2 politik & negara
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PengenalanPerbincangannya terarah kepada: Konsep negara Teori-teori dalam pembentukan sesebuah
negara Hubungan antara politik dan negara serta
kedudukan dalam negara
Apa Itu Negara
“Negara” boleh disifatkan sebagai pentas di mana segala aktiviti politik berlansung
Kerajaan sebagai ‘pelakon utama’ yang mengemudi dan mentadbir negara
Negara bersifat kekal manakala kerajaan akan berubah
Negara bukan sahaja mewakili institusi2 tertentu tetapi juga satu komponen sikap, amalan2 dan susunan kod tingkah laku dalam kehidupan bermasyarakat
Negara ialah kerangka politik yang memberi identifikasi kepada sesebuah masyarakat
Identiti budaya m’kat menjadi lambang kepada identiti negara
David Robertson, “negara ialah keseluruhan sistem politik yang telah ditetapkan yang memiliki peranan berautoriti yang sah yang akhirnya kita dikawal, diarah dan ditertibkan”
Takrif ini sama dengan Max Weber dan Harold Laski yang memberi perhatian kepada ‘kuasa’ dan ‘anggota masyarakat’ dalam negara
Sifat-Sifat NegaraKuasa yang dimiliki oleh negara membawanya memiliki
sifat2 tertentu;
1. Sifat Memaksa Memaksa undang2nya dipatuhi setiap individu Tanpanya anarki boleh tercetus dan merosakkan negara
2. Sifat Monopoli Negara memonopoli kuasa adalah untuk menentukan
matlamat dan arah yang ingin dicapai sekali gus menghalang sebarang usaha yang bercanggah dengan aspirasi negara
3. Sifat Mencakupi Segalanya Semua peraturan melibatkan dan memberi kesan
kepada setiap orang yang tinggal dalam negara tanpa kecuali
Unsur-Unsur NegaraKerajaan dan negara adalah tidak sama. Antara unsur
yang menjadi komponen negara, ialah;
1. Wilayah Merujuk kepada sempadan geografi(daratan,
lautan dan ruang angkasa) Realiti hari ini negara yang kuat dari sudut eko dan
ketenteraan menekan negara yang lemah
2. Penduduk Ia penting dari sudut politik, ekonomi dan
ketenteraan menjadi sumber kekuatan sesebuah negara
Hari ini yang penting ialah kualiti bukanya kuantiti
3. Kerajaan Ia adalah pemerintah bagi sesebuah negara sama
ada ia diperintah oleh kerajaan yang baik atau buruk Imej kerajaan membayangkan imej negara Kerajaan adalah unsur yang tidak kekal
4. Kedaulatan Dalaman lebih kpd ketinggian kuasa dalam
membuat dan menguatkuasakan undang2 Luaran lebih kepada pengiktirafan antarabangsa
terhadap kewujudan sesebuah negara dan kedudukan sesebuah negara dalam organisasi antara bangsa spt PBB dll.
Teori-Teori Negara Tiada bukti yang menyatakan negara dan
kerajaan mana yang pertama wujud didunia Penemuan2 arkeologi dan rekod2 sejarah
dalam tamadun awal manusia hanya menyatakan tamadun awal wujud di pinggir2 sungai spt, sungai Nil, Ganges dll
Dikatakan Tamadun Yunani adalah tamadun yang awal, dikesan melalui penulisan2 Plato dan Aristotle yang memperkenalkan negara kota iaitu “Athens” yang mempunyai pemerintahan demokrasi dan berdaulat
Kemerosotan kerajaan Athens di Yunani menyaksikan kerajaan Rom mengambil alih yang ditadbir secara monarki
Kemudianya kerajaan Islam mengambil yang memperkenalkan ‘teo-demokarsi’, sistem khalifah dll
Bagi kawasan yang tidak dapat dipengaruhi oleh Islam, kejatuhan Rom dan Parsi telah mengembangkan semula sistem feudal yang berkembang di Eropah yang menggangap raja sebagai wakil Tuhan di bumi
Rumusanya perkembangan sistem negara berlaku secara evolusi(berubah-ubah)
Banyak teori yang dikemukakan dalam memberi jawapan bagaimana negara dan kekuasaannya mulai wujud.
Hanya terdapat dua teori yang agak manasabah tentang hubungan antara individu dan negara, seperti mana di bawah;
1. Teori Perjanjian Kemasyarakatan (Social Contract)
Teori yang popular yg menjelaskan asal usul negara, Ia menjelaskan; Masalah hubungan antara pemerintah dengan rakyat
meliputi had kuasa pemerintah dan batasan tingkah laku rakyat
Kedudukan peraturan dan undang2 dalam negara Unsur 2 politik demokrasi juga disentuh
Teori ini memberi kesan kepada proses pembentukan negara moden yang mengamalkan demokrasi spt Prancis selepas revolusi 1789 dan Amerika selepas perang kemerdekaan 1776.
Teori ini berdasarkan kepada tiga pemikir politik utama iaitu Thomas Hobbes, John Locke dan J.J Rousseau
Teori ini mengemukakan tiga peringkat dalam proses pembentukan negara, iaitu;
1. Tahap pranegara
2. Tahap perjanjian kemasyarakatan
3. Tahap kehidupan bernegara Teori ini mengandaikan manusia pada asalnya
hidup tanpa negara atau keadaan semulajadi Keadaannya tidak teratur kerana tiadanya institusi
pemerintahan Manusia hidup berdasarkan undang2 semulajadi
Kehidupan manusia berasaskan undang2 semulajadi dan membawa kpd huru hara
Akibat huru hara maka wujudnya formula ‘kontrak sosial’ yang mengikat manusia memberi kuasa kepada badan berwibawa untuk menjalankan urusan pentadbiran
Perjanjian ini melahirkan negara dan kerajaan
Bagi memahami teori ini, kita perlu memahami versi-versi teori ini antara tiga pandangan tokoh utamanya (Sila rujuk kepada Modul), iaitu;
(a) Versi I: Thomas Hobbes(1588-1679)
(b) Versi II: John Locke(1632-1704)
(c) Versi III: Jean Jaques Rosseuau(1712-1778) Perkara yang membezakan antara ketiga2 versi
ini ialah membuat andaian mengenai; Bagaimana keadaan kehidupan manusia dalam
tahap pranegara Bagaimana perjanjian kemasyarakatan dimeterai Bagaimana rupabentuk kerajaan dan negara
terbentuk
2. Teori Persejarahan/Evolusi
Teori ini menjelaskan negara merupakan satu entiti politik yang wujud dan berkembang melalui proses perbentukan yang panjang
Teori ini menekankan banyak faktor yang menyumbang kelahiran sesebuah negara
Terdapat lima faktor yang menyumbang kepada pembentukan negara.
1. Perhubungan Kekeluargaan(Kinship) Keluarga mewujudkan keluarga-keluarga yang baru dan
memperkembangkan ikatan kesukuan dan kelompok Hasilnya ia membentuk masyarakat dan negara
2. Agama Kebiasaannya setiap puak mempunyai ikatan agama
yang serupa Keanggotaan masyarakat semakin besar menyebabkan
ikatan darah persaudaraan menjadi sukar maka muncul agama sebagai pengikat sosial yang baru
3.Harta Benda dan Pertahanan Pemburuan dan pertanian adalah keadah
meneruskan hidup bagi masyarakat dahulu Kehidupan berpindah dan diganti dengan
kehidupan menetap apabila manusia menguasai pertanian asas.
Maka disinilah persoalan wilayah adalah penting dan proses membentuk negara bermula
4. Kekerasan Penaklukan dan penguasaan akhirnya berlakunya
perluasan wilayah dan perkembangan keanggotaan masyarakat
5. Kesedaran Politik Keperluan satu peraturan hidup maka banyak sistem2
baru diperkenalkan dalam masyarakat Contohnya, unsur2 pungutan cukai, pengkhususan
bidang diwujudkan Kepimpinan juga berubah yang akhirnya mencetuskan
konsep demokrasi yang menggantikan corak pemerintahan lama
3. Teori Ketuhanan (Divine Origin)
Ia dikenali sebagai teori Hak Ketuhanan Raja-raja(The Divine Right of King) yang menjelaskan kuasa raja dan keturunannya sebagai anugerah Tuhan.
Robert Filmer adalah pendokongnya yang mengatakan negara dicipta oleh Tuhan dan diwariskan kepada raja
Kepatuhan kepada raja adalah satu tanggungjawab
Akhirnya wujud konsep ‘immuniti Raja-raja,
Robert Filmer dalam bukunya “Patriacha” mengemukankan nabi Adam sebagai Raja manusia pertama dan Raja-raja lain adalah pewarisnya
Teori ini menghalalkan dasar “absolutisme” Raja-raja
Ia berkembang di Zaman Pertegahan khususnya di Eropah selepas lahirnya Agama Kristian.
4.Teori Paksaan(The Theory of Force)
Negara bermula dengan kekerasan Akhirnya institusi negara berkembang dari
segi penguasaan ke atas satu suku kaum dan seterusnya membentuk anggota masyarakat yang luas
Selepas kewujudan negara maka kekerasan juga digunakan bagi mempertahankan kepatuhan politik dan memelihara keamanan
Idea ini akhirnya digunakan oleh Hitler dll di dalam doktrin politik mereka yang menggunakan kekerasan sehingga tercetus perang Dunia Kedua.
Paling akhir ‘Mao Zedong’ mengembangkan prinsip ini dengan menyebut “kuasa politik adalah berpunca daripada muncung-muncung senapang”
5. Teori Patriakal dan Matriakal Ia bermula daripada institusi keluarga iaitu dua
teori yang membezakan siapakah yang paling dominan dalam keluarga
Patriakal mengatakan negara berkembang menerusi bapa dan ianya ditolak oleh teori matriakal yang mengatakan institusi keluarga yang dimulai nasab ibu dan lantas mendakwa ibulah yang lebih dominan daripada bapa
Zuriat sebelah ibulah yang mengembangkan keluarga yang mewujudkan satu kaum dan negara
Pengasas teori ini ilah Sir Henry Maine seorang sarjana Inggeris dalam dua penulisannya iaitu “Ancient Law” dan “The Early History of Institusions”
Teori ini akhirnya dikritik oleh penulis antaranya Mclennan yang mengatakan sebuah keluarga yang bercirikan patriakal bukanlah unit asas dalam membentuk masyarakat.