201303060208_t1a1 (1)

9
Kelab merujuk kepada satu kumpulan yang mempunyi struktur tersusun,mempunyai perlembagaan,ada peraturan dan mempunyai barisan pemimpin yang di ketuai oleh guru serta di anggotai oleh murid.Biasanya,kelab-kelab ini mengumpulkan murid mengikut minat,kegemaran,hasrat dan kecenderungan yang sama. Kelab Doktor Muda walaupun merupakan sebuah kelab yang agak baru namun ia juga mempunyai matlamat yang sama sepertimana kelab-kelab yang telah lama ditubuhkan. Kelab Doktor Muda mempunyai keahlian di antara murid tahun 4,5 dan 6 di sekolah rendah.Mereka ini dipilih di kalangan murid berminat,sihat,kemas,berpersonaliti menarik,memiliki sifat seorang pemimpin,bertanggungjawab,berpengaruh,suka menolong dan cemerlang dari segi akademik.Mereka lebih berperanan sebagai pemangkin kepada rakan-rakan sebaya dalam menerapkan sikap dan amalan kesihatan yang positif. Serba sedikit tentang sejarah penubuhan Kelab Doktor Muda di sekolah rendah telah bermula seawal tahun 1989 lagi.Program ini banyak menampakkan impak yang positif dalam memupuk kesedaran kesihatan asas di kalangan murid sekolah.Pada tahun 2006,Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerima kelab ini sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah rendah dengan di beri nama rasmi Kelab Doktor Muda. Namun,bukan semua sekolah menubuhkan kelab ini kerana tiada pekeliling yang mewajibkan setiap sekolah menubuhkannya.Di sekolah tempat saya bertugas pun,Kelab Doktor Muda hanya ditubuhkan pada tahun 2011 di bawah pimpinan guru

Upload: apner-siau

Post on 12-Jul-2016

231 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

cuba2

TRANSCRIPT

Page 1: 201303060208_T1A1 (1)

Kelab merujuk kepada satu kumpulan yang mempunyi struktur tersusun,mempunyai perlembagaan,ada peraturan dan mempunyai barisan pemimpin yang di ketuai oleh guru serta di anggotai oleh murid.Biasanya,kelab-kelab ini mengumpulkan murid mengikut minat,kegemaran,hasrat dan kecenderungan yang sama.

Kelab Doktor Muda walaupun merupakan sebuah kelab yang agak baru namun ia juga mempunyai matlamat yang sama sepertimana kelab-kelab yang telah lama ditubuhkan.

Kelab Doktor Muda mempunyai keahlian di antara murid tahun 4,5 dan 6 di sekolah rendah.Mereka ini dipilih di kalangan murid berminat,sihat,kemas,berpersonaliti menarik,memiliki sifat seorang pemimpin,bertanggungjawab,berpengaruh,suka menolong dan cemerlang dari segi akademik.Mereka lebih berperanan sebagai pemangkin kepada rakan-rakan sebaya dalam menerapkan sikap dan amalan kesihatan yang positif.

Serba sedikit tentang sejarah penubuhan Kelab Doktor Muda di sekolah rendah telah bermula seawal tahun 1989 lagi.Program ini banyak menampakkan impak yang positif dalam memupuk kesedaran kesihatan asas di kalangan murid sekolah.Pada tahun 2006,Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerima kelab ini sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah rendah dengan di beri nama rasmi Kelab Doktor Muda.

Namun,bukan semua sekolah menubuhkan kelab ini kerana tiada pekeliling yang mewajibkan setiap sekolah menubuhkannya.Di sekolah tempat saya bertugas pun,Kelab Doktor Muda hanya ditubuhkan pada tahun 2011 di bawah pimpinan guru besar baru En,Vijayabalan Subramaniam.Ini atas kerjasama dengan SK.St.Mary Convent yang banyak membantu mempromosikan kelab ini di sekolah tempat saya berrugas,SK.St.Mary Town.

Pada 9 November 2012 iaitu hari Jumaat,bersamaan hari terakhir persekolahan tahun tersebut,satu program iaitu Program Jom Ronda telah dijalankan di tempat saya bertugas.Satu rakaman yang berkaitan dengan pemeriksaan mata telah dilakukan di bilik Doktor Muda SK.St.Mary Town.Menurut penerbit rakaman tersebut,rakaman akan di siarkan di TV3 pada tahun ini.

Melalui surat bertarikh 23 Mei 2012,dari Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia(Operasi Pendidikan),permohonan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mewartakan tarikh 1 hingga 7 julai setiap tahun sebagai Minggu Sihat Doktor Muda di seluruh Malaysia telah diluluskan.

Page 2: 201303060208_T1A1 (1)

TUJUAN

1.Kelab doktor Muda di sekolah rendah bertujuan untuk membentuk tingkahlaku kesihatan yang baik di kalangan murid.Bagi tujuan ini beberapa langkah dilakukan untuk meningkatkan kemahiran asas murid-murid agar mereka dapat :-

i. Mengamalkan cara hidup sihat di kalangan ahli kelabii. Menjadi pembimbing dan pendorong kepada rakan sebaya dan anggota

keluarga ke arah mengamalkan cara hidup sihat.iii. Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti

kesihatan di sekolah.

2.Menggalakkan ibu bapa atau penjanga supaya memberi perhatian wajar kepada kesihatan anak-anak.

3.Memperkukuhkan penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam usaha meningkatkan kesihatan pelajar.

4.Mempertingkatkan kerjasama antara Jabatan Kesihatan dengan Jabatan Pendidikan dalam menggalakkan amalan kesihatan yang baik di kalangan murid sekolah rendah.

SENARAI AKTIVITI YANG AKAN DILAKSANAKAN

BIL AKTIVITI TARIKH CATATAN

01 Pemeriksaan berkala di kawasan sekolah seperti di :-

i.kantin sekolahii.longkang/parit sekolahiii.pasu atau kolam ikan sekolah

Setiap hari Isnin sepanjang tempoh persekolahan setahun

Catatan di rekod dalam buku catatan mengikut giliran bertugas.

02 Demonstrasi Mencuci Tangan Februari(minggu pertama)

Page 3: 201303060208_T1A1 (1)

BIL AKTIVITI/PERTANDINGAN TARIKH CATATAN

03 Ceramah Kesihatan Setiap bulan,minggu pertama semasa perhimpunan

Sasaran hanya murid tahap 2.

04 Membantu guru kelas merekod berat,tinggi dan penglihatan di dalam Buku Rekod Kesihatan.

Februari Semua ahli terlibat

05 Pertandingan Melukis Poster Kesihatan Mac Terbuka kepada semua murid tahap 2

06 Minggu Sihat Doktor Muda Julai

KELEBIHAN/MANFAAT AKTIVITI

BIL AKTIVITI KELEBIHAN/MANFAAT

01 Pemeriksaan kawasan sekolah -menjamin bahawa kawasan sekolah bebas daripada tempat pembiakan nyamuk memandangkan kawasan bandar merupakan kawasan berisiko. -memberi pengalaman kepada murid untuk menjalankan sendiri pemeriksaan agar mereka boleh menerapkan kesedaran di kalangan masyarakat terutamanya di rumah.

02 Demonstrasi Mencuci Tangan -mendidik murid cara yang betul membasuh tangan terutamanya sebelum mengambil makanan.

Page 4: 201303060208_T1A1 (1)

BIL AKTIVITI KELEBIHAN/MANFAAT

03 Ceramah Kesihatan -memberi peluang kepada murid menunjukkan keupayaan berkomunikasi di khalayak ramai dalam menyampaikan maklumat

-membina keyakinan diri

04 Mengisi Buku Rekod Kesihatan -meringankan beban tugas guru kelas

05 Pertandingan Melukis Poster -memberi peluang murid meluahkan kreativiti mereka dalam memupuk kesedaran kesihatan

06 Minggu Sihat Doktor Muda -menerapkan amalan kesihatan asas di kalangan murid dan juga isi-isu semasa tentang kesihatan

-memberi peluang kepada murid melaksanakan program yang melibatkan ramai peserta.

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER

Peraturan

1.Lukisan mesti berkaitan dengan isu berikut:-

i.Masalah Kegemukan di kalangan murid sekolah - Murid Tahun 6

i.Kesan Buruk Merokok - Murid Tahun 5

iii.Kesedaran tentang penyakit Denggi/Malaria - Murid Tahun 4

2.Warna yang boleh digunakan ialah:-

i.Krayon

ii.Pensel Warna

iii.Warna Air

Page 5: 201303060208_T1A1 (1)

3.Masa yang diperuntukan ialah 2 jam sahaja.

4.Pemarkahan berdasarkan kriteria berikut :-

i.Kekemasan

ii.keaslian Idea/Ubahsuai Idea

iii.Mesej yang disampaikan

CABARAN PELAKSANAAN AKTIVITI

1.Masa

Pelaksanaan aktiviti yang dirancang perlu mengambil kira aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab,persatuan dan unit beruniform di sekolah.Setakat ini Kelab Rukun Negara,Kelab Kebudayaan,Kelab Seni Visual,Persatuan Matematik,Sains,Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Agama Islam,Unit Beruniform Pengakap,PBSM,TKRS,masing-masing mempunyai perancangan sepanjang tahun.

Saya perlu mencari masa yang sesuai agar aktiviti yang dilaksanakan dapat memenuhi objektif pertandingan.Pada masa yang sama juga,sekolah tempat saya bertugas melaksanakan pelbagai aktiviti lain sepaerti aktiviti Persatuan IbuBapa dan Guru seperti jogathon dan sukaneka.Ini tidak termasuk dengan ujian wajib setiap bulan yang perlu dilaksanakan

2.Sumber Kewangan

Sekolah tempat saya bertugas iaitu sekolah mubaligh.Kami kurang sumber kewangan dalam menjalankan aktiviti kelab.Kekangan sumber kewangan sedikit sebanyak menghadkan pelaksanaan aktiviti berbentuk pertandingan yang memerlukan penggunaan wang dalam menyediakan bahan dan hadiah.

3.Penglibatan

Penglibatan murid adalah terbahagi mengikut kelab dan persatuan lain.Bilangan ahli Kelab Doktor Muda seramai 40 orang kurang sesuai dalam menyokong aktiviti berbentuk pertandingan.Kemeriahan merupakan satu aspek yang penting dalam menjayakan sesuatu pertandingan supaya peserta berasa seronok bersaing sesama mereka.

Pada masa yang sama juga hanya 2 orang guru yang mengendalikan Kelab Doktor Muda.Bilangan ini agak kurang efektif dalam mengendalikan aktiviti yang melibatkan ramai peserta.

4.Kelengkapan

Semua ahli kelab belum memiliki "white coat" doktor muda.Bagi menyiapkan kelengkapan pakaian tersebut kos sebanyak RM54.00 bagi baju dan RM15.00 lagi megi menyulam logo dan nama.Majoriti murid di sekolah ini mempunyai latar belakang dengan pendapatan

Page 6: 201303060208_T1A1 (1)

keluarga yang rendah.Semasa rakaman Program Jom Ronda Doktor Muda tahun lalu pihak sekolah menyediakan sendiri kelengkapan kepada hanya 10 orang murid.

GAMBAR AKTIVITI RAKAMAN PROGRAM JOM RONDA DOKTOR MUDA 2012

Page 7: 201303060208_T1A1 (1)

Sekian