2. kategori pemilih yang layak mengundi awal · 3.5 susun atur tempat-tempat mengundi (saluran)...

38
1/38 PROSES PENGUNDIAN DAN MENGIRA UNDI BAGI PENGUNDIAN AWAL 1. Pendahuluan 1.1 Buku panduan ini ialah bertujuan untuk memberikan panduan kepada petugas-petugas pilihan raya, petugas- petugas parti politik dan pengundi-pengundi yang layak mengundi awal mengenai tatacara proses pengundian awal yang dilaksanakan semasa pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. 2. Kategori Pemilih yang Layak Mengundi Awal 2.1 Berdasarkan peruntukan peraturan 27A (1)(a)(b)(c)(d), Peraturan- Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) (Pindaan) 2012, mereka yang layak mengundi awal dan disenaraikan dalam Daftar Pemilih Pengundian Awal terdiri daripada kategori pemilih seperti yang berikut: 2.1.1 Anggota tentera 2.1.2 Isteri atau suami anggota tentera 2.1.3 Polis 2.1.4 Isteri atau suami kepada seorang pegawai Polis yang berkhidmat dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) 2.2 Bagi anggota tentera dan PDRM yang bertugas dalam operasi sama ada di dalam atau di luar negara, mereka diberi kebenaran untuk mengundi secara pos. Mereka yang berkenaan perlu membuat permohonan untuk mengundi secara pos dengan menggunakan BORANG 1 - Permohonan

Upload: lamtuyen

Post on 07-Mar-2019

305 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

1/38

PROSES PENGUNDIAN DAN MENGIRA UNDI BAGI PENGUNDIAN AWAL

1. Pendahuluan

1.1 Buku panduan ini ialah bertujuan untuk memberikan panduan

kepada petugas-petugas pilihan raya, petugas- petugas parti

politik dan pengundi-pengundi yang layak mengundi awal

mengenai tatacara proses pengundian awal yang dilaksanakan

semasa pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.

2. Kategori Pemilih yang Layak Mengundi Awal

2.1 Berdasarkan peruntukan peraturan 27A (1)(a)(b)(c)(d),

Peraturan- Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya)

(Pindaan) 2012, mereka yang layak mengundi awal dan

disenaraikan dalam Daftar Pemilih Pengundian Awal terdiri

daripada kategori pemilih seperti yang berikut:

2.1.1 Anggota tentera

2.1.2 Isteri atau suami anggota tentera

2.1.3 Polis

2.1.4 Isteri atau suami kepada seorang pegawai Polis yang

berkhidmat dengan Pasukan Gerakan Am (PGA)

2.2 Bagi anggota tentera dan PDRM yang bertugas dalam operasi

sama ada di dalam atau di luar negara, mereka diberi

kebenaran untuk mengundi secara pos. Mereka yang

berkenaan perlu membuat permohonan untuk mengundi

secara pos dengan menggunakan BORANG 1 - Permohonan

2/38

Bagi Kertas Undi Pos. BORANG 1 tersebut hendaklah

ditandatangani sendiri oleh pemilih berkenaan dan perlu

mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan masing-

masing dan seterusnya menghantarkannya kepada Pegawai

Pengurus bagi Bahagian Pilihan Raya di mana pemilih

berkenaan berdaftar sebagai pemilih untuk kelulusan.

BORANG 1 yang lengkap diisi dan telah ditandatangani

hendaklah sampai kepada Pegawai Pengurus berkenaan

secepat mungkin selepas Hari Penamaan Calon. BORANG 1

berkenaan perlu diterima oleh Pegawai Pengurus dalam

tempoh yang mencukupi bagi membolehkan Pegawai

Pengurus mengeluarkan Kertas Undi Pos kepada pemilih

berkenaan. Setiap anggota tentera atau polis yang telah

menanda kertas undi pos hendaklah memasukkanya ke dalam

Sampul A (SAMPUL SURAT KERTAS UNDI) mengikut jenis

sampul sama ada Bahagian Pilihan Raya Parlimen (Parlimen)

atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Sampul-sampul A

berkenaan berserta Borang 2 hendaklah dimasukkan kedalam

Sampul Keutamaan B (mengikut sampul-sampul Parlimen atau

DUN) yang dialamatkan kepada Pegawai Pengurus. Sampul ini

hendaklah dikembalikan oleh pengundi kepada Pegawai

Pengurus sebelum jam 5.00 petang pada Hari Mengundi

Biasa. Jika diterima lewat, sampul tidak akan dibuka.

(bermakna Kertas Undi Pos berkenaan tidak akan dikira).

2.3 Anggota tentera dan PDRM yang memohon kertas undi pos

dan diluluskan untuk mengundi secara pos tidak layak untuk

3/38

mengundi secara biasa pada Hari Mengundi Awal. Selepas

Daftar Pemilih Pengundian Awal ditetapkan, mereka yang

tidak memohon untuk mengundi secara pos tetapi tidak dapat

hadir pada Hari Mengundi Awal, mereka tidak dibenarkan

untuk mengundi secara pos.

3. Pusat Mengundi atau Tempat Mengundi

3.1 Pusat-pusat Mengundi Awal akan disediakan di dalam kem

tentera bagi anggota tentera dan pasangan atau di Ibu

Pejabat Kontijen (IPK) /Ibu Pejabat Daerah (IPD) bagi

anggota PDRM dan pasangan kepada anggota PGA. SPR akan

mewartakan Dewan atau Bilik Khas yang akan digunakan

sebagai Pusat Mengundi dan Tempat Mengundi (Saluran)

sama ada di dalam kem atau di IPK/IPD yang ditetapkan.

3.2 Pusat-pusat Mengundi bagi Pengundian Awal akan disediakan

berdasarkan keperluan Bahagian Pilihan Raya Parlimen atau

Bahagian Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN).

Semua Tempat Mengundi (Saluran) ditentukan mengikut

keperluan Bahagian Pilihan Raya Negeri dan jumlah pemilih

yang berdaftar dalam satu-satu bahagian pilihan raya.

3.3 Untuk proses Pengundian Awal, Pusat Mengundi Awal yang

disediakan akan digunakan untuk beberapa Bahagian Pilihan

Raya Parlimen manakala Tempat-tempat Mengundi (Saluran)

pula akan diasingkan mengikut Bahagian Pilihan Raya Negeri

masing-masing bagi setiap Bahagian Parlimen berkenaan.

4/38

3.4 Senarai Daftar Pemilih Pengundian Awal bagi anggota tentera

dan pasangan serta anggota PDRM dan anggota PGA serta

pasangan akan digabungkan jika pemilih tidak ramai. Senarai

Daftar Pemilih Pengundian Awal tersebut disediakan mengikut

abjad bagi anggota tentera dan pasangan, diikuti dengan

anggota PDRM dan pasangan anggota PGA. Mereka perlu

mengundi di Pusat-pusat Mengundi dan Tempat-tempat

Mengundi yang sama walaupun jumlah pemilih tidak ramai.

Jika pengundian awal ini melibatkan jumlah pemilih yang

ramai, mereka akan mengundi di Pusat-pusat Mengundi dan

Tempat-tempat Mengundi(Saluran) yang berasingan.

3.5 Susun atur Tempat-tempat Mengundi (Saluran) adalah

seperti yang berikut:

1

KERUSI UNTUK WARGA EMAS/OKU

ANGGOTA PDRM

KERANI PENGUNDIAN

EJEN TEMPAT MENGUNDI

PETAK UNDI

PETI UNDI

KETUA TEMPAT MENGUNDI

ARAH LALUAN PENGUNDI

PETUNJUK :

EJEN

KTM

K KP1

KP2

KP3

KP1

KP2

KP3

PU

PU

PU

EJEN

K

KTM

KP4

5/38

2

KERUSI UNTUK WARGA EMAS/OKU

ANGGOTA PDRM

KERANI PENGUNDIAN

EJEN TEMPAT MENGUNDI

PETAK UNDI

PETI UNDI

KETUA TEMPAT MENGUNDI

ARAH LALUAN PENGUNDI

PETUNJUK :

EJEN

KTM

K KP1

KP2

KP3

KP1

KP2

KP3

PU

PU

PU

EJEN

K

KTM

KP4

4. Petugas Pilihan Raya

4.1 Petugas-petugas pilihan raya yang dilantik untuk urusan

Pengundian Awal adalah sama seperti Pengundian Biasa iaitu

mengikut Tempat Mengundi (Saluran) seperti yang berikut:

4.1.1 Seorang Ketua Tempat Mengundi dan seorang Kerani

Pengundian bagi jumlah pemilih kurang daripada 50

orang; atau

4.1.2 Seorang Ketua Tempat Mengundi dan dua orang Kerani

Pengundian bagi jumlah pemilih antara 50-100 orang;

atau

4.1.3 Seorang Ketua Tempat Mengundi dan empat orang

Kerani Pengundian (kecuali WPKL dan Sarawak tiga

orang Kerani Pengundian) bagi pemilih melebihi 100

orang.

6/38

4.2 Bagi setiap Pusat Mengundi Awal yang mengandungi satu

Tempat Mengundi (Saluran), dua orang Pemandu Arah Pusat

Mengundi (PAPM) akan dilantik untuk membantu dan

menunjuk arah pengundi-pengundi yang datang untuk

mengundi.

4.3 Bagi Pusat Mengundi Awal yang mengandungi dua atau lebih

Tempat Mengundi (Saluran) dan mempunyai jumlah pemilih

yang ramai, seorang Penyelia Pusat Mengundi (PPM),

beberapa Pemandu Arah Pusat Mengundi (PAPM) dan Kerani

Penyemak Daftar Pemilih (KPDP) akan dilantik berdasarkan

kepada jumlah pemilih di Pusat-pusat Mengundi Awal

berkenaan. Jika jumlah pemilih di setiap Tempat Mengundi

(Saluran) adalah kecil, hanya Pemandu Arah Pusat Mengundi

(PAPM) sahaja yang akan dilantik.

5. Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR)

5.1 SPR akan menyediakan Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR)

yang mengandungi tiga senarai bagi kegunaan petugas-

petugas pilihan raya, petugas-petugas parti politik dan untuk

jualan kepada orang ramai seperti yang berikut:

5.1.1 Senarai Daftar Pemilih Biasa yang terdiri daripada

pengundi-pengundi biasa untuk digunakan pada Hari

Pengundian Biasa.

7/38

5.2.2 Senarai Daftar Pemilih Pengundian Awal yang terdiri

daripada anggota tentera dan pasangan serta anggota

PDRM dan anggota PGA serta pasangan untuk

digunakan semasa Hari Mengundi Awal.

5.2.3 Senarai Daftar Pemilih Pos iaitu Pengundi Tidak Hadir

(PTH) luar negara yang terdiri daripada pegawai

perkhidmatan awam dan pasangan serta para pelajar

sepenuh masa dan pasangan akan digunakan semasa

Pengeluaran Undi Pos.

5.2 Ketiga-tiga senarai DPPR disusun mengikut Daerah Mengundi,

Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen masing-masing.

6. Hari Mengundi Awal

6.1 Hari Mengundi Awal akan ditetapkan oleh SPR berdasarkan

Peraturan 3(1A) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan

Pilihan Raya) (Pindaan) 2012 iaitu tidak kurang daripada tujuh

hari selepas Hari Penamaan Calon dan tidak kurang daripada

tiga hari sebelum dari tarikh atau tarikh-tarikh Hari Mengundi

Biasa.

6.2 Masa mengundi dan Hari Mengundi Awal akan diwartakan

oleh SPR. Pengundian akan bermula tepat jam 8.00 pagi

hingga 7.00 petang kecuali bagi Pusat-Pusat Mengundi Awal

dan Tempat-Tempat Mengundi (Saluran) yang jumlah

pemilihnya tidak ramai iaitu 50 orang atau kurang. Bagi

8/38

kategori ini masa mengundi akan dimulakan dari jam 8.00

pagi sehingga jam 2.00 petang.

7. Proses Pengundian Awal

7.1 Proses Pengundian

7.1.1 Proses pengundian awal adalah sama dengan proses

pengundian biasa iaitu melibatkan Kertas Undi, peti

undi dan ianya dijalankan di Pusat-pusat Mengundi atau

Tempat-tempat Mengundi (Saluran) masing-masing

seperti yang telah ditetapkan.

7.1.2 Proses pengundian awal akan dikendalikan oleh Ketua

Tempat Mengundi dan beberapa orang Kerani

Pengundian di Pusat Mengundi yang telah ditetapkan

sama ada di kem-kem tentera bagi anggota tentera dan

pasangan atau di Ibu Pejabat Polis Kontinjen/ Ibu

Pejabat Polis Daerah bagi anggota Polis dan isteri atau

suami kepada pegawai polis yang berkhidmat dengan

Pasukan Gerakan Am.

7.1.3 Setiap pengundi perlu menunjukkan Kad

Perkhidmatan/Kad Pengenalan kepada petugas di

Tempat Mengundi (Saluran) untuk tujuan pengesahan

sebelum tindakan seterusnya diambil.

7.1.4 Setiap pengundi adalah diwajibkan dicalitkan Dakwat

Kekal pada jari telunjuk kiri mereka sebelum kertas undi

9/38

dikeluarkan kepada pengundi berkenaan. Jika pengundi

enggan jari telunjuk kiri dicalitkan dengan Dakwat

Kekal, kertas undi tidak akan dikeluarkan kepadanya

oleh Ketua Tempat Mengundi.

7.2 Peranan dan Tugas Pengundi Yang Mengundi Pada Hari

Mengundi Awal

7.2.1 Setiap pengundi yang akan mengundi pada Hari

Mengundi Awal hendaklah membawa salah satu

dokumen pengenalan diri yang mengandungi nama, No.

Kad Pengenalan dan gambar seperti yang berikut:

a) Kad Perkhidmatan bagi anggota tentera dan

PDRM atau Kad Pengenalan atau MyKad; atau

b) Resit Pengenalan Sementara (JPN KP09); atau

c) Resit Kehilangan Kad Pengenalan (JPN KP11)

yang disahkan oleh JPN; atau

d) Pasport Antarabangsa; atau

e) Lesen Memandu yang mengandungi Nama, No.

Kad Pengenalan dan gambar; atau

f) Kad Kuasa Jabatan yang mengandungi Nama, No.

Kad Pengenalan dan gambar.

10/38

7.2.2 Membuat semakan nama, nombor Tempat Mengundi

(Saluran) dan Pusat Mengundi di Barung SPR pada Hari

Mengundi Awal jika semakan awal tidak dibuat

sebelumnya sama ada melalui Pejabat Pengarah Pilihan

Raya (PPN) atau Laman Sesawang SPR atau pejabat

Pegawai Pengurus atau melalui Sistem Pesanan Ringkas

(SMS).

7.2.3 Mendapat satu kertas undi bagi Parlimen dan satu

kertas undi bagi Negeri (jika pilihan raya serentak)

daripada petugas-petugas SPR di Pusat Mengundi atau

di Tempat Mengundi (Saluran) di mana nama pengundi

disenaraikan dalam Senarai Daftar Pemilih Pilihan Raya

(DPPR) bagi Pengundian Awal.

7.2.4 Menyerahkan dokumen Kad Pengenalan diri kepada

Kerani Pengundian untuk tujuan pengesahan dan

membenarkan Kerani Pengundian menyemak tanda

atau calitan Dakwat Kekal pada jari telunjuk kiri untuk

pengesahan sebelum mengundi dan pengundi bersetuju

untuk dicalitkan dengan Dakwat Kekal pada jari telunjuk

kiri sebelum kertas undi dikeluarkan.

7.2.5 Menandakan sama ada “X” atau “√” pada ruang yang

disediakan dalam Kertas Undi di dalam Petak Mengundi,

seterusnya melipat dua kali Kertas Undi dan

memasukkan kertas undi yang telah ditandakan ke

11/38

dalam Peti Undi yang disediakan mengikut Peti Undi

bagi Parlimen dan Peti Undi bagi Negeri.

Nota: Adalah menjadi satu kesalahan di bawah Subseksyen 3(1)(h) Akta

Kesalahan Pilihan Raya 1954 jika pengundi membawa keluar kertas

undi dari Tempat Mengundi (Saluran). Jika ini berlaku, kertas undi

berkenaan akan diklasifikasikan sebagai “ROSAK”.

7.3 Peranan Ejen Tempat Mengundi (ETM) Semasa Pengundian

Awal

7.3.1 Ejen Tempat Mengundi (ETM) yang mewakili Calon

yang bertanding, mereka dibenarkan hadir untuk

menyaksikan proses pengundian awal di Tempat

Mengundi (Saluran).

7.3.2 Setiap ETM hendaklah dilantik oleh Calon atau Ejen

Pilihan Raya masing-masing. Mereka perlu

mengemukakan dokumen-dokumen yang berkaitan

kepada Ketua Tempat Mengundi di Tempat Mengundi

(Saluran) masing-masing untuk semakan dan

pengesahan oleh Ketua Tempat Mengundi sebelum

dibenarkan masuk untuk bertugas. Dokumen-dokumen

berkenaan adalah seperti yang berikut:

12/38

a) Dokumen Kad Pengenalan diri yang mengandungi

nama, No.Kad Pengenalan dan gambar seperti Kad

Pengenalan atau MyKad.

b) Surat pelantikan sebagai Ejen Tempat Mengundi

(ETM) yang ditandatangani oleh Calon atau Ejen

Pilihan Raya(EPR).

c) Borang Sumpah Kerahsiaan (BORANG A) yang telah

lengkap disempurnakan.

Nota: ETM tidak dibenarkan masuk untuk bertugas di Tempat Mengundi

(Saluran) semasa proses pengundian awal jika tidak membawa salah

satu dokumen yang disebutkan di atas.

7.3.3 ETM yang dibenarkan masuk bertugas di Tempat

Mengundi (Saluran) untuk menyaksikan proses

pengundian awal perlu membawa salinan Daftar Pemilih

Pilihan Raya (DPPR) sendiri yang diperoleh daripada

Calon ataupun Ejen Pilihan Raya masing-masing.

Mengikut peruntukan Subperaturan 15(4) dan (5)

Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan

Raya) 1981 dan Subseksyen 14 (1A) Akta Kesalahan

pilihan Raya 1954, ETM dibenarkan bertugas secara

bergilir-gilir sekurang-kurangnya dua jam sebelum ETM

baru dibenarkan masuk menggantikannya (jika perlu).

13/38

7.3.4 Proses pengundian awal yang disaksikan oleh ETM

ialah proses pemeteraian Peti Undi oleh Ketua Tempat

Mengundi dan Kerani Pengundian yang dibuat

sekurang-kurangnya 10 minit sebelum Pengundian Awal

dimulakan; Proses Pengesahan Identiti Pengundi-

pengundi yang datang untuk mengundi; Proses

mencalitkan Dakwat Kekal; Proses pengeluaran kertas

undi; Proses Pengundian dan Proses Pemeteraian Peti

Undi setelah Pusat-pusat Mengundi atau Tempat-

tempat Mengundi (Saluran) ditutup. ETM boleh

menurunkan tandatangan pada perekat keselamatan

Peti Undi dan sampul-sampul (jika ingin berbuat

demikian).

7.3.5 ETM TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI mengganggu

tugas Ketua Tempat Mengundi atau Kerani Pengundian

atau menghalang mana-mana pengundi daripada

mengundi jika identiti pengundi berkenaan telah

disahkan betul. Sebarang bantahan oleh ETM hanya

boleh dibuat secara bertulis dan diserahkan kepada

Ketua Tempat Mengundi. Apa-apa keputusan yang

dibuat oleh Ketua Tempat Mengundi terhadap bantahan

(bertulis) daripada ETM adalah MUKTAMAD. Jika ETM

tidak berpuas hati dengan keputusan Ketua Tempat

Mengundi, mereka boleh mengambil tindakan melalui

petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi mengikut

14/38

Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh

21 hari dari tarikh keputusan pilihan raya diwartakan.

7.4 Peranan dan Tugas Ketua Tempat Mengundi dan Kerani Pengundian

Semasa Pengundian Awal

7.4.1 Ketua Tempat Mengundi hendaklah memeteraikan Peti Undi

Parlimen dan Peti Undi Negeri sekurang-kurangnya 10 minit

sebelum jam 8.00 pagi sebelum proses Pengundian Awal

bermula.

Contoh pemeteraian Peti Undi adalah seperti dalam gambar

yang berikut:

7.4.2 Ketua Tempat Mengundi hendaklah memastikan semua

peralatan, kelengkapan, Buku Panduan, Daftar Pemilih Pilihan

Raya bagi Tempat Mengundi (Saluran) berkenaan serta buku

Kertas Undi tersedia seperti yang diperlukan.

15/38

7.4.3 Tugas Kerani-kerani Pengundian adalah seperti yang berikut:

a) Kerani Pengundian Pertama (KP1)

(i) Memastikan pengundi yang hadir merupakan orang

yang sebenarnya (sama) sebagaimana maklumat

identitinya dalam Kad Pengenalan/ MyKad atau

dokumen pengenalan diri yang lain seperti Resit

Pengenalan Sementara (JPN. KP09) atau Resit

Kehilangan Kad Pengenalan (JPN. KP11) yang

disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara atau

Paspot Antarabangsa atau Lesen Memandu yang

mengandungi Nama, No. Kad Pengenalan dan

Gambar atau Kad Kuasa yang dikeluarkan oleh

Jabatan/ Pihak Berkuasa Kerajaan yang mengandungi

Nama, No. Kad Pengenalan dan Gambar dengan

membandingkan wajah pengundi dengan gambar

dalam dokumen pengenalan diri;

(ii) Menyemak butir-butir dalam Kad Pengenalan atau

dokumen pengenalan diri dengan senarai DPPR di

Tempat Mengundi (Saluran) iaitu No. Kad

Pengenalan dan Nama Pemilih berkenaan;

(iii) Selepas identiti pengundi disahkan betul, KP1

hendaklah memeriksa dan memastikan jari telunjuk

kiri atau mana-mana jari kiri (jika tiada jari telunjuk

16/38

kiri) atau jari telunjuk kanan (jika tiada mana-mana

jari kiri) atau mana-mana jari kanan (jika tiada jari

telunjuk kanan) atau hujung lengan (jika tiada

mana-mana jari tangan) pengundi berkenaan

BELUM dicalitkan dengan Dakwat Kekal;

(iv) Jika pengundi berkenaan belum dicalitkan dengan

Dakwat Kekal pada jari telunjuk kirinya, dan

namanya belum ditanda sebagai telah mengundi,

KP1 hendaklah meneriakkan Nombor Siri, No. Kad

Pengenalan dan Nama Pemilih dengan jelas supaya

dapat didengar oleh Ejen-ejen Tempat Mengundi;

(v) Membuat garisan di antara Nombor Siri dengan

No.Kad Pengenalan dalam Daftar Pemilih.

Contoh:-

No. Siri No.KP Nama

123 561231-03-5033 Abdullah bin Jusoh

b) Kerani Pengundian Kedua (KP2)

(i) Meminta pengundi berkenaan meletakkan jari

telunjuk kiri di atas tempat pelapik tangan atau

mana-mana jari kiri (jika tiada jari telunjuk kiri) atau

jari telunjuk kanan (jika tiada mana-mana jari kiri)

17/38

atau mana-mana jari kanan (jika tiada telunjuk

kanan);

(ii) Mencalitkan Dakwat Kekal (dengan menggunakan

berus yang disediakan) bermula dari ruas pertama

jari telunjuk kiri hingga ke hujung jari telunjuk kiri

atau mana-mana jari kiri (jika tiada jari telunjuk kiri)

atau jari telunjuk kanan (jika tiada mana-mana jari

kiri) atau mana-mana jari kanan (jika tiada jari

telunjuk kanan) atau hujung lengan kiri (jika tiada

mana-mana jari);

(iii) Jika pengundi enggan dicalit dengan Dakwat Kekal

pada jari telunjuk kirinya atau mana-mana jari kiri

(jika tiada jari telunjuk kiri) atau jari telunjuk kanan

(jika tiada mana-mana jari kiri) atau mana-mana jari

kanan (jika tiada telunjuk kanan) atau hujung

lengan (jika tiada mana-mana jari), minta pengundi

berkenaan berjumpa dengan Ketua Tempat

Mengundi.

c) Kerani Pengundian Ketiga (KP3)

(i) Membuat tanda dengan cap khas di tengah-tengah

keratan (kaunterfoil) di ruang bawah nombor siri

kertas undi dengan menggunakan cap yang

disediakan;

18/38

(ii) Menceraikan kertas undi daripada keratan

(kaunterfoil) kertas undi dengan menggunakan

pembaris;

(iii) Berhati-hati ketika menceraikan kertas undi daripada

keratan kertas undi supaya kertas undi tidak

terkoyak atau rosak;

(iv) Jangan sekali-kali menulis apa-apa di atas kertas

undi yang hendak diserahkan kepada pengundi;

(v) Kertas undi hendaklah dilipat dua kali dan

diserahkan kepada pengundi. Seterusnya

menunjukkan arah ke tempat Petak Mengundi

supaya pengundi pergi ke petak berkenaan untuk

membuat penandaan di kertas undi.

CONTOH KERTAS UNDI YANG BELUM DICAP

19/38

CONTOH KERTAS UNDI YANG TELAH DICAP

CONTOH KERTAS UNDI YANG TELAH DICAP UNTUK DISERAHKAN KEPADA PENGUNDI

20/38

d) Kerani Pengundian Keempat (KP4)

(i) Memastikan kertas undi dilipat dua kali oleh

pengundi sebelum dimasukkan ke dalam Peti Undi;

(ii) Menunjukkan kepada pengundi Peti Undi bagi Calon

PARLIMEN dan Peti Undi bagi Calon NEGERI;

(iii) Memastikan pengundi memasukkan kertas undi ke

dalam Peti Undi yang betul sama ada PARLIMEN

atau NEGERI;

(iv) Menggunakan pembaris yang disediakan untuk

memasukkan kertas undi ke dalam peti undi jika ada

yang terlekat pada mulut atau lidah Peti Undi.

NOTA:

1. Bagi Tempat Mengundi (Saluran) yang menggunakan dua

orang Kerani Pengundian, tugas Kerani Pengundian 1

adalah gabungan tugas Kerani Pengundian 1 dan Kerani

Pengundian 2. Manakala Kerani Pengundian 2

menjalankan tugas Kerani Pengundian 3.

2. Bagi Tempat Mengundi (Saluran) yang menggunakan

seorang Kerani Pengundian sahaja, dia perlu

menjalankan gabungan tugas-tugas Kerani Pengundian 1,

Kerani Pengundian 2 dan Kerani Pengundian 3.

21/38

7.5 Tatacara Mencalitkan Dakwat Kekal

7.5.1 Peraturan 19A Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan

Pilihan Raya) (Pindaan) 2012 menetapkan bahawa seseorang

pengundi yang datang ke Tempat Mengundi (Saluran) dan

meminta dikeluarkan kertas undi, adalah diwajibkan jari

telunjuk kirinya dicalitkan dengan dakwat kekal sebelum

Kertas Undi dikeluarkan kepada pengundi berkenaan;

7.5.2 Tatacara mencalitkan Dakwat Kekal pada jari telunjuk kiri

pengundi adalah dengan mencalitkan Dakwat Kekal itu

dengan menggunakan berus yang disediakan bermula dari

ruas pertama jari telunjuk kiri hingga ke hujung jari atau

mana-mana jari kiri (jika tiada jari telunjuk kiri) atau jari

telunjuk kanan (jika tiada mana-mana jari ditangan kiri) atau

mana-mana jari kanan (jika tiada jari telunjuk kanan) atau

hujung lengan kiri (jika tiada mana-mana jari);

7.5.3 Contoh calitan Dakwat Kekal pada jari telunjuk kiri pengundi

adalah seperti dalam gambar yang berikut:

22/38

CONTOH CALITAN DAKWAT KEKAL PADAJARI TELUNJUK KIRI

7.5.4 Kertas undi tidak akan dikeluarkan kepada pengundi yang

datang untuk mengundi di Tempat Mengundi (Saluran) jika

timbul keadaan seperti yang berikut:

a) Pengundi itu enggan menunjukkan jari telunjuk kirinya

kepada Kerani Pengundian untuk memastikan sama ada

Dakwat Kekal telah ditandakan pada jari telunjuk

kirinya;

b) Pengundi itu enggan membenarkan jari telunjuk kirinya

ditandakan dengan Dakwat Kekal;

c) Jari telunjuk kiri pengundi itu telah ada tanda calitan

dengan Dakwat Kekal walaupun tidak terdapat tanda

garisan yang telah dibuat di antara No. Siri dengan No.

23/38

Kad Pengenalannya dalam Daftar Pemilih di Tempat

Mengundi(Saluran) berkenaan; atau

d) Pada jari telunjuk kiri pengundi itu tidak terdapat tanda

calitan dengan Dakwat Kekal tetapi telah ada tanda

garisan di antara No. Bilangan dengan No. Kad

Pengenalan pengundi berkenaan dalam Daftar Pemilih

di Tempat Mengundi (Saluran) itu yang menunjukkan

bahawa kertas undi telah dikeluarkan kepadanya.

7.5.5 Bagi keadaan di mana kertas undi tidak dikeluarkan kepada

pengundi seperti yang disebut di perenggan 7.5.4 (a, b, c, d)

di atas, Ketua Tempat Mengundi hendaklah membuat catatan

di dalam Borang Akuan Mengenai Keengganan

Mengeluarkan Kertas Undi (Borang 10A).

7.5.6 Bagi keadaan di mana kertas undi tidak dikeluarkan kepada

pengundi seperti yang disebut di perenggan 7.5.4 (a) dan (b)

di atas jika pengundi berkenaan datang semula ke Tempat

Mengundi (Saluran) itu untuk mengundi dan bersetuju untuk

dicalitkan jari telunjuk kirinya dengan Dakwat Kekal seperti

yang diwajibkan di bawah peruntukan undang-undang yang

berkenaan, Ketua Tempat Mengundi hendaklah mengeluarkan

kertas undi kepada pengundi berkenaan. Pada masa yang

sama Ketua Tempat Mengundi hendaklah membatalkan

Borang 10A dengan membuat catatan dalam borang

berkenaan bahawa pengundi berkenaan bersetuju dan

24/38

mematuhi syarat-syarat di perenggan 7.5.4 (a) dan (b) di atas

dan kertas undi telah dikeluarkan kepadanya.

8. Penutupan Pusat Mengundi atau Tempat Mengundi

(Saluran) bagi Pengundian Awal

8.1 Proses pengundian awal di Pusat-pusat Mengundi atau

Tempat-tempat Mengundi (Saluran) akan tamat mengikut

masa yang diwartakan sama ada pada jam 5.00 petang atau

jam 2.00 petang jika jumlah pemilih berdaftar di Pusat

Mengundi atau di Tempat Mengundi (Saluran) berkenaan

seramai 50 orang dan kurang.

8.2 Ketua Tempat Mengundi akan memeteraikan peti undi dengan

menggunakan mouse tail dan Perekat Keselamatan serta

menyempurnakan dokumen-dokumen pilihan raya dengan

memasukkan dokumen-dokumen berkenaan ke dalam

sampul–sampul yang berkaitan. Perekat Keselamatan akan

ditandatangani oleh Ketua Tempat Mengundi dan ETM boleh

menandatangani jika mereka mahu berbuat demikian. Contoh

peti undi yang dimeteraikan selepas penutupan Pusat

Mengundi atau Tempat mengundi (Saluran) adalah seperti

dalam gambar yang berikut:

25/38

8.3 Pengiraan undi bagi pengundian awal tidak akan dijalankan di

Pusat Mengundi atau Tempat Mengundi (Saluran) berkenaan

pada Hari Mengundi Awal tetapi akan dikira secara

berkelompok bermula jam 4.00 petang pada Hari Mengundi

Biasa.

8.4 Ketua Tempat Mengundi akan menyerahkan satu salinan

BORANG 13 (Penyata Kertas Undi) kepada ETM yang hadir.

BORANG 12A (Notis Pengiraan Undi di Tempat Mengira)

ditampal oleh Ketua Tempat Mengundi di Tempat Mengundi

(Saluran) dan di Pusat Pengiraan Undi Berkelompok.

26/38

8.5 Ketua Tempat Mengundi akan melekatkan Sampul No. 4 yang

mengandungi BORANG 13 (Penyata Kertas Undi) dan Borang

SPR 753 (Contoh Corak Penindik/Cap/Tandatangan) di atas

Peti Undi Parlimen dan Peti Undi Negeri masing-masing.

Seterusnya memasukkan peti undi dan sampul-sampul yang

telah disempurnakan (yang mengandungi dokumen-dokumen

pilihan raya) ke dalam Beg Khas Peti Undi dan dimeteraikan.

8.6 Beg Khas untuk Peti Undi Parlimen dan Beg Khas untuk Peti

Undi Negeri perlu diiringi oleh anggota polis semasa dibawa ke

tempat simpanan dalam keadaan selamat. Tempat simpanan

peti undi sama ada di Lokap Polis atau di tempat lain akan

ditetapkan oleh Pegawai Pengurus. Kawalan keselamatan

terhadap peti undi akan dibuat sepanjang masa (24 jam) oleh

anggota Polis sehingga peti undi dibuka dan kertas undi

berkenaan dikira mulai jam 4.00 petang pada Hari Pengundian

Biasa.

8.7 ETM boleh mengiringi peti-peti undi berkenaan ke Tempat

Simpanan yang telah ditetapkan oleh Pegawai Pengurus

dengan menggunakan kenderaan mereka sendiri (jika mereka

ingin berbuat demikian).

8.8 Calon atau Ejen Pilihan Raya perlu mendapat kelulusan

Pegawai Pengurus berkenaan jika mereka berhajat untuk

menempatkan seorang petugas parti untuk menunggu di

Tempat Simpanan Peti Undi berkenaan.

27/38

9. Pengiraan Undi

9.1 Pengiraan Undi bagi Pengundian Awal

9.1.1 Proses pengiraan undi bagi peti-peti undi pengundian

awal akan dimulakan pada jam 4.00 petang pada Hari

Pengundian Biasa di Pusat Pengiraan Undi Berkelompok

seperti yang ditetapkan dalam BORANG 12A (Notis

Pengiraan Undi di Tempat Mengira).

9.1.2 Pengiraan undi akan dijalankan oleh petugas-petugas

SPR yang sama iaitu mereka yang bertugas pada Hari

Mengundi Awal. Prngiraan undi akan diketuai oleh

Ketua Tempat Mengundi dan dibantu oleh Kerani-kerani

Pengundian masing-masing.

9.2 Peranan Ejen Mengira Undi Semasa Pengiraan Undi bagi

Pengundian Awal

9.2.1 Ejen Mengira Undi (EMU) boleh menyaksikan proses

pengiraan undi bagi peti-peti undi pengundian awal

yang akan dijalankan oleh Ketua Tempat Mengundi dan

Kerani Pengundian mengikut Tempat Mengundi

(Saluran) masing-masing di Pusat Pengiraan Undi

Berkelompok.

9.2.2 EMU perlu mengemukakan dokumen-dokumen yang

ditetapkan untuk pengesahan Ketua Tempat Mengundi

28/38

sebelum dibenarkan masuk untuk menyaksikan proses

pengiraan undi. Dokumen-dokumen berkenaan adalah

seperti yang berikut:

a) Dokumen Kad Pengenalan diri yang mengandungi

Nama, No. Kad Pengenalan dan gambar seperti

Kad Pengenalan atau MyKad;

b) Surat Pelantikan sebagai EMU yang

ditandatangani oleh Calon atau Ejen Pilihan Raya;

dan

c) Borang Sumpah Kerahsiaan (BORANG A) yang

telah lengkap disempurnakan.

9.2.3 EMU TIDAK DIBENARKAN MENGGANGGU tugas Ketua

Tempat Mengundi dan Kerani Pengundian semasa

proses pengiraan undi. Jika EMU tidak berpuas hati,

EMU boleh membuat bantahan secara bertulis kepada

Ketua Tempat Mengundi dan apa-apa keputusan yang

dibuat oleh Ketua Tempat Mengundi adalah

MUKTAMAD. Jika EMU masih tidak berpuas hati, Calon

boleh memfailkan kes petisyen pilihan raya di

Mahkamah Tinggi mengikut Perkara 118 Perlembagaan

Persekutuan dalam tempoh 21 hari dari tarikh

keputusan pilihan raya diwartakan.

9.2.4 EMU berhak mendapat satu salinan BORANG 14

(Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi) daripada

Ketua Tempat Mengundi dan EMU boleh meminta

29/38

BORANG 14 jika Ketua Tempat Mengundi tidak

memberikan kepadanya.

9.3 Peranan Ketua Tempat Mengundi dan Kerani Pengundian

Semasa Mengira Undi bagi Pengundian Awal

9.3.1 Dalam pilihan raya serentak bagi Parlimen dan Negeri,

jika didapati jumlah pengundi ramai bagi satu-satu

Tempat Mengundi (Saluran), Ketua Tempat Mengundi

akan membahagikan Kerani Pengundian kepada dua

pasukan mengira kertas undi iaitu satu pasukan

mengira kertas undi bagi Parlimen dan satu pasukan

mengira kertas undi bagi Negeri. Jika jumlah pemilih

tidak ramai, kumpulan yang sama boleh sekali gus

mengira kertas undi bagi Parlimen dan kertas undi

bagi Negeri.

9.3.2 Ketua Tempat Mengundi akan mengesahkan jumlah

kertas undi dalam Peti Undi bagi Parlimen dan bagi

Negeri berdasarkan penyata dalam BORANG 13

(Penyata Kertas Undi). Jika jumlahnya sama atau

kurang, maka proses pengiraan undi boleh diteruskan.

Jika jumlah kertas undi didapati melebihi daripada

penyata sebagaimana di dalam BORANG 13, Ketua

Tempat Mengundi akan menyemak nombor siri kertas

undi, seterusnya mengeluarkan dan membatalkan

kertas undi yang nombor sirinya berlainan daripada

30/38

kertas undi yang dibekalkan kepadanya. Contoh

BORANG 13 dan kertas Undi yang ditanda oleh

pengundi adalah seperti yang berikut:

31/38

32/38

9.3.3 Menyisih kertas-kertas undi mengikut Calon, seterusnya

memutuskan kertas-kertas undi RAGU berdasarkan Buku

„Panduan Untuk Memutuskan Undi Ragu‟ dan

menjumlahkan kertas undi mengikut Calon masing-masing.

Ulangkira boleh dibenarkan dibuat hanya sekali sahaja jika

ada permohonan daripada EMU apabila terdapat perbezaan

undi sebanyak empat peratus (4%) atau kurang yang

diperoleh di antara Calon yang mendapat undi tertinggi

dengan kedua tertinggi.

9.3.4 Menyediakan BORANG 14 (Penyata Pengundian Selepas

Pengiraan Undi), menandatangani BORANG 14 dan

meminta EMU menandatangani Borang berkenaan jika

mereka ingin berbuat demikian. Menyerahkan sesalinan

33/38

BORANG 14 kepada setiap EMU yang hadir. Contoh

BORANG 14 adalah seperti yang berikut:

34/38

Melaka

Sek Keb Chinchin 4

139/27/02

N.27 Merlimau

450

Roslan bin Ahmad

Haji Yuhaizad bin Ali

BN

PKR

352

95

447

3

0

6 Mac 2011

tt

Abdullah Fahim bin Abdul Karim

PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981

BORANG 14

[Subperaturan 25(12)]

NEGERI …………………………………………………….

PENYATA PENGUNDIAN SELEPAS PENGIRAAN UNDI Nama Pusat Mengundi …………..........................…… No. Tempat Mengundi (Saluran) ………………...…….. No. Kod Daerah Mengundi ………….......…………………………………………………………………...…...…… Bahagian Pilihan Raya ………………...…………………………………………………………….............…...……. A - Jumlah kertas undi yang patut berada di dalam peti undi (seperti di E dalam Borang 13) .............……..….. B - Bilangan undian oleh pemilih bagi setiap orang calon yang bertanding: Nama Calon Nama Parti Politik/ Bilangan (Ejaan dan susunan nama calon Bebas HENDAKLAH SAMA seperti yang dicetak pada kertas undi) ………………………………………….....….....… ………….....……………... …………………...........…

………………………………………….....….....… ………….....……………... …………………...........…

………………………………………….....….....… ………….....……………... …………………...........…

………………………………………….....….....… ………….....……………... …………………...........…

………………………………………….....….....… ………….....……………... …………………...........…

Jumlah undian oleh pemilih

C - Bilangan kertas undi yang ditolak (selepas undi ragu diputuskan menurut subperaturan 25(6) dan (7)) D - Jumlah kertas undi yang dikeluarkan kepada pengundi tetapi tidak dimasukkan ke dalam peti undi (A-B-C) Saya memperakui bahawa penyata di atas adalah betul.

.…………….…………………

Tandatangan Bertarikh ………………….…………… …………………………......…..... Nama Ketua Tempat Mengundi

Nama Calon atau Ejen Pilihan Raya atau Ejen Mengira

No. K/P Parti/Bebas Tandatangan

Karim bin Bujang 650411-05-6887 BN t.t

Abu bin Kasim 850102-05-6105 PKR t.t

35/38

9.3.5 Menyempurnakan dokumen-dokumen pilihan raya

dengan memasukkan dokumen-dokumen berkenaan ke

dalam sampul-sampul yang berkaitan.

9.3.6 Memasukkan sampul-sampul yang berkaitan ke dalam

peti undi, memeteraikan peti undi dengan Perekat

Keselamatan, menandatangani Perekat Keselamatan

dan meminta EMU menandatangani Perekat

Keselamatan itu (jika mereka ingin berbuat demikian)

sebelum dibawa ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi.

Contoh peti undi yang dimeteraikan selepas pengiraan

undi adalah seperti dalam gambar yang berikut:

36/38

10. Penyerahan Keputusan Pengiraan Undi kepada Pegawai

Pengurus

10.1 Ketua Tempat Mengundi hendaklah diiringi oleh anggota Polis,

semasa membawa peti undi dan dokumen-dokumen pilihan

raya serta Sampul No. 4 yang mengandungi BORANG 13

(Penyata Kertas Undi) dan Borang SPR 753 (Contoh Corak

Penindik/ Cap/ Tandatangan) dan Sampul No. 7 yang

mengandungi BORANG 14 (Penyata Pengundian Selepas

Pengiraan Undi) untuk diserahkan kepada Pegawai Pengurus

di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi.

10.2 EMU boleh mengiringi Ketua Tempat Mengundi ke Pusat

Penjumlahan Rasmi Undi dengan kenderaannya sendiri jika

Pusat Pengiraan Undi Berkelompok adalah lain daripada

tempat yang digunakan sebagai Pusat Penjumlahan Rasmi

Undi berkenaan.

11. Penutup

11.1 Proses pengundian awal untuk anggota tentera dan pasangan

serta anggota polis atau anggota polis yang berkhidmat

dengan Pasukan Gerakan Am dan pasangan dijalankan lebih

awal iaitu sekurang-kurang tujuh hari selepas Hari Penamaan

Calon. Manakala Hari Mengundi Biasa akan diadakan tidak

kurang daripada tiga hari selepas tarikh Hari Mengundi Awal.

Proses pengundian awal adalah sama seperti proses

Pengundian Biasa di mana dikendalikan oleh petugas-petugas

37/38

yang dilantik oleh SPR (Ketua Tempat Mengundi dan Kerani

Pengundian). Pusat Mengundi dan Tempat Mengundi

(Saluran) bagi pengundian awal akan disediakan sama ada di

kem-kem tentera bagi anggota tentera dan pasangan atau di

IPK/IPD bagi anggota polis atau anggota Pasukan Gerakan

Am serta pasangan .

11.2 Proses pengiraan undi bagi pengundian awal pula dijalankan

secara berkelompok di Pusat-pusat Pengiraan Undi

Berkelompok yang ditetapkan oleh Pegawai Pengurus

manakala proses pengiraan undi akan dimulakan pada jam

4.00 petang pada Hari Mengundi Biasa. Proses pengiraan akan

dilaksanakan oleh Ketua Tempat Mengundi dan dibantu oleh

Kerani Pengundian yang bertugas pada Hari Mengundi Awal

mengikut Tempat Mengundi (Saluran) mereka masing-masing.

SELAMAT BERTUGAS

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

38/38

PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981

BORANG 10A

[Peraturan 19A] AKUAN MENGENAI KEENGGANAN MENGELUARKAN KERTAS UNDI

Saya, ……………………………………………………………………………………………………………… (Nama Penuh) No. K.P………..……..………………………………… ialah * Ketua Tempat Mengundi / Orang Yang Bertindak Di Bawah Kuasa Ketua Tempat Mengundi di pusat mengundi …..………………………………………………………………………………. (Nama Pusat Mengundi) bagi Tempat Mengundi ……………………..……… mengaku bahawa saya telah enggan (No. Saluran) mengeluarkan Kertas Undi kepada ………….……………………………………………………… (Nama Pengundi) ………………………………………………………… No. K.P……………..……………………………….. (No. K.P. Pengundi) atas alasan seperti yang berikut:

*(a) pengundi itu enggan menunjukkan jari telunjuk kirinya untuk dipastikan sama ada dakwat kekal telah ditandakan pada jari telunjuk kirinya;

*(b) pengundi itu enggan jari telunjuk kirinya ditandakan dengan dakwat kekal;

*(c) jari telunjuk kiri pengundi itu telah ditandakan dengan dakwat kekal walaupun tidak terdapat tanda yang menunjukkan bahawa Kertas Undi telah dikeluarkan kepadanya telah dibuat pada nombor dan nama pengundi itu dalam daftar pemilih; atau

*(d) jari telunjuk kiri pengundi itu tidak ditandakan dengan dakwat kekal tetapi telah terdapat tanda yang menunjukkan bahawa Kertas Undi telah dikeluarkan kepadanya telah dibuat pada nombor dan nama pengundi itu dalam daftar pemilih.

Tarikh: …………….……………………………………..

Tandatangan Ditandatangani di hadapan

………….…………………………………………….

Tandatangan Saksi Nama : No. K.P.:

Tarikh: _________________________________________________________________________*Potong mana-mana yang tidak berkenaan. CATATAN (jika perlu): ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

DUTI SETEM

DIKECUALIKAN