kenyataan tender...(i) tender untuk bekalan baja (ii) no. tender : ppn.sel (t)0 1 /202 1 dan...

42
1 KENYATAAN TENDER JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal/kontraktor yang berdaftar dengan Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dan Kementerian Kewangan di bawah Kod Bidang berkaitan dengan menggunakan Sistem Tender Selangor yang layak membuat tawaran Tender untuk pembekalan berikut:- No. Tawaran Jenis Bekalan Kod Bidang Taraf PPN.SEL.(T)01/2021 Membekal dan menghantar Baja Sebatian (16% N: 16% P2O5: 16% K2O) Ke Stor Jabatan Pertanian Negeri Selangor 070101 Terbuka Membekal dan menghantar Baja Sebatian (13% N: 13% P2O5: 21% K2O) Ke Stor Jabatan Pertanian Negeri Selangor Membekal dan menghantar Baja UREA (46% N) Ke Stor Jabatan Pertanian Negeri Selangor Dokumen tender boleh dibeli melalui laman web selangor tender https: //tender.selangor.my/ selepas sesi taklimat. Tawaran di atas hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender di : Jabatan Pertanian Negeri Selangor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan, No. 3 Jalan Indah, Seksyen 14, 40632 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan sebelum atau pada 31 Mei 2021 sebelum jam 12.00 tengah hari. Tarikh Iklan : 10 Mei 2021

Upload: others

Post on 09-Aug-2021

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

1

KENYATAAN TENDER

JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR

Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal/kontraktor yang berdaftar dengan Unit

Pembangunan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dan Kementerian Kewangan di

bawah Kod Bidang berkaitan dengan menggunakan Sistem Tender Selangor

yang layak membuat tawaran Tender untuk pembekalan berikut:-

No. Tawaran

Jenis Bekalan

Kod

Bidang

Taraf

PPN.SEL.(T)01/2021

Membekal dan menghantar Baja Sebatian (16% N: 16% P2O5: 16% K2O) Ke Stor Jabatan Pertanian Negeri Selangor

070101

Terbuka

Membekal dan menghantar Baja Sebatian (13% N: 13% P2O5: 21% K2O) Ke Stor Jabatan Pertanian Negeri Selangor

Membekal dan menghantar Baja UREA (46% N) Ke Stor Jabatan Pertanian Negeri Selangor

Dokumen tender boleh dibeli melalui laman web selangor tender https: //tender.selangor.my/ selepas sesi taklimat.

Tawaran di atas hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender di :

Jabatan Pertanian Negeri Selangor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

No. 3 Jalan Indah, Seksyen 14, 40632 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan

sebelum atau pada 31 Mei 2021 sebelum jam 12.00 tengah hari. Tarikh Iklan : 10 Mei 2021

Page 2: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

2

SENARAI SEMAK

Bil Dokumen Untuk Ditanda Oleh Syarikat

Untuk Ditanda Oleh

Jawatankuasa Pembuka Tender

1 Salinan Sijil Akuan Pendaftaran dari Kementerian Kewangan (Kod 070101)

( ) ( )

2 Salinan Sijil Akuan Bumiputera dari Kementerian Kewangan (Jika ada)

( ) ( )

3 Borang Tender telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani (Lampiran I)

( ) ( )

4 Borang Jadual Harga (Diisi dengan lengkap) (Lampiran II)

( ) ( )

5 Maklumat Tambahan petender (Lampiran III) ( ) ( )

6 Latar belakang Pembekal Utama (Lampiran IV) ( ) ( )

7 Surat Pengesahan dan Jaminan dari Pembekal Utama Bagi Setiap Item (Salinan Asal)

( ) ( )

8 Penyata Akaun Bank yang disahkan oleh Bank berkaitan (3 bulan terakhir dan terkini)

( ) ( )

9 Surat Akuan Petender (Lampiran V) ( ) ( )

10 Salinan Sijil Akuan Pendaftaran dari Kementerian Kewangan/ SSM Pembekal Utama

( ) ( )

11 Jadual Penghantaran Baja Dan Bahan Pelengkap Ke Stor Jabatan Pertanian Negeri Selangor (Lampiran VI)

( ) ( )

Sekiranya ada tanda ( / ) Sekiranya tiada tanda ( × )

Page 3: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

3

Petender wajib mengemukakan dokumen sebagaimana senarai semak kecuali

perkara ”2” untuk melayakkan tender ini dipertimbangkan

(Semua dokumen yang dikemukakan dalam bentuk salinan perlu disahkan oleh

Pegawai Kerajaan dalam kategori Pengurusan dan Profesional)

PENGESAHAN OLEH SYARIKAT

Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya

telah membaca dan memahami semua

syarat dan terma yang dinyatakan di dalam

dokumen tender. Semua maklumat yang

dikemukakan adalah benar. Saya juga faham

bahawa sekiranya saya tidak

mengemukakan maklumat ditetapkan seperti

di atas tender saya ini tidak akan

dipertimbang.

...................................................

(Tandatangan)

Nama:

Jawatan:

Tarikh:

Cop / Meterai Syarikat:

UNTUK KEGUNAAN JABATAN

Jawatankuasa Pembuka Tender

mengesahkan penerimaan dokumen

bertanda kecuali bagi perkara

bil................(jika ada)

.......................................................

(Tandatangan)

Nama:

Jawatan:

Tarikh:

......................................................

(Tandatangan)

(Nama:

Jawatan:

Tarikh:

Page 4: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

4

PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH

(S/K.KEW/PK/PP/1100/000000/10/31 JLD.26 SK.7 (3) – 28 FEBRUARI 2009)

1. Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi,

meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada

mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan

jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

(Akta 694).

2. Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan

kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar

atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang

berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu

kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

(Akta 694).

3. Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap

anggota perkhidmatan awam dan menyenarai hitamkan kontraktor atau

pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan

rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta

694).

4. Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran

berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan

dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi

dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan

berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

Page 5: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

5

INTEGRITY PACK DALAM PEROLEHAN KERAJAAN

4.1 Perkara ini adalah merujuk kepada Surat Arahan Perbendaharaan (SAP)

rujukan S/K.Kew/PK/PP/1100/000000/10/31 Jld 29 SK.2 (13) bertarikh 1 April

2010

4.1.1 Semua petender yang menghantar dokumen tender hendaklah

menandatangani Surat Akuan Petender bahawa ia tidak akan

menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan

kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Petender

hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa

menandatangani bagi pihak syarikat sebagai tanda bahawa beliau ialah

individu yang diberi kuasa untuk berurusan dengan pihak Kerajaan

bagi urusan perolehan/perjanjian bagi perkara ini.

4.1.2 Petender yang berjaya dikehendaki menandatangani Surat Akuan

Petender Berjaya bahawa ia tidak akan memberi rasuah sebagai

ganjaran kerana mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang

menandatangani Surat Akuan Petender Berjaya hendaklah juga

melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak

syarikat.

Page 6: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

6

DOKUMEN TENDER UNTUK MEMBEKAL, MENGHANTAR DAN MENYUSUN

BAJA UNTUK JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR

No. Tender : PPN.SEL.(T) 01/2021

A. ARAHAN KEPADA PETENDER

1. Tender adalah dipelawa kepada petender baja yang berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang dikelaskan di bawah Kod 070101 bagi membekal dan menghantar baja ke stor di daerah Jabatan Pertanian Negeri Selangor.

2. Petender hendaklah mengemukakan sesalinan Sijil Pendaftaran yang

sah (untuk Kontrak Bekalan dan Perkhidmatan) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan salinan dokumen-dokumen berikut:

(a) Untuk Syarikat-Syarikat Perkongsian/ Pemilik Tunggal

(i) Borang A - Pendaftaran perniagaan yang sah

Mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

(ii) Borang B - Perubahan Pendaftaran Perniagaan.

(iii) Borang D - Sijil Pendaftaran

(b) Untuk Syarikat-Syarikat Terhad/ Public Limited

(i) Memorandum and Articles of Association (mengikut Akta

Syarikat 1965).

(ii) Borang 24 - Pembatalan Pembahagian Saham- Saham (Return of Allotment of Shares).

(iii) Borang 49 - Senarai Ahli-Ahli Lembaga Pengarah.

(c) Untuk Organisasi Kooperatif/ Lembaga Pertubuhan

(i) Undang-Undang Kecil Pertubuhan.

DOKUMEN A

Page 7: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

7

3. Harga yang disebut ialah:-

(i) Di Stor Jabatan Pertanian Negeri Selangor (SEPERTI

DI LAMPIRAN)

(ii) Ringgit Malaysia.

4. Tempoh sah laku harga tender ialah 180 hari selepas tarikh tender

ditutup.

5. Sekiranya petender menghadapi apa-apa keraguan kepada maksud dan tujuan dokumen ini, maka hendaklah semasa menyerahkan tender menerangkan di dalam suratnya akan tafsiran-tafsiran dan fahaman yang boleh menimbulkan keraguan.

6. Sekiranya mana-mana "Spesifikasi Umum" atau "Spesifikasi Khusus"

tidak dapat dipenuhi, petender hendaklah menyebut dan menjelaskan di dalam surat-surat yang dihantar bersama-sama dokumen tendernya.

7. Jabatan Pertanian tidak akan bertanggungjawab ke atas segala

perbelanjaan atau kehilangan yang mungkin berlaku semasa penyediaan dan penyerahan tender. Jabatan Pertanian tidak terikat untuk menerima tender-tender termurah atau mana-mana tender serta mempunyai hak untuk memilih lebih dari satu petender. Keputusan Jawatankuasa Tender adalah muktamad.

8. Anggaran keperluan Baja bagi tempoh tender ini adalah seperti Jadual

di bawah:-

Jenis Baja

Kg/Bag

Anggaran Jumlah

Keperluan

( bag)

Baja Urea 50kg

1,466

Baja NPK 13:13:21 50kg

14,706

Baja NPK 16:16:16 50kg

4,828

9. Jabatan Pertanian tidak terikat untuk membuat tawaran kesemua

jumlah Baja dan Bahan Pelengkap seperti dinyata di atas atau mana-mana bahagian dalam dokumen tender. Jabatan Pertanian berhak untuk membuat tawaran sebahagian daripada kuantiti sebagaimana dinyatakan di atas dan berhak memilih lebih dari satu petender.

10. Petender dikehendaki mengemukakan sampel baja yang ditender

minimum 250 gram bagi jenis Baja berbutir / debu / nugget atau 500ml bagi Baja dan Bahan Pelengkap jenis cecair/pekatan teremulsi yang ditender bersama dokumen tender. Sampel yang

Page 8: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

8

dihantar mestilah mempunyai label butir-butir penting Tender dan nama Pembekal serta penentuan jenis Baja dan Bahan Pelengkap. Sampel Baja dan Bahan Pelengkap tidak akan dikembalikan. Tender yang dikemukakan tanpa sampel Baja dan Bahan Pelengkap adalah tidak lengkap dan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

11. Pembekalan hendaklah dibekalkan dalam tempoh dua puluh satu (21)

hari dari tarikh Pesanan Tempatan dikeluarkan. Tempoh kontrak tender ini bermula dari tarikh surat setuju terima daripada pihak petender.

12. Petender dikehendaki mengemukakan salinan asal laporan makmal

berakreditasi (Rujuk LIST OF AgLAM MEMBERS) mengenai setiap jenis Baja ditender yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti di borang format analisis baja.

13. Petender dalam kes-kes di mana petender tidak terdiri daripada

pengilang hendaklah mengemukakan salinan asal surat pengesahan daripada pengilangnya bagi menjamin yang petender ini adalah diberi hak untuk membekal Baja yang dikeluarkannya. Pengilang berkenaan hendaklah mengesahkan secara bertulis bahawa mereka mempunyai tanggungjawab bersama dari segi kualiti dan kuantiti Baja dan Bahan Pelengkap yang dikeluarkan. Petender tidak dibenarkan menukar pengilang selain yang dinyatakan dalam Tender tanpa mendapat kelulusan Jabatan Pertanian terlebih dahulu. Bagi petender yang mengilang sendiri Baja dan Bahan Pelengkap hendaklah mengemukakan dokumen yang membuktikan ianya adalah pengilang atau pembekal utama.

14. Hanya petender yang berjaya sahaja akan dimaklum melalui surat.

Petender yang berjaya dikehendaki menandatangani kontrak perjanjian bagi pembekalan dengan Jabatan Pertanian.

15. Bon Perlaksanaan

(a) Petender hendaklah, sebagai syarat terdahulu sebelum memulakan pembekalan di bawah kontrak ini, mendepositkan dengan Jabatan Pertanian, suatu Bon Perlaksanaan dalam bentuk Jaminan Bank yang diluluskan yang senilai dengan lima peratus (5%) daripada Jumlah Harga Kontrak, sekiranya nilai kontrak melebihi RM500,000.00 dan 2.5% nilai kontrak RM500,000.00 ke bawah, bagi pematuhan dan pelaksanaan yang wajar untuk kontrak ini.

(b) Bon Perlaksanaan hendaklah meliputi keseluruhan tempoh

kontrak yang diluluskan.

(c) Bon Perlaksanaan ini akan dikembalikan sesudah kontrak disempurnakan dengan memuaskan tertakluk kepada apa-apa potongan yang dibuat oleh Jabatan Pertanian mengikut peruntukan dalam perjanjian yang akan dibuat oleh Jabatan Pertanian berhubung dengan apa-apa kegagalan melaksanaan perjanjian tersebut atau apa-apa pelanggaran syarat-syarat perjanjian yang akan dilakukan oleh Petender di bawah

Page 9: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

9

perjanjian tersebut. 16. Petender-petender dikehendaki mengisikan segala butir-butir yang

diperlukan di dalam Borang Tender di Lampiran I dan Borang Jadual Harga di Lampiran II dengan lengkap dan sempurna. Tawaran dari petender-petender yang tidak lengkap akan ditolak.

17. Peraturan Mengisi Dan Mengirimkan Borang-Borang

(a) Semua borang hendaklah diisi dengan lengkap sebagaimana

ditetapkan mengikut turutan senarai semak, kemas dan jelas. Jika ruangan yang disediakan tidak mencukupi petender dibenarkan menaip maklumat-maklumat itu di dalam kertas tambahan dan mestilah ditandatangani oleh petender-petender serta dicopkan dengan cop syarikat. Sebarang pindaan dan pembatalan di dalam borang hendaklah ditandatangani ringkas oleh petender dan bertarikh.

(b) Dokumen A (Dokumen Tender) dan Dokumen B (Perincian

Teknikal Tender) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul berasingan dan berlakri. Kedua-dua sampul Dokumen A dan Dokumen B yang dilakri hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul / bungkusan yang mana dibahagian kiri atasnya ditulis / dicatat nombor rujukan tender.

(c) Petender tidak dibenarkan mencatat nama petender dan

harga pada dokumen Perincian Teknikal Tender (Dokumen B). (d) Borang-borang tender yang perlu dikembalikan ke Jabatan ini

ialah seperti berikut:-

(i) Borang Tender di Lampiran I.

(ii) Borang Jadual Harga di Lampiran II. (iii) Salinan dokumen yang disahkan berkaitan dengan

syarikat atau organisasi seperti di perkara A.2 di atas.

(iv) Maklumat Tambahan Petender seperti di Lampiran III. (v) Perincian Teknikal Tender cadangan petender

(Dokumen B). (Dokumen B hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berasingan dan berlakri).

(vi) Salinan asal surat pengesahan dan jaminan daripada

pembekal utama. (vii) Laporan makmal berakreditasi seperti perkara 12

(salinan asal) keputusan analisis baja hendaklah dihantar bersama-sama dokumen tender sebelum tarikh tutup.

(e) Sampul dokumen A dan sampul dokumen B hendaklah dimasukkan ke dalam satu bungkusan atau sampul yang berlakri dan ditanda dengan butir-butir berikut:

Page 10: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

10

(i) Tender untuk bekalan Baja

(ii) No. Tender : PPN.SEL(T)01/2021

dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Selangor

Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan, No. 3 Jalan Indah, Seksyen 14,

40632 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

(f) Borang tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender

yang telah disediakan oleh Jabatan Pertanian Negeri Selangor atau dihantar melalui pos.

(g) Tarikh tutup penerimaan borang-borang tender adalah pada 31

Mei 2021 tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari.

(h) Borang-borang tender yang lewat diterima tidak akan diproses.

Penting: Dilarang menceraikan Buku Dokumen Tender. Petender dibenarkan untuk membuat salinan untuk simpanan.

B. BUNGKUSAN

1. Jenis bungkusan dan berat / isipadu bagi setiap Baja hendaklah mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam Dokumen B (Perincian Teknikal Tender).

2. Pada setiap bungkusan hendaklah ditulis tanda pengenalan dengan warna

hitam seperti mana berikut:-

i. (i) Tanda / pengenalan - Baja Jabatan Pertanian

ii. (ii) Tarikh pembungkusan - (Tarikh Sewajarnya)

3. Baja hendaklah dibalut dengan clear stretch film. Pembalutan baja yang dibekalkan perlu dibuat dipintu kilang, dilapik bersama pallet plastik. Setiap satu lapisan mempunyai 5 guni beg baja, dan mempunyai jumlah 35 beg baja bagi setiap pallet. Bungkusan pallet tersebut perlu di susun dengan sempurna mengikut arahan pegawai penerima/stor.

Page 11: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

11

C. PENGAMBILAN SAMPEL BAJA BAGI TUJUAN KAWALAN KUALITI

1. Baja yang dibekalkan oleh pembekal adalah tertakluk kepada pemeriksaan oleh Jawatankuasa Kawalan Kualiti Baja atau Pegawai Jabatan Pertanian di lokasi penghantaran.

2. Sampel akan diambil secara rawak dan wakil pembekal boleh hadir semasa proses pengambilan sampel. Pengambilan sampel akan dijalankan berdasarkan Piawaian Malaysia Standard MS417:1:1994, AMD1:2001 - The Analysis of Fertilizers Part 1: Method of Sampling and Sample Preparation (First Revision).

3. Satu sampel komposit Baja dibahagikan kepada tiga (3) sub sampel

dan berat setiap sub sampel sebanyak 250gram / 500ml. Sub sampel pertama mesti dianalisis di makmal yang sama seperti yang dinyatakan dalam perkara 17. (d)(vii). Sub sampel kedua dihantar kepada pembekal dan satu (1) sub sampel disimpan oleh Jabatan Pertanian.

4. Kaedah analisis bagi Baja hendaklah sebagaimana termaktub dalam

Piawaian Malaysia (Malaysian Standard) MS 417:1994 (series) - The

Analysis of Fertilizers.

5. Sekiranya berlaku sebarang pertikaian berhubung dengan analisis yang

dibuat, analisis pengesahan bolehlah dibuat dengan mana-mana makmal

Kerajaan / Badan Berkanun / swasta yang ditetapkan oleh Jabatan

Pertanian. Keputusan analisis pengesahan ini adalah muktamad.

D. PERATURAN-PERATURAN UMUM

1. Kegagalan Memenuhi Spesifikasi Baja

Sekiranya petender gagal mematuhi spesifikasi Baja yang ditetapkan

maka Kerajaan adalah berhak untuk:-

a) menolak Baja tersebut dan menamatkan perjanjian ini; atau

b) membeli Baja yang dikehendaki itu daripada punca-punca lain

dan membatalkan pesanan Baja dan Bahan Pelengkap

berkenaan yang telah dipesan daripada petender. Bagi hal yang

demikian, jika kos memperoleh Baja daripada punca yang lain

adalah melebihi harga dalam perjanjian ini, petender adalah

dikehendaki membayar amaun yang lebih itu sebagai pampasan

kepada Kerajaan; atau

c) menolak Baja tersebut dan petender perlu membayar gantirugi

diatas kelewatan kepada Kerajaan berdasarkan nilai Baja yang

ditolak.

Page 12: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

12

2. Jadual Pengeluaran di Kilang Memproses

(a) Petender Baja hendaklah mengemukakan kepada Jabatan

Pertanian jadual memproses baja di kilang masing-masing. Ini

membolehkan Jabatan Pertanian menghantar pegawainya dari

semasa ke semasa untuk menjalankan pemeriksaan ke atas

pemprosesan dan kedudukan bahan-bahan / campuran yang

digunakan, sebagai satu cara pengawalan kualiti.

(b) Petender hendaklah memberi kebenaran kepada pengawai

Jabatan Pertanian melawat dan memeriksa kilang pemprosesan

dan stor untuk memudahkan pemeriksaan bahan-bahan mentah

dan stok baja.

3. Pelanggaran Peraturan-Peraturan Kontrak

Petender-petender hendaklah mematuhi syarat-syarat tersebut di atas

dan apa-apa peraturan sebagai petender yang dikenakan oleh

Kementerian Kewangan. Setiap petender yang didapati melanggar

peraturan kontrak akan diambil tindakan sepertimana disebutkan di

dalam peraturan Tender ini dan juga dilaporkan kepada Kementerian

Kewangan untuk tindakan selanjutnya.

4. Tempahan dan Penghantaran Baja

Penghantaran baja hendaklah dilaksana berdasarkan tempahan yang

akan dibuat oleh Jabatan Pertanian dengan menggunakan Pesanan

Tempatan (L/O). Penghantaran hendaklah mengikut jadual dan masa

yang telah ditetapkan.

5. Dokumen Perjanjian

Dokumen Tender ini hendaklah dijadikan sebahagian daripada syarat-

syarat perjanjian kontrak dan petender dikehendaki membiayai kos

stamping / duti setem.

6. Dokumen Tawaran Tender

a) Borang Jadual Harga (Lampiran II) hendaklah diisi. Cadangan

harga yang ditawarkan hendaklah tidak termasuk kenaan SST.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan dalam perincian pengiraan

yang dikemukakan, jumlah kiraan harga yang lebih rendah akan

diguna pakai.

Page 13: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

13

b) Pada peringkat penyediaan cadangan teknikal, petender

dikehendaki mengisi maklumat Teknikal di Dokumen B. Petender

juga perlu mengisi maklumat jadual spesifikasi berkenaan untuk

dimasukkan sebagai dokumen sokongan dalam sampul teknikal

(tanpa ada apa-apa nama, maklumat atau petanda syarikat).

c) Jabatan Pertanian Negeri Selangor tidak akan bertanggungjawab di

atas kegagalan penerimaan Cadangan Kewangan dan Cadangan

Teknikal yang dihantar serta kegagalan menerima Dokumen Sokongan

atau kehilangan borang-borang berkaitan tender tersebut sebelum

dimasukkan ke dalam Peti Tawaran Tender yang disediakan di

Jabatan Pertanian Negeri Selangor.

Page 14: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

14

LAMPIRAN I

BORANG TENDER

TENDER UNTUK MEMBEKAL, MENGHANTAR DAN MENYUSUN BAJA UNTUK

JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR

Mengikut spesifikasi seperti di Dokumen ‘B’ dalam Dokumen Tender. Salinan-salinan Dokumen Meja Tender yang merangkumi Syarat-syarat Kontrak, Pelan-pelan dan Spesifikasi yang tersebut di atas dan Dokumen Tender yang lain boleh diperiksa di tempat yang dinyatakan dalam Notis Tender dalam masa waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja hingga tarikh akhir yang ditetapkan bagi penyerahan tender. Kepada : Pengarah Pertanian Negeri Selangor Jabatan Pertanian Negeri Selangor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan, No. 3 Jalan Indah, Seksyen 14, 40632 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tuan Di bawah dan tertakluk kepada syarat-syarat membuat tender, yang bertandatangan di bawah ini, adalah dengan ini membuat tender dan menawar untuk membekal dan menyerah hantar segala benda dari tiap-tiap jenis masing-masing disebut, ditunjuk, diperihal dan dimaksudkan dalam, atau yang diambil kesimpulan daripada Dokumen Tender untuk dibekal dan diserah hantarkan oleh pihak Kontraktor, sebagaimana yang diperihalkan di atas, dengan menepati Dokumen Tender tersebut bagi berbagai kadar harga yang telah ditetapkan oleh yang bertandatangan di bawah ini, dalam Borang Jadual Harga yang dikembalikan bersama-sama Tender ini. 2. Yang bertandatangan di bawah ini bersetuju menjadi terikat oleh dan tunduk kepada Syarat-syarat Kontrak dan Spesifikasi dan Jadual Harga-harga, dan bersetuju bahawa harga-harga didalamnya hendaklah menjadi asas bagi penilaian bayaran-bayaran bagi sesuatu butiran atau butiran-butiran bekalan yang dari semasa ke semasa dipesan oleh Pegawai Penguasa. 3. Yang bertandatangan di bawah ini selanjutnya bersetuju menyiapkan serah hantaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh setujuterima tender atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diperuntukkan dalam Syarat-syarat Kontrak. 4. Bahawasanya adalah diketahui bahawa Jabatan Pertanian sentiasa berhak menyetujuterima atau menolak Tender ini, namun demikian yang bertandatangan di bawah ini bersetuju yang Tender ini akan berterusan sah dan tidak akan menarik balik dalam tempoh Satu Ratus Lapan Puluh (180) hari dari tarikh akhir bagi penyerahan tender dan bersetuju bahawa tiada apa-apa, syarat atau janjian lain

Page 15: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

15

akan dikenakan oleh yang bertandatangan di bawah selepas tarikh tersebut. 5. Yang bertandatangan di bawah ini selanjutnya bersetuju, jika Tender ini disetujuterima, mendeposit dengan Jabatan Pertanian Bon Pelaksanaan yang dinyatakan dalam Fasal 15 (a) Syarat-syarat Kontrak dan melaksanakan Perjanjian Kontrak yang formal sebaik sahaja ianya siap untuk ditandatangani. 6. Yang bertandatangan di bawah ini mengesahkan, selepas menyemak sendiri bahawa dokumen-dokumen yang digunakan oleh yang bertandatangan di bawah ini untuk menyusun Tender ini, adalah salinan-salinan sebenar dokumen-dokumen yang dimasukkan dalam Dokumen Meja Tender. 7. Yang bertandatangan di bawah ini jika sekiranya Tender ini disetujuterima, borang Tender berserta Surat Setujuterima Tender ini hendaklah menjadi Kontrak yang mengikat di antara Jabatan Pertanian dengan yang bertandatangan di bawah ini, walaupun Perjanjian Kontrak yang formal belum ditandatangani. 8. Yang bertandatangan di bawah ini bersetuju bahawa:

(a) Jika yang bertandatangan menarik balik Tender ini sebelum tamatnya tempoh sah Tender atau apa-apa tempoh lanjutan, atau

(b) jika yang bertandatangan di bawah ini mengenakan apa-apa had,

syarat atau janjian tambahan kepada Tender ini selepas tarikh akhir yang ditetapkan bagi penyerahan, atau

(c) jika sekiranya Tender ini telah disetujuterima, yang bertandatangan di

bawah ini enggan atau tidak melaksanakan Perjanjian Kontrak yang formal atau mendeposit Bon Pelaksanaan sebagaimana dikehendaki oleh Syarat-syarat Kontrak atau gagal untuk meneruskan pembekalan, maka dalam mana-mana hal itu, tanpa menyentuh apa-apa hak lain yang ada padanya Jabatan Pertanian sentiasa berhak mengambil tindakan tatatertib terhadap yang bertandatangan di bawah ini.

Bertarikh pada...................................haribulan.......................................2021

………………………………………….. Tandatangan Petender

…………………………………………..

(Nama Penuh) No K.P………………………………….

………………………………………….. Tandatangan Saksi

…………………………………………..

(Nama Penuh) No K.P…………………………………. Pekerjaan………………………………

Page 16: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

16

Atas sifat

Yang diberi kuasa dengan sempurnanya

Untuk menandatangani Tender ini untuk

dan bagi pihak:

............................................................................ Metrai atau Cop Petender

Alamat

……………………………………………

……………………………………………

……………………………………………

……………………………………………

Alamat

……………………………………………

……………………………………………

……………………………………………

……………………………………………

Page 17: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

17

LAMPIRAN II

BORANG JADUAL HARGA

A. HARGA TAWARAN ADALAH DALAM HARGA BERSIH Semua harga yang ditawarkan oleh petender hendaklah harga bersih tanpa kenaan SST di

tempat penghantaran termasuk semua cukai yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia, kos membekal, kos penghantaran, kos menyusun dan sebagainya. Nilai harga hendaklah disebut dalam Ringgit Malaysia sahaja.

TENDER UNTUK MEMBEKAL, MENGHANTAR DAN MENYUSUN BAJA UNTUK JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR

Saya/kami yang bertandatangan di bawah ini telah membaca dan memahami segala

arahan kepada bakal-bakal petender dan bersetuju menawarkan harga bersih tanpa kenaan SST membekal dan menghantar baja-baja berikut ke stor Jabatan Pertanian Negeri Selangor (Seperti di lampirkan) :

Jenis Baja Kuantiti

(Bag)

Anggaran

Jumlah Keperluan

(Bag)

Harga Seunit (RM)

Jumlah Harga (RM)

Baja Urea

50kg

1,466

Baja NPK 13:13:21

50kg

14,706

Baja NPK 16:16:16

50kg

4,828

JUMLAH

Petender : Saksi :

Tandatangan : ______________ Tandatangan : _______________

Nama: ____________________ Nama: _____________________

No. K.P: ___________________ No. K.P: ____________________

Jawatan: ___________________ Pekerjaan :__________________

Pekerjaan:__________________ Tarikh :_____________________

Page 18: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

18

B. TEMPOH PENGHANTARAN Permulaan penghantaran Baja adalah 14 hari dari tarikh Pesanan Tempatan

dikeluarkan dan tempoh penyempurnaan penghantaran adalah sehingga 30 September 2022 (mengikut keperluan di pesanan tempatan pada tahun semasa). Jadual dan lokasi penghantaran kuantiti baja adalah seperti di Lampiran VI.

C. TEMPOH PERJANJIAN

Tempoh perjanjian ini berkuatkuasa sehingga 30 September 2022 dari tarikh Surat Setuju Terima daripada pihak Petender. Perjanjian ini boleh dilanjutkan kepada satu tempoh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Permohonan bagi melanjutkan perjanjian ini boleh dibuat oleh kedua-dua pihak.

Saksi:

Tandatangan: __________________

Nama: ________________________

No K.P: _______________________

Pekerjaan: ____________________

Tarikh: ________________________

Petender:

Tandatangan:__________________

Nama:________________________

No K.P: _______________________

Jawatan: ______________________

Pekerjaan: ____________________

Cop: _________________________

Page 19: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

19

LAMPIRAN III

MAKLUMAT TAMBAHAN PETENDER

1. Rekod Tender / Sebut harga berkaitan Yang Diperolehi Oleh Syarikat dari Agensi-Agensi Dalam Tahun 2019, 2020 dan 2021 (Salinan surat tawaran daripada Agensi berkenaan wajib disertakan untuk mengesahkan syarikat menerima tender / sebut harga tersebut di atas)

Nama Agensi

Jenis baja / lain-lain berkaitan

Jumlah

Nilaian (RM)

Tempoh Tender /

Sebut Harga

Mulai

Tamat

Nota: Sila lampirkan keterangan yang berasingan sekiranya ruangan yang disediakan tidak mencukupi.

2. Kewangan:

Kemukakan penyata bank bagi 3 bulan terakhir (disahkan oleh Bank berkaitan). Penting: Penyata Bank yang tidak disahkan tidak akan diterima dan dianggap tidak dikemukakan.

Nama: ………………………………… Tandatangan: ……………………..........

Jawatan: ………………………………….

Cop Syarikat: ……………………………

Page 20: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

20

3. Tenaga Pekerja:

Senarai kakitangan Syarikat

Bil

Nama

No. Kad

Pengenalan Jawatan

* Kelulusan/ Pengalaman

* Sila nyatakan kelulusan, kemahiran dalam bidang tertentu, pengalaman dan lain-lain

berkaitan. Maklumat tambahan petender ini hendaklah disahkan dan dikemukakan bersama-sama borang tender berkenaan.

Nama: ………………………………… Tandatangan: ……………………..........

Jawatan: ………………………………….

Cop Syarikat: ……………………………

Page 21: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

21

4. Kilang Memproses Baja Untuk Pembekal (Diisi oleh Petender yang

mempunyai kilang sendiri)

Tempat, alamat dan pemilik kilang memproses syarikat kami ialah:

Tempat dan Alamat Kilang Memproses

Mesin

Memproses

Pengeluaran Maksimum (Tan/Hari)

Pemilik Mesin

Memproses Sama Ada Milik Sendiri,

Disewa dan Diuruskan oleh

Petender atau diberi Kontrak Memproses Baja oleh Petender

Bil

Jenis

Nama: ………………………………… Tandatangan: ……………………..........

Jawatan: ………………………………….

Cop Syarikat: ……………………………

Page 22: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

22

LAMPIRAN IV

LATAR BELAKANG PEMBEKAL UTAMA (PRINCIPAL)

1. (a) Nama Penuh Pembekal Utama (Principal):

________________________________________________________ 2. Kilang Memproses Baja Untuk Pembekal Utama

Tempat, alamat dan pemilik kilang memproses bagi syarikat kami ialah:

Tempat Dan Alamat Kilang Memproses

Mesin

Memproses Pengeluaran Maksimum (Tan/Hari)

Pemilik Mesin Memproses

Sama Ada Milik Sendiri, Disewa dan Diuruskan Oleh

Petender Atau Diberi Kontrak Memproses Baja

Oleh Petender

Bil

Jenis

NOTA: (a) Sila kemukakan dokumen sokongan untuk perkara 1 - 4 seperti laporan

kewangan syarikat terakhir (2021/2022) atau lain-lain dokumen hendaklah

disahkan oleh Pegawai Atasan Syarikat sama ada Pengurus Besar /

Pengarah Kewangan Syarikat berkenaan.

(b) Maklumat latar belakang pembekal utama ini hendaklah dikemukakan oleh

petender bersama-sama tender berkenaan. Sekiranya ada sila sertakan

salinan dokumen kebenaran untuk mengimport baja dari luar negara.

Page 23: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

23

LAMPIRAN V

SURAT AKUAN PETENDER BAGI

TENDER UNTUK MEMBEKAL, MENGHANTAR DAN MENYUSUN BAJA UNTUK JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR

Tender No. : PPN.SEL(T)01/2021

Saya, …..........................................................nombor K.P…………..................................yang mewakili Nombor pendaftaran ................................................................. dengan ini mengisytiharkan saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Pertanian Negeri Selangor atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini. 2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Pertanian Negeri Selangor atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

i. Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender diatas; atau ii. Penamatan kontrak bagi tender di atas ; dan iii. Tindakan-tindakan tatatertib lain mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis berhampiran. Yang Benar, …...................................................................................

Nama : No. KP : Jawatan : Cop Syarikat : No. Telefon :

............................................................................................................................ (Nama Syarikat)

Page 24: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

24

LAMPIRAN VI

LOKASI DAN KUANTITI PENGHANTARAN BAJA KE STOR JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR

BAGI TAHUN 2021 DAN TAHUN 2022

1. Baja Sebatian: 16% N: 16% P2O5: 16% K2O @ 50kg/beg

BIL

NAMA DAERAH

KUANTITI 2021

KUANTITI 2022

LOKASI

PEMATUHAN

PENGHANTARAN (TIDAK MELEBIHI 21 HARI DARI TARIKH

PESANAN TEMPATAN DIKELUARKAN)

YA

TIDAK

1 SABAK BERNAM 791 791 Pusat Pertanian Parit Baru, Sabak Bernam

2 KUALA SELANGOR 500 500 Pejabat Pertanian Daerah Kuala Selangor

3 GOMBAK/PETALING 215 215 Pusat Pertanian Gombak

4 KLANG 32 32 Pusat Pertanian Meru, Klang

5 KUALA LANGAT 263 263 Pusat Pertanian Teluk Datuk, Kuala Langat

6 SEPANG 220 220 Pusat Pertanian Labu Lanjut, Sepang

7 HULU LANGAT 264 264 Pusat Flora Cheras, Hulu Langat

8 HULU SELANGOR 129 129 Pusat Pertanian Kalumpang

JUMLAH 2414 2414

Nota: Sebarang perubahan kuantiti penghantaran tertakluk kepada pesanan tempatan (LO) yang akan dikeluarkan.

Page 25: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

25

LAMPIRAN VI

LOKASI DAN KUANTITI PENGHANTARAN BAJA KE STOR JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR

BAGI TAHUN 2021 DAN TAHUN 2022

2. Baja Sebatian: 13% N: 13% P2O5: 21% K2O @ 50kg/beg

BIL

NAMA DAERAH

KUANTITI 2021

KUANTITI 2022

LOKASI

PEMATUHAN

PENGHANTARAN (TIDAK MELEBIHI 21 HARI DARI TARIKH

PESANAN TEMPATAN DIKELUARKAN)

YA

TIDAK

1 SABAK BERNAM 3414 3414 Pusat Pertanian Parit Baru, Sabak Bernam

2 KUALA SELANGOR 2756 2756 Pejabat Pertanian Daerah Kuala Selangor

3 GOMBAK/PETALING 94 94 Pusat Pertanian Gombak

4 KLANG 81 81 Pusat Pertanian Meru, Klang

5 KUALA LANGAT 370 370 Pusat Pertanian Teluk Datuk, Kuala Langat

6 SEPANG 264 264 Pusat Pertanian Labu Lanjut, Sepang

7 HULU LANGAT 217 217 Pusat Flora Cheras, Hulu Langat

8 HULU SELANGOR 157 157 Pusat Pertanian Kalumpang

JUMLAH

7353

7353

Nota: Sebarang perubahan kuantiti penghantaran tertakluk kepada pesanan tempatan (LO) yang akan dikeluarkan.

Page 26: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

26

LAMPIRAN VI

LOKASI DAN KUANTITI PENGHANTARAN BAJA KE STOR JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR

BAGI TAHUN 2021 DAN TAHUN 2022

3. Baja Sebatian: Urea (46% N) @ 50kg/beg

BIL

NAMA DAERAH

KUANTITI 2021

KUANTITI 2022

LOKASI

PEMATUHAN

PENGHANTARAN (TIDAK MELEBIHI 21 HARI DARI TARIKH

PESANAN TEMPATAN

DIKELUARKAN)

YA

TIDAK

1 SABAK BERNAM 7 7 Pusat Pertanian Parit Baru, Sabak Bernam

2 KUALA SELANGOR 510 510 Pejabat Pertanian Daerah Kuala Selangor

3 GOMBAK/PETALING 9 9 Pusat Pertanian Gombak

4 KLANG 15 15 Pusat Pertanian Meru, Klang

5 KUALA LANGAT 40 40 Pusat Pertanian Teluk Datuk, Kuala Langat

6 SEPANG 104 104 Pusat Pertanian Labu Lanjut, Sepang

7 HULU LANGAT 48 48 Pusat Flora Cheras, Hulu Langat

JUMLAH 733 733

Nota: Sebarang perubahan kuantiti penghantaran tertakluk kepada pesanan tempatan (LO) yang akan dikeluarkan.

Page 27: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

27

LAMPIRAN VI

JADUAL PENGHANTARAN BAJA KE STOR JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR UNTUK TAHUN 2021

NAMA BAJA

TAHUN 2021

JUMLAH (BAG)

JULAI

OGOS

SEPT

OKT

UREA

1.Sabak Bernam 2.Kuala Selangor 3.Gombak/ Petaling 4.Klang 5.Kuala Langat 6.Sepang 7.Hulu Langat

733

NPK 13:13:21

1.Sabak Bernam 2.Kuala Selangor 3.Gombak/ Petaling 4.Klang 5.Kuala Langat 6.Sepang 7.Hulu Langat 8.Hulu Selangor

7353

NPK16:16:16

1.Sabak Bernam 2.Kuala Selangor 3.Gombak/ Petaling 4.Klang 5.Kuala Langat 6.Sepang 7.Hulu Langat 8.Hulu Selangor

2414

JUMLAH

Nota: Sebarang perubahan kuantiti penghantaran tertakluk kepada keputusan tawaran tender

Page 28: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

28

JADUAL PENGHANTARAN BAJA KE STOR JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR UNTUK TAHUN 2022

NAMA BAJA

TAHUN 2022

JUMLAH (BAG)

MAC

APRIL

MEI

JUN

JUL

OGOS

SEPT

UREA

1.Sabak Bernam 2.Kuala Selangor 3.Gombak/ Petaling 4.Klang 5.Kuala Langat 6.Sepang 7.Hulu Langat

733

NPK 13:13:21

1.Sabak Bernam 2.Kuala Selangor 3.Gombak/ Petaling 4.Klang 5.Kuala Langat 6.Sepang 7.Hulu Langat 8.Hulu Selangor

7353

NPK 16:16:16

1.Sabak Bernam 2.Kuala Selangor 3.Gombak/ Petaling 4.Klang 5.Kuala Langat 6.Sepang 7.Hulu Langat 8.Hulu Selangor

2414

JUMLAH

Nota: Sebarang perubahan kuantiti penghantaran tertakluk kepada

keputusan tawaran tender

Page 29: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

29

PERJANJIAN BAGI PEMBEKALAN BAJA

Perjanjian ini (selepas ini dirujuk sebagai “Perjanjian”) dibuat pada

………………………… 2021.

DI ANTARA

JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR, Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

No.3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40632 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan (selepas

ini disebut sebagai “JPNS”) di satu pihak.

DAN

___________________________________________________________________

sebuah syarikat berdaftar yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125]

dan beralamat di …………………………………………………………………………......

………………………………………………………………………………………………….

(selepas ini disebut sebagai “Pembekal”) sebagai satu pihak yang lain.

BAHAWASANYA-

Pembekal bersetuju, berwaad dan mengakujanji untuk membekal dan menghantar

kepada JPNS, Baja mengikut syarat-syarat dan penentuan seperti yang dinyatakan

di Dokumen A dan Dokumen B.

MAKA OLEH YANG DEMIKIAN adalah dengan ini dipersetujui seperti berikut:

1. TAKRIF

Dalam Perjanjian ini dan dalam syarat-syarat penentuan serta jadual-jadual

yang dilampirkan bersama, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki

makna yang lain:

1.1 'BEKALAN BAJA ' ertinya baja dalam bentuk dan spesifikasi yang

dinyatakan dalam dokumen B (Perincian Spesifikasi Teknikal)

sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam perjanjian ini.

1.2 'DOKUMEN TENDER' ertinya dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh

JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR dengan rujukan:

PPN.SEL(T)01/2021 yang ditandakan sebagai Dokumen A dan dibaca

sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini.

(Petender)

Page 30: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

30

1.3 ‘RENDAH KUALITI’ ertinya tidak memenuhi syarat-syarat bentuk,

spesifikasi unsur dan bungkusan seperti Perincian Teknikal Tender

(Dokumen B).

1.4 ‘ROSAK’ ertinya beg koyak, basah atau keras (caking) yang tidak boleh

dileraikan semasa penerimaan bekalan.

2. PESANAN

2.1. Pesanan-pesanan untuk pembekalan Baja akan dibuat oleh pegawai

JPNS kepada Pembekal atau wakil-wakil yang dilantik oleh

Pembekal. Pesanan akan dibuat secara rasmi dengan menggunakan

Pesanan Tempatan (LO).

2.2. JPNS tidaklah menjamin bahawa semua anggaran kuantiti jenis Baja

yang dinyatakan di Bahagian A perenggan 8 Dokumen Tender

(Dokumen A) akan dipesan sepenuhnya.

2.3. Selain daripada kuantiti yang dinyatakan di Bahagian A perenggan 8

Dokumen Tender (Dokumen A) pembekal bersetuju, sekiranya

dikehendaki oleh JPNS membekal kuantiti tambahan kepada JPNS

pada masa yang dikehendaki.

3. PEMBEKALAN: KUANTITI, HARGA, TEMPAT DAN MASA

3.1. Pembekal akan, atas permintaan JPNS membekal dan menghantar

Baja sebagaimana di Bahagian A perenggan 8 Dokumen Tender

(Dokumen A) mengikut kuantiti dan jenis yang dipesan dengan harga

dan pada tempoh masa yang ditentukan dalam Jadual tersebut ke

tempat seperti yang dinyatakan dalam borang pesanan.

3.2. Semua Baja yang dibekalkan di bawah kontrak ini mestilah bekalan

Baja keluaran semasa, baru, tulen dan belum digunakan kecuali bagi

tujuan ujian kualiti di kilang pembuat (static running).

Page 31: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

31

4. TEMPOH PERJANJIAN

Perjanjian ini adalah berkuatkuasa untuk tempoh selama 15 bulan bermula

dari 1 JULAI 2021 hingga 30 SEPTEMBER 2022 melainkan jika ditamatkan

mengikut peruntukan Fasal 26 dan boleh dilanjutkan kepada satu tempoh

yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak melalui persetujuan bertulis dan akan

dibaca sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini. Permohonan bagi

melanjutkan Perjanjian ini boleh dibuat oleh kedua-dua pihak.

5. BON PELAKSANAAN

Pembekal adalah dikehendaki memberi Bon Pelaksanaan bernilai Lima

Peratus atau Dua Setengah Peratus mengikut mana diperlukan dari Nilai

Tender dalam bentuk gerenti bank (bank guarantee). Bon Pelaksanaan ini

akan dikembalikan kepada Pembekal selepas tarikh tamat Perjanjian

tertakluk kepada Perjanjian ini telah dilaksanakan dengan memuaskan JPNS

dan tertakluk kepada apa-apa potongan yang dibuat oleh JPNS mengikut

peruntukan dalam Perjanjian ini berhubung dengan apa-apa pelanggaran

syarat-syarat Perjanjian ini yang dilakukan oleh Pembekal di bawah

Perjanjian ini.

6. CONTOH BAJA

Pembekal hendaklah, apabila diminta oleh Pegawai-Pegawai yang

berkenaan daripada JPNS memberi dengan tiada apa-apa bayaran, contoh

Baja yang akan dibekalkan untuk diuji oleh JPNS.

7. PEMERIKSAAN

Pembekal hendaklah membenarkan pegawai yang berkenaan dari JPNS

untuk masuk bagi maksud pemeriksaan dalam waktu-waktu bekerja biasa ke

kawasan di mana bekalan Baja itu sedang dikilangkan atau disimpan.

Pegawai yang berkenaan ialah pegawai-pegawai yang dibenarkan dengan

bertulis oleh JPNS.

Page 32: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

32

8. PEMBUNGKUSAN

8.1 Baja yang dibekalkan hendaklah dibungkus dengan sempurna seperti

yang ditetapkan di dalam Bahagian B dan C Dokumen Tender (Dokumen

A). Pembekal hendaklah menepati apa-apa arahan mengenai

pembungkusan yang diberi dari semasa ke semasa oleh JPNS. Apa-apa

kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh pembungkusan hendaklah

diganti oleh Pembekal atas perbelanjaan sendiri.

8.2 Baja hendaklah dibalut dengan clear stretch film. Pembalutan baja yang

dibekalkan perlu dibuat dipintu kilang, dilapik bersama pallet plastik. Setiap satu

lapisan mempunyai 5 guni beg baja, dan mempunyai jumlah 35 beg baja bagi

setiap pallet. Bungkusan pallet tersebut perlu di susun mengikut arahan pegawai

penerima/stor.

9. PENYERAHAN

9.1. Pembekalan Baja hendaklah bermula dalam tempoh Empat Belas (14)

hari dari tarikh Pesanan Tempatan dikeluarkan.

9.2. Sebarang lanjutan kepada tempoh penyerahan di Fasal 9.1 hendaklah

dipersetujui oleh JPNS secara bertulis.

9.3. Pembekal hendaklah pada tiap-tiap penyerahan memastikan bahawa

kuantiti Baja yang dihantar itu tidak kurang daripada kuantiti seperti

yang dipesan.

10. PENERIMAAN BERSYARAT

Walaupun bekalan Baja telah diterima, JPNS adalah sentiasa berhak

menolak semua pengiriman Baja dan Bahan Pelengkap di bawah Fasal 11

jika bekalan Baja dan Bahan Pelengkap itu tidak menepati kualiti yang

ditentukan di Bahagian B Dokumen Tender (Dokumen A).

Page 33: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

33

11. HAK JPNS APABILA BARANG ROSAK ATAU RENDAH KUALITI

11.1. Bagi setiap pesanan jika Pembekal telah menyerahkan Baja yang

rosak atau rendah kualiti daripada penentuan-penentuan dalam

Bahagian B Dokumen Tender (Dokumen A) kepada Perjanjian ini

JPNS boleh sama ada:

11.1.1. menolak Baja itu dan menamatkan Perjanjian ini

mengikut Fasal 26; atau

11.1.2. menolak Baja itu secara bertulis dan meminta

penggantian pembekalan Baja tersebut yang mana

hendaklah diserahkan oleh Pembekal dalam tempoh

Dua (2) minggu dari tarikh surat penolakan tersebut.

Jika penggantian Baja itu tidak diserahkan dalam tempoh

yang ditetapkan, JPNS boleh membeli Baja yang

dikehendaki itu daripada punca-punca lain dengan syarat

sentiasa bahawa jika kos bagi memperolehi Baja dan

Bahan Pelengkap itu daripada punca-punca lain melebihi

harga dalam Borang Tender kepada Perjanjian ini,

Pembekal boleh dikenakan membayar amaun yang lebih

itu sebagai pampasan kepada JPNS.

11.1.3 Pihak pembekal perlu mengemukakan bersama Salinan

laporan makmal berakreditasi dari badan yang disahkan

oleh Agriculture Laboratory Asociation of Malaysia

(AGLAM) dan menghantar baja sama seperti laporan

yang dikemukakan kepada JPNS

11.2. Selepas Baja dihantar, JPNS berhak untuk menjalankan ujian

pengesahan spesifikasi Baja secara rawak di makmal yang diiktiraf

yang ditentukan oleh JPNS. Jika didapati tidak menepati spesifikasi

dan syarat-syarat yang ditetapkan dalam formulasi Baja, JPNS berhak

menolak kesemua penghantaran Baja yang telah diterima dan

menamatkan Perjanjian ini mengikut Fasal 26. Pembekal adalah

bertanggungjawab membayar kepada JPNS pampasan sebanyak nilai

Page 34: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

34

Baja dan Bahan Pelengkap yang dibekalkan atau apa-apa nilai yang

ditentukan oleh JPNS tidak lebih daripada nilai Baja dan Bahan

Pelengkap yang dibekalkan tidak kira sama ada JPNS menamatkan

Perjanjian ini atau tidak.

12. HAK JPNS APABILA BEKALAN BAJA TERLEWAT DISERAHKAN

Bagi Baja yang bekalannya terlewat diserahkan oleh Pembekal, JPNS boleh

sama ada:

12.1. menamatkan Perjanjian ini mengikut Fasal 26; atau

12.2. membatal / menolak pesanan Baja yang dipesan daripada Pembekal

dan membeli Baja yang dipesan daripada punca-punca lain. Dalam hal

sedemikian, jika kos pembelian Baja itu daripada punca-punca lain

melebihi harga dalam Perjanjian ini, Pembekal boleh dikenakan

membayar amaun yang lebih itu sebagai pampasan kepada JPNS;

atau

12.3. setuju terima Baja itu dan Pembekal boleh dikenakan membayar satu

amaun sebanyak minimum 5% daripada nilai Baja dan Bahan

Pelengkap yang dipesan sebagai pampasan kepada JPNS.

13. HAK JPNS APABILA PENYERAHAN BEKALAN TIDAK SEMPURNA

Bagi bekalan Baja yang diserahkan dengan tidak sepenuhnya, JPNS boleh

sama ada:

13.1. setuju terima Baja itu dan Pembekal boleh dikenakan membayar satu

amaun sebanyak minimum 5% daripada nilai Baja yang belum

diserahkan sebagai pampasan kepada JPNS; atau

13.2. setuju terima Baja itu dan membeli Baja yang berkurangan tersebut

daripada punca-punca lain. JPNS berhak meminta Pembekal

Page 35: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

35

membayar kos Baja yang dibeli dari punca-punca lain.

14. HAK JPNS APABILA BEKALAN BAJA TIDAK DISERAHKAN

Bagi hal Baja yang tidak diserahkan Pembekal selepas pesanan dibuat,

JPNS boleh menamatkan Perjanjian ini mengikut Fasal 26 dan Pembekal

boleh dikenakan membayar satu amaun sebanyak harga penuh Baja yang

dipesan itu sebagai pampasan kepada JPNS.

15. PAMPASAN BAGI PEMBELIAN DI LUAR KONTRAK

Di dalam hal di mana JPNS terpaksa membeli Baja itu daripada punca lain

sebagaimana yang dinyatakan pada Fasal 11.1.2 dan berikutan daripada

pelanggaran kepada Fasal 13 dan 14, JPNS boleh selain daripada apa-apa

tuntutan yang JPNS berhak di bawah Perjanjian ini, membuat tuntutan

pampasan yang jumlahnya tidak melebihi 5% daripada nilai Baja yang

dipesan.

16. PENGALIHAN BEKALAN BAJA

Di mana JPNS telah menolak Baja yang dipesan seperti diperuntukkan di

bawah Fasal 11.1.2. dan 12.2. Pembekal hendaklah mengalihkan Baja

tersebut dalam tempoh satu minggu. Sekiranya Baja tersebut tidak dialih di

dalam tempoh masa tersebut, JPNS berhak mengalihkan Baja tersebut dan

menuntut kos daripada Pembekal.

17. 'SET OFF'

JPNS boleh memotong apa-apa wang yang kena dibayar kepada Pembekal

di bawah Perjanjian ini atau di bawah mana-mana Perjanjian, sama ada

Perjanjian itu secara bertulis atau tidak atau sebahagian bertulis dan

sebahagian lagi tidak bertulis, daripada apa-apa wang yang kena dibayar oleh

JPNS kepada Pembekal di bawah Perjanjian ini jika wang yang JPNS

berhutang kepada Pembekal itu tidak mencukupi bagi menampung tuntutan

JPNS; atau

JPNS boleh menuntut baki wang daripada Pembekal dan Pembekal

Page 36: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

36

hendaklah membuat pembayaran selewat-lewatnya Tiga Puluh (30) hari

selepas menerima tuntutan itu.

18. PEMBAYARAN

Pembayaran bagi setiap penyerahan akan dibuat oleh JPNS dalam tempoh

selewat-lewatnya Empat Belas (14) hari selepas Baja dan invois diterima

daripada Pembekal. Pembayaran kepada Pembekal tidak boleh dianggap

sebagai perakuan bahawa bekalan Baja itu adalah mengikut kualiti yang

dikehendaki. Pembayaran oleh JPNS tidak melepaskan Pembekal atas

tanggungjawab di bawah Fasal 11, 12, 13, 14 dan lain-lain Fasal yang

berkaitan dalam Perjanjian ini.

19. PERUBAHAN KADAR DUTI DAN CUKAI

19.1. Jika dalam tempoh Perjanjian ini, terjadi sebarang perubahan pada

mana-mana kadar duti kastam, cukai jualan, cukai tokok dan eksais,

harga kontrak akan disesuaikan oleh kontraktor dengan persetujuan

JPNS mengikut setakat mana kos Pembekal bertambah atau

berkurangan.

19.2. Sebarang tambahan atau kekurangan pada harga kontrak akan dibuat

ke atas bekalan Baja yang terlibat di dalam perubahan di bawah Fasal

19.1. di atas sahaja.

20. PERUBAHAN PENENTUAN-PENENTUAN

20.1. JPNS boleh mengkaji dan jika perlu dengan persetujuan Pembekal

mengubah dari semasa ke semasa penentuan-penentuan, yang

terkandung dalam Bahagian B Dokumen Tender (Dokumen A)

kepada Perjanjian ini. Mulai dari tarikh yang dipersetujui bekalan Baja

yang dikehendaki itu hendaklah mengikut perubahan tersebut dan ia

hendaklah menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini.

20.2. Jika sekiranya sesuatu perubahan itu menyebabkan perubahan

tentang kos bagi pengeluaran atau tempoh yang dikehendaki bagi

Page 37: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

37

pengeluaran, maka harga kontrak dan masa penyerahan bagi bekalan

Baja terlibat oleh perubahan itu bolehlah diubah dengan persetujuan

kedua-dua pihak.

21. PAMPASAN (COMPENSATION)

21.1. Pembekal hendaklah memberi pampasan kepada JPNS terhadap

segala bayaran, tuntutan, belanja, ganti rosak, tanggungan, kerugian

dan perbicaraan yang mungkin ditanggung oleh atau dikenakan ke

atas JPNS sebagai akibat yang langsung atau tidak langsung dari

perlanggaran Perjanjian ini oleh Pembekal. Jika bentuk perniagaan

Pembekal adalah perkongsian maka tanggungan bagi tiap-tiap

pekongsi hendaklah disifatkan sebagai bersesama dan masing-

masing.

21.2. Pembekal hendaklah memberi pampasan kepada JPNS terhadap apa

juga tindakan tentang pelanggaran Surat Jaminan Hak atau Reka

Bentuk Berdaftar (yang disiarkan pada tarikh kontrak ini) kerana

mengguna atau menjual mana-mana juga bekalan Baja atau bahan

yang dibekalkan oleh Pembekal di bawah Perjanjian ini dan terhadap

segala belanja dan ganti rosak yang JPNS itu atau yang JPNS

mungkin bertanggungjawab dalam sesuatu tindakan itu. Dengan

syarat sentiasanya gantirugi itu tidaklah dikenakan terhadap apa-apa

juga perlanggaran yang disebabkan oleh Pembekal telah menurut

reka bentuk atau arahan diberi oleh JPNS.

22. IKLAN Iklan-iklan mengenai Perjanjian ini tidak boleh disiarkan dalam sebarang

akhbar, majalah atau lain-lain pengiklanan tanpa kelulusan bertulis JPNS.

23. PEMAJAKAN DAN KONTRAK KECIL

Pembekal tidak boleh memajakkan atau membuat atau memberi sub-kontrak

terhadap Perjanjian ini atau apa-apa bahagiannya dengan tidak terlebih

Page 38: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

38

dahulu mendapat persetujuan bertulis JPNS.

24. PEMBERIAN MILIK

Pembekal tidak boleh memberi milik kontrak atau mana-mana bahagian

kontrak atau memberi milik, menggadai janji, menggadai atau

mempertanggungkan apa-apa juga daripada wang yang kena dibayar atau

yang telah genap masanya untuk dibayar di bawah Perjanjian ini dan apa-apa

faedah yang terlibat dari atau yang mungkin terbit daripada Perjanjian ini

dengan tidak terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis JPNS.

25. FORCE MAJEURE

Pembekal adalah tidak bertanggungjawab bagi sebarang ketinggalan atau

kegagalan dalam menjalankan Perjanjian ini, jika ketinggalan atau kegagalan

itu timbul daripada keadaan-keadaan yang seperti rusuhan dan kekacauan

awam, mogok, kebakaran, banjir, peperangan, bahaya laut atau sebab-sebab

atau bahaya-bahaya yang seumpama yang tidak dikawal oleh mana-mana

pihak. Dalam keadaan sedemikian yang menyebabkan mana-mana pihak

tidak dapat menyempurnakan Perjanjian ini, maka Perjanjian ini boleh

ditamatkan dengan persetujuan kedua-dua pihak.

26. PENAMATAN PERJANJIAN

26.1. JPNS boleh dengan memberi notis bertulis kepada Pembekal

menamatkan Perjanjian ini jika:

26.1.1. Pembekal melakukan pelanggaran terhadap mana-mana

syarat yang terdapat dalam Perjanjian ini; atau

26.1.2. Pembekal itu sebagai orang perseorangan (atau, apabila

Pembekal itu adalah suatu firma, mana-mana perkongsi firma

itu) pada bila-bila masa menjadi bankrap atau suatu perintah

penerimaan atau perintah pentadbiran dibuat terhadapnya atau

membuat sesuatu penyelesaian atau perkiraan dengan atau

Page 39: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

39

bagi faedah pemiutang-pemiutang atau membuat sesuatu

pindah hak atau penyerah hak bagi faedah pemiutang-

pemiutang atau jika Pembekal itu adalah suatu syarikat,

meluluskan suatu ketetapan atau mahkamah membuat suatu

perintah bahawa syarikat itu digantung (bukan suatu

penggulungan ahli bagi maksud penyusunan atau penyatuan)

atau jika seseorang penerimaan atau pengurus bagi pihak

seseorang sipiutang dilantik atau jika timbul keadaan-keadaan

yang memberi hak kepada mahkamah atau seseorang

sipiutang melantik seorang penerimaan atau pengurus, atau

yang memberi hak kepada mahkamah membuat suatu perintah

penggulungan; atau

26.1.3. JPNS mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa

Pembekal atau sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau

bertindak bagi pihaknya (sama ada dengan atau di luar

pengetahuan Pembekal) melakukan perbuatan rasuah,

dengan sentiasa bersyarat bahawa penamatan Perjanjian ini

tidak menyentuh hak-hak JPNS untuk mendapatkan balik

ganti rosak, pampasan dan lain-lain hak yang sedia ada.

26.1.4. JPNS boleh menamatkan Perjanjian ini dalam keadaan-

keadaan lain sebagaimana yang difikirkan munasabah selain

daripada yang tersebut di bawah Fasal Kecil 26.1 di atas.

27. KELELAPAN BON PERLAKSANAAN

Dalam hal di mana Pembekal melakukan pelanggaran terhadap

tanggungjawab di bawah Perjanjian ini atau di mana JPNS menamatkan

Perjanjian ini mengikut Fasal 26, Bon Pelaksanaan seperti yang disebutkan

dalam Fasal 5 atau apa-apa bahagian daripadanya yang JPNS fikirkan patut

boleh dilelap kepada JPNS.

28. DUTI SETEM

Apa-apa duti setem yang harus dibayar berkenaan dengan Perjanjian ini

akan ditanggung oleh Pembekal.

Page 40: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

40

29. UNDANG-UNDANG

Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan dan dikawal mengikut Undang-Undang

Malaysia.

30. PINDAAN-PINDAAN

Sebarang pindaan atau perubahan kepada Perjanjian ini hendaklah dibuat

secara bertulis dan disahkan oleh kedua-dua pihak.

31. ALAMAT SURAT MENYURAT

Semua surat menyurat kepada kedua-dua belah pihak hendaklah dengan pos

berdaftar dan hendaklah dialamatkan kepada alamat-alamat berkenaan

seperti berikut:

(a) JPNS : PENGARAH

JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR

TINGKAT 4, BANGUNAN DARUL EHSAN,

NO. 3 JALAN INDAH, SEKSYEN 14,

40632 SHAH ALAM

Telefon : 03 5518 9888.

Faks :03 5510 5044 / 03 5510 0040

(b) Pembekal Nama : ………………………………………….

No. Pendaftaran: .......................................................

Alamat : ………………………………………….

…………………………………………..

…………………………………………..

…………………………………………..

Telefon : ………………………………………….

Faks : ...........................................................

Page 41: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

41

Sebarang pertukaran butiran-butiran Fasal 31 (b). hendaklah diberitahu oleh

Pembekal kepada JPNS secara bertulis.

32. AKAUN PEMBEKAL

Pembekal hendaklah membuka suatu akaun bank yang berdaftar di Malaysia

bagi urusan Perjanjian ini:

Nama Bank :…………………………………………………………..

Alamat Bank :…………………………………………………………..

No. Akaun :…………………………………………………………..

33. PILIHAN

JPNS boleh melanjutkan Perjanjian ini untuk suatu tempoh yang dipersetujui

bersama dengan atau tanpa sebarang perubahan terhadap Perjanjian

setelah diberi notis bertulis kepada Pembekal dalam tempoh Perjanjian

sedang berjalan.

34. TIMBANGTARA

Apa-apa pertikaian yang terbit di antara JPNS dengan Pembekal mengenai

pentafsiran, pengertian atau kuatkuasa Perjanjian, atau hak dan tanggungan

pihak- pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit darinya atau yang

berhubung dengannya hendaklah kecuali jika selainnya dipersetujui dengan

tertentu dengan bertulis di antara JPNS dengan Pembekal, dirujukkan

kepada penimbangantaraan dua orang, seorang dilantik oleh JPNS dan

seorang oleh Pembekal dan aturcara timbangtara itu adalah seperti

diperuntukkan di dalam Akta Timbangtara 2005.

(LEBIHAN MUKA SURAT INI DIKOSONGKAN DENGAN SENGAJA)

Page 42: KENYATAAN TENDER...(i) Tender untuk bekalan Baja (ii) No. Tender : PPN.SEL (T)0 1 /202 1 dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Se langor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

42

PADA MENYAKSIKAN HAL TERSEBUT maka pihak-pihak yang tersebut dalam

Perjanjian ini telah menurunkan tandatangan pada haribulan dan tahun yang mula-

mula tertulis di atas.

Ditandatangani dan dimetrai )

oleh dan bagi pihak JPNS )

)

) ……………………………………………….

) ( )

No. K/P:

Pengarah

JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR

Malaysia

Tarikh:

Di hadapan: )

) ……………………………………………...

) No. K/P:

Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi)

JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR

Malaysia

Ditandatangani dan dimetrai ) T.Tangan :…………………………………

oleh dan bagi pihak Pembekal ) Nama :……………………………………..

) No. K/P:……………………………………

) Jawatan :…………………………………..

Tarikh:

Di hadapan ) T.Tangan :…………………………………

) Nama :……………………………………..

) No. K/P:……………………………………

) Tarikh :…………………………………..