2.1 gerakan dengan pecutan seragam

11
Gerakan Dengan Pecutan Seragam Persamaan untuk Gerakan Pecutan Seragam 1. Kebanyakan soalan pengiraan yang melibatkan gerakan dapat diselesaikan dengan menggunakan salah satu persamaan berikut. Oleh itu anda dinasihatkan menghafal semua persamaan berikut. Simbol-simbol u = halaju awal v = halaju akhir a = pecutan s = sesaran t = masa 2. Semasa menyelesaikan masalah mengenai gerakan linear, terdapat beberapa istilah penting yang harus diambil perhatian oleh pelajar. a. pegun atau rehat bermakna halaju = 0 b. kembali kepada kedudukan asal bermakna sesaran = 0 c. objek bergerak dengan halaju yang malar atau seragam bermakna pecutan = 0

Upload: aimarashid-mohamad-nor

Post on 26-Sep-2015

138 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

FIZIK T4

TRANSCRIPT

Gerakan Dengan Pecutan Seragam

Persamaan untuk Gerakan Pecutan Seragam1. Kebanyakan soalan pengiraan yang melibatkan gerakan dapat diselesaikan dengan menggunakan salah satu persamaan berikut. Oleh itu anda dinasihatkan menghafal semua persamaan berikut.Simbol-simbolu = halaju awalv = halaju akhira = pecutans = sesarant = masa

2. Semasa menyelesaikan masalah mengenai gerakan linear, terdapat beberapa istilah penting yang harus diambil perhatian oleh pelajar.a. pegun atau rehat bermakna halaju = 0b. kembali kepada kedudukan asal bermakna sesaran = 0c. objek bergerak dengan halaju yang malar atau seragam bermakna pecutan = 0

Mencari Halaju Daripada Jangka Masa Detik

Mencari HalajuHalaju suatu gerakan boleh ditentukan dengan menggunakan pita detik dengan persamaan berikut:

Berjaga-jaga!t ialah masa dari titik pertama ke titik terakhir bagi jarak yang diukur.Contoh:

Rajah di atas menunjukkan sekerat pita detik yang ditarik melalui satu jangka masa detik yang bergetar 50 kali dalam satu saat. Berapakaha. masa yang diambil dari titik pertama ke titik terakhir dalam pita detik ini? [0.3s]b. halaju purata bagi pergerakan ini? [50 m s-1]

Mencari PecutanPecutan suatu gerakan dapat ditentukan oleh jangka masa detik dengan menggunakan persamaan berikut:

Berjaga-jaga!t ialah masa yang diambil oleh perubahan halaju dari halaju awal ke halaju akhir.

Contoh 1

Pita detik di dalam rajah di atas dihasilkan oleh sebuah kereta mainan yang bergerak di atas satu landasan condong. Jika jangka masa detik yang digunakan menghasilkan 50 titik dalam satu saat, kira pecutan kereta mainan itu. [-1250 cm s-1]Jawapan:Untuk mencari pecutan, kita perlu menentukan halaju awal, halaju akhir dan masa yang diambil oleh perubahan halaju berkenaan.

Contoh 2:

Sebuah troli ditolak menaiki satu cerun. Rajah di atas menunjukkan carta pita detik yang menunjukkan gerakan troli itu. Dalam carta itu, setiap keratan pita detik terdiri daripada 5 detik. Jika jangka masa detik itu menghasilkan 50 titik dalam satu saat, tentukan pecutan troli itu. [-100 cm s-1]

Jawapan:Untuk mencari pecutan, kita perlu menentukan halaju awal, halaju akhir dan masa yang diambil oleh perubahan halaju berkenaan.

Contoh 3

Rajah menunjukkan pita detik mengandungi 5 detik bagi setiap bahagian AB, BC, CD dan DE. Hitung nilai pecutan.

Contoh 4Rajah menunjukkan carta pita detik. Hitung:(a) pecutan(b) halaju purata

1Antara pita detik yang berikut, manakah menunjukkan pergerakan halaju malar?A

B

C

D2Ali berjalan ke arah utara sebanyak 8 m, sebelum menuju ke arah timur sebanyak 6 m. Berapakah sesaran bagi pergerakan tersebut?A8 m C12 mB10 m D14 m

3Sebuah kereta pegun memecut secara seragam untuk 20 s. Halaju kereta mencapai 80 km j1. Berapakah pecutan kereta tersebut dalam tempoh ini?A1.11 m s2C4.00 m s2B2.22 m s2 D22.2 m s2

4Sebuah kereta bergerak dengan kelajuan 30 m s1 dinyahpecut kepada 10 m s1 dalam jarak 20 m. Berapakah nyahpecutan bagi pergerakan tersebut, dalam unit m s2?A0.5C20B1.0 D40

5Antara pernyataan yang berikut, manakah menghuraikan pergerakan kereta di mana kelajuannya bersamaan dengan halaju?

ASebuah kereta bergerak ke hadapan dengan kelajuan 20 km j1.BSebuah kereta bergerak dalam bulatan dengan kelajuan 20 km j1.CSebuah kereta bergerak dalam garis lurus dengan kelajuan 20 km j1.

6Rajah 1 menunjukkan satu carta pita bagi sebuah troli yang bergerak menuruni satah condong.

Diagram 1 Rajah 1Jangka masa detik bergetar dengan frekuensi 50 Hz. Tentukan pecutan bagi troli tersebut, dalam unit cm s2?A50 C300B150D250

1. Berikut ialah satu persamaan bagi gerakan dengan pecutan seragam.

v = u + at

(a) Berdasarkan persamaan yang diberikan, jawab soalan-soalan yang berikut:

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan simbol u?______________________________________________________________________________ [1 mark / 1 markah] (ii)Takrifkan pecutan, a.______________________________________________________________________________ [1 mark / 1 markah] (iii) Apakah maklumat yang anda diperoleh daripada at?______________________________________________________________________________ [1 mark / 1 markah]

(b)Persamaan di atas boleh diguna untuk menentukan halaju sesuatu objek yang dilepaskan daripada keadaan pegun.(i)Jika sekeping logam jatuh bebas daripada keadaan pegun, apakah halajunya selepas 5 saat?

[2 marks / 2 markah]

(ii)Mengapakah persamaan ini tidak boleh digunakan untuk daun yang sedang jatuh?______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ [3 marks / 3 markah]