for private circulation only among members and associates...

5
1 “KESEJATERAANNYA IALAH KESEJAHTERAANMU” PANDUAN DOA MINGGUAN EDISI KHAS HARI MALAYSIA BERDOA TANPA HENTI “Ikhtiarkanlah kesejahteraan kota tempat Aku membuang kamu. Berdoalah kepada Tuhan untuk kota itu, kerana kesejahteraannya ialah kesejahteraanmu.” – Yeremia 29:7 AVB Terima kasih kerana memakai panduan doa ini yang bermula sewaktu PKP bermula. Pada hari ini, panduan doa tersebut terus mengalakkan umat Allah untuk terus berdoa tanpa henti, dalam kesyukuran dan doa syafaat, agar Kerajaan Allah ditubuhkan dan kehendak-Nya dilaksanakan pada waktu yang susah. Panduan doa ini boleh dipakai untuk saat teduh peribadi, di dalam keluarga ataupun kumpulan kecil. Anda juga boleh menggunakannya semasa mengendalikan persekutuan doa dalam talian ataupun di gereka, dan juga untuk menganjurkan bilik doa 24-7 dalam talian. Kami telah mendirikan panduan asas ini untuk mereka yang baru mula berdoa ataupun ingin bertumbuh dalam doa. Kandungannya mencukupi supaya anda boleh berdoa dari beberapa minit sehingga selama sejam, agar anda membina keyakinan dalam doa. Panduan ini menggunakan nemonik PRAY. Cara ini terdiri daripada 4 langkah yang mengejakan perkataan PRAY: Pause – Rejoice – Ask – Yield. P – Pause (Berhenti secara sengaja apabila menghadapi PERIBADI Allah, sebagai peringatan bahawa kami bukan melakukannya hanya sekadar sebagai aktiviti, tetapi memasuki hadirat Allah, merendahkan diri supaya mendengar, merenungkan diri dan bertaubat) R – Rejoice (Menyembah Dia yang layak menerima segala pujian dan sembah, dan ini sesuatu yang berlaku secara semulajadi oleh kerana meluangkan masa dengan-Nya sebelum ini) A – Ask (Doa Syafaat – Setelah 2 langkah tersebut, hati kami sekarang berada dalam posisi yang lebih baik untuk menyelaraskan diri mengikut hati dan kehendak-Nya) Y – Yield (Serahkan semua doa kami kepada Allah dengan penuh iman, agar Dia memimpin dan berbicara dengan hati kami supaya kami mengalami sukacita sewaktu bekerjasama dengan Allah dalam mengalu- alukan kerajaan-Nya) Oleh kerana kami meraikan Hari Malaysia pada September 16 ini untuk memperingati harijadi ke-57 negara Malaysia, kami ingin secara khususnya menumpukan doa untuk negara kami. Ini juga masa yang tepat untuk mendoakan Sabah yang akan menjalankan pilihanraya negeri menjelang 26 September nanti, serta Sarawak yang juga akan menjalankan pilihanraya negeri tidak lama lagi. Kami tetap bersyukur kepada Allah atas curahan berkat-Nya ke atas Malaysia, di mana negara kami terus makmur dengan pelbagai sumber semulajadi, keamanan, dan perkembangan ekonomi. Kami bersyukur walaupun berhadapan dengan ketidakstabilan politik yan disebabkan oleh gara-gara pakatan yang berlainan, Malaysia tetap aman dan siap sedia mengharungi arus perkembangan sedunia seperti pandemik Covid-19 dan perang dagang di antara negara-negara lain. Hari Malaysia melambangkan dan mengakui bahawa hanya kuasa Allah yang mampu membawa Malaya, Sabah dan Sarawak bersama-sama untuk bersatu menjadi sebuah negara yang dinamakan Malaysia. Doa kami adalah ini: bahawa kebebasan yang diberi kepada setiap rakyat, termasuk mengiktiraf hak-hak kerakyatan kepada setiap orang, akan tetap dijunjung untuk generasi-generasi yang akan datang. Kami berterima kasih kepada Allah untuk keamanan dan pelbagai jenis kebebasan yang sedia ada, serta memperingati mereka yang telah mengorbankan nyawa masing-masing demi menubuhkan asas negara ini yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan bahasa. Sewaktu kami bersyafaat untuk negara ini, marilah bertekad mendoakan agar kesejahteraan dan kebebasan penuh akan dinikmati oleh setiap rakyat Malaysia, seperti kebebasan beragama, sosial, pendidikan dan kesamarataan ekonomi, serta keadilan di antara semua bangsa, bahasa dan agama, agar semangat kewargaegaraan dihormati. Mari tekun berdoa bahawa kewangan negara serta integrity moral dipulihkan dengan sepenuhnya setelah kian lama mengalami gejala rasuah dan kerakusan. Semoga kebenaran, keadilan dan perbenaran Allah menjadi terang yang memimpin langkah-langkah kami, dan semoga kebaikan, ketenangan hati dan kemakmuran menjadi kenyataan yang dapat dikongsi oleh semua orang. Semoga Malaysia menjadi terang di mana bangsa-bangsa lain ingin mencontohi kebijaksanaan dan keindahannya, membawa kemuliaan kepada nama Allah yang kudus, serta membawa kebaikan, kebenaran, keadilan, keamanan, dan kemakmuran kepada rakyat. AHAD, SEPTEMBER 6, 2020 NASKHAH ke-25 JEMPUTAN UNTUK TERUS TEKUN DALAM DOA DAN KESYUKURAN For private circulation only among members and associates of Prayer United Malaysia

Upload: others

Post on 06-Dec-2020

2 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: For private circulation only among members and associates ...32885165ddbe10f99503-4f9f819af3359f62045637ba9494386a.r78.cf2.rackcdn.c…Doa untuk Alam Politik Kami berdoa agar negara

1

“KESEJATERAANNYA IALAH KESEJAHTERAANMU”

PANDUAN DOA MINGGUANEDISI KHAS HARI MALAYSIA

BERDOA TANPA HENTI

“Ikhtiarkanlah kesejahteraan kota tempat Aku membuang kamu. Berdoalah kepada Tuhan untuk kota itu, kerana kesejahteraannya ialah kesejahteraanmu.” – Yeremia 29:7 AVB

Terima kasih kerana memakai panduan doa ini yang bermula sewaktu PKP bermula. Pada hari ini, panduan doa tersebut terus mengalakkan umat Allah untuk terus berdoa tanpa henti, dalam kesyukuran dan doa syafaat, agar Kerajaan Allah ditubuhkan dan kehendak-Nya dilaksanakan pada waktu yang susah. Panduan doa ini boleh dipakai untuk saat teduh peribadi, di dalam keluarga ataupun kumpulan kecil. Anda juga boleh menggunakannya semasa mengendalikan persekutuan doa dalam talian ataupun di gereka, dan juga untuk menganjurkan bilik doa 24-7 dalam talian.

Kami telah mendirikan panduan asas ini untuk mereka yang baru mula berdoa ataupun ingin bertumbuh dalam doa. Kandungannya mencukupi supaya anda boleh berdoa dari beberapa minit sehingga selama sejam, agar anda membina keyakinan dalam doa. Panduan ini menggunakan nemonik PRAY. Cara ini terdiri daripada 4 langkah yang mengejakan perkataan PRAY: Pause – Rejoice – Ask – Yield.

P – Pause (Berhenti secara sengaja apabila menghadapi PERIBADI Allah, sebagai peringatan bahawa kami bukan melakukannya hanya sekadar sebagai aktiviti, tetapi memasuki hadirat Allah, merendahkan diri supaya mendengar, merenungkan diri dan bertaubat)

R – Rejoice (Menyembah Dia yang layak menerima segala pujian dan sembah, dan ini sesuatu yang berlaku secara semulajadi oleh kerana meluangkan masa dengan-Nya sebelum ini)

A – Ask (Doa Syafaat – Setelah 2 langkah tersebut, hati kami sekarang berada dalam posisi yang lebih baik untuk menyelaraskan diri mengikut hati dan kehendak-Nya)

Y – Yield (Serahkan semua doa kami kepada Allah dengan penuh iman, agar Dia memimpin dan berbicara dengan hati kami supaya kami mengalami sukacita sewaktu bekerjasama dengan Allah dalam mengalu-alukan kerajaan-Nya)

Oleh kerana kami meraikan Hari Malaysia pada September 16 ini untuk memperingati harijadi ke-57 negara Malaysia, kami ingin secara khususnya menumpukan doa untuk negara kami. Ini juga masa yang tepat untuk mendoakan Sabah yang akan menjalankan pilihanraya negeri menjelang 26 September nanti, serta Sarawak yang juga akan menjalankan pilihanraya negeri tidak lama lagi.

Kami tetap bersyukur kepada Allah atas curahan berkat-Nya ke atas Malaysia, di mana negara kami terus makmur dengan pelbagai sumber semulajadi, keamanan, dan perkembangan ekonomi.

Kami bersyukur walaupun berhadapan dengan ketidakstabilan politik yan disebabkan oleh gara-gara pakatan yang berlainan, Malaysia tetap aman dan siap sedia mengharungi arus perkembangan sedunia seperti pandemik Covid-19 dan perang dagang di antara negara-negara lain.

Hari Malaysia melambangkan dan mengakui bahawa hanya kuasa Allah yang mampu membawa Malaya, Sabah dan Sarawak bersama-sama untuk bersatu menjadi sebuah negara yang dinamakan Malaysia. Doa kami adalah ini: bahawa kebebasan yang diberi kepada setiap rakyat, termasuk mengiktiraf hak-hak kerakyatan kepada setiap orang, akan tetap dijunjung untuk generasi-generasi yang akan datang. Kami berterima kasih kepada Allah untuk keamanan dan pelbagai jenis kebebasan yang sedia ada, serta memperingati mereka yang telah mengorbankan nyawa masing-masing demi menubuhkan asas negara ini yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan bahasa.

Sewaktu kami bersyafaat untuk negara ini, marilah bertekad mendoakan agar kesejahteraan dan kebebasan penuh akan dinikmati oleh setiap rakyat Malaysia, seperti kebebasan beragama, sosial, pendidikan dan kesamarataan ekonomi, serta keadilan di antara semua bangsa, bahasa dan agama, agar semangat kewargaegaraan dihormati. Mari tekun berdoa bahawa kewangan negara serta integrity moral dipulihkan dengan sepenuhnya setelah kian lama mengalami gejala rasuah dan kerakusan.

Semoga kebenaran, keadilan dan perbenaran Allah menjadi terang yang memimpin langkah-langkah kami, dan semoga kebaikan, ketenangan hati dan kemakmuran menjadi kenyataan yang dapat dikongsi oleh semua orang. Semoga Malaysia menjadi terang di mana bangsa-bangsa lain ingin mencontohi kebijaksanaan dan keindahannya, membawa kemuliaan kepada nama Allah yang kudus, serta membawa kebaikan, kebenaran, keadilan, keamanan, dan kemakmuran kepada rakyat.

AHAD, SEPTEMBER 6, 2020

NASKHAH ke-25

JEMPUTAN UNTUK TERUS TEKUN DALAM DOA DAN

KESYUKURAN

For private circulation only among members and associates of Prayer United Malaysia

Page 2: For private circulation only among members and associates ...32885165ddbe10f99503-4f9f819af3359f62045637ba9494386a.r78.cf2.rackcdn.c…Doa untuk Alam Politik Kami berdoa agar negara

2

PAUSE  BERDIAM,  Diamkan diri secara sengaja - Tarik nafas yang dalam, dan alu-alukan hadirat Roh Kudus.  

BACA 2 Tawarikh 7:13-14 dan Yeremia 29:4-14 serta renungkan

DOA PERTAUBATAN KEBANGSAAN Tuhan Allah, kami selaku pengawal tembok bertaubat atas dosa negara kami. Kami bertaubat daripada kemerosotan peribadi serta gejala rasuah, penyalahgunaan kewangan kepunyaan rakyat marhaen, baur perkauman, serta jurang di antara golongan kaya dan miskin yang kian membesar. Kami bertaubat kerana telah mengambil kesempatan dalam penyalahgunaan kekayaan sumber alam semulajadi di Sabah dan Sarawak, tanpa memastikan bahawa mereka turut mengalami kemakmuran dan pembangunan yang sepatutnya. Kami bertaubat kerana tidak menunjukkan perasaan belas kasihan terhadap pendatang dan pelarian, golongan minoriti dari segi agama dan bangsa, serta banduan. Kami bertaubat kerana telah mendirikan halangan yang tidak membenarkan orang lain dairpada menerima penyelamatan Yesus Kristus. Kami bertaubat daripada ketakutan untuk memberitakan Injil secara berani kepada semua lapisan masyarakat yang sedang tenat secara rohani dan memerlukan Injil penyelamatan Engkau. Kami berdoa agar Engkau menunjukkan belas kasihan dan kasih karunia kepada kami, sambil menyatakan “Datanglah Kerajaan-Mu” di Malaysia, agar negara kami terus diberkati dengan kebenaran, keadilan dan keamanan. Tuhan, Engkau telah berjanji jika umat-Mu yang dipanggil atas nama-Mu, merendahkan diri, berdoa, mencari wajah-Ku, dan berpaling daripada jalan kami yang jahat, maka Engkau akan mendengar dari syurga, mengampunkan dosa kami serta memulihkan negeri kami. Tuhan, ampunilah kami daripada kejahatan, mementingkan diri sendiri, sikap acuh tak acuh, dan perasaan benci. Sila melawati dan memulihkan negara kami. Jadikan kami, ya Allah, agar kami menjadi suatu umat yang dipanggil atas nama-Mu. Dalam nama Yesus kami berdoa, AMIN.

REJOICE PENYEMBAHAN

BACA SECARA KUAT Mazmur 144 AVB

NYANYIKAN Lagu-lagu penyembahan dan kesyukuran. Berikut adalah beberapa cadangan: 

ZAMAN ELIA -Bait 1- Inilah Zaman Elia, Nyatakanlah Firman Tuhan Dan Inilah Zaman Hamba-Mu Musa, Kebenaran Dipulihkan Dan Meskipun Zaman Ujian, Cobaan, Pedang, G’lap Dan Kelaparan Di B’lantara Kita ‘Kan Tetap Berseru “Siapkan Jalan Bagi Tuhan” -Reff- Dia Datang Di Atas Awan Tampil Bersinar Surya Kebenaran Angkat Suara, Ini Tahun Yobel Dari Bukit Sion Kes’lamatan Datang

-Bait 2- Inilah Zaman Yehezkiel, Tulang Kering Dihidupkan Dan Inilah Zaman Hamba-Mu Daud, Bait Pujian Dipulihkan Dan Inilah Zaman Tuaian Besar, Ladang Menguning Di Dunia Kamilah Pekerja Di Kebun Anggur-Mu, Nyatakanlah Firman Tuhan -Bridge- Tiada Allah s’perti Yehuwa https://www.youtube.com/watch?v=6_3CE4gA-YY

ASK SYAFAAT Pakailah perkataan diri sendiri sewaktu berdoa sambil berhenti sejenak apabila merenungkan cadangan doa berikut sebagai panduan doa anda yang boleh membantu membina keyakinan diri dalam kehidupan doa peribadi anda (Sila menambah atau menukar perkataan senarai doa ini). DOA HARI MALAYSIA

DOA: Tuhan Allah, Engkau berkuasa atas semua bangsa. Engkau adalah Raja segala Raja, dan memerintah atas semua kerajaan dunia. Kami berterima kasih kerana Engkau menunjukkan belas kasihan dan kasih karunia atas Malaysia selama 57 tahun ini di mana kami bersatu sebagai sebuah negara yang terdiri daripada Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Kami menjunjung Engkau sebagai Allah atas semua bangsa, bahawa hanya Engkau, Raja segala Raja - yang menentukan waktu dan musim, kerana hanya Engkau yang melucut dan melantik pemerintah.

Doa agar Kebenaran, Perbenaran dan Keadilan akan ditegakkan Pada bulan ini di mana kami meraikan pelbagai perayaan kebangsaan, kami berdoa agar kebenaran, perbenaran, dan keadilan Engkau membanjiri negara Malaysia. Kami berdoa agar Firman-Mu berkuasa atas setiap bidang pentadbiran dan perundangan – dari pemerintah ke Parlimen, ke Badan Perhakiman, dan seluruh Kerajaan. Kami berdoa agar Engkau memberkati Majlis Raja-Raja serta setiap badan kerajaan di negara ini.

Page 3: For private circulation only among members and associates ...32885165ddbe10f99503-4f9f819af3359f62045637ba9494386a.r78.cf2.rackcdn.c…Doa untuk Alam Politik Kami berdoa agar negara

3

Tuhan Allah, kami ingin melihat Engkau dimuliakan dalam negara ini kerana perbenaran dan keadilan merupakan asas peribadi-Mu. Kami berdoa agar Engkau memberkati Malaysia dengan sistem penghakiman dan undang-undang yang sentiasa menegakkan perbenaran dan keadilan tanpa membuat sebarang keputusan yang berat sebelah, kerana inilah tanda ukuran Engkau.

Kami berdoa apabila lebih banyak lagi kes-kes makhamah profil tinggi dibicarakan, terutamanya kes-kes yang berkaitan dengan 1MDB yang melibatkan golongan yang berkuasa, kami berdoa supaya badan kehakiman akan cekal hati, penuh dengan kebijaksanaan dan keberanian akan dilantik. Terima kasih, Tuhan, atas keputusan baru-baru ini yang memberi harapan kepada semua bahawa kekayaan kebangsaan yang dicuri boleh diselamatkan, serta mereka yang menyalahgunakan kuasa politik mereka tidak terlepas. Kami berdoa agar keadilan ditegakkan, dan mereka yang menyalahgunakan kuasa serta mencuri duit rakyat akan dijatuhkan hukuman yang sewajarnya dengan secepat mungkin. Jika terdapat sesiapa yang tidak bersalah, semoga mereka dibebaskan dari semua tuduhan palsu.

Semoga Malaysia mengalami transformasi menjadi lambang kebenaran, keadilan dan perbenaran. Semoga Engkau menerima segala kemuliaan dan pujian untuk perintah-Mu yang benar dari semua bangsa yang menetap di negara in, bahawa rakyat akan dibebaskan daripada sekatan agama dan memperoleh kebebasan beragama, ekonomi dan politik. Kami tahu bahawa Engkau masih kerjakan rancangan-Mu, jadi terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga, datanglah Kerajaan-Mu.

Dengan penuh rendah hati, kami berdoa agar Engkau bercampur tangan dalam hal-ehwal manusia. Kami berdoa agar Engkau, Allah yang Maha Adil, tidak lagi menangguhkan keadilan yang ditunggu-tunggukan oleh keluarga yang sedang menderita kerana orang kesayangan mereka telah hilang. Kami terus berdoa agar Engkau berlaku adil dan menyelesaikan kes-kes tersebut, bahawa setiap usaha untuk merahsiakan perbuatan jahat ini akan gagal.

Tuhan Yesus, sinarkan terang-Mu ke dalam kegelapan di Malaysia, bongkarkan apa yang dirahsiai, agar hati manusia yang jahat dan berdosa serta kuasa alam maut akan gagal dan lari lintang-pukang dalam nama Yesus yang berkuasa. AMIN.

Doa untuk Alam Politik Kami berdoa agar negara kami terdiri daripada rakyat yang jujur dan adil, yang tahu perbezaan antara betul dan salah, dan tidak senang mempercayai janji-janji kosong politik. Kami berdoa supaya kecemerlangan rohani mengatasi pergelutan politik yang berlaku sekarang serta atas ketidakstabilan ekonomi, bahawa kenyataan “Datanglah Kerajaan-Mu” akan melandai tanahair yang tercinta ini dengan sepenuhnya. Jauhkan kami daripada perasaan marah ataupun keinginan menyelesaikan ini secara manusiawi, tetapi meletakkan semua harapan kami kepada-Mu, ya Allah, untuk menjauhkan kami daripada yang jahat sepertimana Engkau telah berfirman, “Pembalasan adalah hak-Ku.”

Kami berterima kasih untuk Perdana Menteri dan para Menteri Kabinet Malaysia yang mengutamakan kebajikan rakyat pada waktu yang susah ini di tengah-tengah kesan pandemik serta kemerosotan ekonomi. Kami terus serahkan kesihatan Perdana Menteri kami, Muhyiddin Yassin, ke dalam tangan-Mu yang mampu menyembuhkan dia. Dengan rendah hati, kami berdoa agar berkat dan hikmat Engkau diberi kepada Perdana Menteri dan Kabinetnya agar mereka bekerja memulihkan ekonomi negara dan membawa kesejahteraan kepada rakyat.

Kami berdoa agar kuasa Roh Kudus terus bekerja di kalangan mereka yang berada di Kabinet untuk menyucikan hati serta motif, dan memperkasakan mereka untuk berkhidmat kepada Rakyat dengan penuh amanah dan kecekapan. Semoga para menteri takut akan Allah sewaktu mereka menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Kami menghancurkan semua aktiviti ilmu sihir, rancangan rahsia yang jahat, dan pekerjaan roh jahat dalam nama Yesus. Kami berdoa agar kuasa jahat yang memecah-belahkan dan menipu rakyat serta menyebabkan gejala rasuah berleluasa di kalangan mereka yang berkuasa, akan dipatahkan dalam Nama-Mu.

Doa untuk Sabah Tuhan Allah, kami berdoa untuk rakyat Sabah agar Engkau memberkati mereka dengan kerajaan negeri yang baik, kerana mereka akan menjalankan pilihanraya negeri menjelang 26 September, 2020. Kami berdoa agar Engkau akan membangkitkan calon-calon yang bertanggungjawab dan penuh amanah, serta mempunyai hati untuk berkhidmat kepada rakyat, untuk pilihanraya negeri ini, serta bercampur tangan dalam proses penamaan calon-calon. Kami minta agar orang ramai akan tahu siapa yang mereka perlu undikan tanpa dipengaruhi oleh duit mahupun ketakutan. Kami berdoa agar Engkau menguatkan gereja di Sabah, supaya mereka akan bersatu dan menyatakan Firman-Mu yang penuh dengan harapan dan ketenangan hati. Pulihkan Gereja-Mu di Sabah, ya Tuhan.

Doa untuk Sarawak Bapa, kami berdoa agar Engkau mencurahkan berkat yang berkelimpahan ke atas Sarawak, agar rakyat Sarawak dapat mengalami keamanan dan kemakmuran. Kami juga berdoa untuk negeri ini yang sedang mempersiapkan diri untuk pilihanraya negeri, bahawa Engkau akan membangkitkan golongan yang cekap, amanah, dan bertekad untuk berkhidmat kepada rakyat dengan hati yang tulus.

Kami minta, ya Tuhan, bahawa Engkau memberi kebijaksanaan kepada rakyat supaya mereka mengundi dengan bijak untuk sebuah kerajaan yang berbelas kasihan, adil, dan benar. Kami juga berdoa agar Engkau memberkati

Page 4: For private circulation only among members and associates ...32885165ddbe10f99503-4f9f819af3359f62045637ba9494386a.r78.cf2.rackcdn.c…Doa untuk Alam Politik Kami berdoa agar negara

4

Gereja-Mu di Sarawak, supaya umat-Mu menjadi contoh perpaduan, kesatuan dan keberanian yang baik kepada seluruh Malaysia. Pulihkan Gereja-Mu di Sarawak, ya Tuhan.

Doa untuk menghapuskan pandemik serta kejahatan sifat perkauman dan prejudis Jauhi kami dari sikap acuh tak acuh, sifat perkauman, prejudis, dan kebencian. Bangkitkan dalam kami semangat belas kasihan terhadap mereka yang tiada tempat berteduh di tengah-tengah pandemic ini dan sedang mencari kerja, yang telah mengalami kegagalan perniagaan ataupun potongan gaji, serta golongan yang kais pagi, makan pagi. Sila hiburkan mereka yang telah mengalami kematian ahli keluarga tersayang mereka pada waktu ini. Kami berdoa agar Engkau menjamah mereka dengan kasih, kemurahan hati, dan memenuhi keperluan mereka. Hindari kami, ya Tuhan, daripada perkara-perkara yang menyekat pekerjaan kasih karunia Engkau yang berada di setiap pelusuk jiwa dan minda kami.

Doa untuk pergerakan Roh Kudus Penuhi kami dengan Roh Kudus-Mu, agar kami boleh bertekad berjalan dalam tujuan dan misi demi kemuliaan-Mu. Semoga kami menjadi alat-Mu dalam membawa kebenaran, keadilan dan perbenaran kepada golongan yang tertindas, dianiayai, dan berada dalam keadaan terdesak. Tolong kami memberi pertolongan secara praktikal disertai doa walaupun kami berasa kurang selesa dengan perbuatan tersebut, tanpa menyekatkan kerja Roh Kudus. Pakailah kami, ya Tuhan, untuk membawa kemakmuran kepada negara. Hembuslah Roh-Mu ke dalam hidup kami agar kami akan lebih berani lagi memberitakan Injl.

Bapa, kami menghadapi Engkau dan menyeru agar Engkau menghapuskan segala rintangan yang menghalang kami daripada memberitakan Injil kepada mereka yang sesat, agar mereka diselamatkan. Selagi kami menunggu-nunggukan kedatangan Engkau, ya Tuhan Yesus, kami berdoa agar Engkau akan memakai kami sesuai dengan rencana-Mu untuk memberkati Malaysia.Pulihkan negara kami dalam belas kasihan-Mu. Dalam nama-Mu yang berkuasa kami berdoa. AMIN.

Doa Spontan Biar Roh Kudus memimpin anda untuk mendoakan hal-hal lain yang muncul dalam hati anda, terutamanya hal yang berkait dengan negara kami. YIELD  MENYERAH DIRI Tuhan Allah, apabila kami merayakan Hari Malaysia di tengah-tengah pandemik Coronavirus, kami doakan mereka yang uzur dan sedang meratap kerana kehilangan orang kesayangan mereka. Dalam belas kasihan-Mu, kami berdoa agar Engkau menghapuskan virus ini kerana, “Ah, ya Tuhan Allah, sesungguhnya Engkaulah yang menjadikan langit dan bumi dengan kuasa-Mu yang besar dan dengan lengan-Mu yang terhulur. Tidak ada sesuatu hal yang mustahil bagi-Mu.” (Yeremia 32:17) DOA BERKAT KEBANGSAAN (Nyanian Doa untuk Malaysia) MENJADI BERKAT -Bait 1- Kesempatan hidup yang Tuhan berikan Kumau pakai memuliakan Tuhan Melayani, mengasihi sesama S’perti Bapa mengasihiku

-Reff- Disisa umurku selama ku masih kuat Apapun yang kuperbuat ku mau menyenangkanMu Menjadi roti terpecah, menjadi anggur tercurah Menjadi berkat bagi sesame https://www.youtube.com/watch?v=n7wErAdD3_o

NYATAKAN Ibrani 13:20-21 AVB SEBAGAI BERKAT SESAMA SENDIRI “Semoga Allah kesejahteraan yang telah membangkitkan Tuhan kita Yesus daripada kematian, Gembala domba yang mulia itu, melalui darah perjanjian kekal, melengkapkan kamu dengan segala yang baik untuk melakukan kehendak-Nya, mengusahakan dalam dirimu apa yang diredai-Nya, melalui Yesus Kristus, bagi-Nya kemuliaan selama-lamanya. Amin.” TAMATKAN DENGAN MELAFAZ DOA BAPA KAMI Matius 6:9-13 AVB   Bapa kami yang ada di syurga,dimuliakanlah nama-Mu. Datanglah kerajaan-Mu. Jadilah kehendak-Mu di atas bumi seperti di dalam surga. Berilah kami rezeki pada hari ini, dan ampunilah kesalahan kami, seperti kami pun mengampuni yang bersalah kepada kami. Dan janganlah masukkan kami ke dalam pencobaan, tetapi bebaskanlah kami dari yang jahat. Sebab Engkaulah raja yang mulia dan berkuasa untuk selama-lamanya. AMIN. BERDIAM DIRI Bernafas secara mendalam, berterima kasih kepada Allah atas hadirat-Nya, dan serahkan segala suatu yang anda telah doakan kepada-Nya.

Page 5: For private circulation only among members and associates ...32885165ddbe10f99503-4f9f819af3359f62045637ba9494386a.r78.cf2.rackcdn.c…Doa untuk Alam Politik Kami berdoa agar negara

5

MUSIM DOA HARI MALAYSIA Anda didorong untuk berjalan ataupun memandu sambil berdoa setiap minggu sepanjang bulan September untuk memberkati negara kami. Kibarkan Jalur Gemilang, tanpa mengambil kira saiznya. Sambut cabaran ini untuk memberkati tempat lain selain daripada kawasan perumahan ataupun bandar anda. Contoh tempat yang anda boleh doakan termasuk bangunan kerajaan, hospital, sekolah, balai polis, daerah perniagaan dan kawasan perumahan. Anda mungkin juga ingin melawati tempat lain seperti tandas awam di mana kes-kes pembuangan bayi kerap berlaku, ataupun memandu di kawasan miskin serta lorong-lorong di mana kegiatan maksiat dan kongsi gelap kerap berlaku. Doa akan kedatangan Kerajaan Allah.