2013_pmm_rbt3110

Upload: syazwan-zent

Post on 02-Apr-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 2013_PMM_RBT3110

    1/17

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    Peperiksaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2013

    PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PENDIDIKAN RENDAH)Semester 5

    PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

    NO. KOD: RBT3110 TARIKH: Mei 2013

    SKEMA PEMARKAHAN (SP)

  • 7/27/2019 2013_PMM_RBT3110

    2/17

    No. Kod: RBT3110 SP

    BAHAGIAN A( 20 markah )

    1. B

    2. C

    3. C

    4. B

    5. B

    6. C

    7. A

    8. D

    9. B

    10. C

    11. B

    12. D

    13. A

    14. C

    15. C

    16. D

    17. B

    18. A

    19. D

    20. A

    2 SULIT

  • 7/27/2019 2013_PMM_RBT3110

    3/17

    BAHAGIAN B(40 markah)

    Jawab semua soalan.

    1. a Produk yang dihasilkan oleh usahawan hanya dapat dijual kepada penggunadengan adanya aktiviti pemasaran. Pelaksanaan aktiviti pula adalahbersandarkan perancangan.

    Terang secara ringkas lima kepentingan rancangan pemasaran kepadaorganisasi perniagaan.

    i panduan dan halatuju untuk melakukan proses kerja pemasaran.Dapat pastikan apa sebenarnya yang ingin dilakukan, bila untukmelakukan

    ii kawalan kepada pelaksanaan. Dapat pastikan tidak lari dari matlamat

    asal juga dapat bantu menilai prestasi semasa tugas-tugas yangdilakukan

    iii keseragaman antara strategi dan aktiviti dapat dibentuk dan dipantau.segala usaha boleh difokus dan memudahkan matlamat perniagaandicapai.

    iv membantu kenalpasti perubahan tren dan citarasa pelanggan.Secara tidak langsung rancangan pemasaran memerlukan maklumatberkaitan pasaran. Maklumat dapat diguna untuk pembangun produk

    v membantu pengagihan sumber dana secara cekap dan berkesan.Dengan adanya rancangan pemasaran unit/jabatan kewangan dapat

    mengenalpasti keperluan dan penggunaan dana. agihan mengikutdapat dilakukan mengikut keutamaan.

    vi Bekalan dan agihan personel juga dapat dikenalpasti dan dilakukandengan cekap dan berkesan bagi memastikan operasi perniagaanpada tahap optimum setiap masa.

    1 isi = 1 markah

    5 isi = 5 markah

    b Promosi ialah usaha yang dijalankan untuk menarik perhatian perhatian

    pelanggan bagi mendorong tindakan terus daripada konsumer, syarikat atauorang tengah untuk membuat pembelian.

    Terangkan secara ringkas lima langkah yang perlu diikuti oleh pemasardalam usaha untuk menghasilkan promosi yang berkesan.

    i. Mengenalpasti pengguna sasaranKenalpasti bakal pembeli,pengguna sedia ada dan pembuatkeputusan belian.(Adakah orang perseorangan,kumpulan masyarakat,organisasikerajaan atau swasta).

    ii. Menentukan objektif komunikasiKenalpasti tahap kesediaan pengguna sasaran - sama ada pada

    peringkat kesedaran, pengetahuan, keinginan, keutamaanataukeyakinan dan pembelian.

  • 7/27/2019 2013_PMM_RBT3110

    4/17

    (Supaya dapat mengetahui cara menggalakkan mereka untukmembeli).

    iii. Mereka bentuk mesejFokus (menimbulkan keinginan, mengekalkan minat, menarikperhatian dan mendorong pembelian).

    Ciri-ciri istimewa (berbanding produk pesaing).

    Kandungan (berciri pujukan yang rasional, beremosi atau bermoral).

    Struktur mesej-( pemasar membuat rumusan sendiri atau membiarkankeputusan dibuat oleh pengguna, sehala atau dua hala).

    Format ( warna,bunyi,animasi dan lain-lain).

    iv. Memilih mediaBersifat peribadi seperti bersemuka dan melalui panggilan telefon.

    Bukan bersifat peribadi seperti melalui media cetak, elektronik dan

    peragaan.

    v. Mendapatkan maklumbalasUntuk mengukur keberkesanan promosiMelalui soal selidik,temu ramah dan pemerhatian

    Mengambil keputusan sama ada meneruskan atau menukar programpromosi.

    1 fakta = markah

    1 fakta + huraian = 1 markah

    5 fakta + huraian = 5 markah

    2. a Untuk mengukur keberkesanan dan kecekapan syarikat dalam mengurusaset-asetnya, firma boleh menggunakan nisbah pusing ganti jumlah aset,nisbah pusing ganti aset tetap dan nisbah pusing ganti inventori.

    i Terangkan bagaimana nisbah pusing ganti jumlah aset bolehmengukur kecekapan pihak pengurusan menjana pendapatan.

    Nisbah ini memberi gambaran - bagi setiap seringgit yang dilaburkanke atas aset, berapa banyak boleh jana jualan yang merupakanpendapatan perniagaan. Bila nilai nisbah pusing ganti aset tinggimenunjukkan sumber aset diurus (dieksploitasi) dengan cekap danberkesan sehingga mampu mengeluarkan aras jualan yang tinggi. Ia

    secara ringkas memberi maklumat berapa kali aset total berpusingatau berganti dengan jualan.

    3 markah

    ii Perihalkan maklumat yang boleh diperolehi dari nisbah pusing gantiinventori.

    Memaklumkan penganalisis berapa kali inventori dalam simpanandapat dijual dan diganti semula dalam setahun. Semakin tinggi nilainisbah bermakna kitaran pertukaran inventori semakin pendektempohnya dan semakin kerap ianya di replenish dengan inventoriyang baharu.

    2 markah

  • 7/27/2019 2013_PMM_RBT3110

    5/17

    b

    Syarikat MegahBhd.

    Industri

    Nisbah2011(%)

    2012(%)

    2011(%)

    2012(%)

    Nisbah margin untungbersih

    8.95 10.98 13.80 14.05

    Jadual 1

    Teliti maklumat bagi Syarikat Megah Bhd. dalam Jadual 2 di atas dan jawabsoalan-soalan berikut.

    i Jelaskan nilai nisbah yang diperolehi oleh Syarikat Megah Bhd bagitahun 2011 dan 2012.

    Bagi tahun 2011 Syarikat memperoleh untung bersih sebanyak 8.95sen daripada setiap ringgit jualan dan 10.98 sen untuk setiap ringgitJualan bagi tahun 2012.

    Peningkatan mungkin kerana kos barang dijual dan belanja am dapatdikurangkan berbanding jualan.

    2 markah

    ii Terangkan maklumat yang diperolehi berdasarkan perbandingannisbah syarikat bagi tahun 2011 dan 2012 dengan nisbah industri.

    Syarikat-syarikat dalam industri memperoleh untung bersih 13.8 sendan 14 sen untuk setiap ringgit Jualan bagi tahun 2011 dan 2012masing-masing.Nisbah syarikat jauh rendah dalam memperoleh untung bersih untuksetiap ringgit jualan. Bermakna prestasi syarikat dari segi keuntungan

    secara relatif kurang memberangsangkan.

    Sebabnya: Pengurusan kos dan jualan syarikat agak lemahberbanding syarikat-syarikat pesaing secara purata.

    2 markah

    iii Kemukakan tiga faktor yang menentukan kejatuhan dan kenaikannisbah ini.Harga jualan tinggi harga, nilai jualan tinggi hasil tinggiHarga faktor-faktor pengeluaran atau kos rendah nilai kos rendahStrategi jualan bersesuaian kuantiti dijual meningkat hasil tinggiHasil tinggi tolak kos yang rendah = untung bersih tinggi

    Kesan: margin untung bersih tinggi1 fakta = markah

    1 Huraian dan fakta = 1 markah3 fakta dan huraian = 3 markah

    3. a Lukis satu graf (secara anggaran) yang menggambarkan perhubungan antaranilai kini wang terhadap perubahan kadar faedah (i = 0%, 5%, 10%, 15%) danbilangan tempoh pendiskaunan/masa (t = 2, 4, 6, 8, 10 tahun).

  • 7/27/2019 2013_PMM_RBT3110

    6/17

    Graf nilai kini wang terhadap perubahan kadar faedah dan bil. tempoh

    Nilai Kini Wang

    Bagi RM1

    1.00 I = 0%

    0.75 I = 5%Setiap kadar faedah = m

    0.50 I =10% 4 kadar x m = 2 markah

    0.25I = 15%

    0 2 4 6 8 10 Tempoh

    Penglabelan paksi-x: Tempoh Pendiskaunan + angka = 1 markah

    Penglabelan paksi-y: Nilai Kini Wang bagi RM1 + angka = 1 markah

    Penglabelan setiap kadar faedah + graf = 2 markah

    Jumlah markah = 4 markah

    b i Encik Danial menyimpan RM1000 di Bank Kita pada 1hb. Jan2013 dan akan mengeluarkannya pada akhir tahun 2017 nanti.

    Berapakah jumlah yang terkumpul pada ketika itu jika pihak bankmembayar kadar keuntungan sebanyak 10 peratus setahun?

    Rumus nilai depan amaun FV = PV (1+i)n

    di mana : PV = 1000, i= 10%, n = 5 tahun

    [1 markah]

    FV = 100 (1 + 0.10)5

    FV = RM1610.50

    [1 markah]

    Jumlah markah = 2 markah

    ii Pada 1hb. Jan 2012, Encik Bob menyimpan wang sebanyak RM3000di Bank Kerjasama yang membayar kadar keuntungan sebanyak 4peratus setahun. Pada 1hb. Jan 2015, Encik Bob dijangka akan

    menambah lagi simpanannya sebanyak RM5000.

    Berapakah jumlah wang yang dipunyai oleh Encik Bob pada 31hb. Dis2018?

    1.1.2012(0)

    1.1.2013(1)

    1.1.2014(2)

    1.1.2015(3)

    1.1.2016(4)

    1.1.2017(5)

    1.1.2018(6)

    i =4%

    RM3000 RM5000

    RM5624.50

    RM3795.90

    Jumlah wang = RM9420.40

  • 7/27/2019 2013_PMM_RBT3110

    7/17

    Pengiraan:

    FV6 = [PV 0(FVIF i,n) + PV 3(FVIF i,n)]

    ( markah)

    FV6 = [3000 0(FVIF 4%,6) + 5000 3(FVIF 4%,6)]

    ( markah)

    FV6 = [3000 0(1.2653) + 5000 3(1.1249)]

    ( markah)

    FV6 = [3795.90 + 5624.50]

    FV6 = RM9420.40 ( markah)

    Jumlah markah = 2 markah

    iii Puan Marissa menabung setiap hujung tahun sebanyak RM1500sejak dari tahun 2009 di Bank Mesra dengan kadar 7 peratus setahun.Beliau akan meneruskan tabiat menabung pada penghujung tahunsehingga tahun 2015.

    Berapakah jumlah wang Puan Marissa jika beliau inginmengeluarkannya pada akhir tahun 2015?

    1.1.2009

    (0)

    1.1.2010

    (1)

    1.1.2011

    (2)

    1.1.2012

    (3)

    1.1.2013

    (4)

    1.1.2014

    (5)

    1.1.2015

    (6)

    i =4%

    RM1500 RM1500 RM1500 RM1500 RM1500 RM1500 RM1500

    FVA = ?

    Pengiraan:

    FVA6 = [PMT (FVIFA i,n)

    ( markah)

    FVA6 = [1500 (FVIFA 7%,6)

    ( markah)

    FVA6 = [1500 (7.1533)

    ( markah)

    FVA6 = 10 730

    ( markah)

    Jumlah markah = 2 markah

  • 7/27/2019 2013_PMM_RBT3110

    8/17

    ATAU

    FVA6 = PMT (1 + i)n-1

    i

    ( markah)FVA6 = PMT (1 + 0.07)

    6-10.07

    ( markah)

    FVA6 = [1500 (7.1533)]( markah)

    FVA6 = RM10 730( markah)

    Jumlah markah = 2 markah

    4. a Kemukakan lima perkara yang dikawal oleh Akta Perlindungan Data Personal

    2009.

    i. Data personal pemilik diproses bagi maksud yang sah disisiundang-undang dan berkaitan secara langsung dengan aktivitipenggunaan data itu. Bermakna pemilik data tidak berhak menahandata personalnya untuk tidak diproses sekiranya undang-undangmemerintahkan perkara itu dibuat.

    ii. Pemprosesan data personal pemilik yang dibuat oleh data usermemang perlu bagi maksud aktiviti itu atau berhubung secaralangsung dengan maksud aktiviti. Bermakna data usertidak bolehmemproses data personal pemilik untuk aktiviti lain.

    iii. Pengumpulan data peribadi pemilik oleh data user adalah

    mencukupi untuk tujuan/maksud aktiviti dan tidak berlebihan.Bermakna data usertidakmengumpul (collect) data peribadi pemilikyang tidak berkaitan dengan aktiviti.

    iv. Penyimpanan data peribadi pemilik oleh data usermemang perlubagi maksud aktiviti itu sahaja. Selesai aktiviti, data personal pemiliksepatutnya dimusnahkan.

    v. Penggunaan data peribadi pemilik oleh data user adalah demikepentingan pemilik dan hanya bagi maksud yang sah disisiundang-undang dan berhubung secara langsung dengan aktivitipenggunaan data itu.

    1 isi = 1 markah

    5 isi = 5 markah

    b Rangkakan lima faktor yang boleh mempengaruhi keberkesanan e-dagang diMalaysia.

    i. Tahap penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan perdaganganelektronik. Semakin tinggi tahap penguatkuasaan undang-undang,pembeli dan penjual semakin yakin untuk melaksanakan transaksisecara elektronik. Kecekapan proses perniagaan meningkat. e-dagang secara kolektif mencapai matlamat.

    ii. Wujud mekanisme yang membolehkan pengguna faham dengan jelaskewujudan batas keselamatan dan keupayaan teknologi supaya tidak

    berlaku kebergantungan yang melampau. Pengguna bertransaksi

  • 7/27/2019 2013_PMM_RBT3110

    9/17

    dalam keadaan risiko rendah, lebih bijaksana kerana tiada peluangberlakunya opportunism. e-dagang semaikn berkesan.

    iii. Kuantiti modal insan yang mencukupi dalam bidang keselamatan ICT.Secara kolektif mereka akan meningkatkan jaminan proses transaksidilakukan dengan selamat kerana mereka terlibat dengan

    pemantauan.

    iv. Kualiti modal insan yang celik IT. Semakin ramai yang celik ITbermakna semakin ramai yang tahu berurusan secara atas taliandengan bijaksana. Urusan memakan masa yang pendek, tanpabatasan waktu dan lokasi. e-dagang semakin berkesan

    v. Kualiti modal insan dari aspek rohani amanah, jujur,bertanggungjawab. Semakin ramai yang tinggi aspek rohani,pengguna/pemain e-dagang akan lebih berasa selamat untukmenjalankan transaksi. e-dagang semakin berkesan

    vi. Agihan perbelanjaan kerajaan terhadap produk dan perkhidmatan

    yang berkaitan keselamatan ICT. Semakin tinggi agihan - rakyatMalaysia mendapat infrastruktur dan rangkaian teknologi yangsemakin tinggi Qos (Quality of Service). Peniaga boleh mempunyairangkaian yang lebih cekap dan selamat. pembeli mendapatperkhidmatan yang lebih baik dan cumtomised. e-dagang menjadilebih berkesan

    vii. mana-mana faktor yang bersesuaian

    1 isi = 1 markah5 isi = 5 markah

    BAHAGIAN C

    (40 Markah)

    1. ZnZ merupakan sebuah perniagaan menjual buku. untuk terus berdaya saing ZnZperlu menguasai perniagaan secara elektronik.

    Jelaskan satu isu yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat pemilihan ke atasrangkaian teknologi. Berserta contoh, kemukakan dua jenis perhubungan elektronikyang boleh diamalkan oleh ZnZ. Seterusnya bersandarkan satu kelebihan beliansecara elektronik, cadang satu cara untuk menawan pelanggan sedia ada danpelanggan berpotensi.

    Isu yang perlu dipertimbangkan Qos iaitu quality of sevice atau kualitiperkhidmatan- di mana perlu pertimbangkan trade- offs antara kelajuan (speed),kebolehpercayaan (reliability) dan kos (cost). Iniberkaitan gabungan keupayaanyang tinggi untuk berhubung, jaminan kerahsiaan dan integriti data serta keberadaan(availability) rangkaian perkhidmatan. Sebagai peniaga - memerlukan rangkaianyang membolehkan mereka berhubung/dihubungi pada kelajuan yang tinggi (kadar

    masa yang rendah) pada bila-bila masa (malah mereka mungkin mengharapkanrangkaian yang boleh menyusun penerimaan data mengikut prioriti) serta jaminankeselamatan dan kerahsiaan keatas data perniagaan yang pelbagai kategorinya.

  • 7/27/2019 2013_PMM_RBT3110

    10/17

    Juga jaminan data diterima oleh pihak yang tepat. Qos yang tinggi melibatkan kosyang tinggi.

    5 markah

    Dua jenis perhubungan elektronik;

    i. pasaran elektronik. mempunyai perhubungan perniagaan berjangka pendekbersama ramai pembekal buku. ZnZ boleh menggunakan khidmat internetmelalui khidmat direktori mendapatkan maklumat pembekal-pembekal bukudari semasa ke semasa menilai tawaran-tawaran para pembekal mengikutmasa, dan jenis buku tanpa perlu terikat dengan mana-mana pembekal.Selain itu dengan adanya khidmat intelligent comparison programmememudahkan penilaian dan pemilihan pembekal terbaik setiap kali belianhendak dilakukan. Dalam perhubungan ini ZnZ tidak membina hubunganyang khusus dengan mana-mana pembekal sebaliknya sentiasa berpeluangmendapatkan bekalan yang mengoptimumkan hasil dan meminimumkan kostransaksi.

    ii. hirarki elektronik. mempunyai perhubungan perniagaan berjangka panjangbersama pembekal-pembekal tertentu. ZnZ boleh berkongsi sistem elektronikseperti EDI melalui rangkaian telekomunikasi peribadi seperti VANs.Perkongsian sistem seperti ini membolehkan perhubungan yang secaraautomatik - perubahan maklumat berkaitan bilangan buku di ZnZ dapatdikenalpasti dengan tepat dan cepat oleh pembekal dan bekalan bolehdihantar dengan cepat dan tepat masa. Permintaan sesuatu buku bolehdipindahkan dari komputer ZnZ terus kepada komputer pembekal.Perhubungan seperti ini akan membina satu ikatan/perhubungan yang kuat saling sokong menyokong kerana kemenjadian satu perniagaan membantumeningkatkan perniagaan yang satu lagi.

    1 fakta = 1 markah

    1 fakta + huraian = 5 markah

    2 fakta + huraian = 10 markah

    Kelebihan perniagaan elektronik boleh dibincang dari sudut khidmat pelanggan,pilihan dimaklum dan kepelbagaian.

    Khidmat pelanggan lebih cepat dan dalam kuantiti yang lebih banyak dalam masayang ditetapkan kerana satu komputer boleh melayan pelanggan dengan lebihpantas. pesanan dan belian boleh dilakukan dengan pantas. ZnZ boleh mengambilpeluang meningkatkan khidmat pelanggan selepas belian membina hubungan

    peribadi seperti menghantar ucapan melalui emel, melaksanakan pemasaranelektronik menghantar katalog buku-buku yang bersesuaian dengan pelanggan.Dengan ini kesetiaan pelanggan boleh wujud.

    Pilihan dimaklum menyediakan laman sesawang yang interaktif keranaperdagangan elektronik memberi peluang kepada pelanggan mendapatkanmaklumat dihujung jari cepat dan pantas. Znz boleh mengambil peluangmenyediakan laman sesawang yang mempunyai maklumat yang kemaskiniberkaitan buku-buku yang terdapat di pasaran,menyediakan sinopsis buku-bukuyang terdapat di ZnZ. memaklumkan kemudahan-kemudahan yang dinikmati apabilamembeli belah bersama ZnZ. Mengambil peluang menyediakan forum yang

    dianggotai oleh affinity group sebagai satu cara promosi WOM(words of mouth).

  • 7/27/2019 2013_PMM_RBT3110

    11/17

    Pada tahun 1989, Rayyan telah berjaya mendapatkan segulung ijazahdaripada Universiti Pertanian Malaysia. Tidak seperti graduan lain yang inginbekerja makan gaji, Rayyan sebaliknya telah menceburkan diri dalam bidangperniagaan.

    Berbekalkan modal daripada wang simpanannya sebanyak RM50,000,Rayyan telah menubuhkan Ans Mushroom Sdn.Bhd.yang mengusahakancendawan bermutu tinggi. Alasan beliau menceburkan diri dalam bidang inikerana kekurangan penglibatan kaum bumiputera walaupun kerajaan telahmemberikan pelbagai insentif kepada pengusaha dalam bidang ini. Sebagaiseorang yang baharu memulakan perniagaan, Rayyan telah memohon untukdiberikan taraf perintis daripada kerajaan.

    Seperti kebanyakan perniaga-peniaga yang lain, Rayyan tidak terkecualidaripada mengalami kemerosotan penjualan dalam tahun 1990 yangmengalami kegawatan ekonomi di mana kerugian yang telah beliau alami

    mencecah lebih dari RM20,000. Walaupun rugi, beliau tidak berputus asadan terus berusaha untuk memulihkan perniagaannya. Beliau mendapatkanpinjaman bank berjumlah RM100,000 dan mencagarkan rumahnya. Rayyankemudiannya bangkit daripada kegagalannya dan mencari jalan untukmeningkatkan perniagaannya lagi. Antara langkah pemulihan yang diambiloleh Rayyan adalah seperti membina makmal dan menubuhkan satupasukan penyelidikan khusus berkaitan dengan cendawan. Akhirnyakumpulan penyelidikannya telah berjaya dalam menghasilkan cendawanistimewa yang dinamakan Anomush dan Gigamush. Cendawan ini sangatlaku dan dijual pada harga melebihi RM25.00 setiap 500 gram.

    Perniagaan Rayyan terus berkembang sehingga berjaya mengekspot

    barangannya ke Eropah dan Amerika Syarikat. Dengan kejayaan itu,Rayyan telah berjaya untuk membayar balik kesemua pinjamannya dan kininilai bersih keuntungan perniagaannya meningkat kepada RM1 juta.

    Kepelbagaian mengambil peluang menjual buku-buku digital disamping buku-bukufizikal yang boleh dipesan/ditempah secara elektronik. menjual customised cards dimana pelanggan boleh menggunakan kreativiti menggubah kad-kad ucapan secaraelektronik sebelum membuat pesanan. juga boleh menjual customised bundles ofproducts yang boleh dipesan secara elektronik cara penghantaran, masapenghantaran, cara bayaran.

    1 fakta = 1 markah1 fakta + huraian = 5 markah

    Jumlah = 20 markah

    2. Teliti kes pendek di bawah

    Berdasarkan petikan di atas, kenal pasti sama ada Rayyan dianggap sebagaiseorang peniaga atau usahawan dengan memberi bukti-bukti yang dapatmenyokong pendapat anda. Bincangkan lima cara bagaimana Rayyan dapatmemberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

    Rayyan adalah seorang usahawan kerana beliau memiliki ciri-ciri berikut

    i. Berani menghadapi risiko.

    Tidak seperti graduan lain yang ingin bekerja makan gaji, Rayyanmenceburkan diri dalam bidang perniagaan yang kurang penglibatan kaum

  • 7/27/2019 2013_PMM_RBT3110

    12/17

    bumiputera walaupun kerajaan telah memberikan pelbagai insentif kepadapengusaha dalam bidang ini. Sediakan gunakan wang simpanan sebagaimodal sebanyak RM50 000.

    Bukti mempunyai jangkauan dalaman yang tinggi dengan pertimbangan yangrasional.

    ii. Menginovasi hasil produk

    Membentuk kumpulan penyelidikan dan berjaya dalam menghasilkancendawan istimewa yang dinamakan Anomush dan Gigamush.

    Bukti mampu memperluaskan fikiran di luar kotak hingga hasilkan produkyang dapat penuhi citarasa pelanggan masa kini.

    ii. Berpandangan jauh ekspot barangannya ke luar negara.

    Membina makmal dan menubuhkan satu pasukan penyelidikan khususberkaitan dengan cendawan.Perniagaan Rayyan terus berkembangsehingga berjaya mengekspot barangannya ke Eropah dan Amerika Syarikat.

    Bukti membuat sesuatu tindakan bukan untuk kesan jangka pendek tetapikesan jangka panjang, bukan setakat untuk penuhi pasaran temp[atan tetapike perinmgkat antara bangsa.

    iv. Tidak mudah putus asa.

    Mengalami kemerosotan penjualan dalam tahun 1990 akibat kegawatanekonomi, kerugian mencecah lebih dari RM20 000. Terus berusahamemulihkan perniagaan dengan membuat pinjaman bank berjumlah RM100000 dan mencagarkan rumahnya. Rayyan bangkit daripada kegagalannyadan mencari jalan untuk meningkatkan perniagaannya. Antara langkahpemulihan yang diambil oleh Rayyan adalah seperti membina makmal danmenubuhkan satu pasukan penyelidikan khusus berkaitan dengan cendawan

    Bukti terus berjuang meskipun gagal

    v. Pandai merebut peluang

    Rayyan menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang kurang penglibatankaum bumiputera walaupun kerajaan telah memberikan pelbagai insentifkepada pengusaha dalam bidang ini.

    Bukti gunakan peluang untuk berjaya.

    vi. Kreatif

    menghasilkan cendawan istimewa yang dinamakan Anomush danGigamush. Cendawan ini sangat laku dan dijual pada harga melebihiRM25.00 setiap 500 gramdan mendapat sambutan di peringkat dunia.Berfikiran unik hingga mampu membangun produk.

    vii. Tekun bekerja

    Membentuk kumpulan penyelidikan hingga berjaya.

    Memperluaskan fikiran di luar kotak hingga hasilkan produk yang dapatpenuhi citarasa pelanggan masa kini.

    Membina makmal dan menubuhkan satu pasukan penyelidikan khususberkaitan dengan cendawan untuk hasilkan cendawan bermutu tinggi danpenuhi cita rasa pelanggan.

    Terus berusaha memulihkan perniagaan meskipun dilanda masalah

  • 7/27/2019 2013_PMM_RBT3110

    13/17

    1 fakta = 1 markah

    1 fakta + huraian = 2 markah

    5 fakta + huraian = 10 markah

    Lima cara perniagaan Rayyan dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dannegara.

    i. mengeluarkan produk yang memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

    Menyediakan produk yang berkualiti tinggi kepada pengguna dalammemenuhi kehendak dan keperluan pengguna. Penyelidikan secarakonsisten menghasilkan produk yang bermutu tinggi, meningkatkan kesihatandan kualiti hidup masyarakat.

    ii. mewujudkan peluang pekerjaan

    Pengeluaran yang semakin diterima pelanggan memerlukan pekerja yangsemakin ramai dengan pelbagai jawatan. Dalam perniagaan hari ini Rayyanperlu terlibat dalam e-dagang maka pekerjaan baharu boleh diwujudkancontoh program analyst, perekabentuk promosi. Ditambah pula dengan sifatperniagaan yang berbentuk antarabangsa Lebih ramai anak-anaktempatan memperolehi peluang untuk bekerja.

    iii. Meninggikan taraf hidup rakyat melalui pemberian pendapatan dan pilihanproduk yang semakin banyak

    Peluang pekerjaan meningkatkan pendapatan isi rumah. Perbelanjaankepada cara hidup yang lebih baik boleh dilakukan pendidikan, penjagaankesihatan (rawatan perubatan), jenis pemakanan. Selain itu produk

    perniagaan Rayyan menambah bilangan pilihan produk dipasaran kepadapengguna. Kesannya ialah pengeluar akan saling meningkatkan mutu produkmasing-masing. Akhirnya pengguna mempunyai barisan produk berkualititinggi untuk dipilih.

    iv. Meningkatkan pendapatan negara melalui bayaran cukai

    Melalui bayaran cukai, perniagaan Rayyan dapat membantu membangunkannegara. Cukai menjadi sumber dana kepada kerajaan untuk membina pusat-pusat pendidikan dan sebagainya. Pengeluaran yang bertambahmenyebabkan hasil jualan bertambah. Maka pendapatan yang dikenakancukai bertambah.

    v. Membawa negara ke arah negara maju melalui penemuan dan ciptaan baru.Komited dalam penyelidikan. Peluang untuk penemuan dan ciptaan baharu.Membawa kepada bidang pengeluaran baharu, peluang pekerjaan baharu,bentuk perniagaan baharu. Bantu ke arah negara maju.

    vi. Menyumbang kepada peningkatan KDNK negara melalui peningkatankeluaran.

    Keluaran perniagaan Rayyan meningkat. KDNK meningkat. Lambangkemakmuran ekonomi negara. Tarik pelabur-pelabur ke Malaysia.Peningkatan dalam ekonomi negara.

    1 fakta = 1 markah

    1 fakta + huraian = 2 markah

  • 7/27/2019 2013_PMM_RBT3110

    14/17

    5 fakta + huraian = 10 markah

    Jumlah = 20 markah

    3. Anda baharu menamatkan pengajian keguruan dalam bidang Reka Bentuk Teknologidan ditempatkan di Sekolah Kebangasaan Tuanku Abdul Rahman, Kedah sebagaiguru Kemahiran Hidup. Bila anda meneliti keputusan peperiksaan Tahun 4, andamendapati bahawa masih terdapat sebilangan besar murid yang belum mencapaitahap yang minimum dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup khususnya dalamkomponen Perniagaan dan Keusahawanan.

    Anda berpendapat murid ini harus diberi ruang dan peluang untukmempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran mereka mengikut kebolehandan kadar pembelajaran mereka sendiri. Salah satu daripada strategi yang andarasa boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini ialah melalui pembelajaranmasteri.

    Jelaskan ciri-ciri dalam konsep pembelajaran Masteri dan huraikan langkah-langkahyang akan anda ambil untuk menyesuaikan model pembelajaran Masteri dalam

    pembelajaran Perniagaan dan Keusahawanan untuk kelas anda. Bincangkan jugatahap persediaan guru dan murid untuk menjayakan konsep pembelajaran ini.

    Menyesuaikan ciri-ciri pembelajaran Masteri dalam pembelajaran Perniagaan danKeusahawanan

    Definisi/pengenalan Pembelajaran Masteri:

    Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan

    pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua muridmenguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatuunit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya.

    Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran danpembelajaran yang terancang dan berkualiti sertaberpandukan tahap penguasaan murid.

    2 markah

    Ciri-ciri Pembelajaran Masteri:

    Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan Penentuan

    Hasil Pembelajaran, dan diikuti dengan Pengajaran danPembelajaran.

    Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid adalah untuk

    memastikan murid semua berjaya menguasai pengetahuan dankemahiran yang diberikan dengan kadar kemampuan biasaseseorang murid di tahap tersebut.

    Setelah dibuat penilaian, murid yang telah menguasai akan

    diteruskan dengan aktiviti pengayaan dan bagi murid yang belummenguasai akan diteruskan dengan aktiviti pemulihan.

    1 isi = 1 markah

    3 isi = 3 markah

    Model pembelajaran Masteri & langkah-langkah perlaksanaan

  • 7/27/2019 2013_PMM_RBT3110

    15/17

    Dalam pembelajaran Masteri, langkah yang perlu

    dilaksanakan:i. Hasil pembelajaran perlu ditentukan, dan disusun

    mengikut hierarki atau unit pembelajaran.

    ii. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklahbermakna, berkesan, menarik dan mengembirakan.

    iii. Keupayaan dan Pencapaian dinilai semasa aktivitiPembelajaran.

    iv. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai danberkaitan.

    v. Semua murid perlu menguasai 80% aras masteri yangditetapkan setiap unit pembelajaran sebelum berpindahke unit pembelajaran yang baru.

    vi. Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yangbelum menguasai aras masteri.

    vii. Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telahmencapai aras masteri.

    1 penerangan langkah = 1 markah

    7 penerangan langkah = 7 markah

    Peranan dan Tugas Guru dalam Pembelajaran Masteri:

    i. Peranan guru adalah sebagai pemimpin, pengajar danfasilitator pembelajaran.

    ii. Guru tidak perlu membuat perubahan yang besar dalammelaksanakan pembelajaran masteri kerana langkah-langkahtersebut di atas sudah disarankan dalam KBSR dan KBSMsecara tersirat.

    iii. Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah:

    Menentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai;

    Mengubahsuaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran untuk pembelajaran masteri; Melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran

    berfikir supaya mereka dapat menjadi pelajar berdikari;

    Mengenal pasti pelajar yang belum dan sudah

    menguasai apa yang diajar melalui ujian diagnostik;

    Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan; dan

    Menilai prestasi pelajar melalui ujian sumatif.

    iv. Dalam melaksanakan pembelajaran masteri, guru mungkinmenghadapi pelbagai masalah dan tiada penyelesaian yangtepat dapat diberi untuk mengatasi masalah itu.

  • 7/27/2019 2013_PMM_RBT3110

    16/17

    v. Guru digalakkan mengatasi masalah itu melalui pembelajarankoperatif dengan rakan-rakan sejawat dalam panitia matapelajaran.

    vi. Pelajar akan bermanfaat daripada usaha guru untukmengatasi masalah itu.

    vii. Pada mulanya guru mungkin mengambil masa yang panjanguntuk pelajar menguasai sesuatu perkara akan tetapi, dalammasa jangka panjang dan dengan bertambahnya pengalamanguru, masa untuk mencapai pembelajaran masteri dapatdipendekkan.

    1 penerangan peranan dan tugas = 1 markah

    4 penerangan peranan dan tugas = 4 markah

    Peranan dan Tugas Pelajar dalam Pembelajaran Masteri:

    i. Peranan pelajar ialah sebagai seorang pelajar berdikari yangboleh merangsang diri untuk belajar dan menguasai apa yangdiajar

    .ii. Dalam pembelajaran masteri seseorang pelajar harus belajar

    dan bukan bertanding di antara satu sama lain dan ini dapatdilakukan melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakansebaya dalam kumpulan

    .iii. Tugas pelajar dalam pembelajaran masteri ialah dia harus:

    tahu akan hasil pembelajaran untuk dikuasai

    belajar dengan tekun, tabah dan bermotivasi

    betul-betul memahami dan menguasai apa yang diajar memberitahu guru tentang perkara yang belum

    difahami atau dikuasai

    membuat kerja pemulihan atau kerja pengayaan yang

    diberi

    iv. Pelajar harus diberi latihan dalam kemahiran belajar dankemahiran berfikir supaya mereka dapat menjadi pelajarberdikari.

    1 penerangan peranan dan tugas = 1 markah

    4 penerangan peranan dan tugas = 4 markah

    [Jumlah markah = 20 markah]

  • 7/27/2019 2013_PMM_RBT3110

    17/17

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2013