2. dsp pjk t3 2014

20
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3

Upload: yat-cumil

Post on 29-Dec-2015

50 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Page 1: 2. DSP PJK T3 2014

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3Draf Julai 2013

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

TINGKATAN 3

Page 2: 2. DSP PJK T3 2014

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara.”

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

2

Page 3: 2. DSP PJK T3 2014

PENDAHULUAN

Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dibina

sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan

Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana

murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap

pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum ini.

Adalah diharap dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang

hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang

berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

3

Page 4: 2. DSP PJK T3 2014

TAFSIRAN

o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.

o Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu.

o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai.

o Evidens

Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor.

Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

4

Page 5: 2. DSP PJK T3 2014

KERANGKA STANDARD PRESTASI

BAND STANDARD

1 TAHU

2 TAHU, FAHAM

3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

4 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB

5 TAHU DAN FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI

6 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

5

Page 6: 2. DSP PJK T3 2014

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

6

Page 7: 2. DSP PJK T3 2014

TAFSIRAN BAND

BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN

1 TAHUMurid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

2 TAHU, FAHAMMurid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

3TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

4TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

5TAHU DAN FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

6TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

7

Page 8: 2. DSP PJK T3 2014

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI

Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 3, murid dapat :

1. Mengetahui maksud komponen kecergasan seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, komposisi badan, kuasa, kelajuan, dan prinsip-prinsip latihan;

2. Melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal untuk membina kemahiran motor dan kecergasan fizikal;

3. Mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik artistik, gimnastik irama, gimnastik pendidikan, dan pergerakan kreatif dengan betul dan selamat;

4. Memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua aktiviti bagi menjaga keselamatan;

5. Mengetahui peluang-peluang kerjaya dalam sukan;

6. Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan semasa beraktiviti dalam suasana yang riang dan menggembirakan;

7. Melibatkan diri dan mengamalkan etika sukan yang baik; dan

8. Mengetahui pengurusan sesebuah organisasi dalam persatuan sukan dan permainan.

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

8

Page 9: 2. DSP PJK T3 2014

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap

kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 3, murid dapat:

1. Memahami kesan amalan pengambilan makanan secara berlebihan; 2. Menjelaskan erti perkahwinan dan hidup berumah tangga;

3. Menjelaskan keperluan diet harian berdasarkan kumpulan peringkat umur;

4. Memahami kesan stres dan langkah-langkah mengatasinya;

5. Memahami implikasi pengambilan dadah terhadap masyarakat, ekonomi dan keselamatan negara;

6. Menjelaskan akta dan undang-undang pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit; dan

7. Mengaplikasi prinsip dan prosedur external cardiac compressions (ECC) dan, cardiopulmonary resuscitation (CPR).

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

9

Page 10: 2. DSP PJK T3 2014

BAND PERNYATAAN STANDARD

1Tahu tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran.

2Tahu dan faham tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran.

3Tahu, faham dan boleh melakukan aktiviti dalam komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta boleh mengurus kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran.

4

Tahu, faham dan boleh mengaplikasikan komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan dalam aktiviti harian dengan betul dan selamat serta membentuk sikap positif terhadap kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran berasaskan pengetahuan dan pengalaman.

5Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan semasa beraktiviti dalam gaya hidup sihat dan berkemahiran merancang, berkomunikasi, empati dengan orang lain dan berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus hidup secara positif, sihat dan selamat.

6Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan serta menjana kreativiti minda menjurus kepada gaya hidup sihat serta sejahtera dan berkeupayaan meningkatkan kualiti kehidupan secara keseluruhan bagi membentuk gaya hidup sihat.

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

10

Page 11: 2. DSP PJK T3 2014

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

1

Tahu

B1Tahu tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran.

B1 DJ1Mengetahui tentang konsep kebolehbalikan dan perbezaan individu dalam prinsip latihan.

B1 DJ2Mengetahui tentang konsep menjejak dalam rekreasi dan kesenggangan.

B1 DJ3Mengetahui tentang konsep pengurusan dalam sukan.

B1 DJ4Mengetahui tentang isu dan etika dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan

B1DJ1E1Menyatakan maksud prinsip kebolehbalikan dan prinsip perbezaan individu.

B1DJ2E1Menyatakan formasi pergerakan dalam aktiviti menjejak.

B1DJ3E1Menyenaraikan persatuan sukan kebangsaan yang terdapat di Malaysia.(sekurang-kurangnya lima persatuan sukan)

B1DJ4E1Menyatakan maksud keagresifan dalam sukan.

B1DJ4E2Menyatakan maksud semangat kesukanan.

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

11

Page 12: 2. DSP PJK T3 2014

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B1 DK1Mengetahui tentang keselamatan persekitaran.

B1DK1E1Menyatakan akta yang digubal oleh kerajaan bagi menangani masalah jangkitan penyakit.

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

12

Page 13: 2. DSP PJK T3 2014

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

2

Tahu dan Faham

B2Tahu dan faham tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran.

B2 DJ1Mengetahui dan memahami tentang komponen kecergasan fizikal.

B2 DJ2Mengetahui dan memahami tentang undang-undang dan peraturan permainan.

B2 DJ3Mengetahui dan memahami tentang undang-undang dan peraturan olahraga.

B2 DJ4Mengetahui dan memahami tentang konsep menjejak dalam rekreasi dan kesenggangan.

B2 DJ5Mengetahui dan memahami tentang etika dalam sukan.

B2DJ1E1Menjelaskan faedah latihan meningkatkan komponen kecergasan kuasa dan kelajuan.

B2DJ2E1Mengenalpasti undang-undang dan peraturan asas dalam permainan bola tampar dan permainan sofbol.

B2DJ3E1Mengenalpasti undang-undang dan peraturan dalam acara lumba jalan kaki dan acara lempar cakera.

B2DJ4E1Menjelaskan aspek keselamatan yang perlu diambil kira semasa melakukan aktiviti menjejak.

B2DJ5E1Menjelaskan ciri-ciri semangat kesukanan penonton.

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

13

Page 14: 2. DSP PJK T3 2014

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B2 DK1Mempunyai kefahaman tentang amalan pemakanan secara berlebihan.

B2 DK2Mempunyai kefahaman tentang keselamatan persekitaran.

B2 DK3Mengenalpasti tentang konsep pertolongan cemas.

B2DK1E1Menyatakan faktor amalan pengambilan makanan yang berlebihan.

B2DK2E1Menyatakan kesalahan dan hukuman yang boleh dikenakan di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

B2DK3E1Menyenaraikan petanda dan keadaan yang memerlukan ECC dan CPR.

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

14

Page 15: 2. DSP PJK T3 2014

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

15

Page 16: 2. DSP PJK T3 2014

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

3

Tahu, Faham dan Boleh Buat

B3Tahu, faham dan boleh melakukan aktiviti dalam komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta boleh mengurus kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran.

B3 DJ1Melakukan aktiviti komponen kecergasan fizikal.

B3 DJ2Melakukan kemahiran asas permainan.

B3 DJ3Melakukan kemahiran asas olahraga.

B3 DJ4Memahami tentang konsep pengurusan dalam sukan.

B3DJ1E1Melakukan sekurang-kurangnya dua aktiviti bagi setiap komponen daya tahan otot, kekuatan otot dan kuasa dengan betul.

B3DJ2E1Melakukan sekurang-kurangnya dua kemahiran asas bola tampar atau dua kemahiran asas sofbol.

B3DJ3E1Melakukan fasa-fasa kemahiran lempar cakera.

B3DJ4E1Menjelaskan peranan jawatankuasa induk dalam persatuan sukan dan permainan.

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

16

Page 17: 2. DSP PJK T3 2014

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B3 DK1Memahami kandungan kalori dalam makanan.

B3 DK2Memahami konsep penyalahgunaan bahan.

B3DK1E1Menyenaraikan jumlah kandungan kalori dalam tiga jenis makanan yang berbeza.

B3DK2E1Menjelaskan implikasi pengambilan dadah terhadap ekonomi dan politik.

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

17

Page 18: 2. DSP PJK T3 2014

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

4

Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab

B4Tahu, faham dan boleh mengaplikasikan komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan dalam aktiviti harian dengan betul dan selamat serta membentuk sikap positif terhadap kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran berasaskan pengetahuan dan pengalaman.

B4 DJ1Mengaplikasikan konsep kecergasan fizikal dalam latihan, permainan dan olahraga.

B4 DJ2Mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan dalam melaksanakan kemahiran pendidikan pergerakan.

B4 DJ3Mengaplikasikan isu keagresifan dan komersialisme dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan.

B4DJ1E1Melakukan aktiviti dalam komponen daya tahan kardiovaskular dan menjelaskan perubahan kadar nadi sebelum dan selepas melakukan latihan.(paarlauf / lompat tali / latihan piramid).

B4DJ1E2Membezakan pembolehubah prinsip kekhususan dalam latihan daya tahan otot, kekuatan otot dan kuasa berdasarkan ulangan, intensiti dan kadar pergerakan.

B4DJ1E3Mengaplikasikan kelajuan dalam permainan sofbol atau acara lumba jalan kaki.

B4DJ2E1Melakukan kemahiran gimnastik artistik / gimnastik irama / gimnastik pendidikan / pergerakan kreatif dengan teknik yang betul dan selamat.(sekurang-kurangnya dua kemahiran)

B4DJ3E1Mengulas isu-isu keagresifan daripada media massa.

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

18

Page 19: 2. DSP PJK T3 2014

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B4 DK1Mengaplikasi pengetahuan pertolongan cemas.

B4DJ3E2Menjelaskan sekurang-kurangnya tiga kebaikan dan tiga keburukan komersialisme dalam sukan.

B4DK1E1Menunjuk cara pelaksanaan pertolongan cemas mengikut prosedur ECC atau CPR.

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

19

Page 20: 2. DSP PJK T3 2014

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

5

Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab Terpuji

B5Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan semasa beraktiviti dalam gaya hidup sihat dan berkemahiran merancang, berkomunikasi, empati dengan orang lain dan berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus hidup secara positif, sihat dan selamat.

B5 DJ1Menguasai perlaksanaan program kecergasan yang berasaskan prinsip latihan.

B5 DJ2Menguasai perlaksanaan dalam kemahiran gimnastik pendidikan.

B5 DJ3Memahami konsep kerjaya dalam sukan.

B5 DK1Menguasai isu-isu kekeluargaan.

B5 DK2Menilai kandungan kalori dalam pemakanan.

B5DJ1E1Melengkapkan jadual program kecergasan diri dalam tempoh dua minggu berasaskan prinsip kebolehbalikan/perbezaan individu.(jadual program disediakan oleh guru, pelajar hanya memilih aktiviti, intensiti dan kekerapan dalam latihan)

B5DJ2E1Merancang dan melaksanakan variasi pergerakan mengikut tema.(penglibatan dalam persembahan)

B5DJ3E1Membincangkan kerjaya yang berkaitan dengan sukan dan permainan.(hasil perbincangan dilaporkan secara bertulis atau lisan)

B5DK1E1Membincangkan isu-isu semasa kekeluargaan.(hasil perbincangan dilaporkan secara bertulis atau lisan)(sumber: media cetak atau media elektronik)

B5DK2E1Membandingkan keperluan kalori berdasarkan kepada aktiviti harian pelajar aktif dengan pelajar sedantari (tidak aktif).(hasil tugasan dilaporkan secara bertulis. Contohnya: folio, buku skrap, persembahan power point dan lain-lain mengikut kreativiti pelajar)

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

20

Page 21: 2. DSP PJK T3 2014

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

6

Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab Mithali

B6Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan serta menjana kreativiti minda menjurus kepada gaya hidup sihat serta sejahtera dan berkeupayaan meningkatkan kualiti kehidupan secara keseluruhan bagi membentuk gaya hidup sihat.

B6 DJ1Mengamalkan konsep perancangan dan pengelolaan sukan dan rekreasi yang berkualiti.

B6DJ1E1Merancang dan mengelolakan aktiviti rekreasi atau pertandingan sukan atau permainan.

Pertandingan Sukan / Permainan:-kertas cadangan, ahli jawatankuasa, jadual pertandingan, pelaksanaan

Aktiviti rekreasi:-kertas cadangan, ahli jawatankuasa, tentatif program, pelaksanaan

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

21

Page 22: 2. DSP PJK T3 2014

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

22