siaran media majlis agama islam dan ‘adat melayu perak media … · jabatan agama islam perak...

2
1 SIARAN MEDIA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK PELAKSANAAN SOLAT JUMAAT DI SURAU DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur- Lah, setelah menimbangkan sembah nasihat daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, dan setelah merujuk garis panduan Majlis Keselamatan Negara serta Kementerian Kesihatan Malaysia, dengan ini menzahirkan titah perkenan berikut: 1. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), mulai 18 Zulkaedah 1441H bersamaan 10 Julai 2020, solat Jumaat boleh diadakan di surau-surau yang didaftarkan di bawah Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk). Kebenaran ini turut diberikan kepada surau-surau di institusi pendidikan, kem tentera, berek-berek PDRM, jabatan dan pejabat-pejabat kerajaan yang mempunyai ruang keluasan solat yang sesuai serta berupaya memenuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. 2. Bilangan ahli solat Jumaat ( الجمعةأهل) di surau-surau berkaitan ialah berasaskan had kapasiti keluasan sebenar ruang utama dewan solat dengan mengambil kira Prosedur Operasi Standard (SOP) yang menetapkan jarak satu meter di antara jemaah; 3. Kehadiran menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau, pada masa ini hanya dibenarkan kepada warganegara Malaysia. Identiti para jemaah yang datang untuk bersolat hendaklah disemak dan direkodkan sebelum dibenarkan masuk ke ruang solat;

Upload: others

Post on 10-Jul-2020

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SIARAN MEDIA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK MEDIA … · Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan mengeluarkan syarat dan kriteria berserta garis panduan yang perlu dipenuhi

1

SIARAN MEDIA

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK

PELAKSANAAN SOLAT JUMAAT DI SURAU

DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN

(PKPP)

DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin

Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-

Lah, setelah menimbangkan sembah nasihat daripada Jawatankuasa Fatwa

Negeri Perak, dan setelah merujuk garis panduan Majlis Keselamatan Negara

serta Kementerian Kesihatan Malaysia, dengan ini menzahirkan titah perkenan

berikut:

1. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), mulai

18 Zulkaedah 1441H bersamaan 10 Julai 2020, solat Jumaat boleh

diadakan di surau-surau yang didaftarkan di bawah Majlis Agama Islam

dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk). Kebenaran ini turut diberikan kepada

surau-surau di institusi pendidikan, kem tentera, berek-berek PDRM,

jabatan dan pejabat-pejabat kerajaan yang mempunyai ruang keluasan

solat yang sesuai serta berupaya memenuhi prosedur operasi standard

(SOP) yang ditetapkan.

2. Bilangan ahli solat Jumaat (أهل الجمعة) di surau-surau berkaitan ialah

berasaskan had kapasiti keluasan sebenar ruang utama dewan solat

dengan mengambil kira Prosedur Operasi Standard (SOP) yang

menetapkan jarak satu meter di antara jemaah;

3. Kehadiran menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau, pada masa ini

hanya dibenarkan kepada warganegara Malaysia. Identiti para jemaah

yang datang untuk bersolat hendaklah disemak dan direkodkan sebelum

dibenarkan masuk ke ruang solat;

Page 2: SIARAN MEDIA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK MEDIA … · Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan mengeluarkan syarat dan kriteria berserta garis panduan yang perlu dipenuhi

2

4. Amalan-amalan tambahan yang beriringan dengan solat fardu seperti

solat sunat Qabliah dan Ba‘diah, wirid sesudah solat dan kuliah antara

waktu solat Maghrib dan Isyak serta kuliah selepas solat Subuh dalam

had tempoh masa tidak melebihi 30 minit dengan pematuhan garis

panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) boleh dilaksanakan di

masjid dan surau.

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan mengeluarkan syarat dan

kriteria berserta garis panduan yang perlu dipenuhi oleh sesebuah surau

untuk menganjurkan solat Jumaat. JAIPk akan mengeluarkan senarai

surau yang memenuhi kriteria untuk melaksanakan solat Jumaat semasa

tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) .

Arahan dan ketetapan ini hendaklah terpakai dan berkuat kuasa serta-merta

sehingga dikeluarkan apa-apa arahan baharu daripada Majlis Agama Islam dan

‘Adat Melayu Perak.

(SHAHRUL AZAM BIN SHAARI) Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak 16 Zulkaedah 1441H / 8 Julai 2020