2017 terbitan rasmi majlis perbandaran … pasir gudang baru telah menjadi destinasi pertama dalam...

16
“Fun Ride” www.mppg.gov.my | Gemilang, Lestari, Sejahtera LAWATAN J-BIOTECH kembara mahkota johor M/s11 M/s 4 M/s 3 2017 KE SARANG BUAYA KAYUHAN PRIHATIN DUN PERMAS DEKATI RAKYAT

Upload: hoanglien

Post on 07-Jul-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TERBITAN RASMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANGSEPTEMBER 2017

2017

EKSA

BERITABERITA

PASIR GUDANG

“Fun Ride”

w w w . m p p g . g o v . m y | Gemilang, Lestari , Sejahtera

LAWATAN J-BIOTECHkembara

mahkotajohor

M/s11M/s 4

M/s 3

2017 KE SARANG BUAYA

KAYUHAN PRIHATIN

DUN PERMAS DEKATI RAKYAT

PENASIHATEncik Hasrin Kamal bin HashimYang Dipertua MPPG

AJK SIDANG REDAKSI 2017

BERITA PASIR GUDANG

PerutusanYANG DIPERTUA

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh MPPG hubungi kami di talian 07-254 7777 atau hantar emel ke [email protected].............................................

Diterbitkan olehJABATANPEMBANGUNAN MASYARAKAT

KANDUNGAN

2

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera, Salam Sehati Sejiwa dan Salam Muafakat Johor.

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah

dan kurniaNya kita masih diberi peluang bernafas dan melunaskan tugas selaku Pihak Berkuasa Tempatan ‘di hati rakyat’ yang bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan kepada warga Pasir Gudang dan kita bertemu lagi di Berita Pasir Gudang (BPG) edisi September. Dalam usaha menyampaikan mutu perkhidmatan yang lebih baik, MPPG sentiasa berusaha untuk melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan selaras dengan kehendak Pentadbiran Kerajaan Negeri yang ingin menumpukan kepada dasar pembangunan masyarakat selain daripada meningkatkan taraf ekonomi dan sosial. MPPG juga berusaha untuk memberi keselesaan kepada warga Pasir Gudang ini termasuklah menyediakan perkhidmatan dan kemudahan pemilikan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) di bawah pengurusan SUK Perumahan Johor di Taman Scientex. Sebanyak 588 unit telah siap sepenuhnya. Ini merupakan inisiatif syarikat Scientex Berhad dalam usaha menyokong usaha kerajaan negeri untuk menyediakan kemudahan asas. Dalam masa yang sama Kerajaan Negeri dengan kelulusan Kerajaan Persekutuan sedang berusaha untuk menubuhkan Urban Transformation

Centre (UTC) di Pasir Gudang sebagai perkhidmatan 1 Stop Centre kerajaan di bawah satu bumbung. Pembinaannya nanti akan dapat dimanfaatkan hampir 800,000 penduduk Pasir Gudang termasuklah penduduk di Pengerang, Kota Tinggi dan Kulai yang boleh dihubungkan ke Pasir Gudang serta tidak perlu lagi ke Johor Bahru sekaligus menjimatkan kos dan masa. Bagi melihat Pasir Gudang terus maju dan berdaya saing dengan PBT lain, kita tidak boleh alpa dengan aspek kebersihan. Di sini, ingin saya tekankan agar kebersihan alam sekitar dan kawasan perumahan sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan terjaga demi menjamin kesihatan semua pihak. Semua Jawatankuasa Zon (JKZ) haruslah bersama-sama menggembling tenaga dan membantu kerajaan menangani apa jua penyakit yang membahayakan kesihatan seperti denggi, penyalahgunaan dadah dan vandelisma yang semakin membimbangkan. Setiap individu memainkan peranan penting dalam memastikan Pasir Gudang dalam keadaan selamat dan bersih serta menjadi bandar lestari. Statistik terkini kejayaan MPPG menangani denggi pada bulan Januari sehingga September 2017 menunjukkan terdapat pengurangan sebanyak 784 kes berbanding tahun 2016. Saya berharap agar Pasir Gudang agar bebas daripada kes denggi. Umumnya semua mengetahui, Pasir Gudang dikenali sebagai pusat perindustrian yang berkembang pesat di Selatan Johor yang menyumbangkan hasil kepada Kerajaan Negeri tetapi Pasir Gudang juga turut mempunyai destinasi eko-pelancongan yang memberi

Kayuhan Prihatin “Fun Ride” DUN Permas Dekati Rakyat.

Kembara Mahkota Johor 2017.

Hampir 300 Penduduk Flat Jalan Tasek 64Gotong Royong Yang Melibatkan 25 Blok.

Program Qurban Dan Aqiqah KsK MPPGDapat sambutan.Festival Hujung Medini Zapin Rumpun Melayu Perkasa Budaya Melayu Nusantara.

Lensa MPPG Ogos 2017.

Karnival Futsal Merdeka.

Lawatan Biotech Ke sarang BuayaLawatan sambil Belajar Combi 710Ke Kuantan, Pahang Dan Kemaman,Terengganu

sambutan Malam Kebudayaan 1 MalaysiaKota Masai 1.Karnival sukan sekampung sungai LatohBerlangsung Meriah.Operasi Iklan Papan Tanda Premis.

Yayasan Pasir Gudang - Program sepanjangseptember 2017.

Lesen Iklan MPPG

3 11

46

7

101413

12

168&9

tumpuan kepada konsep pembelajaran, konserversi, rekreasi dan penyelidikan seperti yang terdapat di Santuari Sarang Buaya, Muzium Layang-Layang dan Rekreasi Paya Bakau. Ini adalah bagi memberi pilihan kepada penduduk dan orang ramai untuk menikmati perkhidmatan-perkhidmatan lain yang terdapat di Pasir Gudang. Belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan tahniah kepada semua agensi kerajaan, NGO serta mana-mana pihak individu yang menjayakan Hari Malaysia, Sambutan Kemerdekaan dan Kembara Mahkota 2017 di Pasir Gudang yang berusaha memastikan sambutan tersebut berjalan dengan lancar. Selain itu, demi memastikan MPPG meneruskan kelangsungan dalam meningkatkan mutu perkhidmatannya, maka pelaksanaan EKSA bagi memastikan MPPG mempunyai imej korporat yang bersesuaian perlu ada. Justeru, MPPG sedang giat memperbanyakkan kreativiti, inovasi, amalan hijau (go green) di Pasir Gudang. Akhir kata, semoga bumi Pasir Gudang sentiasa berada dalam keadaan yang sejahtera dan selamat. Semoga kita berjumpa di edisi seterusnya.Sekian.

Hasrin Kamal bin HashimYang Dipertua MPPG

KETuA EDITorEncik Saipol rahman bin Hj. AmatSetiausaha MPPG

PENoloNG KETuA EDITorPuan rahamah binti MahmoodKetua Jabatan Pembangunan Masyarakat

PENGArANGEncik Nazarul bin Jaafar

PEMbErITA- Cik Nur lina binti Abdul Karim- Puan Nadztasha binti Mohd Puad

JurufoTo- Encik Khairul Anuar bin Muhammad Sayut- Encik Muhammad firdaus bin roslan

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 3

.............................................

Pendekatan secara kayuhan prihatin melalui program ‘Fun Ride’ DUN

Permas dilihat mampu mendekatkan hubungan antara masyarakat dengan pemimpin.

Justeru, bagi merealisasikan impian tersebut, YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin telah mengambil langkah positif dengan turun ke padang bagi menghulurkan bantuan kepada penduduk di sekitar Pasir Gudang Baru, Kampung Kuala Masai dan Kampung Sungai Rinting C.

Program yang pertama kali dianjurkan oleh Persatuan Berbasikal Pasir Gudang dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Yayasan Pasir Gudang dan Barisan Nasional Pasir Gudang Kebajikan merupakan satu program Corporate Social Responsibilty (CSR).

Memulakan kayuhan dari Dewan Terbuka Kampung Kuala Masai dan melalui beberapa kawasan, antaranya Surau Nurul Muttaqin, Kampung Sungai

Rinting C, Kampung Pasir Gudang Baru dan berakhir di Dewan Terbuka Kampung Pasir Gudang Baru. YAB Menteri Besar juga turut menyertai kayuhan dengan merasmikan kayuhan yang disertai oleh peserta dari Persatuan Berbasikal Pasir Gudang. Seterusnya majlis penyampaian sumbangan turut diadakan.

Program berakhir di dewan Terbuka Kampung Pasir Gudang Baru di mana

YAB Menteri Besar bersedia memulakan kayuhan selepas merasmikan program.

Penyampaian ‘mock cheque’ sumbangan 150 buah basikal kepada Yayasan Pasir Gudang berjumlah RM150,000.00

majlis penutup perasmian diakhiri dengan ucapan ringkas oleh YAB Menteri Besar.

Pendekatan ini dilihat mampu membina hubungan yang mesra antara rakyat dan pemimpin setempat. Turut hadir dalam program ini, YB Dato’ Hajah Normala binti Abdul Samad Ahli Parlimen Pasir Gudang dan Encik Hasrin Kamal bin Hashim Yang Dipertua MPPG.

“Fun Ride”KAYUHAN PRIHATIN

DUN PERMAS DEKATI RAKYAT

melibatkan rombongan Diraja adalah seperti, Penyampaian Kurniaan Bungkusan, Pertandingan PS4, Gubahan Buah-Buahan Tempatan, ameran lukisan dan pameran kereta serta pertunjukkan basikal artistik dan basikal bola.

Bagi seluruh rakyat Johor, DYMM Sultan Johor, sememangnya dikenali sebagai seorang Sultan yang sentiasa mengambil berat permasalahan rakyat, baik daripada ekonomi, sosial dan kebajikan, serta isu-isu kepentingan rakyat secara keseluruhan. Seperti biasa, DYMM Tuanku Sultan sering memperkenalkan cara baginda yang tersendiri iaitu sanggup Mencemar Duli bersama-sama rakyat dalam menghampiri dan bermesra dengan rakyat dan edisi 2017 kali ini, DYMM Tuanku Sultan telah menyertai konvoi kembara dengan menggunakan kenderaan kereta vintaj tiga roda Morgan. Konvoi Diraja telah menjelajah sejauh 808 kilometer ke semua 10 daerah di negeri ini untuk bertemu secara langsung dengan rakyat jelata.

Konvoi kembara telah dimulakan sebaik upacara pelepasan disempurnakan oleh DYMM Tuanku Sultan Johor dengan memandu kereta beroda tiga jenis Morgan berwarna krom sambil disaksikan kira-kira 5,000 pengunjung yang datang seawal pukul 7 pagi lagi, di Dataran Bandaraya.

4

Kembara Mahkota Johor (KMJ) yang merupakan acara tahunan telah memulakan edisi perjalanannya bagi tahun

2017 sejauh 800 kilometer (km) yang bermula di Dataran Bandaraya Johor dan berakhir di Hutan Bandar, Bandar Putra, Kulai.

Turut menyertai ekspedisi tersebut ialah DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Zofiah Sultan Idris Shah, DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim dan isteri YM Che’ Puan Khaleeda Bustamam dan turut dihadiri oleh pasangan Diraja YAM Tunku Tun Aminah dan dan suami, Dennis Muhammad Abdullah.

Kampung Pasir Gudang Baru telah menjadi destinasi pertama dalam persinggahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor serta rombongan. Antara pertandingan dan aktiviti yang

BERITA PASIR GUDANG

kembaramahkota

johor2017

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 5

DYMM Sultan bersama Raja Permainsuri Raja Zarith Sofia menaiki kereta vintaj Morgan tiba di Kampung Pasir Gudang Baru.

Pasangan pengantin baru Diraja YAM Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad Abdullahturut menyertai edisi Kembara Mahkota Johor 2017.

Program dimulakan dengan kehadiran YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin Menteri

Besar Johor bersama-sama tetamu lain, Ybhg. Dato’ Hajah Normala binti Abdul Samad Ahli Parlimen Pasir Gudang, Encik Hasrin Kamal Bin Hashim Yang Dipertua MPPG, Tuan Haji Mohd Johari bin Tarmidi Ketua Penolong Pegawai Daerah selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Johor Bahru, Tuan Haji Lizwan bin Abdul Latif, Ahli Majlis MPPG Pengerusi Zon Seri Alam 1, ketua-ketua jabatan, ahli-ahli majlis MPPG dan sukarelawan dari jabatan dan agensi negeri Johor.

Gotong-royong ini melibatkan 23 blok di Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam yang melibatkan 23 jabatan kerajaan, pihak swasta, IPTA dan pemimpin setempat. Antara aktiviti yang dijalankan, mengecat bawah setiap blok, membaikpulih dewan serbaguna, membaik pulih dewan blok K , membaikpulih tandas dewan gotong royong membersihkan setiap blok longkang yang tersumbat dan membuang sampah.

Dalam ucapan, YAB Menteri Besar menekankan bahawa kebersihan juga perlu setara dan sama penting dengan aspek pendidikan dan pekerjaan. Beliau berkata gotong-royong yang diadakan bukanlah gotong-royong biasa yang dijalankan, tetapi menjurus kepada tahap persekitaran kehidupan penduduk yang ada dalam kawasan tersebut. Gotong-royong juga perlu mempunyai nilai hidup secara bermuafakat bergerak secara muafakat bukan secara individu.

Beliau juga menegaskan bahawa budaya gotong-royong yang dijalankan perlu ditanamkan kepada masyarakat untuk memberi penekanan, kefahaman, dan kesedaran bahawa masyarakat sangat pentingkan kebersihan kawasan kita sendiri dan bukan hanya orang luar sahaja yang perlu peka. dan menggesa rakyat untuk menjadikan gotong-royong sebagai amalan atau budaya rakyat johor. Serta imej dan identiti bangsa Johor yang suka akan kebersihan dan persekitaran yang indah.

BERITA PASIR GUDANG6

HAMPIR300

YAB Menteri Besar mengayuh basikal untuk ke Blok Hbagi melakukan sesi lawatan.

YAB Menteri Besar turut mengisi masa denganmelakukan aktiviti menyapu sampah.

YAB Menteri Besar bergambar bersamaBriged Wakaf Johor Corporation.

PENDUDUKFLAT JALAN TAsEK 64

GOTONG ROYONG YANG MELIBATKAN 23 BLOK

Festival yang berlangsung selama 2 hari di Stadium Perbandaran Pasir Gudang ini pertama kali julung diadakan dengan menghimpunkan penggiat seni zapin dari 3

buah negara di Nusantara, iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura. Festival ini digerakkan oleh hampir 400 penari dari 3 buah negara yang terlibat ini. Merupakan anjuran Yayasan Warisan Johor dan tajaan lokasi oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

YB Dato’ Zulkurnain Kamisan, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Johor, berkata festival itu juga menjadi antara usaha merealisasikan aspirasi kerajaan negeri menjadikannya sebagai hab festival. Penganjurannya bertepatan dengan hasrat Menteri Besar, YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin menjadikan Johor sebagai Hab Kota Budaya dan Pusat Tamadun Melayu Antarabangsa. Festival ini juga akan dijadikan sebagai program tahunan dan kali ini memilih tajuk Zapin Rumpun Melayu. Selain itu, program ini juga diharap dapat membina platform bagi penggiat seni antarabangsa berkongsi ilmu dan pengalaman, selain menyemai asprisasi serta rasa cinta terhadap seni budaya bangsa.

Antara kumpulan penari Johor yang terlibat adalah dari Yayasan Warisan Johor, Kanak-kanak Tari Warisan Jauhar, kumpulan kebudayaan masyarakat Cina dan India dan penggiat zapin dari setiap daerah. Sementara penggiat zapin Singapura adalah Seri Warisan, Azpirasi dan Sriwana manakala Indonesia terdiri daripada Teratak Indonesia, Seri Melayu, Riau dan D’Jangat.

Festival yang berlangsung ini telah menarik hampir 5,000 pengunjung dari seluruh negeri dan kemasukannya adalah percuma. YAB Menteri Besar Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin juga telah hadir menyaksikan persembahan pada hari kedua ia berlangsung.

Program yang dianjurkan dengan kerjasama Kelab Sukan & Kebajikan

(KSK) MPPG dan Masjid An-Nur Pasir Gudang ini merupakan program tahunan yang diadakan setiap kali musim qurban.

Sebanyak 11 ekor lembu dan 7 ekor kambing telah disembelih di perkarangan tempat letak kenderaan di Masjid An-Nur Bandar Pasir Gudang pada kali ini. Hampir 120 orang terdiri daripada warga kerja MPPG dan jemaah masjid telah bersama-sama dalam menjayakan majlis tersebut. Majlis bermula jam 9.00 pagi. Turut hadir di dalam majlis ini Encik Saipol Rahman bin Haji Amat, Pengerusi KSK MPPG.

Pada jam 12.00 tengahari, pengagihan daging Qurban dan Aqiqah telah disempurnakan jam bersama Encik Hasrin Kamal bin Hashim, Yang DiPertua MPPG yang juga merupakan penaung KSK MPPG kepada asnaf yang memerlukan dan Ketua-Ketua Jabatan.

PROGRAM QURBANDAN AQIQAH KSK MPPGDAPAT SAMBUTAN

7MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

FESTIVAL HUJUNG MEDINIZAPIN RUMPUN MELAYUPErKASA buDAYA MElAYu NuSANTArA

Antara babak-babak nyanyian dan tarianyang dipersembahkan.

YAB Menteri Besar diraikan oleh penari-penari zapin Malaysia, Indonesia dan Singapura

selepas persembahan tamat.

BERITA PASIR GUDANG8

PERINGKAT NEGERI JOHORDI PASIR GUDANG

Ketibaan DYMM Sultan disambut meriaholeh penduduk setempat.

KARNIVAL ZON MUAFAKAT 2017 ZON FLORA HEIGHT

MERAIKAN ULANG TAHUN TUAN YANG DIPERTUA

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2017

Lawatan diketuai oleh YDP MPPG, turut disertai oleh YBhg Dato’ Ezhenkowan a/l Subramaniam, Setiausah MPPG dan

ketua-ketua jabatan.

SEPTEMBER2017

Pemenang bergambar bersama selepas program selesai.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 9

KAYUHAN PRIHATIN FUN RIDE BERSAMA YAB MENTERI BESAR

YAB Menteri Besar memulakan kayuhanFun Ride.

YAB Menteri Besar menyampaikan bantuan kepada asnaf yang memerlukan.

LATIHAN PAGEMA 2017

Perbincangan sedang dilakukanoleh ahli-ahli PAGEMA.

LAWATAN YANG DIPERTUAKE KG PASIR GUDANG BARU

Lawatan diketuai oleh YDP MPPG, turut disertai oleh YBhg Dato’ Ezhenkowan a/l Subramaniam, Setiausah MPPG dan

ketua-ketua jabatan.

SEPTEMBER2017

TAKLIMAT & LWATAN TAPAK PROGRAM PENGHARGAAN PELAKSANAAN INISIATIF PEMBANGUNAN KEJIRANAN HIJAU 2017

Perbincangan diadakan bersamasemasa lawatan tapak berlangsung.

ke sarang buaya

BERITA PASIR GUDANG10

karnIVaLFuTsaLMERDEKA

Antara aksi pemain ping pongyang dipamerkan dalam kejohanan kali ini.

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia disemarakkan lagi dengan penganjuran sukan Futsal oleh MPPG di mana

ianya terbuka kepada kategori sekolah dan terbuka kepada orang ramai yang menarik minat penggemar sukan ini terutama di kalangan pelajar-pelajar sekolah.

Sebanyak 24 pasukan telah menyertai karnival ini bagi kategori terbuka manakala bagi kategori sekolah telah mendapat 15 penyertaan pasukan. Pertandingan dijalankan secara liga di peringkat awal dan kalah mati di peringkat seterusnya. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Encik Saipol Rahman bin Haji Amat, Setiausaha Majlis Perbandaran Pasir Gudang, rakan penaja bersama Encik Zainuddin bin Wali dari Zaimash Enterprise dan Encik Mohd Hafiz bin Abd Hamid, Penolong Pegawai Tadbir Bahagian Pembangunan Sosial.

Berikut adalah senarai pemenang:

a) Futsal Merdeka 2017, Piala Yang Dipertua Johan : Malinja Rinting 1 FC RM 2,000.00 Naib Johan : Ss Five FC RM 1,000.00 Ketiga : JKZ Taman Air Biru (A) RM 500.00 Keempat : PU FC RM 500.00

b) Futsal Merdeka 2017, Piala Plate Yang Dipertua Johan : Senai FC RM 1,000.00 Naib Johan : AZR Line Clear (A) RM 600.00 Ketiga : Solo FC RM 300.00 Keempat : AZR Line Clear (B) RM 300.00

c) Futsal Merdeka 2017, Junior Piala Yang Dipertua Johan : SK Bandar Seri Alam RM 500.00 Naib Johan : SK Taman Nusa Damai Couger RM 300.00 Ketiga : SK Taman Scientex (A) RM 150.00 Keempat : SK Pasir Gudang 1 RM150.00 Kelima : SK Taman Nusa Damai Panther RM 100.00 Keenam : SK Taman Kota Masai 2 RM 100.00 Ketujuh : SK Bandar Seri Alam Red RM 100.00 Kelapan : SK Taman Scientex (B) RM 100.00 Peserta bergambar bersama Tuan Setiausaha

sebelum bertanding dalam perlawanan akhir.

Johan kategori Junior Piala Yang Dipertua di menangi oleh pasukan SK Bandar Seri Alam.

LAWATAN J-BIOTECH Santuari Sarang Buaya MPPG telah menerima kunjungan lawatan dari Johor Biotech

pada September yang lalu. Lawatan yang dihadiri oleh beberapa pegawai Biotech termasuklah Ketua Pegawai Operasi Johor biotech Puan Masrah Ahamad. Tuan Yang Dipertua turut bersama dalam sesi lawatan tersebut. Antara lain tujuan lawatan diadakan adalah bagi mengambil peluang mempelajari kaedah konservasi hidupan liar daripada terancam yang dilakukan oleh MPPG khususnya dalam bidang biodiversiti serta meneroka potensi kolaborasi antara dua pihak. J-Biotech amat berminat dengan usaha konservasi dan biodiversity yang dicadangajn oleh pihak MPPG dan bercadang untuk mewujudkan sebuah stesen penyelidikan biodiversiti di kawasan berdekatan dengan Sarang Buaya.

Selain diberi kefahaman dan penerangan mengenai haiwan reptilia ini, lawatan turut meninjau kawasan kolam buaya dan kawasan paya bakau sekitar sarang Buaya dan melihat demonstrasi memberi makan buaya oleh petugas di Sarang Buaya.

Seramai 45 orang yang terdiri daripada ahli COMBI 710 Pasir Gudang, wakil MPPG, wakil Pejabat Kesihatan

Daerah Johor Bahru dan turut serta wakil-wakil ketua penduduk, sebahagian Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Taman Scientex, Taman Cahaya Masai dan Taman Cendana yang pernah memenangi Anugerah Zon COMBI Teraktif MPPG telah membuat lawatan sambil belajar di daerah Kuantan, Pahang dan daerah Kemaman, Terengganu pada 22 dan 23 September 2017.

Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman aktiviti COMBI diluar kawasan, menambah ilmu tentang COMBI di tempat lain, mencari idea-idea baru dalam aktiviti dan projek COMBI serta insentif daripada pihak PBT kepada komuniti COMBI Pasir Gudang atas segala khidmat sosial komuniti yang dibuat di MPPG. Perkongsian tersebut disampaikan oleh Encik Isa bin Paksun selaku pengerusi COMBI Negeri Johor secara taklimat santai di ke dua-dua tempat tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak COMBI Kuantan dan COMBI Kemaman juga memberi taklimat ringkas tentang aktiviti dan projek mereka lakukan sepanjang tahun.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat mengiatkan lagi aktiviti di Pasir Gudang dalam usaha merubah tingkahlaku komuniti untuk membanteras penularan wabak denggi.

ke sarang buaya

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 1

Penerangan diberikan oleh petugas di Sarang Buaya mengenai habitat dan jenis buaya di

Santuari Sarang Buaya Pasir Gudang.

Penyampaian cenderahati oleh Tuan YDP kepada Puan Masrah binti Ahamad.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR COMBI 710KE KuANTAN, PAHANG DAN KEMAMAN, TErENGGANu

Semua peserta bergambar bersama sebelum tamat sesi program.

BERITA PASIR GUDANG1 2

Karnival yang berlangsung selama 2 hari ini adalah anjuran Zon Cahaya

Baru Tanjung Langsat. Pelbagai aktiviti telah disusun, antaranya Majlis tahlil dan doa selamat, senam robik dan zumba serta acara sukan rakyat yang disertai oleh penduduk kampung. Karnival diadakan di Padang Kampung Sungai Latoh yang melibatkan Jawatankuasa Kampung, MPPG dan Duta Jauhar 4.0.

Karnival yang berlangsung selama 2 hari ini bertujuan memupuk semangat kesefahaman di kalangan masyarakat

YB Datuk Maulizan bin Bujang dan tetamu VIP lain yang hadir.

Acara meniup belon berkumpulan untuk kanak-kanak.

Ahli Jawatakuasa Pendudukbergambar bersama YDP

KARNIVAL sUKAN sEKAMPUNG SUNGAI LATOH BERLANGSUNG MERIAH

SAMBUTANMALAM KEBUDAYAAN 1 MALAYSIA

KOTA MASAI 1

setempat, menyahut seruan kerajaan bagi menjayakan kempen gaya hidup sihat di kalangan masyarakat serta mengeratkan hubungan silaturrahim dan ukhuwah antara penduduk, jawatankuasa dan kepimpinan masyarakat. Program ini juga dapat mendidik dan menyemai sikap keprihatinan dan bermasyarakat dalam komuniti serta menjalin mahabbah dan bersatu padu dalam menjayakan sesuatu aktiviti.

Terdapat beberapa pengisian yang telah dirancang sepanjang karnival ini

Dalam melestarikan Pasir Gudang menjadi sebuah bandar yang

sejahtera dan mempunyai penduduk pelbagai kaum yang hidup harmoni, Zon Kota Masai 1 di bawah Jawatankuasa Penduduknya bersama Pengerusi Zon, Encik Teh Kee Sin telah menganjurkan sambutan Malam Kebudayaan 1 Malaysia Zon Kota Masai 1 (ZKM1).

Program ini diadakan bertujuan memberi

peluang kepada masyarakat ZKM1 untuk mengenali kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia dan memupuk sikap muhibah dan menghormati di antara kaum. Selain itu, program seperti ini diwujudkan adalah bagi memberi peluang kepada masyarakat dan penduduk dalam merancang dan menggerakkan sesuatu aktiviti mengikut acuan mereka sendiri, melatih penduduk dan masyarakat dalam kemahiran berorganisasi supaya

mereka dapat mempelajari kemahiran generic yang diperlukan untuk menjadi masyarakat yang berketerampilan.

Penglibatan penduduk di dalam enam kawasan perumahan iaitu Jalan Ciku, Jalan Duku, Jalan Betik, Jalan Cempedak, Jalan Durian dan Jalan Rambai. Dengan adanya program seperti ini, ia dapat menyatukan dan mengeratkan lagi berbagai kaum dan

Pengerusi Zon, Encik Teh Kee Sinmemberi ucapan aluan.

Hadir sama, YBhg. Datuk Maulizan bin Bujang selaku ADUN Tiram.

berlangsung. Antaranya seperti solat maghrib berjemaah serta majlis tazkirah dan pengisian ilmu yang disampaikan oleh YBhg Dato’ Syahrin bin Md Jamaluddin. Seterusnya solat Isya’ berjemaah, majlis Tahlil dan doa selamat dan jamuan ringkas bersama penduduk kampung dan VIP yang hadir. Bagi acara sukan Rakyat ianya berlangsung pada keesokkan harinya dengan penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira umur, lelaki, wanita atau kanak-kanak yang terlibat dengan acara-acara seperti meniup

Dalam meningkatkan mutu perkhidmatannya kepada masyarakat dan rakyat. MPPG di bawah Bahagian Perlesenan dan Jabatan Penguatkuasa telah

mengambil tindakan tegas kepada peniaga/pelesen yang tidak mematuhi arahan dan amaran yang telah dikeluarkan.

Bahagian perlesenan MPPG juga telah mengeluarkan notis untuk tindakan terhadap 26 premis perniagaan yang mempamerkan iklan papan tanda tidak menepati spesifikasi perlesenan seperti disyaratkan oleh MPPG mengikut Undang-Undang Kecil Perlesenan Iklan 2011.

Notis dikeluarkan berdasarkan beberapa kesalahan pengiklanan iaitu papan tanda yang dipamerkan menutup atau menghalang mana-mana tingkap atau ruang keluar asap yang ada di luar tembok luar bangunan. Papan tanda yang mempamerkan gambar tidak sopan. Papan tanda yang dipamerkan dipremis tidak mempunyai lesen sah. Pelesen/pemilik diberi tempoh selama 14 hari dari tarikh notis tersebut untuk menurunkan papan tanda sebelum tindakan penguatkuasaan diambil oleh MPPG.

Selain daripada itu, tindakan mengeluarkan notis untuk terhadap premis perniagaan Pusat Siber (Cyber Cafe) dan pusat latihan snooker tidak berlesen juga telah dikeluarkan walaupun mempamerkan iklan papan tanda. Semakan dilapangan telah dibuat dan mendapati 21 premis yang dinotis telah menurunkan papan tanda mereka manakala baki 5 premis masih ingkar arahan yang dikeluarkan. Pelesen/pemilik premis diberi tempoh selama 7 hari dari notis untuk menurunkan papan tanda tersebut sebelum tindakan penguatkuasaan diambil oleh MPPG.

Susulan daripada itu, semakan kedua dilapangan mendapati terdapat 2 premis yang diberi notis telah menurunkan papan tanda sebagaimana arahan, manakala baki 8 lagi masih ingkar arahan yang dikeluarkan. Tindakan menurunkan papan tanda terhadap syarikat/premis yang masih engkar telah di jalankan oleh Bahagian Perlesenan dan dibantu oleh Jabatan Penguatkuasaan MPPG.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 3

OPERASI IKLANPAPAN TANDA PREMIs

KARNIVAL sUKAN sEKAMPUNG SUNGAI LATOH BERLANGSUNG MERIAH

agama di dalam suatu majlis perayaan.

Antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut ialah ADUN Tiram merangkap Ketua UMNO Bahagian Tebrau, YB Datuk Maulizan bin Bujang. Hadir sama Yang Dipertua MPPG Encik Hasrin Kamal bin Hashim, Ahli Majlis merangkap pengerusi Zon, Kota Masai 1 Encik Teh Kee Sin serta Ketua-Ketua Jabatan MPPG.

belon berkumpulan, tarik tali, tarik upih kategori remaja dan pelbagai lagi acara-acara menarik yang telah disediakan.

Program ini telah dirasmikan ADUN Tiram merangkap Ketua UMNO Bahagian Tebrau, YB Datuk Maulizan bin Bujang dan turut dihadiri oleh Yang Dipertua MPPG Encik Hasrin Kamal bin Hashim dan Encik Sabri bin Kadir Ahli Majlis Cahaya Baru Tanjung Langsat.

Operasi menurunkan papan tanda sedang dijalankan.

BERITA PASIR GUDANG14

10 SEPTEMBER 2017

16 SEPTEMBER 2017

18 SEPTEMBER 2017

22 SEPTEMBER 2017

Nama Program : Program Fitness Roadtour (Zumba)Masa : 8.30 MalamTempat : Jalan Serangkai, Taman Bukit DahliaSenarai VIP : 1) YAB Dato’ Mohamed Khaled bin NordinPeserta/ Penerima : 30 orangButiran : Fitness Roadtour Pasir Gudang telah berlangsung di Jalan Serangkai, Taman Bukit Dahlia. Peserta yang mengambil bahagian akan dibimbing oleh jurulatih yang berpengalaman. Program ini merangkumi zumba, senamrobik, cardio dan lain-lain lagi. Program ini merangkumi beberapa lokasi di mana ianya bermula di Dewan Raya Masai dan akan jelajah ke beberapa kawasan lain. Program ini mengajak peserta untuk mengekalkan gaya hidup sihat.

Nama Program : Program Tukar Minyak Hitam PercumaMasa : 10.00 pagiTempat : Taman Desa Rakyat PerdanaSenarai VIP : 1) Encik Noor Azleen bin Ambros (Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPG)Peserta/ Penerima : 100 orangButiran : Program Tukar Minyak Hitam Percuma telah berlangsung di Taman Desa Rakyat Perdana.Program ini diadakan bertujuan untuk memberi servis tukar minyak hitam secara percuma bagi pengguna motorsikal. Program ini merangkumi beberapa lokasi ianya bermula di Taman Desa Rakyat perdana dan akan jelajah ke beberapa kawasan lain.

Nama Program : Program ThaiciMasa : 7.00 malam sehingga 10.00 malamTempat : Gelanggang Bola Keranjang, Pasir Pagi, Permas JayaSenarai VIP : 1) Encik Sharul Akmal bin Johari (Pengurus YPG)Peserta/ Penerima : 50 orangButiran : Program ini telah berlangsung di Gelanggang Bola Keranjang, Pasir Pagi, Permas. Peserta yang mengambil bahagian akan di bimbing oleh jurulatih berpengalaman. Program ini merangkumi beberapa lokasi dimana ianya bermula di Permas dan akan jelajah ke beberapa kawasan lain. Program senaman Thaici ini merupakan senaman gaya hidup sihat yang mengajak peserta menghilangkan tekanan terhadap persekitaran.

Nama Program : Program Fitness Roadtour (Zumba)Masa : 8.30 MalamTempat : Dewan Terbuka Perjiranan 8, Taman Air BiruSenarai VIP : 1) Encik Sharul Akmal bin Johari (Pengurus YPG)Peserta/ Penerima : 30 orangButiran : Fitness Roadtour Pasir Gudang telah berlangsung di Dewan terbuka Perjiranan 8, Taman Air Biru. Peserta yang mengambil bahagian akan dibimbing oleh jurulatih yang berpengalaman. Program ini merangkumi zumba, senamrobik, cardio dan lain-lain lagi. Program ini merangkumi beberapa lokasi di mana ianya bermula di Dewan Raya Masai dan akan jelajah ke beberapa kawasan lain. Program ini mengajak peserta untuk mengekalkan gaya hidup sihat.

YAYASAN PASIR GUDANGPROGRAM SEPANJANG SEPTEMBER 2017

Nama Program : Program Kayuhan Prihatin “Fun Ride”Masa : 7.30 pagi sehingga 12.00 tengah hariTempat : Kg Kuala Masai, Kg Sg Rinting, Kg Pasir Gudang BaruSenarai VIP : 1) Y.A.B Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin (Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang) 2) Encik Azhar bin Abdullah CEO KPJ Pasir Gudang Specialist Hospital 3) Puan Norita binti Ahmad CEO KPJ Johor Specialist Hospital 4) Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Pasir Gudang 5) Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir GudangPeserta/ Penerima : 400 orang peserta yang terlibat dengan kayuhan basikal 9 orang penerima bantuan dari 3 buah kampung.Butiran : Program Kayuhan Prihatin “Fun Ride” bersama MB Johor dianjurkan oleh Persatuan Peminat Berbasikal Kebajikan Pasir Gudang (PBBPG), dengan kerjasama MPPG dan Yayasan Pasir Gudang. Program Kayuhan Prihatin ‘Fun Ride’ telah bermula di Balai Raya Kg Kuala Masai, Kg Sg Rinting dan penyerahan bantuan berakhir di Kg Pasir Gudang Baru Program ini diadakan bertujuan mengamalkan gaya hidup sihat dengan berbasikal di samping prihatin dengan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Nama Program : Program Gunting Rambut PercumaMasa : 9.00 pagi sehinggan 3.30 petangTempat : Kg Plentong BaruSenarai VIP : Encik Noor Azleen bin Ambros (Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPGPeserta/ Penerima : 100 orangButiran : Program Gunting Rambut Percuma diadakan dua kali sebulan bagi masyarakat setempat menikmati perkhidmatan gunting rambut secara percuma. Program ini merangkumi beberapa lokasi ianya bermula di Kg Plentong Baru dan akan jelajah ke beberapa kawasan lain.

Nama Program : Program Free Market and Health ScreeningMasa : 9.00 pagi sehingga 12.30 tengah hariTempat : Balai Raya Perjiranan 9, Taman Air BiruSenarai Vip : 1) Y.A.B Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin (Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang) 2) Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Pasir Gudang 3) Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir GudangPeserta/ Penerima : 300 orang penerimaButiran : Program kerjasama diantara Yayasan Pasir Gudang bersama Kindness Johor ini diadakan bertujuan untuk memberi keperluan asas secara percuma kepada golongan sasar iaitu golongan yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan. Orang ramai dibenarkan mengambil barang keperluan dapur secara percuma tanpa mengenakan apa-apa bayaran.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 5

23 SEPTEMBER 2017

23 SEPTEMBER 2017

23 SEPTEMBER 2017

PANDUAN & SYARAT PERMOHONANLESEN MENGGANTUNG SEPANDUK (BANNER)/ BUNTING

LESEN IKLAN

1) Membeli borang permohonan lesen banner/bunting RM3.002) Mengutamakan perkataan Bahasa Malaysia disetiap iklan yang akan dipamerkan (hendaklah dirujuk ke Dewan

Bahasa & Pustaka terlebih dahulu untuk pengesahan penggunaan bahasa Melayu yang betul)3) Melekatkan ‘sticker’ kelulusan lesen yang dibeli berharga RM2.00/unit.4) Kadar bayaran sebagaimana berikut :

5) Lokasi yang disediakan kerangka untuk pemasangan sepanduk (banner);

6) Tempoh pemasangan bunting/ banner adalah satu bulan.7) Sepanduk /bunting hendaklah diturunkan setelah tamat tempoh pemasangan8) Jalan protokol tidak dibenarkan sama sekali membuat pemasangan bunting ; a. Jalan Besar b. Jalan Bandar c. Jalam Masjid d. Jalan Mawar Merah/Mawar Puteh e. Sepanjang Lebuhraya Pasir Gudang

WANG AMANAH

1) Wang amanah hendaklah dituntut dalam tempoh enam bulan dari tarikh tamat pemasangan dengan mengemukakan dokumen berikut;

a. Borang permohonan wang amanah b. Resit asal bayaran wang amanah/akuan persuruhjaya sumpah (sekira berkaitan) c. Bukti bergambar, sepanduk (banner)/bunting yang telah diturunkan

2) MPPG berhak melucut hak wang amanah sekiranya : a. Berlaku perlanggaran syarat-syarat pelesenan yang telah ditetapkan b. Tuntutan dibuat selepas tempoh enam (6) bulan dari tarikh tamat pemasangan.

BIL TARIKH PUSAT LATIHAN

a. Jalan Mawar Merah i. Simpang Kg Pasir Putih

b. Jalan Bandar/Pekeliling j. Taman Bukit Dahlia

c. Jalan Bandar k. Jalan Tembikai / Delima

d. Jalan Jati l. Jalan Bistari Perdana

e. Taman Pasir Putih m. Jalan Scientex (Roundabout)

f. Jalan Nenas n. Taman Desa Rakyat

g. Taman Cahaya Masai o. Taman Nusa Damai

h. Jalan Tanjong Puteri p. Simpang Kota Masai 2

JENIS BAYARAN (RM) DEPOSIT (RM) STICKER (RM) JUMLAH (RM)

Banner 30.00/unit 30.00/unit 2.00/unit 62.00/unit

Bunting 7.50/unit 7.50/unit 2.00/unit 17.00/unit