Kaedah Pengajaran Guru 45

4.4 Taburan Data Bagi Galakan Ibu Bapa 47

4.5 Taburan Data Bagi Cara Belajar Pembelajaran Sains 49

4.6 Taburan Data Bagi Persekitaran Pembelajaran Sains 51

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Penentuan Tahap Keberkesanan Faktor 39

Pembelajaran Sains

Page 15: 22 OKTOBER 2004 22 OKTOBER 2004 - fp.utm.my · i keberkesanan beberapa faktor yang mempengaruhi pembelajaran sains di kalangan pelajar tingkatan empat di sekolah – sekolah menengah

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Negara Malaysia yang sedang pesat membangun bercita-cita dan berwawasan

untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Sains dan teknologi menjadi

tunjang kepada wawasan negara maju yang berasaskan kepada industri. Ini menjadi

cabaran setiap lapisan masyarakat khususnya pelajar-pelajar sekolah yang akan

meneruskan tampuk pemerintahan negara dan juga yang akan terlibat dalam dunia

pekerjaan. Selain itu, ia juga menjadi cabaran bagi mewujudkan masyarakat saintifik dan

sebagai pengguna teknologi tinggi serta menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik

dan teknologi tinggi. Dengan itu pendidikan, khasnya pendidikan sains perlu menyahut

cabaran untuk menghasilkan pelajar – pelajar yang berpengetahuan dan berketrampilan.

Namun demikian, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pembelajaran. Kajian ini

cuba meninjau beberapa faktor tersebut daripada perspektif pelajar melalui satu soal

selidik.

Page 16: 22 OKTOBER 2004 22 OKTOBER 2004 - fp.utm.my · i keberkesanan beberapa faktor yang mempengaruhi pembelajaran sains di kalangan pelajar tingkatan empat di sekolah – sekolah menengah

2

1.2 Latar belakang masalah

Dari kajian yang telah dilakukan, masyarakat Malaysia didapati kurang membaca

bahan bacaan yang berkaitan dengan sains dan teknologi. Ini jelas ditunjukkan oleh satu

kajian yang telah dijalankan oleh Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia

(MASTIC) dimana hasil kajiannya mendapati 71.1% masyarakat Malaysia gemar

memilih majalah sebagai bahan bacaan berbanding hanya 19.4% memilih untuk

membaca bahan bacaan saintifik. Kajian ini dijalankan ke atas 5,055 rakyat Malaysia

merangkumi berbagai etnik dan peringkat umur. Jika keadaan ini berterusan, matlamat

negara kita untuk mencapai wawasan 2020 tidak akan tercapai. Daripada kajian yang

telah dijalankan ini menunjukkan kurangnya kesedaran di kalangan masyarakat kita

tentang budaya membaca.

Faktor ini merupakan salah satu daripada faktor-faktor yang mempengaruhi

keberkesanan untuk menguasai mata pelajaran sains di sekolah. Penguasaan mata

pelajaran sains di kalangan pelajar sekolah masih ditahap kurang memuaskan. Jika kita

lihat pada hari ini sukar sekali untuk mencari pelajar yang betul-betul cemerlang di dalam

mata pelajaran sains tidak kira sama ada Fizik, Kimia, Biologi atau Sains teras. Jika ada

pun hanya setakat cukup makan sahaja.

Fenomena ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa pembelajaran sains di

kalangan pelajar sekolah perlu dipertingkatkan untuk mencapai matlamat negara iaitu

mewujudkan masyarakat yang berteknologi dan saintifik. Antara punca – punca

kelemahan ialah teknik yang kurang berkesan yang digunakan oleh guru-guru sains untuk

mengajar mata pelajaran sains. Adalah lebih baik, sesuatu proses pengajaran dan

pembelajaran yang berlaku melibatkan pelajar secara aktif agar pelajar mudah dan lebih

faham, pelajar dapat memusatkan perhatian dan berminat serta berasa seronok dalam

mata pelajaran sains. Di antara aktiviti pengajaran yang boleh guru sains praktikkan di

Page 17: 22 OKTOBER 2004 22 OKTOBER 2004 - fp.utm.my · i keberkesanan beberapa faktor yang mempengaruhi pembelajaran sains di kalangan pelajar tingkatan empat di sekolah – sekolah menengah

3

dalam kelas seperti eksperimen, reka cipta, projek, simulasi dan sebagainya. Teknik

pengajaran guru adalah salah satu komponen yang penting bagi sesuatu proses

pengajaran. Contohnya teknik soal jawab, teknik perbincangan, teknik kuiz dan lain-lain.

Seterusnya, dorongan ibu bapa juga memainkan peranan yang penting untuk pelajar-

pelajar menguasai mata pelajaran sains. Ini kerana ibu bapa perlu mengambil berat

tentang pencapaian anak-anak mereka seperti mengambil tahu tentang gred yang

diperolehi oleh anak-anak mereka dalam matapelajaran sains, sepatutnya selalu

menghubungi guru untuk mengetahui perkembangan pembelajaran anak-anak mereka

terutamanya dalam mata pelajaran sains dan selalu mengingatkan anak-anak mereka

untuk menyiapkan kerja-kerja rumah yang diberikan oleh guru. Ibu bapa yang

mempunyai taraf pendidikan yang tinggi selalunya dapat memberi galakan kepada anak-

anak untuk menjadi pelajar yang cerdik dan pandai. Keluarga yang mempunyai taraf

ekonomi yang baik juga dikatakan dapat memberikan pembelajaran yang baik kepada

anak-anak mereka.

Selain itu cara belajar yang digunakan oleh seseorang pelajar juga mempengaruhi

prestasinya dalam mata pelajaran sains. Setiap pelajar mempunyai cara yang tersendiri

untuk belajar. Ada sesetengah pelajar hanya belajar ketika menjelang peperiksaan sahaja.

Ada juga yang selalu kita lihat sentiasa membaca buku sehingga digelar ‘ ulat buku.’

Sesetengah pelajar juga lebih selesa belajar di perpustakaan berbanding di rumah.

Sebenarnya, walau apa pun cara kita belajar ia terpulang kepada kemampuan diri kita

sendiri. Jika kita selesa dengan cara kita, kita tidak perlu mengikut cara belajar yang

diamalkan oleh orang lain kerana setiap orang mempunyai cara yang berlainan untuk

mencapai kejayaan. Di samping itu, persekitaran pembelajaran juga mempengaruhi

seseorang pelajar untuk mempelajari mata pelajaran sains. Fenomena ini berlaku kerana

pelajar-pelajar yang selalunya terdiri daripada golongan remaja memang mudah terikut-

ikut dengan apa yang dilakukan oleh orang lain. Sebagai contoh, kemasukan budaya

kuning yang diamalkan oleh remaja di negara kita pada suatu masa dahulu sebenarnya

telah dibawa masuk dari negara luar. Begitu juga dalam konteks pembelajaran, jika

seseorang pelajar mempunyai kawan yang meminati mata pelajaran sains, secara tidak

Page 18: 22 OKTOBER 2004 22 OKTOBER 2004 - fp.utm.my · i keberkesanan beberapa faktor yang mempengaruhi pembelajaran sains di kalangan pelajar tingkatan empat di sekolah – sekolah menengah

4

langsung pelajar tersebut juga meminati mata pelajaran sains. Ini kerana mereka selalu

berbincang, menjawab soalan dan menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru

bersama-sama. Semua faktor ini saling mempengaruhi di antara satu sama lain.

Kebanyakan penguasaan pembelajaran sains di kalangan pelajar sekolah

nampaknya tidak menunjukkan kecemerlangan. Ini mungkin kerana kebanyakan pelajar

sukar memahami idea asas sains dan mereka juga sukar untuk mengaplikasikan konsep

asas yang dipelajari di dalam kelas dalam kehidupan seharian. Pendek kata memang

banyak faktor – faktor yang mempengaruhi pembelajaran sains yang berkesan. Kajian ini

cuba meninjau keberkesanan beberapa faktor- faktor yang dikira penting dan

mempengaruhi pembelajaran sains.

1.3 Pernyataan Masalah

Secara umum masyarakat selalu mengatakan bahawa tahap penguasaan mata

pelajaran sains di kalangan pelajar sekolah tidak begitu memuaskan. Pelbagai persoalan

yang timbul daripada masalah ini? Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi

keberkesanan pembelajaran sains di kalangan pelajar untuk memperoleh keputusan yang

cemerlang di dalam mata pelajaran sains. Apakah faktor – faktor utama di kalangan

faktor - faktor tersebut? Adakah kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru untuk

mengajar mata pelajaran sains mempengaruhi keberkesanan pembelajaran sains di

kalangan pelajar? Adakah galakan yang diberikan oleh ibu bapa mempengaruhi

pencapaian mata pelajaran sains? Adakah cara belajar yang digunakan oleh seseorang

pelajar mempengaruhi pencapaiannya dalam mata pelajaran sains? Adakah persekitaran

pembelajaran sains berkesan untuk mewujudkan serta menimbulkan minat di kalangan

pelajar dalam menguasai mata pelajaran sains?

Page 19: 22 OKTOBER 2004 22 OKTOBER 2004 - fp.utm.my · i keberkesanan beberapa faktor yang mempengaruhi pembelajaran sains di kalangan pelajar tingkatan empat di sekolah – sekolah menengah

5

Kajian ini cuba meninjau masalah di atas. Walaupun banyak terdapat faktor-

faktor yang mempengaruhi keberkesanan pembelajaran sains di kalangan pelajar, tetapi

dalam konteks kajian ini ia hanya bertumpu kepada empat faktor iaitu kaedah pengajaran

yang digunakan oleh guru sains untuk mengajar mata pelajaran sains, galakan yang

diberikan oleh ibu bapa untuk mendorong anak –anak mereka mempelajari mata

pelajaran sains, cara belajar yang digunakan oleh seseorang individu untuk menguasai

mata pelajaran sains dan persekitaran pembelajaran yang berkesan untuk mempengaruhi

pelajar –pelajar mempelajari mata pelajaran sains.

1.4 Objektif kajian

Kajian ini adalah untuk meninjau beberapa faktor yang berperanan di dalam

proses pembelajaran sains di kalangan pelajar di beberapa buah di sekolah menengah

kebangsaan di daerah Pasir Puteh, negeri Kelantan.

Secara khususnya, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti:

1. Keberkesanan kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru sains untuk

mengajar mata pelajaran sains.

2. Keberkesanan galakan yang diberikan oleh ibu bapa untuk mendorong anak –

anak mereka mempelajari mata pelajaran sains.

Page 20: 22 OKTOBER 2004 22 OKTOBER 2004 - fp.utm.my · i keberkesanan beberapa faktor yang mempengaruhi pembelajaran sains di kalangan pelajar tingkatan empat di sekolah – sekolah menengah

6

3. Keberkesanan cara belajar yang digunakan oleh seseorang individu untuk

menguasai mata pelajaran sains.

4. Keberkesanan persekitaran pembelajaran yang mempengaruhi pelajar –pelajar

untuk menguasai mata pelajaran sains.

1.5 Persoalan kajian

Berdasarkan kepada objektif kajian di atas, persoalan kajian yang hendak dikaji

ialah:

1. Adakah kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru sains berkesan dalam

mengajar mata pelajaran sains?

2. Adakah galakan yang diberikan oleh ibu bapa berkesan untuk mendorong anak –

anak mereka dalam mempelajari mata pelajaran sains?

3. Adakah cara belajar yang digunakan oleh seseorang individu berkesan untuk

menguasai mata pelajaran sains?

Page 21: 22 OKTOBER 2004 22 OKTOBER 2004 - fp.utm.my · i keberkesanan beberapa faktor yang mempengaruhi pembelajaran sains di kalangan pelajar tingkatan empat di sekolah – sekolah menengah

7

4. Adakah persekitaran pembelajaran sains berkesan dalam mempengaruhi

pembelajaran sains di kalangan pelajar?

1.6 Kepentingan kajian

Prestasi akademik pelajar pada masa kini masih di dalam keadaan yang begitu

tidak memuaskan. Oleh yang demikian, hasil kajian ini sedikit banyak akan memberi

gambaran tentang keberkesanan faktor – faktor yang mempengaruhi pembelajaran sains

di kalangan pelajar. Kajian ini difikirkan penting kerana hasil dapatan kajian boleh:

1. Memberi sumbangan dan garis panduan kepada pendidik dan ibu bapa untuk

menyelesaikan masalah pembelajaran di kalangan pelajar – pelajar.

2. Membantu pihak pentadbir sekolah dan pendidik dalam usaha mereka

meningkatkan pencapaian akademik pelajar khususnya dalam mata pelajaran

sains.

3. Membantu pihak Kementerian Pendidikan menyedari masalah di sekolah

berkenaan dengan harapan dapat memperbaiki keadaan – keadaan yang

memuaskan kepada keadaan yang lebih baik.