2012-dewanrakyat

Upload: haziq-mars

Post on 07-Jul-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/19/2019 2012-DEWANRAKYAT

    1/230

  • 8/19/2019 2012-DEWANRAKYAT

    2/230

    SIRI KOLEKSIPERTANYAAN & JAWAPAN 

    PARLIMENKEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    DEWAN RAKYATTAHUN 2012

  • 8/19/2019 2012-DEWANRAKYAT

    3/230

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    SIRI KOLEKSIPertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012SIRI KOLEKSI

    Pertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    ii iii

    Kementerian Pengajian Tinggi

    Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

    Aras 13, No.2, Menara 2,

    Jalan P5/6, Presint 5,

    62200 PUTRAJAYA

    Penasihat : Suhaime bin Mahbar

    Editor : Raja Adnan bin Raja IbrahimPenolong Editor : Syed Zahiruddin bin Wan Alshagaf 

    Che Rosmaradhiah binti Che Awang

    Bacaan Pengesahan : Norlela binti Abd. Halim

    [proof] Ashmina binti Mahmud

    Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

    Cetakan Pertama 2013

    Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula,

    disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau dipindah dalam mana-mana cara, baik

    dengan cara elektronik, mekanikal, penggambaran semula, perakaman ataupun sebaliknya,

    tanpa izin bertulis daripada daripada Kementerian Pengajian Tinggi.

    Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-penerbitan

    Kementerian Pengajian Tinggi

    Siri Koleksi Pertanyaan Dan Jawapan Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi Dewan Rakyat

    Tahun 2012

    ISBN 978-967-0334-70-7

    Kata Alu-Aluan Menteri Pengajian Tinggi iv

    Prakata Ketua Setiausaha KPT v

    Kategori Isu-isu Kementerian Pengajian Tinggi vi

    MESYUARAT PERTAMA DEWAN RAKYAT 1-143

    (12 Mac hingga 12 April 2012 )

    Aturan Urusan Mesyuarat 3

    Pertanyaan Lisan 18

    Pertanyaan Bukan Lisan 103

    MESYUARAT KEDUA DEWAN RAKYAT 145-284

    (11 Jun hingga 28 Jun 2012)

    Aturan Urusan Mesyuarat 147

    Pertanyaan Lisan 160

    Pertanyaan Bukan Lisan 255

    MESYUARAT KETIGA DEWAN RAKYAT 285-437

    (24 September hingga 29 November 2012)

    Aturan Urusan Mesyuarat 287

    Pertanyaan Lisan 306

    Pertanyaan Bukan Lisan 405

    ISI KANDUNGAN

  • 8/19/2019 2012-DEWANRAKYAT

    4/230

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    SIRI KOLEKSIPertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012SIRI KOLEKSI

    Pertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    iv v

    Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia.

    Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izinnya berjaya menerbitkan buku Siri

    Koleksi Pertanyaan dan Jawapan Parlimen 2012. Pada tahun 2012, Kementerian Pengajian

    Tinggi telah menerima dan menjawab sebanyak 289 pertanyaan Dewan Rakyat dan

    Dewan Negara di mana jawapan yang telah dikemukakandi Parlimen merupakan pendirian

    Kementerian. Ia boleh dijadikan rujukan pada masa-masa akan datang.

    Buku Siri Koleksi Pertanyaan dan Jawapan Parlimen 2012 ini adalah sebagai perkongsian

    dan penyebaran maklumat yang mengandungi pelbagai penjelasan terhadap isu-isu pengajian

    tinggi.

    Diharap segala maklumat yang terkandung di dalamnya boleh dijadikan panduan dalam

    menyediakan maklum balas dan penjelasan terhadap isu-isu pengajian tinggi negara dan

     juga meningkatkan keupayaan KPT agar selari dengan hasrat KPT untuk mempunyai sistem

    penyampaian bertaraf Great MOHE.

    Akhir kata, saya juga merakamkan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat

    dalam menerbitkan buku ini.

    Wassalam.

    DATUK AB. RAHIM BIN MD. NOOR

    Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

    Puji syukur kepada Allah S.W.T. yang telah memberi rahmat sehingga berjaya menerbitkan

    Siri Koleksi Pertanyaan dan Jawapan Parlimen 2012. Dengan kesempatan in juga, saya ingin

    merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga kementerian yang selama ini

    bertungkus-lumus membantu sepanjang persidangan Parlimen 2012.

    Pada tahun 2012 yang lepas, Kementerian Pengajian Tinggi telah melakar sejarah kerana

    berjaya membentangkan Pindaan kepada tiga Rang Undang-Undang iaitu Rang Undang-Undang

    Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, Rang Undang-Undang Institusi Pendidikan

    Tinggi Swasta (Pindaan) 2012 dan Rang Undang-Undang Institusi-Institusi Pelajaran (Pindaan)

    2012 dan ini telah juga dibukukan untuk rujukan semua stakeholders dan umum.

    Akhir sekali, saya berharap agar maklumat yang diperolehi dengan penerbitan siri koleksi

    ini akan dapat digunapakai oleh semua lapisan masyarakat dan sebagai pedoman kepada

    semua pegawai Kementerian Pengajian Tinggi dan Agensi berkaitan untuk mengatasi segala

    permasalahan yang telah dibangkitkan sepanjang persidangan parlimen 2012 yang lalu.

    Wassalam.

    DATO’ SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN

    PrakataKetua SetiausahaKementerian Pengajian Tinggi 

    Kata Alu-AluanMenteri Pengajian TinggiKementerian Pengajian Tinggi 

  • 8/19/2019 2012-DEWANRAKYAT

    5/230

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    SIRI KOLEKSIPertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012SIRI KOLEKSI

    Pertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    vi vii

    MUKA SURAT

    56, 80, 116, 129, 131, 169, 174, 185,

    193, 196, 199, 228, 232, 262, 266, 270,

    281, 308, 373, 377, 412, 429

    27, 73, 85, 93, 94, 110, 121, 172, 211,

    325, 378, 385, 388, 407, 414

    62, 118, 178, 220, 225, 230, 255, 258,

    267, 319, 334, 420, 423, 428

    58, 104, 128, 138, 162, 179, 181, 187,

    202, 204, 209, 236, 369, 432

    50, 103, 124, 168, 235, 239, 247, 260,

    284, 344, 365, 411

    22,109,119,125,134,190, 206, 207,

    250, 321, 338, 342

    23, 41, 45, 65, 97, 167, 261, 277, 340,

    350

    35, 183, 191, 272, 327, 346, 359, 400

    323, 331, 352, 354, 379, 386, 395, 436

    29, 43, 60, 71, 95, 123, 278, 371

    53, 160, 213, 313, 329, 362, 382

    25, 76, 89, 140, 223, 274, 425

    18, 19, 40, 51, 106, 114, 415

    33, 37, 78, 218, 241

    MUKA SURAT

    188, 208, 311, 348, 357

    82, 279, 306, 398

    67, 132,405, 422

    112, 315, 416

    336, 393

    91, 245

    234, 367

    107, 375

    391, 434

    31, 200

    47, 87

    142

    165

    317

    389

    408

    226

    BIL

    1.

    2.

    3.

    4.

    5.

    6.

    7.

    8.

    9.

    10.

    11.

    12.

    13.

    14.

    BIL

    15.

    16.

    17.

    18.

    19.

    20.

    21.

    22.

    23.

    24.

    25.

    26.

    27.

    28.

    29.

    30.

    31.

    ISU

    PTPTN dan Pembiayaan

    Pengajian

    Kolej Komuniti dan

    Politeknik

    IPTS

    Hal Ehwal Pelajar

    Data Pengajian Tinggi

    Pembangunan

    Penubuhan IPT Baru dan

    Naik Taraf

    Kemasukan ke IPT

    Ijazah Palsu

     AUKU dan Kebebasan

     Akademik

    Pelajar Antarabangsa

    & Pengantarabangsaan

    Pengajian Tinggi

     Autonomi kepada IPTA

    Baucar Buku 1Malaysia

    Kebolehpasaran & Kualiti

    Graduan

    ISU

     Akademik

    MQA dan Akreditasi

    Yuran Pengajian

    Penarafan dan Prestasi

    IPT

    Tenaga Akademik IPT

    R & D & C

    Mutual Recognition

     Agreement

    TVET

    Yayasan As-Sofa

    Bahasa Pengantar

    Program Pengajian

    Pelajar Menyambung

    Pelajaran di Luar Negara

    Pilihan raya Kampus

    Majlis Profesor Negara

     APEL

    Program Keusahawanan

    PSPTN

    JUMLAH

    PERTANYAAN

    22

    15

    14

    14

    12

    12

    10

    8

    8

    8

    7

    7

    7

    5

    JUMLAH

    PERTANYAAN

    5

    4

    4

    3

    2

    2

    2

    2

    2

    2

    2

    1

    1

    1

    1

    1

    1

    KATEGORI ISU-ISU

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    KATEGORI ISU-ISU

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

  • 8/19/2019 2012-DEWANRAKYAT

    6/230

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    SIRI KOLEKSIPertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012SIRI KOLEKSI

    Pertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    viii 1

    MESYUARATPERTAMA JAWAPAN BAGI

    PERTANYAAN

    LISAN

    (12 MAC 2012 – 12 APRIL 2012)

  • 8/19/2019 2012-DEWANRAKYAT

    7/230

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    SIRI KOLEKSIPertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012SIRI KOLEKSI

    Pertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    2 3

    BILTARIKH & NO.

    PERTANYAANPERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN ( 39 PERTANYAAN )

    MINGGU PERTAMA ( 3 PERTANYAAN )

    12 MAC 2012 [ ISNIN ]ISTIADAT PEMBUKAAN PARLIMEN PENGGAL KELIMA

    ( JAM 10.00 PAGI – TIADA SIDANG DI SEBELAH PETANG )

    13 MAC 2012 [ SELASA ]

    ( TIADA PERTANYAAN KPT )

    14 MAC 2012 [ RABU ] ( 2 )

    1. 14 MAC 2012

    NO. 7

    Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI

    PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah pelajar Institusi Pengajian Tinggi

    (IPT) Awam dan Swasta yang didapati menjual dan melelong Baucar Buku

    1Malaysia (BB1M) dan nyatakan tindakan yang telah diambil kepada pelajar

    terbabit.

    2. 14 MAC 2012

    NO. 16

    Dato’ Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PENGAJIAN

    TINGGI menyatakan sejauh manakah impak pemberian Baucar Buku1 Malaysia terhadap mengurangkan beban semasa mahasiswa.

     

    15 MAC 2012 [ KHAMIS ] ( 1 )

    3. 15 MAC 2012

    NO. 16

    Dato’ Kamarul Baharin bin Abbas minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI

    menyatakan jumlah bantuan kewangan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia

    dan Kerajaan Negeri Sarawak kepada Curtin University of Technology

    Sarawak.

     ATURAN URUSAN MESYUARAT

    PARLIMEN YANG KEDUA BELAS

    PENGGAL KELIMA MESYUARAT PERTAMA 

    DEWAN RAKYAT

    12 MAC HINGGA 12 APRIL 2012

  • 8/19/2019 2012-DEWANRAKYAT

    8/230

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    SIRI KOLEKSIPertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012SIRI KOLEKSI

    Pertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    4 5

    BILTARIKH & NO.

    PERTANYAANPERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN ( 39 PERTANYAAN )

    MINGGU KEDUA ( 13 PERTANYAAN )

    19 MAC 2012 [ ISNIN ] ( 4 )

    4. 19 MAC 2012

    NO. 9

    Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PENGAJIAN

    TINGGI menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai cadangan untuk

    menempatkan UiTM atau politeknik di kawasan Utara Sarawak seperti Miri

    atau Sibuti bagi menyediakan peluang pendidikan di peringkat Diploma dan

    Ijazah yang menyediakan yuran rendah kepada rakyat.

    5. 19 MAC 2012

    No. 18

    Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI

    menyatakan jenis autonomi yang diberi kepada IPTA dan apakah yang

    dianggap penting untuk meningkatkan mutu universiti ke tahap dunia.

    6. 19 MAC 2012

    NO. 25

    Dato’ Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI

    menyatakan apakah Kerajaan berhasrat untuk menambah bilangan Politeknik

    METro di bandar-bandar untuk menampung keperluan pendidikan yang

    semakin meningkat dan mengurangkan pergantungan kepada institusi milik

    swasta.

    7. 19 MAC 2012

    NO. 56

    Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI

    menyatakan aktiviti persatuan-persatuan di universiti-universiti Kerajaan yang

    terlibat kos melebihi RM10,000.00:-

    (a) senarai aktiviti-aktiviti yang dijalankan berdasarkan pecahan universiti-

    universiti yang terlibat dari tahun 2005 ke 2012; dan

    (b) adakah pihak universiti mengarahkan mahasiswa-mahasiswi ke luar

    kampus untuk memungut wang bagi menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut.

    BILTARIKH & NO.

    PERTANYAANPERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN ( 39 PERTANYAAN )

    20 MAC 2012 [ SELASA ] ( 4 )

    8. 20 MAC 2012

    NO. 7

    Dato’ Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI PENGA-

    JIAN TINGGI menyatakan:-

    (a) setakat mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) membuat

    persediaan dari segi menambahkan jumlah penerbitan bahan ilmiah

    dalam Bahasa Melayu bagi jurusan Sains dan Teknologi; dan

    (b) apakah Institusi Terjemahan Negara Malaysia membantu Kementerian

    dalam meningkatkan bahan rujukan ilmiah pelbagai bahasa kepada

    Bahasa Melayu.

    9. 20 MAC 2012

    NO. 32

    Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] minta MENTERI PELAJARAN

    menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kementerian

    untuk meningkatkan lagi mutu dan kualiti graduan dari Universiti Malaya agar

    setanding dengan graduan dari universiti terkemuka di dunia.

    10. 20 MAC 2012

    NO. 36

    Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI 

    menyatakan kesan/peluang pelajar daripada luar bandar tentang langkah

    Universiti Malaya (UM) yang akan memperketat syarat kemasukan pelajar

    baru bermula sesi pengambilan September ini, seperti kata Naib Canselornya,

    Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon di mana bagi kursus kritikal seperti perubatan,

    pergigian dan sebagainya, UM menetapkan pelajar lepasan matrikulasi atau

    Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) perlu memperoleh Purata Nilai

    Gred Kumulatif (PNGK) maksimum 4.00 manakala bagi bidang sastera perlu

    memperoleh keputusan 3.50 yang dibuat berdasarkan penganugerahan

    status autonomi yang diberikan oleh Kerajaan.

    11. 20 MAC 2012

    NO. 66

    Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PENGAJIAN

    TINGGI menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah

    pengangguran siswazah-siswazah yang makin meningkat sekarang ini.

  • 8/19/2019 2012-DEWANRAKYAT

    9/230

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    SIRI KOLEKSIPertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012SIRI KOLEKSI

    Pertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    6 7

    BILTARIKH & NO.

    PERTANYAANPERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN ( 39 PERTANYAAN )

    21 MAC 2012 [ RABU ] ( 2 )

    12. 21 MAC 2012

    NO. 43

    Dato’ Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI

    menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada para

    pelajar Institusi-institusi Pengajian Tinggi di seluruh negara melalui baucar

    pembelian buku.

    13. 21 MAC 2012

    NO. 53

    Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI

    menyatakan apakah rancangan dan langkah konkrit yang diambil oleh

    Kerajaan untuk membina sebuah universiti di Taiping dan membaik semula

    Pasar Awam Taiping yang merupakan warisan Sejarah.

    22 MAC 2012 [ KHAMIS ] ( 3 )

    14. 22 MAC 2012

    NO. 34

    Dato’ Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI

    PENGAJIAN TINGGI menyatakan pelaksanaan transformasi yang

    menyaksikan dua keadaan yang bakal mengubah persekitaran kampus

    apabila berlaku pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dan

    pemberian autonomi kepada universiti kelak.

    15. 22 MAC 2012

    NO. 54

    Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI

    menyatakan sama ada Kerajaan bersedia untuk memperluas cawangan

    Universiti Teknologi MARA dan Politeknik dengan mendirikan sebuah universiti

    atau politeknik yang berkonsepkan agro pendidikan di Parlimen Silam.

    BILTARIKH & NO.

    PERTANYAANPERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN ( 39 PERTANYAAN )

    16. 22 MAC 2012

    NO. 57

    Dato’ Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI

    menyatakan :-

    (a) adakah pihak Kementerian meninjau program-program yang ditawarkan

    di Institusi Pengajian Tinggi untuk memastikan program yang ditawarkan

    optimum dalam pembangunan negara dan relevan dengan permintaan

    pasaran pekerjaan; dan

    (b) adakah Kementerian melantik pihak tertentu dalam memantau programyang ditawarkan di Institusi Pengajian Tinggi dan jika ya, berapa

    banyakkah pihak yang telah dilantik serta apakah kos yang terlibat.

    MINGGU KETIGA ( 9 PERTANYAAN )

    26 MAC 2012 [ ISNIN ] ( 2 )

    17. 26 MAC 2012

    NO. 4

    Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI

    PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah pelajar yang dimasukkan dalam

    tahun 2011 ke kursus-kursus peringkat Diploma di Institut Pengajian Tinggi

    Swasta untuk bidang sioterapi, farmakologi, kejururawatan, “health care” ,

    dan teknologi makmal.

    18. 26 MAC 2012

    NO. 31

    Dato’ Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PENGAJIAN

    TINGGI menyatakan sejauh manakah pemantauan Kementerian berhubung

    sindiket penjualan Baucar Buku 1Malaysia yang dilakukan oleh pihak yang

    tidak bertanggungjawab dengan menukarkan baucar tersebut kepada wang

    ringgit di IPTA.

  • 8/19/2019 2012-DEWANRAKYAT

    10/230

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    SIRI KOLEKSIPertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012SIRI KOLEKSI

    Pertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    8 9

    BILTARIKH & NO.

    PERTANYAANPERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN ( 39 PERTANYAAN )

    27 MAC 2012 [ SELASA ] ( 2 )

    19. 27 MAC 2012

    NO. 11

    Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] minta MENTERI

    PENGAJIAN TINGGI menyatakan tentang beberapa kes-kes masalah sosial

    yang timbul disebabkan oleh perbuatan pelajar-pelajar asing yang belajar di

    kolej-kolej swasta.

    20. 27 MAC 2012

    NO. 59

    Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PENGAJIAN

    TINGGI menyatakan jumlah pinjaman yang dikeluarkan oleh PTPTN

    kepada pelajar-pelajar di IPTA dan IPTS dan cadangan-cadangan alternatif

    untuk membolehkan pelajar-pelajar miskin untuk mendapatkan kelayakan

    pembelajaran yang lebih tinggi.

    28 MAC 2012 [ RABU ] ( 2 )

    21. 28 MAC 2012

    NO. 11

    Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PENGAJIAN

    TINGGI menyatakan status Hal Ehwal Pelajar Universiti-universiti tempatan:-

    (a)  jumlah anggota-anggota staf di Hal Ehwal Pelajar di setiap universiti

    awam; dan

    (b)  jumlah perbelanjaan Ha l Ehwal Pelajar setiap universiti awam dar i tahun

    2000 hingga 2012.

    22. 28 MAC 2012

    NO. 51

    Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI

    menyatakan adakah Kerajaan mengkaji dan sedar tentang implikasi kesanpendidikan dan latihan yang berbeza antara universiti tempatan di bawah

     AUKU dan universiti luar negara yang tidak di bawah AUKU. Adakah graduan

    universiti luar negara menjadi pilihan majikan berbanding graduan tempatan

    kerana kesan AUKU.

    BILTARIKH & NO.

    PERTANYAANPERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN ( 39 PERTANYAAN )

    29 MAC 2012 [ KHAMIS ] ( 3 )

    23. 29 MAC 2012

    NO. 39

    Dato’ Sri Haji Zulhasnan bin Rafque [ Setiawangsa ] minta MENTERI

    PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah visualisasi Kerajaan di dalam

    pembangunan sektor pendidikan tinggi swasta bagi memastikan bilangan

    siswazah yang dilahirkan kolej-kolej swasta berkelayakan dan berupaya

    mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian mereka.

    24. 29 MAC 2012

    NO. 64

    Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta MENTERI

    PENGAJIAN TINGGI menyatakan perkembangan dan perancangan

    penubuhan UiTM Balik Pulau.

    25. 29 MAC 2012

    NO. 68

    Tuan Wong Ho Leng [ Sibu ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI

    menyatakan kos pendidikan yang kian meningkat dan mahal, termasuk yuran

    universiti. Apakah rancangan untuk membolehkan rakyat Malaysia mampu

    menerima pendidikan tinggi. Apakah rancangan untuk menjadikan Malaysia

    sebuah hab pendidikan di Asia.

    MINGGU KEEMPAT ( 5 PERTANYAAN )

    2 APRIL 2012 [ ISNIN ] ( 1 )

    26. 2 APRIL 2012

    NO. 19

    Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI

    menyatakan :-

    (a) apakah yang dimaksudkan kebebasan akademik di kalangan mahasiswadalam Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA); dan

    (b) benarkah ekspresi keilmuan mempunyai had atau batasnya sehingga

    mengongkong keintelektualan mahasiswa tersebut.

  • 8/19/2019 2012-DEWANRAKYAT

    11/230

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    SIRI KOLEKSIPertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012SIRI KOLEKSI

    Pertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    10 11

    BILTARIKH & NO.

    PERTANYAANPERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN ( 39 PERTANYAAN )

    3 APRIL 2012 [ SELASA ] ( 1 )

    27. 3 APRIL 2012

    NO.19

    Dato’ Sri Haji Zulhasnan bin Rafque [ Setiawangsa ] minta MENTERI

    PENGAJIAN TINGGI menyatakan:-

    (a) apakah Kerajaan bercadang untuk menambah bilangan Politeknik

    METro di kawasan-kawasan bandar dan kota memandangkan jumlah

    permintaan yang semakin meningkat; dan

    (b) sama ada Kementerian berhasrat untuk menawarkan kursus-kursus

    tertentu kepada warga di kawasan perumahan awam dan rakyat bagi

    membantu meningkatkan kebolehupayaan pendapatan mereka.

    4 APRIL 2012 [ RABU ] ( 2 )

    28. 4 APRIL 2012

    NO. 20

    Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PENGAJIAN

    TINGGI menyatakan kaedah meningkatkan hasil bagi menampung

    pengurusan dan pembangunan universiti tempatan yang diberi autonomi

    dalam pengurusan kewangannya.

    29. 4 APRIL 2012

    NO. 64

    Tuan Wong Ho Leng [ Sibu ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI

    menyatakan keadaan graduan universiti tempatan yang tidak mahir atau fasih

    dalam Bahasa Inggeris, menjejaskan peluang mereka mendapat pekerjaan

    mereka. Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk membetulkan

    keadaan ini.

    5 APRIL 2012 [ KHAMIS ] ( 1 )

    30. 5 APRIL 2012

    NO. 49

    Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta MENTERI PENGAJIAN

    TINGGI menyatakan jumlah pelajar daripada Kelantan yang telah mengambil

    pinjaman PTPTN sejak tahun 2005. Berapakah jumlah nilai pinjaman mengikut

    tahun dan apakah Kementerian tidak bercadang untuk menggantikan

    pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar berasal dari Kelantan dengan

    menggunakan peruntukan wang ihsan/royalti minyak.

    BILTARIKH & NO.

    PERTANYAANPERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN ( 39 PERTANYAAN )

    MINGGU KELIMA ( 9 PERTANYAAN )

    9 APRIL 2012 [ ISNIN ] – TIADA PERTANYAAN KPT

    10 APRIL 2012 [ SELASA ] ( 2 )

    31. 10 APRIL 2012

    NO. 9

    Dato’ Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PENGAJIAN

    TINGGI menyatakan keberkesanan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam

    mengawal kualiti program di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Swasta

    (IPTS) dalam bahagian jaminan kualiti.

    32. 10 APRIL 2012

    NO. 38

    Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta

    MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah Kolej Komuniti yang

    sudah ditubuhkan dan beroperasi di negeri Sabah dan adakah cadangan

    untuk menubuhkan Kolej Komuniti bagi setiap kawasan Parlimen yang masih

    belum memilikinya.

    11 APRIL 2012 [ RABU ] ( 1 )

    33. 11 APRIL 2012

    NO. 8

    Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI

    PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah Kementerian bagi memenuhi

    keperluan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan keperluan industri dan

    adakah Kerajaan bercadang memperkenalkan kursus pengajian baru bagi

    Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

    12 APRIL 2012 [ KHAMIS ] ( 6 )

    34. 12 APRIL 2012

    NO. 5

    Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PENGAJIAN

    TINGGI menyatakan sejauh manakah pemberian kuasa autonomi bagi empat

    buah lagi universiti iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan

    Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia(USM) dan Universiti Putra Malaysia

    (UPM) selepas Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mampu menjadi institusi

    bertaraf antarabangsa dan berdaya saing serta cemerlang.

  • 8/19/2019 2012-DEWANRAKYAT

    12/230

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    SIRI KOLEKSIPertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012SIRI KOLEKSI

    Pertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    12 13

    BILTARIKH & NO.

    PERTANYAANPERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN ( 39 PERTANYAAN )

    35. 12 APRIL 2012

    NO. 6

    Dato’ Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PENGAJIAN

    TINGGI menyatakan langkah yang diambil dalam memastikan penyelidikan

    yang dijalankan di universiti-universiti dapat dikembangkan dan digunakan di

    peringkat yang lebih tinggi sekaligus menambah peluang pekerjaan di negara

    ini dan tidak hanya terhenti setakat itu sahaja.

    36. 12 APRIL 2012

    NO. 23

    Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI

    menyatakan status penubuhan Kolej Komuniti di kawasan Parlimen Sarikei.Nyatakan juga anggaran kos penubuhan dan pembinaan kolej tersebut.

    37. 12 APRIL 2012

    NO. 58

    Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Mutta;ib [ Maran ] minta MENTERI

    PENGAJIAN TINGGI menyatakan status pembinaan Kolej Komuniti di

    dalam kawasan Parlimen Maran di mana pada masa kini tapak cadangan

    pembinaannya telah disalah gunakan. Apa bentuk tindakan pihak Kementerian

    terhadap pencerobohan tapak tersebut.

    38. 12 APRIL 2012

    NO. 61

    Tan Sri Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar [ Kota Tinggi ] minta

    MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah tindakan yang akan

    diambil oleh Kerajaan bagi memastikan universiti-universiti tidak berubah

    menjadi medan politik kepartian sama ada melalui aktiviti di luar ataupun di

    dalam kampus.

    39. 12 APRIL 2012

    NO. 69

    Tuan Wong Ho Leng [ Sibu ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI

    menyatakan :-

    (a) sama ada Kerajaan Persekutuan akan menubuhkan sebuah universiti

    penuh di Sibu bagi mengurangkan pengaliran keluar pakar dan

    menjadikan Sibu hab pendidikan di kawasan pertengahan Sarawak; dan

    (b) bilakah Kolej Laila Taib akan di naik taraf menjadi kolej universiti serta

    terma-terma dan syarat-syarat untuk penaiktarafan.

    BILNO.

    PERTANYAANPERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN

    ( 23 PERTANYAAN )

    1 . NO.87 Tuan Salahuddin bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI

    PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah dan peratusan pelajar yang berjaya

    melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di dalam

    negara sejak tahun 2004 hingga kini mengikut pecahan kaum.

    2. NO.91 Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI

    menyatakan jenis serta senaraikan kegiatan kokurikulum yang sah dan diberisijil pengesahan atau pengiktirafan di IPTA. Apakah piawaian dan syarat-syarat

    untuk menentukan sesuatu kegiatan itu diiktiraf sebagai kokurikulum yang sah

    dan diberi sijil pengesahan yang boleh digunakan apabila memohon biasiswa

    atau melanjutkan pelajaran di luar negara.

     

    3. NO.92 Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI

    menyatakan langkah-langkah untuk menyekat penjualan baucer buku Kerajaan

    oleh penerima dan kedai-kedai buku yang memudahkan penyelewengan

    baucar buku supaya tujuan murni program pemberian baucer buku boleh

    tercapai.

    4 . NO.110 Dato’ Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI

    PENGAJIAN TINGGI menyatakan:-

    (a) harapan Kementerian dalam usaha mengarus perdanakan pendidikan

    teknikal dan latihan vokasional secara bersepadu; dan

    (b) berapakah jumlah graduan berasaskan pendidikan teknikal dan latihan

    vokasional yang berjaya memperoleh pekerjaan sejak 2008.

    5 . NO.111 Dato’ Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI

    PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh mana rancangan pembinaan

    Universiti Teknologi Mara di kawasan Parlimen Lipis.

    6 . No. 112 Dato’ Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI

    PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh mana rancangan Kementerian untuk

    menaik taraf Kolej Komuniti penuh di kawasan Parlimen Lipis.

  • 8/19/2019 2012-DEWANRAKYAT

    13/230

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    SIRI KOLEKSIPertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012SIRI KOLEKSI

    Pertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    14 15

    BILNO.

    PERTANYAANPERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN

    ( 23 PERTANYAAN )

    7 . NO.123 Dato’ Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI

    PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah sebab sebenar Institusi Pendidikan

    Tinggi Awam (IPTA) tidak mencapai tahap yang tinggi berdasarkan kepada

    ranking universiti dunia. Bilakah sasaran yang ditetapkan oleh pihak

    Kementerian bagi membolehkan IPTA mencapai tahap sepatutnya mengikut

    ranking universiti dunia.

    8 . NO.177 Dr. Sit i Mar iah bint i Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PENGAJIAN

    TINGGI menyatakan sejauh manakah impak pemberian baucer buku 1

    Malaysia terhadap mengurangkan beban semasa mahasiswa di Institut

    Pengajian Tinggi.

    9 . NO.179 Dr. Sit i Mar iah bint i Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PENGAJIAN

    TINGGI :-

    (a)  jumlah peminjam mengikut institusi pengajian, jumlah pinjaman PTPTN

    yang diberikan dan jumlah kutipan bayaran balik ; dan

    (b)  jumlah penerima pinjaman yang tidak pernah membuat bayaran balik,

     jumlah penerima yang gagal membuat bayaran balik yang telah diambil

    tindakan mahkamah dan jumlah penerima yang gagal membuat bayaran

    balik yang telah dihalang untuk keluar negara atau diambil tindakan

    imigresen menghalang daripada meninggalkan negara mengikut tahun

    semenjak program ini dimulakan.

    10. NO.193 Tuan Manickavasagam a/l Sundaram [ Kapar ] minta MENTERI PENGAJIAN

    TINGGI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menggabungkan

    kolej-kolej universiti dan kolej-kolej swasta supaya ianya dapat bersaing diperingkat antarabangsa.

    11. NO.215 Dato’ Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI

    PENGAJIAN TINGGI menyatakan sama ada Kerajaan akan membina pusat

    pengajian tinggi di Parlimen Kota Belud dalam RMK-10 memandangkan Pantai

    Barat Utara belum ada institusi berkenaan.

    BILNO.

    PERTANYAANPERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN

    ( 23 PERTANYAAN )

    12. NO.224 Tuan Mohd Nizar b in Zakaria [ Pari t ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI

    menyatakan status permohonan bagi Kolej Komuniti dalam kawasan Parlimen

    Parit.

    13. NO.236 Tuan Haji Ab Aziz b in Ab Kadir [ Ketereh ] minta MENTERI PENGAJIAN

    TINGGI menyatakan jumlah pelajar yang telah dikenakan tindakan tatatertib

    di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) mengikut kategori tahun,

    universiti dan jenis kesalahan mulai tahun 1971.

    14. NO.258 Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI

    menyatakan bilangan mahasiswa di kesemua IPTA mengikut kaum/keturunan

    dan kewarganegaraan.

    15. NO.261 Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI

    menyatakan apakah langkah-langkah baru Kementerian untuk memastikan

    imej Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sebagai gedung ilmu tidak terjejas

    ekoran banyak laporan berunsurkan rasuah kontrak-kontrak pembangunan

    dan penyelenggaraan sejak akhir-akhir ini seperti yang berlaku di Universiti

    Malaysia Sabah (UMS).

    16. NO. 311 Dato’ Abdul Manan bin Ismai l [ Paya Besar ] minta MENTERI PENGAJIAN

    TINGGI menyatakan tindakan undang-undang yang diambil oleh Kementerian

    dalam berhadapan dengan isu pelajar-pelajar yang bertindak untuk mengancam

    keselamatan YAB Perdana Menteri serta tindakan para pelajar yang berdemo

    dan merusuh.

    17. NO. 322 Dr. Ramasamy a/l Palanisamy [ Batu Kawan ] minta MENTERI

    PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah Kerajaan Persekutuan bercadang

    untuk menambahkan bilangan biasiswa dan pinjaman pendidikan serta

    menambahkan jumlah biasiswa ataupun pinjaman yang diberikan kepada

    setiap pelajar di mana kos pendidikan IPTA ataupun IPTS dan kos sara hidup

    adalah semakin meningkat sekarang.

     

  • 8/19/2019 2012-DEWANRAKYAT

    14/230

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    SIRI KOLEKSIPertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012SIRI KOLEKSI

    Pertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    16 17

    BILNO.

    PERTANYAANPERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN

    ( 23 PERTANYAAN )

    18. NO. 379 Tuan Mohamed Azmin bin Al i [ Gombak ] minta MENTERI PENGAJIAN

    TINGGI menyatakan jumlah dan perincian warganegara Malaysia yang

    disenarai hitam untuk ke luar negara akibat daripada masalah pembayaran

    PTPTN.

    19. NO. 399 Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta  MENTERI PENGAJIAN TINGGI

    menyatakan mengapakah yuran pengajian yang dikenakan oleh UniversitiMalaya terlalu tinggi berbanding IPTA lain dan apakah Kerajaan bercadang

    untuk melakukan penyelarasan terhadap yuran pengajian yang dikenakan oleh

    semua IPTA.

    20. NO. 412 Puan Teo Nie Ching [ Serdang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI

    menyatakan perkembangan untuk membangunkan Johns Hopkins Medical

    School berserta hospital 600 katil dan sebuah pusat penyelidikan di Serdang,

    Selangor. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Pusat

    untuk menjadikan Malaysia sebuah hab latihan perubatan berkemahiran tinggi.

    21. NO. 424 Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI PENGAJIAN

    TINGGI menyatakan:-

    (a) apakah status hasil siasatan kes kekerasan polis terhadap mahasiswa

    yang menyebabkan mahasiswa cedera pada perhimpunan aman UPSI

    bulan Januari yang lepas; dan

    (b) adakah Kementerian berhasrat untuk memansuhkan AUKU supaya

    membenarkan mahasiswa menceburi bidang politik.

    22. NO. 425 Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI PENGAJIAN

    TINGGI menyatakan :-

    (a) senarai bidang kuasa autonomi yang diberikan kepada 5 buah universiti

    tempatan; dan

    (b) adakah Kementerian akan memberi kuasa autonomi kepada badan

    Majlis Perwakilan Pelajar untuk menguruskan pentadbiran dan persatuan

    mahasiswa tanpa dipengaruhi oleh Hal-Ehwal Pelajar (HEP).

    16

    BILNO.

    PERTANYAANPERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN

    ( 23 PERTANYAAN )

    23. NO. 451 Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PENGAJIAN

    TINGGI menyatakan adakah pihak Kementerian memantau pelajar-pelajar

    perubatan yang dikatakan tidak menjelaskan yuran pengajian mereka di

    sebuah universiti di Mesir di mana tindakan undang undang akan diambil oleh

    universiti tersebut. 

  • 8/19/2019 2012-DEWANRAKYAT

    15/230

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    SIRI KOLEKSIPertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012SIRI KOLEKSI

    Pertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    18 19

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN : JAWAB LISAN

    DARIPADA : DATUK ABD. RAHMAN BIN BAKRI

    TARIKH : 14 MAC 2012 (RABU)

    SOALAN : NO. 7

    Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta  MENTERI

    PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah pelajar Institusi Pengajian

    Tinggi (IPT) Awam dan Swasta yang didapati menjual dan melelong

    baucar buku 1Malaysia (BB1M) dan nyatakan tindakan yang telah diambil

    kepada pelajar terbabit.

    JAWAPAN

    Tuan Yang di-Pertua,

    Sehingga kini hanya terdapat dua kes penjualan Baucer Buku 1 Malaysia

    atau BB1M yang dilaporkan secara rasmi kepada Kementerian Pengajian

    Tinggi. Kes pertama melibatkan seorang pelajar Universiti Malaya (UM)

    yang mengiklankan BB1M di laman web mudah.com. Bagi kes ini, pihak

    pengurusan UM telah menjalankan siasatan dan pelajar tersebut telah

    dikeluarkan surat amaran. Pelajar tersebut kemudiannya telah menarik

    balik iklan penjualan BB1M yang masih belum terjual.

    Kes kedua pula berlaku di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang melibatkan

    seramai 113 orang pelajar menunaikan BB1M menerusi sepasang suami

    isteri. Semua pelajar terbabit telah diberi amaran oleh pihak pengurusan

    UUM, manakala tindakan pasangan suami isteri tersebut telah menjadi

    kes polis.

    18

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN : JAWAB LISAN

    DARIPADA : DATO’ TAIB AZAMUDDEN BIN MD TAIB

    TARIKH : 14 MAC 2012 (RABU)

    SOALAN : NO. 16

    Dato’ Taib Azamudden Bin Md Taib [Baling] minta Menteri Pengajian

    Tinggi menyatakan sejauh manakah impak pemberian Baucar Buku 1

    Malaysia terhadap mengurangkan beban semasa mahasiswa.

    JAWAPAN

    Tuan Yang di-Pertua,

    Saya mohon menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan Yang

    Berhormat Sabak Bernam pada 14 Mac 2012, Yang Berhormat Arau

    pada 21 Mac 2012  dan  Yang Berhormat Paya Besar pada 26 Mac

    2012 kerana menyentuh perkara yang sama.

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemberian Baucer Buku 1

    Malaysia (BB1M) telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa

    pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 di Dewan Rakyat.

    BB1M disediakan kepada pelajar untuk pembelian buku-buku akademik,

     jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan

    IPT masing-masing. Objektif pemberian BB1M adalah untuk meringankan

    beban perbelanjaan pembelian buku pengajian dan memupuk minat

    membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

  • 8/19/2019 2012-DEWANRAKYAT

    16/230

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    SIRI KOLEKSIPertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012SIRI KOLEKSI

    Pertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    20 21

    Pelajar yang layak menerima bantuan BB1M adalah terdiri daripada

    warganegara Malaysia, lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang

    melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi, pusat matrikulasi,

    tingkatan 6, dan politeknik di peringkat diploma, diploma lanjutan, ijazah,

    sarjana dan doktor falsafah. Ini termasuklah pelajar yang sedang mengikuti

    pengajian di bawah program kerjasama dan mendaftar di bawah anak

    syarikat IPT berkenaan. Selain daripada itu, pelajar juga mestilah sedang

    melanjutkan pengajian sama ada secara sepenuh masa atau separuh

    masa. Setiap pelajar yang memenuhi kelayakan akan diperuntukkan

    BB1M bernilai RM200 dalam bentuk baucar RM50 sebanyak empat (4)

    keping. Jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada para pelajar

    bagi tujuan pembayaran BB1M adalah sebanyak RM250,143,000 yang

    melibatkan seramai 1.25 juta orang pelajar.

    Pemberian BB1M ini adalah secara one-off   bagi sesi bermula 2012

    sahaja. BB1M sah diguna pakai bagi tempoh 3 bulan sahaja iaitu bermula

    1 Januari 2012 sehingga 31 Mac 2012. BB1M tidak boleh ditukarkan

    dalam bentuk wang tunai dan pelajar boleh menggunakan BB1M di

    mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Tuntutan

    bayaran balik BB1M akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank

    Simpanan Nasional (BSN).

    Berdasarkan maklum balas awal yang diterima daripada para pelajar

    dan ibu bapa, pemberian BB1M ini banyak membantu mengurangkan

    beban kewangan pelajar bagi mendapatkan buku-buku rujukan untuk

    pembelajaran di samping menjaga kebajikan pelajar agar lebih fokus

    kepada pelajaran. Justeru, secara keseluruhannya pemberian BB1M ini

    memberikan impak yang positif kepada pelajar melalui pengurangan

    beban perbelanjaan pembelian buku pengajian dan memupuk minat

    membaca dikalangan pelajar.

    Berdasarkan laporan dalam akhbar-akhbar, terdapat kes penjualan

    BB1M dilaporkan. Walau bagaimanapun, sehingga kini hanya terdapat

    dua kes penjualan BB1M yang dilaporkan secara rasmi kepada

    Kementerian Pengajian Tinggi. Kes pertama melibatkan seorang pelajar

    Universiti Malaya (UM) yang mengiklankan BB1M di laman web mudah.

    com. Manakala, kes kedua berlaku di Universiti Utara Malaysia (UUM)

    yang melibatkan sepasang suami isteri daripada Selangor membeli

    BB1M daripada pelajar dan menunaikannya di BSN. Bagi kes ini, pihak

    pengurusan UUM telah membuat laporan polis dan pasangan tersebut

    telah ditahan untuk siasatan lanjut. Bagi kes UM pula, pihak pengurusan

    UM telah menjalankan siasatan dan pelajar tersebut telah dikeluarkan

    surat amaran. Pelajar tersebut kemudiannya telah menarik balik iklan

    penjualan BB1M yang masih belum terjual. Berhubung dengan kenyataan

    terdapatnya sindiket penjualan BB1M, sehingga kini tiada maklumat yang

    boleh dikaitkan dengan wujudnya sindiket penjualan BB1M.

    Untuk makluman, bagi memastikan pelaksanaan pemberian BB1M

    ini berjalan dengan lancar dan tidak menyimpang daripada objektif

    yang digariskan, KPT dengan kerjasama Kementerian Kewangan telah

    mengeluarkan Garis Panduan Pemberian BB1M dan mengedarkannya

    kepada semua agensi pelaksana. Selain daripada itu, taklimat juga turut

    diberikan kepada pihak yang terlibat.

  • 8/19/2019 2012-DEWANRAKYAT

    17/230

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    SIRI KOLEKSIPertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012SIRI KOLEKSI

    Pertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    22 23

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN : JAWAB LISAN

    DARIPADA : DATO’ KAMARUL BAHARIN BIN ABBAS

    TARIKH : 15 MAC 2012 (KHAMIS)

    SOALAN : NO. 16

    Dato’ Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI

    PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah bantuan kewangan yang

    diberikan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sarawak kepada

    Curtin University of Technology Sarawak .

    JAWAPAN

    Tuan Yang di-Pertua,

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2008, Kerajaan telah

    menyalurkan matching grantt  secara one-off kepada Curtin University of

    Technology  Sarawak   sebanyak RM6 juta bagi tujuan penyelidikan dan

    pembangunan (R&D).

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN : JAWAB LISAN

    DARIPADA : TUAN HAJI AHMAD LAI BIN BUJANG

    TARIKH : 19 MAC 2012 ( ISNIN )

    SOALAN : NO. 9

    Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PENGAJIAN

    TINGGI  menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai cadangan

    untuk menempatkan UiTM atau Politeknik di kawasan Utara Sarawak

    seperti Miri atau Sibuti bagi menyediakan peluang pendidikan di peringkat

    Diploma dan Ijazah yang menyediakan yuran rendah kepada rakyat.

    JAWAPAN

    Tuan Yang di-Pertua,

    Penubuhan sesuatu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik

    perlu mengambil kira pelbagai aspek seperti keperluan guna tenaga

    negara, keperluan strategik pembangunan negara dan keupayaan

    pembiayaan Kerajaan. Ketika ini, Kementerian Pengajian Tinggi belum

    bercadang untuk menempatkan UiTM mahupun Politeknik di kawasan

    Utara Sarawak.

    Pada masa ini, terdapat empat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

    yang sedia ada di Sarawak iaitu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

    di Kota Samarahan Kuching; Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus

    Cawangan Kota Samarahan; Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus

    Mukah dan Universiti Putra Malaysia (UPM) Cawangan Bintulu. Terdapat

  • 8/19/2019 2012-DEWANRAKYAT

    18/230

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    SIRI KOLEKSIPertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012SIRI KOLEKSI

    Pertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    24 25

     juga dua buah politeknik yang sedang beroperasi iaitu Politeknik Kuching

    dan Politeknik Mukah.

    Di samping itu, sebuah lagi Politeknik METrO akan dibuka pada

    penghujung tahun 2012 iaitu Politeknik METrO di Betong, Sarawak yang

    akan memberikan lebih peluang pendidikan kepada rakyat Sarawak

    khususnya dan negara amnya.

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN : JAWAB LISAN

    DARIPADA : DR. TAN SENG GIAW

    TARIKH : 19 MAC 2012 (ISNIN)

    SOALAN : NO. 18

    Dr. Tan Seng Giaw  [Kepong]  minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI

    menyatakan jenis autonomi yang diberi kepada IPTA dan apakah yang

    dianggap penting untuk meningkat mutu universiti ke tahap dunia.

    JAWAPAN

    Tuan Yang di-Pertua,

    Kementerian Pengajian Tinggi berhasrat menjadikan IPTA lebih dinamik,

    kompetitif dan mampu bersaing di peringkat global. Bagi tujuan tersebut

    autonomi perlu diberikan kepada IPTA agar dapat bergerak dan membuat

    keputusan dengan lebih pantas dalam perkara yang berkaitan dengan

    pengurusan universiti, merangka hala tuju strategik, mengurus pencapaian

    dan risiko institusi, membangunkan sumber manusia dan menguruskan

    urusan akademik dan pelajar.

     Autonomi yang diberi kepada lima (5) buah universiti penyelidikan iaitu

    UM, UKM, USM, UPM dan UTM adalah merupakan penurunan kuasa

    dalam membuat keputusan daripada agensi pusat kepada Lembaga

    Pengarah Universiti. Autonomi diberikan dalam empat (4) bidang iaitu :

  • 8/19/2019 2012-DEWANRAKYAT

    19/230

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    SIRI KOLEKSIPertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012SIRI KOLEKSI

    Pertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    26 27

    i. Governan Institusi;

    ii. Kewangan & Penjanaan Pendapatan;

    iii. Sumber Manusia; dan

    iv. Pengurusan Akademik & Kemasukan Pelajar

    Dengan pemberian autonomi, IPTA diberi ruang untuk membuat sesuatu

    keputusan dengan cepat dan berkesan dan dengan demikian IPTA dapat

    bergerak dengan lebih pantas dan berdaya saing untuk memacu ke arah

    kecemerlangan. Universiti terbaik dunia diukur melalui beberapa kriteria

    seperti berikut:

    i. Peratus kebolehpasaran graduan yang tinggi;

    ii. Penyelidikan yang berimpak tinggi;

    iii. Tenaga akademik berkualiti;

    iv. Bilangan Profesor yang berpengalaman dan tersohor kesarjanaannya

    dalam pelbagai bidang;

    v. Kebebasan dalam pengurusan kewangan (nancially independent);

    vi. Budaya kerja yang cemerlang;

    vii. Kecekapan sistem governan institusi;

    viii. Jaringan kolobrasi dan hubungan yang strategik;

    ix. Pelajar tempatan dan antarabangsa yang cemerlang; dan

    x. Kemudahan terbaik yang dilengkapi dengan kemudahan terkini

    untuk meningkatkan proses pembelajaran dan pengajaran serta

    menggalakkan penyelidikan dan pembangunan.

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN : JAWAB LISAN

    DARIPADA : DATO’ ISMAIL BIN KASIM [ ARAU ]

    TARIKH : 19 MAC 2012 (ISNIN)

    SOALAN : NO. 25

    Dato’ Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI

    menyatakan apakah Kerajaan berhasrat untuk menambah bilangan

    Politeknik Metro di bandar-bandar untuk menampung keperluan

    pendidikan yang semakin meningkat dan mengurangkan pergantungan

    kepada institusi milik swasta.

    JAWAPAN

    Tuan Yang di-Pertua,

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tahun 2011 menyaksikan kelahiran

    Politeknik METrO yang memberi indikator baru 42 tahun kemajuan

    institusi politeknik di negara ini. Istilah METrO bersandarkan akronim 

    Maximizing Education and Training Opportunities. Matlamat penubuhan

    Politeknik METrO adalah seiring dengan agenda transformasi Negara

    iaitu melonjak daya saing dalam menjana modal insan yang serba boleh,

    dinamik dan cemerlang selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi

    Negara dan objektif Hala Tuju Transformasi Politeknik. Institusi politeknik

    bergerak secara responsif dan sejajar kepada keperluan industri dan

    perkembangan semasa.

  • 8/19/2019 2012-DEWANRAKYAT

    20/230

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    SIRI KOLEKSIPertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012SIRI KOLEKSI

    Pertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    28 29

    Politeknik METrO menyediakan program pengajian sepenuh masa dan

    program secara sambilan dalam bidang perdagangan dan perkhidmatan.

    Ini merupakan suatu usaha ke arah memperluas kapasiti bagi pendidikan

    dan latihan berterusan, justeru memberi impak positif kepada masyarakat

    setempat dan negara. Politeknik METrO juga dijadikan sebuah institusi

    transition  yang menyediakan keperluan pendidikan lepasan menengah

    sebelum memasuki pasaran kerja atau melanjutkan pengajian ke

    peringkat yagn lebih tinggi.

    Sehingga Mac 2012, terdapat tiga buah Politeknik METrO yang telah

    beroperasi iaitu Politeknik METrO Johor Baru, Politeknik METrO Kuantan

    dan Politeknik METrO Kuala Lumpur. Program pengajian yang ditawarkan

    adalah Diploma in Retail Management ; Diploma in Hotel & Catering

    Management ; Diploma in Foodservice (Halal Practice); Diploma in Tourism

    & Hospitality ; Diploma in Islamic Banking & Finance; dan Diploma in

    Logistic & Supply Chain Management.

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dua (2) buah lagi Politeknik

    METrO telah dirancang penubuhannya dalam RMKe-10 ialah di Betong,

    Sarawak dan Tasek Gelugor Seberang Perai, Pulau Pinang. Kerajaan akan

    menambah bilangan Politeknik METrO berdasarkan keperluan strategik

    pembangunan negara dan keupayaan pembiayaan semasa Kerajaan.

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN : JAWAB LISAN

    DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ]

    TARIKH : 19 MAC 2012 (ISNIN)

    SOALAN : NO. 56

    Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ]  minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI 

    menyatakan aktiviti persatuan-persatuan di universiti-universiti Kerajaan

    yang terlibat kos melebihi RM10,000.00:-

    (a) senarai aktiviti-akt iviti yang dijalankan berdasarkan pecahan

    universiti-universiti yang terlibat dari tahun 2005 ke 2012; dan

    (b) adakah pihak universiti mengarahkan mahasiswa-mahasiswi ke luar

    kampus untuk memungut wang bagi menjalankan aktiviti-aktiviti

    tersebut.

    JAWAPAN

    Tuan Yang di-Pertua,

    a) Untuk makluman Ahli Yang Berhomat, persatuan-persatuan di IPT

    sebenarnya tidak perlu mengemukakan penyata kewangan kepada

    Kementerian. Walau bagaimanapun, Kementerian ada merekodkan

    penyaluran peruntukan bagi program khas (pembangunan sahsiah)

    pelajar di IPT. Terdapat pelbagai program yang mel ibatkan peruntukan

    melebihi RM10 ribu telah dilaksanakan di peringkat IPT pada tahun

    2011, umpamanya Ekspo Inovasi Islam (I-INOVA,11) IPT Malaysia

  • 8/19/2019 2012-DEWANRAKYAT

    21/230

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    SIRI KOLEKSIPertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012SIRI KOLEKSI

    Pertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    30 31

    2011 oleh USIM, Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi oleh USM,

    Program Integrasi Nasional Pertukaran Budaya 1Malaysia oleh

    UiTM, Khidmat Komuniti Dengan Orang Asli oleh UPSI, International

    Student Leadership Conference oleh Taylor’s University dan Program

    Khidmat Komuniti Pelajar Antarabangsa di IPT (My Village) oleh

    Multimedia University (MMU).

    b) Untuk makluman, pihak universiti tidak mengeluarkan arahan

    kepada pelajar untuk mengutip wang bagi membiayai sesuatu aktiviti

    persatuan. Walau bagaimanapun, terdapat aktiviti yang dirancang

    sendiri oleh persatuan/kelab pelajar yang memerlukan sumber

    kewangan yang melebihi peruntukan yang mampu ditanggung

    oleh pihak universiti, umpamanya Program Outreach pelajar ke luar

    negara. Memandangkan kos yang terlibat adalah tinggi, maka pelajar

    mengambil inisiatif untuk mendapatkan penajaan daripada pihak

    industri, badan-badan tertentu atau orang perseorangan dengan

    mendapatkan kebenaran daripada Naib Canselor IPT masing-

    masing. Di samping mendapat penajaan, peluang tersebut boleh

    diambil oleh pelajar untuk melatih diri agar lebih berkeyakinan dan

    meningkatkan kemahiran insaniah.

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN : JAWAB LISAN

    DARIPADA : DATO’ DR. MOHAMAD SHAHRUM BIN OSMAN

    TARIKH : 20 MAC 2012 (SELASA)

    SOALAN : NO. 7

    Dato’ Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI

    PENGAJIAN TINGGI menyatakan:-

    a) setakat mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) membuat

    persediaan dari segi menambahkan jumlah penerbitan bahan ilmiah

    dalam bahasa Melayu bagi jurusan sains dan teknologi; dan

    b) apakah Institusi Terjemahan Negara Malaysia membantu Kementerian

    dalam meningkatkan bahan rujukan ilmiah pelbagai bahasa kepada

    bahasa Melayu.

    JAWAPAN

    Tuan Yang di-Pertua,

    Menjawab soalan (a), Kementerian Pengajian Tinggi secara berterusan

    komited dalam mempertingkatkan jumlah penerbitan bahan ilmiah

    dalam bahasa Melayu, khususnya dalam bidang sains dan teknologi.

    Kementerian telah mewujudkan Pelan Memartabatkan Bahasa Melayu

    sebagai bahasa ilmu di IPT yang memberi fokus dalam pengajaran dan

  • 8/19/2019 2012-DEWANRAKYAT

    22/230

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    SIRI KOLEKSIPertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012SIRI KOLEKSI

    Pertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    32 33

    pembelajaran; penyelidikan dan penerbitan; pengiktirafan akademia; dan

    pengantarabangsaan.

     Antara inisiatif-inisiatif yang perlu diambil oleh IPTA adalah menyediakan

    laporan penyelidikan dalam bahasa Melayu, menambah bilangan

    artikel jurnal berindeks dalam bahasa Melayu dan menambah bilangan

    penerbitan buku akademik dalam bahasa Melayu. Di samping itu,

    pelaksanaan sistem ganjaran yang setimpal diberikan kepada mereka

    yang menghasilkan penulisan berbentuk ilmiah seperti jurnal, buku,

    bab dalam buku, manual, monograf dan prosiding dalam bahasa

    Melayu. Usaha untuk meningkatkan martabat jurnal-jurnal ilmiah dalam

    bahasa Melayu seiring dengan jurnal-jurnal Bahasa Inggeris juga turut

    dilaksanakan.

    Bagi jawapan soalan (b) pula, pada masa ini bahan ilmiah IPT yang

    diterjemah tidak melalui Institut Terjemahan Negara memandangkan

    kepakaran penterjemahan oleh IPTA mampu menghasilkan penerbitan

    terjemahan yang berkualiti. Pelan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai

    bahasa ilmu di IPT turut menyarankan penubuhan Unit Terjemahan

    di bawah Pusat Penerbitan di setiap IPTA bagi menggalakkan dan

    mempertingkatkan karya terjemahan bahan ilmiah universiti khususnya

    dalam bidang sains dan teknologi. Walau bagaimanapun, Kementerian

    sentiasa bersedia mempertimbangkan jalinan kerjasama dengan Institut

    Terjemahan Negara jika terdapat keperluan tertentu.

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN : JAWAB LISAN

    DARIPADA : TUAN JOHN A/L FERNANDEZ

    TARIKH : 20 MAC 2012 (SELASA)

    SOALAN : NO. 32

    Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] minta MENTERI PENGAJIAN

    TINGGI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil Kementerian

    untuk meningkatkan lagi mutu dan kualiti graduan dari Universiti Malaya

    agar setanding dengan graduan universiti terkemuka dunia.

    JAWAPAN

    Tuan Yang di-Pertua,

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian telah menggubal

    dan melaksanakan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN)

    yang merupakan satu plan yang komprehensif meliputi pelbagai aspek

    termasuk usaha meningkatkan kualiti graduan di semua IPT tempatan

    yang juga melibatkan Universiti Malaya (UM). Pelan tersebut mengandungi

    7 Teras dan 23 Projek Agenda Kritikal ( Critical Agenda Project , CAPs).

    Teras 2, PSPTN iaitu “Menambah Baik Kualiti Pengajaran dan

    Pembelajaran” menetapkan bahawa semakan kurikulum IPT sentiasa

    dibuat agar kurikulum yang disediakan berkualiti tinggi dan dapat

    memenuhi aspirasi negara. Semakan dibuat dengan mengambil kira

    pandangan ahli-ahli akademik, pakar dari industri dan pihak swasta,

    pegawai kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) pada setiap dua

  • 8/19/2019 2012-DEWANRAKYAT

    23/230

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    SIRI KOLEKSIPertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012SIRI KOLEKSI

    Pertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    34 35

    hingga tiga tahun berdasarkan keperluan bidang pengajian. Bagi

    memastikan bidang pengajian mempunyai pengiktirafan antarabangsa,

     benchmarking dengan bidang yang sama di universiti terkemuka dunia

     juga dilaksanakan.

    Sebagai usaha tambahan untuk mewujudkan pengajian tinggi yang

    berkualiti, kerajaan telah melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia

    ( Malaysian Qualifcation Framework , MQF) pada akhir tahun 2007.

    Selaras dengan peranannya sebagai tempat rujukan kualiti pengajian

    tinggi, MQF memberikan penekanan kepada pendidikan berlandaskan

    hasil pembelajaran.

    Di samping itu, bagi meningkatkan pembangunan kemahiran insaniah atau

     soft skills pelajar, Kementerian telah memperkenalkan Modul Kemahiran

    Insaniah yang merentasi pelbagai domain pembelajaran merangkumi

    aspek keperibadian dan kerja berkumpulan. Terdapat tujuh (7) elemen

    utama yang diterapkan ialah kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis

    dan menyelesaikan masalah, kerja berpasukan, pembelajaran berterusan

    dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, moral dan etika

    professional dan kemahiran kepemimpinan. Kementerian juga telah

    membangunkan Instrumen My3S untuk mengukur tahap penguasaan

    kemahiran insaniah pelajar.

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN : JAWAB LISAN

    DARIPADA : IR HAJI HAMIM BIN SAMURI

    TARIKH : 20 MAC 2012 (SELASA)

    SOALAN : NO. 36

    IR HAJI HAMIM BIN SAMURI [ Ledang ] minta MENTERI PENGAJIAN

    TINGGI menyatakan kesan/peluang pelajar daripada luar bandar

    tentang langkah Universiti Malaya (UM) yang akan memperketat syarat

    kemasukan pelajar baru bermula sesi pengambilan September ini, seperti

    kata Naib Canselornya, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon di mana bagi kursus

    kritikal seperti perubatan, pergigian dan sebagainya, UM menetapkan

    pelajar lepasan Matrikulasi atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

    perlu memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) maksimum 4.00,

    manakala bagi bidang sastera perlu memperoleh keputusan 3.50 yang

    dibuat berdasarkan penganugerahan status autonomi yang diberikan

    oleh Kerajaan.

    JAWAPAN

    Tuan Yang di-Pertua,

    Pada masa ini, dasar pengambilan pelajar ke IPTA termasuk Universiti

    Malaya (UM) dilaksanakan berasaskan prinsip meritokrasi. Dasar ini

    menguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.

    Pemilihan pelajar berdasarkan meritokrasi adalah mengambil kira susunan

    merit, pilihan program pengajian, pilihan IPTA dan bilangan tempat yang

    disediakan.

  • 8/19/2019 2012-DEWANRAKYAT

    24/230

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    SIRI KOLEKSIPertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012SIRI KOLEKSI

    Pertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    36 37

    Pemprosesan kemasukan pelajar oleh lima Universiti Penyelidikan (RU)

    iaitu UM, UKM, UPM, UTM termasuk USM (bagi program pendidikan

    sahaja) masih dilaksanakan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan

    Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi. Walau bagaimanapun, mulai Sesi

     Akademik 2012/2013, universiti penyelidikan tersebut diberi autonomi

    dalam aspek pemilihan pelajar.

    Kementerian berpandangan bahawa semua pemohon mempunyai

    peluang pendidikan tinggi yang sama dan adil dalam pelaksanaan

    meritokrasi. Pemohon yang layak dan memenuhi kriteria pemilihan yang

    ditetapkan akan diberi tempat ke IPTA yang bersesuaian.

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN : JAWAB LISAN

    DARIPADA : DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT

    TARIKH : 20 MAC 2012 (SELASA)

    SOALAN : NO. 66

    Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PENGAJIAN

    TINGGI menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi

    masalah pengangguran siswazah-siswazah yang makin meningkat

    sekarang ini.

    JAWAPAN

    Tuan Yang di-Pertua,

    Menurut hasil Kajian Pengesanan Graduan ( Tracer Study) Kementerian

    Pengajian Tinggi pada tahun 2011, sebanyak 75.9% graduan telah

    bekerja, melanjutkan pengajian, meningkatkan kemahiran dan menunggu

    penempatan dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian. Ini

    merupakan peningkatan sebanyak 2.6% berbanding dengan pencapaian

    pada tahun 2009 iaitu 73.3%, sekaligus mencapai sasaran yang telah

    ditetapkan oleh Kementerian iaitu 75%.

    Walaubagaimanapun, Kementerian sentiasa mengambil langkah proaktif

    bagi mengurangkan pengangguran secara keseluruhannya. Antara

    langkah-langkah strategik yang diambil adalah seperti berikut:-

  • 8/19/2019 2012-DEWANRAKYAT

    25/230

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    SIRI KOLEKSIPertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012SIRI KOLEKSI

    Pertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    38 39

    i. memastikan program pengajian yang ditawarkan oleh IPTA adalah

    memenuhi kehendak pasaran dan industri;

    ii. kurikulum pengajian di IPTA disemak dan dikemas kini bagi memenuhi

    kehendak pasaran terutamanya bagi bidang yang mengalami

    perkembangan teknologi yang pesat seperti ICT. Setiap kursus baru

     juga perlu mendapat input dari industri serta menjalankan kajian

    pasaran sebelum diluluskan;

    iii. meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi ICT dan teknikal

    dalam melahirkan graduan yang mempunyai nilai tambah yang dapat

    membantu mereka dalam memenuhi kehendak pasaran;

    iv. memasukkan elemen keusahawanan dalam program pengajian

    supaya mereka boleh bekerja sendiri dan menjadi usahawan yang

    mampu pula mewujudkan peluang pekerjaan;

    iv. mewajibkan latihan industri bagi memberikan lebih pengalaman dan

    meningkatkan kemahiran kepada pelajar; dan

    vi. penerapan pembangunan sahsiah, kemahiran insaniah dan

    komunikasi dalam program pengajian dan aktiviti kokurikulum,

    termasuk penguasaan berbahasa Inggeris dan bahasa-bahasa asing

    yang lain.

    Tuan Yang di-Pertua,

    Di samping itu, Kementerian turut mengadakan program kebolehpasaran

    graduan seperti Program GEMS ( Graduate Employability Management

    Scheme ), MIMOS Code 8 dan Program Pentauliahan Profesional (3P).

    Kementerian juga telah menggubal Dasar Pembangunan Keusahawan

    Institusi Pengajian Tinggi untuk menggalakkan dan memantapkan

    pembangunan keusahawanan yang lebih terancang dan holistik di

    kalangan IPT tempatan dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang

    berkualiti dan mempunyai pemikiran, atribut dan nilai keusahawanan

    serta melahirkan lebih ramai lagi usahawan siswazah yang bertindak

    sebagai pemangkin kepada transformasi ekonomi negara. Pendidikan

    keusahawanan yang menerapkan nilai-nilai dan atribut keusahawanan

    ini juga dapat memupuk sikap berdaya saing, kreatif serta mempunyai

    kemahiran tinggi yang secara tidak langsung dapat menjadi penggerak

    bagi meningkatkan lagi kebolehpasaran pelajar.

  • 8/19/2019 2012-DEWANRAKYAT

    26/230

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    SIRI KOLEKSIPertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012SIRI KOLEKSI

    Pertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    40 41

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN : JAWAB LISAN

    DARIPADA : DATO’ ISMAIL BIN KASIM

    TARIKH : 21 MAC 2012 (RABU)

    SOALAN : NO. 43

    Dato, Ismail bin Kasim [ Arau ]  minta Menteri Pengajian Tinggi

    menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada

    para pelajar institusi-institusi pengajian tinggi di seluruh negara melalui

    Baucar Pembelian Buku.

    JAWAPAN

    Tuan Yang di-Pertua,

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setiap pelajar yang memenuhi

    kelayakan akan diperuntukkan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) bernilai

    RM200. Jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada para pelajar

    bagi tujuan pembayaran BB1M adalah sebanyak RM250.1 juta yang

    melibatkan seramai 1.25 juta orang pelajar.

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN : JAWAB LISAN

    DARIPADA : TUAN NGA KOR MING

    TARIKH : 21 MAC 2012 (RABU)

    SOALAN : NO. 53

    Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI

    menyatakan apakah rancangan dan langkah konkrit yang diambil oleh

    Kerajaan untuk membina sebuah universiti di Taiping dan membaiki

    semula Pasar Awam Taiping yang merupakan warisan Sejarah.

    JAWAPAN

    Tuan Yang di-Pertua,

    Penubuhan sesebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terutamanya

    Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dibuat dengan mengambil

    kira kemampuan pembiayaan kerajaan, kepentingan bidang tujahan

    (  niche area ) tertentu terhadap pembangunan sosio-ekonomi negara,

    sumber manusia yang mencukupi serta keperluan sumber tenaga yang

    diperlukan dalam pasaran kerja tempatan. Pada masa ini, Kementerian

    tiada perancangan untuk menubuhkan IPTA baru di seluruh negara

    termasuk di Taiping, Perak. Walau bagaimanapun, Kementerian boleh

    mempertimbangkan permohonan bagi penubuhan IPTS terutama yang

    memberi tumpuan kepada program-program kritikal seperti perubatan,

    farmasi dan kejuruteraan. Penubuhan IPTS, perlulah mematuhi syarat

    dan kriteria yang telah diperuntukkan dalam Akta Institusi Pendidikan

    Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).

  • 8/19/2019 2012-DEWANRAKYAT

    27/230

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    SIRI KOLEKSIPertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012SIRI KOLEKSI

    Pertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    42 43

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkara berkaitan pembaikan

    Pasar Awam Taiping adalah di luar bidang kuasa Kementerian Pengajian

    Tinggi.

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN : JAWAB LISAN

    DARIPADA : DATO’ DR. MOHAMAD SHAHRUM BIN OSMAN

    TARIKH : 22 MAC 2012 (KHAMIS)

    SOALAN : NO. 34

    Dato‘ Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI

    PENGAJIAN TINGGI menyatakan pelaksanaan transformasi yang

    menyaksikan dua keadaan yang bakal mengubah persekitaran kampus

    apabila berlaku pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971

    dan pemberian autonomi kepada universiti kelak.

    JAWAPAN

    Tuan Yang di-Pertua,

     Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) [ Akta 30] digubal

    bertujuan untuk menyediakan peruntukan bagi menubuh, menyelenggara,

    dan mentadbir Universiti dan Kolej Universiti. Selaras dengan persetujuan

    Kerajaan untuk membuat pindaan terhadap AUKU bagi membenarkan

    pelajar terlibat dalam kegiatan parti politik di luar kampus, Kementerian

    Pengajian Tinggi telah menubuhkan Jawatankuasa Pindaan Akta Universiti

    dan Kolej Universiti (AUKU) 1971. Draf Rang Undang-Undang AUKU

    (Pindaan) 2012 sedang digubal dan dijangka akan dapat dibentangkan

    di Parlimen dalam masa terdekat. Pindaan ini dilakukan dengan harapan

    pelajar dapat menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan, baik

    dari sudut akademik mahu pun pembangunan sahsiah diri. Oleh itu,

    persekitaran kampus akan dikekalkan sebagai tempat yang kondusif

    untuk semua pelajar.

  • 8/19/2019 2012-DEWANRAKYAT

    28/230

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    SIRI KOLEKSIPertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012SIRI KOLEKSI

    Pertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    44 45

    Manakala, autonomi bertujuan untuk memperkasakan IPTA selaras

    dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Agenda

    autonomi merupakan komitmen kerajaan untuk memastikan IPTA

    berkembang pesat selari dengan perkembangan universiti-universiti

    terbaik dunia. Pemberian autonomi akan menjadikan IPTA lebih dinamik,

    kompetitif dan berdaya saing. Bidang autonomi yang diberi kepada IPTA

    seperti governan institusi, penjanaan pendapatan, sumber manusia dan

    akademik lebih bersifat pengurusan dalaman dan tidak memberikan

    kesan langsung kepada zikal atau persekitaran kampus.

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN : JAWAB LISAN

    DARIPADA : TUAN SALLEH BIN KALBI

    TARIKH : 22 MAC 2012 (KHAMIS)

    SOALAN : NO. 54

    Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI

    menyatakan sama ada Kerajaan bersedia untuk memperluas cawangan

    Universiti Teknologi MARA dan Politeknik dengan mendirikan sebuah

    universiti atau politeknik yang berkonsepkan agro pendidikan di Parlimen

    Silam.

    JAWAPAN

    Tuan Yang di-Pertua,

    Penubuhan sesebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dibuat dengan

    mengambil kira kemampuan pembiayaan kerajaan, kepentingan bidang

    tujahan (  niche area ) tertentu terhadap pembangunan sosio-ekonomi

    negara, sumber manusia yang mencukupi serta keperluan sumber

    tenaga yang diperlukan dalam pasaran kerja tempatan. Pada masa ini,

    Kementerian tiada perancangan untuk membina kampus cawangan UiTM

    dan Politeknik di kawasan Silam. Negeri Sabah dan Labuan sebenarnya

    telah mempunyai beberapa IPTA iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS),

    Kampus Cawangan UMS di Labuan, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

    Kampus Tawau dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Kota

    Kinabalu.

  • 8/19/2019 2012-DEWANRAKYAT

    29/230

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    SIRI KOLEKSIPertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012SIRI KOLEKSI

    Pertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    46 47

    Di samping itu, juga terdapat dua buah politeknik di Sabah iaitu Politeknik

    Kota Kinabalu dan Politeknik Sandakan. Politeknik Sandakan sebenarnya

    telah menawarkan Diploma Agro Teknologi dan Diploma Akuakultur.

    Manakala, Kolej Komuniti Lahat Datu yang terletak di Parlimen Silam

     juga turut menawarkan program dalam bidang agro iaitu Program

    Pemprosesan Makanan dan Program Industri Agro.

    Kementerian percaya bahawa IPTA, Politeknik dan Kolej Komuniti

    sedia ada di Sabah mampu untuk memberikan pendidikan tinggi yang

    secukupnya termasuk bagi kawasan Parlimen Silam.

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN : JAWAB LISAN

    DARIPADA : DATO’ SERI TIONG KING SING

    TARIKH : 22 MAC 2012 (KHAMIS)

    SOALAN : NO. 57

    Dato’ Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PENGAJIAN

    TINGGI menyatakan :-

    a) Adakah pihak Kementerian meninjau program-program yang

    ditawarkan di Institusi Pengajian Tinggi untuk memastikan program

    yang ditawarkan optimum dalam pembangunan negara dan relevan

    dengan permintaan pasaran pekerjaan; dan

    b) Adakah Kementerian melantik pihak tertentu dalam memantau

    program yang ditawarkan di Institusi Pengajian Tinggi dan jika ya,

    berapa banyakkah pihak yang telah dilantik serta apakah kos yang

    terlibat.

    JAWAPAN

    Tuan Yang di-Pertua,

    a) Teras 2, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) iaitu

    “Menambah Baik Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran” menetapkan

    bahawa semakan kurikulum IPT sentiasa dibuat agar kurikulum

    yang disediakan berkualiti tinggi dan dapat memenuhi aspirasi

  • 8/19/2019 2012-DEWANRAKYAT

    30/230

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    SIRI KOLEKSIPertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012SIRI KOLEKSI

    Pertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    48 49

    negara. Semakan dibuat dengan mengambil kira pandangan ahli-ahli

    akademik, pakar dari industri dan pihak swasta, pegawai kerajaan

    dan badan bukan kerajaan (NGO) pada setiap dua hingga tiga tahun

    berdasarkan keperluan bidang pengajian.

    Melalui Majlis Dekan-dekan IPTA, interaksi secara berkala diadakan

    dengan pihak industri dan pihak berkepentingan (stakeholders).

    Sepanjang tahun 2011, beberapa sesi pertemuan telah diadakan

    dengan pihak industri dalam bidang ICT, bidang Perbankan dan

    Insurans, bidang pengurusan dan perkhidmatan kerajaan yang

    telah berjaya membantu IPTA dalam menyediakan semakan

    semula kurikulum. Bagi memastikan bidang pengajian mempunyai

    pengiktirafan antarabangsa, benchmarking dengan bidang yang

    sama di universiti terkemuka dunia juga dilaksanakan.

      Kementerian juga turut melaksanakan Kajian Hala Tuju Bidang

    Pengajian yang merungkai persoalan apakah kedudukan semasa

    program-program pengajian kita dan ke manakah arah hala tuju atau

    potensi program-program pengajian ini pada masa hadapan. Antara

    bidang pengajian yang telah dibuat kajian hala tuju ialah Kejuruteraan,

    Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Ekonomi & Pengurusan,

    Pengajian Islam, Kaunseling, Aeroangkasa, Teknologi Makanan,

    Kejururawatan, Maritim, Bioperubatan, Pertanian, Perakaunan,

    Undang-undang, Bahasa Inggeris, Bioteknologi, Perubatan, Pergigian

    dan Farmasi.

      Di samping itu, sebagai usaha tambahan untuk mewujudkan

    pengajian tinggi yang berkualiti, kerajaan telah melaksanakan

    Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualication Framework)

    pada akhir tahun 2007. Selaras dengan peranannya sebagai tempat

    rujukan kualiti pengajian tinggi, MQF memberikan penekanan kepada

    pendidikan berlandaskan hasil pembelajaran.

    Tuan Yang di-Pertua,

    b) Pada masa ini, Kementerian Pengajian Tinggi melaksanakan sendiri

    pemantauan terhadap program-program pengajian yang ditawarkan

    di IPT dan tidak melantik mana-mana pihak untuk menjalankan

    pemantauan.

  • 8/19/2019 2012-DEWANRAKYAT

    31/230

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    SIRI KOLEKSIPertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012SIRI KOLEKSI

    Pertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    50 51

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN : JAWAB LISAN

    DARIPADA : DR. MICHAEL JEYAKUMAR DEVARAJ

    TARIKH : 26 MAC 2012 (ISNIN)

    SOALAN : NO. 4

    Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta  MENTERI

    PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah pelajar yang dimasukkan dalam

    tahun 2011 ke kursus-kursus peringkat diploma di Institusi Pengajian

    Tinggi Swasta untuk bidang sioterapi, farmakologi, kejururawatan,

    “ health care“, dan teknologi makmal.

    JAWAPAN

    Tuan Yang di-Pertua,

    Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2011, kemasukan

    pelajar bagi kursus-kursus di peringkat Diploma di Institusi Pengajian

    Tinggi Swasta (IPTS) dalam sioterapi, farmakologi, kejururawatan,

    “ health care“, dan teknologi makmal adalah seramai 14,866 orang.

    Daripada jumlah tersebut, bilangan kemasukan bagi kursus sioterapi

    adalah seramai 1,839, kejururawatan seramai 7,841 orang, “ health care“

    seramai 695 orang, dan teknologi makmal seramai 4,491 orang.

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN : JAWAB LISAN

    DARIPADA : DATO’ ABDUL MANAN BIN ISMAIL

    TARIKH : 26 MAC 2012 (ISNIN)

    SOALAN : NO. 31

    Dato’ Abdul Manan bin Ismail [Paya Besar] minta Menteri Pengajian

    Tinggi menyatakan sejauh manakah pemantauan Kementerian

    berhubung sindiket penjualan Baucar Buku 1Malaysia yang dilakukan

    oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menukarkan baucar

    tersebut kepada wang ringgit di IPTA.

    JAWAPAN

    Tuan Yang di-Pertua,

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi memastikan pelaksanaan

    pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) ini berjalan dengan lancar

    dan tidak menyimpang daripada objektif yang digariskan, Kementerian

    Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Kewangan telah

    mengeluarkan Garis Panduan Pemberian BB1M dan mengedarkannya

    kepada semua pelaksana. Selain daripada itu, beberapa siri taklimat juga

    telah diberikan kepada pihak yang terlibat.

    Berhubung dengan kenyataan terdapatnya sindiket penjualan BB1M,

    sehingga kini Kementerian tiada maklumat yang boleh dikaitkan dengan

    wujudnya sindiket penjualan BB1M. Hanya terdapat dua kes penjualan

    Baucer Buku 1 Malaysia atau BB1M yang dilaporkan secara rasmi kepada

  • 8/19/2019 2012-DEWANRAKYAT

    32/230

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    SIRI KOLEKSIPertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012SIRI KOLEKSI

    Pertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    52 53

    Kementerian Pengajian Tinggi. Kes pertama melibatkan seorang pelajar

    Universiti Malaya (UM) yang mengiklankan BB1M di laman web mudah.

    com. Bagi kes ini, pihak pengurusan UM telah menjalankan siasatan

    dan pelajar tersebut telah dikeluarkan surat amaran. Pelajar tersebut

    kemudiannya telah menarik balik iklan penjualan BB1M yang masih

    belum terjual. Kes kedua pula berlaku di Universiti Utara Malaysia (UUM)

    yang melibatkan seramai 113 orang pelajar menunaikan BB1M menerusi

    sepasang suami isteri. Semua pelajar terbabit telah diberi amaran oleh

    pihak pengurusan UUM, manakala pasangan suami isteri tersebut telah

    dilaporkan kepada pihak polis.

    Sebagai langkah pemantauan, Kementerian senantiasa bekerjasama

    dengan semua pihak, khususnya pihak polis agar mereka yang tidak

    bertanggungjawab dalam penjualan BB1M ini diambil tindakan yang

    sewajarnya.

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN : JAWAB LISAN

    DARIPADA : DATO’ HAJI TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN

    TARIKH : 27 MAC 2012 (SELASA)

    SOALAN : NO. 11

    Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ]  minta MENTERI

    PENGAJIAN TINGGI  menyatakan tentang beberapa kes-kes masalah

    sosial yang timbul disebabkan oleh perbuatan pelajar-pelajar asing yang

    belajar di kolej-kolej swasta.

    JAWAPAN

    Tuan Yang di-Pertua,

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, menurut satu laporan yang

    telah dikeluarkan oleh The Observatory on Borderless Higher Education 

    bertajuk International Student Mobility: Status Report 2009, Malaysia

    berada di tempat ke-11 dunia sebagai destinasi pilihan untuk melanjutkan

    pengajian di kalangan pelajar antarabangsa dengan menguasai 2%

    daripada pasaran pelajar antarabangsa.

    Malaysia menjadi tarikan pelajar-pelajar antarabangsa kerana

    menyediakan program pengajian yang pelbagai, sistem pengajian

    tinggi yang berkualiti dengan kos yang kompetitif. Sehingga Januari

    2012, jumlah keseluruhan pelajar antarabangsa yang berdaftar dengan

    Kementerian Pengajian Tinggi adalah seramai 91,670 orang iaitu seramai

    25,855 di IPTA dan 65,812 orang di IPTS.

  • 8/19/2019 2012-DEWANRAKYAT

    33/230

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    SIRI KOLEKSIPertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012SIRI KOLEKSI

    Pertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    54 55

    Kementerian memang menyedari terdapat kelemahan dalam sistem

    kemasukan pelajar antarabangsa yang memasuki negara ini dengan

    menggunakan visa semasa ketibaan (VOA) dan pas lawatan sosial kerana

    mereka akan datang ke Malaysia sebelum mendapat tempat pengajian

    di mana-mana IPT tempatan. Sehubungan itu, Kementerian Pengajian

    Tinggi (KPT) bekerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)

    bagi menetapkan agar pas pelajar hanya dikeluarkan selepas pelajar

    menerima tawaran daripada IPT tempatan. Ini bagi memastikan pelajar

    antarabangsa yang memohon visa melalui pejabat Kedutaan Malaysia

    di negara asal pelajar atau di negara-negara yang berhampiran adalah

    mereka yang telah melalui proses penapisan yang lebih teliti. Usaha ini

    bagi memastikan hanya pelajar antarabangsa yang benar-benar layak

    sahaja yang akan memasuki IPT tempatan.

    Untuk makluman, pada masa ini, pelajar antarabangsa yang terlibat

    dalam kes-kes sosial bukan hanya melibatkan pelajar yang berdaftar

    dengan KPT bagi mengikuti pengajian di IPTA dan IPTS, namun terdapat

     juga mereka yang mengikuti kursus-kursus pendek yang dikendalikan

    oleh institusi pendidikan lain seperti Institusi Pendidikan Swasta (IPS)

    yang tidak didaftarkan di bawah KPT. IPS merangkumi pusat-pusat

    kemahiran seperti pusat bahasa yang turut menerima kemasukan pelajar

    antarabangsa.

    Kementerian sebenarnya memandang serius tentang isu-isu yang

    melibatkan pelajar antarabangsa. Antara langkah kawalan yang di ambil

    oleh KPT adalah dengan melaksanakan pemantauan terhadap IPT yang

    mengambil pelajar antarabangsa melalui operasi yang diadakan dari

    masa ke semasa untuk meninjau pengurusan pelajar antarabangsa agar

    ianya berada ditahap yang diharapkan. Di samping itu, IPT dikehendaki

    melaporkan secara berkala bagi tempoh setiap empat (4) bulan berkenaan

    pelajar-pelajar antarabangsa yang mempunyai peratusan kehadiran

    ke kuliah yang kurang dari 80% dan pelajar yang mempunyai prestasi

    akademik yang lemah. KPT telah mewujudkan satu sistem maklumat

    yang dikenali sebagai ‘IPT Inform Management System (IFMS-IPTS)’

    yang menyimpan rekod pelajar antarabangsa yang berdaftar dengan

    IPTS. Melalui sistem itu KPT dapat membuat semakan berhubung prol

    pelajar bagi tujuan tertentu.

  • 8/19/2019 2012-DEWANRAKYAT

    34/230

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    SIRI KOLEKSIPertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012SIRI KOLEKSI

    Pertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    56 57

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN : JAWAB LISAN

    DARIPADA : TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN

    TARIKH : 27 MAC 2012 (SELASA)

    SOALAN : NO. 59

    Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta  MENTERI

    PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah pinjaman yang dikeluarkan oleh

    PTPTN kepada pelajar-pelajar di IPTA dan IPTS dan cadangan-cadangan

    alternatif untuk membolehkan pelajar-pelajar miskin untuk mendapatkan

    kelayakan pembelajaran yang lebih tinggi.

    JAWAPAN

    Tuan Yang di-Pertua,

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Januari 2012, PTPTN

    telah meluluskan sebanyak 1,942,780 pembiayaan pendidikan kepada

    semua pelajar yang layak di IPTA dan IPTS dengan jumlah keseluruhan

    amaun sehingga pelajar tamat pengajian sebanyak RM43.3 bilion.

    Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,348,765 pembiayaan pendidikan

    telah diluluskan kepada pelajar di IPTA dengan amaun keseluruhan yang

    terlibat sebanyak RM23.4 bilion. Manakala sejumlah 594,015 pembiayaan

    pendidikan telah diluluskan kepada pelajar di IPTS melibatkan amaun

    keseluruhan yang terlibat sebanyak RM19.8 bilion.

    Untuk makluman juga, berdasarkan kaedah sedia, pelajar kurang

    berkemampuan iaitu ibu bapa berpendapatan bersih di bawah RM4,000

    sebulan yang pertama kali ditawarkan ke IPTA atau Politeknik boleh

    memohon Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) sebanyak RM1,500

    daripada PTPTN ketika membuat permohonan kemasukan ke IPTA/ 

    Politeknik. Pemberian WPP ini adalah sebagai persediaan kepada pelajar

    miskin untuk menampung keperluan sebelum memasuki IPTA/Politeknik.

    Ia juga merupakan sebahagian daripada pembiayaan yang akan diluluskan

    apabila pelajar memohon pembiayaan pendidikan PTPTN. Di samping

    itu, pelajar yang terlibat juga akan menerima kadar pembiayaan penuh

    yang merangkumi yuran pengajian dan kos sara hidup apabila diluluskan

    pembiayaan pendidikan PTPTN.

  • 8/19/2019 2012-DEWANRAKYAT

    35/230

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    SIRI KOLEKSIPertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012SIRI KOLEKSI

    Pertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    58 59

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN : JAWAB LISAN

    DARIPADA : TUAN LIEW CHIN TONG

    TARIKH : 28 MAC 2012 (RABU)

    SOALAN : NO. 11

    Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PENGAJIAN

    TINGGI  menyatakan status Hal Ehwal Pelajar Universiti-universiti

    tempatan:-

    a) jumlah anggota-anggota staf di Hal Ehwal Pelajar di setiap universiti

    awam; dan

    b) jumlah perbelanjaan Hal Ehwal Pelajar setiap universiti awam dari

    tahun 2000 hingga 2012.

    JAWAPAN

    Tuan Yang di-Pertua,

    a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bilangan staf di Bahagian

    Hal Ehwal Pelajar IPTA antaranya adalah UM seramai 88 orang,

    USM seramai 332 orang, UKM seramai 271 orang, UPM seramai

    134 orang, UTM seramai 298 orang, UIAM seramai 158 orang,UUM

    seramai 235, UNIMAS seramai seramai 175 orang, UMS seramai 102

    orang dan USIM seramai 54 orang.

    b) Jumlah peruntukan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPTA pada

    tahun 2011 pula antaranya adalah USM sebanyak RM351 ribu, UKM

    sebanyak RM15 juta, UPM sebanyak RM1.1 juta, UTM sebanyak

    RM2.5 juta, UIAM sebanyak RM3.8 juta, UUM sebanyak RM 2.9 juta

    UNIMAS sebanyak RM11.4 juta dan USIM sebanyak RM2.2 juta.

  • 8/19/2019 2012-DEWANRAKYAT

    36/230

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    SIRI KOLEKSIPertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012SIRI KOLEKSI

    Pertanyaan & JawapanParlimen Dewan Rakyat 2012

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

    60 61

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN : JAWAB LISAN

    DARIPADA : TUAN TENG BOON SOON

    TARIKH : 28 MAC 2012 (RABU)

    SOALAN : NO. 51

    Tuan Teng Boon Soon [Tebrau] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI

    menyatakan adakah Kerajaan mengkaji dan sedar tentang implikasi

    kesan pendidikan dan latihan yang berbeza antara universiti tempatan

    di bawah AUKU dan universiti luar negara yang tidak di bawah AUKU.

     Adakah graduan universiti luar negara menjadi pilihan majikan berbanding

    graduan tempatan kerana kesan AUKU.

    JAWAPAN

    Tuan Yang di-Pertua,

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Akta Universiti dan Kolej Universiti

    1971 (AUKU 1971) [Akta 30] digubal bertujuan untuk menyediakan

    peruntukan bagi menubuh, menyelenggara, dan mentadbir universiti dan

    kolej universiti awam. Akta ini juga berperanan bagi memastikan universiti

    awam kekal sebagai tempat yang neutral dan kondusif untuk menimba

    ilmu. Pada 24 November 2011, Perdana Menteri telah mengumumkan

    untuk meminda Seksyen 15, AUKU yang akan membenarkan penuntut

    terlibat dalam parti politik. Kerajaan percaya terhadap kematangan dan

    kebijaksanaan mahasiswa dan mahasiswi di negara ini. Ia sej