kertas kerja destinasi siswa kolej ungku … · sepakat untuk memilih negeri sarawak sebagai...

16
DESTINASI SISWA 7- 11 APRIL 2014 1 Khidmat Siswa Merentas Borneo KERTAS KERJA DESTINASI SISWA KOLEJ UNGKU OMAR SESI 2013/2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 TUJUAN Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon kelulusan serta bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) untuk menganjurkan program Destinasi Siswa Kolej Ungku Omar bagi sesi 2013/2014. Selain itu, kertas kerja ini juga bertujuan untuk mendapatkan penajaan daripada badan-badan kerajaan dan swasta dengan harapan membantu melancarkan perlaksanaan program dan memberi makluman secara teperinci mengenai program kepada pihak yang terlibat. 2.0 PENGENALAN Destinasi Siswa (DeSis) merupakan salah satu program di Kolej Ungku Omar, Universiti Kebangsaan Malaysia pada semester kedua pengajian bagi sesi 2013/2014. Idea untuk menganjurkan program Destinasi Siswa ini terbit berasaskan kepada kesinambungan program- program yang pernah dianjurkan oleh Sekretariat Hal Ehwal Luar dan Pengantarabangsaan (HELA) di Kolej Ungku Omar. Di samping itu, ahli HELA turut melihat situasi di sebahagian tempat yang kurang mendapat pendedahan tentang arah tuju anak muda selepas tamat persekolahan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) amnya dengan melaksanakan satu program berbentuk motivasi dan pengetahuan. Atas dasar ingin membantu anak bangsa yang hidup sama dalam rumpun 1Malaysia, telah memimpin kata sepakat untuk memilih negeri Sarawak sebagai destinasi pilihan. Sebagai sebuah negeri yang terbesar di Malaysia, adalah menjadi kebanggaan dapat menjejakkan kaki ke bumi kenyalang itu untuk menabur bakti bergelar mahasiswa. Biarpun direntasi oleh Laut Cina Selatan, ia bukan penghalang untuk mencurah bakti pada mereka yang memerlukan serta berkongsi curahan idea anak muda Generasi Y ini dalam menyatu-padukan bangsa Malaysia. Maka, tema yang dipilih kali ini ialah Khidmat Siswa Merentas Borneo. Ungkapan tersebut dalam erti kata lain adalah satu bentuk khidmat kesukarelawanan mahasiswa kepada masyarakat setempat bagi mengurangkan jurang sosial di samping

Upload: ngoanh

Post on 26-Apr-2018

241 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA DESTINASI SISWA KOLEJ UNGKU … · sepakat untuk memilih negeri Sarawak sebagai destinasi pilihan. Sebagai sebuah negeri yang terbesar di Malaysia,

DESTINASI SISWA

7- 11 APRIL 2014

1

Khidmat Siswa Merentas Borneo

KERTAS KERJA

DESTINASI SISWA

KOLEJ UNGKU OMAR

SESI 2013/2014

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon kelulusan serta bantuan

kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) untuk menganjurkan program

Destinasi Siswa Kolej Ungku Omar bagi sesi 2013/2014. Selain itu, kertas kerja ini juga

bertujuan untuk mendapatkan penajaan daripada badan-badan kerajaan dan swasta

dengan harapan membantu melancarkan perlaksanaan program dan memberi makluman

secara teperinci mengenai program kepada pihak yang terlibat.

2.0 PENGENALAN

Destinasi Siswa (DeSis) merupakan salah satu program di Kolej Ungku Omar, Universiti

Kebangsaan Malaysia pada semester kedua pengajian bagi sesi 2013/2014. Idea untuk

menganjurkan program Destinasi Siswa ini terbit berasaskan kepada kesinambungan

program- program yang pernah dianjurkan oleh Sekretariat Hal Ehwal Luar dan

Pengantarabangsaan (HELA) di Kolej Ungku Omar. Di samping itu, ahli HELA turut

melihat situasi di sebahagian tempat yang kurang mendapat pendedahan tentang arah tuju

anak muda selepas tamat persekolahan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) amnya dengan

melaksanakan satu program berbentuk motivasi dan pengetahuan. Atas dasar ingin

membantu anak bangsa yang hidup sama dalam rumpun 1Malaysia, telah memimpin kata

sepakat untuk memilih negeri Sarawak sebagai destinasi pilihan. Sebagai sebuah negeri

yang terbesar di Malaysia, adalah menjadi kebanggaan dapat menjejakkan kaki ke bumi

kenyalang itu untuk menabur bakti bergelar mahasiswa. Biarpun direntasi oleh Laut Cina

Selatan, ia bukan penghalang untuk mencurah bakti pada mereka yang memerlukan serta

berkongsi curahan idea anak muda Generasi Y ini dalam menyatu-padukan bangsa

Malaysia. Maka, tema yang dipilih kali ini ialah “ Khidmat Siswa Merentas Borneo”.

Ungkapan tersebut dalam erti kata lain adalah satu bentuk khidmat kesukarelawanan

mahasiswa kepada masyarakat setempat bagi mengurangkan jurang sosial di samping

Page 2: KERTAS KERJA DESTINASI SISWA KOLEJ UNGKU … · sepakat untuk memilih negeri Sarawak sebagai destinasi pilihan. Sebagai sebuah negeri yang terbesar di Malaysia,

DESTINASI SISWA

7- 11 APRIL 2014

2

Khidmat Siswa Merentas Borneo

memberi pendedahan kepada para pelajar Sijil Tinggi Malaysia (SPM) dalam

menentukan destinasi mereka selepas tamat persekolahan terutama di sekolah luar

bandar. Program ini juga bertujuan untuk melahirkan semangat kebertanggungjawaban

mahasiswa yang terdiri daripada pelbagai latar belakang di samping mengeratkan

perpaduan selaras dengan moto Kolej Ungku Omar iaitu “ Berpadu Bertambah Mutu”.

Oleh yang demikian, adalah diharapkan agar program ini akan berjalan dengan lancar dan

jayanya sekaligus memberi impak tinggi kepada mahasiswa dalam meningkatkan mutu

dan rasa tanggungjawab seterusnya menjadi satu kenangan indah yang sentiasa diingati.

3.0 MISI

Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, adalah menjadi tanggungjawab untuk

memastikan kelancaran program ini dengan

3.1 Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti supaya

dapat membentuk mahasiswa/i yang berketerampilan dan berdisiplin.

3.2 Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang

ditetapkan dan objektif-objektif yang telah digariskan.

3.3 Menjaga nama baik universiti dan kolej sebelum, sepanjang dan selepas

pelaksanaan program.

Page 3: KERTAS KERJA DESTINASI SISWA KOLEJ UNGKU … · sepakat untuk memilih negeri Sarawak sebagai destinasi pilihan. Sebagai sebuah negeri yang terbesar di Malaysia,

DESTINASI SISWA

7- 11 APRIL 2014

3

Khidmat Siswa Merentas Borneo

4.0 MATLAMAT

Pihak jawatankuasa pelaksana telah menetapkan matlamat penganjuran program adalah

4.1 Menerapkan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, bantu-membantu, semangat

bersatu padu dan sebagainya ke dalam diri setiap individu yang hadir.

4.2 Mengukuhkan semangat membina dan mengharumkan nama Kolej Ungku Omar

ke peringkat yang lebih tinggi.

4.3 Membentuk mahasiswa/i yang berketerampilan dalam semua aspek di samping

membentuk sahsiah diri, sifat kepimpinan serta cara pengurusan organisasi yang

efektif.

4.4 Menjaga dan memelihara kebajikan warga kolej agar para pelajar berasa bertuah

menetap di Kolej Ungku Omar

5.0 OBJEKTIF

Selari dengan 8 Kontrak Pembelajaran Pelajar, pihak jawatankuasa pelaksana

menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai;

5.1 Melatih para pelajar dalam kemahiran berkomunikasi seperti menggunakan

kemahiran bukan lisan (penampilan fizikal, gerak tubuh dan hubungan mata) yang

sangat berkesan, mendengar dan memberi maklum balas yang relevan dengan

cepat, menyampaikan idea secara lisan dan bertulis, berunding ke arah mencapai

keputusan dengan menghormati pandangan orang lain dan sebagainya.

5.2 Memperkemaskan lagi kemahiran kepimpinan & kerja berpasukan yang ada

pada pelajar seperti menerima tanggungjawab, merancang dan mengurus,

memberi arahan dan mengagihkan tugas, menyelesaikan satu tugasan multi

dimensi, membantu rakan-rakan secara proaktif serta membina kerja berpasukan

untuk mencapai matlamat yang disepakati.

5.3 Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran pengurusan maklumat dan

pembelajaran sepanjang hayat seperti merancang strategi, meneroka

isu/masalah serta mengumpul dan menguruskan maklumat secara kendiri.

Page 4: KERTAS KERJA DESTINASI SISWA KOLEJ UNGKU … · sepakat untuk memilih negeri Sarawak sebagai destinasi pilihan. Sebagai sebuah negeri yang terbesar di Malaysia,

DESTINASI SISWA

7- 11 APRIL 2014

4

Khidmat Siswa Merentas Borneo

5.4 Mencungkil idea kreativiti dan inovatif pelajar seperti mencadangkan

idea/inovasi yang baru, mensintesis tentang maklumat yang relevan, boleh

menunjukkan keupayaan penuh dalam menguruskan sumber dan pelaksanaan

rancangan, menawarkan satu penilaian yang baik kepada nilai komersial dan

sebagainya.

5.5 Mendedahkan kepada pelajar kemahiran keusahawanan dalam mencari dana

bagi melancarkan majlis.

5.6 Mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap individu agar

melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan amanah,menunjukkan tingkah

laku profesional serta menunjukkan sikap kesukarelawanan.

6.0 TEMA

“ KHIDMAT SISWA MERENTAS BORNEO”

7.0 ANJURAN

Sekretariat Hal Ehwal Luar dan Pengantarabangsaan

Kolej Ungku Omar

Sesi 2013/2014

Universiti Kebangsaan Malaysia.

8.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:

Tarikh : 7 – 11 April 2014

Hari : Isnin – Jumaat

Masa : 8.00 pagi – 10.30 malam

Page 5: KERTAS KERJA DESTINASI SISWA KOLEJ UNGKU … · sepakat untuk memilih negeri Sarawak sebagai destinasi pilihan. Sebagai sebuah negeri yang terbesar di Malaysia,

DESTINASI SISWA

7- 11 APRIL 2014

5

Khidmat Siswa Merentas Borneo

10.0 TEMPAT PROGRAM

Tempat program akan dijalankan ialah di Kuching, Sarawak.

11.0 PUBLISITI

Publisiti bagi majlis ini bercadang dilaksanakan sekitar Kolej Ungku Omar khususnya

dan Universiti Kebangsaan Malaysia amnya menerusi :

i. Facebook

ii. Bunting

iii. Kain rentang

iv. Siaraya

v. Digital Board UKM

Facebook digunakan sebagai medium untuk menyalurkan segala maklumat tentang

program di dalamnya dari masa ke semasa. Bunting dan kain rentang pula akan

digantung di sekitar tempat kejadian manakala hebahan menerusi siaraya akan dilakukan

ketika program-program dan aktiviti-aktiviti yang berlangsung di Kolej Ungku Omar

yang dijangka akan berlangsung sebelum program ini. Jawatankuasa pelaksana juga

bercadang menghebahkan mengenai majlis ini menggunakan skrin digital yang terletak di

hadapan pintu masuk utama Universiti Kebangsaan Malaysia dua minggu atau seminggu

sebelum program ini berlangsung.

12.0 CADANGAN PERASMI

Cadangan perasmi Destinasi Siswa Kolej Ungku Omar sesi ini adalah seperti berikut :

Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak : YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad

Morshidi bin Abdul Ghani

Ahli Parlimen Petrajaya : YB Datuk Fadillah Yusuf

Page 6: KERTAS KERJA DESTINASI SISWA KOLEJ UNGKU … · sepakat untuk memilih negeri Sarawak sebagai destinasi pilihan. Sebagai sebuah negeri yang terbesar di Malaysia,

DESTINASI SISWA

7- 11 APRIL 2014

6

Khidmat Siswa Merentas Borneo

13.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

i. Sasaran peserta :

Program ini melibatkan ahli Sekretariat HELA Kolej Ungku Omar, para

pelajar SPM dari SMK Semera, dan penduduk Kampung Semera.

Jumlah urusetia :

36 orang

14.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

15.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

16.0 PERINCIAN PROGRAM

Rujuk Lampiran C

17.0 BELANJAWAN

18.0

Rujuk Lampiran D

19.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila

hubungi :

Eksekutif Hal Ehwal Luar dan Pengantarabangsaan

Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)

Kolej Ungku Omar, Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan.

(u/p : Zaifa Raziya Binti Amir, Ketua Pengarah Program)

Tel : 014 5649301

E-mel : [email protected]

Page 7: KERTAS KERJA DESTINASI SISWA KOLEJ UNGKU … · sepakat untuk memilih negeri Sarawak sebagai destinasi pilihan. Sebagai sebuah negeri yang terbesar di Malaysia,

DESTINASI SISWA

7- 11 APRIL 2014

7

Khidmat Siswa Merentas Borneo

18.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar kertas kerja Destinasi Siswa Kolej Ungku Omar sesi 2012/2013

ini mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) dan juga

amat diharapkan pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) mempertimbangkan

sewajarnya serta meluluskan permohonan bantuan kewangan seperti yang telah

dinyatakan. Selain itu, adalah menjadi harapan Jawatankuasa Destinasi Siswa agar

program ini dapat dijayakan dengan lancar dan mencapai segala objektif yang telah

digariskan. Penganjuran program seumpama ini juga diharapkan dapat memberi

manfaat kepada semua mahasiswa/i yang telah sedaya-upaya memerah tenaga dan buah

fikiran yang juga merupakan suatu pengalaman yang sememangnya tidak dapat dibeli

dengan wang ringgit, sekaligus menjadi pemangkin dan batu loncatan buat mereka

dalam menempuh alam pekerjaan kelak. Secara tidak langsung, kolej akan dapat

melahirkan warga mahasiswa/i yang berfikiran positif, dinamik, aktif, progresif,

bertanggungjawab serta cekap dalam segala tindakan. Oleh itu, segala sokongan,

komitmen dan pengembelengan tenaga daripada semua pihak amat dialu-alukan.

Semoga segala bentuk ilmu dan strategi pengurusan dapat dipraktikkan sepenuhnya agar

program ini dapat dijayakan dengan sempurna dan dapat memberi satu kenangan indah

khususnya kepada semua warga Kolej Ungku Omar dan mahasiswa/i Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Page 8: KERTAS KERJA DESTINASI SISWA KOLEJ UNGKU … · sepakat untuk memilih negeri Sarawak sebagai destinasi pilihan. Sebagai sebuah negeri yang terbesar di Malaysia,

DESTINASI SISWA

7- 11 APRIL 2014

8

Khidmat Siswa Merentas Borneo

Disediakan oleh,

ZAIFA RAZIYA BINTI AMIR

Ketua Pengarah

Program Destinasi Siswa

Kolej Ungku Omar Sesi 2013/2014

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Disemak oleh,

MUHAMMAD HELMI BIN OTHMAN

Felo Penasihat

Program Destinasi Siswa

Kolej Ungku Omar Sesi 2013/2014

Universiti Kebangsaan Malaysia

Page 9: KERTAS KERJA DESTINASI SISWA KOLEJ UNGKU … · sepakat untuk memilih negeri Sarawak sebagai destinasi pilihan. Sebagai sebuah negeri yang terbesar di Malaysia,

DESTINASI SISWA

7- 11 APRIL 2014

9

Khidmat Siswa Merentas Borneo

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

DESTINASI SISWA

SESI 2013/2014

Penaung

Ybhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali

Naib Canselor, UKM

Pengerusi

Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM

Penyelaras

Tuan Haji Musa Bin Zainal Adidin

Timbalan Pendaftar Universiti Kebangsaan Malaysia

Penasihat Utama

Nik Hairi Bin Omar

Pengetua Kolej Ungku Omar , UKM

Felo Penasihat

Muhammad Helmi bin Othman

Felo Kolej Ungku Omar ,UKM

Ketua Pengarah

Zaifa Raziya Binti Amir/A140938/

014 5649301

Page 10: KERTAS KERJA DESTINASI SISWA KOLEJ UNGKU … · sepakat untuk memilih negeri Sarawak sebagai destinasi pilihan. Sebagai sebuah negeri yang terbesar di Malaysia,

DESTINASI SISWA

7- 11 APRIL 2014

10

Khidmat Siswa Merentas Borneo

Timbalan Ketua Pengarah

Abdul Hadi bin Mohamad Shokri/ A142111/

011-19722731

Setiausaha

Kurnia Najihah binti Abd Manap /A141073/

019- 2442181

Naib Setiausaha

Siti Nor Shahira binti Mohd Arazama /A145257/ 011- 12401474

Bendahari

Ismail Bin Mahusain/ A143264/

014- 5182293

Pengarah Program : Rosmashafani Binti Mohd Zaini / A140173 /

013-9788409

AJK Program : Adilah Binti Ariffin / A139747/ 014- 6386082

Muhammad Fairus bin Mohd Sumambri /A145258

Izzulhanif bin M. Ariff /A137833

Pengarah Jamuan : Zafira Adila Binti Mohd. Yusof/ A141219

AJK Jamuan : Nur Hazirah binti Mohd Fuad /A145044

Nurul Asyikin Bt Razali/ A146130

Syaza Syahirah Binti Meor Zainal/ A14143 / 0136770450

Pengarah Pemasaran : Muhammad Azizol Mohd Yusof / A141680/014-5141716

AJK Pemasaran : Khairiah Atirah/ A144311/ 013- 5477935

Mohamad Nurazam Bin Abdullah/ A146176

Siti Nur Ainie Sidamat/ A145918

Nur Fatimatul Zaharah Binti Ibrahim/ A141221

Page 11: KERTAS KERJA DESTINASI SISWA KOLEJ UNGKU … · sepakat untuk memilih negeri Sarawak sebagai destinasi pilihan. Sebagai sebuah negeri yang terbesar di Malaysia,

DESTINASI SISWA

7- 11 APRIL 2014

11

Khidmat Siswa Merentas Borneo

Pengarah Publisiti : Muhammad Faizullah B. Abd. Rahim/ A145217/

017- 9826293

AJK Publisiti : Najwa Binti Hassan/ A143927/014- 5244480

Nur Laili Abdul Aziz/ A142293 / 0133209518

Nur Atiqah Binti Mohd Azan/ A140336/ 0199801290

Pengarah Protokol : Nurfarah Binti Mohd Shobery / A139966 / 012-4674548

AJK Protokol : Shamimi binti Shahbudin /A143203/ 017- 5422848

Azura binti Bakar /A139731/ 014- 6949982

Farrah Diyana Binti Zailan/A142744/ 017-3902822

Azura Binti Ashari/ A142357/ 0176784321

Pengarah Sijil & Cenderamata : Nur Syazwana bt Mohd Yusof/A143387/010-8947497

AJK Sijil dan Cenderamata : Nurul Farhana Binti Sutaad/ A145967/ 014-8456653

Nurul Fadilla Najwa Binti Ibrahim/A144756/

013- 3941368

Pengarah Pengangkutan dan : Muhammad Syazlan bin Mohd Aris /A145292/

012- 3794296

Penginapan

AJK Pengangkutan dan : Abdul Kahar bin Adas/A145158/ 014- 8989357

Penginapan Mohd Syafiq bin Basius/A143910/ 013- 8961476

Pengarah Teknikal & Siaraya : Mohd Farid Hakim Bin Mohd Ruf/ A146110/

014- 5121814

AJK Teknikal : Azwan Bin Mohdar/ A137724/ 011- 15679676

Nur Amirah Bt. Ishak/ A145897/ 013- 6099439

Page 12: KERTAS KERJA DESTINASI SISWA KOLEJ UNGKU … · sepakat untuk memilih negeri Sarawak sebagai destinasi pilihan. Sebagai sebuah negeri yang terbesar di Malaysia,

DESTINASI SISWA

7- 11 APRIL 2014

12

Khidmat Siswa Merentas Borneo

LAMPIRAN B

ATURCARA PROGRAM

DESTINASI SISWA KOLEJ UNGKU OMAR 2013/2014

TARIKH: 7 APRIL 2014 (ISNIN)

MASA AKTIVITI TEMPAT CATATAN

7.00 a.m Pendaftaran peserta Foyer KUO Sarapan, solat zohor

dan makan tengah

hari dalam perjalanan

8.00 a.m Bertolak ke LCCT

4.00 p.m Tiba KIA Kuching Solat asar

5.00 p.m Bertolak ke Kampung Semera

6.00 p.m Persiapan Majlis Perasmian Rehearsal Majlis

8.00 p.m Berkumpul di Dewan Besar

Kampung Semera

Dewan Besar

Kampung Semera

AJK dan Peserta

8.30 p.m Aktiviti 1:

Majlis perasmian Destinasi

Siswa dan Pembahagian Anak

Angkat

10.30 p.m Post mortem

TARIKH: 8 APRIL 2014 (SELASA)

MASA AKTIVITI TEMPAT CATATAN

7.00 a.m Bertolak ke Kubah Ria

AJK dan peserta

8.00 a.m Aktiviti 2:

“Dunia Baru”

Sekitar Kubah Ria Masyarakat sekitar

Kubah Ria

1.00 p.m Makan tengahari -AJK, peserta, ahli

DBKU

-Solat zohor

3.00 p.m Aktiviti bersama DBKU Perbincangan

5.00 p.m Pulang ke Kampung Semera Rehat dan solat asar

8.00 p.m Aktiviti 3:

Jom Berambeh

Rumah Keluarga

Angkat

Makan Malam

11.00 p.m Post Mortem Solat dan rehat

Page 13: KERTAS KERJA DESTINASI SISWA KOLEJ UNGKU … · sepakat untuk memilih negeri Sarawak sebagai destinasi pilihan. Sebagai sebuah negeri yang terbesar di Malaysia,

DESTINASI SISWA

7- 11 APRIL 2014

13

Khidmat Siswa Merentas Borneo

TARIKH: 9 APRIL 2014 (RABU)

MASA AKTIVITI TEMPAT CATATAN

7.00 a.m Bertolak ke SMK Semera Sarapan pagi AJK

dan pelajar sekolah 8.00 a.m Aktiviti 4:

Program “IPT here I come”

(Motivasi)

SMK Semera

1.00 p.m Tamat sesi pertama Solat zohor dan

makan tengah hari

2.00 p.m Sesi kedua

4.30 p.m Majlis penutup dan

penyampaian hadiah

Solat asar

5.00 p.m Bertolak pulang ke kampung Persiapan majlis

penutup DeSis

6.00 p.m Persiapan Slot Ceramah Rehearsal

8.30 p.m Aktiviti 5:

Slot ceramah oleh “staff UiTM”

Surau Kampung

Semera

Solat maghrib dan

makan malam

10.00 p.m Post Morterm Solat rehat

TARIKH: 10 APRIL 2014 (KHAMIS)

MASA AKTIVITI TEMPAT CATATAN

7.00 a.m Berkumpul Dewan Kampung Sarapan Pagi

7.30 a.m Bertolak ke Santubong AJK dan peserta

9.30 a.m Aktiviti 6:

Jelajah “Kamek D’ Kenyalang”

Kampung Budaya

Sarawak

Makan Tengahari

2.00 p.m Solat Zohor

4.00 p.m

5.00 p.m Sampai di Kampung Solat Asar dan

makan malam

5.30 p.m Persiapan Majlis Penutup

8.00 p.m Majlis Penutupan DeSis dan

Malam Kebudayaan.

Dewan Kampung

Semera

Rehat

TARIKH: 11 APRIL 2014 (JUMAAT)

MASA AKTIVITI TEMPAT CATATAN

7.00 a.m Bertolak ke KIA KIA Sarapan

11.00 p.m Tiba di UKM Kolej Ungku Omar

Page 14: KERTAS KERJA DESTINASI SISWA KOLEJ UNGKU … · sepakat untuk memilih negeri Sarawak sebagai destinasi pilihan. Sebagai sebuah negeri yang terbesar di Malaysia,

DESTINASI SISWA

7- 11 APRIL 2014

14

Khidmat Siswa Merentas Borneo

LAMPIRAN C

PERINCIAN PROGRAM

Program Motivasi SPM

Program ini melibatkan semua AJK sebagai fasilitator dan pelajar tingkatan 5 yang bakal

menempuhi Sijil Pelajaran Malaysia. Hal ini adalah untuk memberikan pecutan motivasi kepada

pelajar di awal tahun untuk peperiksaan yang bakal ditempuhi. Selain itu, tujuan utama program

adalah memberi pendedahan kepada pelajar tentang hala tuju yang sesuai selepas SPM dan

IPTA. Turut juga dicelah program terdapat pengisian semangat kerjasama dalam kumpulan dan

nilai-nilai murni yang lain.

Dunia Baru

Aktiviti ini melibatkan kesukarelawanan mahasiswa itu sendiri dalam menzahirkan empati pada

masyarakat golongan bawahan. Mahasiswa akan diberi tugas untuk memikul tanggungjawab

membersihkan kawasan sekitar Kubah Ria dan merasai sendiri pengalaman bekerja itu di bawah

pantauan FAMA. Aktiviti ini juga secara tidak langsung mampu melahirkan mahasiswa yang

sentiasa besyukur dengan apa yang dimiliki dan akan berusaha memperbaiki diri untuk berjaya.

Jom Berambeh

Program ini lebih bersifat program anak angkat di mana para peserta akan dibahagi kepada tiga

orang setiap kumpulan kepada beberapa buah rumah yang terpilih. Para peserta akan

ditempatkan mengikut rumah keluarga angkat masing- masing dan merasai sendiri pengalaman

sebagai penduduk kampung Semera. Bagi mengeratkan lagi hubungan antara mahasiswa dengan

penduduk kampung, aktiviti seperti Malam Kebudayaan dan Ceramah Agama akan dijalankan.

Kamek D’ Kenyalang

Program ini bertujuan untuk mendekatkan mahasiswa/i dengan persekitaran di Sarawak amnya.

Di samping itu dapat mengenali budaya dan keunikan negeri bumi kenyalang itu sendiri yang

sememangnya kaya dengan tradisi dan adat resam. Pelajar akan dibawa ke Kampung Budaya

Sarawak dan Waterfront di bandaraya Kuching.

Page 15: KERTAS KERJA DESTINASI SISWA KOLEJ UNGKU … · sepakat untuk memilih negeri Sarawak sebagai destinasi pilihan. Sebagai sebuah negeri yang terbesar di Malaysia,

DESTINASI SISWA

7- 11 APRIL 2014

15

Khidmat Siswa Merentas Borneo

LAMPIRAN D

BELANJAWAN

Anggaran pendapatan

BIL PERKARA RM

1.

2.

3.

4.

5.

6.

Sumbangan Kolej Ungku Omar

Sumbangan Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel)

iM4U

Zakat UKM

Badan Kerajaan

Ahli Yang Berhormat

500

500

2000

2000

2000

3000

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN

10000

Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA RM

1.

Pengurusan

i) Peralatan alat tulis

ii) Kertas A4(RM 10 × 3 ring)

iii) Fotokopi

iv) Kebajikan Peserta ( RM 5 ×45 orang)

20

30

200

225

Page 16: KERTAS KERJA DESTINASI SISWA KOLEJ UNGKU … · sepakat untuk memilih negeri Sarawak sebagai destinasi pilihan. Sebagai sebuah negeri yang terbesar di Malaysia,

DESTINASI SISWA

7- 11 APRIL 2014

16

Khidmat Siswa Merentas Borneo

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

Pengangkutan dan Penginapan

a) Kecemasan

b) Tiket Penerbangan Pergi Balik (RM150 x 37

orang)

c) Tempahan Tempat Tinggal (RM 400 x 1H)

Jamuan

a) Peserta ( 45 × RM8 x 5 hari)

Teknikal

d) Penyelenggaraan

Protokol

a) Kad jemputan (RM 2.00 × 5 keping)

b) Buku Cenderamata (RM 6 × 10 buah)

Publisiti

a) Kain Rentang 8’ × 3’(RM 70 × 3 keping)

Sijil dan Cenderamata

a) Sijil (RM 1.50 × 40 keping)

b) Hamper (RM 50 × 5 buah)

e) Cenderamata (RM 2 × 10 orang)

Tugas-Tugas Khas

b) Tag Nama (RM 2 × 45 orang)

c) Baju (RM18 x 45 orang)

Rencam

60

5550

400

1800

300

10

60

210

60

250

20

90

810

15

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 10000