universiti teknologi malaysia borang ......tingkatan dua, semakin tinggi tahap pencapaian tingkatan...

24
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN DUA BAGI TOPIK NOMBOR NEGATIF SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya: NURHIDAYAH BINTI UZIR (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi 4. ** Sila Tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan Oleh: (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO.2056, JLN. E5/12, TMN EHSAN, KEPONG, 52100 KUALA LUMPUR PN. MARLINA BINTI ALI Nama Penyelia Tarikh: 23 APRIL 2008 Tarikh: 23 APRIL 2008 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/oganisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disetasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda(PSM)

Upload: others

Post on 29-Dec-2019

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......tingkatan dua, semakin tinggi tahap pencapaian tingkatan satu maka semakin tinggi tahap kefahaman mereka terhadap topik nombor negatif pada

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN DUA BAGI TOPIK

NOMBOR NEGATIF

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

Saya: NURHIDAYAH BINTI UZIR (HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi 4. ** Sila Tandakan ( √ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan Oleh:

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: NO.2056, JLN. E5/12, TMN EHSAN, KEPONG, 52100 KUALA LUMPUR

PN. MARLINA BINTI ALI

Nama Penyelia

Tarikh: 23 APRIL 2008

Tarikh: 23 APRIL 2008

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/oganisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disetasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda(PSM)

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......tingkatan dua, semakin tinggi tahap pencapaian tingkatan satu maka semakin tinggi tahap kefahaman mereka terhadap topik nombor negatif pada

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)”

Tandatangan :

Nama Penyelia :PUAN MARLINA BINTI ALI

Tarikh :23 APRIL 2008

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......tingkatan dua, semakin tinggi tahap pencapaian tingkatan satu maka semakin tinggi tahap kefahaman mereka terhadap topik nombor negatif pada

i

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN DUA DALAM TOPIK

NOMBOR NEGATIF

NURHIDAYAH BINTI UZIR

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2008

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......tingkatan dua, semakin tinggi tahap pencapaian tingkatan satu maka semakin tinggi tahap kefahaman mereka terhadap topik nombor negatif pada

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Penulis :NURHIDAYAH BINTI UZIR

Tarikh :10 April 2008

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......tingkatan dua, semakin tinggi tahap pencapaian tingkatan satu maka semakin tinggi tahap kefahaman mereka terhadap topik nombor negatif pada

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat ayahanda dan bonda,

Uzir Bin Busu

Norpipah Binti Sariman

Ninda yang tercinta,

Sariman Bin Moin

Naimah Binti Paijo

Adinda yang tersayang,

Mohd Fairuz Bin Uzir

Keluarga dan rakan-rakan yang dikasihi

Pengorbanan dan jasa kalian terlalu banyak

sehingga aku menjadi insan yang berjaya

Akan ku kenang buat selama-lamanya...

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......tingkatan dua, semakin tinggi tahap pencapaian tingkatan satu maka semakin tinggi tahap kefahaman mereka terhadap topik nombor negatif pada

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani,

Segala pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam,

Rahmat sejahtera ke atas Nabi pesuruh-Nya yang penyudahan dan ke atas keluarga

para sahabat yang menjaga suruhan dan tegahan-Nya.

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, dapat

saya menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini mengikut perangkaan yang telah

ditetapkan.

Jutaan terima kasih ditujukan khas kepada Pn. Marlina Binti Ali selaku Penyelia

Projek Sarjana Muda ini di atas segala tunjuk ajar, panduan dan kerjasama beliau yang

tidak jemu-jemu selama ini. Berkat dedikasi, komitmen dan kesungguhan beliau, segala

kesulitan yang ditempuhi dapat diatasi dengan jayanya.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia

dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor di atas kebenaran untuk menjalankan kajian di

Sekolah Menengah Kebangsaan Kolam Air, Batu Pahat. Tidak ketinggalan ribuan terima

kasih diucapkan kepada pengetua, guru-guru dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah

Kebangsaan Kolam Air, Batu Pahat di atas kerjasama yang telah diberikan semasa

menjalankan kajian ini.

Tidak lupa juga kepada ibu bapa, keluarga, dan rakan-rakan yang banyak

memberi dorongan dan galakan kepada saya sepanjang saya menyiapkan Laporan Projek

Sarjana Muda ini.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......tingkatan dua, semakin tinggi tahap pencapaian tingkatan satu maka semakin tinggi tahap kefahaman mereka terhadap topik nombor negatif pada

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan tahap kefahaman pelajar

tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Kolam Air, Batu Pahat bagi tajuk nombor

negatif. Seramai 150 orang pelajar terlibat dalam kajian ini yang terdiri 91 orang pelajar

lelaki dan 59 orang pelajar perempuan yang terdiri dari pelbagai bangsa. Kesemua

pelajar yang terlibat dalam kajian ini berusia 14 tahun. Alat kajian yang digunakan

dalam kajian ini adalah soal selidik iaitu Ujian Diagnostik Nombor Negatif (UDiNN).

Statistik deskriptif seperti min, sisihan lazim dan peratusan serta statistik inferensi

seperti korelasi Pearson r digunakan dalam kajian ini. Nilai kebolehpercayaan alat kajian

ini ialah α = .91. Keputusan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman pelajar

tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Kolam Air, Batu Pahat bagi topik nombor

negatif adalah sederhana. Menerusi analisis korelasi Pearson r menunjukkan bagi pelajar

tingkatan dua, semakin tinggi tahap pencapaian tingkatan satu maka semakin tinggi

tahap kefahaman mereka terhadap topik nombor negatif pada nilai koefisien .713.

Keputusan juga menunjukkan bahawa bentuk kesilapan lazim yang sering dilakukan

pelajar terhadap topik nombor negatif ialah kesilapan konsep, kesilapan penyusunan /

kecuaian, kesilapan kemahiran dan kesilapan pengertian.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......tingkatan dua, semakin tinggi tahap pencapaian tingkatan satu maka semakin tinggi tahap kefahaman mereka terhadap topik nombor negatif pada

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to determine the level of understanding of Negative

Number among Form Two students at Sekolah Menengah Kebangsaan Kolam Air, Batu

Pahat. The sample consists of 150 students (91 male; 59 female) who were 14 years.

Ujian Diagnostik Nombor Negatif (UDiNN) is used as the instrument for this study.

Data was analyses using descriptive statistic like means, standard deviation, percentage,

and also inference statistic like Pearson Correlation. The reliability value of this research

is α = .91. The result shows that, the level of understanding of Negative Number among

Form Two students at Sekolah Menengah Kebangsaan Kolam Air, Batu Pahat is

moderate. From Pearson Correlation, the result shows that the value of coefficient at

.713. The results also show that the typical error had been done by students are concepts’

error, careless, algorithm’ error, and definition’ error.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......tingkatan dua, semakin tinggi tahap pencapaian tingkatan satu maka semakin tinggi tahap kefahaman mereka terhadap topik nombor negatif pada

vii

KANDUNGAN BAB

PERKARA

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI SINGKATAN

SENARAI LAMPIRAN

MUKA SURAT

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

xi

xii

xiii

xiv

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......tingkatan dua, semakin tinggi tahap pencapaian tingkatan satu maka semakin tinggi tahap kefahaman mereka terhadap topik nombor negatif pada

viii

BAB 1 PENGENALAN

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah

1.1.1 Penguasaan Bahasa Inggeris Yang

Lemah

1.1.2 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Yang Tidak Sesuai

1.1.3 Sikap Pelajar Yang Tidak Minat

Akan Matematik

1.1.4 Kekeliruan Pada Simbol Matematik

1.2 Pernyataan Masalah

1.3 Objektif Kajian

1.4 Persoalan Kajian

1.5 Kerangka Konsep

1.6 Kepentingan Kajian

1.6.1 Kepentingan Kepada Pelajar

1.6.2 Kepentingan Kepada Guru

1.6.3 Kepentingan Kepada Kementerian

Pelajaran Malaysia

1.7 Skop Kajian

1.8 Takrifan

1.9 Rumusan Bab

2

3

4

5

5

6

7

7

8

9

9

9

10

10

11

11

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.0 Pendahuluan 13

2.1 Sejarah Nombor Negatif 13

2.2 Tajuk Nombor Negatif Dalam Kurikulum

Matematik Di Malaysia

17

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......tingkatan dua, semakin tinggi tahap pencapaian tingkatan satu maka semakin tinggi tahap kefahaman mereka terhadap topik nombor negatif pada

ix

2.3 Model / Permainan Nombor Negatif 18

2.3.1 Model Kepingan Bingo

2.3.2 Kaedah Visualisasi Dengan Cara

Membina Jadual

2.3.3 Permainan Bola Sepak

2.4 Definisi Kefahaman

2.5 Model Psikologi Pembelajaran Matematik

2.5.1 Kefahaman Instrumental

2.5.2 Kefahaman Relasional

2.6 Kesilapan Matematik

2.7 Faktor Kesukaran Dalam Pembelajaran

Dan Pengajaran Matematik

2.7.1 Aspek Pedagogi

2.7.2 Aspek Kognitif

2.8 Tahap kefahaman pelajar terhadap nombor

negatif

2.9 Bentuk kesilapan lazim yang dilakukan

oleh pelajar dalam nombor negatif

18

22

24

25

27

27

27

28

30

30

32

33

35

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pendahuluan 37

3.1 Reka Bentuk Kajian 37

3.2 Sampel Kajian 38

3.3 Alat Kajian 38

3.3.1 Kajian Rintis 38

3.3.1.1 Pengesahan 38

3.3.1.2 Kebolehpercayaan 39

3.3.2 Bahagian A (Maklumat Pelajar) 39

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......tingkatan dua, semakin tinggi tahap pencapaian tingkatan satu maka semakin tinggi tahap kefahaman mereka terhadap topik nombor negatif pada

x

3.3.3 Bahagian B (Soal Selidik) 40

3.4 Tatacara Kajian 40

3.5 Analisis Data 42

3.6 Andaian 45

3.7 Batasan Kajian 46

3.8 Rumusan

46

BAB 4

KEPUTUSAN KAJIAN

4.0 Pendahuluan

4.1 Analisis Data

4.1.1 Taburan Responden Mengikut

Jantina

4.1.2 Taburan Responden Mengikut

Bangsa

4.1.3 Taburan Responden Mengikut

Pencapaian Matematik Tingkatan

Satu

4.1.4 Tahap Kefahaman Pelajar

Tingkatan Dua Terhadap Nombor

Negatif

4.1.5 Pertalian Antara Pencapaian

Matematik Tingkatan Satu Dengan

Tahap Kefahaman Pelajar

Tingkatan Dua Bagi Topik Nombor

Negatif

4.1.6 Bentuk Kesilapan Lazim Bagi

Topik Nombor Negatif

4.1.6.1 Penambahan Nombor Negatif

4.1.6.2 Penolakan Nombor Negatif

47

47

48

48

49

49

50

51

52

61

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......tingkatan dua, semakin tinggi tahap pencapaian tingkatan satu maka semakin tinggi tahap kefahaman mereka terhadap topik nombor negatif pada

xi

BAB 5

4.2 Rumusan Bab

KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN

5.0 Pendahuluan

5.1 Ringkasan Kajian

5.2 Kesimpulan Kajian

5.3 Perbincangan

5.3.1 Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan

Dua Terhadap Nombor Negatif

5.3.2 Pertalian Antara Pencapaian

Matematik Tingkatan Satu Dengan

Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan

Dua Bagi Topik Nombor Negatif

5.3.3 Bentuk Kesilapan Lazim Bagi Topik

Nombor Negatif

5.4 Cadangan

5.4.1 Cadangan kepada Pelajar

5.4.2 Cadangan kepada Guru

5.4.2 Cadangan Kepada Kementerian

Pelajaran Malaysia

5.5 Cadangan Kajian Masa Depan

RUJUKAN

LAMPIRAN

73

74

74

75

76

76

81

82

84

84

85

87

88

93

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......tingkatan dua, semakin tinggi tahap pencapaian tingkatan satu maka semakin tinggi tahap kefahaman mereka terhadap topik nombor negatif pada

xii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL

2.1

3.1

3.2

3.3

3.4

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

TAJUK

Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tingkatan Satu, Dua

dan Tiga (nombor negatif)

Pembahagian item

Julat Markat Peratusan Mengikut Pencapaian

Kekuatan Korelasi Pearson, r

Kaedah Statistik Kajian

Taburan responden Mengikut Jantina

Taburan responden Mengikut Bangsa

Taburan responden Mengikut Pencapaian Matematik

Tingkatan satu

Tahap kefahaman Pelajar Tingkatan Dua Terhadap Nombor

Negatif

Korelasi Pearson Bagi Pencapaian Matematik Ting Satu

Dengan Tahap kefahaman Pelajar Tingkatan Dua Terhadap

Nombor Negatif

Bentuk Kesilapan Lazim Bagi Topik Nombor Negatif

Peratusan jawapan betul dan salah bagi penambahan nombor

negatif.

Peratusan jawapan betul dan salah bagi penolakan nombor

negatif.

MUKA SURAT

18

41

44

45

45

49

49

50

51

51

52

53

63

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......tingkatan dua, semakin tinggi tahap pencapaian tingkatan satu maka semakin tinggi tahap kefahaman mereka terhadap topik nombor negatif pada

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

1.1

2.1

2.2

2.3

3.1

TAJUK

Kerangka Konsep

Bola

Kad

Padang Bola Sepak

Tatacara Kajian

MUKA SURAT

8

25

25

25

41

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......tingkatan dua, semakin tinggi tahap pencapaian tingkatan satu maka semakin tinggi tahap kefahaman mereka terhadap topik nombor negatif pada

xiv

SENARAI SINGKATAN

% - Peratus

ABM - Alat Bantu Mengajar

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PMR - Penilaian Menengah Rendah

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

UDiNN - Ujian Diagnostik Nombor Negatif

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......tingkatan dua, semakin tinggi tahap pencapaian tingkatan satu maka semakin tinggi tahap kefahaman mereka terhadap topik nombor negatif pada

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Surat Kebenaran Daripada Kementerian Pelajaran

Malaysia

B Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pelajaran Johor

C Surat Kebenaran Daripada Fakulti Pendidikan UTM

D

E

F

Soal Selidik

Pengesahan Soal Selidik

Jadual Saiz Sampel Untuk Kajian

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......tingkatan dua, semakin tinggi tahap pencapaian tingkatan satu maka semakin tinggi tahap kefahaman mereka terhadap topik nombor negatif pada

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Dalam mengorak langkah ke dalam zaman ledakan informasi teknologi, bidang

Sains dan Teknologi telah menjadi satu elemen pelengkap yang amat utama dalam

memastikan pembangunan masyarakat dalam sesebuah negara. Justeru itu, kerajaan

telah mewujudkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) untuk melahirkan warganegara yang seimbang

dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah (JERIS) berdasarkan kepercayaan

dan kepatuhan kepada Tuhan. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1988).

Bagi mencapai hasrat tersebut, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM) juga menyarankan penekanan terhadap peningkatan daya intelek yang

bersesuaian dengan Konsep Matematik. Kefahaman Konsep Matematik adalah amat

penting dalam proses pembelajaran. Kesilapan kepada tafsiran dalam konsep akan

memberikan gambaran yang berlainan terhadap makna sebenar. Penekanan yang

disarankan itu adalah dalam memberi pendidikan kita tidak mahu pelajar hanya boleh

menghafal pengetahuan (rote learning) tetapi kita mahu mereka dapat mengeluarkan

idea-idea dan fikiran yang jelas, objektif, kreatif, munasabah dan dapat memberi

pandangan yang terbuka dalam sebarang situasi (Teh Pick Ching, 1989).

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......tingkatan dua, semakin tinggi tahap pencapaian tingkatan satu maka semakin tinggi tahap kefahaman mereka terhadap topik nombor negatif pada

2

Namun begitu, dapat dilihat bahawa proses pengajaran dan pembelajaran yang

mementingkan konsep hafalan masih menjadi kaedah pengajaran pilihan kebanyakan

guru masa kini. Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisi ini hanya menekankan

hafalan dan latih tubi tanpa disertai dengan kefahaman akan menyebabkan pelajar sukar

untuk menguasai konsep Matematik. Menurut Hanafi (2004), tanpa mengetahui konsep,

semua pembelajaran akan menjadi pembelajaran hafalan dan bukan lagi pembelajaran

bermakna.

Hal ini menyebabkan pelajar lemah dalam memahami konsep asas Matematik

dan akan menghadapi masalah apabila menyelesaikan masalah Matematik kerana sering

melakukan salah konsep (Sa’diah, 2000). Salah konsep yang diterapkan dari peringkat

awal ini akan mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Ini kerana, kemahiran dalam

penguasaan dan pemahaman konsep dalam subjek Matematik menjadi asas kepada

kemahiran menguasai tajuk itu seterusnya. Ini turut di sokong oleh Lembaga

Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia di mana berdasarkan analisis yang

dibuat, prestasi SPM 1993 bagi mata pelajaran Matematik menunjukkan bahawa masih

terdapat segolongan besar pelajar yang belum dapat menguasai konsep dan kemahiran

asas Matematik. Ini ternyata dapat dilihat dalam jawapan yang diberikan di mana soalan

yang boleh dikategorikan sebagai mudah, tetapi tidak dapat dijawab oleh pelajar.

Oleh yang demikian, penyelidik berpendapat bahawa satu kajian harus

dijalankan bertujuan untuk mengukur tahap kefahaman pelajar sekolah menengah dalam

mata pelajaran matematik

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......tingkatan dua, semakin tinggi tahap pencapaian tingkatan satu maka semakin tinggi tahap kefahaman mereka terhadap topik nombor negatif pada

3

1.1 Latar Belakang Masalah

Penguasaan serta kefahaman pelajar terhadap konsep-konsep asas dalam

matematik adalah amat penting. Ini kerana, Matematik sering berkait antara satu konsep

dengan konsep sebelumnya. Kesilapan yang dilakukan oleh pelajar terhasil daripada

pemahaman konsep yang salah. Justeru itu, pemerhatian yang serius perlu diberikan bagi

meningkatkan kefahaman pelajar tehadap konsep-konsep asas tersebut.

1.1.1 Penguasaan Bahasa Inggeris Yang Lemah

Mulai tahun 2003, semua sekolah rendah dan menengah, Tahun Satu serta

Tingkatan Enam Bawah diperkenalkan kurikulum baru iaitu pelajaran Sains dan

Matematik dalam Bahasa Inggeris. Reformasi KBSR dan KBSM ini akan diteruskan

hingga tahun 2007 dan 2008 masing-masing apabila semua murid sekolah kebangsaan

akan menjawab soalan-soalan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris buat pertama

kali dalam UPSR atau SPM. Manakala pelajar-pelajar STPM akan menjawab soalan-

soalan Sains dan Matematik mulai tahun 2004. Hal ini memberi impak yang sangat

besar kepada para pelajar.

Menurut Mok (2004), kajian yang telah dijalankan oleh Menteri Pendidikan pada

bulan Mei 2003, purata pencapaian pelajar sekolah menengah Tingkatan Satu dalam

Sains dan Matematik ialah 59.2% dan 58.2% masing-masing. Walaupun keputusannya

menggalakkan tetapi sebenarnya ia berada pada tahap sederhana. Ini disokong oleh

Farahasnida (2004) di mana melalui kajian beliau, kesan pengajaran Sains dan

Matematik dalam Bahasa Inggeris terhadap pencapaian pelajar masih berada pada tahap

yang sederhana. Menurut Aziz (2003) pula, pelajar-pelajar sekolah luar bandar

menghadapi masalah pembelajaran Matematik adalah amat sukar diikuti. Hal ini

disebabkan kurangnya keupayaan pelajar untuk memahami permasalahan Matematik

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......tingkatan dua, semakin tinggi tahap pencapaian tingkatan satu maka semakin tinggi tahap kefahaman mereka terhadap topik nombor negatif pada

4

tersebut dan penggunaan bahasa semasa proses pengajaran dan pembelajaran

berlangsung.

Kelemahan pelajar menguasai Bahasa Inggeris menjadi titik tolak terhadap

ketidakfahaman dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. Masalah-

masalah yang dihadapi oleh para pelajar adalah masalah dengan sebutan dan

pemahaman istilah Matematik dalam Bahasa Inggeris serta dalam menstruktur ayat. Ini

menyebabkan pelajar jarang bertanya soalan kerana kesukaran untuk berkomunikasi

dalam Bahasa Inggeris. Menurut Mok lagi, belajar dua bahasa serentak akan membawa

kekeliruan serta membebankan usaha murid sehingga membawa kesan negatif terhadap

pelajaran. Penguasaan mengira bertambah rumit apabila bahasa pengantar ditukar

kepada Bahasa Inggeris.

1.1.2 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Tidak Sesuai

Kefahaman pelajar terhadap konsep Matematik banyak dipengaruhi oleh cara

penyampaian dan kaedah pengajaran guru (Laporan Jemaah Nazir, 1988). Velayudham

(1985) menyatakan bahawa kesukaran pelajar untuk memahami Matematik disebabkan

pengajaran yang terlalu menekankan untuk mendapatkan jawapan dan bukan

menekankan kaedah atau cara Matematik itu diajar. Pengajaran guru yang terlalu

menekankan sukatan dan penyampaian yang terlalu cepat menyebabkan pelajar sukar

memahami apa yang diajar. Kesannya, pelajar bosan untuk mempelajari Matematik.

Selain itu, pembelajaran Matematik masih lagi diajar secara tradisional. Trivett

(1970), mengklafikasikan proses pembelajaran tradisional Matematik dalam bilik darjah

sebagai surface-level discovery. Proses-proses pengajaran yang dijalankan oleh guru

adalah seperti penerangan dan pemberian contoh, pertunjukan langkah-langkah

penyelesaian yang berkaitan dann diakhiri dengan pelajar membuat latihan. Corak

pembelajaran ini akan melahirkan pelajar yang bersifat pasif kerana proses pembelajaran

merupakan tindakan mendengar penerangan guru dan diikuti dengan latihan untuk

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......tingkatan dua, semakin tinggi tahap pencapaian tingkatan satu maka semakin tinggi tahap kefahaman mereka terhadap topik nombor negatif pada

5

penguasaan konsep yang dipelajari (McKnight et al, 1987). Mengikut Thomas (1991),

pelajar memainkan peranan yang pasif dalam proses pembelajaran bercorak latih tubi

kerana mereka diminta melakukan latihan secara berulang-ulang. Situasi ini akan

melahirkan golongan pelajar yang mengingati konsep matematik tanpa

mempertimbangkan kefahaman yang bermakna.

Menurut Nor Azian (2002), didapati bahawa guru tidak melakukan persediaan

yang rapi lagi mencukupi untuk membolehkan konsep-konsep Matematik disampaikan

dan difahami dengan lancar. Guru didapati menggunakan buku teks yang sedia ada tanpa

mengubahsuainya serta tidak mngambilkira tahap kemampuan pelajar. Penggunaan alat

bantu mengajar (ABM) adalah terhad dan kadangkala tidak sesuai. Hal ini turut

disokong oleh Chin (1999), di mana hasil dapatan kajian beliau menunjukkan hampir

tiada ABM digunakan dalam P&P nombor negatif. Jika ada pun, hanya garis nombor

yang dilukis di papan hitam untuk menolong guru menyampaikan konsep serta

kemahiran mengira nombor negatif. Selain itu, konsep nombor negatif juga biasanya

diterangkan kepada pelajar melalui idea hutang-bayar sahaja. Ini menunjukkan guru

tidak bersungguh-sungguh mengajar dan akibatnya pelajar bosan serta tercetuslah

kesalahan konsep di kalangan pelajar.

1.1.3 Sikap Pelajar Yang Tidak Minat Akan Matematik

Sikap atau minat memainkan peranan yang penting kerana ia boleh

mengakibatkan pencetusan tindak balas positif atau negatif seseorang terhadap

seseorang individu, sesuatu pekara atau sesuatu keadaan (Gagne & Briggs, 1974).

Menurut Baharudin (2002), pelajar yang tidak mempunyai minat terhadap Matematik

kebanyakannya memperolehi markah yang rendah dalam ujian dan peperiksaan.

Lemah Matematik adalah berpunca daripada diri pelajar itu sendiri yang tidak

suka akan Matematik serta tidak mahu menerima mata pelajaran Matematik dengan

terbuka. Ideologi pelajar yang tidak menyiapkan kerja dengan inisiatif sendiri telah

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......tingkatan dua, semakin tinggi tahap pencapaian tingkatan satu maka semakin tinggi tahap kefahaman mereka terhadap topik nombor negatif pada

6

membuktikan sikap negatif mereka terhadap mata pelajaran Matematik khususnya.

Selain itu, menurut Nor Azian (2002), sikap pelajar yang tidak mempunyai keyakinan

asas yang kukuh dalam konsep dan kemahiran menyelesaikan masalah serta keengganan

untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang bercirikan Matematik menunjukkan bahawa diri

mereka terlalu bencikan Matematik.

1.1.3 Kekeliruan Pada Simbol Matematik

Matematik bukan sahaja dianggap abstrak malah pelajar menganggapnya

membebankan dan mengelirukan. Pelajar merasakan mempelajari simbol-simbol,

konsep dan istilah-istilah dalam Matematik sebagai pembelajaran bahasa asing (Handrik,

Radatz, 1979). Menurut Fong (1984), Matematik banyak melibatkan penggunaan

lambang-lambang atau simbol-simbol. Ini menimbulkan masalah bagi pelajar untuk

memahami konsep sebenar yang ingin disampaikan dalam penulisan Matematik

tersebut. Menurut Liew dan Muhammad Saridan (1989), sesetengah tatanda Matematik

juga menimbulkan kesukaran intrinsik kepada pelajar.

Menurut Sharifah Norul Akmar (1997), di antara operasi penambahan dan

operasi penolakan, operasi penolakan yang membabitkan integer adalah lebih banyak

menimbulkan kekeliruan dan seterusnya salah tafsir. Ini disebabkan simbol pada nombor

negatif adalah sama dengan simbol operasi tolak. Hal ini turut disokong oleh Aze

(1989), di mana pelajar tidak mempunyai sebarang masalah menggunakan operasi tolak

ke atas nombor sebelum sifar. Tetapi apabila menyelesaikan masalah melibatkan operasi

tolak ke atas nombor negatif, didapati pelajar tersebut menghadapi masalah.

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......tingkatan dua, semakin tinggi tahap pencapaian tingkatan satu maka semakin tinggi tahap kefahaman mereka terhadap topik nombor negatif pada

7

1.2 Pernyataan Masalah

Merujuk kepada huraian permasalahan yang dikemukakan di bahagian latar

belakang masalah, penyelidik ingin mengkaji sejauh mana tahap kefahaman di kalangan

pelajar tingkatan dua bagi topik nombor negatif.

1.3 Objektif Kajian

Bagi menjawab pernyataan masalah di atas, penyelidik telah membentuk

beberapa objektif kajian :

1.3.1 Mengenalpasti tahap kefahaman pelajar tingkatan dua bagi topik nombor negatif.

1.3.2 Mengenalpasti pertalian antara Pencapaian Matematik Tingkatan Satu dengan

Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan Dua Terhadap Nombor Negatif.

1.3.3 Mengenalpasti bentuk kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam topik

nombor negatif.

1.4 Persoalan Kajian

Bagi menghuraikan objektif kajian di atas, beberapa persoalan kajian telah

dibentuk :

1.4.1 Apakah tahap kefahaman pelajar tingkatan dua bagi topik nombor negatif?

1.4.2 Adakah terdapat pertalian antara Pencapaian Matematik Tingkatan Satu dengan

Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan Dua Terhadap Nombor Negatif?

1.4.3 Apakah bentuk kesilapan lazim yang dilakukan oleh pelajar dalam topik nombor

negatif?