2.1 pemindahan haba

Upload: ima1806

Post on 08-Mar-2016

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

education

TRANSCRIPT

  • 1MODUL: HabaEPISOD 2 Bahagian 1 : Pemindahan Haba

    Lembaran Kerja 2.1 Pemindahan haba

    Aktiviti 1. Sediakan penunu Bunsen di atas alas kalis haba

    Lubang untuk benang

    Potong mengikut garis lingkaran kertas

    Bahaya kesan pemanasan! Pakai pelindung mata!

    Letakkan penunu Bunsen di atas alas kalis haba dengan tungku kaki tiga dan kasa dawai dan nyalakan penunu. Biarkan penunumenyala selama beberapa minit.

    1. Pertambahan haba Rasa kepanasan yang sedang menin-gkat di bahagian atas penunu Bunsen. Berhati-hati supaya tangan anda berada di atas api pada jarak yang sela-mat. Pegang lingkaran kertas yang digantung dengan benang di atas penunu dan perhatikan hal yang berlaku.

    2. Kesan pemanasan kasa: Berapakah jarak terdekat anda den-gan nyalaan untuk merasakan kepanasan yang sama dengan meletakkan tangan di sebelah nyalaan api? Kemudian letakkan penunu di bawah kasa dawai yang diletakkan atas tungku kaki tiga sehingga kasa itu panas dengan api membara. Sekarang, berapakah jarak terhampir untuk anda merasakan kepanasan penunu?

    3. Biarkan penunu menyala dengan nyalaan membara selama 5 minit.

    Haba bangku: Sedikit haba juga diserap oleh bangku di bawah susunan radas itu. Haba itu datang daripada kasa dawai bukan daripada penunu. Anda boleh rasa haba itu dengan menyentuh bangku. Bagaimanakah jari anda dapat merasakan haba itu?

    Siasat pemindahan haba dengan melakukan amali ini.

  • 21. Letakkan sudu plastik, logam dan kayu ke dalam air yang dipanaskan. Berhati-hati supaya jangan membahayakan diri anda. Nota: Sesetengah sudu plastik mungkin akan menjadi lembut atau lebur dalam air mendidih.

    2. Sambil terus menyentuh hujung sudu di luar bikar air, tentukan masa untuk hujung setiap sudu menjadi panas dengan menggunakan jam randik atau jam dinding.

    3. Jika anda menggunakan sudu seperti dalam gambar di atas, apakah yang berlaku?

    Bahaya kesan kepanasan! Pakai pelindung mata! Aktiviti 2. Panaskan sebikar air di atas penunu.

  • 3Aktiviti 3. Letakkan kuali atau bekas rata di atas penunu.

    1. JANGAN GUNAKAN KUALI TIDAK MELEKAT. Selain kuali, loyang pembakar kek yang lama atau lapisan logam juga boleh digunakan.

    2. Lapik beberapa helai kertas peka haba atau kertas tisu di atas kuali iaitu dari bahagian tengah ke tepi kuali.

    3. Nyalakan penunu.

    4. Perhatikan betapa cepatnya haba berpindah ke kertas.

    5. Apakah yang anda perhatikan berlaku kepada kertas tisu?

    Bahaya kesan kepanasan! Pakai pelindung mata!

  • 4Aktiviti 4. Letakkan satu bikar besar AIR SEJUK di atas tungku kaki tiga.

    Bahaya kesan pemanasan! Pakai pelindung mata!

    Bahaya kimia! Gunakan sarung tangan!

    1. Tambah satu hablur ungu kalium manganat. (Hablur berbahaya dan teroksida. Jangan sentuh dengan tangan tetapi gunakan pe-nyepit.)

    2. Kemudian, mulakan pemanasan dan perhatikan dengan teliti apabila pewarna ungu menunjukkan pergerakan air panas di dalam cecair.

    3. Apakah yang berlaku kepada warna ungu pada akhirnya?

  • 5Aktiviti 5. Bolehkah anda berasa haba dari pemanas sinar berpindah ke tangan anda?

    Bahaya kesan kepanasan! Pakai pelindung mata!

    1. Pegang sekeping kad A4 yang mempunyai lubang 3cm di hadapan pemanas. Bolehkah anda rasakan haba keluar melalui lubang itu? Bolehkah anda berasa haba di sebalik kad itu?

    2. Sekarang pegang 2 kad yang mempunyai lubang padanya. Bolehkah anda tunjukkan bahawa haba bergerak dalam garis lu-rus seperti cahaya? (Pindahkan kad tersebut di sekitar kawasan pemanas sinaran.)

    3. Cadangkan cara haba bergerak dari lampu.

    Tugas anda adalah untuk untuk melaporkan pemerhatiananda dengan jelas.

    Tulis laporan yang jelas bagi kelima-lima aktiviti amali di atas. fikirkan kesan pemanasan kepada pergerakan zarah dan cara pemanasan mengubah sifat suatu bahan seperti cecair dan gas.

    Gunakan peta minda (mind map) untuk membandingkan kaedah pemindahan haba bagi setiap eksperimen.

    Masukkan peta minda untuk membandingkan pemindahan haba.

    Berikan penerangan bagi setiap perbezaan kaedah pemindahan haba dalam setiap amali.