kajian origin – destinasi - shahab perdana

65
1 | Page KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Kajian ini lebih dikenali sebagai Kajian Origin dan Destinasi (O-D) dalam perancangan pengangkutan bagi mengetahui tempat mula dan tempat tuju perjalanan penduduk setempat. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengutip maklumat tempat asal (origin) dan tuju (destinasi) sebahagian perjalanan penduduk. Origin disini dimaksudkan sebagai tempat di mana perjalanan bermula dan destinasi ialah sebagai tempat terakhir sesebuah perjalanan itu. Kaedah ini tidak memerlukan ramai pembanci dan organisasi tapak kelengahan kepada lalulintas dikekalkan pada tahap yang minimum. Walau bagaimanapun, kadar sambutan kepada tinjauan yang sebegini adalah tidak tetap, dan biasanya menjulat dari 10 ke 50 peratus daripada apa yang dikeluarkan. Sebagai tambahan, terdapat jawapan yang diterima membentuk suatu sampel yang berat sebelah. Pengalaman di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa peratusan jawapan yang lebih rendah adalah biasa bagi pemandu komersial dan waktu malam, manakala pemandu yang membuat lebih daripada satu perjalanan melalui pemerhatian, seringkali responden enggan untuk mengisi borang kerana sibuk dengan aktiviti masing-masing. Walaupun demikian, tinjauan tempat boleh digunakan dengan kejayaan yang agak munasabah dalam keadaan lalulintas yang sibuk, tinjauan awalan, dan apabila ia digunakan bersama dengan beberapa temubual langsung. Ia juga boleh dipergunakan dengan jayanya dalam kajian pengangkutan jalan yang utama, pergerakan lalulintas yang sibuk, tinjauan awalan, dan apabila ia digunakan bersama dengan beberapa temu bual langsung. Ia juga boleh dipergunakan dengan jayanya dalam kajian pengangkutan jalan yang utama, pergerakan lalulintas jalan raya dan

Upload: azuan-hafifi

Post on 15-Apr-2017

990 views

Category:

Engineering


7 download

TRANSCRIPT

1 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Kajian ini lebih dikenali sebagai Kajian Origin dan Destinasi (O-D) dalam perancangan

pengangkutan bagi mengetahui tempat mula dan tempat tuju perjalanan penduduk

setempat. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengutip maklumat tempat asal

(origin) dan tuju (destinasi) sebahagian perjalanan penduduk. Origin disini

dimaksudkan sebagai tempat di mana perjalanan bermula dan destinasi ialah

sebagai tempat terakhir sesebuah perjalanan itu.

Kaedah ini tidak memerlukan ramai pembanci dan organisasi tapak kelengahan

kepada lalulintas dikekalkan pada tahap yang minimum. Walau bagaimanapun, kadar

sambutan kepada tinjauan yang sebegini adalah tidak tetap, dan biasanya menjulat

dari 10 ke 50 peratus daripada apa yang dikeluarkan. Sebagai tambahan, terdapat

jawapan yang diterima membentuk suatu sampel yang berat sebelah. Pengalaman di

Amerika Syarikat menunjukkan bahawa peratusan jawapan yang lebih rendah adalah

biasa bagi pemandu komersial dan waktu malam, manakala pemandu yang

membuat lebih daripada satu perjalanan melalui pemerhatian, seringkali responden

enggan untuk mengisi borang kerana sibuk dengan aktiviti masing-masing.

Walaupun demikian, tinjauan tempat boleh digunakan dengan kejayaan yang agak

munasabah dalam keadaan lalulintas yang sibuk, tinjauan awalan, dan apabila ia

digunakan bersama dengan beberapa temubual langsung. Ia juga boleh

dipergunakan dengan jayanya dalam kajian pengangkutan jalan yang utama,

pergerakan lalulintas yang sibuk, tinjauan awalan, dan apabila ia digunakan bersama

dengan beberapa temu bual langsung. Ia juga boleh dipergunakan dengan jayanya

dalam kajian pengangkutan jalan yang utama, pergerakan lalulintas jalan raya dan

2 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

dalam kaedah temu bual langsung, suatu sampel pengguna jalan raya dihentikan

dititik tinjauan kawasan luar dan disoal oleh seseorang penemu bual. Jenis

kenderaan yang dikenal pasti dan dimasukkan di atas borang dalam bentuk data

primer, begitu juga dengan bilangan penumpang dalam kenderaan. Maklumat ini

biasanya direkodkan sebagai kenderaan menuju ke titik yang hendak dituju.

Soalan-soalan kemudiannya diajukan kepada pemandu kenderaan tentang asalan

dan destinasi perjalanannya. Oleh sebab kawasan kajian dibahagikan kepada zon-zon

untuk tujuan kajian pengangkutan, semua asalan dan destinasi dalam kawasan kajian

direkodkan secara terperinci. Contohnya, nama jalan dan masa, atau arah di tuju.

Bagi titik-titik diluar kawasan kajian, nama bandar atau kampung, dan daerah

biasanya memadai, asalan dan destinasi sesuatu perjalanan janganlah sesekali

direkodkan sebagai titik yang sama. Bagi perjalanan pusing balik, titik yang paling

jauh ia sampai dari satu hujung perjalanan patut direkodkan sama ada sebagai asalan

ataupun destinasi perjalanan.

Seterusnya pemandu ditanya mengenai tujuan perjalanan, contohnya pulang ke

rumah daripada kerja, pergi membeli-belah dari rumah. Satu kajian penggangkutan

yang lengkap dalam sesebuah bandar. Walau bagaimanapun, biasanya destinasi

tujuan perjalanan yang sangat sedikit bilangannya ditetapkan bagi sebuah bandar

yang kecil atau sederhana saiznya. Secara dasarnya hal ini adalah serupa dengan

tujuan perjalanan yang ditetapkan dalam kajian temubual pengguna jalan raya.

Dalam hal-hal tertentu, soalan-soalan tambahan yang mangaitkan kemungkinan

sesuatu perhentian antara dalam kawasan kajian dan alasan-alasan untuknya

ditanyakan kepada orang yang membuat perjalanan terus. Biasanya setiap tempat

beroperasi selama enam belas jam sehari dari pukul 8 pagi hingga 10 malam dan

dikendalikan oleh kakitangan yang bekerja dalam dua syif. Bilangan yang diperlukan

untuk mengendalikan tempat atau kawasan yang bergantung kepada isi padu lalu

lintas, bilangan soalan yang ditanya, dan saiz sample yang dipilih. Saiz sample yang

3 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

ditemu bual berubah mengikut respondan yang diperlukan semasa kiraan kasar dan

isi padu lalu lintas diatas laluan tertentu.

1.1 Matlamat

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui corak pergerakan kenderaan di

kawasan sekitar Terminal Shahab Perdana, Alor Setar, Kedah.

1.2 Objektif

a) Mengkaji perjalanan responden yang hendak dituju.

b) Masa perjalanan yang diambil pada suatu perjalanan.

c) Laluan perjalanan yang biasa digunakan oleh responden ke suatu

destinasi.

d) Mengkaji kekerapan perjalanan yang dilakukan oleh responden.

1.3 Skop Kajian

Skop kajian adalah mengenai batasan kajian dan perkara yang perlu dikaji

ialah mengenai kajian asalan destinasi (O-D). Kajian O-D ini adalah untuk

mengetahui corak pergerakan pelbagai jenis kenderaan menuju ke tempat

destinasi. Dalam kajian ini, kawasan kajian dan zon-zon yang tertentu perlu

dikenalpasti terlebih dahulu. Ini perlu bagi menubuhkan saru garisan kordon,

garisan bayangan yang mewakili sempadan kawasan kajian.

1.3.1 Asalan Dan Tujuan Perjalanan Destinasi

Kajian O-D adalah satu kajian yang tidak kurang pentingnya kerana

maklumat asalan dan tujuan perjalanan khususnya yang terkumpul

dalam tinjauan O-D di lapangan menggambarkan beberapa corak jenis

perjalanan saharian yang dilakukan oleh penduduk-penduduk yang

tinggal dikawasan kajian. Kaedah ini selalu digunakan untuk temuduga

ditepi jalan. Asalan merupakan tempat permualaan perjalanan dan

4 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

tujuan merupakan sebab-sebab suatu perjalanan dilakukan. Soal

selidik dijalankan keatas pengguna-pengguna yang kenderaannya

seperti kereta, motosikal, teksi, bas dan lain-lain. Selain itu tujuan

perjalanan responden kesesuatu kawasan turut dikaji untuk

mengetahui kekerapan perjalanan, destinasi yang hendak di tuju dan

jenis kenderaan yang di naiki.

1.3.2 Perkhidmatan Pengangkutan Awam Di Tapak Kajian

Laluan perjalanan dan kelancaran lalulintas di Terminal Shahab

Perdana amatlah penting bagi mengkaji masa dan perjalanan yang

diperlukan oleh responden sama ada menggunakan kenderaan

perkhidmatan awam atau menggunakan kenderaan persendirian

untuk memastikan keselesaan pengguna.

1.3.3 Corak Pergerakan Perjalanan

Corak pergerakan perjalanan adalah merupakan jenis tempat yang

ingin ditujui, corak perjalanan ini berlaku di setiap perjalanan yang

terdapat dilaluan sesuatu kawasan seperti daerah dan disesebuah

negeri.

5 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

1.3.4 Kaedah Untuk Mencapai Skop Kajian

Untuk mencapai skop kajian terdapat lima (5) peringkat yang perlu

dilakukan iaitu sebelum kajian dilakukan. Antaranya :

1.3.4.1 Peringkat Pertama

Peringkat ini melibatkan proses pengumpulan data-

data dan maklumat yang berkaitan dengan asalan

destinasi. Dengan maklumat yang di perolehi, ia akan

memudahkan dalam mengenalpasti lokasi yang

kerap dilalui. Pengumpulan maklumat adalah

daripada soal selidik yang dilakukan samada di

rumah atau di jalan raya.

1.3.4.2 Peringkat Kedua (Kajian Teortirikal)

Peringkat kedua merupakan peringkat untuk

menentukan sesuatu matlamat dan objektif kajian.

Sebelum kajian ini dibuat, perlu membuat bacaan

ilmiah untuk mengetahui dengan lebih lanjut

mengenai kajian asalan destinasi ini. Kajian ini

merupakan kajian umum yang berkaitan dengan

asalan dan destinasi asalan perjalanan. Dalam

peringkat ini, pengumpulan maklumat, bahan-bahan

ilmiah dan data-data yang diperlukan untuk kajian

melakukan kajian asalan destinasi. Selain itu

terdapat dua kaedah pengumpulan maklumat iaitu

6 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

data primer dan data sekunder. Data primer

diperolehi berdasarkan borang soal selidik yang

diedarkan kepada responden dan pengamatan yang

dilakukan oleh pengkaji. Manakala bagi data

sekunder pula boleh diperolehi daripada agensi

swasta atau kerajaan.

1.3.4.3 Peringkat Ketiga: Latar Belakang Kawasan Kajian

Latar belakang kawasan kajian merupakan peringkat

ketiga dalam kajian asalan destinasi. Kajian ini

merupakan kajian yang lebih kepada sejarah latar

belakang tapak dan melibatkan pelan-pelan seperti

pelan tapak, pelan kunci dan pelan lokasi. Bab ini

juga menerangkan mengenai gunatanah semasa dan

gunatanah yang terdapat di kawasan kajian.

1.3.4.4 Peringkat Keempat: Analisis Dan Penemuan

Seterusnya peringkat keempat adalah peringkat

untuk membuat analisis dan penemuan masalah.

Data-data dan juga matlamat diperolehi akan

dianalisis untuk mendapat isu-isu dan masalah di

kawasan kajian. Setelah semua sampel diperolehi

penganalisisan dapat dijalankan. Manakala bagi

penemuan pula diambil daripada tanggapan rawak

tentang keadaan kawasan kajian tersebut.

7 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

1.3.4.5 Peringkat Kelima: Cadangan

Sebelum membentuk sesebuah cadangan, rumusan

keseluruhan perlu dilakukan terlebih dahulu untuk

memfokuskan masalah-masalah yang timbul.

Cadangan merupakan kaedah yang terakhir di dalam

metodologi kajian perancangan. Peringkat cadangan

memberi peluang kepada pelajar untuk

mengemukakan cadangan dan idea-idea untuk

mencapai matlamat kajian. Kehendak utama

mestilah tidak menyimpang dengan matlamat dan

objektif pada peringkat awal kajian.

8 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

Peringkat 1 - PENDAHULUAN

Peringkat 2 – KAJIAN LITERATUR

Peringkat 3 – KAWASAN KAJIAN

Peringkat 4 – ANALISIS

Peringkat 5 – CADANGAN

Rajah 1.1: Carta Aliran

Mengenalpasti Matlamat Dan Objektif dan

Mengenalpasti Isu Dan Masalah

Kajian Literatur / Ilmiah Teoritirikal

DATA SEKUNDER

-Jabatan Kerajaan

-Agensi Swasta & Kerajaan

DATA PRIMER

-Pengenalan

-Temubual (Temubual-Soalselidik)

-Analisis dan Penemuan Masalah

-Carta / Jadual

Cadangan

9 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.0 Pengenalan

Kajian Origin – Destinasi merupakan satu kajian yang menunjukkan jumlah

perjalanan yang dilakukan antara berbagai-bagai jenis lokasi. Maklumat yang

diperoleh digunakan untuk mengetahui atau menentukan corak perjalanan di dalam

kawasan yang dikaji. Origin didefinasikan sebagai tempat bermula dan destinasi

dapat didefinasikan sebagai tempat tujuan. Kajian O-D juga bukan hanya merupakan

kajian kekerapan perjalanan sahaja tetapi meliputi kawasan-kawasan bermula dan

berakhir.

Skop kajian O-D boleh dihadkan kepada satu laluan yang tertentu dalam bandar atau

luar bandar. Ia juga boleh diperluaskan dengan memasukkan mana-mana bahagian

atau keseluruhan bandar, bandar gabungan atau kawasan luar bandar. Kajian

lengkap yang besar boleh merangkumi sebuah bandar raya sebesar Bandaraya Kuala

Lumpur ataupun sebuah negara pada kesuluruhannya.

Terdapat beberapa kaedah bagi mengenalpasti potensi perjalanan lalulintas kawasan

perumahan, perindustrian, kormesial dan sebagainya. Tambahan lagi, jika maklumat

ini dapat diperolehi, ini juga berguna kepada kawasan bandar dan luar bandar yang

sediada. Terdapat juga kegunaan utama yang lain bagi kajian O-D yang lengkap

untuk menentukan hubungan yang wujud antara jumlah perjalanan dengan jenisnya

serta faktor penjagaan lalulintas.

10 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

2.1 Kajian Origin – Destinasi

Kajian asalan – destinasi untuk pola perjalanan bagi sesuatu kawasan Bandar

mungkin mempunyai skop yang luas. Mengenal pasti kawasan kajian dan

membahagikan kawasan kajian kepada beberapa zon perlu dilakukan untuk

menjalankan kajian ini. Kajian asalan-destinasi perjalanan boleh dikaitkan

dengan zon-zon ini. Ia juga perlu menghasilkan garisan kordon di mana ia

merupakan satu garisan bayangan untuk mewakili sempadan kawasan kajian.

Untuk memastikan ketepatan data kajian, ia perlu mempunyai satu garisan

skrin yang merupakan garisan bayangan yang boleh membahagikan kawasan

kajian kepada beberapa bahagian.

Kajian asalan – destinasi juga dikecilkan saiz zon, contohnya, seorang jurutera

lalulintas berkemungkinan menjalankan kajian asalan – destinasikenderaan

menggunakan suatu persilangan sebagai tanda atau sempadan, satu seksyen

jalan raya, atau memasuki dan meninggalkan kawasan perdagangan.

2.2 Kegunaan Data Kajian Asalan – Destinasi

Jurutera lalulintas dan perancang pengangkutan memerlukan data kajian O-D

yang membolehkan mereka :

a) Untuk menentukan bilangan lalulintas yang memasuki Bandar.

b) Untuk menentukan sejauh mana sistem lebuh raya sedia ada adalah

mencukupi dan merancang untuk kemudahan yang baru.

c) Untuk menentukan lokasi yang paling sesuai untuk jambatan yang

baru dan kemudahan.

d) Untuk menghasilkan model penjanaan dan taburan perjalanan untuk

kegunaan dalam proses perancangan dan pengangkutan.

11 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

2.3 Jenis Kajian Bagi Kawasan Kajian OD

Pergerakan asas dimana data kajian dikehendaki ialah :

a) Dalaman – dalaman

b) Dalaman – luaran

c) Luaran – dalaman

d) Luaran – luaran

Bagi kawasan bandar yang besar, perjalanan dalaman – dalaman adalah

tinggi manakala bagi kawasan kecil yang mempunyai populasi yang rendah

(dikatakan kurang daripada 5,000 orang) perjalanan dalaman – dalaman

boleh diabaikan (insignificant). Perjalanan dalaman-dalaman adalah lebih

baik dikaji mengguanakan kaji selidik garisan skrin. Perjalanan dalaman-

luaran, perjalanan luaran-dalaman, perjalanan luaran-luaran boleh dikaji

mengguanakan kaedah kaji kajian kordon. Perjalanan dalaman-luaran juga

boleh dikaji mengguanakan kaedah temu bual di rumah.

Data dapat dikumpul di rumah, semasa perjalanan dan pada akhir destinasi

perjalanan. Semasa mengumpul data di rumah, data yang diperolehi adalah

besar likungannya dan merangkumi kesemua perjalanan dalam tempoh masa

yang diberi. Pada akhir destinasi, kajian jenis temubual secara langsung

memberikan data berkaitan tarikan utama lalulintas seperti kilang, pejabat

dan kewujudan kawasan komersial.

12 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

2.4 Kajian Pengezonan Kawasan Dan Rangkaian

Analisis setiap perjalanan secara individu dilakukan serta data dikumpulkn

mengikut zon yang telah ditetapkan. Jadi setiap perjalanan yang berlaku

dalam suatu zon dianggap sebagai pusat untuk mengumpul data. Untuk

memaksimakan keseragaman penggunaan tanah bagi kawasan bandar, zon

yang dibahagikan semakin kecil dan semakin hampir dengan kawasan pusat

bandar. Manakala bagi kawasan pinggir bandar, zon yang dibahagikan

semakin besar dan sainya akan bertambah apabila jaraknya dari kawasan

sempadan kajian bertambah apabila jaraknya dari kawasan sempadan kajian

bertambah. Sempadan zon perlu diterapkan dengan keadaan geografi dan

fizikal yang terhad seperti sungai, keadaan topografi yang bercerun, berbukit-

bakau, benteng dan sifat lain yang menghalangi pergerakkan lalulintas dan

disarankan lebuh raya utama harus menuju kearah pusat setiap zon tersebut.

Kebaikan utama bagi zon seperti itu ialah membenarkan keboleh-lenturan

maksimum dari segi penggunaan semula secara berturut-turut data yang

dikumpulkan, walaupun mempunyai sedikit tambahan kos dalam masa

penyediaan peringkat awal fail zon. Kegunaan data yang dikumpulkan dalam

membanci penduduk Pendaftaran Negara adalah tidak ternilai dalam kajian

pengangkutan. Bancian Negara diambil dengan jeda 10 tahun semasa tahun

pertama setiap dekad, iaitu tahun 1971, 1981 dan selanjutnya. Data

berkenaan dikemaskini pada tahun keenam dekad berkenaan dengan cara

sampel 10 peratus. Data diambil termasuklah struktur penghuni, iaitu dari

segi jantina, taraf perkahwinan, umur dan juga mengenai pekerjaan serta

tempat kerja mereka. Selain itu, data yang dikumpul juga berkaitan dengan

maklumat perjalanan berhubung dengan perjalanan ketempat kerja dan

keboleh dapatan kenderaan. Nilai banci ini adalah persediaan kajian

pengangkutan dan penyemakan maklumat kajian yang nyata yang telah

13 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

menyebabkan satu arah aliran dalam tahun kebelakangan ini di dalam

memilih sesuatu zon yang bersempadannya adalah sepadan dengan daerah

perhitungan yang digunakan dalam pembancian.

Walaupun zon telah ditakrifkan, namun perjalanan kedalaman – luaran zon

dibuat melalui lebuh raya dan rangkaian pengangkutan awam. Rangkaian

kebiasaannya terdiri daripada laluan lalulintas utama yang dibahagikan

kepada laluan yang seterusnya dihadkan oleh nod. Kesemua laluan patut

dikenalpasti oleh nod. Nod kebiasaannya adalah satu titik pada laluan

lalulintas yang terdapat perubahan utama dari segi ciri sesuatu laluan.

Sebagai contoh, dalam rangkaian lebuh raya, suatu nod kebiasaannya

ditempatkan di persimpangan utama atau di tempat lebuhraya satu lorong

menjadi lebuh raya dua lorong. Sementara dalam rangkaian pengangkutan

awam, nod kebiasaannya ditempatkan di sesuatu titik laluan masuk yang

utama bagi penumpang seperti persimpangan laluan dan perhentian bas

utama. Laluan masuk kedalam atau dari pusat bentuk zon adalah melalui

penyambungan pusat bentuk yang dihubungkan dengan suatu nod atau

suatu siri no dalam rangkaian pengankutan. Ciri perjalanan bagi

penyambungan pusat bentuk kebiasaannya mencerminkan purata perjalanan

yang bermula atau berakhir dalam zon berkenaan.

2.5 Kaedah Kajian Asalan – Destinasi

Terdapat berbagai-bagai tatacara untuk membuat suatu kaedah tinjauan

origin-destinasi. Kakitangan yang terlibat boleh berbeza-beza daripada hanya

beberapa orang pencerap kepada beratus orang penemu bual dan

penganalisis. Kelengkapan menganalisis yang diperlukan mungkin berbagai-

bagai daripada hanya pensil, kertas dan mesin kira poket kepada kelengkapan

perkomputeran elektronik paling terkini yang berupaya memproses tumpuan

data yang banyak dan rumit.

14 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

2.5.1 Kaedah Temubual Sisi Jalan

Ianya merupakan kaedah kajian origin-destinasi temubual terus di

mana para pemandu ditanya mengenai tinjauan asal dan destinasi

serta data perjalanan yang lain yang diperlukan. Biasanya, temu bual

sebegini dijalankan di jalan raya, pemandu diminta berhenti semasa

dalam perjalanan ke tempat tujuan masing-masing. Tambahan lagi,

terdapat kaedah yang sama tetapi berbeza perlaksanaannya iaitu

perlu menemubual pemandu sebaik sahaja mereka meletak kereta

masing-masing. Ini biasanya dibuat bersama-sama kajian tempat letak

kereta pusat bandar. Dalam kedua-dua kaedah, temu bual hanya

terhad kepada pemandu kenderaan bermotor dan biasanya tidak

memberikan maklumat terperinci mengenai penumpang. Kaedah ini

boleh menghasilkan maklumat yang terperinci dan tepat kerana

semua maklumat dikumpulkan secara terus daripada pemandu dan

tidak perlu membuat kesimpulan daripada kelakuan mereka.

2.5.1.1 Tapak Temubual

Kedudukan tapak temubual bergantung pada masalah khusus yang

sedang dikaji. Jadi kajian hanya untuk mempertimbangkan data

perjalanan di atas lebuh raya kecil tunggal yang terpencil, suatu

kedudukan tapak yang tinggal di titik tengah adalah mencukupi.

Walau bagaimanapun, bagi kajian di bandar, tapak temubual boleh

ditempatkan di semua jalan raya yang utama, 95 peratus

kemungkinan daripada lalu lintas memasuki atau meninggalkan

kawasan kajian dapat ditemui. Dalam kes kajian untuk lebuh raya

utama yang terpencil, stesen temubual boleh ditempatkan di atas

15 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

semua lebuh raya yang dijangkakan akan dipengaruhi oleh

pembinaan atau pembinaan semula kemudahan yang baru.

Secara umumnya, tapak temubual harus ditempatkan seberapa

hampir yang mungkin dengan sempadan zon. Jika tidak, sudah

pasti suatu jawapan mustahil akan diperolehi apabila pemandu

kenderaan bermotor yang bergerak melalui titik kajian mempunyai

kedua-dua asalan dan destinasi dalam zon yang sama. Suatu

pertimbangan yang utama dalam menempatkan tapak temubual

ialah tentang keselamatan penemubual dan pemandu. Jadi, semua

tapak hendaklah mempunyai jarak pandangan yang tidak dihalang

sekurang-kurangnya sejauh lebih kurang 230 m di kedua-dua belah

sisi, dan hendaklah jauh dari sebarang persimpangan. Isyarat yang

menerangkan tujuan dan tahap penghentian hendaklah

ditempatkan dengan lebih baik terlebih dahulu dari setiap tapak

supaya pemandu kenderaan bermotor dapat menyesuaikan

kelajuan kenderaannya.

2.5.1.2 Pasukan Temubual

Setiap pasukan temubual harus terdiri daripada sekurang-

kurangnya dua ahli di mana seorang akan membuat pengiraan yang

dikelaskan terhadap semua kenderaan yang melepasi arah yang

sedang dikaji, dan seorang lagi menjalankan temubual sebenar.

Walau bagaimanapun, apa yang lebih biasa lagi, pasukan temubual

yang menjalankan kajian di suatu jalan raya dua lorong yang agak

sibuk dan dijalankan untuk kedua-dua belah arah akan terdiri

daripada seorng ketua pasukan. Dua ornag perakam, enam

penemubual dan dua orang pegawai polis. Pegawai polis adalah

perlu kerana hanya mereka yang berkuasa di sisi undang-undang

16 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

untuk memberhentikan kenderaan dan menyoal pemandu semasa

di lebuh raya awam.

2.5.1.3 Persampelan

Jarang-jarang dan tidak semua pemandu dapat diarahkan supaya

menghentikan kenderaan serta dapat menyoal pemandu

berkenaan. Oleh hal demikian, satu tatacara persampelan biasanya

digunakan. Ini bukan hanya untuk mengelakkan daripada

berlakunya kejadian lengah lalu lintas malah untuk menjaga

penghubungan awam yang baik serta untuk mengelakkan

kesesakan lalu lintas yang boleh menyebabkan pemandu

kenderaan melencong dari tapak kajian dan akan merosakkan corak

lalu lintas. Untuk mengelak kejadian ini, satu daripada tiga kaedah

persampelan biasanya digunakan.

Satu daripada kaedah persampelan berkenaan memerlukan

sebilangan kenderaan diberhentikan. Jadi sebagai contoh, tiga

daripada dua belas kenderaan boleh dihentikan dan Sembilan

kenderaan yang terkemudian dibenarkan meneruskan perjalanan

untuk memberikan 25 peratus sampel. Kaedah kedua memerlukan

semua kenderaan yang tiba di tapak kajian dalam suatu tempoh

masa yang telah ditentukan terdahulu diberhentikan. Jadi smua

kenderaan akan diberhentikan pada setiap setengah jam dengan

berselang-seli untuk memperoleh 50 peratus dengan sampel masa.

Tatacara ketiga dengan kaedah ketiga dalam keadaan tidak ada

usaha dibuat untuk menetapkan suatu hubungan yang tetap antara

bilangan pemandu yang telah ditemubual dengan jumlah

kenderaan di atas jalan raya. Malahan, suatu pecahan persampelan

17 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

boleh ubah diperolehi oleh penemubual setelah selesai temubual,

penemubual akan memberi isyarat kepada plis supaya menahan

kenderaan yang berikutnya dengan tidak mengambil kira apa jenis

kenderaan tersebut. Tatacara ini mempunyai kebaikan amali, iaitu

penemubual dapat bertugas pada suatu kadar yang tetap dan tidak

akan terlalu sibuk atau terlalu pelahan, kesesakan lalu lintas dan

kengah akan berkurangan dan keadaan berat sebelah tidak akan

terjadi dengan cara memilih kenderaan yang bergerak perlahan

yang berada di hadapan sesuatu kenderaan. Kebaikan juga dari segi

statistk kerana tatacara ini tidak bergantung pada kebijaksanaan

pegawai polis atau penemubual dalam melilih kenderaan yang

patut ditahan atau dalam membuat keputusan sama ada temibual

patut dihentikan disebabkan oleh tatacara persampelan boleh

ubah, pecahan jumlah lalu lintas yang telah ditemubual adalah

tinggi dalam keadaan kepadatan lalu lintas yang rendah dan akan

menjadi rendah dalam keadaan kepadatan lalu lintas yang tinggi.

Ini juga merupakan kebaikan, jika dibandingkan dengan dua kaedah

yang telah diterangkan apabila ditelitikan dari seg statistik.

Untuk memberhentikan semua kenderaan di atas jalan raya dalam

sesuatu masa yang diberi adalah mustahil serta mustahil juga bagi

menjalankan kajian temubual di sepanjang tahun. Walau

bagaimanapun, kajian boleh dijalankan pada suatu masa tertentu

apabila corak lalu lintas pada masa iu dianggap boleh mewakili

corak lalu lintas pada sepanjang tahun. Sebagai pilihan, kajian

boleh dikendalikan pada suatu masa tertentu ketika masalanya

palng kurang. Dalam mana-mana keadaan, data yang diperoleh

kemudiannya diselaraskan berdasarkan pengetahuan yang didapati

daripada data jumlah lalu lintas yang diperoleh secara automatil

dan berterusan.

18 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

Kebiasaannya, kajian asalan-destinasi hanya dijalankan dalam masa

beberapa jam dari suatu hari 24 jam seperti pukul 6 pagi hingga 10

malam. Tambahan lagi, kajian boleh dijalankan di dua atau tiga

stesen yang lain pada hari lain dan seterusnya tidak perlu

menjalankan kajian di semua stesen pada hari yang sama. Malahan

jika bilangan penemubual adalah terhad, pasukan penemubual

boleh bertugas awal pada suatu hari dan bertugas lewat pada

suatu hari yang lain yang sama pada tapak yang sama tanpa

menyebabkan sebarang keadaan berat sebelah kepada data yang

diperoleh.

2.5.1.4 Temubual Langsung

Soalan yang tepat yang dikemukakan pada ketika temubual itu

berubah-ubah mengikut keperluan dan objektif temubual

berenaan. Maklumat tipikal yang boleh direkodkan bagi setiap

temubual adaah seperti berikut bilangan stesen kajian, tarikh, jam,

jenis kenderaan, arah perjalanan, bilangan penumpang, asalan dan

destinasi serta tujuan perjalanan. Berhubung dengan soalan asalan-

destinasi itu sendiri, perjalanan dikira bermula di tempat-tempat

persinggahan yang terakhir dan akan tamat di tempat persinggahan

yang berikutnya.

Apabila mengumpul data daripada temubual sisi jalan, menjadi

kebiasaan untuk mengecualikan perkhidmatan bas berjadual

daripada sebarang temubual. Walau bagaimanapun, perkhidmatan

bas itu akan direkodkan dalam kiraan pengelasan, manakala

maklumat tentang frekuensi perkhidmatan dan laluan diperoleh

pada masa lain selepas itu. Perhatian yang sewajarnya hendaklah

19 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

diberikan terlebih dahulu dalam merangka soalan ringkas yang

lengkap dan tepat agar kejadian yang berat sebelah boleh

dihapuskan daripada pertanyaan yang dikemukakan.

2.5.2 Kaedah Tinjauan Hantar Kembali

Terdapat dua kaedah utama untuk menjalankan kajian origin-

destinasi dengan cara menggunakan soal selidik hantar kembali. Dua

kaedah berkenaan boleh dijalankan berasingan ataupun boleh juga

digunakan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Kaedah

pertama melibatkan pengiriman secara pos beberapa soal selidik yang

lengkap dengan alamat dan setem kepada semua pemilik bermotor

yang berdaftar dalam kawasan kajian. Setiap penerima kebiasaannya

diminta untuk merekodkan semua perjalanan yang dibuat oleh

kenderaan bermotor mereka pada hari selepas daftar pertanyaan

diterima hari yang dipilih biasanya hari minggu.

Kaedah kedua melibatkan penyerahan soal selidik kepada pemandu

kenderaan bermotor apabila mereka melalui dengan perlahan-lahan

satu tapak kajian. Jikalau kaedah ini dijalankan sehubungan dengan

jenis kajian pos yang pertama, tapak kajian kebiasaannya ditempatkan

di atas garisan kepunyaan suatu kawasan kajian. Dengan itu maklumat

dapat diperoleh tentang kedua-dua perjalanan luaran dan dalaman.

Malah jika kaedah kedua ini dijalankan secara berasingan, tapak

kajian kebiasaannya ditempatkan di suatu tempat yang lalu lintasnya

begitu padat supaya kenderaan tidak boleh dihentikan untuk

membolehkan temubual terus dijalankan.

20 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

Dalam mana-mana kaedah, kejayaa kajian soal selidik sangat

bergantung pada kemahuan pengguan kenderaan nermotor untuk

melengkapkan dan mengembalikan soal selidik tersebut. Suatu

pengembalian yang baik dapat dicapai dengan menyediakan satu

program publisiti yang meluas sebelum dan semasa kajian agar

pengguna kenderaan bermotor akan sedar betapa pentingnya

mengembalikan soal selidik. Walaupun ini dapat dicapai,

pengembalian boring soal selidik tidak juga melebihi 50 peratus,

dengan maklum balas yang tipikal hanya dalam lingkungan 33

peratus.

Keboleharapan keputusan yang diperoleh daripada kajian soal selidik

telah dikritik dengan alasan boleh dipengaruhi oleh keinginan

kemudahan daripada minat tertentu pengguna kenderaan bermotor

yang menggunakan penulisan sebagai sebahagian daripada hidupnya

jika dibangungkan dengan pekerja biasa yang tidak menghiraukan

untuk menyiapkan soal selidik. Dengan itu, pemgembalian soal selidik

terutamanya daripada mereka yang membuat perjalanan terus adalah

rendah dan tidak mewakili keseluruhan keadaan. Walau

bagaimanapun, penyelidikan lain telah membuat kesimpulan bahawa

dengan syarat soal selidik hantar kembali adalah berfakta dan

mempunyai format yang pendekdan mudah dilengkapi responden

yang terdiri daripada satu sampel yang tidak berat sebelah bagi

sampel penduduk yang dikaji. Kebaikan yang utama bagi tinjauan soal

selidik hantar kembali ialah semua data diperoleh pada satu masa

bagi satu tempoh perjalanan dan kakitangan tidak teratih boleh

digunakan bagi mengendalikan atau menghantar soal selidik secara

pos. Tambahan lagi, terdapat hanya sedikit gangguan terhadap lalu

lintas jalan raya yang sesak.

21 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

2.5.3 Kaedah Nombor Pendaftaran

Sekali lagi terdapat dua perbezaan pada kaedah ini. Prosedur pertama

dan yang sering digunakan memerlukan pemerhatian-pemerhatian

yang mempunyai jam yang diselaraskan waktunya. Ditempatkan

berhampiran dan/atau di kawasan kajian. Kemudian apabila

kenderaan berlalu di depan pemerhati, masa perjalanan kenderaan

ditentukan dengan berpandu kepada jam tersebut dan nombor

pendaftaran kenderaan tercatat. Apabila kajian tamat, rekod di semua

tapak pemerhatian dibandingkan dan setiap perjalanan kenderaan

melalui kawasan kajian dikesan. Untuk tujuan kajian, asalan

kenderaan dianggap bermula di tempat pemerhatian yang terakhir.

Dengan cara mencatat masa masuk dan masa keluar, masa perjalanan

bagi setiap kenderaan boleh dianggarkan. Apabila ini dibandingkan

dengan masa perjalanan yang diketahui bagi perjalanan yang sama,

kenderaan tersebut boleh dikelaskan sebagai telah berhenti atau

tidak berhenti dalam kawasan kajian. Kebaikan yang utama bagi

kaedah ini ialah kaedah ini boleh digunakan di tempat lalu lintasnya

sangat padat dan tidak perlu untuk memberhentikan kenderaan

untuk membuat pertanyaan.

Tambahan lagi, selagi penggunaan kenderaan bermotor tidak sedar

bahawa mereka sedang diamati, keputusan yang diperolehi tidak akan

berat sebelah yang mungkin disebabkan oleh kerjasama yang buruk

daripada mereka. Kaedah ini mempunyai keburukan, kerana

memerlukan bilangan kakitangan yang ramai, penggunaanya terhad

kepada kemudahan lebuh raya tunggal atau kepada kawasan kajian

22 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

yang kecil dengan sedikit jalan masuk dan jalan keluar. Tambahan lagi,

semua tapak pencerapan perlu diatur kakitangannya pada satu hari

yang sama dan pencerapan hendaklah dijalankan terus-menerus di

setiap jalan masuk dan jalan keluar.

Kaedah kedua bagi mengendalikan kajian asalan – destinasi nombor

pendaftaran adalah merekodkan untuk satu hari yang ditetapkan

pendaftaran semua kenderaan yang diletak dalam kawasan kajian.

Semuanya ini kemudian di bandingkan dengan senarai pendaftaran

kenderaan bermotor, dan asalan bagi setiap kenderaan dianggap

bermula dari tempat kenderaan itu didaftarkan, manakala

destinasinya pula dikira sebagai tempat kenderaan berkenaan diletak.

Kebaikan kaedah ini yang utama ialah kesenangan mengendalikannya,

kos yang rendah dan bebas daripada keputusan yang berat sebelah.

Sementara keburukannya yang utama ialah maklumat yang diperolehi

adalah terhad yang diperolehi tentang perjalanan pengangkutan

awam dan kenderaan perdagangan, semua kenderaan itu didaftarkan

ke lokasi tempat letak kereta, dan tidak ada data yang diperolehi

daripada perjalanan lalu lintas terus atau masa perjalanan. Tambahan

lagi, penggunaannya sekali dihadkan kepada kawasan kajian yang

kecil kerana bilangan pencerap yang diperlukan agak ramai.

2.5.4 Kaedah Tanda Atau Pelekat

Ini juga merupakan kaedah kenderaan bergerak yang tidak

bergantung pada kerjasama penuh daripada pengguna kenderaan

bermotor. Tatacara yang biasa adalah seorang pencerap

memberhentikan setiap kenderaan secara ringkas di pintu masuk

kawasan kajian dan meletak satu tanda atau pelekat yang telah

dihadkan terlebih dahulu. Pelekat atau tanda berkenaan

23 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

mengandungi maklumat masa dan tempat kenderaan itu masuk dan

diletakkan di bawah pengilap cermin depan. Pada masa yang sama,

pemandu boleh diberikan satu kad yang meminta kerjasamanya dan

menerangkan ciri kajian yang dijalankan.

Apabila kenderaan meninggalkan kawasan kajian, tanda berkenaan

diambil balik dan masa, stesen, arah perjalanan dan beberapa

maklumat lain yang diperlukan direkodkan diatas tanda atau pelekat.

Kebaikan yang utama bagi kaedah ini adalah lalaun kenderaan

berkenaan boleh dikesan melalui kawasan kajian dengan cara

menempatkan pencerap perantaraan untuk mencatatkan warna dan /

atau bentuk tanda pada setiap kenderaan. Jadi, keperluan untuk

sesebuah simpangan boleh ditentukan dengan cara membandingkan

masa perjalanan kenderaan dengan masa perjalanan yang ditentukan

kemudian melalui laluan yang sama.

2.5.5 Kaedah Temubual Di Rumah

Kawasan bandar yang besar menarik lalu lintas dari suatu jarak di luar

sempadannya dan juga menghasilkan lalu lintas yang hebat dalam

kawasannya sendiri. Dalam Bandar raya, jalan raya, keadaan topografi

dan jumlah lalu lintas yang padat menghasilkan suatu rintangan yang

mempunyai pengaruh yang amat penting terhadap tatacara

perjalanan manusia dan laluan yang diikuti untuk sampai ke

destinasinya. Banyak pembolehubah yang terlibat, dan dengan itu,

pada kebiasaanya tidak mungkin dalam kawasan dengan lalu lintas

yang padat dengan cara memberhentikan kenderaan tidak dibuat

hanya dengan mencerap lalu lintas sedia ada.

24 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

Biar pun ada kemungkinan, pada umumnya adalah tidak munasabah

untuk memperoleh data dalam kawasan lalu lintas sedia ada. Biarpun

ada kemungkinan, pada umumnya adalah tidak munasabah untuk

memperoleh data dalam kawasan dengan lalu lintas yang padat

dengan cara memberhentikan kenderaan di jalan raya. Terjadi

munasabah itu bukan hanya disebabkan kemungkinan terjadinya

kesesekan yang tinggi, tetapi keadaan jalan raya yang amat panjang

dalam kawasan bandar juga menyebabkan tidak munasabah untuk

cuba menemubual data yang lebih maju mestilah digunakan untuk

memperoleh maklumat yang luas, tetapi terperinci yang diperlukan

oleh perancang lebuh raya untuk memastikan kemudahan baru perlu

disediakan atau dipertingkatkan dan juga untuk memastikan lokasi

betul serta kecukupannya untuk masa hadapan.

Biro Jalan Raya Awam Amerika Syarikat adalah sebuah badan yang

pertama memajukan tatacara yang terperinci untuk membuat kajian

lalu lintas secara luas yang berdasarkan teknik persampelan temubual

di rumah. Tatacara ini masih lagi digunakan dengan meluas selagi

model untuk fasa temubual dirumah bagi kajian permintaan

pengangkutan yang lengkap yang dijalanakan dalam kawasan Bandar

pada hari ini.

Kajian temubual di rumah menggunakan proses persampelan yang

sama dengan yang digunakan dalam pungutan pendapat awam.

Sampel yang mewakili rumah dalam kawasan kajian dipilih dan

penduduk disoal berhubung dengan perjalanan mereka semasa hari

minggu tertentu, biasanya hari sebelum temubual. Jika data yang

diperoleh daripada kajian kenderaan perdagangan dan teksi dan data

daripada kajian temubual di sisi jalan di semua jalan raya merentasi

25 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

sempadan kawasan kajian, satu rekod yang hampir lengkap diperoleh

bagi perjalanan pada hari minggu yang tipikal dalam kawasan kajian.

2.5.5.1 Persampelan

Seperti yang telah di bincangkan sebelum ini, perjalanan

merupakan suatu penjelasan tingkah laku individu, dengan

demikian persampelan mempunyai satu ciri yang sangat baik

bagi menjadi suatu kebiasaan. Disebabkan persampelan

cenderung berulang dan ulangannya menjadi dalam suatu

corak yang jelas. Jadi tidak perlu untuk memperoleh

maklumat perjalanan daripada semua penduduk kawasan

Bandar mahupun individu dalam suatu tempoh yang panjang

untuk memastikan keperluan kepada kemudahan

perjalanan. Kewujudan corak kebiasaan ini akan

membolehkan kaedah persampelan statistik digunakan

dengan yakin dalam menentukan corak perjalanan dalam

kawasan bandar.

Sampel yang dipilih dan dikira mewakili keseluruhan jika

mereka yang termasuk dalamnya diagihkan secara geografi

di seluruh kawasan kajian dengan kadar yang sama seperti

agihan seluruh penduduk. Sehubungan dengan itu,

persampelan yang berdasarkan kediaman adalah cara yang

paling munasabah bagi memastikan bahawa agihan yang

betul secara geografi diperoleh. Saiz sampel yang dipilih

adalah berubah-ubah dan bergantung pada jumlah

penduduk kawasan kajian, tujuan kajian dan hubungan yang

ingin diasaskan ketepatan yang diperlukan dan hingga

sesuatu tahap yang tertentu, kepadatan penduduk dalam

zon kajian. Jadual di bawah memberikan sesuatu panduan

26 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

mudah bagi saiz sampel yang baru dalam kawasan Bandar

yang tertentu. Perhatian jadual ini yang menunjukkan

bahawa semakin besar kawasan Bandar, semakin kecil

sampel yang digunakan. Panduan yang lebih terperinci

dalam cara persampelan yang perlu diambil dalam kajian

pengagkutan lengkap boleh didapati dalam rujukan.

Satu perkara yang perlu diutamakan ialah persampelan

penduduk secara sempurna adalah perkara pokok kepada

kejayaan mana-mana kajian temubual di rumah. Jadi,

memang perlu untuk mendapat nasihat daripada ahli

statistik yang layak apabila merekabentuk kajian.

Jadual 2.1 Saiz sampel Tipikal bagi menjalankan Kajian Asalan – Destinasi di Rumah

Penduduk Bandar Saiz Sampel

< 50,000 1 dalam 5 unit kediaman

50,000 – 150,000 1 dalam 8 unit kediaman

150,000 – 300,000 1 dalam 10 unit kediaman

300,000 – 500,000 1 dalam 15 unit kediaman

500,000 – 1,000,000 1 dalam 20 unit kediaman

> 1,000,000 1 dalam 25 unit kediaman

2.5.5.2 Temubual Di Rumah

Temubual adalah satu bahagian kajian di rumah yang paling

penting iaitu penemubual memberikan satu-satunya

perhubungan pertama antara kajian dengan orang ramai

yang akan menentukan bagaimana sambutan mereka sama

ada memberi kerjasama atau tidak. Kesempurnaan data dan

27 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

kesahihan keputusan yang berdasarkan temubual itu,

bergantung pada kesediaan setiap isi rumah untuk

memberikan data perjalanan.

Temubual dijalankan di kawasan rumah kediaman yang telah

dipilih dan soalannya biasanya dirujuk kepada perjalanan

setiap isi rumah yang berumur lima tahun ke atas pada hari

sebelum temubual. Oleh sebab ketepatan kajian bergantung

pada maklumat yang akan diperoleh daripada isi rumah dari

tempat tinggal yang telah ditentukan sebelumnya,

kebanyakkan temubual dijalankan pada petang hari kerana

peluang menemui isi rumah pada ketika itu amat cerah.

Untuk memelihara sampel supaya tidak berat sebelah, lebih

baik bagi penemubual “datang semula” ke rumah berkenaan

daripada menemubual jiran sebelah apabila tiada seorang

pun yang berada di rumah pada ketika itu. Setiap temubual

biasanya memerlukan masa selama satu jam, masa ini

termasuk masa perjalanan dan masa untuk datang semula.

Terdapat dua jenis maklumat yang biasanya diperolehi

semasa temubual di rumah iaitu data struktur isi rumah dan

data perjalanan isi rumah. Data struktur isi rumah yang

tipikal termasuk saiz isi rumah dan pendapatan kasarnya,

umur, jantina dan pekerjaan atau taraf pekerjaan bagi setiap

penghuni dan bilangan kenderaan yang dipunyai oleh

anggota isi rumah, bersama-sama dengan data sosio-

ekonomi yang dirasakan perlu bagi kawasan kajian. Data

perjalanan yang dikumpulkan bagi setiap orang

kebiasaannya termasuk asalan dan destinasi semua

perjalanan (pemandu kereta atau penumpang, dengan bas

28 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

dan / atau dengan keretapi), dan perincian bagi tempat letak

kereta yang digunakan , jika berkenaan.

2.6 Penilaian Ketepatan Kajian

Amat penting bahawa data temubual di rumah harus diperiksa untuk

memastikan kelengkapan dan ketepatannya. Terdapat tiga kaedah yang

paling kerap digunakan untuk memeriksa kebolehketepatan terhadap data

tersebut; iaitu melibatkan perbandingan data berkenaan dengan data yang

diperolehi di garis tapis, di titik kawalan dan / atau di kepungan luaran. Jika

perbandingan tersebut menunjukkan perbezaan yang amat ketara, data

kajian berkenaan biasanya diselaraskan jika perlu.

2.6.1 Perbandingan Garis Tapis

Merupakan cara terbaik untuk memeriksa keboleharapan data

perjalanan yang dikumpulkan dalam kedua-dua fasa luaran dan fasa

dalaman kajian berkenaan. Garis tapis pada kebiasaannya mengikut

penghalang asli atau penghalang buatan seperti sungai, terusan, trek

keretapi, batas atau taman. Kegunaan garis tapis adalah untuk

membahagikan kawasan dalaman agar membolehkan bilangan

kenderaan yang bergerak dari satu bahagian ke satu bahagian, ia

ditentukan secara kiraan terus di semua persimpangan garis tapis.

Untuk berfungsi dengan sempurna, garis tapis hendaklah memanjang

merentasi kawasan kajian dari garisan kepungan ke garisan kepungan

dan bertemu dengan garisan zon. Nilai ruang diperolehi pada kiraan

garis tapis kemudiannya dibandingkan dengan bilangan yang

ditunjukkan oleh kajian temu bual di rumah. Lebih baik lagi, setiap

isipadu di persimpangan garis tapis hendaklah diperoleh dengan

menggunakan penghitung tetap. Walau bagaimanapun, data

29 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

berkenaan dihadkan kepada satu atau dua hari di setiap lokasi dan

teknik persampelan mesti digunakan untuk memastikan data yang

terkumpul menepati ciri ketepatan yang telah ditentukan terlebih

dahulu. Kebiasaannya dipetimbangkan bahawa kajian temubual

dalaman dan temubual luaran yang utama telah cukup lengkap dan

boleh dipercayai jika keputusan temubual yang dikembangkan

menunjukkan 85 peratus atau lebih daripada isipadu seperti yang

ditentukan oleh kiraan terus pada garis tapis.

2.6.2 Perbandingan Titik Kawalan

Perbandingan titik kawalan digunakan hanya apabila laluan perjalanan

diperolehi daripada temubual di rumah. Dua atau tiga titik popular di

kalangan pemandu kenderaan bermotor sebaik-baiknya terletak pada

sukuan yang berbeza bagi kawasan kajian dalaman, dipilih sebagai

titik kawalan sebelum kajian dimulakan. Jejambat, jambatan besar,

laluan bawah dan tempat lain yang melibatkan jumlah lalu lintas yang

besar baik dijadikan sebagai titik kawalan. Seperti dengan kiraan garis

tapis, perbandingan jumlah lalu lintas yang diperolehi daripada kajian

luaran dan kajian dalaman dan jumlah lalu lintas sebenar di tapak

kawalan ini memberikan ukuran ketepatan dan kelengkapan data

tersebut.

Titik kawalan tidak harus berdekatan dengan garisan kepungan

luaran. Walau bagaimanapun kedua-dua data perjalanan luaran dan

data perjalanan dalaman akan dikumpulkan, namun tujuan utama

penyemakan ini adalah untuk mengukur kebolehharapan terhadap

perjalanan dalaman dan didapati bahawa jumlah lalulintas

berhampiran bahagian luar kawasan kajian akan menjadi amat kecil

30 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

untuk membolehkan semakan dibuat dengan memuaskan. Titik

kawalan tidak harus terlalu hampir dengan kawasan pusat.

Walau bagaimanapun, kebolehharapan data mungkin menjadi tanda

tanya kenderaan yang berulang alik mencari tempat letak kereta. Jika

tidak mungkin untuk menggunakan garis tapis, dan jika terdapat

sedikit titik kawalan yang baik, perbandingan titik kawalan boleh

menjadi satu kaedah yang paling berguna bagi memeriksa

kebolehharapan data temubual di rumah. Kesukaran yang utama

berhubung dengan kaedah ini ialah dari segi keperluan soalan tambah

semasa kajian dalaman dan kajian luaran dijalankan.

2.6.3 Perbandingan Garisan Kepungan

Perbandingan garisan kepungan boleh menjadi jenis perbandingan

yang paling mudah kerana tidak memerlukan apa-apa data

tammbahan. Dalam konteks ini, kiraahn kepungan merupakkan tapis

yang dibuat mengelillingi kawasan yang telah ditentukan, seperti

kawasan kajian keseluruhan (kepungan luaran). Untuk memperolehi

data bagi tujuan perbandingan, maka perlulah didapatkan daripada

kajian dalaman bagi perjalanan kereta, pengankutan awam dan

kenderaaan perdagangan yang melintasi garrison kepungan luaran

yang dibuat mengelilingi kawasan kajian. Jummlah perjalanan ini

kemuduannya di bandingkan dengan perjalanan yang samamelintasi

garisan kepugan yang dibuat oleh penduduk daripada kajian dalaman,

seperti yang telah ditentukan daripada kajian kepungan luaran.

Kebaikan utama bagi kaedah garisan kepungan adalah bahawa dibuat

daripada data yang dikumpulkan sebagai suatu bahagian lengkap

31 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

daripada kajian biasa. Walau bagaimanapun, penyemakan

kepumgann luaran terrnyata tidak dapat menentukan keboleharapan

bagi semua data, dan dengan itu, dianggap sebagai pelengkap kepada

perbandingan garis tapis atau perbandingan titik kawalan dan tidak

sebagai penggantinya iaitu perjalanan yang direkodkan dalaman yang

melalui garisan kepungan kebiasaannya ti mewakili perjalanan

dalaman di dalam kawasan kajian keseluruhan.

2.7 Pemilihan Kaedah Kajian Asalan-Destinasi

Pemilihan kaedah yang harus diambil bagi menjalankan kajian O-D dalam

sesuatu keadaan bergantung terutamanya bagi jenis maklumat yang

diperlukan. Walaubagaimanapun, jenis kaedah yang akan digunakan

bergantung juga pada dana yang ada. Ini dikesali kerana seperti yang didapati

daripada banyak contoh, data yang diperoleh berdasarkan kajian yang tidak

lengkap kerepkali lebih mengelirukan daripada apa yang diperolehi jika kajian

tidah pernah dijalankan langsung. Kaedah nombor pendaftaran daan kaedah

pelekat pada kereta kebiasaanya sengan diuruskan dan dijalankan.

Walaubagaimanapun, jika data diperolehi tidak menjadi janggal dalam

analisis, data itu dihadkan kepada keadaan tempatan seperti menentukan

tatacara kenderaan bergerak melalui persimpangan yang sulit atau dalam

menentukan perlunya suatu persilangannn dari sebuah bandar kecil.

Jika matlamat yang lebih terperinci diperlukan seperti untuk menentukan

lokasi jambatan baru, suatu kajian temubual secara langsung yang asas di

jambatan sedia ada, terowong dan feri sudah cukup untuk memutuskan

lokasi yang terbaik. Begitu juga lokasi bagi suatu terminal bas baru boleh

ditentukan secara temubual langsung di terminal sedia ada yang lain atau di

dalam bas yang sedang berjalan. Dalam kawasan bandar dan jalan raya luar

bandar yang utama, suatu penilaian yang lebih bagi keperluan pemandu

32 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

diperlukan. Perkara yang lebih khusus lagi, satu kajian asalan dan destinasi

yang lebih terperinci diperlukan untuk menganggar keperluan lebuh raya

dalam kawasan bandar.

Lima sistem kajian O-D yang berikut adalah dikira layak untuk mengumpul

data perjalanan dalam kawasan bandar.

2.7.1 Kajian Kepungan Luaran

Kajian O-D kepungan luaran itu sendiri kebiasaannya sudah mencukupi

dalam kawasan binaan penduduknya kurang daripada 5,000 orang. Dalam

kawasan bandar yang dama saiznya, terapat lalulintas dari yang kebiasaannya

memainkan peranan utama terhadap corak lalulintas. Lebih lanjut lagi, mana-

mana pergerakan lalu lintas yang tidak direkodkan semasa kajian dijalankan

kebiasaannya tidak cukup stabil utnuk mempunyai sebarang kesan yang

bermakna terhadap rancangan lebuh raya jangka panjang.

Jenis kajian ini boleh digunakan dalam kawasan bandar dengan penduduknya

antara 5,000 hingga 7,000 orang apabila aliran lalu lintas yang lebih banyak

terdapat di atas laluan terus dan apabila masalah berkaitan dengan

pengangkutan awam atau pergerakan lalu lintas di atas system jalan raya

keseluruhannya tidak menjadi perkara penting.

Kepungan luaran itu sendiri merupakan suatu garisan khayalan yang dibuat

mengelilingi kawasan kajian apabila pemandu kenderaan bermotor

diberhentikan dan ditanya tentang perjalanan mereka. Garisan kepungan

hendaklah ditempatkan cukup jauh dari kawasan binaan untuk

meminimumkan jumlah jalan raya yang direntasi, tetaoi tidak terlalu jauh

supaya tidak mengambil terlalu banyak kawasan luar bandar. Yang lebih baik,

garisan kepungan hendaklah mengelilingi kawasan umum bagi pergerakan

33 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

ulang alik harian dan pada masa yang sama akan memberikan kelegaan bagi

pembangunan bandar pada masa hadapan.

2.7.2 Kajian Kepungan Dalaman-Luaran

Kajian jenis ini adalah yang paling berguna dalam kawasan bandar yang

mengandungi penduduk antara 5,000 hingga 7,000 orang yang

kebanyakkannya lalu lintasnya dihalakan ke arah kawasan pusat dan disitu

tidak terdapat kekurangan yang ketara dalam sistem jalan raya di luar

kawasan pusat bandar. Dalam kajian ini, temubual di sisi jalan dikendalikan

pada dua garisan kepungan. Kepungan luaran ditempatkan di sebelah luar

tepi kawasan binaan, sementara kepungan dalaman ditempatkan di sekitar

kawasan pusat. Penempatan stesen temubual pada kedua-dua garisan

kepungan pada hakikatnya sama seerti kepongan luaran sahaja dan temubual

dijalankan untuk memperoleh jenis asas maklumat yang sama.

Matlamat yang diberikan oleh kajian jenis ini boleh digunakan untuk

mengasaskan corak pergerakan kereta penumpang dan kenderaan

perdagangan dalam golongan pengguna kenderaan bermotor yang padat.

Walaubagaimanapun, kawasan bandar yang sangat bergantung pada

pengangkutan awam atau kawaan bandar yang mempunyai masalah lauan

bagi pengangkutan awam, mmungkin memerlukan satu kajian tambahan

yang khusus. Sebagai contoh, temubual langsung dengan penumpang bas

atau kajian soal selidik hantar kembali mungkin menjadi satu kaedah yang

amat berguna diamalkan untuk memperoleh sebarang maklumat tambahan

yang diperlukan.

34 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

2.7.3 Kajian Tempat Letak Kenderaan Kepungan Luaran

Kajian Asalan-Destinasi jenis ini telah terbukti sebgao satu kaedah yang amat

berguna dalam kawasan bandar dengan penduduknya antara 5,000 hingga

75,000 orang dengan destinasi lalulintas yang utama adalah dalam kawasan

pusat bandar, dan masalah letak kenderaan juga ada dalam kawasan pusat

bandar. Jadi kajian ini terdiri daripada kajian kepungan luaran, seperti yang

diterangkan sebelum ini dan kajian letak kenderaan yang lengkap dalam

kawasan pusat bandar.

Maklumat yang diperolehi adalah sama dengan apa yang diperolehi daripada

kajian kepungan dalaman-luaran, dengan data tambahan yang diperoleh

tentang keperluan letak kenderaan bagi kawasan pusat bandar itu sendiri.

Keburukaannya yang utama ialah tidak ada maklumat diperolehi tentang

perjalanan yang bersifat sepenuhnya dan perjalanan yang tidak tamat dalam

pusat bandar. Jadi, jika dijangkakan bahawa lalu lintas terus yang ada boleh

melalui kawasan pusat bandar, atau jika satu daripada tujuan utama kajian

adalah untuk menentukan perlunya jalan raya keliling dalaman, kaedah kajian

asalan dan destinasi ini hendaklah digunakan.

35 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

2.7.4 Kajian Soal Selidik Terkawal Kepungan Luaran

Kajian jenis ini boleh digunakan dalam kawasan bandar yang penduduknya

lebih kurang 20,000 orang. Kaedah soal selidik hantar kembali bagi

memperooleh maklumat yang diperlukan digunakan bagi fasa kajian dalaman,

sementara kajian kepungan luaran digunakan untuk perjalanan yang bermula

dari luar. Keputusan yang diproleh hendaklah disemak ketepatannya dengan

cara perbandingan garis tapis.

2.7.5 Kajian Temubual Di Rumah Kepungan Luaran

Kajian jenis ini boleh digunakan denganjayanya dalam sebarang saiz bandar

raya. Walaubagaimmanapun, disebabkan kos yang sangat tinggi nagi

mengendalikan kajian menganalisis data, kajian ini boleh digunakan

terutamanya bagi kawasan bandar yang lebih besar dan jarang-jarang

dibenarkan bagi bandar raya yang pensusuknya kurang daripada 75,000

orang.

Sepertimana diterangkan sebelum ini, data temubual di rumah dilengkapi lagi

dengan data perjalanan yang berasaln dari luar kawasan kajian yang

diperoleh daripada temubual di sisi jalan yang dikendalikan pada garis

kepungan luaran. Pergerakan kenderaan perdagangan luaran ditentukan

denga cara “sampling” temubual bagi pengusaha kenderaan dan pemandu.

Data yang telah disatukan itu, apabila diperkembangkan harus memberikan

suatu gabungan semua perjalanan yang munasabah yang dibuat dalam

kawasan kajian pada suatu hari minggu yang tipikal semasa kajian dijalankan.

36 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

2.8 Persembahan Data Asalan-Destinasi

Kajian asalan destinasi akan menghasilkan data dalam jumlah yang besar.

Oleh demikian, terdapat pelbagai kaedah yang berbeza digunakan untuk

merumuskan data asalan destinasi. Ini termasuk pelbagai jadual, grafik dan

perwakilan bergambar.

2.8.1 Jadual Perjalanan Asalan-Destinasi

Kaedah yang paling mudah untuk merumuskan data asalan destinasi

dalam bentuk jadual ialah matrik atau jadual asalan-destinasi, di

mana ia mewakili zon asalan dan zon destinasi. Patrik mengufuk

matrik mewakili zon destinasi dan paksi menegak matrik mewakili

zon asalan. Zon- zon tersebut seterusnya akan dikelaskan keada zon

dalaman dan zon luaran jika kajian merangkumi kedua-dua zon

dalaman dan luaran. Bilangan perjalanan akan diisi kedalam petak

matrik tersebut. Rajah di bawah menunjukkan matrik perjalanan

asalan-destinasi.

37 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

Rajah 2.1 : Matrik Perjalanan Asalan-Destinasi

Matrik segi empat (n x n ) seperti yang ditunjukkan di rajah bawah,

dengan n zon asalan dan n zon destinasi dan Tij mewakili jumlah

perjalanan yang dicerap di antara asalan I dan asalan j dalam tempoh

masa yang tak terhingga. Dengan persamaan n zon asalan dan n zon

destinasi, ia boleh ditulis sebagai persamaa :

Pi = ԐT ᵢ j j =1,2….. (1)

Untuk menandkan jumlah bilangan perjalanan terhasl Pi yang

berpunca dari zon asalan ᵢ dan jumlah perjalanan tertarik Aj yang

tamat di zon destinasi j . Jumlah bilangan perjalanan dalam sistem

ditandakan dengan W.

DALAMAN LUARAN

1 2 3 4 ………… 1 2 3 4 ………n -1 n

ZON DESTINASI

ZON

ASA

LAN

LUA

RA

N

DA

LAM

AN

1

2

3

1

2

3

.

n-1

n

38 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

ZON DESTINASI

1 2 3 N

ZON

DES

TIN

ASI

1 T₁ɴ

2 T₂ɴ

3 T₃ɴ

Tɴɴ

n

Σ Tᵢj i-1

A₁

A₂

A₃

ᴬN

W

P₂

Rajah 2.2 : Matrik Zon Perjalanan Asalan Destinasi

n

Σ Tᵢj

39 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

2.8.2 Carta Garis Desire

Data asalan- destinasi dalam antara zon memindahkan jadual asalan-

destinasi digunakan menggunakan carta garis ‘desire’ yang

berasingan. Pergerakan antara dua arah antara setiap pasangan zon

diwakili dengan penggunaan garis lurus, dilanjut di antara sentroid

zon.

Carta garis “desire” yang utama disediakan dengan merumuskan garis

“desire” yang beradingan, pencantuman ke semua garis dimana

mengikut arah sama. Corak arah yang utama sangat berguna dalam

menentukan lokasi untuk cadangan sistem lebuhraya perbandaran

atau menggambarkan ketidak-berkesanan dalam sistem yang sediada.

40 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

BAB 3

KAWASAN KAJIAN

3.0 Pengenalan

Kawasan kajian merupakan lokasi yang dipilih untuk menjalankan kerja lapangan

terhadap tujuan serta isu dan masalah tertentu di kawasan kajian dengan lebih

terperinci. Dalam bab ini, pelan kunci, pelan lokasi, pelan tapak perlu dimasukkan

untuk membrikan gambaran dengan lebih jelas mengenai kawasan kajian. Kajian ini

di jalankan untuk Kajian O-D yang dituju oleh penduduk di sekitar Terminal Shahab

Perdana, Bandaraya Alor Setar, Kedah.

Sasaran utama kajian adalah tertumpu kepada kawaan kajian, dimana meliputi

masyarakat sekitar di kawasan kajian tersebut untuk membantu dalam proses soal

selidik yang akan dilakukan. Kajian soal selidik ini perlu dilakukan bagi mengetahui

isu dan masalah yang dihadapi oleh penduduk untuk sampai ke destinasi yang

dituju. Proses analisis akan dilakukan berdasarkan kepada isu dan masalah yang

dperoleh daripada respondan yang akan di soal melalui kajian soal selidik untuk

mengetahui masalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat di kawasan kajian

tersebut.

3.1 Sejarah Bandaraya Alor Setar, Kedah

Alor Star pada 2004-2008, ialah ibu Negeri Kedah Darul Aman, Malaysia

merupakan bandar kedua terbesar di negeri Kedah selepas Bandar Sungai

Petani (mengambil alih kedudukan tersebut pada tahun 2010), bandar

penting dalam pantai barat Semenanjung Malaysia. Bandar ini menempatkan

Pusat Pentadbiran Negeri Kedah dan Pusat Pentadbiran Daerah Kota Setar

41 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

iaitu di Bandar Muadzam Shah dan Bandar Diraja Kedah pula di Bandar Anak

Bukit.

Bandaraya Alor Setar terletak 100 kilometer ke utara dari Pulau Pinang dan

45 KM dari selatan sempadan Danok, Negara Thailand melalui Lebuhraya

Utara-Selatan (PLUS). Bandaraya Alor Setar ini ditadbir oleh Pihak Berkuasa

Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS). Bandaraya Alor

Setar hari ini yang meliputi tanah seluas 666 KM2 (persegi) diduduki oleh

lebih daripada 300,000 ribu penduduk mengikut banci tahun 2010 yang

merupakan salah satu bandar tertua di kawasan itu.

Alor Setar yang juga merupakan bandar terpenting dalam Negeri Kedah

adalah di antara daripada lima bandar utama di Kedah selain daripada Bandar

Sungai Petani, Bandar Kulim, Bandar Jitra dan Bandar Langkawi. Bandar-

bandar ini juga membangun seiring dengan pembangunan yang ada di

Bandaraya Alor Setar.

Alor Setar dihubungkan dengan negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia

dengan sebuah lapangan terbang, iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim

(LTSAH) yang baru siap dibina pada 2006 yang hanya beroperasi untuk

penerbangan domestik tetapi turut menyediakan penerbangan antarabangsa

khas hanya untuk jemaah haji. Selain itu, Bandaraya Alor Setar juga da[at

dihubungkan melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) melalui susur keluar-

masuk menerusi Plaza Tol Alor Setar Utara, Plaza Tol Alor Setar. Bagi

perkhidmatan keretapi pula, ianya beroperasi di Stesen Keretaapi Bandar

Mu’adzam Shah, Alor Setar. Perkhidmatan awam yang disediakan berpusat di

Terminal Bas Shahab Perdana dan Terminal Feri Kuala Kedah.

42 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

3.2 Latar Belakang Kawasan Kajian

Bandaraya Alor Setar mempunyai terminal berpusat bagi pengangkutan

awam bas dan teksi yang agak selesa, iaitu di Lebuhraya Sultanah Sambungan

(sebelum ini dikenali sabagai Jalan Sultanah selepas ditukar daripada Jalan

Day). Terminal Shahab Perdana terbahagi kepada dua bahagian. Pertama,

bahagian perkhidmatan bas tempatan yang beroperasi dari awal pagi hingga

9 malam. Keduanya, bahagian perkhidmatan bas ekspress beropeasi 24 Jam.

3.2.1 Pelan Kunci

Pelan kunci merupakan pelan keseluruhan bagi Negeri Kedah. Pelan

kunci ini menunjukkan pembahagian daerah – daerah yang terdapat

dalam sesebuah negeri dan memaparkan laluan – laluan utama yang

dapat menghubungkan satu daerah dengan daerah yang lain. Rajah

3.2.1 menunjukkan Terminal Shahab Perdana yang terletak di dalam

Daerah Kota Setar, Kedah.

Rajah 3.2.1 menunjukkan Daerah Kota Setar, Kedah sebagai daerah kajian.

43 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

3.2.2 Pelan Lokasi

Pelan lokasi merupakan pelan yang menunjukkan kawasan kajian dan

kawasan yang terdapat disekitar perlu dimasukkan kedalam pelan

untuk menerangkan mengenai kawasan kajian dengan lebih

terperinci. Rajah 3.2.2 merupakan pelan lokasi bagi kawasan kajian

dan persekitaran tersebut.

Rajah 3.2.2 merupakan pelan lokasi bagi Terminal Shahab Perdana,

Alor Setar.

3.2.3 Pelan Tapak

Pelan tapak merupakan pelan yang menerangkan kawasan kajian

dengan lebih terperinci berbanding pelan lokasi. Dalam pelan tapak

kawasan kajian perlu dilukis dengan lebih terperinci dan lengkap dan

pelan tersebut perlulah dilorekkan bagi memudahkan dikenalpasti

oleh pengkaji. Rajah 3.2.3 menunjuk dan menerangkan kawasan

kajian yang terlibat atau meliputi kawasan perniagaan industri dan

kawasan perumahan serta institusi kawasan kajian tersebut

44 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

Rajah 3.2.3 menunjuk Pelan Tapak bagi kajian lapangan dilakukan.

3.2.4 Lokasi Kawasan Kajian

Kawasan kajian merupakan kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya

Alor Setar (MBAS) dan di dalam Daerah Kota Setar, Alor Setar, Kedah.

Kawasan yang dipilih adalah merupakan lokasi kawasan yang sesuai

untuk menjadikan kawasan kajian menepati tujuan destinasi kerana

kawasan kajian merupakan kawasan yang terdapat kekerapan

pengunaan pengangkutan awam tempatan sepeti bas dan teksi yang

tinggi.

45 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

3.2.5 Kepentingan Kawasan Kajian

Kawasan kajian merupakan kawasan yang berada berdekatan dengan

kawasan tumpuan pengguna perkhidmatan awam iaitu bas dan teksi.

Kawasan kajian merupakan kawasan yang terdapat menghubungkan

orang awam dengan suatu kawasan dengan kawasan yang lain. Oleh

itu, kawsan kajia ini amat penting untuk mengenalpasti berkaitan

masalah yang dihadapi oleh pengguna untuk mencapai matlamat

kajian iaitu Kajian O-D yang dituju di kawasan berdekatan pengguna

yang menggunakan pengangkutan awam tempatan.

3.3 Gunatanah Semasa

Guna tanah semasa kawasan kajian merujuk kepada jenis aktiviti

pembangunan yang dijalankan didalam kawasan kajian. Secara amnya,

keseluruhan kawasan kajian merupakan perniagaan kerana disitu terdapat

banyak sektor perniagaan yang dijalankan. Selain itu, di kawasan kajian juga

terdapat kemudahan awam seperti terminal bas dan teksi yang disediakan.

Rajah 3.3.1 : Terminal teksi sebagai

kemudahan awam di kawasan kajian

Rajah 3.3.2 : Guna tanah kormesial,

guna tanah utama di kawasan kajian.

46 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

3.4 Guna tanah Sekitar

Guna tanah sekitar menunjukkan guna tanah yang terdapat disekitar

kawasan kajian yang telah dipilih. Di kawasan kajiaan terdapatnya tempat

letak kereta, kawasan perniagaan, kemudahan awam, kawasan lapang, dan

jalan raya. Kawasan kajian boleh dikategorikan sebagai kawasan sesak kerana

hiererki jalan raya yang digunakan adalah jalan utama dimana ianya

menghubungkan beberapa tempat seperti Jalan Suka Menanti, Jalan Puyu,

Jalan Putra dan Jalan Lebuhraya Sultanah Sambungan.

Antara guna tanah yang terdapat disekitar kawasan kajian adalah Kolej

Universiti Insaniah (KUIN) dan Taman Perindustrian Kristal. Selain itu,

terdapat juga kawasan perumahan berdekatan kawasan kajian iaitu Taman

Wira Mergong dan Taman Senagin.

Rajah 3.4.1 : Bangunan Komersial Rajah 3.4.2 : Perumahan

47 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

3.5 Isu dan Masalah

Berdasarkan lawatan tapak ke atas kawasan kajian, pengkaji telah menemui

beberapa isu dan masalah. Antaranya ialah:,

3.5.1 Papan Tanda Persimpangan Tidak Disediakan

Terdapat simpang yang boleh diklasifikasikan sebagai simpang yang

merbahaya kepada pengguna kerana tiada papan disediakan. Oleh

sebab itu, risiko kepada berlakunya kemalangan adalah tinggi di

persimpangan terbabit.

Rajah 3.4.3 : Institusi Pendidikan Rajah 3.5.2 : Perindustrian

Rajah 3.5.1 : Persimpangan yang berbahaya

48 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

3.5.2 Struktur Jalan yang Tidak Memuaskan

Di kawasan kajian, terdapat beberapa kawasan yang dapat

dikenalpasti mempunyai masalah dari segi struktur jalan yang kurang

memuaskan. Antaranya ialah permukaan jalan yang tidak rata dan

tiada garisan jalan. Jika keadaan ini berterusan, ianya akan

mendatangkan bahaya kepada pengguna jala raya pada masa akan

datang.

3.5.3 Tempat Letak Kereta Yang Tidak Mencukupi

Kemudahan tempat letak kereta yang tidak mencukupi menyebabkan

ramai pemandu meletakkan kereta mereka di bahu jalan. Hal ini

menyebabkan, risiko kemalangan yang tinggi akan berlaku di kawasan

ini.

Rajah 3.5.2 : Struktur jalan yang berlubang

Rajah 3.5.3 : Penyediaan TLK yang sedikit.

49 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

BAB 4

ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan

Pada peringkat ini kajian analisis dan penemuan akan dibuat dengan terperinci dan

teliti. Dalam perkara ini, data-data akan dikumpul dengan cara pengamatan atau

membuat kaji selidik secara temubual. Ini adalah bertujuan mendapatkan

maklumbalas dari responden atau penumpang yang berada di kawasan kajian dan

responden dipilih secara rawak.

Borang soal selidik telah digunakan untuk mengumpul maklumat di kawasan kajian

bagi Origin-Destinasi. Sebanyak 180 borang soal selidik yang telah dijawab oleh

responden.

Oleh yang demikian, analisis harus dijalankan ke atas boring soal selidik yang telah

dijawab oleh responden. Analisis yang dimaksudkan ialah menjadualkan hasil

dapatan kajian daripadaq boring soal selidik dan seterusnya mempersempahkan

data-data berkenaan dengan menggunakan carta mahupun carta pai. Boring soal

selidik telah dibahagikan kepada (2) bahagian iaitu latar belakang responden dan

maklumat perjalanan.

50 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

BAHAGIAN A

4.1 Latar Belakang Responden

Maklumat latar belakang reponden bagi kajian Asalan-Destinasi yang diambil

diantaranya iaitu jantina, umur, kewarganegaraan, bangsa, pekerjaan dan waktu

perjalanan.

i) Jantina

Hasil daripada analisis yang dibuat mendapati bahawa sebanyak 101 orang

bersamaan 32232 peratus daripada jumlah responden merupakan responden

wanita dan sebanyak 79 orang bersamaan 9329 peratus responden merupakan

lelaki yang terlibat di kajian ini.

Jadual 4.1 : Jantina Responden

Jantina Responden Bilangan Peratusan (%)

Lelaki 79 44

Perempuan 101 56

Jumlah 180 100

Rajah 4.1 : Jantina Responden

44%

56%

JANTINA

Lelaki

Perempuan

51 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

ii) Umur Responden

Analisis peringkat umur responden yang terlibat di dalam kajian ini

menunjukkan, peringkat umur yang tertinggi yang terlibat ialah peringklat

umur 21-30 tahun iaitu sebanyak 30 peratus manakala peringkat umur kedua

tertinggi dalam penglibatan kaji selidik ini ialah pada peringkat 31-40 tahun

dengan catatan sebanyak 22 peratus. Untuk peringkat umur yang ketiga

tertinggi ialah pada peringkat umur 51-60 tahun iaitu sebanyak 18 peratus

dan yang keempat tertinggi ialah peringkat umur 20 tahun kebawah iaitu 14

peratus. Seterusnya, peringkat umur 41-50 tahun sebanyak 11 peratus dan 61

tahun ke atas merupakan peratusan yang p[aling sedikit iaitu 4 peratus

peratus daripada keseluruhan responden yang terlibat.

Jadual 4.2 : Umur Responden

Umur Responden Bilangan Peratus (%)

< 20 Tahun 25 14

21 – 30 Tahun 54 30

31 – 40 Tahun 40 22

41 – 50 Tahun 20 11

51 – 60 Tahun 33 18

61 Tahun > 8 4

Jumlah 180 100

Rajah 4.2 : Umur Responden

14%

31%

22%

11%

18%

4%

UMUR

< 20 Tahun

21-30 Tahun

31-40 Tahun

41-50 Tahun

51-60 Tahun

<61 Tahun

52 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

iii) Bangsa

Majoritii bangsa responden yang terlibat dalam kajian ini ialah bangsa Melayu

iaitu sebanyak 142 orang bersamaan 79 peratus. Manakala responden

berbangsa Cina yang terlibat sebanyak 14 orang bersamaan 8 peratus,

responden berbangsa India yang terlibat pula ialah sebanyak 16 orang

bersamaan 9 peratus dan selebihnya ialah daripada bangsa lain. Sebagai

contoh bangsa Siam dan Nepal dan sebagainya iaitu seramai 8 orang

bersamaan 5 peratus.

Jadual 4.3 : Bangsa Responden

Bangsa Bilangan Peratus (%)

Melayu 142 79

Cina 14 8

India 16 9

Lain-lain 8 5

Jumlah 180 100

Rajah 4.3 : Bangsa Responden

78%

8%

9%

5%

BANGSA

Melayu

Cina

India

Lain-lain

53 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

iv) Pekerjaan

Analisis pekerjaan responden menunujukkan bahawa sebanyak 94 orang

bersamaan 22 peratus daripada jumlah responden yang terlibat dalam kajian

ini. Golongan pelajar pula sebanyak 56 orang bersamaan 73 peratus dan pada

peringkat lain-lain pekerjaan pula adalah seramai 26 orang bersamaan 92923

peratus.

Jadual 4.4 : Pekerjaan Responden

Pekerjaan Responden Bilangan Peratusan (%)

Kerajaan 12 8

Swasta 18 10

Persendirian 64 36

Pelajar 56 31

Lain-lain 26 15

Jumlah 180 100

Rajah 4.4 : Pekerjaan Responden

8%

10%

36%

31%

15%

Pekerjaan Responden

Kerajaan

Swasta

Persendirian

Pelajar

Lain-lain

54 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

v) Waktu Perjalanan Responden

Waktu perjalanan yang banyak diambil oleh responden ialah pada waktu 8

pagi -10 pagi dengan peratus sebanyak 30 peratus dan waktu perjalanan yang

kedua tertinggi ialah pada waktu 4 petang – 6 petang dengan peratusan

sebanyak 26 peratus. Ini kerana pada waktu petang merupakan waktu

kemuncak bagi kawasan Alor Star kerana pada waktu ini merupakan waktu

lepas pelajar serta pekerja pulang. Manakala, peringkat peratusan yang paling

rendah adalah pada waktu 12 tengahari – 2 petang dan mencatatkan

peratusan sebanyak 9 peratus. Situasi ini turut berkaitan dengan waktu

persekolahan yang telah tamat pada waktu-waktu ini.

Jadual 4.5 : Waktu Perjalanan Responden

Waktu Perjalanan Responden Bilangan Peratus (%)

6 pagi - 8 pagi 17 9

8 pagi - 10 pagi 54 30

10 pagi – 12 tengahari 20 11

12 gtengahari – 2 petang 9 5

2 petang – 4 petang 19 11

4 petang – 6 petang 47 26

6 petang – 8 malam 14 8

Jumlah 180 100

Rajah 4.5 : Waktu Perjalanan Responden

9%

30%

11%5%

11%

26%

8%

WAKTU PERJALANAN

6 AM - 8 AM

8 AM - 10 AM

10 AM - 12 PM

12 PM - 2 PM

2 PM - 4 PM

4 PM - 6 PM

6 PM - 8 PM

55 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

71%1%

24%

4%

Tempat Asal Responden

Kedah

Pulau Pinang

Perlis

Perak

BAHAGIAN B

i) Tempat Asalan Responden

Analisis tempat asal responden menunjukkan sebanyak 71% responden

berasal dari Ngeri Kedah yang merupakan catatan tertinggi dan catatan bagi

negeri yang terendah pula ialah Pulau Pinang sebanyak 1%.

Jadual 4.6 : Tempat Asal Responden

Tempat Asal Responden Bilangan Peratus(%)

Kedah 127 71

Pulau Pinang 2 1

Perlis 43 24

Perak 8 4

Jumlah 180 100

Rajah 4.6 : Tempat Asal Responden

56 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

Stesen Bas59%

Perhentian Bas41%

TEMPAT PERMULAAN PERJALANAN RESPONDEN

ii) Jenis Tempat Permulaan Responden

Berdasarkan analisis bagi tempat permulaan stesen bas bas merupakan

bilangan tertinggi iaitu sebanyak 59%. Manakala bagi tempat permulaan

perhentian bas hanya sebanyak 41% sahaja.

Jadual 4.7 : Tempat Permulaan Responden

Tempat Permulaan Responden Bilangan Peratus(%)

Stesen Bas 107 59

Perhentian Bas 73 41

Jumlah 180 100

Jadual 4.7 : Tempat Permulaan Responden

57 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

iii) Lokasi Yang Ingin Dituju Responden

Berdasarkan analisis yang dibuat, lokasi yang ingin dituju oleh responden

kebanyakkan kepada kawasan Jitra iaitu sebanyak 345 bilangan atau

sebanyak 86.25 peratus berbanding Negeri Perak, Selangor dan Johor yang

hanya sebanyak 0.25 peratus

Jadual 4.8 : Tempat Asal Responden

Tempat Asal Responden Bilangan Peratus(%)

Alor star 81 45

Jitra 28 16

Pendang 25 14

Sungai Petani 24 13

Changlun 11 6

Kulim 5 3

Kuala Nerang 6 3

Jumlah 180 100

Rajah 4.8 : Lokasi Yang Ingin Dituju Responden

45%

16%

14%

13%

6%3%3%

Lokasi Yang Ingin Dituju Responden

Alor star Jitra Pendang Sungai Petani Changlun Kulim Kuala Nerang

58 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

Lebuhraya16 %

Jalan Lama 84 %

LALUAN PERJALANAN UNTUK SAMPAIDESTINASI

Iv) Laluan Perjalanan Yang Diambil Untuk Sampai Ke Destinasi

Analisis laluan perjalanan responden menunjukkan perjalanan responden

untuk ke destinasi yang dituju. Laluan yang dilalui paling tinggi adalah

menggunakan jalan lama sebanyak 84 peratus. Jalan lama adalah seperti

Jalan Kepala Batas, Jalan Langgar, Jalan Hutan Kampung, dan Jalan Tanah

Merah. Manakala peratusan kedua bagi laluan perjalanan yang diambil iaitu

Lebuhraya Utara Selatan adalah sebanyak 16 peratus.

Jadual 4.9 : Laluan Perjalanan Yang Diambil Untuk Sampai Ke Destinasi

Laluan Perjalanan Yang Diambil

Untuk Sampai Ke Destinasi

Bilangan Peratusan (%)

Lebuhraya 29 16

Jalan Lama 151 84

Jumlah 180 100

Rajah 4.9 : Laluan Perjalanan Yang Diambil Untuk Sampai

59 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

39%

31%

27%

3%

JARAK PERJALANAN KE DESTINASI

0-15 km

16-30 km

31-45 km

46-60 km

v) Jarak Perjalanan Responden (km)

Analisis jarak perjalanan responden menunjukan sebanyak 39 peratus yang

jarak perjalanannya kurang daripada 15 km. Ini kerana kebanyakan

responden adalah berasal dari kawasan sekitar seperti Alor Setar dan

Langgar. Manakala bagi bilangan peratusan yang paling rendah untuk jarak

perjalanan responden 46 km dan keatas ialah 3 peratus.

Jadual 4.10 : Jarak Perjalanan Ke Destinasi

Jarak perjalanan responden (km) Bilangan Peratus (%)

0 - 15 70 39

16 - 30 56 31

31 - 45 49 27

46 - 60 5 3

Jumlah 180 100

Rajah 4.10 : Jarak Perjalanan Ke Destinasi

60 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

24%

14%

36%

26%

Jenis Tempat Yang Ingin Dituju Responden

membeli belah

urusan rasmi

pulang ke rumah

pergi pusat pengajian

vi) Jenis Tempat Yang Ingin Dituju Responden

Berdasarkan analisis yang dibuat jenis tempat yang ingin dituju oleh

responden kebanyakkannya adalah kawasan membeli belah. Peratus yang

diperoleh adalah sebanyak 24.02 peratus dan kadar bilangannya adalah

berjumlah 43. Destinasi kedua ialah urusan rasmi yang mencatatkan catatan

peratusan sebanyak 14.52 peratus dan kadar bilangan sebanyak 26. Pulang ke

rumah merupakan destinasi dengan kadar tertinggi dan peratusan bilangan

responden dengan kadar peratusan sebanyak 35.75 peratus dan sebanyak 64

bilangannya. Manakala pergi pusat pengajian mencatatkan peratusan

sebanyak 25.69 peratus dan kadar bilangan yang mencatatkan 46 bilangan.

Jenis Tempat Yang Ingin Dituju Responden

Bilangan Peratus (%)

Membeli Belah 43 24.02

Urusan Rasmi 26 14.52

Pulang Ke Rumah 64 35.75

Pergi Pusat Pengajian 46 25.69

Jumlah 179 100

Jadual 4.11 : Jenis Tempat Yang Ingin Dituju

Responden

Jadual 4.11: Jenis Tempat Yang Ingin Dituju

Responden

61 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

84%

16%

Jenis Pengangkutan Atau Kenderaan Responden

bas teksi

v) Jenis Pengangkutan Atau Kenderaaan Responden

Analisis jenis kenderaan yang digunakan responden menunjukkan bahawa

jenis kenderaan yang peratusan yang tertinggi untuk jenis kenderaan yang

menjadi pilihan adalah bas dengan peratusan sebanyak 84.44 peratus dan

kadar bilangan mencatatkan 152 bilangan dan untuk jenis kenderaan kedua

ialah jenis kenderaan teksi adalah sebanyak 15.55 peratus dengan kadar

bilangan mencatatkan 28 bilangan.

Jenis Pengangkutan Atau Kenderaan Responden Bilangan Peratus (%)

Bas 152 84.44

Teksi 28 15.55

Jumlah 179 100

Jadual 4.12 : Jenis pengangkutan atau kenderaan responden

Rajah 4.12 : Jenis pengangkutan atau kenderaan responden

62 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

DESIRE CHART DALAM KAWASAN KAJIAN

Rajah 4.13 menunjukkan responden lebih kerap menggunakan bas ke pusat bandar Alor

Setar berbanding ke kawasan – kawasan lain.

STESEN BAS

SHAHAB PERDANA

CHANGLUN

PUSAT BANDAR

ALOR SETAR

SUNGAI PETANI

JITRA

PENDANG

KUALA NERANG

KULIM

63 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

2

7

38

44

9

0

5

10

15

20

25

30

35

40

45

50

Sangat TidakMemuaskan

TidakMemuaskan

Sederhana Memuaskan SangatMemuaskan

Tahap Kepuasan

Peratus

Jadual 4.13 : Tahap kepuasan dengan tempoh perjalanan ke destinasi yang di tuju

TAHAP KEPUASAN JUMLAH PERATUS(%)

Sangat Tidak Memuaskan 3 2

Tidak Memuaskan 13 7

Sederhana 69 38

Memuaskan 79 44

Sangat Memuaskan 16 9

JUMLAH 180 100

Rajah 4.14 : Tahap kepuasan dengan tempoh perjalanan ke destinasi yang di tuju

64 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

3

21

48

22

6

0

10

20

30

40

50

60

Sangat TidakMemuaskan

TidakMemuaskan

Sederhana Memuaskan SangatMemuaskan

Tahap Kepuasan

Peratus

Jadual 4.14 : Tahap kepuasan kemudahsampaian untuk sampai ke destinasi yang dituju

berada dalam keadaan baik

Rajah 4.15 : Tahap kepuasan kemudahsampaian untuk sampai ke destinasi yang dituju

berada dalam keadaan baik

BIL TAHAP KEPUASAN JUMLAH PERATUS(%)

1 Sangat Tidak Memuaskan 5 3

2 Tidak Memuaskan 38 21

3 Sederhana 87 48

4 Memuaskan 40 22

5 Sangat Memuaskan 11 6

JUMLAH 180 100

65 | P a g e

KAJIAN ORIGIN – DESTINASI CP502 : PERANCANGAN PENGANGKUTAN & LALULINTAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

8

15

24

43

10

0

5

10

15

20

25

30

35

40

45

50

Sangat TidakMemuaskan

TidakMemuaskan

Sederhana Memuaskan SangatMemuaskan

Tahap Kepuasan

Peratus

Jadual 4.15 : Tahap kepuasan terhadap kemudahan awam yang disediakan stesen bas

Shahab Perdana

Rajah 4.16 : Tahap kepuasan terhadap kemudahan awam yang disediakan stesen bas

Shahab Perdana

BIL TAHAP KEPUASAN JUMLAH PERATUS(%)

1 Sangat Tidak Memuaskan 14 8

2 Tidak Memuaskan 27 15

3 Sederhana 44 24

4 Memuaskan 77 43

5 Sangat Memuaskan 18 10

JUMLAH 180 100