20 istana - static.beritaharian.sg · ngapura yang terletak di seluruh pulau ini dan di...

1
EISMAIL ALI [email protected] KEHADIRAN istana raja-raja Melayu ada fungsi dan peranan tersendiri dalam sejarah awal Singapura. Selain menjadi kediaman raja dan kerabatnya, ia berfungsi sebagai semacam kedutaan dan tempat ber- kumpul masyarakat, kata pengkaji warisan, Encik Sara- fian Salleh. Beliau menerangkan demikian semasa mendedah- kan penemuan 20 buah istana raja-raja Melayu di Si- ngapura yang terletak di seluruh pulau ini dan di pu- lau-pulau di sekitarnya kepada Berita Harian. Encik Sarafian, 50 tahun, seorang jurutera mekani- kal, memulakan usaha menjejak dan memetakan istana-istana itu pada 2016, yang dipercayai usaha per- tama seperti itu. “Kehadiran istana-istana ini ada tujuan dan fungsi- nya. Selain menjadi kediaman rasmi kerabat diraja Me- layu, ia memainkan peranan sebagai kedutaan dan tempat berkumpul bagi masyarakat untuk menunjuk- kan penghormatan kepada keluarga diraja dan tempat berlindung bagi masyarakat, terutama pendatang. “Wujudnya begitu banyak istana dalam sejarah awal Singapura menunjukkan bahawa negara ini per- nah menjadi lokasi menarik bagi kerabat diraja Mela- yu di rantau ini. “Istana-istana ini, seni binanya dan kerabat diraja yang mendiaminya pernah menyumbang kepada iden- titi Singapura,” kata Encik Sarafian. Menurut beliau, raja dan kerabatnya membeli ta- nah di sini untuk dijadikan kediaman dan tidak semesti- nya besar dan gah seperti istana. “Langkah membeli tanah dan membina istana ini mungkin sebagai melambangkan kuasa dan kekayaan kepada pengikut mereka. Mungkin lebih banyak istana yang mereka miliki, mereka akan kelihatan lebih berkuasa,” kata beliau. Menurut Encik Sarafian, sultan dan kerabat diraja Pahang pernah memiliki empat istana di Singapura – di Bedok, di Sime Road, di Kampung Bahru dekat Bukit Purmei dan satu lagi di Pulau Tekong. Namun, kebanyakan istana itu kini telah pun diro- bohkan dan diambil alih oleh pemerintah bagi tujuan pembangunan atau dibangunkan semula. Istana Kampong Glam, contohnya, dibangunkan se- mula sebagai Taman Warisan Melayu. Dua istana lama yang diketahui masih wujud tetapi telah lama ditinggalkan dan kelihatan sangat usang ialah Istana Woodneuk, dekat Taman Bunga Singapu- ra, yang dulunya dimiliki kerabat diraja Johor. Satu lagi ialah Istana Siak yang pernah dimiliki kera- bat Raja Siak, Syed Hashim Kassim. Usaha Encik Sarafian menjejak dan memetakan ista- na-istana raja Melayu lama di sini dipuji Profesor Mad- ya Peter Borschberg, ahli panel dan profesor madya se- jarah di Universiti Nasional Singapura (NUS). “Yang jelas, banyak masa, usaha dan pemikiran te- lah diberikan untuk menyelidik jumlah dan lokasi istana-istana ini. “Kehadirannya menimbulkan persoalan: Apa (me- sej) yang ingin ia sampaikan mengenai peranannya di Singapura? Apa makna kehadiran istana-istana ini ke- pada masyarakat Melayu di sini?” kata beliau. Laporan mengenai penemuan istana itu, yang perta- ma kali disiarkan The Straits Times baru-baru ini, turut menarik perhatian pembaca dalam ruangan Forum. Sebagai respons, Lembaga Warisan Negara (NHB) berkata penemuan itu amat penting dan memperkaya pemahaman warga mengenai sejarah Singapura. “Penyelidikan serupa adalah penting dan mem- perkaya pemahaman kita mengenai sejarah Singapura pada tahap-tahap berbeza. “Usaha yang dilakukan penyelidik warisan Sarafi- an Salleh adalah satu contoh yang baik bagaimana war- ga Singapura dapat memainkan peranan dan menyum- bang kepada warisan kita. “Menerusi dokumentasi dan penemuan yang diper- olehi Encik Sarafian mengenai lokasi 20 buah istana di Singapura, kita kini mempunyai perspektif baru yang menambah halaman dalam cerita Singapura kita,” ka- ta pengarah penyelidikan dan penilaian warisan NHB, Encik Yeo Kirk Siang. 20 ISTANA SILAM YANG HILANG 20 ISTANA SILAM DI SINGAPURA Istana Bukit Larangan Istana Temenggong Sungai Singapura Istana Tyersall Istana Woodneuk Istana Bidadari Istana Lama Telok Blangah Istana Engku Khalid Istana Kerabat Temenggong (Keppel Distripark) Istana Kerabat Ismail Kelantan Istana Perak/Istana Sulit/Perak House Istana Pulang Tekong kerabat Singapura Istana Pulau Tekong kerabat Pahang Istana Siglap – Raja Suffian Tok Lassam Istana Mahligai Pahang di Sime Park Istana Pahang di Kampung Bahru/Kasita Istana Hinggap Pahang di Sungai Bedok Istana Sultan Ali di Serangoon Road Istana Johor di Kallang Istana Siak Istana Ayer Gemuruh 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Selat Singapura BUKIT TIMAH ROAD EKSPRESWE AYER RAJAH EAST COAST PARKWAY PULAU TEKONG PULAU TEKONG EKSPR E S WE R E N T AS P U LAU 12 11 20 16 13 5 18 17 19 1 2 14 3 9 7 6 15 8 4 10 ISTANA ENGKU KHALID: Terletak di kaki Mount Faber, banglo bersaiz besar ini dan gah ini dibina Temenggong Daeng Ibrahim untuk puteranya, Engku Khalid. Ia kemudian digunakan untuk menempatkan Sekolah Rendah Radin Mas dari 1926 hingga ia dirobohkan pada tahun 1980-an. Tapak itu kemudian dibangunkan menjadi kondominium The Pearl@Mount Faber. – Foto-foto WIKIPEDIA, ISMAIL ALI DAN SARAFIAN SALLEH PENEMUAN TAMBAH PERSPEKTIF BARU DALAM CERITA SINGAPURA “Penyelidikan serupa adalah penting dan memperkaya pemahaman kita mengenai sejarah Singapura pada tahap-tahap berbeza. Usaha yang dilakukan penyelidik warisan Sarafian Salleh adalah satu contoh yang baik bagaimana warga Singapura dapat memainkan peranan dan menyumbang kepada warisan kita. Menerusi dokumentasi dan penemuan yang diperolehi Encik Sarafian mengenai lokasi 20 buah istana di Singapura, kita kini mempunyai perspektif baru yang menambah halaman dalam cerita Singapura kita.” – Encik Yeo Kirk Siang, pengarah penyelidikan dan penilaian warisan NHB. ISTANA PERAK ATAU DIKENALI SEBAGAI PERAK HOUSE: Terletak di Pasir Panjang Drive 1. ISTANA WOODNEUK: Di zaman kegemilangannya (gambar kiri) dan ketika dikunjungi Encik Sarafian (gambar atas, kanan) bersama kumpulan Temasek Rural Exploring Enthusiast dan pelajar-pelajar yang menyertai lawatan menjejak warisan yang dianjurkannya tidak lama dulu. Kewujudan istana raja-raja Melayu menambah halaman sejarah mengenai peranan dan maknanya kepada masyarakat Melayu “Wujudnya begitu banyak istana dalam sejarah awal Singapura menunjukkan bahawa negara ini pernah menjadi lokasi menarik bagi kerabat diraja Melayu di rantau ini. Istana-istana ini, seni binanya dan kerabat diraja yang mendiaminya pernah menyumbang kepada identiti Singapura.” – Encik Sarafian Salleh, yang menemui dan memetakan lokasi 20 istana raja Melayu di Singapura. PEMBACA HANTAR GAMBAR SELEPAS BACA LAPORAN KENANGAN DI ISTANA MAHLIGAI PAHANG: Kerabat diraja Pahang bergambar di salah satu kediaman mereka di Sime Road. SEKILAS KEHIDUPAN KERABAT DI RAJA SILAM DI SINI ISTANA SIAK: (Gambar kanan) Sebuah lagi istana lama yang masih wujud yang terletak di Upper Wilkie Road (di belakang Peace Centre). Ia pernah menjadi milik kerabat Raja Siak, Syed Hashim Kassim. Sumber: SARAFIAN SALLEH Grafik: BERITA HARIAN SULTAN ABU BAKAR RI’AYATUDDIN AL-MU’AZZAM SHAH: Sultan Pahang ini pernah memiliki dua istana di Singapura iaitu di Bedok dan di Sime Road. Datuk beliau memiliki Istana Pahang di Pulau Tekong, manakala kerabat-kerabatnya memiliki istana di Kampung Bahru. Beliau dikatakan biasa dilihat penduduk di kawasan sekitar Bedok Corner ketika berada di sini. KENANGAN SEMASA KECIL DI SINGAPURA: Dato Tunku Iskandar Dzulkarnain didukung ayahnya di Istana Mahligai di Sime Road. Dato Dzulkarnain, kini berusia 54 tahun adalah seorang peniaga berjaya dan tinggal di Pahang. Beliaulah yang mememberikan maklumat dan foto-foto tambahan kepada Encik Sarafian mengenai keempat-empat istana Sultan dan kerabat Pahang di Singapura. GAMBAR KENANGAN: Encik Razali Hassan (kanan, berkemeja belang) telah menghubungi Encik Sarafian dan Berita Harian selepas membaca bahagian pertama laporan ‘Istana Silam di Singapura’ minggu lalu. Beliau telah berkongsi gambar dan maklumat mengenai istana itu. Menurut Encik Razali, beliau dan isterinya, Cik Siti Rahayu Jambari (baris belakang, berdiri, bertudung jingga), bersama keluarga mereka pernah tinggal di Istana Woodneuk dari 1989 hingga 1999. Ibu mertuanya telah tinggal di Istana Woodneuk sejak kecil pada 1954. Datuk dan neneknya pernah berkhidmat dengan Sultan Johor sebagai pekebun di Istana Woodneuk. – Foto ihsan ENCIK RAZALI HASSAN Kami pernah tinggal di Istana Woodneuk 8 Berita Harian | Isnin, 23 Mac 2020 9 Rencana

Upload: others

Post on 24-Aug-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 20 ISTANA - static.beritaharian.sg · ngapura yang terletak di seluruh pulau ini dan di pu-lau-pulau di sekitarnya kepada Berita Harian. Encik Sarafian, 50 tahun, seorang jurutera

EISMAIL [email protected]

KEHADIRAN istana raja-raja Melayu ada fungsi dan peranan tersendiri dalam sejarah awal Singapura.

Selain menjadi kediaman raja dan kerabatnya, ia berfungsi sebagai semacam kedutaan dan tempat ber-kumpul masyarakat, kata pengkaji warisan, Encik Sara-fian Salleh.

Beliau menerangkan demikian semasa mendedah-kan penemuan 20 buah istana raja-raja Melayu di Si-ngapura yang terletak di seluruh pulau ini dan di pu-lau-pulau di sekitarnya kepada Berita Harian.

Encik Sarafian, 50 tahun, seorang jurutera mekani-kal, memulakan usaha menjejak dan memetakan istana-istana itu pada 2016, yang dipercayai usaha per-tama seperti itu.

“Kehadiran istana-istana ini ada tujuan dan fungsi-nya. Selain menjadi kediaman rasmi kerabat diraja Me-layu, ia memainkan peranan sebagai kedutaan dan tempat berkumpul bagi masyarakat untuk menunjuk-kan penghormatan kepada keluarga diraja dan tempat berlindung bagi masyarakat, terutama pendatang.

“Wujudnya begitu banyak istana dalam sejarah awal Singapura menunjukkan bahawa negara ini per-nah menjadi lokasi menarik bagi kerabat diraja Mela-yu di rantau ini.

“Istana-istana ini, seni binanya dan kerabat diraja yang mendiaminya pernah menyumbang kepada iden-titi Singapura,” kata Encik Sarafian.

Menurut beliau, raja dan kerabatnya membeli ta-nah di sini untuk dijadikan kediaman dan tidak semesti-nya besar dan gah seperti istana.

“Langkah membeli tanah dan membina istana ini mungkin sebagai melambangkan kuasa dan kekayaan kepada pengikut mereka. Mungkin lebih banyak istana yang mereka miliki, mereka akan kelihatan lebih berkuasa,” kata beliau.

Menurut Encik Sarafian, sultan dan kerabat diraja Pahang pernah memiliki empat istana di Singapura – di Bedok, di Sime Road, di Kampung Bahru dekat Bukit Purmei dan satu lagi di Pulau Tekong.

Namun, kebanyakan istana itu kini telah pun diro-bohkan dan diambil alih oleh pemerintah bagi tujuan pembangunan atau dibangunkan semula.

Istana Kampong Glam, contohnya, dibangunkan se-mula sebagai Taman Warisan Melayu.

Dua istana lama yang diketahui masih wujud tetapi telah lama ditinggalkan dan kelihatan sangat usang ialah Istana Woodneuk, dekat Taman Bunga Singapu-ra, yang dulunya dimiliki kerabat diraja Johor.

Satu lagi ialah Istana Siak yang pernah dimiliki kera-bat Raja Siak, Syed Hashim Kassim.

Usaha Encik Sarafian menjejak dan memetakan ista-na-istana raja Melayu lama di sini dipuji Profesor Mad-ya Peter Borschberg, ahli panel dan profesor madya se-jarah di Universiti Nasional Singapura (NUS).

“Yang jelas, banyak masa, usaha dan pemikiran te-lah diberikan untuk menyelidik jumlah dan lokasi istana-istana ini.

“Kehadirannya menimbulkan persoalan: Apa (me-sej) yang ingin ia sampaikan mengenai peranannya di Singapura? Apa makna kehadiran istana-istana ini ke-pada masyarakat Melayu di sini?” kata beliau.

Laporan mengenai penemuan istana itu, yang perta-ma kali disiarkan The Straits Times baru-baru ini, turut menarik perhatian pembaca dalam ruangan Forum.

Sebagai respons, Lembaga Warisan Negara (NHB) berkata penemuan itu amat penting dan memperkaya pemahaman warga mengenai sejarah Singapura.

“Penyelidikan serupa adalah penting dan mem-perkaya pemahaman kita mengenai sejarah Singapura pada tahap-tahap berbeza.

“Usaha yang dilakukan penyelidik warisan Sarafi-an Salleh adalah satu contoh yang baik bagaimana war-ga Singapura dapat memainkan peranan dan menyum-bang kepada warisan kita.

“Menerusi dokumentasi dan penemuan yang diper-olehi Encik Sarafian mengenai lokasi 20 buah istana di Singapura, kita kini mempunyai perspektif baru yang menambah halaman dalam cerita Singapura kita,” ka-ta pengarah penyelidikan dan penilaian warisan NHB, Encik Yeo Kirk Siang.

20 ISTANA SILAMYANG HILANG

INDIA

PAKISTAN

SRI LANKA

CHINA

MYANMAR

BANGLADESH

Hambantota

Bay ofBengal

SouthChinaSea

Indian Ocean

Arabian Sea

BH GRAPHICS

20 ISTANA SILAM DI SINGAPURA

Istana Bukit LaranganIstana Temenggong Sungai SingapuraIstana TyersallIstana WoodneukIstana BidadariIstana Lama Telok BlangahIstana Engku KhalidIstana Kerabat Temenggong (Keppel Distripark)Istana Kerabat Ismail KelantanIstana Perak/Istana Sulit/Perak House

Istana Pulang Tekong kerabat SingapuraIstana Pulau Tekong kerabat PahangIstana Siglap – Raja Suffian Tok LassamIstana Mahligai Pahang di Sime ParkIstana Pahang di Kampung Bahru/KasitaIstana Hinggap Pahang di Sungai BedokIstana Sultan Ali di Serangoon RoadIstana Johor di KallangIstana SiakIstana Ayer Gemuruh

12345678

910

11121314151617181920

Selat Singapura

BUKIT TIMAHROAD

EKSPRESWE AYER RAJAH

EAST COASTPARKWAY

PULAUTEKONGPULAU

TEKONG

EKSPRESWE RENTAS PULAU

12

11

20

16

13

5

181719

12

14

3

9

7

6

15

8

4

10

ISTANA ENGKU KHALID: Terletak di

kaki Mount Faber, banglo bersaiz

besar ini dan gah ini dibina Temenggong

Daeng Ibrahim untuk puteranya,

Engku Khalid.Ia kemudian

digunakan untuk menempatkan

Sekolah Rendah Radin Mas dari 1926 hingga ia

dirobohkan pada tahun 1980-an.

Tapak itu kemudian dibangunkan

menjadi kondominium The

Pearl@Mount Faber. – Foto-foto

WIKIPEDIA, ISMAIL ALI DAN SARAFIAN

SALLEH

PENEMUAN TAMBAH PERSPEKTIF BARU DALAM CERITA SINGAPURA

“Penyelidikan serupa adalah penting dan memperkaya pemahaman kita mengenai sejarah Singapura pada tahap-tahap berbeza.Usaha yang dilakukan penyelidik warisan Sarafian Salleh adalah satu contoh yang baik bagaimana warga Singapura dapat memainkan peranan dan menyumbang kepada warisan kita.Menerusi dokumentasi dan penemuan yang diperolehi Encik Sarafian mengenai lokasi 20 buah istana di Singapura, kita kini mempunyai perspektif baru yang menambah halaman dalam cerita Singapura kita.”

– Encik Yeo Kirk Siang, pengarah penyelidikan dan penilaian warisan NHB.

ISTANA PERAK ATAU DIKENALI SEBAGAI PERAK HOUSE: Terletak di Pasir Panjang Drive 1.

ISTANA WOODNEUK: Di zaman kegemilangannya (gambar kiri) dan ketika dikunjungi Encik Sarafian (gambar atas, kanan) bersama kumpulan Temasek Rural Exploring Enthusiast dan pelajar-pelajar yang menyertai lawatan menjejak warisan yang dianjurkannya tidak lama dulu.

Kewujudan istana raja-raja Melayu menambah halaman sejarah mengenai peranan dan maknanya kepada masyarakat Melayu

“Wujudnya begitu banyak istana dalam sejarah awal Singapura menunjukkan bahawa negara ini pernah menjadi lokasi menarik bagi kerabat diraja Melayu di rantau ini. Istana-istana ini, seni binanya dan kerabat diraja yang mendiaminya pernah menyumbang kepada identiti Singapura.”

– Encik Sarafian Salleh, yang menemui dan memetakan lokasi 20 istana raja Melayu di Singapura.

PEMBACA HANTAR GAMBAR SELEPAS BACA LAPORAN

KENANGAN DI ISTANA MAHLIGAI PAHANG: Kerabat diraja Pahang bergambar di salah satu kediaman mereka di Sime Road.

SEKILAS KEHIDUPANKERABAT DI RAJASILAM DI SINI

ISTANA SIAK: (Gambar kanan) Sebuah lagi istana lama yang masih wujud yang terletak di Upper Wilkie Road (di belakang Peace Centre). Ia

pernah menjadi milik kerabat Raja Siak, Syed Hashim Kassim.

Sumber: SARAFIAN SALLEH Grafik: BERITA HARIAN

SULTAN ABU BAKAR RI’AYATUDDIN AL-MU’AZZAM SHAH: Sultan Pahang ini pernah memiliki dua istana di Singapura iaitu di Bedok dan di Sime Road. Datuk beliau memiliki Istana Pahang di Pulau Tekong, manakala kerabat-kerabatnya memiliki istana di Kampung Bahru. Beliau dikatakan biasa dilihat penduduk di kawasan sekitar Bedok Corner ketika berada di sini.

KENANGAN SEMASA KECIL DI SINGAPURA: Dato Tunku Iskandar Dzulkarnain didukung ayahnya di Istana Mahligai di Sime Road. Dato Dzulkarnain, kini berusia 54 tahun adalah seorang peniaga berjaya dan tinggal di Pahang.Beliaulah yang mememberikan maklumat dan foto-foto tambahan kepada Encik Sarafian mengenai keempat-empat istana Sultan dan kerabat Pahang di Singapura.

GAMBAR KENANGAN: Encik Razali Hassan (kanan, berkemeja belang) telah menghubungi Encik Sarafian dan Berita Harian selepas membaca bahagian pertama laporan ‘Istana Silam di

Singapura’ minggu lalu. Beliau telah berkongsi gambar dan maklumat mengenai istana itu. Menurut Encik Razali, beliau dan isterinya, Cik Siti Rahayu Jambari (baris belakang, berdiri, bertudung jingga), bersama keluarga mereka pernah tinggal di Istana Woodneuk dari 1989

hingga 1999. Ibu mertuanya telah tinggal di Istana Woodneuk sejak kecil pada 1954.Datuk dan neneknya pernah berkhidmat dengan Sultan Johor sebagai pekebun

di Istana Woodneuk. – Foto ihsan ENCIK RAZALI HASSAN

Kami pernah tinggal di Istana Woodneuk

8 Berita Harian | Isnin, 23 Mac 2020 9

Rencana