18 nasional meriam besi kuning meletup sendiri...
TRANSCRIPT
18 NASIONAL
Meriam besi kuning meletup sendiri . » Cerita keramat, dongeng angkat nilai sejarah Kuala Selangor
Oleh Khairul Azran Hussin dan Suzaini Sulaiman khaiazr@bh .com.my
II> Kuala Selangor
B ukit Malawati dan Kuala Selangor tidak terkecuali dengan pelbagai kisah
unik yang diwarisi turun-temurun.
Pengunjung ke daerah ini boleh melihat kesan kisah keramat dan dongeng, antaranya tempat peninggalan Harta Sultan, Meriam Penggawa, Keris Tua, Keramat Rubiah, Batu Harimau, telaga, Keramat Syed, pokok besar tempat memancung kepala dan kera serta lotong.
Berikut kisah unik di sebalik bahan bersejarah yang terdapat di Bukit Malawati dan Kuala Se-
+ langor, seperti diceritakan oleh penulis buku Sejarah Kuala Selangor, Datuk Yusoff Hassan kepada wartawan BH.
Harta Istana Pelbagai harta istana seperti lembing dan keris tujuh, lima serta tiga 10k tersimpan di dalam gua, berhampiran busut Malawati. Pada tahun 1975, seorang lelaki cuba mendapatkan keris dari dalam gua ini dengan menggunakan khidmat seorang bomoh untuk memuja, tetapi gagal. Sebaik pulang ke rumah, lelaki itu dikatakan bermimpi didatangi satu lembaga hitam dan mencekiknya.
Pada zaman dahulu, temp at penyimpanan h;rrta ini dikawal
Kesan tinggalan pintu utama ke Kota .stana Sultan Selangor di Bukit Malawati, Kuala Selangor. [FOTO ROSLIN MAT TAHIRlBHl
oleh Datuk Puteh, selaku bendahari. Kononnya, apabila Datuk Puteh meninggal dunia, dia dikebumikan pada satu sudut busut ini, yang mana tempat itu kini terdapat sepohon sena.
Meriam Penggawa Meriam yang diperbuat daripada besi kuning ini meletup secarasendiri pada tahun 1961 dan 1978. Punca meriam itu meletup sendiri masih menjadi misteri. Malah, ada yang mengatakan ia akan meletup sendiri setiap kali pertabalan Sultan Selangor yang baharu. Meriam Penggawa yang sentiasa dibalut kain kuning ini terletak di dalam kawasan Makam Tiga Sultan.
Keris Tua Pada 23 September 1976, terdapat kisah seorang individu bernama
Husain Omar terjumpa keris tua terpacak di pangkal pokokjejawi. Pada malamnya, Husain bermimpi diarahkan menyerahkan keris itu kepada seseorang berketurunan raja yang boleh dipercayai.
Keesokannya, dia menyerahkan keris ini kepada Raja Nasron Raja Ishak yang ketika itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Selangor. Selepas menerima keris ini, Raja Nasron dikatakan menyarungkan kepada sarung serta hulu lama yang disimpannya dan ternyata ia sepadan dengan hulu dan sarungnya. Keris ini sehingga kini berada dalam simpanan Raja Nasron.
Keramat Rubiah Terletak di hujung jalan ke Tanjung Keramat, kira-kira satu kilometer dari bandar Kuala Selangor serta berada di atas bukit
keramat setinggi 100 kaki dari aras laut di pinggir Tasik Shina. Mengikut kisahnya, ada seorang anak dara yang sangat cantik dan warak bernama Rubiah dipaksa berkahwin dengan seorang pemuda tanpa persetujuannya.
Rubiah tiba-tiba ghaib pada malam pernikahan dan jasadnya tidak ditemui sehingga kini. Ibu bapanya hanya menjumpai baju anaknya di sebatang pokok dan. mendirikan sebuab makam sebagai tanda mengingati anaknya itu.
Ketika ini, bukit kecil di Tasik Shina hanya tinggal busut sahaja kerana batunya di kelilingnya sudah diletupkan bagi pembinaan jalan raya.
Batu Harimau Terdapat dua ketul batu kecil dan seketullagi besar, menyerupai tiga ekor harimau, terletak di tepi Sungai Selangor berhampiran jambatan feri lama. Kisahnya, batu ini berasal dari tiga ekor harimau, iaitu seekor harimau betina bersama dua ekor anak hendak menyeberang sungai untuk ke Permatang.
Walaupun ditegur seekor kelambai supaya jangan menyeberang, teguran itu tidak diendahkan menyebabkan kelambai yang mempunyai kuasa ajaib menyumpah ketiga-tiga ekor harimau ini menjadi batu.
Kisah ini ada persamaan dengan dongeng Batu Katak di Kampung Batu Papan, Temerloh, Batu Kucing Bertanduk di Kota Tinggi dan Batu Sapi di Sabah.
Telaga Telaga ini dikatakan berusia tidak kurang 180 tahun dan terletak di
Meriam Penggawa yang diletakkan di dalam kawasan Makam Tiga Sultan. [FOTO ROSDAN WAHID/ BHl Cangkat Bukit Tanjung, berham-
piran Tasik Shina. Simen telaga ini ada persamaan dengan beberapa nesan lama di pinggir makan sultan. Ada pendapat mengatakan telaga ini milik Si Lamat dan Si Laba, iaitu qua orang hamba yang kurang waras, tetapi taat kepada sultan.
Keramat Syed Pusara berbatu marmar putih ini terletak berhampiran tebing Sungai Selangor, tidak jauh dari Batu Harimau. Ada pendapat mengatakan ia adalah makan Byed Japhar yang menjadi ketua orang Selangor ketika perang menentang Belanda.
Pokok besar tempat pancung kepala Pokok sebesar empat pemeluk ini terletak berhampiran kaki bukit Kuala Selangor. Di pangkal pokok ini menjadi tempat memancung kepala dan terdapat beratus-ratus kubur lama. Namun, pada tahun 1977, pokok ini tumbang dan mati akibat dipanah petir.
Kera dan lotong Mengikut satu cerita, pada 1960, seorang budak lelaki cuba melastik seekor kera yang berada di atas pagar makam, namun secara tiba-tiba budak itu menggelupur dan pengsan.
Ikuti siri akhir mengenai tangga 100, antara peninggalan sejarah yang dipandang sepi, dalam BH esok.
I~pkuti BH Plus :'ll di www.bharian.com.my
untuk lebih~ambar dan video