(2) kitab kitab ilmu falak

6
MAKALAH Kedudukan Ilmu Falak dalam Islam Makalah : Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Pusat Islam, Malaysia. Diposting oleh : admin Pada 23 Maret 2009 1. Pendahuluan: 1.1. Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana dapat bersama-sama tuan-tuan pada hari ini untuk membincangkan permasalahan ilmu falak dalam seminar yang amat penting ini. 1.2. Di akhir-akhir ini ternampak jelas kebangkitan semula kesedaran di kalangan umat Islam khususnya di kalangan para intelek tentang pentingnya pengetahuan ilmu falak di kalangan umat Islam lebih-lebih lagi dengan adanya kerjasama yang bersepadu di antara tokoh-tokoh Falak Syarie dengan tokoh-tokoh astronomi. Ini adalah suatu perkembangan baik bukan sahaja kepada perkembangan ilmu falak tetapi juga kepada perkembangan Islam ke seluruhannya. Kerjasama dan hubungan rapat di kalangan pakar- pakar Islam dalam berbagai-bagai bidang dengan para ulamak adalah suatu perkara yang amat penting dalam perkembangan Islam. 1.3. Kertas kerja yang ringkas ini adalah semata-mata sebagai sumbangan bagi menunjukkan sokongan yang kuat Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri kepada usaha mengadakan seminar ini. Kertas kerja ini tentulah amat dangkal dan cetek sekali tetapi dari segi moralnya ia mempunyai significant tertentu. 2. Islam dan Ilmu Falak: 2.1. Sebagaimana kita semua maklum bahawa Islam adalah Agama ilmu pengetahuan . Penurunan wahyu Al- Quran adalah sesuatu proses 'taklim' kepada manusia di mana ayat-ayat Al-Quran adalah memberi berbagai ilmu pengetahuan kepada manusia sejagat. Disamping mempunyai ilmu yang berkaitan dengan Akidah dan Syariah al-Quran juga mempunyai penerangan asas berkenaan berbagai-bagai ilmu sains termasuklah Ilmu Sains Bintang atau Astronomi atau juga disebut ilmu falak. Di samping itu kejadian alam oleh Allah s.w.t. adalah mengandungi kaedah saintifik yang memerlukan kajian yang mendalam oleh manusia Allah sentiasa menggalakkan umatnya berfikir dan mengkaji isi alam ini bukan sahaja untuk kegunaan hidup mereka tetapi bagi menambahkan lagi keyakinan kepada Allah s.w.t.

Upload: nadiah-hadri

Post on 13-Aug-2015

166 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: (2) Kitab Kitab Ilmu Falak

MAKALAH

Kedudukan Ilmu Falak dalam IslamMakalah : Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Pusat Islam, Malaysia.Diposting oleh : adminPada 23 Maret 2009

 

1. Pendahuluan:

1.1. Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana dapat bersama-sama tuan-tuan pada hari ini untuk membincangkan permasalahan ilmu falak dalam seminar yang amat penting ini.1.2. Di akhir-akhir ini ternampak jelas kebangkitan semula kesedaran di kalangan umat Islam khususnya di kalangan para intelek tentang pentingnya pengetahuan ilmu falak di kalangan umat Islam lebih-lebih lagi dengan adanya kerjasama yang bersepadu di antara tokoh-tokoh Falak Syarie dengan tokoh-tokoh astronomi. Ini adalah suatu perkembangan baik bukan sahaja kepada perkembangan ilmu falak tetapi juga kepada perkembangan Islam ke seluruhannya. Kerjasama dan hubungan rapat di kalangan pakar-pakar Islam dalam berbagai-bagai bidang dengan para ulamak adalah suatu perkara yang amat penting dalam perkembangan Islam.1.3. Kertas kerja yang ringkas ini adalah semata-mata sebagai sumbangan bagi menunjukkan sokongan yang kuat Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri kepada usaha mengadakan seminar ini. Kertas kerja ini tentulah amat dangkal dan cetek sekali tetapi dari segi moralnya ia mempunyai significant tertentu.

2. Islam dan Ilmu Falak:

2.1. Sebagaimana kita semua maklum bahawa Islam adalah Agama ilmu pengetahuan . Penurunan wahyu Al- Quran adalah sesuatu proses 'taklim' kepada manusia di mana ayat-ayat Al-Quran adalah memberi berbagai ilmu pengetahuan kepada manusia sejagat. Disamping mempunyai ilmu yang berkaitan dengan Akidah dan Syariah al-Quran juga mempunyai penerangan asas berkenaan berbagai-bagai ilmu sains termasuklah Ilmu Sains Bintang atau Astronomi atau juga disebut ilmu falak. Di samping itu kejadian alam oleh Allah s.w.t. adalah mengandungi kaedah saintifik yang memerlukan kajian yang mendalam oleh manusia Allah sentiasa menggalakkan umatnya berfikir dan mengkaji isi alam ini bukan sahaja untuk kegunaan hidup mereka tetapi bagi menambahkan lagi keyakinan kepada Allah s.w.t.

3. Ilmu Falak dan Sejarahnya:

3.1. Ilmu falak dikenali umum sebagai Ilmu Kaji Bintang atau Ilmu Astronomi, perkataan Falak bererti jalan peredaran yakni peredaran bintang-bintang. Dalam surah Yaasin ayat 40 disebut bahawa: "(Dengan ketentuan yang diberikan oleh Allah) Matahari tidak mudah baginya mengejar bulan dan malam pula tidak dapat mendahului siang kerana tiap-tiap satunya beredar terapong-apong di tempat edarannya masing-masing".

Page 2: (2) Kitab Kitab Ilmu Falak

3.2. Pada zaman dahulu ilmu falak dikenali juga dengan Ilmu Nujum yang digunakan bagi maksud meneka berlakunya satu-satu peristiwa atau nasib. Di kalangan Sarjana Islam, Ilmu Bintang dibahagi kepada dua bahagian iaitu:

1) Ilmu Tabie (sains) yang membincangkan kedudukan bintang-bintang, pergerakannya dan ketentuan- ketentuan gerhana matahari dan bulan.2) Ilmu yang membincangkan perhubungan pergerakan bintang-bintang dengan kelahiran, kematian, kebahagiaan dan kecelakaan , hujan, kesihatan dan lain-lain.Ilmu yang pertama tadi dinamakan ilmu falak (Astronomi) dan ilmu yang kedua dinamakan Ilmu Astrologi (tanjim). Secara umum ilmu falak boleh diertikan sebagai ilmu yang membicarakan tentang matahari dan bintang-bintang yang beredar tentang besar kecilnya, tentang jauh dekatnya daripada matahari atau juga tentang cakerawala-cakerawala langit, tarikan-tarikannya, kedudukan pergerakannya dan lain-lain fenomena yang berkaitan.

3.3. Orang-orang Arab pada zaman dahulu telahpun mengetahui kedua-dua bidang ilmu ini sejak zaman Jahiliah lagi. Mereka memperolehi ilmu ini dari Greek, Parsi, India dan Kaldan. Kemudian ilmu ini diwariskan kepada orang-orang Islam kemudiannya.3.4. Umat Islam mula terlibat secara aktif dibidang Ilmu Sains termasuk ilmu falak pada zaman Kerajaan Umaiyah dan Abbasiah. Di zaman Umaiyah tokoh ilmu falak yang terkenal ialah Khalid bin Yazid Al- Amawi (meninggal 85H). Beliau adalah dikenali dengan nama Hakim Ali Marwan. Beliau dianggap orang pertama yang menterjemahkan buku-buku termasuk buku-buku mengenai ilmu Bintang pada pertengahan kurun ke-4 Hijrah didapati dalam Perpustakaan Kaherah sebuah globe dari tembaga karya Batlamus yang ditulis kata-kata bahawa globe itu disediakan untuk Khalid bin Yazid. Menurut sarjana sejarah iaitu Al-Mas'udi bahawa Khalifah al-Malik bin Marwan sangat gemar kepada ilmu bintang sehingga semasa berperang dibawa bersamanya ahli ilmu bintang. Di zaman Abbasiah, Khalifah Abu Jaffar Al-Mansor adalah khalifah yang pertama memberi perhatian kepada kajian Ilmu Falak. Baginda mengeluarkan banyak belanja untuk memulakan penyelidikan dalam bidang ilmu falak. Baginda mengumpulkan nama sarjana falak yang terkenal di istana Baginda. Dalam pembinaan Kota Baghdad baginda melantik seorang ahli falak bernama Naubakh sebagai Ketua Perancang Projek itu.

3.5. Seterusnya perkembangan kajian ilmu falak berkembang pada zaman khalifah Al-Mansor. Usaha menterjemahkan buku Sdihanta dari bahasa Sanskrit ke Bahasa Arab dilakukan oleh Mohammad Al- Fazari yang kemudian ia diberi jodol "Al-Sindhindin Al-Kabir". Buku ini menjadi panduan utama kepada orang-orang arab dalam mengkaji ilmu falak hingga ke zaman Al-Makmun. Mohammad Al- Fazari merupakan orang Islam yang pertama mencipta astrolabe (jam matahari untuk mengukur tinggi dan jarak bintang). Buku ini telah disalin ke bahasa Latin pada abad pertengahan oleh Johannes  de Luna Hispakusis. Buku terjemahan ini telah digunakan oleh universiti-universiti Eropah untuk mengejar IlmuBintang. Dari sinilah orang-orang Barat mula mengetahui benda-benda di cakerawala.3.6. Antara tokoh-tokoh Ilmu Falak Islam di zaman Abbasiah ialah Abu Sahl bin Naubakh, Ali bin Isa dan Masyaallah yang dikenali sebagai Phoenix pada zamannya. Dalam projek pembinaan Kota Baghdad telah didirikan sebuah 'observatorium' (balai cerapan). Di zaman Al-Makmun telah muncul ramai sarjana-sarjana Falak antaranya Thabit bin Qurrah, Al-Battani dan Muhammad bin Musa al-Khawarizmi. Di zaman Al-Makmun juga telah didirikan sebuah 'observatorium' yang digunakan untuk mengukur daya cahaya rebang matahari. Di zamannya juga Ahli Falak berjaya mengukur longkaran bumi sebuah 'observatorium' yang didirikan di Bukit Gaisun di Damsyek. Di zamannya juga observatorium juga didirikan di Bukit Qaisun. Di Damsyik. Di zamannya juga telah diterjemahkan Alomagest karangan mengenai Ptolemeus ke bahasa Arab. Ahli Falak Islam juga telah mengamati equinox, gerhana bintang berekor (comet) dan lain-lain gejala di langit.

3.7. Di samping itu Al-Battani (mati kira-kira 930M/317H) telah melakukan penyelidikan tentang perbintangan sejak tahun 877 hingga 918M dan bukunya yang telah disalin ke bahasa Latin disusun semula dalam bahasa Arab oleh Nallino (tahun 1903M). Al-Battani telah membahagikan sehari kepada 12 jam yang digunakan sekarang oleh tukang-tukang jam di Eropah. Beliau juga telah berjaya mengira setahun bersamaan dengan 356 hari, 5 jam 46 saat dan 24 secant iaitu kurang dalam pengiraan sekarang sebanyak 2 saat 23 secant. Al-Battani menduduki tempat tertinggi di kalangan Ahli Bintang dan dikatakan peranannya di kalangan umat Islam sama dengan peranan Ptolemeus di kalangan orang-orangYahudi. Di zaman-zaman seterusnya lahir tokoh-tokoh Islam yang meneruskan kajian-kajian yang dilakukan oleh al-Battani dan tokoh-tokoh lain dan telah menghasilkan berbagai-bagai kejayaan kepada Ilmu Falak.

3.8. Tokoh-tokoh Ilmu Falak yang terkenal pada kurun ke-7 Hijrah ialah Nasiruddin al-Tusi yang hidup di zaman Hulagu Khan seorang Raja Monggol. Al-Biruni (362H-442H) pula merupakan seorang ahli Falak yang terkenal di zaman Sultan Mahmud al-Ghaznawi. Beliau telah meninggalkan berbagai-bagai hasil karya yang antara al-Athar al-Baqiah) (yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Dr. Sachan. Di zaman Kerajaan Turki Saljuk telah muncul seorang sarjana Falak terkenal iaitu Umar al-Khayyam. Kawannya ialah Abdul Rahman al-Hazimi. Sebenarnya kemasyhuran sarjana-sarjana Falak Islam merebak setiap sudut alam. Mereka menjadi tempat rujuk ilmu Falak. Wilayah Islam yang

Page 3: (2) Kitab Kitab Ilmu Falak

menjadi tumpuan rujukan Eropah ialah wilayah Andalus (Sepanyol) kerana berdekatan dengan mereka.

3.9. Fakta-fakta di atas dicatatkan di sini adalah semata-mata untuk menunjukkan betapa umat Islam di zaman kegemilangan, telah menumpukan tenaga yang banyak untuk menguasai ilmu-ilmu sains yang hasilnya telah dirasai oleh seluruh umat manusia. Kejayaan mereka itu adalah menunjukkan betapa Islam telah menjadi suatu sumber utama bukan sahaja dari segi panduan hidup tetapi juga dari segi penerokaan Ilmu Pengetahuan. Inilah semangat yang hendak dibangkitkan semula di kalangan kita umat Islam.

4. Hubungan Amalan Agama Islam Dengan Falak:

4.1. Sudah jelas juga kepada kita bahawa kebanyakkan amalan-amalan dalam Agama kita khususnya amalan-amalan ibadat adalah terikat dengan waktu-waktu atau masa-masa yang ditetapkan oleh Allah. Umpamanya Sembahyang. Ia mempunyai waktu-waktu tertentu dalam sehari semalam sebagai contoh, Allah telah menetapkan bahawa: "Sesungguhnya Sembahyang itu adalah suatu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman tertentu waktunya". (An-Nisa ayat 103) demikian juga Puasa, Pembayaran Zakat Fitrah, Ibadat Haji dan sebagainya.

4.2. Di samping itu Allah juga telah menetapkan bilangan bulan pada sisiNya 12 bulan (Al-Taubah ayat 36). Contoh-contoh di atas menunjukkan bahawa umat Islam tidak terlepas daripada tanggungjawab mengetahui waktu-waktu untuk menunaikan kewajipan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. Jadi sudah jelas bahawa pengetahuan ilmu Falak termasuk ilmu Miqat mesti dimiliki oleh umat Islam berdasarkan keperluan tersebut, pelajaran Ilmu Falak atau Miqat adalah menjadi Fardu Kifayah.

5. Ilmu Falak Dan Pengajarannya Di Sekolah Agama:

5.1. Atas kesedaran bahawa ilmu mengetahui waktu atau ilmu Miqat yang menjadi sebahagian daripada ilmu Falak adalah suatu Fardu Kifayah kepada orang Islam maka pelajaran Ilmu Falak atau Miqat telah diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Ilmu Falak di Malaysia di abad moden ini boleh dikatakan dipelopori oleh Sheikh Tahir Jalaludin (Perak) yang mempelajarinya dari Timur Tengah. Di samping itu terdapat juga tokoh-tokoh lain yang mempelajarinya Ilmu Falak dari Mekah seperti Sheikh Abdullah Fahim (Pulau Pinang) dan ramai lagi tokoh-tokoh lain dipelusok negara termasuklah di Kelantan, Terengganu, Kedah dan lain-lain. Ilmu ini diperturunkan oleh tokoh-tokoh tersebut kepada murid mereka yang kemudiannya diperturunkan kepada murid masing-masing melalui pengajian Sekolah Pondok atau Sekolah Agama. Sheikh Tahir Jalaluddin telah berjaya melahirkan seorang murid yang mempunyai reputasi tinggi dalam Ilmu Falak iaitu Tuan Haji Mohd. Khair bin Hj. Mohd. Taib (Perak).

5.2. Sebagai gambaran sepintas lalu mengenai kedudukan pengajian ilmu Falak ini, bolehlah dilihat contoh di Kelantan. Dalam sistem Pengajian Agama di Sekolah-sekolah Agama di Kelantan, pelajaran Miqat telah dimulakan di Maahad Muhammadi, Kota Bharu mulai tahun 1937. Ia diajar mulai kelas Ibtadai (Menengah rendah) hingga Ikdadi (menengah) tetapi tidak diajar diperingkat Menengah Tinggi kecuali atas usaha individu masing-masing. Pelajaran Miqat juga dalam dekad tiga puluhan hingga enam puluhan telah diajar di merata-rata Sekolah Agama Rakyat di seluruh Kelantan. Kaedah yang digunakan umumnya ialah dengan menggunakan kayu robo'. Tetapi kemudiannya buku teks telah disediakan oleh Majlis Agama Islam Kelantan yang mengandungi jadual-jadual dan sifir-sifir bagi pengiraan ilmu Falak.

5.3. Namun begitu ilmu Falak tidak mempunyai tarikan yang kuat untuk dipelajari kerana ianya tidak dianggap sebagai mata pelajaran utama. Ini oleh kerana dalam konsep Pengajian Agama yang digunakan ia bukanlah cabang ilmu Syariat atau Usuluddin atau ilmu alat. Miqat atau Falak lebih merupakan ilmu Sains sebagaimana sains yang lain. Oleh sebab itulah pada tahun 1970 apabila kurikulum baru Sekolah- sekolah Agama di bawah Yayasan Pelajaran Islam Kelantan diperkenalkan pada tahun tersebut maka Pelajaran Miqat tidak dimasukkan. Tambahan pula waktu pelajaran telah menjadi sedikit dengan berrtambahnya mata pelajaran akademik dalam kurikulum tersebut.

5.4. Contoh yang berlaku di Kelantan ini nampaknya berlaku juga di negeri-negeri lain. Akibatnya generasi baru pelajar-pelajar Sekolah Agama umumnya telah menjadi buta Falak yakni ilmu tersebut telah menjadi asing kepada mereka.

6. Penggunaan Ilmu Falak Di Negara Ini:

6.1. Sebagaimana yang disebutkan di atas bahawa amalan-amalan Islam khususnya Amalan Ibadat adalah ditetapkan dalam waktu-waktu tertentu oleh Allah s.w.t. Maka mahu tidak mahu pengetahuan mengenai waktu mesti ada pada umat Islam. Dalam hal ini, yang amat jelas ialah cara penetapan permulaan tarikh Puasa dan Hari Raya iaitu yang didasarkan kepada Rukyah dan Hisab.6.2. Walau bagaimanapun umat Islam hanya bertaklid dalam hal ini di mana apa yang ditetapkan oleh pakar-pakar ilmu Falak dalam menentukan tarikh-tarikh tersebut juga waktu-waktu

Page 4: (2) Kitab Kitab Ilmu Falak

sembahyang umpamanya terpaksa diikut sahaja kerana mereka tidak memahaminya. Jadual waktu sembahyang adalah ditetapkan melalui hisab falak.

7. Langkah-langkah Yang Telah Diambil:

7.1. Memandangkan bahawa ilmu Falak adalah sebahagian daripada ilmu Islam dan warisan budaya umat Islam zaman berzaman maka beberapa pihak khususnya Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri dan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengambil tindakan yang positif bagi mengembangkan ilmu ini. Universiti Kebangsaan Malaysia telah melantik Tuan Haji Mohd. Khair bin Hj. Mohd. Taib sebagai Karyawan Tamu dari tahun 1981 hingga tahun 1984 dan Pusat Islam telah memulakan kursus Falak Syarie pada 21 Mei 1979 sebagai satu modiul Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH) dengan menggunakan tenaga Tuan Haji Mohd. Khair bin Haji Mohd. Taib sepenuhnya.Kursus ini kemudiannya dibahagi kepada tiga peringkat iaitu:

a. Kursus Asas Falak Syarie.b. Kursus Asas Amali Falak.c. Kursus Lanjutan Falak.

Tempoh kursus-kursus di atas antara seminggu hingga tiga minggu para peserta terdiri dari Pegawai Agama di negeri-negeri, guru-guru agama dan pensyarah Maktab Perguruan Islam. Di Maktab Perguruan Islam, kursus Falak adalah sebahagian mata pelajaran Tamaddun Islam.

7.2. Dalam satu tahun INDAH berjaya mengadakan tiga siri kursus dalam bentuk asas dan lanjutan dengan bilangan peserta antara 20 hingga 50 orang pada setiap siri. Bagi kursus asas ia berlangsung selama 1 minggu dan Kursus Lanjutan selama tiga minggu. Method kursus ialah syarahan dan kajian, latihan amali, Muzakarah lawatan dan tayangan filem. Sehingga kini INDAH telah melahirkan seramai 432 orang peserta. Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengambil langkah terus menerus bagi melahirkan Ahli Falak yang berwibawa. Persatuan Falak Syarie yang ditubuhkan pada 1 Muharram 1402H bersamaan 7 Oktober 1983 adalah lahir bagi tenaga Fakulti tersebut.

8. Langkah-langkah Yang Perlu Diambil:

8.1. Matlamat utama gerakan menghidupkan semula pelajaran ilmu Falak di Sekolah-sekolah Agama dan di Institusi-institusi Pengajian adalah untuk melahirkan satu Kumpulan Pelajar Islam yang mempunyai pengetahuan asas mengenai ilmu Falak. Ini adalah satu cara untuk melahirkan generasi Islam yang mempunyai pengetahuan bersepadu. Kaedah bersepadu ini adalah satu kaedah yang merujuk kepada zaman kegemilangan Islam di mana sebahagian tokoh-tokoh sains adalah juga tokoh Agama dan begitulah juga sebaliknya.

8.2. Dalam hal ini satu langkah yang perlu diambil oleh pihak berkuasa Sekolah-sekolah Agama seperti Jabatan Agama Islam Negeri atau Yayasan Pendidikan Islam yang bertanggungjawab mengendalikan hal ehwal Sekolah-sekolah Agama supaya memasukkan semula mata pelajaran ilmu Falak ke dalam kurikulum Sekolah-sekolah tersebut. Satu skim latihan kepada guru-guru Falak hendaklah diadakan bagitujuan ini. Kursus ini mungkin boleh diadakan di Maktab Perguruan Islam.

8.3. Satu bidang yang perlu ditingkatkan ialah kerjasama yang erat di antara tokoh-tokoh astronomi dengan tokoh-tokoh Falak Syarie. Ini adalah satu langkah yang amat baik bagi menyelaraskan hasil-hasil kajian dan penentuan sesuatu perkara yang berkaitan dengan Falak. Antara tujuan kerjasama ini juga ialah supaya sebarang keputusan mengenai Falak hendaklah dirujuk kepada sumber-sumber Islam dan juga sebarang keputusan tersebut seharusnya berada di tangan orang Islam.

8.4. Pihak Kerajaan perlu memberi galakan yang kuat ke arah memajukan ilmu Falak. Jaminan YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Yusof Noor bahawa sebuah Planetorium yang akan didirikan di Bangi Selangor di sebuah tapak yang akan disumbangkan oleh NADI (Nadwah Akedemik Islam). Adalah satu petanda baik ke arah kemajuan dan perkembangan ilmu Falak di negara ini. Dengan terdirinya planetorium diharap akan menguatkan minat umat Islam dibidang ini demi akan mengembalikan zaman kegemilangan ilmu Falak sebagaimana kegemilangannya di zaman Pemerintahan Baghdad di mana beberapa buah 'obervatorium' (balai cerapan) telah didirikan di beberapa daerah Islam pada masa itu.

9. Kesimpulan:

Sebagai kesimpulannya bolehlah dirumuskan bahawa:-1. Ilmu Falak adalah Ilmu Fardu Kifayah dalam Islam tetapi ia lebih hampir dengan Ilmu-ilmu Fardu Ain kerana hubungannya yang rapat dengan penentuan-penentuan waktu ibadat dan sebagainya.2. Ilmu Falak seharusnya dijadikan satu pelajaran asas di Sekolah Agama berdasarkan sifatnya yang berkait rapat dengan ilmu-ilmu Fardu Ain tersebut. Oleh kerana ilmu Falak adalah satu cabang sains, ia boleh menolong para pelajar memahami beberapa bidang sains.3. Usaha haruslah dimulakan dari sekarang bagi memasukkan semula pelajaran ilmu Falak ke dalam

Page 5: (2) Kitab Kitab Ilmu Falak

kurikulum Sekolah Agama dan Maktab Perguruan.4. Usaha-usaha yang dijalankan oleh Pusat Islam, Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Persatuan Falak Syarie Malaysia haruslah diberi sokongan yang kuat supaya usaha ini dapat mencapai matlamatnya.10. Penutup:Memang sudah jelas kepada kita bahawa kedudukan ilmu Falak dalam penghidupan umat Islam adalah amat penting kerana ianya berkait langsung dengan amal Ibadat dalam Agama Islam. Dari kesedaran inilah diharapkan seminar pada hari ini dapat merumuskan beberapa tindakan bagi menentukan pengajaran ilmu Falak di kalangan umat Islam dan di Sekolah-sekolah dapat dilaksanakan.

Tarikh: 27hb. Jun, 1986

 

Kitab-kitab Ilmu Falak:1. Hikmatul Wasaid2. Qurotul Wafiyah3. Khulashotul Wafiyah; Kyai Zubair. Salatiga4. Sullamun Nayiroin5. Syamsul Hilal6.