kajian mengenai tahap pencapaian pelajar laluan...

31
KAJIAN MENGENAI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR LALUAN DIPLOMA POLITEKNIK BERBANDINF PELAJAR LALUAN DIPLOMA IPT, MATRIKULASI/ASASI DAN STPM YANG MELANJUTKAN PENHAJIAN DIPERINGKAT SARJANA MUDA DI RANGKAIAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA (MTUN) BAGI FASA II PROF. MADYA DR. ISHAK BIN BABA NO. VOT : A023 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Upload: others

Post on 23-Feb-2020

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN MENGENAI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR LALUAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5596/1/A023.pdfakademiknya. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil

KAJIAN MENGENAI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR LALUAN

DIPLOMA POLITEKNIK BERBANDINF PELAJAR LALUAN

DIPLOMA IPT, MATRIKULASI/ASASI DAN STPM YANG

MELANJUTKAN PENHAJIAN DIPERINGKAT SARJANA MUDA

DI RANGKAIAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA (MTUN)

BAGI FASA II

PROF. MADYA DR. ISHAK BIN BABA

NO. VOT : A023

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Page 2: KAJIAN MENGENAI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR LALUAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5596/1/A023.pdfakademiknya. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil

ABSTRAK

Politeknik ditubuhkan sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang bertujuan untuk melahirkan juruteknik dan pekerja mahir peringkat pertengahan untuk keperluan industri negara. Pencapaian akademik pelajar lepasan Diploma Politeknik di IPT pula sering menjadi perbincangan dalam kalangan akademia berasaskan pencapaian akademiknya. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil cabaran ini untuk mengenalpasti tahap pencapaian pelajar ini berbanding laluan lain iaitu Matrikulasi, STPM dan Diploma IPT. Ianya melibatkan empat buah universiti teknikal Malaysia atau lebih dikenali sebagai Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Penelitian ini dirancang dengan menggunakan kajian yang diperincikan dengan mengambil sampel pelajar kemasukan 200712008 yang bergraduat pada tahun 201 1. Prestasi akademik mereka diambil kira melalui pencapaian mereka sewaktu di sekolah iaitu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), prestasi akademik semasa di peringkat diploma di politeknik atau IPT, matrikulasi atau asasi ataupun STPM. Kajian juga mengukur prestasi akademik di peringkat Sarjana Muda dan semasa mereka bergraduat. Hasil kajian menunjukkan prestasi pelajar lepasan Diploma Politeknik kurang cemerlang di peringkat awal pengajian. Prestasi akademik mereka semasa bergraduat juga kurang berbanding dengan pelajar lepasan Diploma IPT dan STPM tetapi mempunyai corak yang hampir sama dengan lepasan Matrikulasi. Kajian mencadangkan agar Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) mengkaji semula kurikulum yang digunakan agar dapat disesuaikan dengan kurikulum peringkat Ijazah terutamanya yang melibatkan elemen matematik dan kejuruteraan. Selain itu JPP boleh menilai semula kaedah pentaksiran yang dijalankan agar dapat menggambarkan pencapaian sebenar pelajar apabila berada di IPT. Ini disebabkan dasar penubuhan dan fungsi politeknik adalah berbeza dengan dasar penubuhan dan fungsi IPTA dan ini menyebabkan keluaran politeknik menghadapi laluan yang agak mencabar semasa mereka berada di IPT.

Page 3: KAJIAN MENGENAI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR LALUAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5596/1/A023.pdfakademiknya. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil

KANDUNGAN

Bab Perkara Muka Surat

Senarai Penyelidik Abstrak Kandungan

1.0 PENGENALAN 1.1 Pernyataan Masalah 1.2 Objektif Kajian 1.3 Skop Kajian

2.0 KAJIAN LITERATUR 3 2.1 Sistem Gred Penilaian 3 2.2 Pengaruh Pilihan Pelajar Terhadap Aliran Pendidikan Teknik dan 5

Vokasional (PTV) 2.3 Pengajian di Politeknik 5 2.4 Statistik Graduan Politeknik 7 2.5 Faktor Pencapaian Matapelajaran Matematik 9

3.0 METODOLOGI 3.1 Rekabentuk Kajian 3.2 Kerangka Operasi 3.3 Sampel Kajian

3.3.1 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 3.3.2 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) 3.3.3 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 3.3.4 Universiti Malaysia Pahang (UMP)

3.4 Analisis Data

4.0 HASIL KAJIAN UTHM 4.1 Perbandingan Antara Lulusan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT

Dan Diploma Politeknik Berdasarkan Keputusan SPM 4.1.1 Matematik Moden (MM) 4.1.2 Matematik Tambahan (MT) 4.1.3 Fizik 4.1.4 Bahasa Inggeris (BI)

4.2 Perbandingan Antara Lulusan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT dan Diploma Politeknik Berdasarkan CPA Kemasukan

4.3 Perbandingan Antara Lulusan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT dan Diploma Politeknik Berdasarkan Kursus Sarjana Muda 4.3.1 Matematik Kejuruteraan I (MK I) 4.3.2 Matematik Kejuruteraan I1 (MK 11) 4.3.3 Matematik Kejuruteraan I11 (MK 111) 4.3.4 Matematik Kejuruteraan IV (MK IV) 4.3.5 Bahasa Inggeris (BI)

4.4 Perbandingan Antara Lulusan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT dan Diploma Politeknik Berdasarkan CPA Graduat

Page 4: KAJIAN MENGENAI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR LALUAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5596/1/A023.pdfakademiknya. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil

HASIL KAJIAN UTeM 5.1 Perbandingan Antara Lulusan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT

dan Diploma Politeknik Berdasarkan Keputusan SPM 5.1.1 Matematik Moden (MM) 5.1.2 Matematik Tambahan (MT) 5.1.3 Fizik 5.1.4 Bahasa Inggeris (BI)

5.2 Perbandingan Antara Lulusan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT dan Diploma Politeknik Berdasarkan CPA Kemasukan

5.3 Perbandingan Antara Lulusan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT dan Diploma Politeknik Berdasarkan Kursus Sarjana Muda 5.3.1 Matematik Kejuruteraan (MK) 5.3.2 Persamaan Perbezaaan (PP) 5.3.3 Kaedah Berangka (KB) 5.3.4 Statistik 5.3.5 Kursus Bahasa Inggeris (BI)

5.4 Perbandingan Antara Lulusan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT dan Diploma Politeknik Berdasarkan CPA Graduat

HASIL KAJIAN UniMAP 6.1 Perbandingan Antara Lulusan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT

dan Diploma Politeknik Berdasarkan Keputusan SPM 6.1.1 Matematik Moden (MM) 6.1.2 Matematik Tambahan (MT) 6.1.3 Fizik 6.1.4 Bahasa Inggeris (BI)

6.2 Perbandingan Antara Lulusan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT dan Diploma Politeknik Berdasarkan CPA Kemasukan

6.3 Perbandingan Antara Lulusan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT dan Diploma Politeknik berdasarkan Kursus Sarjana Muda 6.3.1 Matematik Kejuruteraan I (MK I) 6.3.2 Matematik Kejuruteraan I1 (MK 11) 6.3.3 Matematik Kejuruteraan 111 (MK 111) 6.3.4 Matematik Perniagaan (MPE) 6.3.5 Statistik Perniagaan (SPE) 6.3.6 Bahasa Inggeris (BI)

6.4 Perbandingan Antara Lulusan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT dan Diploma Politeknik Berdasarkan CPA Graduat

HASIL KAJIAN UMP 7.1 Perbandingan antara lulusan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT

dan Diploma Politeknik Berdasarkan Keputusan SPM 7.1.1 Matematik Moden (MM) 7.1.2 Matematik Tambahan (MT) 7.1.3 Fizik 7.1.4 Bahasa Inggeris (BI)

7.2 Perbandingan Antara Lulusan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT dan Diploma Politeknik Berdasarkan CPA Kemasukan

7.3 Perbandingan antara lulusan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT dan Diploma Politeknik Berdasarkan Kursus Sarjana Muda 7.3.1 Persamaan Perbezaan 7.3.2 Statistik 7.3.3 Kaedah Berangka 7.2.4 Bahasa Inggeris

Page 5: KAJIAN MENGENAI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR LALUAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5596/1/A023.pdfakademiknya. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil

7.4 Perbandingan Antara Lulusan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT dan Diploma Politeknik Berdasarkan CPA Graduat

KESIMF'ULAN 8.1 Keputusan SPM

8.1.1 Matematik Moden 8.1.2 Matematik Tambahan 8.1.3 Fizik 8.1.4 Bahasa Inggeris

8.2 Perbandingan Antara Lepasan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT dan Diploma Politeknik Berdasarkan CPA Kemasukan

8.3 Perbandingan Antara Lepasan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT dan Diploma Politeknik Berdasarkan CPA Bergraduan

8.4 Cadangan

RUJUKAN

Page 6: KAJIAN MENGENAI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR LALUAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5596/1/A023.pdfakademiknya. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil

Laporan ini melaporkan kajian berkenaan pencapaian pelajar lepasan Diploma

Politeknik berbanding pelajar lepasan Diploma Institusi Pengajian Tinggi (IPT),

MatrikulasiIAsasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang melanjutkan

pengajian di peringkat sarjana muda di Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia

(MTUN), iaitu :

i. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

ii. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

iii. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

iv. Universiti Malaysia Pahang (UMP)

1.1 Penyataan Masalah

Politeknik ditubuhkan sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang bertujuan untuk

melahirkan juruteknik dan pekerja mahir peringkat pertengahan untuk keperluan

industri dan perkilangan. Walaupun tujuan asalnya adalah untuk membekalkan

tenaga kerja separa mahir untuk industri, namun terdapat kira-kira 15% dari pelajar

lepasan politeknik melanjutkan pengajian ke universiti selepas tamat pengajian

samada di peringkat sijil ataupun diploma.

Walau bagaimanapun, terdapat persepsi yang mengatakan bahawa pelajar

lepasan Diploma Politeknik tercicir apabila berada di IPTA atau IPTS. Pencapaian

akademik mereka dikatakan tidak memberangsangkan berbanding pelajar lepasan

Matrikulasi, STPM dan Diploma IPT. Kajian ini akan melihat kebenaran persepsi ini

dan mencadangkan beberapa langkah yang mungkin dapat diambil bagi memperbaiki

masalah ini.

Page 7: KAJIAN MENGENAI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR LALUAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5596/1/A023.pdfakademiknya. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil

1.2 Objektif Kajian

Objektif penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti prestasi akademik

pelajar lepasan Diploma Politeknik berbanding pelajar dari lepasan Diploma IPT,

MatrikulasilAsasi dan STPM di peringkat berikut :

i. SPM iaitu bagi matapelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Fizik,

ii. IPT iaitu bagi kursus-kursus berkaitan Matematik dan Bahasa Inggeris, dan

iii. Perbandingan Himpunan Purata Nilaian Mata (CPA) sebelum mengikuti

pengajian di IPT dan semasa bergraduan.

1.3 Skop Kajian

Kajian diperincikan dengan mengambil sampel pelajar tahun 200712008 yang

bergraduan pada tahun 201 1 di MTUN. Prestasi akademik mereka diambil kira

melalui pencapaian mereka sewaktu di sekolah iaitu di peringkat Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM), prestasi akademik semasa di peringkat Diploma Politeknik atau

Diploma IPT, sijil MatrikulasiIAsasi ataupun Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

(STPM). Kajian juga akan melihat prestasi akademik semasa pelajar mengikuti

program peringkat sarjana muda bagi kursus-kursus tertentu dan juga prestasi mereka

semasa mereka bergraduan.

Page 8: KAJIAN MENGENAI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR LALUAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5596/1/A023.pdfakademiknya. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil

2.1 Sistem Gred Penilaian

Bagi membuat perbandingan Himpunan Purata Nilaian Mata (CPA) yang diperolehi

oleh pelajar di peringkat pengajian Diploma, Matrikulasi, STPM, dan sarjana muda,

sistem penilaian di antara pelbagai peringkat pengajian berkenaan perlulah dijelaskan

terlebih dahulu. Jadua12.1 menunjukkan sistem gred pengajian di politeknik sebelum

dan selepas sesi Jun 2012 manakala Jadua12.2. menunjukkan sistem gred STPM dan

Jadua12.3 menunjukkan sistem gred Matrikulasi.

Jadua12.1 : Sistem gred pengajian di politeknik sebelurn dan selepas sesi Jun 2012

(Jabatan Pengajian Politeknik, 20 12)

Page 9: KAJIAN MENGENAI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR LALUAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5596/1/A023.pdfakademiknya. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil

Jadua12.2 : Sistem gred STPM (Majlis Peperiksaan Malaysia, 20 1 1)

Jadua12.3 : Sistem gred matrikulasi (Kolej Matrikulasi Kedah & Kolej Matrikulasi

Negeri Sembilan, 20 12)

Page 10: KAJIAN MENGENAI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR LALUAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5596/1/A023.pdfakademiknya. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil

2.2 Pengaruh Pilihan Pelajar Terhadap Aliran Pendidikan Teknik dan

Vokasional (PTV)

Rajah 2.1 menunjukkan pilihan aliran pendidikan dipengaruhi oleh guru (38.5%) dan

diikuti oleh minat pelajar sendiri (32.9%) dan ibu bapa (12.7%). Ini menunjukkan

guru memainkan peranan besar dalam membantu pelajar membuat pilihan sendiri

mengikut kecenderungan dan minat masing-masing kerana apabila diperbandingkan

keputusan antara kurnpulan responden dalam kajian di atas (pelajar sekolah

menengah dengan pelajar yang sudah berada dalam aliran teknikal), 83.3%

responden memilih pendidikan teknikal atas minat sendiri. Ini menunjukkan pelajar-

pelajar aliran PTV bukanlah terdiri daripada pelajar yang tidak lagi berminat untuk

belajar atau terpaksa mengambil aliran tersebut. Menurut Aminuddin (201 1) lagi,

pelajar yang tercicir juga merupakan sumber tenaga kerja yang berpotensi setelah

mendapat latihan dan kemahiran.

I teacher's choice

I self interest

parent's choice

I scl~ool decided

peer g'oup

Rajah 2.1 : Pengaruh ke atas pilihan pelajar terhadap aliran PTV

(Abd Hair, et. al, 201 1)

2.3 Pengajian di Politeknik

Sebagai usaha dalam memperkasakan PTV, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

telah mewujudkan Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti pada 1 Januari 2005 untuk

Page 11: KAJIAN MENGENAI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR LALUAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5596/1/A023.pdfakademiknya. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil

meneraju pendidikan dan latihan di peringkat separa professional yang berkualiti dan

bertaraf dunia serta pemangkin pembelajaran sepanjang hayat yang berkesan bagi

memenuhi keperluan modal insan negara (Nurul Ain Hussain, 2009).

Politeknik adalah salah sebuah institusi pendidikan yang menjadi laluan

alternatif buat para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk yang

memilih aliran Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV). Terdapat tiga pilihan

lain iaitu matrikulasi, diploma Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Sijil

Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Syarat kemasukan untuk keempat-empat institusi

adalah berbeza-beza. Syarat kemasukan ke politeknik adalah yang paling minimum

antara keempat-empat institusi ini. Untuk saringan pelajar kemasukan ke matrikulasi

mementingkan meritokrasi menjadikan matrikulasi tempat longgokan pelajar-pelajar

kategori pintar cerdas akademik (PCA). Seperti yang dinyatakan oleh Piirto (1999),

pelajar PCA adalah pelajar yang menunjukkan bakat dalam akademik pada satu-satu

tahap tertentu contohnya seperti tahap SPM. Perkara ini boleh dilihat apabila

memperbandingkan keputusan SPM para pelajar ini.

Menurut Arninuddin (201 l), Politeknik sering dikaitkan sebagai tempat bagi

pelajar-pelajar yang bermasalah dan keciciran dalam pelajaran ketika di sekolah

memandangkan syarat kemasukkannya lebih rendah dari institusi pendidikan yang

lain. Ini mencetuskan persepsi buruk terhadap politeknik kerana pelajar tercicir

sering dikaitkan dengan pelajar bermasalah. Walau bagaimanapun, menurut hasil kaji

selidik yang dijalankan oleh Abd Hair, et. a1 (201 I), beliau tidak bersetuju dengan

penyataan bahawa pelajar teknikal dan vokasional terdiri daripada pelajar yang

kurang minat akademik, cenderung menjadi pesalah juvana, pelajar bermasalah dan

tiada minat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Abd Hair, et. a1

(20 1 1) menyatakan pengiktirafan kualiti PTV terhadap keupayaan untuk melahirkan

tenaga kerja yang berkualiti tinggi dengan pengetahuan dan kebolehan, inovatif,

beretika kerja, nilai sosial positif dan kebolehpakaian kandungan kursus dijangka

menjadi faktor besar mempengaruhi keputusan pelajar memilih aliran PTV. Tetapi

usaha yang lebih masih diperlukan untuk mempromosi PTV terutamanya melalui

media elektronik.

Page 12: KAJIAN MENGENAI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR LALUAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5596/1/A023.pdfakademiknya. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil

Amalan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) di Politeknik dengan

kebanyakan institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia adalah berbeza, dimana

penekanan diberikan lebih kepada teknikal dan praktikal berbanding penumpuan

kepada pemahaman teori. Ini bertujuan untuk membangunkan kecekapan dalam

kemahiran tangan sebagaimana yang dikehendaki oleh industri yang berkaitan

( m a d , 2001). Objektif utama PTV adalah untuk membangunkan kedua-dua

kemahiran teknikal dan bukan teknikal; seperti kemahiran etika kerja, kerja

berpasukan, komunikasi berkesan dan nilai positif supaya mereka boleh menjadi

pekerja yang produktif dan efektif (Ahmad, 2001). PTV menjurus kepada

penyediaan kemahiran yang boleh digunakan segera dalam pasaran pekerjaan (Unit

Perancang Ekonomi, 20 10).

2.4 Statistik Graduan Politeknik

Berdasarkan Laporan Eksekutif Kajian Pengesanan Graduan Politeknik (KPG) 2009

dan 2010, pada tahun 2008 seramai 31,445 orang graduan (Rajah 2.2) telah

dihasilkan oleh 20 buah Politeknik dan jumlah ini meningkat pada tahun 2009

kepada 33,5 10 orang graduan (Rajah 2.3) dari 22 buah Politeknik seluruh Malaysia.

Pemegang 51Ji1 13,089 (41.6%4 .- ... .

Perempuan I 14,173 (45.1Q6'0) 8

Pemegang Diploma

Lelakl

Rajah 2.2 : Profil graduan politeknik 2009 (Jabatan Pengaj ian Politeknik, 20 10)

Page 13: KAJIAN MENGENAI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR LALUAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5596/1/A023.pdfakademiknya. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil

Rajah'2.3 : Profil Graduan Politeknik 2010 (Jabatan Pengajian Politeknik, 201 1)

Berdasarkan Rajah 2.4 dan Rajah 2.5, terdapat peningkatan dalam peratusan

pelajar yang melanjutkan pelajaran iaitu seramai 7.8% pada tahun 2009 dan 12.5%

pada tahun 201 0.

Menlngkatkan KernahIran I Menunggu Penernpatan

Rajah 2.4 : Status graduan Politeknik 2009 (Jabatan Pengajian Politeknik, 2010)

Page 14: KAJIAN MENGENAI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR LALUAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5596/1/A023.pdfakademiknya. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil

bekerja

sambung belajar

r latihan lanjutan

tunggu penempatan kerja

tidak bekerja

Rajah 2.5 : Status graduan Politeknik 201 0 (Jabatan Pengajian Politeknik, 20 1 1)

2.5 Faktor Pencapaian Matapelajaran Matematik

Pencapaian akademik adalah berkait rapat dengan tahap penguasaan ilmu

pengetahuan seseorang itu (Norhamiza, 2005). Terdapat pelbagai faktor yang boleh

mendorong pencapaian akademik seseorang pelajar. Khairol Adha (2004)

menyatakan salah satu faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik seseorang

pelajar adalah minat mereka terhadap bidang yang dipilih. Beliau juga mendapati

faktor pemilihan bidang yang sesuai dengan diri pelajar turut mempengamhi

pencapaian akademik pelajar. Mohd Zainal (2004) pula mendapati status sosio

ekonomi keluarga pelajar juga dapat mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

Keadaan status ekonomi keluarga yang kecil akan mengakibatkan pelajar berhadapan

dengan masalah untuk menyediakan keperluan pembelajaran mereka dan keadaan ini

akan menyukarkan untuk mereka lebih fokus di dalam pelajaran.

Dalarn sistem pendidikan Malaysia, matapelajaran matematik merupakan

subjek wajib lulus untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi

selepas peringkat sekolah. Namun, menurut kajian Koh et al. (2008) matapelajaran

matematik seringkali dianggap sebagai sesuatu yang sukar dan membosankan oleh

pelajar kerana proses pembelajaran berlangsung dalam struktur bilik darjah yang

tradisional, pembelajaran matematik lebih menekankan penghafalan formula dan

latih tubi, kemahiran menjawab soalan peperiksaan dan pengajaran yang berpusatkan

guru. Tan (2000) menegaskan, persepsi matapelajaran matematik itu sukar akan

9

Page 15: KAJIAN MENGENAI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR LALUAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5596/1/A023.pdfakademiknya. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil

menghilangkan minat dan merendahkan motivasi pelajar untuk mendalami ilmu

tersebut.

Berdasarkan kajian oleh Zamry et al. (2010), 61% pelajar Politeknik Mukah

Sarawak gaga1 kursus Matematik Kejmteraan I bagi sesi Januari 2009. Kajian oleh

M a r h ~ a et al. (2010) pula menunjukkan bahawa matematik adalah antara kursus

yang menyumbang kepada kegagalan pelajar dalam Statistik Peperiksaan Akhir

pelajar Politeknik Kuching, Sarawak. Kemerosotan ini dikatakan berkaitan dengan

sikap pelajar yang tidak minat atau menganggap matematik itu susah dipelajari.

Menurut Fitt (1956), sikap pelajar terhadap kursus matematik mempunyai hubungan

dengan pencapaiannya. Kepercayaan, sikap dan kecekapan diri berkait terhadap

kesan pencapaian akademik (Relich dan Way, 1994; Philippou, 1998; Thompson,

1992). Ming dan Greenan (2003) menegaskan, kelemahan dalam matematik untuk

bidang vokasional dan teknologi berpunca dari sikap negatif yang wujud dalam diri

pelajar terhadap matapelajaran tersebut. Sikap negatif ini timbul daripada

kekecewaan mereka sejak di alam persekolahan lagi sehingga wujud stigma dalam

diri bahawa "saya tidak bagus dalam matematik". Maka, sikap yang positif

diperlukan terhadap kursus matematik kerana dapat memberi ransangan kepada

pelajar dalam memperoleh pencapaian akademik yang baik.

Page 16: KAJIAN MENGENAI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR LALUAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5596/1/A023.pdfakademiknya. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil

METODOLOGI

3.1 Rekabentuk Kajian

Reka bentuk kajian yang diaplikasikan dalam kajian ini adalah berbentuk kajian

deskriptif. Dalam kajian ini, hubungkait sejarah akademik graduan dengan prestasi

semasa dan selepas di universiti akan dikaji. Data diambil dari pengkalan data di

UTHM, UTeM, UniMAP dan UMP. Perbandingan akan dilakukan dengan

pengkelasan di antara pelajar lepasan Diploma Politeknik, Diploma IPTA,

Matrikulasi dan STPM.

Page 17: KAJIAN MENGENAI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR LALUAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5596/1/A023.pdfakademiknya. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil

3.2 Kerangka Operasi

Kerangka operasi kajian yang dijalankan telah dibentuk berdasarkan kepada turutan

carta alir seperti Rajah 3.1.

PROSES

OUTPUT

Rajah 3.1 : Kerangka operasi kajian

Page 18: KAJIAN MENGENAI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR LALUAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5596/1/A023.pdfakademiknya. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil

3.3 Sampel Kajian

Sampel pelajar MTUN yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar

dalam program-program sarjana muda kejuruteraan kemasukan Semester 1 Sesi

200712008. Hanya pelajar-pelajar yang telah bergraduan yang dipertimbangkan.

3.3.1 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Jadual 3.1 menunjukkan taburan sampel kajian berdasarkan 3 program pengajian

kejuruteraan iaitu :

i. Program Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian (BFF) yang

ditawarkan oleh Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS).

ii. Program Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian (BEE) yang

ditawarkan oleh Fakulti Elektrik dan Elektronik (FKEE). . . . 111. Program Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian (BDD) yang

ditawarkan oleh Fakulti Mekanikal dan Pembuatan (FKMP).

Jadua13.1 : Saiz untuk sampel UTHM

Lulusan Masuk

Sijil Matrikulasi STPM

Diploma IPT Diploma Politeknik

Jumlah Pelajar (Orang)

166 11 1 357 552

Page 19: KAJIAN MENGENAI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR LALUAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5596/1/A023.pdfakademiknya. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil

3.3.2 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Sampel dipilih dari kalangan pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE),

Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP), Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan

Kejuruteraan Komputer (FKEKK) dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM).

Jadua13.2 : Saiz untuk sampel UTeM

3.3.3 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Lulusan Masuk

Sijil Matrikulasi STPM

Diploma IPT Diploma Politeknik

Bagi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pula, sampel dipilih dari kalangan

pelaj ar-pelaj ar Fakulti Kejuruteraan.

Jumlah Pelajar (Orang)

292 127 111 28 1

Jadua13.3 : Saiz untuk sampel UniMAP

I Lulusan Masuk I Jumlah Pelajar (Orang) I I

Siiil Matrikulasi STPM

Diploma IPT Diploma Politeknik

366 263 104 202

Page 20: KAJIAN MENGENAI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR LALUAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5596/1/A023.pdfakademiknya. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil

3.3.4 Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Sampel dipilih dari kalangan pelajar-pelajar bidang Kejuruteraan Awam (BAA),

Kejuruteraan Kimia (BKC), Kejuruteraan Elektronik (BEE) dan Kejuruteraan

Mekanikal (BMM). Walau bagaimanapun, saiz sampel tidak dilaporkan.

3.4 Analisis Data

Hasil analisa dilaporkan dalam bentuk graf. Data dilaporkan dalarn bentuk peratusan

sahaja seperti yang dinyatakan dalam tujuan kajian iaitu :

i. Peratusan pencapaian SPM bagi matapelajaran Matematik Moden, Matematik

Tambahan, Bahasa Inggeris dan Fizik,

ii. Pencapaian kursus-kursus Matematik dan Bahasa Inggeris di pengajian peringkat

Sarj ana Muda, dan

iii. Pencapaian purata markah himpunan (CPA) pelajar sebelum mengikuti program

sarj ana muda dan CPA graduan pelaj ar sarj ana muda MTUN.

Page 21: KAJIAN MENGENAI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR LALUAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5596/1/A023.pdfakademiknya. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil

4.0

HASIL KAJIAN UTHM

4.1 Perbandingan Antara Lepasan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT dan

Diploma Politeknik Berdasarkan Keputusan SPM

Perbandingan antara lepasan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT dan Diploma

Politeknik dibuat berdasarkan keputusan SPM bagi matapelajaran :

i. Matematik Moden (MM)

ii. Matematik Tambahan (MT)

iii. Fizik

iv. Bahasa Inggeris (BI)

Page 22: KAJIAN MENGENAI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR LALUAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5596/1/A023.pdfakademiknya. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil

4.1.1 Matematik Moden (MM)

Rajah 4.1 menunjukkan pencapaian Matematik Moden bagi responden mengikut

pengkelasan masing-masing. Secara keseluruhannya, matapelajaran Matematik

Moden bagi semua pelajar memperolehi harnpir 100.0% bagi gred A1 hingga gred

C6. _Graf untuk semua lulusan mempunyai corak yang sama iaitu cenderung ke arah

kiri. Ini menunjukkan kebanyakan pelajar dapat menguasai matapelajaran Matematik

Moden dengan baik di peringkat SPM.

(a) PERATUS GRED M M LEPASAN

A1 A2 B3 84 C5 C6 D7 E8 F9

Gred Pencapaian Pelajar

(c) PERATUS GRED MM LEPASAN DIPLOMA IPT

loo 'I

A1 A2 B3 B4 C5 C6 D7 E8 F9

Gred Pencapaian Pelajar

(b) PERATUS GRED M M STPM

100 7

LEPASAN

---T---r'--'

A1 A2 B3 B4 C5 C6 D7 E8 F9

Gred Pencapaian Pelajar

(d) PERATUS GRED M M LEPASAN DIPLOMA POLlTEKNlK

A1 A2 B3 84 C5 C6 D7 E8 F9

Gred Pencapaian Pelajar

Rajah 4.1 : Prestasi Matematik Moden bagi lepasan (a) Matrikulasi, (b) STPM,

(c) Diploma IPT dan (d) Diploma Politeknik

Page 23: KAJIAN MENGENAI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR LALUAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5596/1/A023.pdfakademiknya. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil

4.1.2 Matematik Tambahan (MT)

Rajah 4.2 menunjukkan pencapaian Matematik Tambahan bagi responden mengikut

pengkelasan masing-masing. Secara keseluruhannya, matapelajaran Matematik

Tambahan bagi pelaj ar lepasan Matrikulasi dan STPM menghampiri 100.0%, bagi

gred A1 hingga gred C6. Manakala pencapaian lepasan Diploma IPT ialah 83.5%

dan lepasan Diploma Politeknik ialah 50.0%. Graf pencapaian juga menunjukkan

corak pencapaian lepasan Matrikulasi dan STPM yang cenderung ke arah kiri,

manakala corak yang sebaliknya untuk pelajar lepasan Diploma IPT dan Diploma

Politeknik.

(a) PERATUS GRED M T LEPASAN (b) PERATUS GRED M T LEPASAN MATRlKULASl STPM

Gred Pencapaian Pelajar Gred Pencapaian Pelajar

(c) PERATUS MT LEPASAN (d) PERATUS GRED MT LEPASAN DIPLOMA IPT DIPLOMA POLITEKNIK

A 1 A2 83 84 C5 C6 D7 E8 F9

Gred Pencapaian Pelajar

A 1 A2 83 84 C5 C6 D7 E8 F9

Gred Pencapaian Pelajar

Rajah 4.2: Prestasi Matematik Tambahan bagi lepasan (a) Matrikulasi, (b) STPM,

(c) Diploma IPT dan (d) Diploma Politeknik

Page 24: KAJIAN MENGENAI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR LALUAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5596/1/A023.pdfakademiknya. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil

4.1.3 Fizik

Rajah 4.3 menunjukkan pencapaian Fizik bagi responden mengikut pengkelasan

masing-masing. Secara keseluruhannya, matapelajaran Fizik bagi pelajar lepasan

Matrikulasi dan STPM menghampiri loo%, bagi gred A1 hingga gred C6. Manakala

pencapaian lepasan Diploma IPT ialah 81.9% dan lepasan Diploma Politeknik ialah

52.7%. Graf pencapaian juga menunjukkan corak pencapaian lepasan Matrikulasi

dan STPM yang cenderung ke arah kiri, manakala corak yang sebaliknya untuk

pelajar lepasan Diploma Politeknik. Lepasan Diploma IPT adalah bertaburan normal.

(a) PERATUS GRED FlZlK LEPASAN (b) PERATUS GRED FlZlK LEPASAN MATRlKULASl STPM

A 1 A2 83 84 C5 C6 D7 E8 F9 A 1 A2 83 84 C5 C6 D7 E8 F9

Gred Pencapaian Pelajar Gred Pencapaian Pelajar

(c) PERATUS GRED FlZlK LEPASAN (d) PERATUS GRED FlZlK LEPASAN DIPLOMA IPT DIPLOMA POLlTEKNlK

I 50 -1 I

A 1 A2 B3 B4 C5 C6 D7 E8 F9 A 1 A2 B3 84 C5 C6 D7 E8 F9

Gred Pencapaian Pelajar Gred Pencapaian Pelajar

Rajah 4.3 : Prestasi Fizik bagi lepasan (a) Matrikulasi, (b) STPM,

(c) Diploma IPT dan (d) Diploma Politeknik

Page 25: KAJIAN MENGENAI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR LALUAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5596/1/A023.pdfakademiknya. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil

4.1.4 Bahasa Inggeris (BI)

Rajah 4.4 menunjukkan pencapaian Bahasa Inggeris bagi responden mengikut

pengkelasan masing-masing. Secara keseluruhannya, pencapaian matapelajaran

Bahasa Inggeris bagi pelajar lepasan Matrikulasi dan STPM melebihi 90% bagi gred

A1 hingga gred C6, manakala lepasan Diploma IPT dan Diploma Politeknik kurang

daripada 53%. Graf pencapaian juga menunjukkan corak pencapaian lepasan

Matrikulasi dan STPM yang cenderung ke arah kiri, manakala corak yang sebaliknya

untuk pelajar lepasan Diploma IPT dan Diploma Politeknik.

(a) PERATUS GRED BI LEPASAN (b) PERATUS GRED BI LEPASAN

MATRlKULASl STPM

A 1 A2 B3 84 C5 C6 D7 E8 F9 A 1 A2 B3 B4 C5 C6 D7 E8 F9

Gred Pencapaian Pelajar Gred Pencapaian Pelajar

(c) PERATUS GRED BI LEPASAN (d) PERATUS GRED BI LEPASAN DIPLOMA IPT DIPLOMA POLlTEKNlK

A 1 A2 83 B4 C5 C6 D7 E8 F9 A 1 A2 B3 B4 CS C6 D7 E8 F9

Gred Pencapaian Pelajar Gred Pencapaian Pelajar

Rajah 4.4 : Prestasi Bahasa Inggeris bagi lepasan (a) Matrikulasi, (b) STPM,

(c) Diploma IPT dan (d) Diploma Politeknik

Page 26: KAJIAN MENGENAI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR LALUAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5596/1/A023.pdfakademiknya. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil

4.2 Perbandingan Antara Lepasan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT dan

Diploma Politeknik Berdasarkan CPA Kemasukan

Rajah 4.5 menunjukkan graf analisa CPA masuk pelajar mengikut pengkelasan

laluan masing-masing. 95.2% lepasan Diploma Politeknik, 52.9% lepasan Diploma

IPT, dan 40% lepasan Matrikulasi memperolehi CPA kemasukan 3.0 dan ke atas. Ini

menunjukkan pencapaian di peringkat lepasan Diploma Politeknik lebih tinggi

berbanding kemasukan yang lain. Walau bagaimanapun, tiada analisa CPA masuk

bagi pelajar lepasan STPM kerana sistem penilaian mereka menggunakan pengiraan

yang berbeza.

- Matrikulasi - Diploma IPT - Diploma Politeknik 60

2.00 - 2.50 2.51 - 3.00 3.01 - 3.50 3.51 - 4.00

Gred CPA Pelajar

Rajah 4.5 : Prestasi CPA Masuk Universiti bagi lepasan Matrikulasi, Diploma IPT

dan Diploma Politeknik

Page 27: KAJIAN MENGENAI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR LALUAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5596/1/A023.pdfakademiknya. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil

4.3 Perbandingan Antara Lepasan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT dan

Diploma Politeknik Berdasarkan Kursus Sarjana Muda

Berikut merupakan kursus-kursus berkaitan Matematik dan Bahasa Inggeris yang

ditawarkan di fakulti kejuruteraan UTHM :

i. Matematik Kejuruteraan I

ii. Matematik Kejuruteraan I1

iii. Matematik Kejuruteraan I11

iv. Matematik Kejuruteraan IV

v. Bahasa Inggeris

Page 28: KAJIAN MENGENAI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR LALUAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5596/1/A023.pdfakademiknya. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil

4.3.1 Matematik Kejuruteraan I (MK I)

Memjuk pada Rajah 4.6, pencapaian pelajar lepasan Matrikulasi majoritinya (57.1%)

memperolehi gred C+. Manakala, pelajar lepasan STPM majoritinya (43.8%)

memperolehi gred A. Bagi lepasan Diploma IPT, pencapaian adalah hampir seragam

bagi setiap gred.

(a) PERATUS GRED MK I LEPASAN (b) PERATUS GRED MK I LEPASAN MATRlKULASl STPM

A A- B t B B- C+ C C- D+ D D- E A A- B+ B B- C+ C C- D+ D E Gred Pencapaian Pelajar Gred Pencapaian Pelajar

(c) PERATUS GRED MK I LEPASAN

70 -1 DIPLOMA IPT

Gred Pencapaian Pelajar

Rajah 4.6 : Prestasi Matematik Kejuruteraan I bagi lepasan (a) Matrikulasi, (b) STPM

dan (c) Diploma IPT

Page 29: KAJIAN MENGENAI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR LALUAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5596/1/A023.pdfakademiknya. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil

4.3.2 Matematik Kejuruteraan I1 (MK 11)

Merujuk pada Rajah 4.7, pencapaian pelajar lepasan Matrikulasi majoritinya (64.2%)

memperolehi gred C+. Manakala, pelajar lepasan STPM majoritinya (48.2%)

memperolehi gred A. Bagi lepasan Diploma IPT, pencapaian adalah hampir seragam

bagi -setiap gred. Pencapaian pelajar lepasan Diploma Politeknik cenderung ke arah

kanan dengan 22.3% mendapat gred E.

(a) PERATUS GRED M K II LULUSAN (b) PERATUS BRED M K II LULUSAN MATRIKULASI

I STPM

I

A A- B+ B B- C+ C C- D+ D E

Gred Pencapaian Pelajar

(c) PERATUS GRED M K II LULUSAN

A A- B+ B B- C+ C C- D+ D E

Gred Pencapaian Pelajar

(d) PERATUS GRED M K II LULUSAN

70 -. DIPLOMA IPT DIPLOMA POLlTEKNlK

A A- B+ B B- C+ C C- D+ D E

Gred Pencapaian Pelajar A A- B+ B B- C+ C C- D+ D E

Gred Pencapaian Pelajar

Rajah 4.7 : Prestasi Matematik Kejuruteraan I1 bagi lepasan (a) Matrikulasi,

(b) STPM, (c) Diploma IPT dan (d) Diploma Politeknik

Page 30: KAJIAN MENGENAI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR LALUAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5596/1/A023.pdfakademiknya. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil

Abd Hair Awang, Rahim Md. Sail, Khadijah Alari dan Ismi Arif Ismail (201 1). Image And Students' Loyalty Towards Technical And Vocational Education And Training. Journal of Technical Education and Training. Vo13 No. 1 June 201 1.

Ahmad S. (2001). Meeting The Global Challenges in Technical And Vocational Education: The Malaysian Experience, UNESCO TEVT, Asia Pacific Conference. 26-28 March, Adelaide, Australia.

Arninuddin Awang Kechik (201 1). Reforrnasi dalarn TVET: Perubahan Masa Hadapan. Journal of Edupress. 1 :336-341

Fen Wang, Zhenpai Chen dan Renbing Lin (2009). Teaching of Mathematical Techniques in Mass Higher Education. IEEE.

Fitt, A.B. (1956). An Experimental Study Of Children's Attitude To School In Auckland, New Zealand. British Journal Of Psychology. 26:25-30.

Jabatan Pengajian Politeknik (201 0). Laporan Eksekutif Kajian Pengesanan Graduan Politeknik 2009: Politeknik Pemangkin Model Baru Ekonomi. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Jabatan Pengajian Politeknik (201 1). Laporan Eksekutif Kajian Pengesanan Graduan Politeknik 20 10: Politeknik Mentransformasi Kehidupan. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Jabatan Pengajian Politeknik (2012). Pindaan pelaksanaan sistem gred b a h m politeknik KPT. Surat daripada Timbalan Ketua Pengarah (Akademik), Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia kepada Semua Pengarah Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, bertarikh 15 Mei 20 12.

Khairol Adha (2004). Kesesuaian Bidang dan Perkaitannya Dengan Pencapaian Akademik Pelajar.

Koh Lee Ling, Choy Seu Kam, Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong & Seah Ai Kuan (2008). Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Sikap dan Pencapaian Matematik Bagi Murid-Murid Sekolah Rendah di Sekitar Bandar Kuching. Jurnal Pendidikan IPBL. Jilid 8.

Page 31: KAJIAN MENGENAI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR LALUAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5596/1/A023.pdfakademiknya. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil

Kolej Matrikulasi Kedah (2012). Sistem Gred. http://www.kmk.matrik.edu.my/index.php/pentadbiran/ unit-peperiksadgred-png pada 17 Nov. 2012.

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (2012). Sistem Gred. -

http://www.kmns.matrik.edu.my/peperiksaan/ sistemqengredan.htm1 pada 17 Nov 2012.

Majlis Peperiksaan Malaysia (201 1). Peraturan dan skema peperiksaan. Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 20 12.

Marhana Abdul Latif, Lenny Kolina Majalis, Mohd Syahizan Shahabumi, Jeffery Abat Maronat & Nur Yahzelina Hanafi (2010). Keberkesanan Program Klinik Matematik Melalui Sikap Pelajar dan Pencapaian Matematik. Jurnal Digus Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak.

Ming Chang Wu & Greenan, J. (2003). The Effects of A Generalizable Mathematics Skills Instructional Intervention On The Mathematics Achievement Of Learners In Secondary CTE Programs. Journal Of Industrial Teacher Education. 40(2).

Mohd Zahri Jaafar dan Mariati Masduki (20 10). Kemampuan Matematik dan Hubungannya Dengan Sikap. Jurnal Digus Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak. 86-92.

Mohd. Zainal Mat I1 (2004). Hubungan Di Antara Status Sosio Ekonomi (SSE) Keluarga Dengan Pencapaian Akademik: Satu Kajian Ke Atas Pelajar Aliran Teknikal di Sekolah Menengah Teknik Negeri Sembilan. Tesis Ijazah Sarjana. UTHM.

Norhamiza Mohd Noor (2005). Sumbangan Aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek Serta Kaitannya Dengan Kecemerlangan Akademik di Kalangan Pelajar Kejuruteraan Sekolah Menengah Teknik.

Nurul Ain Hussain (2009). Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti akan dipisahkan - Khaled. The Star, Selasa, Oktober 6.

Philippou, G.N. (1998). The Structure of Students' Belief towards the Teaching of Mathematics: Proposing and Testing a Structural Model. Proceedings of the twenty- two International Conference for the Psychology of Mathematics Education.

Piirto, J. (1999). Talented Children and Adults; Their Development and Education. Ed. Ke-2. Ohio: Merrill Prentice Hall.