perlaksanaan gst akan mengugat undi bn pada pru14

25
E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 900 PERLAKSANAAN GST AKAN MENGUGAT UNDI BN PADA PRU14 Muhammad Anwar Fahmi Hari Das Bin Abdullah, B.K.T. Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media(FKPM) Universiti Teknologi MARA(UiTM) Melaka, Bangunan KPP3, Peti Surat 50, Jln Lendu, Km26, 78000 Alor Gajah Melaka [email protected] 1. Pengenalan Pendekatan Kerajaan Malaysia memperkenalkan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) yang dikuatkuasakan pada 1 April 2015 telah menimbulkan pelbagai reaksi dari kalangan masyarakat di Negara ini. Walaupun niat baik kerajaan adalah untuk memastikan rakyat membayar cukai yang berpatutan daripada kadar cukai 16%, kepada hanya 6 %, namun perlaksanaan cukai 6% tetap mendapat tentanggan daripada pelbagai pihak termasuk pengguna, perniaga, ahli politik, NGO, CEO Organisasi dan juga mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir bin Mohamed yang lantang bersuara agar GST dibatalkan segera sebelum rakyat bertindak memulaukan Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya ke 14. Penjelaskan kerajaan terhadap pengenalan cukai GST adalah hasil pemurniaan untuk mengelakan rakyat daripada membayar dua jenis cukai yang sedia wujud dinegara ini. Setiap barangan yang dijual dan dibeli oleh penguna akan dikenakan Cukai Jualan Dan Perkhidmatan secara serentak. Cukai Jualan adalah sebanyak 10% manakala Cukai Perkhidmatan sebanyak 6% (Sales and Service Tax-SST). Kedua-dua cukai berkaitan akan diterapkan dalam penjualan harga barangan yang tidak mungkin mampu dikesan oleh para pembeli. Pengenalan GST juga adalah bertujuan untuk memperbaiki dan menyusun semula sistem percukaian Negara pada masakini agar lebih mantap,berkesan,efisen dan telus. Justeru pihak kepimpinan kerajaan mendapati Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang sedia ada memiliki pelbagai kelemahan yang meliputi: Pengelakan cukai bertindih antara Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang terpaksa dibayar oleh para pengguna. Bagi mengelakan caj perkhidmatan yang tidak dapat dikesan mahupun tidak diistiharkan oleh para perniaga mahupun penjual barangan di dalam resit dan bil-bil urus niaga dengan niat untuk meningkatkan margin keuntungan mereka. Mencegah perbuatan sebahagian daripada pengilang,pemborong,peruncit dan perniaga yang nekad mengelakan diri dari membayar cukai dengan tidak mengistiharkan sumber aliran dan jumlah pendapatan mereka. Mencegah perbuatan khianat ekonomi yang bakal dilakukan oleh segelintir kumpulan peruncit dan perniaga yang sengaja menyorokan barangan, mengurangkan sukatan,memonopoli barang dan memanipulasi harga pasaran dari semasa ke semasa. Kerajaan bertanggapan, kegagalan untuk memperkenalkan cukai GST secara efisen dan teratur akan menyebabkan rakyat di Negara ini terus tertindas dan dibebankan secara tidak disedari dan kerajaan pula bakal mengalami kerugian berlipat kali ganda, disebabkan pelbagai penyelewengan dan ketidak patuhan para perniaga di dalam membayar cukai kepada Kerajaan untuk pelbagai pembangunan dan kelestarian masyarakat serta Negara. Kewujudan rasuah, bekalan barangan sukar diperolehi,penyeludupan dan penipuan akan berlaku secara berleluasa.

Upload: dangduong

Post on 28-Jan-2017

232 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 900

PERLAKSANAAN GST AKAN MENGUGAT UNDI BN PADA PRU14

Muhammad Anwar Fahmi Hari Das Bin Abdullah, B.K.T. Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media(FKPM) Universiti Teknologi MARA(UiTM) Melaka,

Bangunan KPP3, Peti Surat 50, Jln Lendu, Km26, 78000 Alor Gajah Melaka [email protected]

1. Pengenalan

Pendekatan Kerajaan Malaysia memperkenalkan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) yang dikuatkuasakan pada 1 April 2015 telah menimbulkan pelbagai reaksi dari kalangan masyarakat di Negara ini. Walaupun niat baik kerajaan adalah untuk memastikan rakyat membayar cukai yang berpatutan daripada kadar cukai 16%, kepada hanya 6 %, namun perlaksanaan cukai 6% tetap mendapat tentanggan daripada pelbagai pihak termasuk pengguna, perniaga, ahli politik, NGO, CEO Organisasi dan juga mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir bin Mohamed yang lantang bersuara agar GST dibatalkan segera sebelum rakyat bertindak memulaukan Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya ke 14.

Penjelaskan kerajaan terhadap pengenalan cukai GST adalah hasil pemurniaan untuk mengelakan rakyat daripada membayar dua jenis cukai yang sedia wujud dinegara ini. Setiap barangan yang dijual dan dibeli oleh penguna akan dikenakan Cukai Jualan Dan Perkhidmatan secara serentak. Cukai Jualan adalah sebanyak 10% manakala Cukai Perkhidmatan sebanyak 6% (Sales and Service Tax-SST). Kedua-dua cukai berkaitan akan diterapkan dalam penjualan harga barangan yang tidak mungkin mampu dikesan oleh para pembeli.

Pengenalan GST juga adalah bertujuan untuk memperbaiki dan menyusun semula sistem percukaian Negara pada masakini agar lebih mantap,berkesan,efisen dan telus. Justeru pihak kepimpinan kerajaan mendapati Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang sedia ada memiliki pelbagai kelemahan yang meliputi:

Pengelakan cukai bertindih antara Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang terpaksa dibayar oleh para pengguna.

Bagi mengelakan caj perkhidmatan yang tidak dapat dikesan mahupun tidak diistiharkan oleh para perniaga mahupun penjual barangan di dalam resit dan bil-bil urus niaga dengan niat untuk meningkatkan margin keuntungan mereka.

Mencegah perbuatan sebahagian daripada pengilang,pemborong,peruncit dan perniaga yang nekad mengelakan diri dari membayar cukai dengan tidak mengistiharkan sumber aliran dan jumlah pendapatan mereka.

Mencegah perbuatan khianat ekonomi yang bakal dilakukan oleh segelintir kumpulan peruncit dan perniaga yang sengaja menyorokan barangan, mengurangkan sukatan,memonopoli barang dan memanipulasi harga pasaran dari semasa ke semasa.

Kerajaan bertanggapan, kegagalan untuk memperkenalkan cukai GST secara efisen dan teratur akan menyebabkan rakyat di Negara ini terus tertindas dan dibebankan secara tidak disedari dan kerajaan pula bakal mengalami kerugian berlipat kali ganda, disebabkan pelbagai penyelewengan dan ketidak patuhan para perniaga di dalam membayar cukai kepada Kerajaan untuk pelbagai pembangunan dan kelestarian masyarakat serta Negara. Kewujudan rasuah, bekalan barangan sukar diperolehi,penyeludupan dan penipuan akan berlaku secara berleluasa.

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 901

Perbandingan pengenalan kadar GST mengikut Negara ASEAN tetap meletakan Malaysia masih berada ditangga ke 8 diatas Brunei dan Myanmar, dimana Malaysia hanya memperkenalkan kadar GST sebanyak 6 % (2015), Indonesia 10% (1984), Filipina 10% (1988), Kemboja 10% (1999), Laos 10% (2009), Singapura 7% (1999), Thailand 10% (1992), Vietnam 10% (1999).

Kerajaan juga bertanggapan daripada 600 barangan yang dikenakan GST hanya 10% yang bakal mengalami kenaikan harga, 42% kekal kadar harga asal manakala 48% akan mengalami penurun harga pasaran. Disamping itu, harapan kerajaan agar pelbagai jenis barangan akan menjadi lebih murah memandangkan pengenalan cukai GST yang ditetapkan kepada 6% berbanding cukai 16% yang bakal berakhir pada 31 Mac 2015.

Pengenalan GST juga dikecualikan daripada Barangan makanan asas (beras, gula, tepung, mimyak masak, kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan). Penggunaan Utiliti (Bekalan air paip dan 200 unit pertama eletrik sebulan bagi pengguna). Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan (perkhidmatan kesihatan, pengeluaran passport, pembelajaran disekolah). Perkhidmatan pengangkutan (Bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya). Perumahan (Proses jual beli dan sewa rumah kediaman). Kewangan (perkhidmatan kewangan yang terpilih sahaja). 2. Latar Belakang Kajian Merujuk kepada strategik jangka panjang kepimpinan kerajaan, GST adalah suatu, dasar berkaitan Cukai Perkhidmatan dan Barangan yang hanyalah, bermotifkan untuk mewujudkan rakyat berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, disamping memastikan Negara memiliki dana kewangan yang lebih mampan serta mencukupi dari segi peruntukan Belanjawan Negara serta pembangunan fizikal dan juga kemampuan membayar gaji yang lebih tinggi serta meningkatkan pendapatan berkapita rakyat merujuk kakitangan Perkhidmatan Awam serta Swasta yang lebih produktif dan juga signifikin dengan status Negara Maju pada tahun 2020, justeru mempertingkatkan sistem penyampaian kerajaan dan swasta yang lebih kompetatif dan mampu berdaya saing diperingkat glokal dan global. Cadangan kerajaan untuk mengantikan sistem cukai jualan dan perkhidmatan kepada cukai konsumpsi yang diterjemahkan sebagai GST telah dibentangkan pada pembentangan bajet 2005 oleh mantan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, iaitu Tun Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi. Kerajaan pada dasarnya nekad melaksanakan GST pada 1 Januari 2007. Usul Belanjawan Negara pada 2005 mencadangkan penyususnan semula pendekatan system percukaian Negara termasuk mengakaji peruntukan yang disediakan di bawah akta Cukai Pendapatan 1967, dengan niat untuk menjadikan system percukaian Negara yang lebih efektif, berkesan dan berupaya menjana hasil Negara secara lebih berdaya saing dan mampan. Pendekatan perlaksanaan GST sebagai altenatif mengantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. Secara pritikalnya cukai jualan dikenakan ke atas barangan ketika diimport atau diperingkat perkilangan, justeru itu cukai perkhidmatan pula dilaksanakan ke atas perkhidmatan tertentu termasuk professional, hotel dan restoran. Pada zahirnya GST ditanggap mampu berperanan sebagai sIstem cukai lebih komprehensif, efisyen, telus dan efektif. Justeru ditanggap akan mampu menambahkan pendapatan cukai tahunan untuk kerajaan. Kenyataan Menteri Kewangan kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah pada 29 November 2009 yang menjelaskan bahawa Negara bakal perolehi RM 1 billion dari GST, justeru merujuk perlaksanaan GST dari kalangan 143 buah Negara di dunia, di samping mengutarakan kebimbangan

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 902

terhadap sebahagian dari kalangan Negara ASEAN yang masih belum melaksanakan GST termasuk Malaysia, Brunei dan Myanmar pada ketika itu. Beliau juga menyatakan pengenalan GST akan mampu mengurangkan Cukai Korporat dan juga Cukai Pendapatan Individu. Akhirnya Kabinet Malaysia telah bersetuju mulai 1 April 2015 kerajaan bakal melaksanakan GST di Negara ini, sebagai menyempurnakan penglibatan dari kalangan Negara ASEAN yang hampir keseluruhannya telah melaksanakan kadar GST dengan cukai sebanyak 5%-10% dari kalangan Negara terbabit. Namun pendekatan perlaksanan, GST di Negara ini telah membawa pelbagai implikasi kepada Kerajaan, Rakyat serta Perniaga dijangka masa terdekat termasuk tekanan pelbagai pihak terhadap pengenalan GST yang dipertahankan oleh Kerajaan. 3. Pernyataan Masalah Pengenalan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) oleh pihak Kerajaan masih tidak mampu memberikan keyakinan kepada rakyat di Negara ini. Disamping pelbagai pihak mempersoalkan ketidak upayaan kerajaan dalam mengawal kenaikan harga barangan secara drastik dari kalangan sebahagian daripada peruncit dan penjual, disamping kejutan budaya terhadap fenomena pengenalan GST serta hampir sebahagian besar daripada barangan dan perkhidmatan harian penggunakan dikenakan GST oleh para penjual. Pergolakan penentuan kadar percukai terhadap Kad Prabayar (Prepaid) antara caj sebanyak 6% iaitu berjumlah 0. 60 puluh sen dengan kadar belian asal untuk RM10. 00 telah meningkat kepada RM10. 60, mengugat kredibiliti Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan yakni YB Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Kerajaan dikatakan telah mendapatkan persetujuan awal pada September 2014 diantara 4 buah syarikat pengendali utama telekomunikasi yang bersetuju akan menanggung kos cukai perkhidmatan berkaitan, namun keadaan berubah apabila kebanyakan daripada permis jualan kad tambah nilai telefon mudah alih dan penjual tetap mengenakan cukai 6% kepada para pembeli dipasaran harian. Kritikal, komentar berterusan dan desakan Tun Dr. Mahathir Mohammed sebagai mantan Perdana Menteri Malaysia terhadap kepimpinan YAB Datuk’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, khususnya berkaitan perbelanjaan melampau 700 juta USD dalam pelaburan 1MDB yang dianggap tidak pratikal dan menyeleweng serta desakan Tun agar Najib membatalkan cukai GST. Mahathir juga menyatakan keyakinan rakyat akan menukar kerajaan pada PRU14, dimana perlaksanaan cukai GST adalah antara faktor utama penolakan terhadap BN, sekali lagi mengugat keyakinan rakyat terhadap kredibiliti kerajaan yang sedia ada dalam menjalankan secara konsisten terhadap cukai GST dinegara ini. Penerangan secara berterusan YB Datuk Hj. Ahmad Bin Hj Maslan menjelajahi seluruh Negara turut mendapat pelbagai kritikan dan pemulauan daripada pelbagai pihak termasuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan juga orang awam yang mengkritik Mazlan sebagai kurang cerdik mahupun “bodoh’. Ulasan Tun Mahathir terhadap kepimpinan Mazlan yang dikatakan tidak wajar dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan, dan Mahathir menyatakan Mazlan tidak mengetahui apa-apa berkaitan isu pengurusan kewangan turut menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan kian merudum. Kesukaran pengawalan harga barangan yang tinggi serta desakan pelagai pihak termasuk Pembangkang secara berterusan melalui kempen “Kita Lawan GST” yang disertai ratusan ribu perarakan seluruh Negara,turut memberikan gambaran bahawa rakyat sedang menolak perlaksaan GST serta kepimpinan kerajaan secara berterusan.

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 903

Pembongkaran kewujudan sebuah Restoran utama di Shah Alam yang diharapan ke Makahmah GST disebabkan gagal mematuhi arahan mendaftarkan operasi syarikat dengan pihak berkuasa (Kastam) juga menunjukan antara kelemahan kerajaan untuk mengawal secara keseluruhan sebelum GST diperkenalkan pada 1 April 2015. Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor (DUN), yang menolak perlaksaan GST terhadap Rakyat di Negeri berkaitan atas hujah baginda, Kerajaan Persekutuan sewajarnya mencari alternatif penjanaan kewangan Negara secara lebih efisen daripada membebankan rakyat dengan pengenalan cukai GST, pendekatan GST langsung tidak masuk akal serta memberikan bebanan kepada rakyat di Negeri berkaitan, sebagai nada keras daripada Baginda Sultan Johor terhadap kepimpinan kerajaan Persekutuan. Baginda turut menitahkah agar Kerajaan Negeri khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) Johor tidak mengenakan GST terhadap perkhidmatan sedia ada, dan perlu memohon pengecualian daripada Kerajaan Persekutuan. Tindakan yang sama diambil oleh YAB Menteri Besar Selongar dan juga YAB Ketua Menteri Sarawak yang menyerapkan Cukai GST diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mahupun Majlis Perbandaraan berkaitan. 4. Pernyataan Tujuaan Penyelidikan ini direalisasikan untuk mengenalpasti penerimaan rakyat diakar umbi, khususnya pengundi berpotensi terhadap dasar perlaksanaan GST yang diperkenalkan oleh kerajaan mulai 1 April 2015. Melalui kajian ini juga pelbagai andaian awal,tafsiran serta kritikan daripada pelbagai pihak dapat ditangani serta diberikan kesimpulan secara imperikal melalui hasil dapatan kajian terhadap kumpulan sasaran. Kajian ini juga mampu memberikan penilaian awal terhadap kredibiliti kerajaan serta justifikasi kerajaan untuk terus mempertahankan mahupun menghapuskan dasar GST yang telah diperkenalkan, mahupun memurnikan semula dasar GST kepada pendekatan yang lebih rasional dan meliputi kemampuan kuasa beli serta mengambil kira pendapatan berkapita rakyat di Negara ini, secara pratikal daripada andaian teoritikal sahaja. Secara umumnya kajian ini meliputi pandangan Ahli Politik Kerajaan, Pembangkang, Golongan Akademik,Para Perniaga, Kakitangan Perkhidmatan Awam dan juga Pelajar IPTA (UiTM /UPM). 4.1 Tujuan Umum Kajian Memastikan apakah tahap penerimaan terhadap perlaksanaan GST oleh rakyat di Negara ini secara konsisten dan bagaimana pendekatan kerajaan untuk memberikan keyakinan kepada rakyat dari semasa ke semasa. 4.2 Tujuan Khusus Kajian Diperingkat ini, penyelidikan berkaitan memberikan perhatian serius terhadap elemen perlaksanaan, penerimaan dan kejayaan pengenalan dasar GST secara total oleh rakyat serta perniaga di Negara ini, dengan mengambil kira :

i. Untuk mengetahui sejauh manakah rakyat dan perniaga memahami dasar GST dalam kehidupan seharian mereka, khususnya apabila berhadapan dengan isu perkhidmatan serta pembelian barangan keperluan harian.

ii. Untuk mengetahui secara imperikal berkaitan keberkesanan perlaksanaan GST di Malaysia.

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 904

iii. Untuk mencari formula mahupun pendekatan terbaik dalam mengimplementasikan dasar GST di Malaysia secara lebih objektif dan realistik serta mampu diterima oleh majoriti rakyat dan perniaga di Negara ini.

5. Persoalan Kajian

1. Apakah punca utama perlaksaan GST ditolak sebahagian besar daripada rakyat di Negara ini. 2. Apakah pelaksanaan GST benar-benar mendapat sokongan dari kalangan pemimpin dan

rakyat di Negara ini. 3. Apakah kerajaan mampu menterjemahkan perlaksanaan SST kepada GST secara konsisten

kepada pengguna di Negara ini.

6. Objektif Kajian 1. Mengenal pasti punca utama GST ditolak oleh rakyat. 2. Menganalisis perlaksanaan GST mendapat sokongan pemimpin dan rakyat. 3. Memastikan kemampuan kerajaan menterjemahkan dasar GST kepada rakyat.

7. Kepentingan Kajian Secara umumnya hasil dapatan kajian akan menyumbang kepada perkara-perkara berikut:

i. Hasil dapatan kajian akan membantu pihak Kerajaan Pusat , Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Tempatan untuk menimbangkan semula pendekatan perlaksanaan GST terhadap rakyat dan para perniaga di Negara ini.

ii. Membantu Kerajaan dan Jabatan KASTAM Diraja Malaysia untuk menilai semula dasar perlaksanaan GST dari 6% cukai Perkhidmatan Barangan dan Perkhidmatan kepada cukai yang lebih rendah (3%) mahupun membatalkan terus pengenalan GST dan mencari altenatif lain untuk rasionalisasi pembangunan Negara yang lebih mampan.

iii. Menilai sokongan rakyat kepada Kepimpinan Kerajaan, Barisan Nasional (BN) secara serius agar pada Pilihanraya Ke 14 (PRU14) Kerajaan tidak tolak secara konsisten oleh majoriti rakyat dan akhirnya kerajaan hilang kuasa mutlak untuk memimpin hanya kerana mengunapakai pendekatan GST untuk menjana pendapatan secara efisen dan segera daripada rakyat diakar umbi, yang mana antara faktor utama kekangan perlaksanaan GST adalah pendapatan berkapita rakyat rendah, disamping kuasa membeli yang lemah.

8. Batasan Kajian Kajian ini terbatas disebabkan tidak mencakupi majoriti responden dan kepelbagaian dari segi penerimaan maklumat serta tinjauan secara kelompok besar meliputi majoriti rakyat di Negara ini. Kajian ini juga tidak memberikan gambaran tepat terhadap sokongan para pengundi disesuatu lokaliti Peti Undi secara mutlak dan tepat. Kajian ini turut tidak memberikan fokus utama terhadap rakyat dari kalangan penduduk Bandar dan Luar Bandar secara setara. Perbandingan antara Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta serta ketidak mampuan untuk menjalankan kajian dari kalangan Universiti Awam Bumiputera berbanding Universiti Silang Budaya, Agama serta Bangsa. Ketelusan dan keterbukaan untuk menjawab soalan dari kalangan respon lantaran kebimbangan menjawab soalan-soalan sensetif berkaitan dasar GST yang diperkenalkan oleh Kerajaan serta isu sokongan kepada parti politik turut menjadi halangan utama

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 905

sepanjang kajian di jalankan, melainkan wujud arahan rasmi secara terbuka dan matang diatas kesediaan pihak pemerintah mahupun Pusat Tanggungjawab (PTJ) untuk memberikan dana dan kelulusan agar satu kajian bersifat akademik, santifik serta imperikal dijalankan demi memastikan kebenaran penyelidikan serta realiti sokongan rakyat terhadap perlaksanaan GST dan sokongan terhadap BN pada PRU14. Kekangan untuk mendapatkan kebenaran dari kalangan Gedung Pusat Membeli Belah terkenal seperti Mydin dan Tesco (amalan birokrasi) serta prosidur memajukan surat dahulu dan menunggu keputusan untuk menemubual CEO berkaitan. 9. Kerangka Teoretikal Merujuk pandangan dan pendekatan kajian diukur melalui pendekatan kualitatif dan juga kuantatif secara kolaberasi yang akan mendapatkan pandangan,penerimaan dan tindak balas terhadap perlaksanaan GST oleh kepimpinan Kerajaan yang sedia ada di Negara ini.

KEMAMPUAN - SOKONGAN - TINDAKAN

PERLAKSANAAN? PENERIMAAN? KEJAYAAN?

Wawasan 2020, Negara Maju, Pendapatan Tinggi, Peningkatan Kuasa Membeli,Masyarakat, Kestabilan

MODEL GST : Kemampuan, Sokongan dan Tindakan Berdasarkan kepada model yang diketengahkan beberapa kesan positif dalam mendapatkan maklumbalas rakyat terhadap perlaksanaan GST di Negara ini dapat dijawab secara imperikal dan santifik. Antaranya:

i. Kemampuan kerajaan menilai secara rasional dan berfakta terhadap penerimaan dasar GST secara keseluruhan oleh rakyat dan para perniaga di Negara ini.

ii. Kemampuan untuk menimbangkan semula pendirian perlaksanaan GST di Negara ini untuk jangka masa pendek mahupun panjang.

iii. Kemampuan untuk memurnikan semula pendekatan perlaksanaan GST. iv. Mempunyai data secara tepat berkaitan sokongan rakyat dan pengundi terhadap

kerajaan pada PRU14. v. Menilai penerimaan kempen berterusan dan pemahaman rakyat terhadap GST melalui

media massa serta penerangan melalaui Wakil Rakyat Kerajaan disetiap Peti Undi.

GST PRU14

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 906

10. Sorotan Literatur Nilai kesetiaan ,kepercayaan dan keyakinan kepada kerajaan kian merudum, disebabkan perlaksanaan dasar polisi yang ditanggap oleh majoriti rakyat di Negara ini, amat membebankan dan tidak berperikemanusiaan. Sebagai contoh perlaksaan dasar GST bukan sahaja ditentang oleh pemimpin pembangkang, rakyat, pelajar IPT, belia orang awam malah turunt mendapat bantahan dan sindiran daripan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Muhammed yang menyatakan pada era kepimpinan beliau hampir 22 tahun, tidak pernah diperkenalkan dasar GST, namun Negara tetap maju. Bila dinilai isu taat setia serta kepercayaan, digambarkan sebagai bersifat mutlak menurut Chandra (1979) yang akhirnya diulas beliau lebih bersifat relatif. Merujuk teori Hieraki Keperluan Maslow (1954), yang menjelaskan motivasi keperluan manusia yang juga berteraskan kepada kehendak fisilogikal,keselamatan,kepentingan sosial, penghargaan diri dan akhirnya manusia perlu kesempurnaan diri mutlak, namun apabila hak, kebajikan, keselamatan serta keperluan asas rakyat tergugat, akibat perlaksaaan dasar GST yang drastik serta mengorbankan pelbagai hak kebajikan rakyat, maka kebangkitan rakyat mulai disuarakan dalam pelbagai platform dan tindakan, termasuk melalui penolakan kepimpinan dan juga undi protes pada PRU14 yang bakal direalisasikan pada 2018. Maka itu sifat taatsetia pada kerajaan tidak timbul, apabila rakyat mulai hilang kepercayaan dan keyakinaan serta kesetiaan rakyat mulai beralih kepada kepimpinan parti pembangkang. Merujuk kepada pengaruh media serta kemampuan media menyalurkan maklumat terkini berkaitan sesuatu isu yang disenangi atau tidak oleh rakyat mampu diterjemahkan melalui pandangan Giddens (1999) sebagai ‘gobal cosmopolitan society”. Smith dan Baylis (1997) menjelaskan sebagai globalisasi politik di mana wujud budaya yang berbentuk global iaitu penduduk dunia yang mempunyai budaya kehidupan yang hampir sama antara satu sama lain dan mula berkongsi satu budaya politik yang sama. Peralihan sokongan terhadap kerajaan sebagai parti pemerintah dapat dilihat melalui ulasan, kritikal, cemuhan dan perhimpunan rakyat pelbagai lapisan kaum, etnik, ras dan jantina tanpa mengira tahap pendidikan, baik di Bandar mahupun luar Bandar. Kejadian sebahagian pencarum simpanan Tabung Haji dan KWSP yang mulai mengeluarkan wang simpanan dan caruman, lantaran hilang kepercayaan terhadap organisasi berkaitan memperlihatkan rakyat menyelemi penyebaran berita penyelewengan dana 1MDB dan peburan Tabung Haji melalui laman sosial, media perdana serta pelbagai medium yang sedia ada. Merujuk Azubike (2009), pembayaran cukai adalah norma lumrah bagi rakyat di sesebuah Negara, justeru kerajaan dilihat mampu menjadikan kutipan cukai yang dikenakan sebagai alternatif untuk mendapatkan sumber kewangan Negara yang lebih mampan dan mantap. Perlaksanaan dan kutipan cukai juga dianggap kewajiban oleh kerajaan terhadapnya rakyatnya untuk mengutip hasil levi, disamping mewujudkan kesejahteraan pembangunan ekonomi untuk pembangunan Negara dan rakyat (Appah,2004:Appah dan Oyandonghan,2011). 11. Metodologi Penyelidikan ini dijalankan dengan mengunakan kaedah tinjauan kuantitatif dan juga kualitatif. Pendekatan menebual tokoh-tokol kredibel dari kalangan ahli politik Kerajaan dan Pembangkan serta para Perniaga Gedung Jualan seperti AEON BiG Alamanda Putrajaya, serta para perniaga disekitar Negeri Melaka. Pengedaran borang soal selidik juga akan diedarkan dari kalangan hampir 386 orang Pelajar, Fakulti Perladangan Dan Agroteknologi (146 orang), Fakulti Perakaunan Universiti

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 907

Teknologi MARA (UiTM) Melaka (128 orang) dan juga Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang Selangor (112 orang). 12. Dapatan Kajian Perincian berkaitan Umur Responden:

UMUR

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Valid

18-21 67 15. 4 15. 4 15. 4

22-25 318 73. 3 73. 3 88. 7

26-29 11 2. 5 2. 5 91. 2

30 KE ATAS 38 8. 8 8. 8 100. 0

Total 434 100. 0 100. 0

Penyelidikan direalisasikan dari kalangan Penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPTA), Belia dan juga rakyat sebagai pengundi di Negara ini. Seramai 2. 5 % responden adalah berusia 26 hingga 29 tahun, 9% berusia 30 tahun ke atas, 16% berusia 21 tahun dan sebanyak 74% adalah mewakili populasi yang besar dari kalangan responden yang berusia 22 hingga 25 tahun, adalah juga merupakan penuntut IPT di Negara ini. 12.1. Nisbah antara Lelaki dan Wanita :

JANTINA

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Valid

LELAKI 132 30. 4 30. 4 30. 4

PEREMPUAN 302 69. 6 69. 6 100. 0

Total 434 100. 0 100. 0

Kajian ini juga dilakukan dari kalangan 434 reponden, sebahagian besarnya adalah dari kalangan responden wanita yang berjumlah 302 orang yang mewakili 70% dan diikuti sebanyak 132 orang lelaki dengan peratusan sebanyak 31% responden. 12.2. Demografi Keturunan Responden:

KETURUNAN

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Valid

M 380 87. 6 87. 6 87. 6

C 15 3. 5 3. 5 91. 0

I 21 4. 8 4. 8 95. 9

L 18 4. 1 4. 1 100. 0

Total 434 100. 0 100. 0

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 908

Nisbah penyelidikan tertinggi dicatatkan dari kalangan kaum Melayu berbanding kaum lain di Negara ini. Hampir 88% adalah kaum Melayu, diikuti 5 % India , Cina seramai 3. 5%, Lain-lain kaum berjumlah 4. 1%. Populasi Pelajar IPT yang meliputi Pelajar UPM dan UiTM adalah fokus utama dalam penyelidikan ini. 12.3. Taraf Pendidikan Responden:

PENDIDIKAN

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Valid

SPM / STPM 16 3. 7 3. 7 3. 7

SIJIL / DIPLOMA

5 1. 2 1. 2 4. 8

IJAZAH 386 88. 9 88. 9 93. 8

SARJANA 27 6. 2 6. 2 100. 0

Total 434 100. 0 100. 0

Majoriti responden adalah merupakan Pelajar Tahun akhir Ijazah Sarjana Muda, Perakaunan,UiTM Alor Gajah Melaka, Perladangan Agroteknologi,UiTM Kampus Jasin dan Komunikasi Bahasa UPM Serdang yang meliputi 89% secara keseluruhannya, diikuti 6% golongan Pensyarah Akademik bertaraf Sarjana (Master) UiTM Alor Gajah Melaka, 1. 2% pemegang Sijil atau Diploma dan sebanyak 4% pemegang SPM dan STPM. 12.4. Peganutan Agama Responden:

AGAMA

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Valid

ISLAM 391 90. 1 90. 1 90. 1

BUDDHA 16 3. 7 3. 7 93. 8

KRISTIAN 6 1. 4 1. 4 95. 2

HINDU 21 4. 8 4. 8 100. 0

Total 434 100. 0 100. 0

Penganut dari kalangan Agama Islam adalah mewakili majoriti besar dalam kajian ini yang terdiri sebanyak 90. 1%, diikuti Agama Hindu seramai 5%, Buddha seramai 4%, dan juga Kristian seramai 1. 4% . 12.5. Status Perkahwinan Responden:

STATUS

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Valid

BUJANG 389 89. 6 89. 6 89. 6

BERKAHWIN 44 10. 1 10. 1 99. 8

BERCERAI 1 . 2 . 2 100. 0

Total 434 100. 0 100. 0

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 909

Sebanyak 90% responden adalah berstatuskan bujang, 10. 1% telah berumahtangga dan 1% telah bercerai. 12.6. Pekerjaan Responden:

PEKERJAAN

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Valid

PELAJAR 390 89. 9 89. 9 89. 9

KERAJAAN 28 6. 5 6. 5 96. 3

SWASTA 10 2. 3 2. 3 98. 6

SENDIRI 2 . 5 . 5 99. 1

TIDAK BEKERJA 4 . 9 . 9 100. 0

Total 434 100. 0 100. 0

Majoriti responden tidak bekerja disebabkan mereka masih menuntut di tahun akhir pengajian IPT yang meliputi 90%, diikuti 6. 5% kakitangan kerajaan terdiri dari kalangan Pensyarah Akademik UiTM Melaka, 2. 3% pula adalah dari kalangan pekerja swasta. 12.7. Purata Pendapatan Responden:

PENDAPATAN

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Valid

0 387 89. 2 89. 2 89. 2

500-1500 12 2. 8 2. 8 91. 9

1501-3000 9 2. 1 2. 1 94. 0

3001-4500 2 . 5 . 5 94. 5

4501-KEATAS 24 5. 5 5. 5 100. 0

Total 434 100. 0 100. 0

Tiada pendapatan adalah mewakili majoriti pelajar IPT dengan 90%, diikuti 5. 5% berpendapatan RM4,500 ke atas yang merupakan pensyarah akademik, diikuti 2. 8% kakitanga Kerajaan mahupun Swasta dengan kadar pendapatan sebanyak RM 1,500, manakala 2. 1% berpendapatan melebihi RM1,500. 12.8. Pengetahuan Berkaitan GST:

PENGETAHUAN GST

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Valid

YA 391 90. 1 90. 1 90. 1

TIDAK 43 9. 9 9. 9 100. 0

Total 434 100. 0 100. 0

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 910

Sebanyak 90%, daripada responden memaklumkan bahawa mereka amat menyedari perlaksanaan GST di Negara ini mulai 1 April 2015, manakala hampir 10% menyatakan mereka tidak pasti mahupun kurang maklumat berkaitan, perlaksaan GST di Negara ini. Kurang pemahamanan berkaitan GST mungkin disebabkan sikap tidak peka dan tidak mahu ambil maklum terhadap apa sahaja dasar dan polisi kerajaan mahupun disebabkan mereka masih menuntut sebagai pelajar IPT dan belum diberikan tanggungjawab serta memiliki sebarang komitmen selain daripada memberikan fokus terhadap isu akademik semata-mata. 12.9. Pengetahuan berkaitan kadar cukai daripada 10% kepada 6%:

KADAR CUKAI

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Valid

YA 357 82. 3 82. 3 82. 3

TIDAK 77 17. 7 17. 7 100. 0

Total 434 100. 0 100. 0

Sebanyak 82% menyatakan mereka faham berkaitan penurunan dan penetapan kadar GST sebanyak 6% daripada 10%, manakala 18% masih tidak faham dan keliru disebabkan mereka adalah pelajar IPT yang lebih banyak memberikan fokus akademik . 12.10. Pemahaman Terhadap Dasar GST:

PEMAHAMAN GST

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Valid

YA 326 75. 1 75. 1 75. 1

TIDAK 108 24. 9 24. 9 100. 0

Total 434 100. 0 100. 0

Hampir 75% responden menyatakan pemahaman yang jelas terhadap perlaksanaan GST di Negara ini yang diperkenalkan pada 1 April 2014, manakala sebanyak 25% telah menyatakan kecelaruan dan kurang minat terhadap pengenalan dasar GST di Negara ini. 12.11. Sokongan Pemimpin terhadap GST:

SOKONGAN PEMIMPIN TERHADAP GST

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Valid

YA 130 30. 0 30. 0 30. 0

TIDAK 304 70. 0 70. 0 100. 0

Total 434 100. 0 100. 0

Hampir 70% dari kalangan responden yang berpendirian bahawa pendekatan Kerajaan Malaysia memperkenalkan GST amat tidak sesuai dan tidak diterima 100% oleh Wakil Rakyat, khususnya parti Pembangkang. Dari kalangan Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) kebanyakannya bersikap berkecuali dan tidak berani memberikan komen secara terbuka, walaupun tidak bersetuju terhadap

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 911

perlaksanaan GST di Negara ini. Namun demikian 30% daripada responden turut menyatakan bahawa GST dilaksanakan dengan mendapat mandat daripada Parlimen, setelah dibahaskan di Dewan Negara. 12.12. Sokongan Rakyat Terhadap Perlaksanaan GST:

SOKONGAN RAKYAT TERHADAP GST

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Valid

YA 28 6. 5 6. 5 6. 5

TIDAK 406 93. 5 93. 5 100. 0

Total 434 100. 0 100. 0

Hasil dapatan berkaitan penerimaan dan sokongan rakyat terhadap perlaksanaan GST amat merudum dan negatif. Hampir 94% responden menolak perlaksanaan GST di Negara ini, manakala 7% sahaja yang menyokong. Penolakan berkaitan mungkin disebabkan kegagalan kerajaan untuk mengawal kenaikan harga dipasaran termasuk barangan import mahupun produk tempatan. Faktor nilai mata wang yang meleset juga menjadi indicator untuk penolakan tersebut termasuk kuasa beli rakyat mahupun pengguna yang rendah. 12.13. Penerimaan Kempen ‘Lawan’ Oleh Pembangkang dari kalangan Rakyat:

SLOGAN "LAWAN" WAJAR DITERUSKAN

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Valid

YA 284 65. 4 65. 4 65. 4

TIDAK 148 34. 1 34. 1 99. 5

3. 00 2 . 5 . 5 100. 0

Total 434 100. 0 100. 0

Slogan ‘Lawan” adalah pendekatan parti Pembangkang untuk mengajak rakyat turun ke perarakan di seluruh Negara untuk membantah perlaksanaan GST oleh kerajaan. Sebanyak 66% responden mengakui kempen lawan wajar diteruskan agar Kerajaan menimbangkan semula perlaksanaan GST dan desakan melalui kempen bantahan jalanan ini ditangap mungkin berhasil, manakala 35% rensponden tidak bersetuju dengan pendekatan kempen ‘lawan’ disebabkan membuang masa serta tidak bersistematik untuk dijalankan khususnya di Bandaraya dan Pusat tumpuan utama pelancong dan juga menghalang lalu-lintas. 12.14. Keyakinan Terhadap Kempen GST Melalui Media Perdana Negara:

YAKIN KEMPEN GST DI MEDIA

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Valid

YA 62 14. 3 14. 3 14. 3

TIDAK 372 85. 7 85. 7 100. 0

Total 434 100. 0 100. 0

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 912

Hampir 86% responden menyatakan pendekatan penerangan GST oleh media massa amat tidak efektif dan menyakinkan mereka, walaupun kerajaan mengeluarkan kos yang tinggi untuk mendorong media utama Negara meneruskan kempen GST secara konsisten. Pendekatan Media dilihat sebagai saluran penyedap hati kerajaan serta tidak mementingkan perasaan dan kemampuan rakyat. Namun sebanyak 15% responden merasakan diri mereka telah dipengaruhi media serta mereka mampu menerima penerangan kempen yang disalurkan oleh media. 12.15. Keyakinan Terhadap Penerangan YB Hj. Ahmad Hj. Maslan:

TAHAP KEYAKINAN PENERANGAN GST OLEH YB DATUK HJ. AHMAD BIN HJ. MASLAN

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Valid

YA 43 9. 9 9. 9 9. 9

TIDAK 391 90. 1 90. 1 100. 0

Total 434 100. 0 100. 0

Hasil dapatan juga menerangkan bahawa majoriti responden, khususnya golongan generasi muda (IPT) menolak sebarang bentuk penerangan yang disampaikan oleh YB Ahmad Maslan, memandangkan penerangan beliau di UiTM Shah Alam, pernah menjadi viral dalam media baru serta dicemuh oleh pelbagai pihak termasuk orang awam dan juga dari kalangan pemimpin politik yang lain. Penolakan siri penerangan beliau merentasi Negara amat tidak digemari, dengan merujuk pandangan hampir 91% responden, manakala 10% responden masih boleh menerima pandangan beliau, namun kumpulan berkaitan mungkin bukan dari kalangan generasi muda mahupun pelajar IPT. 12.16. Hasil Kutipan GST Untuk Pembangunan Negara:

GST UNTUK PEMBANGUNAN NEGARA

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Valid

YA 125 28. 8 28. 8 28. 8

TIDAK 309 71. 2 71. 2 100. 0

Total 434 100. 0 100. 0

Majoriti responden masih tidak yakin dan percaya dengan penerangan kerajaan termasuk YAB Perdana Menteri serta Jemaah Menteri berkaitan pengagihan kutipan GST akan disalurkan untuk kepentingan rakyat serta pembangunan Negara. Sebanyak 72% menolak pandangan kerajaan terhadap belanjawan yang bakal dilakukan termasuk kepada RM11. Keadaan ini turut disebabkan pembongkaran penyelewengan dana oleh 1MDB, Tabung Haji, kritikan berterusan Tun Dr. Mahathir bin Mohammed terhadap kepimpinan Perdana Menteri serta tahap defisit Negara yang mengalami penurunan berturut-turut. Hampir 30% responden masih menyatakan hasil kutipan GST wajar diteruskan, untuk memudahkan kerajaan mentadbir urus Negara dan juga meneruskan agenda pembangunan yang sedia ada.

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 913

12.17. Setuju Undi Pembangkang Pada PRU14:

SETUJU UNDI PEMBANGKANG PRU14

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Valid

YA 288 66. 4 66. 4 66. 4

TIDAK 146 33. 6 33. 6 100. 0

Total 434 100. 0 100. 0

Hampir 67% responden yang majoritinya merupakan pelajar IPT, menjangkau usia 21 tahun keatas telah nekad dan bersedia untuk memberikan sokongan terhadap parti Pembangkang pada PRU14, untuk mengambil alih pucuk kepimpinan Negara dan terus memansuhkan GST yang telah diperkenalkan dibawah kepimpinan Kerajaan BN. Golongan generasi muda dari kalangan pelajar IPT, walaupun tidak bekerja dan mereka tetap merasai bahang GST, apabila harga barangan dan perkhidmatan dipasaran tempatan meningkat. Generasi muda juga bimbang, apabila mereka memasuki pasaran pekerjaan, GST akan tetap menjadi penghalang utama terhadap pengurusan ekonomi diri dan keluarga. Namu hampir 34% responden, masih mahu meneruskan sokongan padu mereka kepada kerajaan yang sedia ada, walaupun GST dilaksanakan di Negara ini. 12.18. Taburan Populasi Responden Penyelidikan:

FAKULTI-IPT

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Valid

UiTM ALOR GAJAH -PERAKAUNAN

128 29. 5 29. 5 29. 5

UiTM JASIN-PERLADANGAN & AGROTEKNOLOGI

146 33. 6 33. 6 63. 1

UPM SERDANG - FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI

112 25. 8 25. 8 88. 9

KAKITANGAN UiTM MELAKA

27 6. 2 6. 2 95. 2

PENDUDUK TAMAN PENGKALAN INDAH 2 ALOR GAJAH MELAKA

21 4. 8 4. 8 100. 0

Total 434 100. 0 100. 0

Hampir 89% responden penyelidikan GST adalah merupakan pelajar IPT yang terdiri dari kalangan siswa dan siswi Universiti Putra Malaysia (UPM), Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi ( 112 orang pelajar), disertai pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka , Fakulti Perakaunan (128) dan juga Fakulti Perladangan Agroteknologi seramai 146 orang siswa dan siswi, manakala 6% adalah dari kalangan pensyarah Akademik UiTM Alor Gajah Melaka serta sebanyak 5%, adalah merupakan Penduduk Taman Pengakalan Indah 2 Alor Gajah Melaka. Penyelidikan difokuskan dari kalangan generasi muda IPT setempat dan turut mengambil sampel dari kalangan penjawat awam (Pensyarah Akademik) dan juga Rakyat sebagai pengundi akar umbi (Penduduk Taman Pengkalan Indah Alor Gajah Melaka).

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 914

12.19. Transkripsi Temubual Informan : Jadual 20. 1: Trankripsi Temu bual Perlaksanaan GST Akan Mengugat Undi BN Pada PRU14. Soalan 1: Adakah Perlaksanaan GST Benar-Benar Difahami Rakyat?

Soalan Respon Kod

Infoman 1 Y. B. Datuk Hajjah Norpipah Abdul (ADUN Rembia, Melaka)

Ramai yang tak faham, seperti orang kampung atau luar Bandar, mereka harap media massa dan kalau ada pun wakil rakyat turun padang, beri maklumat meluas kepada mereka, yang dibandar mungkin celik dan faham, lagipun mereka ada ilmu berpendidikan tinggi serta terlibat dalam urusniaga.

4 1 2, 4 2 6

Informan 2 YB Yaakob Sapari (ADUN Kota Anggerik Selangor)

Komen banyak sangat, ramai tak faham, kos meningkat rakyat mana mampu,lagipun tidak kena pada masanya GST dilaksanakan.

3,5

Informan 3 Dr. Noor Azam Abd. Aziz (Ketua RIG Strategic Human Resource Management, UiTM Kampus Bandaraya Melaka)

Penerangan kerajaan melalui media memang ada, ramai yang dapat maklumat namun mungkin perlaksanaanya agak tidak sama dengan penerangan media, dia beza antara retorik dan pratikal, isu tak boleh kawal harga barang, semua naik, susahlah rakyat marah.

1 1,6 5

Informan 4 En. Sulaiman Muiyan Abdullah (Pengurus Pemasaran Pasaraya AEON BiG Alamanda, Putrajaya

Kampung-kampung, pakcik, makcik semua itu tak faham, sebab mereka golongan pendapatan rendah, kebanyakan ikut sahaja, tapi beban mereka tetap terasa, memang tak fahamlah kalau ikutkan.

4 5

Soalan Respon Kod

Infoman 5 SK Oriental Enterprise (Pengurus, Kedai Barangan Serbaneka, Tmn. Pengakalan Indah, Alor Gajah, Melaka)

Rakyat memang tak boleh terima, lah, semua orang lagi asyik bising saje. . 6% dia orang cakap sangat banyak, setiap kali datang beli barang ha…tanya saje ada GST tak, kita orang mau jual pun tak de syok ma…

5,6

Informan 6 En. Ragini Bala (Pengurus Mini Market, Prima Alor Gajah Melaka)

Dia orang semua faham, tapi mengejut kerajaan buat, apa boleh buat ikut sahajalah, kalau tak de suka tak kan tak mau ikut, habis siapa mahu bayar GST.

3 5 6

Informan 7 En. Kumar Amraelal (Pengurus Pengusa Perabut, Alor Gajah Melaka)

Kalau nak cakap rakyat faham, tapi mungkin yang dah tua, orang kampung pendalaman tu kurang sikit pemahaman tentang GST, tapi macam kita orang terpelajar, orang Bandar semua tetap faham.

4 2,4

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 915

Informan 8 En. Koh Siong (Pengurus Bengkel Motorsikal, Rembia Melaka)

Dia orang rakyat semua ada yang faham, ada yang tak boleh buat apa-apa ikut sahaja, tapi kesian lo. . cam ni orang susah tak de mampu beli barang, lagi ambik barang lama, dia orang pakai sahaja, sekarang banyak susah banyak orang complain.

3,5,6

PENENTUAN KOD :

Bil Faktor Huraian Informan

1 Penerangan Media Massa - mereka harap media massa. - Penerangan kerajaan melalui media

memang ada. - penerangan media, dia beza.

3

2 Pendidikan Dan Celik Akal - yang dibandar mungkin celik. - ilmu berpendidikan tinggi. - macam kita orang terpelajar.

3

3 Dasar Kerajaan - tidak kena pada masanya GST dilaksanakan.

- tapi mengejut kerajaan buat. - ikut sahaja.

3

4 Lokaliti Bandar & Luar Bandar - orang kampung atau luar Bandar. - yang dibandar mungkin celik. - Kampung-kampung, pakcik, makcik

semua itu tak faham. - kampung pendalaman tu kurang. - orang Bandar semua tetap faham.

5

5 Kurang Kemampuan - tidak kena pada masanya GST dilaksanakan.

- tak boleh kawal harga barang. - kebanyakan ikut sahaja. - 6% dia orang cakap sangat banyak. - apa boleh buat ikut sahajalah. - orang susah tak de mampu beli barang.

6

6 Penglibatan Dalam Urusniaga - terlibat dalam urusniaga. - dia beza antara retorik dan pratikal. - setiap kali datang beli barang ha. . - habis siapa mahu bayar GST. - orang susah tak de mampu beli barang,

5

Hasil penyelidikan secara kualitatif temubual bersemuka dengan para informan kredibel, berkaitan persoalan tahap pemahaman GST oleh majoriti rakyat di Negara ini, mendapati faktor kurang kemampuan mahupun kuasa beli yang terhad serta kedudukan geografi (lokaliti) Bandar dan luar Bandar turut menyumbang kepada kesukaran rakyat memahami dasar GST disamping itu faktor ketiga pula adalah berkaitan penglibatan dalam urusniaga pembelian sebagai keperluan harian turut mencetuskan tekanan dan kebimbangan disebabkan setiap pembelian dan perkhidmatan tetap melibatkan pembayaran GST secara konsisten.

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 916

Sebagai saranan mungkin pihak berkuasa tempatan seperti Kastam Diraja Malaysia mahupun Kerajaan Persekutuan mampu mengkaji terlebih dahulu pendapatan berkapita majoriti masyarakat yang masih rendah serta kuasa beli mereka turut terjejas, peningkatan pendapatan berkapita rakyat seperti dari kalangan Negara maju mungkin akan menangani kekangan tersebut. Penerangan secara meluas dari kalangan penduduk luar Bandar serta bukti pembangunan untuk golongan tersebut di kawasan luar Bandar akan membuka mata dan turut memudahkan penerimaan dan pemahaman terhadap GST. Kempen kerajaan yang meluas terhadap pembelian barangan buatan tempatan mahupun domestik akan turut membantu mengawal kenaikan harga barangan serta kemampuan kuasa beli rakyat yang sememangnya amat memerlukan barangan keperluan harian. 12.20. Transkripsi Temubual Informan : Jadul 20. 2: Trankripsi Temu bual Perlaksanaan GST Akan Mengugat Undi BN Pada PRU14. Soalan 1: Adakah GST mampu menyumbang kepada pembangunan Negara?

Soalan Respon Kod

Infoman 1 Y. B. Datuk Hajjah Norpipah Abdul (ADUN Rembia, Melaka)

Memang usaha kerajaan adalah untuk mencari alternatif penjanaan kewangan, dalam konteks Negara berhadapan dengan masalah ekonomi dan penurunan kadar mata wang, bahan api dan sumber bahan mentah kian berkurangan, maka keterbergantungan terhadap petroleum amat tidak munasabah, dan saya rasa GST adalah altenatif untuk mencari jalan pengukuhan dana kewangan Negara untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat, Cuma kita mahu memastikan jangan sampai perniaga lari dari bayar cukai.

1 2,4 1 3,5

Informan 2 YB Yaakob Sapari (ADUN Kota Anggerik Selangor)

Saya melihat kerajaan gagal, malah Kerajaan mengalami defisit belanjawan sejak tahun 1998, isu kegawatan ekonomi sehingga sekarang defisit kita hampir 16 tahun berturut-turut, ini akan buat kerajaan bankrupt. Perbelanjaan subsidi rakyat telah dikurangkan kepada 7. 3 bilion pada 2014, ini ditambah hutang Negara pada tahun 1999, kita hanya berhutang sebanyak RM99 billion tetapi sekarang apa sudah jadi, hutang Negara sebanyak RM568. 2 billion. Kerajaan bagi BRIM kepada golongan rakyat bahawahan tapi bukan banyak membantu dan bukan semua perolehi BRIM, Tun Mahathirpun tidak setuju dengan BRIM. GST ini mungkin idea mereka untuk tebus wang rakyat kearah menyelesaikan hutang Negara.

4 2 1,3,5

Informan 3 Dr. Noor Azam Abd. Aziz (Ketua RIG Strategic Human Resource Management, UiTM Kampus Bandaraya Melaka)

Pada teorinya mungkin tapi soal bicara realiti ada kekangan,sebab apa yang dikatakan atau penerangan awal tidak sama dengan perlaksanaan, kerajaan tidak mampu kawal kenainkan harga barang, contoh mesin ATM kenakan caj perkhidmatan yang sepatutnya tidak perlu, mungkin kerajaan perlu fokus bayaran hutang Negara akibat defisit, dan jika dilihat dalam penerangan di media dengan perlaksanaan GST kerajaan akan perolehi 80 billion, maka perkiraan itu memang telah dan terpaksa dirancang dari awal dan diterjemahkan dalam bentuk GST. Lagipun jika dilihat GST di Negara maju agak berbeza, barangan jualan mereka lebih murah sebab dijual pukal atau kuantiti yang banyak di Malaysia kita beli dalam unit yang kecil dan mahal pulak tu, itu belum cerita isu mata wang jatuh, kuasa beli rakyat dan taraf pendapatan yang rendah, saya rasa kerajaan tersilap sebab GST diperkenalkan dalam keadaan yang tidak stabil.

2,4 1,5

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 917

Informan 4 En. Sulaiman Muiyan Abdullah (Pengurus Pemasaran Pasaraya AEON BiG Alamanda, Putrajaya

Saya rasa tidak membantu sepenuhnya jika rakyat susah dan kerajaan salah urus dana yang dikutip melalui GST. Keputusan perkenalkan GST bukan pada masanya, jika dilihat Singapura GST mereka 7%, pendapatan rakyat mereka tinggi, mata wang mereka stabil, rakyat dan Negara mereka mampu, GST pun terkawal, tapi Malaysia lain, kita patut belajar dari Singapura, saya tidak yakin juga PM kata KDNK akan capai 4. 5%, nanti kita tengok macam mana.

1,2,5 4

Soalan Respon Kod

Infoman 5 SK Oriental Enterprise (Pengurus, Kedai Barangan Serbaneka, Tmn. Pengakalan Indah, Alor Gajah, Melaka)

Itu duit GST memang kerajaan kena buktikan pembangunan, dia tidak boleh makan semua, rakyat tahu ma. . ,tapi rakyat cakap dia kerajaan tipu, kalau betul mahu buat Negara membangun, baiklah itu sahaja. Sekarang kita kena keluar modal, staf, keyin dalam sistem banyak susahlah.

1,5 6

Informan 6 En. Ragini Bala (Pengurus Mini Market, Prima Alor Gajah Melaka)

Kerajaan perlu wang, jika tak de GST mana ada wang untuk urus Negara dan pembangunan, itu sebab di buat GST, tapi gaji rakyat rendah susah juga kalau buat GST,mana mereka mampu bayar.

1,2,3 4,5

Informan 7 En. Kumar Amraelal (Pengurus Pengusa Perabut, Alor Gajah Melaka)

Saya rasa kita Negara ekonomi pertengahan, kita tidak maju berbanding Negara lain, income rakyat belum mantap, jika nak buat GST untuk pembangunan Negara tak bolehlah sebab kita bukan macam Singapura, bab pembangunan wang dibelanjakan saya tidak pasti cara mana dan kemampuan kerajaan sebab sebelum inipun banyak kes penyelewengan.

5

Informan 8 En. Koh Siong (Pengurus Bengkel Motorsikal, Rembia Melaka)

Kita tak pasti, apa kerajaan belanja wang GST macam mana, tapi sekarang rakyat susah orang gaji tak besar, banyak susah, kadang datang kedai motor mintak barang lama atau barang saya buang, ada yang mahu hutang tampal tiup tayar motorpun susah, ramai datang kedai banding harga sebab takut barang saya jual mahal sebab GST, tapi betul barang import ada mahal, sekarang kita banyak keluar wang cari pekerja, komputer,masa mahu keyin dan uruskan sistem GST, ada orang tua orang lama jual motor sudah mati bunuh diri sebab banyak tekanan ada yang sudah tutup kedai, tak tahan GST.

5 6

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 918

PENENTUAN KOD :

Bil Faktor Huraian Informan

1 Alternatif penjanaan kewangan Negara.

- alternatif penjanaan kewangan. - GST adalah altenatif. - GST ini mungkin idea mereka. - jika tak de GST mana ada wang.

7

2 Masalah ekonomi dan kewangan Negara.

- masalah ekonomi. - isu kegawatan ekonomi. - fokus bayaran hutang. - Kerajaan perlu wang.

5

3 Tanggungjawab bayar cukai (GST). - perniaga lari dari bayar cukai. 3

4 Belanjawan defisit. - Kerajaan mengalami defisit. - bayaran hutang Negara akibat

defisit.

5

5 Kerajaan perlu buktikan pembangunan.

- belanja wang GST macam mana. - kerajaan kena buktikan

pembangunan.

8

6 Kos pengurusan kakitangan meningkat.

- banyak keluar wang cari pekerja. 2

Hasil penyelidikan secara kualitatif temubual bersemuka dengan para informan kredibel, berkaitan persoalan adakah GST mampu menyumbang untuk pembangunan Negara, majoriti informan tidak yakin dengan ketelusan kerajaan menguruskan pengagihan belanjawan Negara melalui hasil kutipan cukai GST mungkin mencecah 80 billion, kehilangan kepercayaan rakyat mungkin mampu dikaitkan dengan pembongkaran dan pendedahan isu penyelewengan dana 1MDB, pengurusan Wang Tabung Haji sedang dibahaskan secara kritikal dan berterusan oleh para pemimpin dan rakyat di Negara ini. Kebanyakan informan bersetuju bahawa kerajaan terpaksa mewujudkan cukai GST disebabkan mencari alternatif sumber pendapatan Negara untuk membayar hutang Negara yang mencecah hampir RM550 billion dan mengawal pengurusan ekonomi Negara secara berhemah. Krisis ekonomi yang merudum dan belajawan defisit Negara yang berterusan juga diyakini informan sebagai indikator, untuk kerajaan meneruskan dengan kosisten GST di Negara ini. Sebagai saranan kerajaan wajar menjelaskan permasalah utama yang dihadapi oleh Negara termasuk pendedahan isu defisit serta hutang Negara kepada IMF, disamping membetulkan semula sistem pengurusan ekonomi Negara. Kerajaan juga wajar bersikap lebih professional dan telus dalam menguruskan wang amanah serta hasil pendapatan GST. Pendakwaan terhadap CEO, Ahli Lembaga Pengarah dan juga pihak yang menyalahgunaan dana wang awam serta wang syarikat wajar diheret ke Makahmah dan didak serta dipecat, tindakan kerajaan dalam menangani isu 1MDB serta Tabung Haji akan menjadi benchmark, kepada rakyat untuk lebih yakin dengan tindakan kerajaan yang sedia ada.

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 919

Transkripsi Temubual Informan : Jadul 20. 3: Trankripsi Temu bual Perlaksanaan GST Akan Mengugat Undi BN Pada PRU14. Soalan 1: Apakah faktor utama GST ditolak Rakyat?

Soalan Respon Kod

Infoman 1 Y. B. Datuk Hajjah Norpipah Abdul (ADUN Rembia, Melaka)

Saya melihat kelemahan kepada BN sendiri dalam terjemahkan GST kepada rakyat melalui media, jika ada YB Hj. Ahmad Maslan sahaja yang bersuara yang lain bagaimana?. Perniaga menaikan harga mengikut nafsu mereka, tiada kawalan harga dari Kementerian, mengapa hanya isu bendeh sahaja yang dinilai kadar harganya, bagaimana barangan lain, sepatutnya satu kajian terperinci dijalankan berkaitan kawalan harga barangan harian dan runcit sebelum GST dilaksanakan atau selepas perlaksanaan GST. Jika dilihat PM juga gagal menjawab pelbagai persoalan seperti isu 1MDB, Peyelewengan dana Tabung Haji,kerajaan amat perlu fokus harga barangan import, sekarang ini rakyat atau penguna dikerah bayar 6% GST dan 6% lagi kenaikan harga barangan tanpa kawalan oleh para peruncit atau penjual. Nilai mata wang mulai surut, lagilah rakyat merungut.

1 2 2 4 2 5

Informan 2 YB Yaakob Sapari (ADUN Kota Anggerik Selangor)

Mana rakyat tak marah, penjual burgerpun merungut, dia beli barang lain, kena GST, so dia akan naikan harga produk dia kepada pengguna. Contoh jelas harga pasaran minyak dunia naik, kerajaan sibuk naikan harga minyak, bila turun lambat respon, kadang senyap sahaja. Jika nak ikut cara Negara luar perkenalkan GST tidak lojik, macam Thailand, Indonesia, mereka Negara fokus ekonomi domestik, tidak bergantung kepada barangan import, Malaysia kebanyakan import barang luar, jadi siapa yang akan terima bahang,peningkatan harga barang, bukan rakyat?Kedudukan nilai ringgit jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan Negara jiran seperti Singapura, Thailandpun mulai naik sekarang.

4 5

Informan 3 Dr. Noor Azam Abd. Aziz (Ketua RIG Strategic Human Resource Management, UiTM Kampus Bandaraya Melaka)

Saya telah jelaskan tadi, nilai mata wang merudum, kuasa beli rendah, harga barangan dinaikan sesuka hati penjual dan peruncit, kerajaan gagal kawal harga barang, semua item yang dibeli ada caj GST, so apalah lagi yang rakyat mampu sabar, saya faham GST untuk pembangunan Negara tapi bagaimana rakyat terbeban, itu adalah perkara pokok yang kerajaan wajar fokus.

3,5 2

Informan 4 En. Sulaiman Muiyan Abdullah (Pengurus Pemasaran Pasaraya AEON BiG Alamanda, Putrajaya

Jualapun kami menurun, itu tanda pengguna tidak mahu beli barang suka-suka atau mulai berwaspada, sebab harga barangan jaul lebih mahal selepas GST,gaji rakyat kita bukanpun tinggi, sekarang rakyat terpaksa mulai fikir mana yang penting didahulukan, sebab tekanan dan ketidak mampuan mereka untuk berbelanja, macam dulu.

3 2 3

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 920

Soalan Respon Kod

Infoman 5 SK Oriental Enterprise (Pengurus, Kedai Barangan Serbaneka, Tmn. Pengakalan Indah, Alor Gajah, Melaka)

Mereka sudah tidak mampu macam dulu ma, sekarang datang kedai sahaja sudah bunyi, kena GST ke, kita orang mau jualpun susah, lagipun satu hari lebih kurang RM300 kita bayar kepada kerajaan untuk tax GST, jika satu bulan sudah RM9,000 kalu 2 kedai berapa,bukan dekat RM20,000 ke, kos pekerja mahu keyin data lagi, itu pasal perniaga kadang naikan harga barang tapi nanti pengguna sudah marah, susahlah cam ni. Harga barang import datang mahal jual mahal ma. .

3 2 4

Informan 6 En. Ragini Bala (Pengurus Mini Market, Prima Alor Gajah Melaka)

Susahlah bang, sekarang staf kerajaanpun ada buku lima, kadang RM600 hutang tak bayar tapi datang beli barang runcit lagi, bayar sikit-sikit, apa mau buat kalau kita tak bagi susah, tapi itu menunjukan mereka susah tak cukup wang untuk beli barang, mungkin harga barangpun sudah tinggi sekarang.

3

Informan 7 En. Kumar Amraelal (Pengurus Pengusa Perabut, Alor Gajah Melaka)

Ya lah . . kadang pemborong akan tukar nama syarikat dengan tutup syarikat untuk elak bayar cukai GST terhadap stok lama, banyak orang yang buat cam ni, tapi masih jual dengan harga mahal dan sengaja kenakan GST, rakyat tak tahu, penjual untung tak bayar GST kepada kerajaan tapi mereka kenakan harga yang tinggi kepada pembeli dengan alasan ada GST.

2,3

Informan 8 En. Koh Siong (Pengurus Bengkel Motorsikal, Rembia Melaka)

Sekarang naik harga barang, ada GST bukan pengguna sahaja tak happy kami perniaga juga tak happy, tengok gaji rakyat banyak sikit, mereka susah payah, banyak anak mau sekolah, makan lagi, bayar hutang bank lagi, ni macam rakyat pasti marah, ada betul…tengok harga barang semua kami terpaksa naikan sebab sebelum GST lain sekarang sudah naik, lagi susah mau jual.

3 2

PENENTUAN KOD :

Bil Faktor Huraian Informan

1 Kelemahan terjemahkan GST - kelemahan kepada BN sendiri dalam terjemahkan GST.

1

2 Tiada kawalan mekanisma harga barang. - kenaikan harga barangan tanpa kawalan.

- itu pasal perniaga kadang naikan harga barang.

8

3 Pendapatan rakyat rendah. - gaji rakyat kita bukanpun tinggi.

7

4 Tiada kawalan harga barangan import. - tidak bergantung kepada barangan import.

3

5 Nilai mata wang rendah. - nilai mata wang merudum. 2

Hasil penyelidikan secara kualitatif temubual bersemuka dengan para informan kredibel, berkaitan persoalan faktor utama GST ditolak rakyat, merujuk hasil dapatan informan kekangan dalam mewujudkan sistem kawalan harga mahupun pengwujudan mekanisma kawalan harga patut, yang

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 921

efektif telah menyebabkan isu harga barangan runcit, harian serta perkhidmatan lain dimanipulasikan oleh majoriti perniaga dan peruncit di Negara ini. Kenyataan ini ditambah pula hasil siasatan FOMCA baru-baru ini mendapati harga barangan runcit dipasar raya naik mendadak dua kali ganda daripada harga runcit yang ditentukan oleh kerajaan. Pendapatan berkapita rakyat yang masih rendah telah menyebabkan kuasa beli mereka turut terjejas lebih-lebih lagi dalam keadaan nilai mata wang yang terjejas serta ekonomi Negara yang tergugat, jika dibandingkan dengan Negara ASEAN dan juga dari kalangan Negara maju, mereka lebih memberikan fokus terhadap barangan domestik, namun Malaysia tetap bergantung kepada keperluan barangan import seperti bawang merah, bawang putih, cili, ayam segar, daging,produk kosmetik (kecantikan) dan sebagainya, keadaan ini turut menyumbang kepada tergugatnya kemampuan membeli dari kalangan rakyat di Negara ini akibat pendapatan berkapita rakyat rendah. 13. Perbincangan Kerajaan wajar menilai semula dasar perlaksaaan GST di Negara ini secara lebih pratikal dan memberikan keuntungan secara bersama di antara rakyat dan Negara. Kemampuan Kementerian mahupun badan berkuasa tempatan untuk mengawal selia harga barangan pasaran semasa serta harian wajar dipertingkatkan secara drastik dan konsisten. Kerajaan juga wajar menilai keduduk mata wang Negara yang kian merudum serta satu plan jangka panjang wajar dirangka untuk menangani isu susutan matawang yang berterusan. Keterbergantung terhadap barangan import perlu ditangani segera, kerajaan wajar memastikan rakyat memberikan fokus pembelian terhadap, barangan keluaran Negara serta memastikan keperluan barangan domistik memenuhi kehendak pasaran tempatan. Kerajaan juga wajar memastikan sebarang bentuk penyalahgunaankuasa, aktiviti penyeludupan, rasuah serta penyelewengan dana wang amanah rakyat serta simpanan rezab Negara mencukupi dibawah kawalan Perbendaharaan Malaysia. Hutang Negara perlu dikawal serta dikurang dari semasa ke semasa, pinjaman daripada IMF juga perlu dihadkan serta merta. Tumpuan berkaitan inovasi, penciptaan produk serta penjualan teknologi dan juga Malaysia ke arah Negara pengeksport utama dunia dan ASEAN perlu diperkasa segera dan secara konsisten. Sebarang bentuk niat untuk mengembalikan kepercayaan rakyat. Perlu ditangani dengan, menilai semula insentif pendidikan, kesihatan, perumahan serta kebajikan lain. Dari aspek pendidikan, PTPTN wajar diserapkan kepada bentuk biasiswa kepada golongan penuntut IPT yang memperolehi kelulusan minimum CGPA 3. 00 keatas sebagai tarikan dan menghargai komitmen generasi muda meneruskan pengajian peringkat Ijazah ke atas (polisi ini terpakai untuk peminjam PTPTN semasa dan terdahulu). Pendekatan ini juga akan membantu kerajaan mencapai Wawasan 2020, dimana 60% rakyatnya berpendidikan Tinggi, disamping pelajar IPT berusia 21 tahun ke atas mulai mengembalikan kepercayaan mereka kepada kerajaan yang sedia ada. Kerajaan turut perlu menyiasat secara serius dan penuh berintegriti terhadap penyalahgunaan dana wang awam Negara, serta tangani isu 1MDB serta Tabung Haji secara serius, penglibatan mana-mana pihak yang menyeleweng wajar didakwa dan dihukum untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat majoriti. Penglibatan YB Hj Ahmad Hj. Maslan sebagai ejen penerangan GST perlu dihentikan segera, memandangkan majoriti generasi muda IPT berusia 21 tahun ke atas mulai muak dan hilang kepercayaan serta memandang serong akan kepimpinan kerajaan yang sedia ada.

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 922

Rujukan Abiola James and Moses Asiweh (2012). “Impact of Tax Administration on Government Revenue in a Developing Economy- case study of Nigeria”. International Journal of Business and Social Science. Vol 3. No8. Alabede O. James, Zaimah Zainola riffin and Kamil Md Idris (2011). “Does Ethnicity Matter in Individual Taxpayers Compliance Behaviour?: Empirical evidence from Nigeria”. Economic and Finance review. Vol 1 (18) pg 18-30. Alabede O. James, Zaimah Zainola riffin and Kamil Md Idris (2011). “Individual Taxpayers Attitude and Compliance Behaviour in Nigeria: The Moderating Role of Financial Condition and Risk Preference”. Journal for Accounting and Taxation. Vol 3 (5) pg 91-104. Ariyo. A (1997). “Productivity of the Nigerian Tax System:1970-1990”. African Economic Research Consortium, Nairobi. Chigbu. E. E, A. Linus Eze and Appah Ebimobowei (2012). “An Empirical Study on the Causality Between Economic Growth And Taxation in Nigeria”. Current Research Journal of Economic Theory 4 (2), pg 29-38. Devos Ken (2010). “A Comparative Study of Compliant and Non-Compliant Individual Taxpayers in Australia”. Journal Business and Policy Research Vol7 No2, pg 180-196. Enahoro A. John and Olabisi Jayeola (2012). “Tax Administration and Revenue Generation of Lagos State Government , Nigeria”. Research Journal of Finance and Accounting Vol 3, No 5. Federal Inland Revenue Service (Establishment) Act, 2007. “Tax administration (selfassessment) Regulations, 2011 Hanousek Jan and Filip Palda (2003). “Quality of Government Services and the Civic Duty to Pay Taxes in the Czech and Slovak Republics, and other Transition Countries”. Obherholzer Nairobi (2005). “Perceptions of Taxation in South Africa”. www. obherholzernairobi. org.

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 923

BORANG SOAL SELIDIK “PERLAKSANAAN GST AKAN MENGUGAT UNDI BN PADA PRU14”.

BAHAGIAN ( A ): DEMOGRAFI

UMUR JANTINA L / P KETURUNAN M/C /I / L PENDIDIKAN

STATUS AGAMA PEKERJAAN

PENDAPATAN RM (BULANAN)

BAHAGIAN (B): MENGENAL PASTI PUNCA UTAMA GST DITOLAK OLEH RAKYAT.

1. Adakah anda ketahui Pemurniaan SST kepada GST dilaksanaan pada 1 April 2014.

YA TIDAK

2. Adakah anda ketahui Cukai Jualan dan Perkhidmatan 16% telah dimurnikan kepada 6%.

YA TIDAK

3. Adakah anda fahami, apa itu GST?.

YA TIDAK

4. Sila berikan ulasan anda, mengapa GST ditolak oleh pengguna: ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Para Respoden sekalian, borang soal selidik berkaitan amat memerlukan maklumbalas

dari segi latarbelakang,demografi serta pemahaman,penerimaan serta tindakbalas

terhadap GST yang dilaksanakan oleh kerajaan mulai 1 April 2015.Justeru melihat

keyakinan rakyat untuk mengundi kerajaan pada PRU14.Penglibatan dan kerjasama

anda, amat dihargai, sekian terima kasih.

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 924

:MENGANALISI PERLAKSANAN GST MENDAPAT SOKONGAN PEMIMPIN DAN RAKYAT.

4. Adakah anda rasa perlaksanaan GST benar-benar disokong oleh para pemimpin Negara.

YA TIDAK

5. Adakah anda bersetuju, majoriti rakyat Malaysia amat menyokong perlaksanaan GST?.

YA TIDAK

6. Adakah bantahan slogan dan himpunan “Kita Lawan GST” wajar diteruskan di Negara ini?.

YA TIDAK

7. Pada pandangan anda mengapa Tun Mahathir mengkritik keras dasar GST? ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ :MEMASTIKAN KEMAMPUAN KERAJAAN TERJEMAHKAN GST KEPADA RAKYAT. 1. Adakah anda yakin dengan kempen perlaksanaan GST oleh Media?

YA TIDAK

2. Adakah anda yakin dengan penerangan GST oleh YB Datuk Hj. Ahmad Hj. Maslan?

YA TIDAK

3. Adakah wajar GST diperkenalkan di Negara ini untuk pembangunan Negara?

YA TIDAK

4. Adakah anda akan mengundi Pembangkang, sebagai bantahan GST, pada PRU14?

YA TIDAK

5. Adakah kerajaan telah mampu mengawal penyelewengan perniaga terhadap GST?

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------