201502240403_t1a4

7
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI 2015 HBEF3603: Amalan Profesional T1A4 - JURNAL REFLEKTIF NAME : RENI BIN RASLI MATRICULATION NO : 650528135611001 IDENTITY CARD NO. : 650528-13-5611 TELEPHONE NO. : 01132630003 E-MAIL : [email protected] LEARNING CENTRE : Sibu Learning Centre

Upload: sk-kpg-igan-sibu

Post on 17-Jan-2016

38 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

T1A4

TRANSCRIPT

Page 1: 201502240403_T1A4

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2015

HBEF3603: Amalan Profesional

T1A4 - JURNAL REFLEKTIF

NAME : RENI BIN RASLI

MATRICULATION NO : 650528135611001

IDENTITY CARD NO. : 650528-13-5611

TELEPHONE NO. : 01132630003

E-MAIL : [email protected]

LEARNING CENTRE : Sibu Learning Centre

Page 2: 201502240403_T1A4

JURNAL REFLEKTIF

PENULISAN JURNAL SEPANJANG TEMPOH PERLAKSANAAN TUGAS.

ISU / MASALAH / KELEMAHAN

1. Untuk melunaskan tugasan HBEF3603-Amalan Profesional , saya dan rakan-rakan sekuliah

diberi empat aktiviti yang utama untuk diselesaikan iaitu praktikum/latihan mengajar ,

membuat pengambaran video PdP , membuat laporan praktikum dan membuat jurnal refleksi .

Untuk tugasan yang pertama, saya telah diminta menjalani praktikum di sekolah . Saya telah

memilih sebuah sekolah yang berdekatan dengan pejabat tempat saya bekerja iaitu SK

Kampung Balan , Dalat . Sarawak . Saya perlu melaksanakan inovasi PdP yang dipantau dan

diselia oleh guru pembimbing yang telah dipilih dan disahkan oleh guru besar iaitu Guru

Besar sekolah itu sendiri , Cikgu Hambali bin Rabi . Saya telah dipantau secara rasmi dan

berekod oleh guru pembimbing sebanyak dua kali . Saya akui amat sukar untuk saya dan guru

pembimbing mencari tarikh untuk pemantauan amali PdP , dimana halangan yang pertama

yang perlu saya tempuhi ialah pembahagian masa . Saya bertugas di Pusat Kegiatan Guru

Dalat . Pejabat yang besar (bagi saya) dan kerja serta aktiviti yang perlu dan cukup banyak

kerana ia melibatkan 29 buah sekolah di Daerah Dalat , tetapi pekerjanya cuma tiga orang

termasuk saya sendiri sebagai ketua . Saya juga perlu memandu sejauh 30 kilometer (pergi

dan balik) dari pejabat saya ke sekolah tersebut . Saya juga terpaksa belajar mengajar semula

dan merujuk kepada guru pembimbing saya kerana saya tidak mengajar untuk tempoh yang

sangat lama iaitu melebih lima tahun . Banyak perkara yang saya tertinggal dalam bidang

pengajaran dan pembelajaran .

2. Sementara untuk tugasan yang kedua pula , saya perlu membuat rakaman video semasa

PdP dijalankan dan perlu menghantar rakaman video tersebut . Saya telah memohon bantuan

Cikgu Zamri untuk merakamkan PdP menggunakan ‘ipad’ beliau ( terima kasih Cikgu

Zamri) . Kerja yang paling sukar yang perlu saya lalui adalah untuk memuatnaik video

tersebut ke Youtube kerana saiznya yang terlalu besar iaitu 901mbbersamaan dengan 13 minit

57 saat . Saya telah mengedit video tersebut kepada 242mb sahaja iaitu 10 minit 11 saat

sahaja . Kesukaran timbul kerana masalah talian internet yang sangat perlahan dan adakalanya

tiada langsung . Saya terpaksa mencuba beberapa hari dan banyak kali untuk memuatnaik

video tersebut ke Youtube , sehinggalah akhirnya saya berjaya menghantar tugasan ini .

Page 3: 201502240403_T1A4

3. Untuk tugasan yang ketiga, saya perlu menyediakan laporan inovasi PdP yang telah

dijalankan . Saya perlu merangka terlebih dahulu tentang apa yang patut saya laporkan supaya

laporan saya menepati serta memenuhi spesifikasi dan format laporan seperti yang

dikehendaki . Saya melakukannnya dengan berhati-hati dan teliti supaya laporan yang

dihasilkan menepati standard yang ditetapkan dan berjalan mengikut perancangan yang telah

dibuat oleh saya .

4. Tugasan yang keempat pula , saya perlu membuat jurnal reflektif berkaitan latihan

mengajar / praktikum yang telah saya jalani . Saya perlu mengerahkan keringat saya dan amat

sukar untuk menyiapkan jurnal ini kerana saya bukanlah seorang penulis yang baik dan

pakar . Bahasa pun tunggang-langgang .

ANALISIS

1. Masalah ini timbul kerana saya kekurangan masa . Ini disebabkan komitmen kepada kerja

di pejabat yang terlalu banyak dan ada tugas yang perlu diselesaikan dengan segera . Peluang

untuk saya bertemu dengan guru pembimbing agak terhad untuk membincangkan sesuatu

perkara yang berkaitan tugasan juga terbatas kerana masing-masing sibuk dengan tugas . Saya

juga menghadapi masalah untuk mengajar kerana sudah lama tidak mengajar dan banyak

perkara terutama sekali kaedah , teknik , pendekatan serta persekitaran pendidikan terkini

yang saya tertinggal contohnya seperti PBS , KSSR dan sebagainya .

2. Masalah ini timbul kerana saya tidak mempunyai peralatan yang terhad dalam

menghasilkan video . Ini yang menyebabkan penghasilan video rakaman tersebut mungkin

ada sedikit kekurangan dan kurang memuaskan . Selain itu , capaian talian internet yang amat

perlahan iaitu di bawah 0 Mbps dan adakalanya tiada langsung amat menyukarkan tugas saya

memuatnaik video yang saya hasilkan . Saya terpaksa menunggu hingga berjam-jam

lamanya dan terhenti beberapa kali kerana talian internet tiada . Walaupun begitu, saya tetap

bangga dapat menyediakan rakaman ini dan menghantar tugasan.

3. Ketika menghasilkan laporan inovasi PdP ini , masalah yang saya hadapi adalah amat

sedikit sekali kerana bahan-bahannya sudah ada dan saya telah merangka terlebih dahulu

maklumat-maklumat yang perlu saya masukkan dalam laporan saya dan saya telah

menjadikan beberapa format laporan yang lain yang didapati daripada internet sebagai

contoh . Oleh saya dapat menghasilkan laporan mengikut standard yang telah ditetap seperti

perancangan yang saya buat .

Page 4: 201502240403_T1A4

4. Satu sahaja masalah yang saya hadapi dalam menyiapkan jurnal reflektif iaitu pengolahan

idea untuk menghasilkan jurnal kerana kekurangan idea kerana sibuk dengan tugas di

pejabat .

CADANGAN MEMPERBAIKI

1. Untuk mengatasi masalah ini, saya terpaksa melakukan kerja lebih masa selepas waktu

bekerja dan menunggu waktu yang sesuai untuk melakukan amali . Dengan cara ini sahajalah

dapat membantu saya mendapatkan maklumat tentang tajuk yang diperolehi . Saya juga

meminta pertolongan rakan-rakan sekerja mendapatkan serba sedikit maklumat kaedah

pembelajaran terkini . Ia amat membantu saya mendapatkan bahan yang saya perlukan.

2. Untuk mengatasi masalah upload video ke Youtube , saya terpaksa menebalkan muka saya

dan telah meminjam (berbayar ) talian internet daripada towkey kedai syarikat komunikasi di

Bandar Dalat ini . Saya tiada banyak masalah dalam penyuntingan video kerana pada

pendapat saya pengalaman dan pengetahuan serba sedikit yang terdapat dalam diri saya

banyak membantu saya ketika menghasilkan rakaman video amali ini .

3. Seperti yang jelaskan tadi, tiada masalah yang timbul ketika menghasilkan laporan inovasi

P&P. Ini kerana saya menjadikan laporan rakan-rakan saya sebagai contoh dan sumber

rujukan daripada Pakcik Google amat membantu tugas saya . Ini memudahkan saya

menghasilkan laporan yang baik .

4. Kerja keras tanpa mengenal penat lelah , di samping merujuk kepada Pakcik Google amat

membantu saya .

Tindakan susulan

1. Tindakan susulan untuk mengatasi masalah ini ialah dengan cuba membahagikan masa agar

dapat mencari waktu yang sesuai dan kerap bertemu dengan guru pembimbing . Masa rehat

terpaksa dikurangkan begitu juga waktu tidur . Saya dapati inilah cara terbaik untuk saya

menyiapkan kerja ini.

2. Sekiranya ada masa lapang/free di antara kelas , saya selalu meminta bantuan serta

penerangan daripada rakan sekolah saya yang lebih berpengalaman dalam menghasilkan

rakaman ini . Dengan pertolongan mereka , dapatlah menambah pengetahuan saya .

KESIMPULAN .

Page 5: 201502240403_T1A4

Terima kasih saya ucapkan kepada ‘ group tutor’ , guru pembimbing , keluarga saya ,

rakan sekerja , murid-murid dan juga semua individu yang terlibat dalam membantu saya

dalam menyiapkan tugasan ini . Alhamdulilah , akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan

ini . Apa yang dapat dirumuskan di sini ialah , kerja yang berat akan menjadi mudah jika

bekerjasama . Bak kata pepatah “berat sama dipikul , ringan sama dijinjing ” yang membawa

maksud jika kita bersatu, pasti hidup akan menjadi mudah .Sekian , terima kasih .