1a konsep pengurusan bilik darjah

11
Konsep Pengurusan Bilik Darjah

Upload: yuner-ong

Post on 22-Dec-2015

241 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

nnnnn

TRANSCRIPT

Page 1: 1a Konsep Pengurusan Bilik Darjah

Konsep Pengurusan Bilik Darjah

Page 2: 1a Konsep Pengurusan Bilik Darjah

PENGENALAN

• Selain mengajar guru juga bertindak sebagai pengurus.

• Proses mengurus melibatkan rutin bilik darjah, mengurus murid-murid, mengurus keadaan fizikal bilik darjah, mengurus bahan pengajaran dan pembelajaran.

Page 3: 1a Konsep Pengurusan Bilik Darjah

Definisi Pengurusan Bilik Darjah.

• Lemlech (1988): Ibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra

dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran.

Menekankan kepentingan penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin timbul.

Page 4: 1a Konsep Pengurusan Bilik Darjah

• Hall (2000):Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah satu

usaha yang berterusan dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan.

Pengurusan bilik darjah melibatkan aspek memotivasikan pelajar untuk belajar, menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuaian dan menguruskan kerja murid.

Pengurusan yang efektif dalam bilik darjah haruslah bersifat proaktif, responsif dan menyokong.

Page 5: 1a Konsep Pengurusan Bilik Darjah

Konsep Bilik Darjah

Konsep

Tempat kerja

Tugas guru

Tugas murid

Sistem ekologiInteraksi peribadi

dengan bilik darjah

Page 6: 1a Konsep Pengurusan Bilik Darjah

Konsep pengurusan bilik darjah

• Suatu proses yang memastikan kelancaran keberkesanan pelaksanaan p&p.

• Menggunakan masa dengan optimum.• Pengurusan rutin yang berkesan.• Murid belajar mengawal dan menguruskan diri

sendiri.• Meningkatkan penglibatan murid dalam p&p.

Page 7: 1a Konsep Pengurusan Bilik Darjah

Konsep pengurusan bilik darjah

• Pengurusan bilik darjah merupakan aspek yang paling sukar

• 36% guru di Amerika menyatakan bahawa mereka tidak akan menjadi guru sekiranya mereka tahu akan menghadapi masalah dalam pengurusan bilik darjah (laporan Pertubuhan Pendidikan Kebangsaan Amerika Syarikat, 1981).

• Moskowitz dan Hayman (1976) - sekali guru kehilangan kawalan ke atas bilik darjah, akan menjadi lebih sukar untuk dapat dikawal semula.

Page 8: 1a Konsep Pengurusan Bilik Darjah

Konsep pengurusan bilik darjah

Takrifan:• Kebolehan guru mengawal murid-murid untuk

melicinkan proses P&P.• Strategi-strategi yang menjamin keselamatan fizikal

dan psikologikal murid-murid.• Teknik-teknik mengubah tingkah laku bermasalah

dan memupuk disiplin kendiri.• Kaedah-kaedah p&p• Teknik-teknik memupuk tingkah laku positif

Page 9: 1a Konsep Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan bilik darjah

• Merancang• Mengelola• Mengawal• Membuat refleksi• Menjalin hubungan guru-murid

Page 10: 1a Konsep Pengurusan Bilik Darjah

Kepentingan dan implikasi pengurusan.

• Marzano (2003) menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian pelajar berbanding dengan polisi sekolah berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama antara guru dan penglibatan masyarakat.

• Kajian yang telah dijalankan menunjukkan banyak pemboleh ubah yang dibandingkan dengan pengurusan bilik darjah mempunyai kesan besar dalam pencapaian pelajar.

Page 11: 1a Konsep Pengurusan Bilik Darjah

• Pengurusan bilik darjah menjadi penting kerana dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berusaha mengikuti pelajaran sebaiknya.