2-jahitan

Upload: sorupanathan-sadayan

Post on 10-Jan-2016

33 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jHIT

TRANSCRIPT

2.JahitanPengenalan Pakaian merupakan keperluan asas manusia. Kadang kala, tanpa kita duga, pakaian kita mengalami masalah seperti jahitan hujung tangan baju kurung terbuka, kelim dan kelepet terbuka, butang baju tertanggal dan lain-lain lagi. Oleh itu kita perlu belajar mengenal alatan jahitan dan mengetahui asas-asas jahitan sebelum membaiki pakaian kita sendiri. Jahitan merupakan proses untuk menyambungkan pertemuan antara dua atau lebih dari dua lapis kain, kulit, atau bahan lain yang saling terkait dengan setikan. Pakaian, alas meja, bendera, langsir dan sebagai-bagainya boleh dijahit oleh seseorang boleh dijahit dengan tangan dan jarum ataupun menggunakan mesin jahitan. Meraka yang melakukan jahitan sebagai pekerjaan akan dipanggil sebagai penjahit. Jahitan yang digunakan untuk menyatukan produk-produk jahitan pada umumnya bersifat menahan beban dan idealnya harus serupa secara fisik terhadap bahan kain yang dijahit. Jenis setikan dan benang jahit yang digunakan bermacam-macam tergantung pada kebutuhan. Oleh sebab itu, sangat penting untuk memahami betul berbagai jenis jahitan, penggunaannya dan variasinya agar kita dapat memilih jenis jahitan yang tepat sesuai dengan kebutuhan tubuh.Pada asasnya, terdapat tujuh jahitan asas yang perlu kita kuasai. Antaranya adalah jahitan kia, jahitan lilit tubi, jahitan insang pari, jahitan silang pangkah, jahitan jelujur dan sebagainya. Jahitan kia merupakan jahitan yang digunkan semasa kita memulakkan jahitan dan matikan jahitan melalui jahitan tangan. Jahitan kia biasanya digunakan apabila untuk melekatkan dua jenis fabrik. Jahitan kia amat kukuh, rapat dan ia kelihatan seperti jahitan mesin. Seterusnya, jahitan insan pari digunakan untuk mengemaskan tepi dan basi kain dengan cantik. Jenis jahitan insan pari juga menjadi sebagai jahita hiasan. Jahitan silang pangkah juga digunakan untuk menetapkan kelepet pakaian. Jahitan silang pangkah juga dikenali sebagai jahitan hiasan di tepi-tepi pakakian seperti membuat garis hiasan. Setiap jenis jahaitan mempunyai fungsi cara jahit tersendirinya. Bagi mengenali lebih mendalam tentang jahitan saya dapat menjalankan satu amali berkaitan jahitan. Dalam laporan ini saya, telah mencatatkan langkah-langkah yang saya dapat melakukan semasa membuat amali. Laporan ini dibahagi kepada 3 bahagian iaitu sebelum amali dijalankan, semasa amali dan selepas amali.

Sebelum AmaliSebelum kami memulakan amali artikel jahitan, pensyarah pembimbing saya telah mengagihkan kami diarahkan untuk berada dalam pasangan yang sama untuk membuat kerja amali ini. Saya berpasangan dengan Hariharan untuk menjalankan amali jahitan ini. Sebelum kami mulakan amali jahitan untuk membuat artikel jahitan ini, pensyarah kami En. Yusri membuat demontrasi tentang langkah-langkah yang harus diikuti dan cara untuk menjahit semasa membuat amali artikel jahitan. Sebelum itu, kami diberi maklumat-maklumat penting tentang jahitan melalui kelas teori. Pensyarah kami membuat persembahan powerpoint untuk menunjukkan jenis-jenis jahitan yang kami boleh aplikasikan semasa amali. Beliau membuat demontrasi dengan menunjukkan langkah demi langkah cara untuk menjahit dengan betul mengikut 3 jenis jahitan yang terdapat dalam aktiviti jahitan. Saya dan rakan saya mendapat satu pandangan apa yang kita akan buat semasa amali. Sebelum kami membuat amali kali ini, pensyarah meminta kami untuk memikirkan artikel apa yang kami akan buat. Kami juga mengajukkan beberapa soalan kepada pensyarah kami yang berkaiatan dengan merekabentuk tiga jenis artikel jahitan. Beliau juga memberi penerangan terperinci yang mudah difahami kepada kami sebelum kami memulakkan amali ini. Semasa Amali1. Mula-mula kami diberi bahan dan alat-alat asas yang perlukan untuk amali kali ini. Antara bahannya adalah kain fabrik, jarum, benang yang berwarna-warni. Selain daripada itu, kami membawa gunting, benang-benang yang pelbagai jenis untuk menghias artikel kami.

2. Seterusnya, kami mula untuk melakar pada kain fabrik mengikut artikel yang kami akan buat. Seperti yang kami merancang untuk membuat satu beg untuk meletakkan telefon bimbit yang besar dan canggih.

3. Kami mula memotongkan bahagian kain yang hendak dijahit. Selepas itu, kami mula menjahit beg telefon bimbit dengan menggunakan jenis-jenis jahitan yang sesuai. Antara jahitan yang kami gunakan semasa menjahit ialah jahitan kia, jahitan insang pari, jahitan silang pangkah, jahitan jelujur.

4. Kami menggunakan jahitan insang pari untuk bahagian tepi untuk menutup. Kami menggunakan jahitan jenis insang pari ini pada dua sisi tepi bagi memastikan beg itu dapat menahan berat telefon bimbit.

5. Di bahagian bawah kami menggunakan jahitan jenis silang pangkah. Kami menggunakan jenis jahitan ini untuk sebagai hiasan dan juga ianya nampak kemas. Kami menggunakan jenis jahitan ini di bahagian bawah dan juga pada permukaan penutup beg telefon bimbit.

6. Seterusnya kami juga dapat menggunakan jahitan jenis kia. Jahitan jenis ini digunakkan untuk mereka satu corak pada permukaan beg telefon bimbit. Kami dapat menghasilkan satu corak yang cantik dan sesuai untuk beg yang kami hasilkan.

7. Setelah siap menjahit kami memotong benang-benang yang berlebihan bagi memastikkan artikel kami nampak cantik dan kemas. Kami dapat menghasilkan sebuah beg telefon bimbit yang lengkap dan sempurna.

Selepas Amali

Setelah berjaya menyiapkan amali yang berkaitan dengan jahitan dan merekabentuk satu artikel, kami mula membuat laporan. Kami telah menerangkan segala yang kami lakukan sepanjang menjalankan amali. Sebelum saya memulakan amali ini saya tidak ada keyakinan dalam diri saya untuk menjahit. Saya tidak ada pengalaman dalam menjahit tidak pernah mencubanya. Saya berasa sangat seronok kerana dapat mengetahui cara menjahit dan jenis-jenis jahitan yang boleh digunakan. Saya akan berusaha untuk memajukan diri saya dalam bidang ini. Ilmu yang saya memperolehi daripada amali ini akan membantu saya semasa mengajar murid nanti di sekolah.Tempoh dan Kos membuat pembiakan tutTempoh yang diambil untuk membuat amali ini ialah 1 bulan. Selain itu, kos yang melibatkan semasa membuat amali ini ialah dari segi bahan-bahan yang kami beli untuk menghiaskan beg pensil yang kami hasilkan. Tempoh dan Kos Kami diberi masa lebih kurang satu bulan bagi menyiapkan amali jahitan ini. Dalam tempoh satu bulan ini kami berusaha untuk menyiapkannya dengan sempurna dan dalam tempoh yang ditetapkan. Darisegi kos pula, kami hanya mengeluarkan duit untuk membeli barang-barang yang diperlukan untuk mencantikkan artikel jahitan kami. Kami dapat menghiaskan beg telefon bimbit dengan cantik.