prestasi setahun pakatan ucapan pm: mesti setia mitos ... · langor dengan kerjasama jabatan agama...

23
selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 9 - 15 Mei 2019, 4 - 10 Ramadan 1440 Mitos sahur: Minum lapan gelas mampu tahan puasa Kulit al-Quran unik, cantik dari batu Swarovski Ucapan PM: Mesti setia bersama pilihan rakyat Prestasi setahun PAKATAN 'sederhana tapi progresif' Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari, melancarkan Program Selangor Bertadabbur di Masjid Al Amaniah. Foto oleh Fikri Yusof OLEH NORHAYATI UMOR BATU CAVES - Kerajaan Negeri terus ko- mited menyokong pelaksanaan Program Menyemarak Ramadan Negeri Selangor yang diadakan pelbagai agensi. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari ber- kata, ia secara tidak langsung adalah satu perkongsian pintar dalam melaksanakan program dakwah berkenaan. “Sempena kedatangan Ramadan ini pelbagai program dirangka agensi kera- jaan berkaitan atau badan bukan kera- jaan (NGO) yang bersetuju bernaung bagi menjayakannya. “Kerajaan Negeri sangat komited dan menyokong usaha berterusan ini sebagai langkah mengimarahkan institusi itu dari masa ke masa,” katanya. Beliau berkata demikian ketika dite- mui selepas Program Menyemarak Rama- dan bersama masjid dan surau negeri dan pelancaran Selangor Bertadabbur di Mas- jid Al Amaniah, di sini, pada 5 Mei lalu. Pada masa sama, Amirudin berkata, masjid dan surau diaktifkan dengan pel- bagai aktiviti tanpa mengira masa dalam menarik minat umat Islam. “Kita perlu menarik semua golongan supaya hati terpaut dan ternanam di jiwa untuk menjadikan masjid sebagai tum- puan dan pusat komuniti. “Ini akan membawa perubahan sikap individu biarpun hanya menikmati jamuan berbuka, menerima zakat atau pelbagai jenis sumbangan. “Ia sebagai permulaan, gunakannya un- tuk menarik mereka dan tunjukkan keu- tuhan Islam sebagai agama kukuh, ma- syarakat bersatu padu dan tidak terpisah dengan fahaman yang berbeza,” katanya. Selangor muncul negeri pertama mem- perkenalkan program Ihya Ramadhan se- jak 20 tahun lalu iaitu ketika Al Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah men- jadi Yang di-Pertuan Agong. Pada 2002, setelah kemangkatan ba- ginda program sama diteruskan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan mencemar duli menyantuni rakyat untuk menyampaikan sumbangan Aidilfitri ke- pada golongan memerlukan, berbuka dan menunaikan solat sunat tarawih bersama rakyat di setiap daerah. Tradisi ini terus dilaksanakan sehingga ke hari ini. Dalam pada itu, program Tadabbur al- Quran turut diperkenalkan sepanjang Ra- madan bagi mengimarahkan masjid di se- luruh Selangor. Amirudin berkata, selain mentadabbur- kan ayat al-Quran program itu juga bertu- juan menyemai dan memupuk semangat kasih sayang dalam kalangan komuniti masyarakat berasaskan tuntutan. Katanya, ia adalah salah satu usaha Ker- ajaan Negeri di bawah inisiatif Team Se- langor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sepanjang Rama- dan. “Kita mahu bulan turunnya kitab suci al- Quran iaitu Ramadan dijadikan landasan terbaik kepada komuniti dan masyarakat bagi memahami perincian serta pengisian Al-Quran yang sebenar,” katanya. Pada masa sama, Amirudin berkata, masjid dan surau adalah dua institusi yang amat hampir dengan masyarakat. Justeru, katanya, institusi itu akan men- jadi dinamik dan imarah sekiranya pega- wai serta ahli jawatankuasa yang men- tadbir memahami hasrat Kerajaan Negeri supaya ia terus dikekalkan sebagai zon aman yang kondusif untuk umat Islam beribadah serta bersilaturahim. Terdahulu, Selangor proaktif melak- sanakan pelbagai program sempena Ra- madan antaranya My Best Ramadan, Pro- gram Semarak Ramadan, Program Qariah Ramadan dan Program Menyemarak Ra- madan. Turut diadakan Program Tazkirah Dan Berbuka Puasa di Dataran Kemerdekaan Shah Alam selama hampir sebulan dan Program Muslimat. EDARAN DIGITAL SELANGORKINI

Upload: trandung

Post on 15-Aug-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Prestasi setahun PAKATAN Ucapan PM: Mesti setia Mitos ... · langor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sepanjang Rama-dan. “Kita mahu bulan turunnya kitab suci

selangortv.my

www.selangorkini.my

MediaSelangor

@Media_Selangor

PERCUMA 9 - 15 Mei 2019, 4 - 10 Ramadan 1440

Mitos sahur: Minum lapan gelas mampu tahan puasa

Kulit al-Quran unik, cantik dari batu Swarovski

Ucapan PM: Mesti setia bersama pilihan rakyat

Prestasi setahun PAKATAN 'sederhana tapi progresif'

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari, melancarkan Program Selangor Bertadabbur di Masjid Al Amaniah. Foto oleh Fikri Yusof

OLEH NORHAYATI UMOR

BATU CAVES - Kerajaan Negeri terus ko-mited menyokong pelaksanaan Program Menyemarak Ramadan Negeri Selangor yang diadakan pelbagai agensi.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari ber-kata, ia secara tidak langsung adalah satu perkongsian pintar dalam melaksanakan program dakwah berkenaan.

“Sempena kedatangan Ramadan ini pelbagai program dirangka agensi kera-jaan berkaitan atau badan bukan kera-jaan (NGO) yang bersetuju bernaung bagi menjayakannya.

“Kerajaan Negeri sangat komited dan menyokong usaha berterusan ini sebagai langkah mengimarahkan institusi itu dari masa ke masa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dite-mui selepas Program Menyemarak Rama-dan bersama masjid dan surau negeri dan pelancaran Selangor Bertadabbur di Mas-jid Al Amaniah, di sini, pada 5 Mei lalu.

Pada masa sama, Amirudin berkata, masjid dan surau diaktifkan dengan pel-bagai aktiviti tanpa mengira masa dalam menarik minat umat Islam.

“Kita perlu menarik semua golongan supaya hati terpaut dan ternanam di jiwa untuk menjadikan masjid sebagai tum-puan dan pusat komuniti.

“Ini akan membawa perubahan sikap individu biarpun hanya menikmati jamuan berbuka, menerima zakat atau pelbagai jenis sumbangan.

“Ia sebagai permulaan, gunakannya un-tuk menarik mereka dan tunjukkan keu-tuhan Islam sebagai agama kukuh, ma-syarakat bersatu padu dan tidak terpisah dengan fahaman yang berbeza,” katanya.

Selangor muncul negeri pertama mem-perkenalkan program Ihya Ramadhan se-jak 20 tahun lalu iaitu ketika Al Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah men-jadi Yang di-Pertuan Agong.

Pada 2002, setelah kemangkatan ba-ginda program sama diteruskan Duli Yang

Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan mencemar duli menyantuni rakyat untuk menyampaikan sumbangan Aidilfitri ke-pada golongan memerlukan, berbuka dan menunaikan solat sunat tarawih bersama rakyat di setiap daerah.

Tradisi ini terus dilaksanakan sehingga ke hari ini.

Dalam pada itu, program Tadabbur al-Quran turut diperkenalkan sepanjang Ra-madan bagi mengimarahkan masjid di se-luruh Selangor.

Amirudin berkata, selain mentadabbur-kan ayat al-Quran program itu juga bertu-juan menyemai dan memupuk semangat kasih sayang dalam kalangan komuniti masyarakat berasaskan tuntutan.

Katanya, ia adalah salah satu usaha Ker-ajaan Negeri di bawah inisiatif Team Se-langor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sepanjang Rama-dan.

“Kita mahu bulan turunnya kitab suci al-

Quran iaitu Ramadan dijadikan landasan terbaik kepada komuniti dan masyarakat bagi memahami perincian serta pengisian Al-Quran yang sebenar,” katanya.

Pada masa sama, Amirudin berkata, masjid dan surau adalah dua institusi yang amat hampir dengan masyarakat.

Justeru, katanya, institusi itu akan men-jadi dinamik dan imarah sekiranya pega-wai serta ahli jawatankuasa yang men-tadbir memahami hasrat Kerajaan Negeri supaya ia terus dikekalkan sebagai zon aman yang kondusif untuk umat Islam beribadah serta bersilaturahim.

Terdahulu, Selangor proaktif melak-sanakan pelbagai program sempena Ra-madan antaranya My Best Ramadan, Pro-gram Semarak Ramadan, Program Qariah Ramadan dan Program Menyemarak Ra-madan.

Turut diadakan Program Tazkirah Dan Berbuka Puasa di Dataran Kemerdekaan Shah Alam selama hampir sebulan dan Program Muslimat.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 2: Prestasi setahun PAKATAN Ucapan PM: Mesti setia Mitos ... · langor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sepanjang Rama-dan. “Kita mahu bulan turunnya kitab suci

2Utama

SelangorKini 9 - 15 Mei 2019

Elak insiden paip pecah

Pantau kerja lebuh raya WCEOLEH NORHAYATI UMOR dan IZRIN MOHAMAD SAID

KLANG - Dato' Menteri Besar, Ami-rudin Shari turun meninjau kerja pembaikan ketiga-tiga paip utama yang pecah ekoran pergerakan ta-nah pembinaan lebuh raya West Coast Expressway (WCE) Banting-Taiping, di sini, pada 7 Mei lalu.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri mengarahkan Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia melihat kembali kualiti kerja WCE bagi memastikan insiden sama ti-dak berulang.

“Keutamaan kami adalah me-mastikan pengguna tidak terjejas dan mendapat bekalan air," ka-tanya pada sidang media, di lokasi kejadian, berhampiran Lebuhraya Shapadu.

Sebelum ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd mengak-tifkan pelan tindakan kecemasan kod kuning Sabtu lalu apabila mendapati tiga paip utama ber-

saiz 1,400 milimeter (mm), 900 mm dan 600 mm.

Amirudin berkata, Kerajaan Negeri memohon maaf kepada 175,000 pemegang akaun yang terjejas di 65 kawasan khususnya sekitar Klang akibat insiden berke-naan.

Insiden di kawasan terbabit berjaya diatasi dengan kerja pem-baikan selesai pada malam 7 Mei dan penduduk menerima bekalan air secara berperingkat.

Terdahulu, kerja pembaikan di-lanjutkan kerana berlaku perge-rakan tanah yang menyebabkan kerja tertangguh sekali gus me-merlukan masa tambahan untuk disiapkan.

“Pada pagi 7 Mei ada me-syua-rat bersama pihak berke-naan dan WCE bersetuju untuk membuka dinding penahan ser-ta mengeluarkan tanah supaya kawasan yang terkesan tidak lagi mengalami bebanan ber-lebihan,” katanya.

Iftar bersama ��� anggota pasukan beruniformSHAH ALAM - Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari meraikan hampir 400 anggota badan beruniform dalam satu majlis berbuka puasa di kediaman rasminya, Seksyen 7, di sini, pada 7 Mei lalu.

Amirudin dalam ucapannya merakamkan penghargaan ke-pada anggota beruniform yang disifatkan sebagai benteng per-tahanan utama negara dan negeri daripada ancaman.

“Kerajaan Negeri mahu kerjasa-ma yang erat antara semua agensi. Sebab itu, ketika saya mula-mu-la menjadi Menteri Besar, agensi awal yang saya lawati adalah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selan-gor dan tentera.

“Kalau kita memandang en-teng, ia akan mengundang situa-si tidak baik kepada negeri dan negara. Disebabkan itu menjadi satu tanggungjawab memasti-kan semua agensi berada dalam keadaan baik dan menjadi ben-teng keamanan kepada negeri,” katanya.

Katanya, komunikasi antara semua agensi juga penting supa-ya tidak berlaku sikap bersendirian ketika menjalankan tugas.

Antara agensi yang hadir adalah Polis Diraja Malaysia, Ang-katan Tentera Malaysia (ATM) Bom-ba, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Pengangkutan Ja-lan (JPJ), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KASTAM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Serah bubur lambuk hari pertama RamadanSHAH ALAM - Dato’ Men-teri Besar, Amirudin Shari ti-dak melepaskan peluang menyantuni orang ramai de- ngan menyerahkan sendiri bu-bur lambuk pada hari perta-ma Ramadan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS), di sini, pada 6 Mei lalu.

Ia sempena Majlis Perasmi-an Program Bubur Lambuk MS-SAAS sejurus selepas Amirudin menunaikan solat Asar di mas-jid berkenaan.

Tentunya ia detik yang cu-kup bermakna buat Amiru-din apabila melihat ratusan

orang ramai berbaris seawal 4.30 petang bagi mendapat-kan bubur lambuk yang dise-diakan khas oleh MSSAAS.

“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang ber-puasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut” tulis Ami-rudin di laman Facebook me-metik Riwayat at-Tirmizi.

Program tahunan anjuran MSSAAS itu dilaksana setiap kali Ramadan selain pelbagai aktiviti mengimarahkan mas-jid turut dianjurkan.

K e t u a b a d a n b e r u n i -form yang hadir adalah Pan-glima Markas Briged ke-11 Infantri Malaysia, Brigedier Jene- ral Dato’ Mohd Radzi Abdul Hamid (ATM); Ketua Polis Se-langor, Dato’ Noor Azam Jama- ludin; Pengarah Bomba Selangor, PKPjB Norazam Khamis; Penga-rah RELA, Nor Zahidi Abdul Rah-man; Pengarah APM Selangor, Kol (PA) Mohd Yusoff Samad; Pen-garah JPJ Selangor, Nazli Md Taib dan Timbalan Pengarah Kastam Negeri, Muhammad Sabri Saad.

Hadir sama, Menteri Perumah- an dan Kerajaan Tempatan, Zurai-da Kamaruddin; EXCO Kebuday-

aan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan, Datuk Ab-dul Rashid Asari dan EXCO Kesi-hatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mari-ah Mahmud.

Dalam majlis sama, Amirudin turut menyampaikan sumba-ngan berjumlah RM5,000 kepa-da semua kelab kebajikan setiap agensi beruniform Selangor.

Sementara itu, Zuraida dalam ucapannya turut mengingatkan orang awam supaya menghor-mati anggota beruniform kerana mereka bertugas mengorban- kan masa dan nyawa demi ke-selamatan negara.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 3: Prestasi setahun PAKATAN Ucapan PM: Mesti setia Mitos ... · langor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sepanjang Rama-dan. “Kita mahu bulan turunnya kitab suci

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Utama3SelangorKini 9 - 15 Mei 2019

Dengar pandangan

Pemimpin perlu terbukaOLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menasihatkan pemimpin politik turun ke bawah dan ber-sikap terbuka mendengar pan-dangan penjawat awam bagi memastikan setiap dasar dicadang dapat dilaksanakan dengan ber-kesan.

Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sikap mesra bersama pen-jawat awam menerusi perhubun-gan secara rasmi atau tidak rasmi perlu diteruskan kerana mereka adalah aset untuk menjadikan Ma-laysia sebuah negara hebat.

“Perhubungan ada dua, secara rasmi atau tidak rasmi. Secara ras-mi seperti hari ini, duduk, datang dan dengar. Tetapi lebih penting adalah (perhubungan) tidak rasmi.

Minum kopi, pergi ke rumah dia, ziarah, tahlil dan berbuka puasa.”

“Kalau orang politik hanya me-numpukan kepada perhubungan rasmi seperti mesyuarat sahaja, maka tidak berapa berkesan,” katanya.

Mengupas tajuk Malaysia Ba-haru: Menggarap Sinergi Politikus dan Penjawat Awam pada pro-gram Dialogue@Shah Alam, Mus-tapa berkata, komunikasi dua hala turut memberikan kesan besar ter-utama dalam mendapatkan mak-lum balas di peringkat bawahan.

Katanya, kerajaan juga perlu melabur untuk memastikan mak-lumat dapat disampaikan kepada rakyat dengan bentuk yang mu-dah difahami terutama kepada masyarakat luar bandar.

“Kalau kita mahu sumbat maklumat sahaja tanpa mahu mendapatkan maklum balas,

maka ia tidak berkesan. Apabila ada orang mahu berjumpa den-gan kita, kita kena lihat secara positif.

“Yang pertama, kita boleh sampaikan mesej kita dan kedua tidak kurang pentingnya kita bo-leh dapat maklum balas,” katanya.

Mustapa berkata, secara kese-luruhan Malaysia mempunyai 1.6 juta penjawat awam, 800,000 kaki-tangan kerajaan berpencen dan 400,000 kakitangan swasta di per-ingkat GLC yang perlu diberikan perhatian.

“Kita kena bercakap dengan satu suara, bercakap sebagai Ma-laysia sebuah negara hebat.

“Penjawat awam dan politikus kena bekerjasama kerana kita nak bina Malaysia sebagai negara he-bat, untuk anak cucu mewarisi negara kita,” katanya.

Orang politik harus rendah diriSHAH ALAM - Orang politik ha- rus memiliki sifat kemanusiaan dan rendah diri untuk memaha-mi kelompok penjawat awam, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Ahli Parlimen Jeli itu berka-ta, sebagai pemimpin, mereka-lah yang perlu terlebih dahulu mendekati penjawat awam dan bukan sebaliknya.

“Orang politik harus ada kema-nusiaan dan perasaan tawaduk, maknanya kena turun bawahlah. Kata pepatah, ular menyusur ke akar takkan hilang bisanya.

“Sebagai pemimpin, kita harus turun ke bawah dekati penjawat awam. Lebih baik kita masuk de-ngan penjawat awam berbanding mereka yang datang kepada kita, supaya dapat memahami mereka,”

katanya.Beliau berkata demikian pada

majlis Dialogue@Shah Alam ber-tajuk Malaysia Baharu: Mengga-rap Sinergi Politikus dan Penjawat Awam, di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, pada 3 Mei lalu.

Pada masa sama, beliau berka-ta, kerajaan harus menghormati pandangan dan pendapat rakyat berkenaan prestasi mereka.

“Jika pendapat negatif itu dise-babkan penyampaian komunikasi yang lemah, maka kita perlu per-baiki komunikasi, manakala jika ia memang berpunca daripada dasar dan polisi, jadi kita kena periksa perkara itu.

“Apa pun kita perlu dengar maklum balas daripada rakyat,” katanya.

��% penjawat awam Selangor puas hatiSHAH ALAM - Sebanyak 67 pera-tus penjawat awam berpuas hati hubungan mereka bersama pimp-inan politik, sepanjang Pakatan Harapan mentadbir Selangor se-jak 10 tahun lalu.

Peratusan itu diperoleh me-lalui satu bancian dibuat pada Dialogue@Shah Alam, yang ber-langsung pada 3 Mei lalu.

Dihadiri hampir 400 peserta terdiri daripada penjawat awam pelbagai peringkat, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mo-hamed berpandangan, perkara itu masih boleh diperbaiki menerusi komunikasi dua hala antara ked-ua-dua pihak.

“Kita lihat 67 peratus berpuas hati antara hubungan ahli politik dengan penjawat awam. Walau-pun ada 33 peratus yang tidak ber-puas hati, ia boleh diperbaiki.

“Sebab itu perlunya persyarika-tan Malaysia supaya kita bekerja sebagai satu pasukan. Apa pun, pegawai kerajaan adalah pelaksa-na dasar dan mereka perlu beker-ja dengan penuh komitmen dan sepenuh hati tanpa sebarang per-tikaian berkenaan kesetiaan mer-eka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepa-da media ketika diminta mengulas dasar persyarikatan Malaysia seju-rus selesai berkongsi pengalaman sebagai penjawat awam dengan tajuk Malaysia Baharu: Mengga-rap Sinergi Politikus dan Penjawat Awam di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Katanya, pandangan itu juga relevan untuk diberikan perhatian di peringkat Kerajaan Persekutuan, malahan negeri lain boleh men-jadikan Selangor sebagai contoh kerana penjawat awam perlu me-mahami dasar kerajaan sebelum melaksanakannya.

“Yang penting, sudah pasti pen-jawat awam harus meyokong kera-jaan hari ini yang dipilih rakyat, itu prinsipnya. Bekerja dengan kera-jaan tanpa ada fahaman politik, berdasarkan perlembagaan ne-gara kita.

“Kalau ada isu dan masalah perlu ada dialog dan komuni-kasi, supaya kedua-dua pihak dapat memahami. Saya ada se-dikit pengalaman sebagai pega-wai kerajaan dan ahli politik, saya memahami apa yang perlu dilaku-kan serta penambahbaikan yang perlu dilaksanakan,” katanya.

GOMBAK - Selangor menyam-but baik peruntukan RM3.43 juta diberikan Kerajaan Persekutuan bagi membina prasarana di 10 sekolah di negeri itu.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari berkata, peruntukan itu bertepatan dengan peranan dan tanggungjawab dimainkan kera-jaan untuk membaik pulih prasa-rana di sekolah yang terbabit.

Katanya, Selangor antara negeri memiliki sekolah paling banyak terjejas akibat serangan anai-anai berikutan struktur ta-nah dan berdekatan dengan ladang sawit.

“Sekolah yang terjejas ini ber-

punca daripada kawasan kelapa sawit tidak diselenggara dengan baik dan menjerumus kepada se-rangan anai-anai.

“Jumlah peruntukan sebenar begitu besar mencecah RM7 juta bagi membaik pulih sekolah yang terjejas daripada serangga perosak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Pro-gram Menyemarak Ramadan Ber-sama Masjid dan Surau Negeri Selangor Peringkat Daerah Gom-bak, di Masjid Al-Amaniah, di sini, pada 5 Mei lalu.

Pada masa sama, beliau berka-ta, dengan peruntukan terbabit

sedikit sebanyak dapat mem-bantu membaik pulih sekolah di sekitar Lembah Klang daripa-da serangan serangga perosak.

Terdahulu, Menteri Hal Ehw-al Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyata-an berkata, sejumlah RM3.43 juta diperuntukkan bagi mem-baik pulih sekolah yang terjejas di sekitar Lembah Klang melalui Peruntukan Projek Khas.

Antara sekolah terbabit ia-lah Sekolah Menengah Kebang-saan (SMK) Sungai Pusu, Gombak dan SMK Hulu Kelang di Selangor serta SMK Bukit Indah, Ampang, Kuala Lumpur.

Sambut baik peruntukan RM�.�� juta

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 4: Prestasi setahun PAKATAN Ucapan PM: Mesti setia Mitos ... · langor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sepanjang Rama-dan. “Kita mahu bulan turunnya kitab suci

4Ekonomi

SelangorKini 9 - 15 Mei 2019

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBPENGARANG KUMPULAN: Fathi Aris Omar

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Naeem Raffi, Afeeqa Afeera & Hafizan Taib

WARTAWAN: Nazli Ibrahim : [email protected], Afix Redzuan : [email protected],

Norhayati Umor : [email protected], Sheeda Fathil : [email protected]

Nadiah Zamlus : [email protected] Muzammil : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 109)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin, Hafiz Othman & Fikri YusofREKA LETAK: Mohd Azwa, Nor Azarina, Farah Azila, Zul Albani

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

KUALA LUMPUR - Laluan Rel Pan-tai Timur (ECRL) yang menelan kos pembinaan RM44 bilion dijangka menyumbang 2.7 peratus kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia, demikian menurut MIDF Research.

Dalam satu nota penyelidikan hari ini, MIDF Research berkata, rangsangan pertumbuhan itu di-jangka diterima seawal projek itu dimulakan sehinggalah ia selesai.

“Bagaimanapun, unjuran penuh sumbangan terhadap Ke-luaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan bergantung kepada kadar ke-san limpahan ke atas sektor eko-nomi lain. Selain itu, pembayaran pampasan terhadap pekerja dan lebihan operasi bersih juga dijang- ka meningkat masing-masing se-banyak 3.6 dan 2.1 peratus.

“Memandangkan projek itu me-merlukan kelengkapan jentera dan pengangkutan, unjuran kami menunjukkan import komodi-ti dan penggunaan modal tetap akan meningkat masing-masing sebanyak 3.3 peratus dan 2.1 pe-ratus,” katanya.

Mengulas selanjutnya, MIDF Research berkata bagi kemajuan masa depan, projek rel itu akan

KUALA LUMPUR - Angka perda-gangan Malaysia pada April di-jangka bertambah baik walaupun ketegangan perdagangan global semakin buruk, khususnya antara Amerika Syarikat (AS) dan China, kata Timbalan Menteri Perdagan-gan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming.

“Terdapat sedikit penurunan dalam prestasi keseluruhan im-port dan eksport Malaysia, tetapi kami mengambil perhatian baha-wa kadar penurunan perdagan-gan pada Februari lebih tinggi daripada Mac, apabila kita lihat pada perbandingan tahun ke ta-hun, Mac bertambah baik ber-banding Februari

“Itu mungkin menandakan angka perdagangan mungkin bertambah baik lagi pada April,” katanya pada sidang media selepas melancarkan SEMICON Asia Tenggara 2019 di sini, pada 7 Mei lalu.

Ong berkata, kenyataan terba-ru Presiden AS Donald Trump ber-hubung rundingan perdagangan tidak akan menjejaskan jumlah sebenar perdagangan Malaysia bagi jangka pendek.

“Untuk impak selanjutnya ke atas Malaysia, kami perlu tunggu dan lihat apa dasar sebenar akan diumumkan oleh kerajaan AS dan kerajaan China daripada perspe-ktif tarif,” katanya.

Reaksi pasaran merupak-an jangka pendek dan jika esok China dan AS mengumumkan resolusi positif, pasaran akan me-ningkat, katanya.

Eksport Malaysia merosot 0.5 peratus kepada RM84 bilion pada Mac 2019 daripada setahun sebe-lumnya berikutan jualan produk elektrik dan elektronik dan ba-rang berasaskan komoditi neg-ara berkurangan.

Perdagangan negara pada Feb-ruari 2019 menyusut 7.2 peratus kepada RM122.15 bilion berband-ing pada Februari 2018.

Ong berkata dalam jangka masa panjang, ketegangan ber-larutan antara dua ekonomi be-sar itu adalah tidak positif kepada Malaysia kerana negara amat ber-gantung kepada perdagangan dengan kedua-dua negara.

“Sebarang kesan negatif ter-hadap perdagangan antara AS dan China akan memberi kesan negatif jangka panjang kepada perdagangan Malaysia secara ke-seluruhan. Kami berharap akan ada keputusan positif supaya per-ang tarif ini dapat dielakkan, “ka-tanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangu-nan Pelaburan Malaysia, Datuk Azman Mahmud berkata, agen-si itu mengharapkan pelaburan yang diluluskan bernilai RM13 bil-ion dalam segmen elektrik dan elektronik untuk 2019.

“Angka itu berdasarkan pada pelaburan domestik dan asing dan sama ada ketegangan perda-gangan antara AS dan China masih merupakan isu yang ber-larutan, tetapi kami tidak dapat meramalkan masa depan,” katan-ya. - BERNAMA

KUALA LUMPUR - Produk maka-nan dan minuman (F&B) Malaysia yang unik dijangka menjadi tum-puan pada pameran perdagangan Asia yang utama, HOFEX 2019 di Hong Kong, dari 7 hingga 10 Mei ini.

Acara itu akan menyaksikan pe-nyertaan kira-kira30 syarikat Ma-laysia.

Disertai agensi promosi perda-gangan Malaysia, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), penyertaan di HOFEX 2019 akan turut mem-bantu mempromosikan produk kepada pembeli dari Asia dan negara lain.

Pesuruhjaya Perdagangan MA-TRADE di Hong Kong, Noor Ezz-wanee Ahmad berkata terdapat minat yang tinggi dalam kalangan syarikat Malaysia untuk menyertai HOFEX, berdasarkan reputasi aca-ra itu dalam kalangan pembeli dari seluruh dunia.

Pada tahun ini, pameran perda-gangan itu akan menampilkan lebih 2,800 gerai dan dijangka menarik lebih 42,000 pengunjung

dari lebih 70 negara.“Terdapat pelbagai peluang

perniagaan dan rangkaian di pa-meran perdagangan dua tahun sekali ini dan lebih 20,000 pembeli asing akan hadir pada acara itu.

“Acara perdagangan di Hong Kong sering menjadi platform pilihan kepada peniaga, usaha-wan dan pengeluar global untuk mempromosikan dan melancar-kan produk mereka ke pasaran lain, berdasarkan status bandar itu sebagai pelabuhan perdagangan bebas,” katanya dalam kenyataan di sini pada 4 Mei lalu.

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan MATRADE dalam mempromosikan jenama Malay-sia, pejabatnya di Hong Kong akan memudahkan padanan perni-agaan pengeksport Malaysia yang menyertai HOFEX, dengan pem-beli yang berpotensi dari Hong Kong, Macau dan China.

Lebih 780 pertemuan pernia-gaan dijangka diadakan.

“Padanan perniagaan merupa-kan antara pemudahan utama MA-

TRADE kepada syarikat Malaysia. Dengan rangkaian kita yang luas dan risikan pasaran yang diraih lebih dua dekad, mereka dijamin dipadankan dengan pembeli yang berkualiti tinggi.

“Kami berharap libat urus itu akan memberi peluang kepada syarikat Malaysia untuk mene-mui pembeli dari seluruh dunia di Hong Kong dan menjadikan bandar itu sebagai pintu masuk ke China dan negara-negara lain,” kata Ezzwanee.

Pada HOFEX 2017, syarikat Ma-laysia berjaya meraih nilai eksport lebih RM20 juta dan syarikat yang mengambil bahagian juga dapat mencari pengedar di Hong Kong, China dan negara-negara lain.

Syarikat F&B Malaysia yang ber-sedia untuk memanfaatkan pros-pek di Hong Kong dinasihatkan mendapatkan pandangan MA-TRADE melalui pejabatnya di Hong Kong untuk memastikan mereka mempunyai pemahaman menge-nai pasaran yang diperlukan se-belum mengaksesnya.- BERNAMA

ECRL jadi penyumbang Perdagangan Malaysia bertambah baik

Produk unik tumpuan di Hong Kong

Ekonomi tumbuh�.� peratus

memberi kesan dari segi pengem-bangan ekonomi secara langsung dan tidak langsung dalam tempoh jangka panjang.

Ini termasuk pembentukan peluang pekerjaan, membuka kawasan baharu, pelaburan lang-sung asing, meningkatkan aktiviti dagangan luaran serta memperku-kuh permintaan domestik.

Firma penyelidikan itu turut mengunjurkan projek tersebut akan menjadi pemangkin indus-tri dan pengeksport di Malaysia berikutan 70 peratus pengangku-tannya adalah bagi tujuan peng-hantaran.

“Ini turut memberi kelebihan kepada Malaysia yang merang-kumi perdagangan antarabangsa berikutan lokasi strategik projek itu untuk ke China serta negara-negara ASEAN lainnya.

“Malah, peningkatan aspek pe-ngangkutan dan kesalinghu-bungan itu akan turut memban-tu Malaysia dari segi peruntukan sumber yang lebih baik, mening-katkan produktiviti, mobiliti ser-ta pembangunan sosioekonomi dengan sebahagian daripadanya dapat memudahkan inisiatif Jaja-

ran dan Laluan China.”Menurut MIDF Research, pro-

jek ECRL itu juga akan menjana le- bih banyak aktiviti ekonomi sek-tor lain, sekali gus membolehkan peralihan kepada ekonomi yang kurang bergantung kepada ke-rajaan.

Ia juga sejajar dengan idea Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengurangkan saiz sektor awam pada masa akan datang menerusi usaha perindus-trian.

“Ini akan mengurangkan per-belanjaan pengurusan kerajaan, khususnya ke atas emolumen yang merupakan bahagian terbe-sar daripada jumlah perbelanjaan iaitu kira-kira 30 peratus,” katanya. – BERNAMA

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 5: Prestasi setahun PAKATAN Ucapan PM: Mesti setia Mitos ... · langor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sepanjang Rama-dan. “Kita mahu bulan turunnya kitab suci

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Nasional5SelangorKini 9 - 15 Mei 2019

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Men-teri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kumpulan sasar yang layak memo-hon i-Suri akan diperluas kepada masyara-kat Orang Asli dan Orang Asal Sabah dan Sarawak.

Menteri Pembangunan Wanita, Kelu-arga dan Masyarakat berkata, pihaknya akan memanjangkan penyelarasan daft-ar pemohon program berkenaan dengan agensi bertanggungjawab termasuk Ja-batan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) untuk mendapatkan senarai mereka yang layak.

“Kita ambil maklum bahawa pihak Orang Asli dan mungkin Orang Asal Sabah dan Sarawak memerlukan jaringan ini, kalau boleh kita sama-sama selaraskan dengan data, data itu kita mesti adakan pemuti-han juga kerana ada pertindihan banyak.

“Ideanya baik, tetapi sebab (dana) terhad kita kena fikir mana keperluannya,” katanya pada persidangan Dewan Negara, di sini, pada 7 Mei lalu.

Beliau berkata demikian menjawab soa-lan tambahan Senator Datuk Isa Ab Hamid yang ingin tahu sama ada daftar pemo-hon i-Suri akan diperluas kepada masyara-kat Orang Asli yang tidak termasuk dalam senarai e-Kasih yang digunakan kerajaan bagi menentukan pemohon yang layak bagi program itu.

Sementara itu, menjawab soalan asal Senator Asmak Husin mengenai penca-paian program berkenaan, Dr Wan Azizah menarik perhatian anggota Dewan Neg-ara bahawa sasaran pendaftaran 100,000 suri rumah dan wanita di bawah program yang dilancarkan pada Ogos tahun lepas, kini telah tercapai.

Malah, beliau berkata, sehingga 30 April, jumlah mereka yang mendaftar melebihi sasaran iaitu sebanyak 107,619 orang.

Terdapat tiga fasa pelaksanaan program berkenaan iaitu caruman secara sukarela dengan insentif kerajaan melalui sumban-gan ke akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Fasa kedua ialah caruman secara su-karela dengan insentif kerajaan melalui sumbangan ke akaun KWSP dan perluasan perlindungan sosial kepada suri rumah di bawah kendalian Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Fasa ketiga pula caruman wajib suami melalui potongan dua peratus caruman KWSP kepada isteri atau suri rumah,” katanya.

Tambah beliau, bagi fasa ketiga, draf pindaan Akta KWSP 1991 telah disediakan dan dijangka dibentang di Parlimen, Julai ini dan pelaksanaannya dijangka bermula pada suku ketiga tahun hadapan. - BER-NAMA

IPOH - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui terdapat kalangan rakyat terma-suk penjawat awam mahu kera-jaan pimpinan Pakatan Harapan (PAKATAN) tidak diteruskan untuk penggal akan datang hanya ker-ana kelantangannya mengekang rasuah.

Malah, Dr Mahathir berkata, terdapat pihak yang mengang-gap kerajaan PAKATAN tidak se-baik pentadbiran terdahulu hanya kerana menolak amalan tidak ber-moral tersebut.

“Ada yang berpendapat kera-jaan sekarang tidak sebaik kera-jaan lepas kerana kerajaan ini tidak benarkan terima rasuah.

“Ada yang anggap kerajaan hari ini tidak harus diteruskan tetapi kembali kepada kerajaan rasuah yang akan menguntungkan me-reka,” katanya ketika berucap pada Majlis Townhall Bersama Penjawat Awam Negeri Perak di sini, pada 5 Mei lalu.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kera-jaan Negeri serta kira-kira 1,500 penjawat awam. Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, apabila pe-mimpin dan kerajaan yang dipil-ih oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum mengamalkan rasuah, maka banyak pihak yang akan menjadi mangsa termasuk generasi akan datang. Selain itu, segala pe-rancangan kerajaan untuk mema-jukan dan membangunkan negara agar kembali menjadi ‘Asian Tiger’ tidak dapat direalisasikan, katanya.

“Kita sedar kerajaan lepas jatuh

Ada pihak tidak suka

Kerajaan PAKATAN giat banteras rasuah

Dr Mahathir menerima cenderahati selepas majlis Townhall Bersama Penjawat Awam Negeri Perak

i-Suri diperluas kepada Orang Asli, Orang Asal

kerana rasuah, walaupun mere-ka berpendapat dengan rasuah akan dapat sokongan rakyat, tapi akhirnya rakyat jatuhkan meraka walaupun beli dengan macam-ma-cam upah,” kata Dr Mahathir.

Perdana Menteri juga berkata, kekayaan negara wajar dikongsikan dengan semua pihak dalam negara tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit bagi mengelak seba-rang kejadian tidak diingini.

“Kalau kita abaikan usaha un-tuk agihkan kekayaan dengan baik maka akan berlaku perasaan tidak senang antara satu sama lain lama kelamaan perasaan itu akan cetus-kan huru hara dalam negara. Sebab itu dalam semua usaha mesti ten-tukan agihan, peluang dalam ne- gara dan macam-macam hasil dira-sai oleh kita semua,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Faizal dalam ucapannya berkata, masih terdapat sebilangan kecil penjawat awam negeri yang masih terperangkap dengan sentimen terhadap ‘boss-boss’ lama daripada pentadbiran terdahulu.

“Sebagai manusia, kita tidak terlepas daripada ikatan persaha-batan yang dibina di antara pen-

jawat awam dengan anggota pentadbiran sebelum ini.

“Pentadbiran ini sama sekali ti-dak bermaksud mendesak supaya hubungan silaturrahim itu mesti diputuskan, kerana ia sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam yang suci ini. Ia juga bertentangan dengan prinsip politik matang yang diamal-kan pentadbi-

ran ini,” katanya.Bagaimanapun, beliau mene-

gaskan perlu ada batasan supaya keputusan dan tindakan tidak di-pengaruhi oleh hubungan persa-habatan lama.

“Jangan sekali-kali gadaikan sumpah janji taat setia kepada ker-ajaan dengan melengah-lengahkan

arahan yang diberikan atau tidak melaksanakan arahan atau kepu-tusan, disebabkan konflik sentimen terhadap pentadbiran terdahulu.

“Ini adalah satu bentuk pengkhi-anatan kepada amanah yang diberi-kan oleh rakyat. Hentikan bermain politik,” katanya. - BERNAMA

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 6: Prestasi setahun PAKATAN Ucapan PM: Mesti setia Mitos ... · langor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sepanjang Rama-dan. “Kita mahu bulan turunnya kitab suci

6Nasional

SelangorKini 9 - 15 Mei 2019

Prestasi setahun

'Sederhana tetapi makin maju'SHAH ALAM - Kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN) yang baru se-tahun mentadbir sedang berusa-ha keras melaksanakan perubahan walau terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah lama.

Atas azam kerajaan itu, Pen-syarah Sains Politik Universiti Ke-bangsaan Malaysia (UKM), Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor memberikan markah 6.5 daripada 10 dengan ringkasan "sederhana tetapi progresif".

"Prestasi PAKATAN untuk tahun pertamanya di peringkat perseku-tuan adalah sederhana, walaupun ada menggerakkan dan melaku-kan kemajuan-kemajuan penting," katanya kepada SelangorKini pada 4 Mei.

"Kerajaan PAKATAN bawah pen-tadbiran Tun Dr Mahathir Moha-mad terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah, legasi dari kera-jaan dan sistem terdahulu.

"Kerana ini saya fikir kerajaan baharu masih lagi tidak menge-mukakan apa-apa gagasan baharu

TAHUN

– dasar umum untuk Malaysia Ba-haru. Hal ini akan mengambil ba-nyak masa dan banyak fokus, dan Dr Mahathir tidak mempunyai ru-ang untuk itu [setakat ini],"

Sementara pensyarah komu-nikasi Universiti Malaysia Tereng-ganu (UMT) dan juga ketua penyelidik Ilham Centre, Dr Mohd Yusri Ibrahim memberikan markah 6 daripada 10 atas kesungguhan kerajaan.

"Secara umumnya kerajaan PAKATAN telah menunjukkan ilti-zam yang tinggi untuk membuat perubahan. Banyak perubahan positif telah dibuat oleh kerajaan seperti reformasi institusi, pemuli-han iklim demokrasi, peningkatan integriti dan tadbir urus, penyu-sunan kewangan dan sebagainya.

"Namun semua perubahan ini tidak menampakkan hasil segera, menyebabkan rakyat kurang te-rasa kesan peralihan kerajaan da-ripada Barisan Nasional," katanya.

Perdana Menteri sendiri mem-berikan 5 daripada 10 markah

Jangan kurangkan bantuan, subsidiSHAH ALAM - Kerajaan baru Pa-katan Harapan (PAKATAN) disa-ran tidak mengurangkan bantuan atau subsidi dalam proses per-alihan sekarang bagi mengelak penolakan orang ramai terhadap-nya.

"Bantuan-bantuan tersebut sangat bermakna kepada rakyat berpendapatan rendah," kata pen-syarah komunikasi dan juga Ketua Penyelidik Ilham Centre, Dr Mohd Yusri Ibrahim.

"Kekecewaan rakyat [jika tiada bantuan] akan memberi kesan be-sar kepada survival kerajaan, apa-tah lagi bilangan rak-yat berstatus B40 sangat besar," katanya.

Dalam wawancara dengan Se-langorKini, ahli akademi Univer-siti Malaysia Terengganu (UMT) itu juga berkata kerajaan per-lu bersabar apabila sebahagian cadangannya menimbulkan po-lemik.

"Contohnya kerajaan mung-kin mempunyai alasan kukuh untuk meratifikasi konvensyen ICERD, menandatangani Statut Rom, mengiktiraf sijil UEC dan lain-lain.

"Namun, isu-isu tersebut mem-buka ruang kepada manipula-si pembangkang, dalam masa sama mekanisme kerajaan untuk menangkis sangat lemah," ka- tanya.

Dalam wawancara berasingan, pensyarah kanan sains politik

Universiti Kebangsaan Malay-sia (UKM), Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor mencadangkan pengurangan kos dan mem-perkenal bantuan dibuat dari semasa ke semasa.

"Ramai yang faham dengan kewangan kerajaan, dan mereka tidak mengharapkan kesemua-nya percuma," katanya kepada SelangorKini.

"Namun usaha ke arah itu, con-tohnya dengan membuat pe- ngurangan harga dan kos sep-erti bayaran tol atau subsidi mi-nyak perlu dilakukan dari masa ke semasa, tidak perlu dipercu-makan secara mendadak me-lainkan jika kerajaan sudah ada kemampuan. Pengurangan secara beransur-ansur adalah memadai."

Lima hujah PAKATAN tetap pilihanSHAH ALAM - Meski pelbagai tanggapan negatif dihalakan ke-pada Pakatan Harapan (PAKATAN), seorang pensyarah terkenal Uni-versiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membentangkan lima hujah untuk terus mengekalkannya saat ini.

Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff percaya PAKATAN ti-dak boleh mengubah negara yang korup dalam tempoh setahun pen-tadbiran mereka sekalipun gabun-gan itu mempunyai keajaiban.

"Saya percaya hatta jika mem-punyai lampu Aladdin sekali pun, kerajaan PAKATAN tidak boleh mengubah Malaysia dalam masa setahun. Ini kerana saya melihat besarnya kerosakan Malaysia se-belum pilihan raya ke-14 (PRU14) yang lalu," tulisnya dalam artikel Sinar Harian pada 5 Mei lalu.

Dalam tempoh setahun sejak 9 Mei lalu, walau kerajaan baru ini sering dikritik atas kelemahannya, Dr Mohammad Agus berkata "jika dikehendaki memilih parti mana pilihan saya, saya memilih untuk mengundi PAKATAN."

Beliau berkata, satu sebabnya termasuklah PAKATAN belum terb-abit dalam gejala rasuah atau pe-nyelewengan kuasa yang besar sedangkan masih ada pemimpin pembangkang membela skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kedua, tambahnya, kerajaan sekarang perlu diberikan peluang memperbaiki kelemahan yang ada walaupun hala tujunya kurang jelas dan menteri-menterinya masih

kurang berkemampuan."Ketiga, saya melihat kera-

jaan PAKATAN berwajah Malaysia, manakala PAS dan UMNO masih lagi terikat rapat dengan politik perkauman. Dalam dunia tanpa sempadan, saya percaya politik Ma-laysia perlu keluar dari politik sem-pit sebegini untuk maju ke depan," katanya.

Dr Mohamad Agus berkata, ke-sungguhan Putrajaya mereforma-sikan institusi seperti polis, badan kehakiman dan Suruhanjaya Pili-han Raya (SPR), walau masih perla-han, akan memajukan lagi negara.

"Saya juga dapati kesungguhan kerajaan untuk memerangi rasuah, meningkatkan kebebasan media, dan menghormati hak-hak politik rakyat," katanya.

Hujahnya yang kelima, PAKA-TAN belum tergelincir daripada landasan objektif dan misi mereka untuk menambah baik urus tadbir dan pengurusan pembangunan ekonomi negara.

Walau masih berbaki empat ta-hun pentadbirannya, ahli akademik itu juga mengingatkan kerajaan ini agar "bertindak sesuai dengan as-pirasi rakyat dan bukan lagi men-cari alasan."

"Selesaikan tiga perkara: tunai-kan manifesto PRU14, selesaikan isu anak muda berkaitan dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pelu-ang pekerjaan, dan turunkan kos hidup rakyat," tulisnya dalam artikel tersebut.

Sementara untuk pembang-

kang pula, Dr Mohamad Agus menggesa mengekalkan perpa-duan, memantapkan kerjasama dengan parti bukan Melayu dan tidak mempertahankan perkara yang salah di mata rakyat.

Saya melihat kerajaan PAKATAN berwajah Malaysia, manakala PAS dan UMNO masih lagi terikat rapat dengan politik perkauman. Dalam dunia tanpa sempadan, saya percaya politik Malaysia perlu keluar dari politik sempit sebegini untuk maju ke depanMOHAMMAD AGUSProfesor Sains Politik UKM

Dr Mohd Yusri Ibrahim

Dr Muhamad Nadzri

apabila mengulas prestasi men-terinya yang kebanyakan masih baru. Percaya mereka perlu di-berikan peluang lagi, Dr Maha-thir tidak bercadang merombak barisan jemaah menteri.

"Mereka telah menunjukkan prestasi baik, tiada sebab untuk saya merombak Kabinet," katanya dalam sidang media di Putrajaya pada 6 Mei lalu.

"Tambahan pula, mereka san-

gat takut dituduh melakukan kesa- lahan. Ini menyebabkan mereka sukar hendak membuat keputu-san tetapi mereka cepat belajar."

Ditanya menteri yang dilihat berjaya menunjukkan prestasi lebih baik, dua pensyarah terse-but memilih Menteri Pengangku-tan, Anthony Loke dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkef-ly Ahmad.

Dr Muhamad Nadzri juga me-lihat Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo sebagai menteri yang berjaya membawa kebebasan media, se-mentara Dr Mohd Yusri memilih Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato' Seri Azmin Ali yang membentang-kan Kertas Putih FELDA baru-ba-ru ini.

Dr Mohd Yusri juga berkata menteri yang masih baru sudah mula menimba pengalaman dan berharap mereka akan menunjuk-kan prestasi baik pada tahun-ta-hun berikutnya.

"Menjelang setahun pemerin-

tahan, menteri-menteri yang se-belum ini dilihat bergelut sudah semakin memperolehi rentak. Mungkin tahun kedua nanti me-reka akan memberi khidmat yang lebih baik kepada rakyat," katanya kepada SelangorKini pada 4 Mei.

"Pengalaman sebagai pem-bangkang yang hebat sama seka-li berbeza sebagai kerajaan, itu yang dialami oleh majoriti men-teri PAKATAN selepas peralihan ini."

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 7: Prestasi setahun PAKATAN Ucapan PM: Mesti setia Mitos ... · langor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sepanjang Rama-dan. “Kita mahu bulan turunnya kitab suci

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Nasional7SelangorKini 9 - 15 Mei 2019

TAHUN

Tentu hala tuju

Perlu model baharu ekonomi OLEH NORHAYATI UMOR

GOMBAK - Pakatan Harapan (PA-KATAN) perlu menyediakan mo-del baharu ekonomi yang lengkap bagi menentukan hala tuju dan prestasi ekonomi negara pada masa akan datang.

Pakar ekonomi Universiti Ke-bangsaan Malaysia (UKM), Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berka-ta namun tidak munasabah untuk mengharapkan kerajaan menyu-sunnya dengan cepat.

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) dulu ada model tetapi bukanlah sempurna. Hari ini, kerajaan ba-haru ini belum ada model, saya jangkakan model itu akan datang kemudian," katanya.

Beliau membentangkan hu-jahnya di ‘Seminar PRU14 dan Se-tahun Selepasnya: Analisis dan Perspektif’ di Universiti Islam Anta-rabangsa Malaysia pada 2 Mei lalu.

Noor Azlan, bekas naib canselor UKM berkata, cabaran PAKATAN pada hari ini adalah untuk melak-sanakan idea atau dasar baharu tanpa merencat atau menggang-

Tidak adil nilai dalam tempoh setahunGOMBAK - Tidak adil untuk me-nilai prestasi Pakatan Harapan (PAKATAN) berdasarkan prospek ekonomi jangka pendek negara yang kurang baik dalam tempoh setahun ini.

Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Emeritus Datuk Dr Zakariah Abdul Rashid mene-gaskan isu ekonomi tidak dapat diselesaikan dalam tempoh ha- nya 12 bulan.

"Anda tidak boleh benar-benar menilai prestasi kerajaan itu baik atau tidak selepas setahun pilihan raya umum ke-14 (PRU) berlalu.

"Ini kerana ekonomi [negara kita] tertakluk kepada perubahan global dan serantau. [Keadaan] ini di luar kemampuan kita.

"Malaysia, misalnya, tidak dapat mempengaruhi harga minyak mentah atau mengawal keadaan jika terdapat perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

"Kebanyakannya, kita hanya 'price takers'," katanya di ‘Seminar PRU14 dan Setahun Selepasnya: Analisis dan Perspektif’ di Universiti Islam Anta-rabangsa Malaysia pada 2 Mei lalu.

Bagaimanapun, Dr Zakariah ber-kata kerajaan PAKATAN berjaya me-nyampaikan lebihan dagangan di tengah-tengah pasaran yang tidak menentu.

gu pertumbuhan sedia ada. "Contoh, jika manifesto dilak-

sanakan dengan cepat, dalam eko-nomi ia akan menjadi buruk. Jika berikan pendidikan percuma, sia-pa yang perlu bayar cukai tinggi? Siapa yang hendak bayar?

"Tol percuma, sudah tentu se-seorang perlu bayar. Tidak boleh dalam tempoh setahun, perlukan masa. Jadi fikir, fikir dan fikir," ka-tanya.

Beliau juga menyarankan ke-pada kerajaan perlu meneruskan rasionalisasi subsidi bagi memas-tikan golongan sasar mendapat kelebihan.

"Tetapi di negara kita, semua mengaku susah. Kata miskin dan layak terima sedangkan tidak. Jadi, pemberian subsidi ini per-lu diberikan kepada orang yang benar-benar layak sahaja," ka-tanya.

"Kita masih boleh mengeksport lebih banyak barang dagangan daripada kita mengimportnya," katanya.

Beliau juga berharap Majlis Tin-dakan Ekonomi dapat merumus-kan strategi baharu yang dapat mengemudi ekonomi ke landasan dan pertumbuhan lebih kukuh.

Ini kerana ekonomi [negara kita] tertakluk kepada perubahan global dan serantau. [Keadaan] ini di luar kemampuan kitaDR ZAKARIAHPengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER)

Dr Noor Azlan Ghazali

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 8: Prestasi setahun PAKATAN Ucapan PM: Mesti setia Mitos ... · langor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sepanjang Rama-dan. “Kita mahu bulan turunnya kitab suci

8Nasional

SelangorKini 9 - 15 Mei 2019

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Saya berasa bersyu-kur dan gembira kerana pada hari ini saya dapat berjumpa dengan satu kumpu-

lan yang besar daripada pegawai-pegawai kerajaan.

Pegawai-pegawai kerajaan tetap mempunyai peranan yang terpenting dalam negara kita. Kita masih ingat bahawa kerajaan kita ditubuh secara tersusun di zaman British dahulu, dan di zaman Brit-ish dahulu pegawai-pegawai di-letakkan di bawah kepimpinan pegawai-pegawai British.

Tidak ada pegawai tempatan, Melayu ataupun bukan Mela-yu, yang mengetuai mana-mana pejabat. Semua pejabat diketuai oleh mat salleh, orang putih, ke- rana mereka berpendapat baha-wa kita tidak layak untuk mentad-bir negara kita sendiri. Kita hanya layak untuk menjadi satu jajahan takluk British.

Dan pendapat ini juga terdapat di kalangan orang kita juga terma-suk pegawai-pegawai kerajaan. Pegawai-pegawai kerajaan pada masa itu berpendapat hanya Brit-ish sahaja yang mampu mentad-bir sesebuah negara, termasuklah negara kita.

[Negara kita] yang pada masa itu pun terbahagi kepada negeri-negeri, Negeri-negeri Bersekutu, Negeri-negeri Melayu dan Nege-ri-negeri Selat. Dan semuanya diurus, ditentukan dasar dan per-jalanan oleh pegawai-pegawai tinggi British.

Sebab itu apabila kita cuba menuntut kemerdekaan, ramai juga daripada rakyat di Malaysia dan juga pegawai-pegawai ter-tinggi yang berpendapat bahawa kita belum bersedia untuk menca-pai kemerdekaan kerana kita tidak mampu mentadbir negara kita ini. Tetapi, alhamdulillah, perjuangan untuk kemerdekaan berjaya.

Pada 1957 negara kita merde-ka, dan tanggungjawab mentadbir negara kita ini jatuh kepada pega-wai-pegawai yang dahulu ber- khidmat di bawah pegawai tinggi British, mereka ini pemimpin dan pentadbir peringkat pertengah-an, dan ada yang berpendapat ba-hawa akan hancurlah negara kita.

Tetapi sebaliknya apa yang ber-laku ialah pegawai-pegawai yang menjadi pemimpin barisan ked-ua dalam pentadbiran British ini mampu mengambil alih dan me-nyusun kerja supaya kita dapat teruskan pentadbiran negara kita dengan cekap dan berjaya.

Ini menunjukkan bahawa bu-kan benar kita tidak ada kebole-

han. Kita mempunyai kebolehan, hanya kita tidak diberi peluang di zaman British. Apabila kita merdeka, maka kita dapat tadbir negara kita dengan baik, bahkan lebih baik daripada British jika di-lihat pembangunan yang berlaku selepas kita merdeka.

Namun demikian, ada sebaha-gian daripada pentadbir-pentad-bir yang biasa bekerja di bawah British yang tidak senang den-gan mempunyai kerajaan sendi-ri, pimpinan orang Melayu, orang Malaysia, Tunku Abdul Rahman khususnya, Tun Razak [Hussein] dan mereka mendapati agak su-kar bagi mereka mengalihkan ke-setiaan mereka daripada kerajaan

British kepada kerajaan merdeka Malaysia.

Tetapi ini tidak berlaku berpan-jangan, sebaliknya dalam suatu jangka masa tidak panjang, kita dapat kesetiaan dialih daripada British kepada kerajaan yang di-pimpin oleh rakyat kita sendiri, khusunya pada masa itu sebuah parti yang besar yang dikena-li dengan nama Perikatan sudah dapat mendirikan kerajaan.

Tidak percaya perubahan

Kerajaan pada mulanya, kabinet pun mempunyai tiga orang British kerana dalam kerajaan sendiri pun ada juga perasaan [bahawa] orang tempatan tidak layak pegang jawatan-jawatan tertentu, teruta-manya kewangan.

Sebab itu, ada tiga ahli kabi-net Tunku Abdul Rahman yang terdiri daripada British, tetapi itu tidak lama kerana kita dapat men-gambil alih dan mentadbir negara kita tanpa apa-apa campur tangan oleh pihak British ataupun pega-wai-pegawai mereka.

Alhamdulillah, sejak daripada itu pentadbiran negara kita diurus-kan oleh orang kita, orang tempa-tan, rakyat Malaysia dan kita dapat lihat bagaimana mereka berjaya menguasai segala bidang yang di-perlukan untuk mentadbir negara dengan baik dan membangunkan negara. Tiada siapa dapat menafi-kan bahawa apabila kita merde-ka, negara kita menjadi jauh lebih maju daripada di zaman British.

Di zaman British, tumpuan han-yalah kepada kepentingan British. Tetapi apabila kita mengambil alih menjadi negara merdeka, kerajaan yang terdiri daripada rakyat Malay-sia menumpukan kepada kebaikan pentadbiran untuk pembangu-nan. Kalau pentadbiran negara kita ini tidak baik, maka mustahil kita dapat bangunkan, majukan negara kita.

Tetapi sekarang ini semua men-gaku bahawa Malaysia setelah merdeka jauh lebih baik daripa-da Malaysia di bawah British yang kononnya begitu cekap dalam bi-dang pentadbiran.

Ini berjalan dengan baik selama 61 tahun negara kita ini diperintah oleh sebuah kerajaan sahaja iaitu kerajaan yang terdiri daripada satu parti campuran, yang pada mu-lanya bernama Perikatan dan ke-mudian bernama Barisan Nasional.

Pegawai-pegawai kerajaan, kakitangan kerajaan sudah ber-perasaan bahawa sampai bila-bi-la pun tidak akan ada pertukaran. Parti [Barisan Nasional] ini saha-jalah yang layak mentadbir nega-ra kita yang merdeka, yang layak dan mampu membangunkan ne-gara kita.

Sebab itu secara langsung atau tidak langsung, mereka menum-pukan kesetiaan mereka kepada kerajaan yang memerintah selama 61 tahun ini.

Mereka tidak percaya, ramai

daripada mereka tidak percaya akan ada perubahan. Tetapi se-perti mana kita tahu pada tahun 2018, pertukaran kerajaan, yang tidak pernah berlaku, telah berlaku pada 9 Mei pada tahun 2018.

[Pertukaran] ini mengejutkan semua daripada kita, termasuk mereka yang memenangi pilihan raya dan dikehendaki mendirikan kerajaan. Pegawai-pegawai tentu berada dalam keadaan serba salah kerana mereka tidak pernah ditad-bir oleh orang-orang yang dahulu dianggap sebagai musuh, parti la-wan adalah musuh kepada kera-jaan, kerajaan yang didirikan oleh Barisan Nasional, tetapi sedikit se-banyak dimusuhi juga oleh pega-wai-pegawai tinggi kerajaan.

Sekarang ini mereka terpaksa menukar kesetiaan mereka ke-pada kerajaan yang baru, yang dianggap oleh mereka sebagai musuh, musuh dahulu.

Dulu musuh, kini pemimpin

Kadang-kadang ada juga yang melempar kata-kata kesat terh-adap mereka. Dan sekarang ini orang yang mencemuh mereka akan menjadi kerajaan dan pega-wai-pegawai dikehendaki patuh setia kepada kerajaan yang baru ini.

Tentulah timbul banyak ma-salah dalam pentadbiran negara kerana masih ada, mungkin, yang berpendapat bahawa kerajaan yang baru ini tidak akan tahan lama, mungkin satu penggal sa-haja. Dan kerajaan mentadbir dan memerintah negara ini selama 61 tahun akan kembali.

Dengan itu, mereka mempunyai kesetiaan yang berbelah bahagi. Ini sudah tentu tidak menyum-bang kepada perjalanan yang li-cin dalam pentadbiran negara. Walaupun saya menjadi perdana menteri baharu tetapi saya juga dulu jadi perdana menteri. Walau-pun ada pertukaran kerajaan [kini] tetapi pucuk pimpinan kerajaan orang yang sama dan orang yang sama ini tidaklah berubah banyak sangat.

Dia tidaklah jadi musuh kepa-da kerajaan, jentera kerajaan, se-baliknya dahulu kita bekerjasama baik sehingga maju negara kita ke tahap yang ia dikenali sebagai Harimau Asia.

Sekarang ini, orang yang sama menjadi pucuk pimpinan wa-laupun di belakangnya terdapat orang yang baru. Barupun tidak baru sangatlah. Yang lamapun ada juga dalam pemerintah yang baru ini.

Tetapi tidak dapat tidak, kita dapati sekarang ramai daripa-da menteri-menteri yang dahulu adalah parti lawan, musuh kera-jaan, selama 61 tahun.

Untuk mengalih kesetiaan ke-pada kerajaan yang baru ini bu-kanlah mudah tetapi saya yakin boleh dilakukan kalau kerajaan yang baru ini mentadbir dengan

Setia bersama pilihan rakyatnTranskrip lengkap ucapan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada lebih 1,000 pegawai kanan kerajaan pada 29 April 2019 di Putrajaya.

[Saya] tidaklah jadi musuh kepada kerajaan, jentera kerajaan, sebaliknya dahulu kita bekerjasama baik sehingga maju negara kita ke tahap yang ia dikenali sebagai Harimau Asia.

TAHUN

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 9: Prestasi setahun PAKATAN Ucapan PM: Mesti setia Mitos ... · langor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sepanjang Rama-dan. “Kita mahu bulan turunnya kitab suci

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Nasional9SelangorKini 9 - 15 Mei 2019

baik, bertimbang rasa, adil dan se-bagainya.

Setakat ini, saya fikir kita telah lihat pentadbiran kerajaan yang baru ini tidaklah banyak berbeza dengan kerajaan yang lama. Yang lama yang terdahululah [bawah Tun Dr Mahathir Mohamad], bu-kannya yang baru [penggal] lepas tadi.

Sebabnya pihak kerajaan yang 61 tahun ini dapat ditamatkan ke-rana kesilapan mereka. Ada per-buatan-perbuatan mereka yang tidak baik. Kalau itu tidak berlaku, tidak mungkin rakyat akan pilih kerajaan lain.

Bukanlah sangat rakyat memi-hak, mendukung parti-parti la-wan yang berlawan dengan parti pemerintah. Tetapi kerana banyak kesalahan yang dilakukan oleh parti pemerintah yang menyebab-kan rakyat menolak parti pemerin-tah dahulu dan menggantikannya dengan parti yang baru.

Walapun parti [Pakatan Ha-rapan] ini baru tetapi caranya ti-daklah banyak berubah daripada parti yang lama [semasa dipimpin Tun Dr Mahathir], yang lama sikit-lah bukan yang baru lama. Jadi saya harap yang mendorong kita, untuk memberi khidmat kita, bu-kan kerana kerajaan sahaja tetapi kerana negara ini adalah negara kita.

Patuh kepada kerajaan

Kalau kita tidak mentadbir nega-ra kita dengan baik, maka kitalah yang akan rugi, bukan cuma ke-rajaan sahaja yang akan rugi kita juga akan rugi.

Sebab itu dalam sistem pen-tadbiran demokrasi, pentadbir dikehendaki bersikap neutral, pen-tadbir dikehendaki patuh kepada kerajaan pilihan rakyat. Walaupun pentadbir mempunyai pendirian politik yang tersendiri tetapi dalam sistem kita ini, pentadbir akan akur kepada kehendak kerajaan pilihan rakyat.

Hanya cara itu sahaja, barulah kita akan dapat pentadbiran yang baik, baik bukan untuk kerajaan yang dipilih oleh rakyat tetapi baik untuk negara.

Kita perlu ingat bahawa pen-tadbiran sebuah negara, mentad-bir kerana negara, bukan kerana si polan, si polan bukan kerana parti-parti itu dan parti ini tetapi kerana mereka menjalankan tugas untuk kebaikan negara.

Ya, kerajaan yang baru mungkin memberi arahan yang baru teta-pi kalau arahan itu bertentangan dengan undang-undang, tidak perlu kita patuhi. Tetapi kalau ia mengikuti peruntukan undang-undang, menjadi tanggungja- wab pentadbir untuk melak-sanakan arahan, dasar dan se-bagainya. Inilah cara kita dalam demokrasi.

Malaysia ini tidak kerap bertu-kar kerajaan walaupun Perdana Menteri bertukar juga tetapi ke-

rajaan tidak bertukar sehingga 61 tahun. [Tempoh] 61 tahun agak lama bagi kita tetapi Mexico um-pamanya hanya menukar kerajaan selepas 89 tahun.

Semasa saya masih memimpin kerajaan yang lama, saya tertan-ya-tanya kepada diri saya, bilakah parti saya ini akan kalah dan digan-tikan dengan kerajaan yang lain?

Saya bertanya kerana saya tahu hampir semua parti yang memenangi kemerdekaan bagi negara mereka sudahpun hilang. Parti di Indonesia, Masyumi su-dah tidak ada lagi. Di India, Parti Kongres sudah tidak ada lagi. Di Pakistan, Liga Muslim sudah tidak ada lagi.

Sebab itu jentera bagi pentadbi-ran amat penting sekali. Mereka pegang kepada syarat yang dike-nakan kepada mereka iaitu sama ada kerajaan bertukar ataupun ti-dak, pentadbir hendaklah ikut ke-rajaan semasa.

Saya dapati bahawa selama hampir satu tahun kerajaan baru ini memerintah, umumnya kita ti-dak dapat banyak masalah dalam pentadbiran walaupun kita terpak-salah gugurkan mereka yang jelas menyeleweng dan melakukan ke-salahan.

Yang lain, saya fikir, sedar ba-hawa sudah ada pertukaran ke-rajaan dan kerajaan ini mestilah berhak menentukan dasar-dasar pentadbiran negara. Tetapi dalam pada itu, kita dapati bahawa dalam usaha untuk membersihkan kera-jaan, banyaklah perlakuan yang dibuat dahulu tidak dapat dilaku-kan sekarang.

Umpamanya, kalau ada pihak yang dahulu korup, terima ra-suah, sebagai satu perkara biasa, hari ini kerana kerajaan ini me-nolak rasuah, maka mereka tidak dapat lagi [wang] daripada punca-punca itu. Saya percaya bahawa ramai yang tidak lagi mendapat upah tertentu berasa kecewa de-ngan kerajaan yang baru kerana kerajaan ini menghalang perbua-tan yang curang dan merosakkan pentadbiran.

Kita tidak dapat elak daripa-da perkara ini. Dalam usaha kita untuk membersihkan pentadbi-ran negara, tumpuan [kita] ialah pencegahan rasuah. Kita tahu, dahulu, ada orang tertentu yang mendapat perlindungan daripa-da jentera kerajaan kerana mere-ka menggunakan rasuah dengan pegawai-pegawai kerajaan.

Apabila kita usahakan supaya itu dihentikan, maka ramailah da-ripada pegawai tertentu ini sudah tidak dapat lagi punca pendapatan tambahan ini. Dengan itu, mereka berasa kecewa, berasa seolah-olah kerajaan kleptokrasi [Barisan Nasi-onal] lebih baik daripada kerajaan demokrasi [Pakatan Harapan]. Kita dapati setelah kita menang, sokon-gan kepada kerajaan ini sudah me-rosot, termasuk diri saya sendiri.

Tetapi walaupun merosot, kita akan teruskan dengan usaha kita untuk membersihkan negara kita daripada rasuah. Kenapa? Kerana rasuah akan menghancurkan ne-gara kita; kerana adanya rasuah, segala tugas tidak dapat dijalank-an dengan baik.

Kerana adanya rasuah, kos akan meningkat kerana kepada tiap-tiap kos yang kita belanja, kita perlu tambah kos rasuah. Bagi se-setengah pihak, mereka tidak akan dapat khidmat sama sekali kerana rasuah. Kita lihat negara yang terli-bat dengan rasuah secara meluas tidak dapat dimajukan sama sekali.

Kalaupun mereka menukar pemerintah juga, ia [negara] ti-dak dapat dimajukan. Sebab itu kita mesti memerangi rasuah, pe-

rangilah rasuah dan bersihkan negara kita ini.

Saya teringat tentang pegawai-pegawai di zaman British. Mere-ka tidak banyak terlibat dengan rasuah. Mungkin pada masa itu tidak banyak orang kaya. Walau ti-dak banyak terlibat rasuah, tetapi lagak mereka seperti pegawai Brit-ish, kehidupan mereka kebaratan.

Mereka minum arak dan se-bagainya pada masa itu, sebab British juga minum arak dan ka-lau mahu nampak sama dengan mereka [British], kita kena minum arak.

Tetapi sekarang ini kita sudah buang tabiat itu. Kita tidak minum [arak] lagi, kita sekarang ini lebih warak daripada dulu. Ramai dari-pada kita, kita lihat ada tanda di dahi sebab mereka sembahyang tidak tinggal waktu.

Jelas sekali bahawa karakter pegawai-pegawai sekarang ini su-dah bertukar. Mereka menjadi le-bih [beragama], pegangan mereka kepada ajaran agama lebih kuat dari dahulu.

Tetapi kita dapati walaupun kuat pelajaran agama, sembah-yang, puasa, zakat, buat kerja haji umrah tiga empat kali, tetapi apa-bila duit datang, terima juga [ra-suah], ini yang peliknya.

Kalau arak itu haram, rasuah itu lebih haram lagi daripada arak ke-rana ia boleh merosakkan negara kita. Sebab itu kita perlu hapus-kan amalan rasuah ini. Sebab itu-lah kita mengadakan badan yang lebih cergas, lebih komited, berke-naan dengan menghapuskan ra-suah.

Undang-undang sahaja tiada kesan

Kalau kita dapat hapuskan rasuah, maka pentadbiran kita akan men-jadi begitu licin sehingga tidak ada halangan sama sekali terha-dap pembangunan negara kerana pembangunan negara ini banyak bergantung kepada pegawai-pegawai dalam kerajaan.

Kalau pegawai itu tidak betul, terlibat dengan rasuah, maka tu-gasnya, kerjanya tidak akan dise-lenggarakan dengan baik. Sebab itulah, anggaplah, rasuah itu se-bagai sesuatu yang haram sama seperti minuman yang haram tadi. Kalau kita mempunyai sifat yang semacam itu, maka kita tidak akan tempuh benda [rasuah] yang jijik ini, benda yang kotor ini.

Saya berpendapat bahawa ne- gara kita tidaklah terlalu sangat terlibat dengan rasuah tetapi bawah pemerintahan yang se-belum ini, kita dapati bahawa ra-suah berleluasa, dari pihak yang tertinggi, perdana menteri, sam-pai ke bawah, semuanya terlibat dengan rasuah.

Saya diberitahu di waktu itu, ada seorang wanita yang ingin po-hon sesuatu dan dia berpendapat bahawa tentulah dia akan dapat apa yang diminta kerana kawan-

nya yang ada dalam kerajaan akan menolongnya.

Tetapi apabila dia mengemuka-kan permohonan kepada kawan-nya, yang menjadi anggota dalam kerajaan, dia ditanya “berapa ban-yak nak bagi?”. Kawanpun tidak kira, pasal rasuah. Sungguh bu-ruk amalan ini. Sebab itu kita mesti janji kepada diri kita, kepada ma-syarakat kita, kepada pentadbiran kita, bahawa rasuah tidak akan berlaku dalam pemerintahan ini.

Kita mempunyai undang-un-dang mencegah rasuah. Kalau mereka yang terlibat dengan ra-suah dan dia dapati bersalah, maka ada hukuman tertentu yang akan dikenakan.

Tetapi dalam sesuatu masyara-kat, undang undang semata-mata tidak mempunyai kesan. Kenapa-kah kita tidak curi, bukan kerana takut dituduh dan dihukum, teta-pi kerana kita tahu benda itu ti-dak baik dan kita bendung diri kita, kita sekat diri kita, daripada perbuatan yang tidak baik ini wa-laupun tidak dilihat oleh sesiapa. Kita kawal diri kita, begitu jugalah [kawalan diri] dengan rasuah.

Janganlah ingat kata tidak akan siapa dapat tahu saya menerima ini, maka tidak apalah kalau saya lakukan sedikit ataupun sebanyak [rasuah] kerana sesiapa pun tidak tahu. Kita yang beragama Islam, kita tahu, Tuhan tahu apa yang kita buat.

Balasan mungkin datang di akhirat tetapi di dunia ini juga ada balasan kepada mereka yang pecah amanah, yang terlibat de-ngan rasuah.

Saya minta kepada semua jen-tera kerajaan supaya menolak ra-suah sama sekali. Jangan ambil barang satu senpun duit rasuah ataupun hadiah-hadiah yang di-beri, umpamanya dapat membeli rumah dengan harga yang murah dan sebaginya, semua ini adalah jenis-jenis rasuah.

Saya harap kita semua berikrar bahawa kita tidak akan terlibat dengan rasuah kerana perbuat-an itu berdosa dan pebuatan itu salah dari segi undang undang. Kalau kita sayang kepada nega-ra kita, kalau kita ingin negara kita maju dan dihormati oleh du-nia, kita mesti tolak rasuah sama sekali.

Saya yakin apabila kita sudah tolak rasuah secara menyeluruh, maka negara kita ini akan menjadi satu negara yang maju, yang akan dihormati oleh dunia. Kita akan menjadi contoh kepada dunia.

Inilah harapan kita semua, saya yakin, dan saya harap sifat ini terdapat pada setiap seorang daripada kita. Tolak rasuah untuk majukan negara.

Sekian, terima kasih.

Suntingan dibuat hanya minimum untuk terjemahan dan kelancaran ayat. Transkrip disediakan oleh Zaim Badrul Hisham, Izrin Moha-mad Said dan Shafiqqul Aliff.

Tetapi kita dapati walaupun kuat pelajaran agama, sembahyang, puasa, zakat, buat kerja haji umrah tiga empat kali, tetapi apabila duit datang, terima juga [rasuah], ini yang peliknya.

Kerana apabila kita mendapat kemerdekaan, peranan kita tidak serupa dengan masa kita berjuang untuk kemerdekaan.

Berjuang untuk kemerdekaan mungkin menyatupadukan rakyat kerana semua hendak kepada ke-merdekaan. Tetapi selepas merde-ka, ada pihak yang dipilih sebagai pemerintah dan kadang-kadang apabila diberi kuasa tertentu, me- reka menyalahgunakan kuasa. Apabila mereka menyalahgunak-an kuasa, maka akan tewaslah mereka dalam pilihan raya.

Sebab itu saya berkata bahawa parti yang memerintah selama 61 tahun itu tidak mungkin kalah jika mereka pegang kepada tugas me-reka dan tidak salahgunakan kuasa yang diberi kepada mereka.

Pertukaran [kerajaan] ini pen-ting kerana semua pihak tahu bahawa negara kita ini sudah di-pimpin dengan cara yang tidak baik sehingga dikenali sebagai kleptocracy. Kleptocracy dalam perkataan bahasa Melayu ialah kerajaan penyangak.

Apakah kita hendak sebuah kerajaan penyangak? Rakyat tidak hendak sebab itu mereka menga-lahkan kerajaan penyangak ini.

Tanda di dahi tapi rasuah

Kita gantikan dengan kerajaan yang baru, apakah kerajaan yang baru ini juga akan jadi penyan-gak? Mungkin, kalau kita tidak ja-ga-jaga tetapi setakat ini belumlah nampak sebarang kecenderungan untuk menyalahgunakan kuasa.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 10: Prestasi setahun PAKATAN Ucapan PM: Mesti setia Mitos ... · langor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sepanjang Rama-dan. “Kita mahu bulan turunnya kitab suci

11SelangorKini 9 - 15 Mei 2019 10DARI KACA MATA MB

Kukuh silaturahim

Masjid, surau medium penyatuan ummahM

asjid dan surau adalah dua institusi yang amat hampir dengan ma-syarakat. Institusi ini akan menjadi dinamik

dan imarah sekiranya pegawai dan ahli jawatankuasa yang mentadbir memaha-mi hasrat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta Kerajaan Negeri supaya insti-tusi ini terus dikekalkan sebagai zon aman yang kondusif untuk umat Islam beriba-dah juga bersillaturahmi. Antara objek-tif program ini ialah meneruskan insiatif serta usaha ke arah menjadikan masjid di Selangor terus imarah sebagai pusat ilmu serta pusat aktiviti yang akan menyatukan ummah, menyemarakkan persiapan mas-jid dan surau di Selangor untuk menyam-but ketibaan bulan Ramadan al-Mubarak, merealisasikan agenda ‘Kerajaan Negeri Prihatin, Negeri Berkebajikan dan Merak-yatkan Ekonomi Selangor’.

Selangor adalah negeri pertama di Ma-laysia yang mula memperkenalkan pro-gram Ihya Ramadan. Ia bermula dari tahun 1999 ketika Almarhum Sultan Salahud-din Abdul Aziz Shah menjadi Yang DiPer-tuan Agong, baginda sering mencemar duli menziarahi masjid tertentu khususnya di daerah Klang dan Kuala Langat untuk menunaikan solat Jumaat serta berbuka puasa dan menunaikan solat tarawih ber-sama rakyat.

Program itu diteruskan pada tahun 2002 selepas kemangkatan baginda dan diteruskan oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Shara-fuddin Idris Shah, yang terus istiqomah untuk mencemar duli menyantuni rakyat baginda dalam program Ihya Ramadan untuk menyampaikan sumbangan hari raya kepada asnaf fakir, miskin, saudara baru dan sumbangan kepada anak yatim. Seterusnya baginda berbuka puasa dan menunaikan solat sunat tarawih bersama rakyat di setiap daerah. Program ini terus dilaksanakan sehingga ke hari ini.

Mengambil insiatif bagi mempel-bagaikan program Ihya Ramadan terb-abit, Kerajaan Negeri mulai tahun 2010 memperkenalkan program baru yang ter-us dikekalkan sehingga ke hari ini dengan

pelbagai penambahbaikan setiap tahun. Ini termasuk menjenamakan program itu den-gan beberapa nama seperti My Best Rama-dan, Semarak Ramadan, Qariah Ramadan dan Menyemarak Ramadan.

Program ini yang mengandungi program sampingan lain seperti tazkirah dan ber-buka puasa di Dataran Kemerdekaan Shah Alam hampir sebulan, program muslimat, tadabbur al-Quran, Tahajjud Call, Santai Ramadan di pusat membeli-belah, Tazki-rah Perdana, berbuka di peringkat daerah, qiamullail peringkat daerah dan klimaks program terbabit di akhiri dengan qiamullail perdana peringkat negeri yang mencetus-kan fenomena baru penganjuran program qiamullail di masjid dan surau di bulan Ra-madan.

Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri sekali lagi terus komited untuk menyokong pelaksanaan program Menyemarak Rama-dan Negeri Selangor 1440H dengan pel- bagai program yang akan dilaksanakan sama ada oleh agensi kerajaan yang berkai-tan atau -badan bukan kerajaan (NGO) yang bersetuju untuk bernaung bagi menjayakan program yang dirancang. Ini secara tidak langsung antara satu smart perkongsian dalam melaksanakan program dakwah yang sangat dianjurkan.

Sempena kedatangan Ramadan 1440H/2019M pada tahun ini, kita bersyukur kerana pada hari ini Kerajaan Negeri masih dapat menyalurkan peruntukan sumban-gan moreh kepada masjid dan surau ter-pilih di Selangor. Walaupun amaunnya tidak banyak tetapi diharapkan dapat membantu masjid dan surau terpilih dalam memeriah serta menyemarakkan lagi program juga aktiviti sepanjang Ramadan.

Peruntukan bantuan sumbangan moreh pada tahun ini diberikan kepada masjid dan surau yang sudah menghantar dokumen

penyata bank terkini ke JAIS. Selain itu, me-mandangkan dana sumbangan peruntukan moreh pada tahun ini agak berkurangan, maka pihak JAIS sudah menetapkan syarat tambahan dengan masjid yang mempun-yai simpanan dana lebih RM100,000 atau surau yang mempunyai dana simpanan lebih RM50,000 tidak layak menerima sum-bangan ini, bagi tahun 2019. Jumlah pe-runtukan program semarak Ramadan yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM1,465,500.

Program Menyemarak Ramadan Kera-jaan Negeri juga ditambah baik pada tahun ini dengan penganjuran program Selangor Bertadabbur. Ini salah salah satu usaha Kera-jaan Negeri di bawah inisiatif Team Selangor dengan kerjasama JAIS, sepanjang bulan Ramadan. Program ini diadakan untuk mengimarahkan masjid di seluruh Selan-gor dengan mentaddaburkan ayat al-Quran selain menyemai dan memupuk semangat kasih sayang dalam kalangan komuniti ma-syarakat berasakan tuntutan al-Quran.

Dalam keghairahan kita melaksanakan program menyemarak Ramadan, suka saya memberikan nasihat supaya keperluan un-dang-undang, peraturan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh agensi bertanggung-jawab seperti JAIS dan MAIS dapat dipatuhi. Contohnya sebagaimana nasihat daripada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah su-paya penceramah dan pentazkirah perlu terdiri dalam kalangan mereka yang mem-punyai tauliah, tidak menyentuh isu politik yang boleh menimbulkan perpecahan, ti-dak menggunakan khidmat imam tarawih luar negara, melaksanakan tazkirah selepas tamat solat tarawih dan lain-lain lagi.

Kesempatan perlu diambil oleh pegawai masjid dan pengerusi surau untuk menjadi-kan program menyemarak Ramadan 1440H pada tahun ini sebagai medium penyatu-

an ummah dan memperkukuh hubungan silaturrahmi sesama jemaah. Ramadan adalah perhimpunan rohani untuk um-mah. Medan penyucian hati (Tazkiatuan Nafs), menghapus dosa, memperban-yakkan ibadah dan merebut sebanyak mungkin pahala yang dijanjikan oleh Al-lah SWT. Keistimewaan bulan ini tidak ter-dapat pada bulan yang lain. Maka rebutlah peluang terbabit ketika ia sedang datang bertandang menemui kita.

Saya juga difahamkan bahawa pada akhir tahun ini akan berakhirnya sesi pemilihan bagi pencalonan dan pemil-ihan jawatankuasa surau seluruh Selan-gor untuk sesi 2020-2022. Pelaksanaan Mesyuarat Agung Khas Pencalonan dan Pemilihan anggota jawatankuasa surau akan dilaksanakan sekitar bulan Ogos sehingga Oktober. Sehubungan itu, di-harapkan pelaksanaan mesyuarat terbabit akan berjalan dengan baik dan lancar ser-ta dilaksanakan dengan penuh harmoni mengikut garis panduan serta ketetapan daripada JAIS juga MAIS.

Saya amat mengharapkan pegawai masjid dan surau Selangor dapat meman-dang isu pengurusan masjid serta surau secara realistik. Janganlah berpolitik dan nampak berpolitik dalam mentadbir mas-jid dan surau. Hormati semua peraturan dan garis panduan yang sudah dikelu-arkan oleh MAIS dan JAIS. DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah sendiri sudah me- nitahkan supaya jangan seret masjid berkenaan sentimen politik. Sebagai con-toh, jangan benarkan sama sekali mana-mana parti politik mengadakan program kepartian dalam masjid.

Sama ada aktiviti ceramah atau bukan ceramah. Begitu juga tindakan sebahagian pegawai masjid yang meminggirkan ketua kampung sebagai penasihat kepada mas-jid. Semoga kita semua diberi peluang, kekuatan dan kesihatan untuk bertemu Ramadan yang menjelang tiba. Akhir kata Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan, Kullu A’am Wa Antum Bil Khair.

Ucapan ketika Program Menyemarak Ra-madan bersama masjid dan surau negeri serta pelancaran Selangor Bertadabbur di Masjid Al Amaniah Gombak, pada 5 Mei lalu

Saya amat mengharapkan pegawai masjid dan surau Selangor dapat memandang isu pengurusan

masjid serta surau secara realistik. Janganlah berpolitik dan nampak berpolitik dalam mentadbir

masjid dan surau.

SelangorKini 9 - 15 Mei 2019

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 11: Prestasi setahun PAKATAN Ucapan PM: Mesti setia Mitos ... · langor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sepanjang Rama-dan. “Kita mahu bulan turunnya kitab suci

11SelangorKini 9 - 15 Mei 2019

Khas Ramadan MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NADIAH ZAMLUS

KETIKA Ramadan pasti ra-mai yang berwajah lesu. Lebih teruk apabila bukan

hanya wajah tetapi bibir juga men-jadi kering menggelupas.

Oleh sebab itu, ada yang cuba mengekalkan tenaga sepanjang hari dengan mengamalkan minum air lebih lapan gelas sewaktu ber-sahur, sedangkan ia hanya mitos semata-mata.

Pakar Dietetik KPJ Puteri Spe-cialist Hospital Johor Bahru, Nur Hafizah Abdul Hadi berkata, tiada halangan untuk seseorang indi-vidu minum air lebih lapan ge-las pada waktu sahur, namun jika banyak air yang diambil, ia berke-mungkinan akan menyebabkan lebih banyak yang akan keluar.

“Apabila sudah banyak air yang keluar sewaktu membuang air, maka sudah tentu kita akan me-ngalami dehidrasi.

“Sebenarnya ada cara terbaik untuk anda minum air lebih dari-pada lapan gelas sehari sepanjang bulan Ramadan iaitu dengan mula mengambil segelas air pada wak-tu sahur, kemudiannya pada wak-tu berbuka boleh mengambil dua gelas air lagi.

“Selepas solat Maghrib segelas dan kemudiannya kita mungkin akan makan makanan yang lebih berat. Pada waktu itu, lebih dari-pada dua gelas air akan diambil dan selepas solat Isyak segelas lagi,

manakala sebelum tidur juga di-galakkan untuk minum segelas lagi air kosong.

“Jadi, di situ berapa gelas air yang kita sudah dapat minum dalam tempoh sehari? Sudah ten-tu ia memberi kita tenaga yang berpanjangan waktu Ramadan,” katanya kepada SelangorKini.

Mengulas lanjut, Nur Hafizah berkata, pengambilan nasi juga bukan jaminan untuk seseorang kekal bertenaga sepanjang hari.

“Sewaktu kecil dulu mungkin kita sering dengar ayat daripada emak dan ayah, ‘makan nasi nan-ti lapar’, memang nasi memberi

tenaga, namun perlulah diambil bersama protein mencukupi.

“Nasi juga boleh diganti den-

Bersahur adalah amalan pen-ting ketika berpuasa, walaupun hukumnya sunat sahaja.

Rasulullah SAW bersabda yag bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Nasai dan Ibn Majah). Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keber-katan dan keberkatan pula mem-bawa makna rahmat, kebaikan serta restu ilahi. Begitu juga yang ditekankan pakar dietetik ini, ka-tanya, sebagaimana pentingnya pengambilan sarapan pada waktu pagi, begitulah pentingnya ama-lan bersahur kepada Muslim.

Beliau turut tidak menafikan ada antara individu yang mampu bertahan seharian walaupun tidak bersahur.

“Tetapi sebenarnya apabila kita sudah bertahan seharian lebih daripada 11 jam. Sudah tentu kita akan lesu dan kesannya mungkin menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan baik.

“Sedangkan hakikatnya kita perlu kekal bertenaga kerana ada yang bekerja, belajar dan melakukan pelbagai rutin seharian,” katanya.

Pesan Nur Hafiza lagi, pengambilan makanan waktu bersahur bukanlah terletak pada kuantiti sebaliknya pada kualiti jenis pemakanan yang diambil.

APABILA munculnya bulan Ramadan, kaum wanita antara yang

paling sibuk memikirkan menu yang sesuai untuk disajikan kepada keluarga khasnya pada waktu bersahur.

Nasi adalah menu biasa, namun ada keluarga yang ingin mencuba kelainan pada waktu bersahur dengan menikmati menu lebih mudah dan cepat disediakan pada waktu pagi.

Terdapat lima juadah bersahur yang ringkas dan mudah untuk dicuba terutama mereka yang tidak mahu makan nasi.

1. Roti serat tinggi + hirisan pisang + mentega kacang

Hidangan mentega kacang yang dicampur dengan hirisan pisang ini sudah pasti tidak mengecewakan anda. Tambahan lagi, mentega kacang yang mempunyai kandungan serat tinggi serta pisang yang kaya dengan sumber tenaga pasti membuatkan waktu anda sepanjang Ramadan kekal bertenaga.

2. Smoothie buah-buahanAnda boleh menikmati buah

yang anda suka, kurma, pisang,

epal, mangga, avakado dan buah-buahan lain.

Kisar bersama susu, yogurt dan oat untuk menghasilkan protein smoothie yang mengenyangkan.

3. Roti tortilla yang dibalut dengan telur hancur + bayam + keju

Dengar sahaja menunya sudah membuatkan anda terliurkan?. Bayam antara sayuran dengan kandungan zat besi yang tinggi dapat membekalkan tenaga .

4. Susu kurmaTidak perlu beli, anda kisar

sendiri sahaja di rumah. Jangan lupa untuk rendam terlebih dahulu kurma semalaman, kemudian kisar dengan susu yang sejuk mahupun suam-suam, mengikut citarasa.

Kurma terkenal dengan pelbagai manfaat termasuk baik untuk kesihatan jantung, tulang, masalah usus dan juga menguatkan memori.

5. Roti serat tinggi digoreng bersama nutella + keju

Unik kan, anda boleh menyapu nutella dan keju pada

roti, kemudian salutkan dengan bancuhan telur goreng!.

Jangan lupa tabur dengan sedikit serbuk kulit kayu manis.

Selamat Mencuba!

Lima idea hidangan ringkas, berkhasiat

gan makanan lain pada waktu sahur. Ia termasuk bijirin kerana mampu memberi tenaga,” katanya.

Mitos sahur

Minum lapan gelas air mampu tahan puasa

Tiada halangan untuk seseorang individu minum air lebih lapan gelas pada waktu sahur, namun jika banyak air yang diambil, ia berkemungkinan menyebabkan lebih banyak yang akan keluarNUR HAFIZAH ABDUL HADIPakar Dietetik KPJ Puteri Specialist Hospital Johor Bahru

1

2

3

4

5

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 12: Prestasi setahun PAKATAN Ucapan PM: Mesti setia Mitos ... · langor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sepanjang Rama-dan. “Kita mahu bulan turunnya kitab suci

Album Album13SelangorKini 9 - 15 Mei 201912 SelangorKini 9 - 15 Mei 2019

TAHUN

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 13: Prestasi setahun PAKATAN Ucapan PM: Mesti setia Mitos ... · langor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sepanjang Rama-dan. “Kita mahu bulan turunnya kitab suci

14Khas Ramadan

SelangorKini 9 - 15 Mei 2019

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

TARIKH 6 Mei diisytihar sebagai hari pertama Ramadan tahun ini. Se-memangnya kehadiran bulan penuh keberka-

tan itu menjadi detik bermakna buat sekalian umat Islam di se-luruh dunia.

Apatah lagi, sesuatu yang su-dah diketahui umum bahawa Al-lah SWT memberikan ganjaran dan rahmat kepada mereka yang melakukan segala bentuk ama-lan mulia dengan ikhlas.

Namun, sebagaimana lazim-nya, saat azan Maghrib dilaung-kan yang menandakan masuk waktu berbuka puasa antara ‘mo-men’ paling dinantikan semua.

Mana tidaknya, ketika inilah peluang untuk mengumpul-kan semua ahli keluarga sambil menikmati aneka juadah dise-diakan, di samping berkongsi keceriaan sebelum mendirikan solat tarawih.

Betapa penulis dapat bayang-kan keseronokan berbuka di sisi insan tersayang lebih-lebih lagi jika disajikan dengan pelbagai variasi juadah makanan unik yang hanya boleh didapati pada bulan Ramadan sahaja.

Sama ada dimasak sendiri, di-beli di bazar mahupun mengun-

Santapan berbuka Malaysia

Unik, bangkit selera ramai

kegemaran ramai atau mungkin buat sang isteri untuk menghi-dangkan makanan sebagai menu berbuka puasa yang boleh me-mikat hati keluarga.

Ayam Masak Kurma

Hidangan ayam masak kur-ma lazimnya sesuai dimakan bersama nasi hujan panas, nasi minyak, nasi tomato mahupun nasi putih. Ditambah pula de- ngan acar jementah. Bahan ma-sak yang sinonim dengan makan-

an ini ialah penggunaan ubi kentang. Kentang yang dima-

sak sekali dengan rempah kurma pasti membangkit-kan lagi selera berbuka.

Ayam Tempayan

Orang ramai mungkin su-dah biasa mencuba ayam pang-

gang, ayam golek atau kepak ayam, namun

ayam tempay-an iaitu ayam

yang diperap dan dimasak m e n g g u -nakan arang dalam tem-payan anta-ra menu unik

sempena Ra-madan. Keistimewaan

ayam tempayan ter-letak pada sos kerana sos

digunakan berlainan berbanding ayam lain. Proses memasak juga agak lama selama 30 hingga 40 minit. Namun, ia boleh menjadi menu enak dan sihat buat anda sekeluarga kerana tidak bermi-nyak.

Percik Kuah Putih

Salah satu lauk yang sangat popular dan menjadi pilihan ra-mai tiap kali Ramadan. Sama ada ayam atau ikan, menu ini seme-mangnya laku keras kalau dijual di bazar. Ia juga berbeza de-ngan ayam percik biasa. Kuah putih yang disiram ke atas ayam atau ikan ini mempunyai kelain-an yang tersendiri daripada segi warna kuah dan citarasanya.

Ketupat Sotong

Tidak ramai tahu bahawa ketu-pat sotong adalah hidangan unik. Ia menjadi kegemaran ramai teta-pi proses penyediaannya agak

remeh. Ia juga dikenali sebagai sotong sumbat. Berbeza dengan ketupat-ketupat lain, beras pulut yang sudah dimasak dimasukkan ke dalam sotong. Kemudian dihi-dangkan bersama kuah santan.

Udang Goreng ‘Kriuk-Kriuk’

Dibandingkan udang lain, Udang Goreng Kriuk-Kriuk ter-golong dalam sejenis lauk yang di-gemari ramai termasuk anak-anak. Biasanya ia dinikmati bersama sup sayur atau hanya dinikmati bersa-ma sos tomato dan mayonis.

Nasi Ambeng

Terdiri daripada nasi putih de-ngan lauk ayam atau daging kicap, kacang panjang goreng, mee goreng, ikan masin, serunding kelapa dan sambal goreng Jawa. Kebiasaannya, ia dihidangkan di dalam dulang untuk empat atau lima orang.

Daging Masak Lemak Rebung

Dengar sahaja nama masakan desa ini sudah cukup membuat-kan sesiapa saja mahu menikmat-inya. Penyediaannya juga tidaklah

jungi hotel yang menawarkan pro-mosi harga berpatutan. Yang pasti ia antara tradisi ma-syarakat kita setiap kali ketibaan Ramadan.

Di sini, penulis menyenarai-kan beberapa juadah unik dan popular Malaysia yang menjadi

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 14: Prestasi setahun PAKATAN Ucapan PM: Mesti setia Mitos ... · langor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sepanjang Rama-dan. “Kita mahu bulan turunnya kitab suci

15SelangorKini 9 - 15 Mei 2019

Khas Ramadan MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

sukar. Selain bahan mudah diper-oleh, menu hidangan daging ma-sak lemak rebung pastinya biasa dimasak terutama penggemar ma-sak lemak cili padi.

Murtabak

Juadah ini mungkin dianggap tipikal oleh segelintir pihak kerana boleh didapati di mana-mana dan pada bila-bila masa sepanjang ta-hun. Bagaimanapun, ia tetap men-jadi juadah popular dan menjadi buruan ramai ketika Ramadan.

Murtabak yang dipenuhi da-ging lembu atau ayam, ditambah pula dengan rempah ratus me-nambahkan lagi rasa sebenar makanan ini. Ia sesuai menjadi hi-dangan pembuka selera, sebelum menikmati hidangan utama.

Bagaikan tidak lengkap rasanya juadah berbuka tanpa kuih-muih. Ini kerana kedatangan Rama-dan turut memenuhi keinginan masyarakat di negara ini yang mungkin sudah lama 'mengidam' kuih-muih tertentu, terutama kuih tradisional yang hanya dijual pada Ramadan sahaja.

Kuih Tepung Pelita

Kuih ini seme-mangnya men-jadi rebutan ramai sepanjang bulan Ramadan. Pada asas-nya, tepung pelita dibuat daripada san-tan dan tepung beras.

Selalunya dibuat dalam acuan empat segi

daripada lipatan daun pandan atau daun pisang untuk lebih menaikkan

Crème Caramel atau nama lainnya ‘Flan’ dibuat dengan manisan kastard hasil gabung-an susu pekat manis,

krimer manis, air, gula dan telur lantas menjadi-

kan ia sebagai puding ke-gemaran tempatan.

Kuih Onde-Onde

Walaupun boleh didapati sepanjang tahun dan sesuai di-makan sebagai hidangan minum petang, namun kuih ini lebih dimi-nati pada bulan Ramadan.

Sinonim dengan nama kuih ‘kekoh caar’ di negeri pantai timur serta gula kabung atau gula mela-ka di pantai barat, kuih ini mem-punyai adunan tepung beras pulut yang menyelitupi manisan nisan.

Malah, ia dibebat dalam kelapa parut sebelum dihidangkan bagi mengelakkan ia melekat sesama sendiri.

Kuih Nekbat

Iftar tidak lengkap tanpa menja-mah Nekbat. Kuih ini agak eksklu-sif kerana hanya muncul setahun sekali pada bulan Ramadan.

Ia adalah sejenis kuih tradi-sional pencuci mulut yang dima-

kan selepas disira bersama air gula. Kuih yang popular di Terengganu dan Kelantan ini diperbuat daripada tepung beras serta telur.

Kuih Pandan Bakar

Amat sesuai dimakan ketika bersantai selain turut dihidang-kan sebagai juadah berbuka pua-sa. Bagi mereka yang pertama kali mencuba, semestinya boleh jatuh cinta dengan kelembutan serta aroma bau daun pandan yang wangi apabila dimasak.

Asam Gumpal

Ramai orang mencari kuih ini pada bulan Ramadan meski- pun boleh didapati pada hari bia-sa. Oleh kerana saiznya sebesar gumpalan tangan, kuih ini diberi nama asam gumpal.

Kuih tradisional ini rasanya le-mak manis kerana dimasak meng-gunakan santan dan dihasilkan dengan menggunakan sagu mata ikan.

Rasanya juga sedikit kenyal, manis dan bercampur rasa. Ia dise-diakan menggunakan biji sagu yang direbus dengan air yang di-campurkan bersama garam bagi membangkitkan lagi.

aroma kuih. Rasanya yang manis dan berlemak sesuai dijadikan se-bagai hidangan terakhir selepas berbuka.

Puding Karamel/Crème Caramel

Bagi mereka yang menggemari sajian lebih manis dan ‘fancy’, pu- ding karamel adalah pilihan se-bagai menu pencuci mulut pa-ling sesuai.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 15: Prestasi setahun PAKATAN Ucapan PM: Mesti setia Mitos ... · langor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sepanjang Rama-dan. “Kita mahu bulan turunnya kitab suci

16Khas Ramadan

SelangorKini 9 - 15 Mei 2019

sambil lewa. Oleh itu, tarikan pe-nanda yang disediakan ini untuk mengembalikan emosi pembaca.

“Justeru, melalui penanda ini pembaca boleh mengkhatam dalam masa 16 hari atau 30 hari mengikut kemampuan masing-masing,” katanya.

Berjaya tempa nama di luar negara

Permintaan al-Quran eksklusif dan unik itu bukan sahaja mene-rima sambutan luar jangkaan dari

dalam negara, malahan luar nega-ra menjelang Ramadan.

Kini, Nor Hafizah boleh menarik nafas lega ekoran beliau mempu-nyai pembaca dari Singapura, Washington, Jepun dan Korea.

“Pada masa sama, kami ingin memartabatkannya kerana ramai yang menjual di tepi jalan dan akan dipandang rendah semua lapisan masyarakat.

“Kebiasaannya, kami mengam-bil tiga hingga empat jam untuk menyiapkan sebuah al-Quran mengikut kategori atas permin-

taan mereka. Justeru, kemunculan Nor Hafizah

membuktikan wanita mampu melangkah jauh menggegar ser-ta menakluk dunia dalam pelba- gai cara.

Menerima tempahan mengikut citarasa

Nor Hafizah berkata, pihaknya menerima tempahan perhiasan batu, sekali gus mengubahsuai al-Quran mengikut citarasa masing-masing dan setakat ini al-Quran

Swarovski salah satu tarikan yang laris dijual.

“Malah, pelanggan bukan Is-lam turut tidak melepaskan pe-luang memiliki al-Quran untuk dihadiahkan kepada rakan Islam mereka.

“Harga al-Quran ini serendah RM140 sehingga lebih RM1,000 mengikut kemampuan ma- sing-masing. Namun, menjelang Ramadan yang bakal tiba keba-nyakan pelanggan memilih al-Quran mini,” katanya.

Ramadhan Journal tarikan utama

Ar-Rayyan Resources memba-wa kelainan melalui penghasilan ‘Ramadhan Journal’ yang me-ngandungi tafsiran isi kandungan surah serta hukum tajwid.

Ramadhan Journal mendapat sambutan yang menggalak-kan berikutan pasaran luar tidak memberi panduan khatam al-Quran mengikut kitaran hari.

“Ia bukan sekadar diari kosong semata-mata kerana buku ini memberi peluang kepada pem-baca untuk merancang diari dan menjadi penunjuk arah kepada mereka untuk mengkhatam al-Quran mengikut kitaran hari.

“Pada masa sama, ia mempu-nyai doa dan surah yang boleh menjadi amalan sepanjang Ra-madan seperti kalendar Islam dan keistimewaan zikir,” katanya.

Perhiasan al-Quran unik

Tawar pelbagai reka bentuk, warna

Usaha meletakkan perhiasan ini menjadi tonggak utama bagi memupuk amalan membaca al-Quran semua golongan masyarakat terutama dalam kalangan kanak-kanak bagi me- ngetahui hukum tajwid dengan lebih mendalam

NOR HAFIZAH SAADPengasas Ar-Rayyan Resources

OLEH IZRIN MOHAMAD SAID

Bermula dengan peruba-han titik sehingga wujud perubahan warna dan reka bentuk, maka jelas penu-

lisan al-Quran mengalami perubah-an daripada segi sudut inovasi yang bersesuaian dari semasa ke semasa.

Al-Quran adalah sumber petun-juk dan pedoman untuk manusia menjadikannya sebagai rujukan khususnya mereka yang bertakwa kepada Allah SWT sebagai rujukan utama umat Islam dari sudut aki-dah, ibadah, syariah dan akhlak.

Menyedari budaya pemba-caan kalam Allah SWT itu semakin berkurang, Ar-Rayyan Resources tampil berbeza dengan al-Quran digital tafsiran yang dilengkapi dengan penanda yang sistematik bagi memudahkan semua golo-ngan membacanya.

Uniknya, al-Quran itu disalu-ti dengan perhiasan batu Gem Stones, Semi Faces Stones dan Swarovski Special Edition mengi-kut citarasa pembaca.

Timbulkan minatmembaca al-Quran

Sudah menjadi lumrah manu-sia cintakan kecantikan, al-Quran menghubungkan kita sebagai umat Islam dengan Allah SWT.

Pengasasnya, Datin Nor Hafizah Saad berkata, tujuan utama beliau adalah mengangkat martabat al-Quran kepada peringkat yang le-bih eksklusif.

“Selain itu, usaha meletakkan perhiasan ini menjadi tonggak utama bagi memupuk amalan membaca al-Quran semua golo-ngan masyarakat terutama dalam kalangan kanak-kanak bagi me-ngetahui hukum tajwid dengan lebih mendalam.

“Masyarakat kini mengambil masa yang lama untuk meng-khatam al-Quran kerana sikap EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 16: Prestasi setahun PAKATAN Ucapan PM: Mesti setia Mitos ... · langor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sepanjang Rama-dan. “Kita mahu bulan turunnya kitab suci

17SelangorKini 9 - 15 Mei 2019

Agama MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

09 Khamis 5:35 5:45 7:03 1:15 4:35 7:23 8:35 10 Jumaat 5:35 5:45 7:02 1:15 4:36 7:23 8:35 11 Sabtu 5:34 5:44 7:02 1:15 4:36 7:23 8:35 12 Ahad 5:34 5:44 7:02 1:15 4:36 7:23 8:36 13 Isnin 5:34 5:44 7:02 1:15 4:36 7:23 8:36 14 Selasa 5:34 5:44 7:02 1:15 4:37 7:23 8:36 15 Rabu 5:33 5:43 7:02 1:15 4:37 7:23 8:36

09 Khamis 5:33 5:43 7:01 1:13 4:33 7:20 8:32 10 Jumaat 5:33 5:43 7:01 1:12 4:33 7:20 8:32 11 Sabtu 5:33 5:43 7:01 1:12 4:33 7:20 8:32 12 Ahad 5:32 5:42 7:01 1:12 4:34 7:20 8:33 13 Isnin 5:32 5:42 7:01 1:12 4:34 7:20 8:33 14 Selasa 5:32 5:42 7:01 1:12 4:34 7:20 8:33 15 Rabu 5:32 5:42 7:01 1:12 4:34 7:20 8:33

09 Khamis 5:34 5:44 7:02 1:13 4:34 7:20 8:32 10 Jumaat 5:34 5:44 7:02 1:13 4:34 7:20 8:32 11 Sabtu 5:33 5:43 7:02 1:13 4:34 7:20 8:32 12 Ahad 5:33 5:43 7:02 1:13 4:34 7:20 8:33 13 Isnin 5:33 5:43 7:02 1:13 4:34 7:20 8:33 14 Selasa 5:33 5:43 7:02 1:13 4:35 7:20 8:33 15 Rabu 5:33 5:43 7:02 1:13 4:35 7:20 8:33

9 - 15 Mei 20194 - 10 RAMADAN1440

OLEH NORHAYATI UMOR

BATU CAVES - Pegawai mas-jid dan surau negeri ini dinasi-hatkan supaya tidak berpolitik dalam mentadbir dan mengurus-kan dua institusi umat Islam itu.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, semua pihak hen-daklah menghormati dan mema-tuhi semua peraturan dan garis panduan yang dikeluarkan Maj-lis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Sela-ngor (JAIS).

Katanya, ia tidak mengira berlaku di aktiviti ceramah atau bukan ceramah atau tindakan se-bahagian pegawai masjid yang meminggirkan ketua kampung sebagai penasihat masjid.

“Malah, Duli Yang Maha Mulia Tuanku sendiri menitahkan su-paya jangan seret masjid berke-naan sentimen politik. Janganlah berpolitik dan nampak berpoli-tik dalam mentadbir masjid ser-ta surau.

“Saya amat mengharapkan, agar pegawai masjid dan surau di Selangor dapat memandang

isu pengurusan masjid dan surau secara realistik.

“Sebagai contoh, jangan benarkan sama sekali mana-ma-na parti politik dari mengadakan program kepartian dalam mas-jid,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-tika ditemui selepas Program Menyemarak Ramadan bersa-ma masjid dan surau negeri dan pelancaran Selangor Bertadab-bur di Masjid Al Amaniah, di sini.

Hadir sama, Pengarah JAIS, Dato’ Haris Kasim.

Amirudin berkata, pegawai dan pengerusi institusi itu perlu mengambil kesempatan untuk menjadikan program menyema-rak Ramadan tahun ini sebagai medium penyatuan ummah dan memperkukuh hubungan silatu-rahim sesama jemaah.

“Medan penyucian hati (Taz-kiatuan Nafs), menghapus dosa, memperbanyakkan ibadah dan merebut sebanyak mungkin pa-hala dijanjikan Allah SWT.

“Keistimewaan Ramadan tidak terdapat pada bulan yang lain. Maka rebutlah peluang terbabit

Masjid, surau bukan ruang politik

BATU CAVES - Kira-kira RM360,000 di-sumbangkan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) untuk masjid dan surau kawasan Dewan Undangan Ne-geri (DUN) Sungai Tua sempena Rama-dan, kali ini.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, ia termasuk lima mas-jid menerima sumbangan sebanyak RM20,000 setiap satu, sementara pe-runtukan RM10,000 bagi setiap 26 surau dalam kawasan terbabit.

“Ini adalah sumbangan sempena program Tanggungjawab Sosial Kor-porat (CSR) anak syarikat Kerajaan Ne-geri iaitu MBI.

“Hasil kejayaan yang diperolehi oleh anak syarikat ini akhirnya disumbang-kan kepada komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Pro-gram Sumbangan Ihya Ramadan Dun Sungai Tua oleh MBI bertempat di Surau Al Jannah Taman Jasa Utama, di sini, pada 5 Mei lalu.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi MBI, Soffan Affendi Aminudin; Pegawai Daerah Gombak, Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim dan Pemangku Yang Diper-tua Majlis Perbandaran Selayang, Dato’ Dr Juhari Ahmad.

Turut hadir, Pemangku Pegawai Tad-bir Agama Islam Gombak, Mohd Hilmi Saadan dan Pengerusi Surau Al Jannah Taman Jasa Utama, Mohd Fuad Ashaari.

Mengulas lanjut, Amirudin berka-ta, Kerajaan Negeri sentiasa komited

MBI sumbang RM���,��� untuk institusi Islam Sungai Tua

Patuhi peraturan

ketika ianya sedang datang ber-tandang menemui kita,” katanya.

Pada masa sama, Amirudin tu-rut mahu penceramah dan pen-

tazkirah hendaklah terdiri dari mereka mempunyai tauliah, ti-dak menyentuh isu politik yang boleh menimbulkan perpeca-

han, tidak menggunakan khid-mat Imam Tarawih luar negara dalam tazkirah selepas tamat so-lat Tarawih.

untuk membangunkan syiar Islam di negeri ini.

Katanya, ia menjadi tanggungja-wabnya sebagai pemimpin utama

negeri ini, juga tidak ketinggalan pe-mimpin Islam yang lain.

“Kerana itu kita mahu meningkat-kan kualiti surau dan masjid, termasuk memastikan rumah ibadat ini melalui transformasi sekali gus menjadi aset ke-pada perubahan positif komuniti dan masyarakat.

“Oleh kerana itu saya berharap su-paya tidak ada yang menyindir jika ada yang melihat golongan tertentu hadir hanya pada waktu Ramadan sahaja, malah pihak yang bertanggungjawab gunakanlah keberkatan Ramadan ini sebagai landasan untuk medium dak-wah dan menyebarkan kebaikan,” ka-tanya.

Kerana itu kita mahu meningkatkan kualiti surau dan masjid, termasuk memastikan rumah ibadat ini melalui transformasi sekali gus menjadi aset kepada perubahan positif komuniti dan masyarakat

AMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 17: Prestasi setahun PAKATAN Ucapan PM: Mesti setia Mitos ... · langor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sepanjang Rama-dan. “Kita mahu bulan turunnya kitab suci

18Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 9 - 15 Mei 2019

Kemasyhuran di bibir manis

Seruling sudah mulamengenal kembalirumpun buluh di hutan jauhsetelah lama ingatannya menipisdihakis kemasyhuran di bibir manissang peniup jelitamendendangkan irama pura-puradi kota ternama.Ingin ia pulangke tempat asal tumbuhsemula bercantumdengan orkestra alammempersembahkan lagu cintahalus dan sempurnatulus dan setia.

AbizaiMiri, Sarawak

OLEH NAZREEN COKLAT

Di Malaysia, kegilaan khalayak terhadap novel popular bukan-nya fenomena baha-

ru dalam dunia sastera. Namun, bermula tahun 2010, berlaku le-dakan kuat terhadap penerbitan novel popular. Ini demikian kera-na novel genre mula diadaptasi menjadi filem atau drama bersiri. Kini, jika diteliti secara purata, em-pat daripada lima drama bersiri di kaca televisyen dengan jum-lah tertinggi ialah drama yang di-adaptasi daripada novel popular. Malah, sehingga tahun 2015 sa-haja hampir seratus novel popu-lar diadaptasi sama ada ke dalam filem atau drama bersiri. Fenom-ena ini membuatkan syarikat penerbitan novel popular ber-lumba-lumba menerbitkan pel-bagai judul baharu saban tahun dan membenarkan ia diadaptasi kerana dilihat mempunyai nilai pulangan komersial yang sangat tinggi.

Meskipun begitu, novel popu-lar terus mendapat kritikan hebat kerana masih berpegang pada for-mula penulisan yang sama dan ti-dak meletakkan golongan wanita pada kedudukan sepatutnya. Tia-da perubahan berlaku dan wanita dalam novel popular masih bera-da dalam cengkaman kompleksiti Cinderella yang kuat. Misalnya, ia boleh diteliti dalam novel Asam Pedas untuk Dia karya Nureen Mir-za yang laris sejak 2015 hingga kini apabila diadaptasi menjadi

drama bersiri televisyen. Pada umumnya, kompleksiti Cinderel-la merujuk perasaan takut dalam diri wanita terhadap kemandirian atau rasa takut untuk berdikari. Rasa itu hadir secara tidak sedar dan semakin ketara apabila ses-eorang wanita semakin berusia. Ia diperkenal oleh Colette Dowl-ing pada tahun 1981.

Pemahaman Dowling terha-dap kompleksiti berasaskan idea kewanitaan yang digambarkan dalam kisah dongeng iaitu Cin-derella seorang yang cantik, ang-gun, sopan dan rajin tetapi tidak berdaya mengubah keadaan dirinya sendiri. Cinderella harus bergantung pada daya luar iaitu lelaki yang dalam kisahnya meru-juk Prince Charming (putera raja). Walaupun, kisah itu sudah lama

tetapi ia masih melekat sebagai satu bentuk ar-ketaip terhadap jalan penceri-taan yang di-karang dalam novel popular.

Salah satu un-sur yang memba-wa kompleksiti Cinderella ialah bentuk peran-an gender yang sangat kental. Gender meru-juk satu konsep budaya yang di-gunakan bagi m e m b e z a k a n peranan, mental-iti, tingkah laku dan emosi an-tara lelaki den-gan perempuan yang berkem-

bang dalam masyarakat. Dalam kisah dongeng Cinderella, kaum lelaki digambarkan mempunyai status dan kedudukan yang lebih tinggi berbanding wanita. Putera raja memiliki harta yang banyak dan mempunyai perwatakan yang gagah. Manakala, Cinde- rella pula dipotretkan anak ya-tim piatu yang miskin, tiada ber-daya dan gemar untuk membuat segala kerja rumah tanpa seba-rang rungutan. Dalam novel Asam Pedas untuk Dia, unsur ini wujud melalui watak utama iaitu Ain-in seorang gadis kampung yang miskin dan hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ainin mempunyai kebolehan memasak yang tinggi sehingga diupah oleh keluarga Ziyad se- bagai pembantu rumah. Dia sering dipuji kerana masakannya yang sedap dan cekap membuat kerja-kerja rumah. Manakala, Zi-yad yang diangkat sebagai hero, diceritakan memiliki firma arkitek tersendiri dan berkelulusan tinggi dalam pelajaran. Kecantikan Ainin dan kemampuannya untuk me-masak sentiasa menggugat hati Ziyad. Keadaan memperlihat-kan novel itu masih berpegang pada peranan gender yang sama. Kaum lelaki digambarkan sama sekali tidak mampu membuat kerja rumah yang selama ini di-galas oleh kaum wanita. Malah, wanita hanya dipuji jika pandai memasak dan cekap mengurus-kan rumah tangga. Sebarang ben-tuk kebijaksanaan pemikiran yang ada pada wanita langsung tidak dipedulikan. Malah, kedudukan wanita sentiasa di bawah lelaki termasuk dari segi pendidikan.

Kemudiannya unsur yang membentuk kompleksiti Cin-

derella ialah keinginan untuk diselamatkan. Cinderella tidak pernah berjuang dengan sendi-ri bagi mendapatkan kebebasan dan sentiasa merintih pada tak-dir diri. Dia menanti pertolongan untuk hadir agar berlaku pe-rubahan dalam hidupnya. Maka, di sini watak putera raja bertin-dak sebagai penyelamat. Tidak kurangnya cerita Ainin dalam novel Asam Pedas untuk Dia. Se-lain dihimpit dengan kemiskinan, Ainin turut mendapat ancaman daripada Hisyam iaitu tuan rumah tempat Ainin menyewa. Hisyam sentiasa memeras ugut jika Ai-nin tidak dapat membayar sewa rumah dengan cepat, dia perlu menerima lamaran perkahwinan Hisyam atau keluar dari rumah tersebut. Untuk lari daripada la-maran tersebut, Ainin bersetuju menjadi perempuan simpanan Zi-yad melalui perkahwinan rahsia atau kontrak. Ziyad dilihat oleh Ainin sebagai penyelamat diri- nya dan tidak menyoal apa-apa jua yang berlaku kemudiannya terhadap dirinya.

Kompleksiti Cinderella sete-rusnya ialah unsur kesetiaan yang membuta wanita terhadap lelaki. Kesetiaan yang membuta ada pada diri Cinderella apabila tidak pernah melupakan putera raja walaupun pertemuan mere-ka tidak sampai sehari pun tem-pohnya. Cinderella langsung tidak sempat mengenali hati budi putera raja secara men-dalam. Malah, putera raja hanya tertarik pada diri Cinderella kera-na rupa parasnya yang cantik dan gaun luar biasa yang dipakainya semasa majlis tari-menari. Kese-tiaan membuta tuli Ainin terha-dap Ziyad lebih kritikal. Dalam

perkahwinan “kontrak” tersebut, Ziyad tidak pernah berlaku adil pada diri Ainin. Misalnya, Ainin tidak boleh mengambil tahu peri-hal hidup Ziyad tetapi Ziyad se-cara sesuka hati menggunakan haknya sebagai mengongkong Ainin. Ziyad menggunakan seg-ala hukum-hakam agama dalam menakutkan Ainin bagi menun-tut nafkah zahir dan batin. Malah, sepanjang perkahwinan tersebut Ziyad tidak pernah memutus-kan perhubungan cinta dengan kekasihnya, Shafinaz. Keadaan ini membuatkan Ainin terseksa tetapi tidak pernah diluahkannya. Kese-tiaan yang membuta tulis terus-menerus menikam Ainin.

Unsur terakhir yang memba-wa kompleksiti ialah menghindari tentangan. Cinderella tidak per-nah melawan ibu dan adik-be-radik tirinya walaupun mereka bertindak kejam kepadanya. Dia tidak mahu berhadapan dengan konflik yang ada tetapi sentiasa menghadirinya. Novel Asam Pedas untuk Dia juga memperlihatkan keadaan Ainin yang sama. Ai-nin tidak pernah memberanikan diri melawan penghinaan yang datang daripada keluarga Ziyad dan Shafinaz kerana berasakan Ainin mengandungkan anak luar nikah. Oleh sebab malu dihina, Ainin membawa diri ke Muar. Dia tidak sanggup berhadapan dengan kedua-dua ibu bapa Zi-yad dan tidak berani menuntut haknya sebagai isteri yang sah ke-pada Ziyad. Tentangan yang ada terus dihindari dan berserah ke-pada nasib diri.

Jelas, kompleksiti Cinderella sangat kuat mencorak bentuk penulisan novel popular. Watak wanita masih diperlihatkan tidak mampu untuk mandiri. Malah, wujudnya stigma stereotaip gen-der yang seolah-olah tidak bo-leh diruntuhkan. Wanita lemah manakala lelaki kuat. Tambah-an pula, pemaparan peranan se-seorang lelaki dan wanita tidak menepati keadaan masyarakat Malaysia pada hari ini. Selain itu, wanita dalam novel-novel popu-lar diperlihatkan kuat apabila me-mainkan peranan sebagai ibu dan anak tetapi lemah dan mudah re-tak apabila hadirnya lelaki. Cin-derella tidak patut lagi disamakan dengan wanita Malaysia kerana mereka perlu diangkat seperti puteri-puteri Melayu yang hebat belaka seperti Tun Fatimah, Ratu Ungu, Cik Siti Kembang dan se-bagainya.

Kompleksiti Cinderella kental dalam novel popular

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 18: Prestasi setahun PAKATAN Ucapan PM: Mesti setia Mitos ... · langor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sepanjang Rama-dan. “Kita mahu bulan turunnya kitab suci

19SelangorKini 9 - 15 Mei 2019

Global MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

GAZA - Ketenteraman di Se- menanjung Gaza hanya bo-leh diwujudkan andai tin-dakan Israel menyerang penunjuk perasaan Pales-tin dapat dihentikan, lapor agensi berita Anadolu me-metik pemimpin Hamas, pada 5 Mei lalu.

“Lebih banyak Israel me-nyerang bertambah kuat tin-dak balas penduduk Palestin,” kata Ismail Haniyeh dalam satu kenyataan bertulis.

“Ketenangan dapat dipu-lihkan hanya selepas meng-hentikan pencerobohan Israel terhadap Semenanjung Gaza dan melaksanakan gen-catan senjata,” tambahnya.

Ujarnya, rakyat Palestin yang dikepung di Semenan-jung Gaza selama lebih 12 ta-hun hanya mahu menuntut hak mereka, sebagaimana termaktub dalam undang-undang dan konvensyen an-tarabangsa.

Sejak 4 Mei, 25 orang Pa-lestin termasuk dua wanita hamil dan dua bayi terkorban, manakala lebih 100 yang lain cedera akibat serangan uda-ra Israel.

Keganasan memuncak di semenanjung itu apabila em-pat Palestin termasuk seorang remaja terbunuh dan 51 orang cedera selepas tentera Israel menyerang kubu Hamas pada 3 Mei. - BERNAMA

BAITULMAQDIS - Pihak berkuasa Israel melarang bahan api dan gas dibawa masuk ke Semenanjung Gaza yang diduduki rejim zionis itu, berikutan peningkatan kega-nasan baru-baru ini, lapor agensi berita Anadolu.

“Semua import bahan api ke Semenanjung Gaza melalui Persa-

tuan Kemanusiaan Kerem Shalom akan dihentikan,” kata Penyelaras Aktiviti Kerajaan di Wilayah (Pales-tin), Mejar Jeneral Kamil Abu Ru-kun dalam satu kenyataan, pada 5 Mei lalu.

“Israel tidak akan membenarkan diesel dan petrol dibawa masuk ke Semenanjung Gaza melalui persim-

pangan Kerem Shalom pada 7 Mei,” kata pegawai Israel itu.

Katanya, langkah itu diambil se-bagai tindak balas terhadap bedi-lan roket dan peluru mortar yang disasarkan kepada pihak Israel.

Sejak 4 Mei, 25 Palestin termasuk dua wanita hamil dan dua bayi ter-korban, manakala lebih 100 yang

lain cedera akibat serangan uda-ra Israel.

Keganasan memuncak di se-menanjung itu apabila empat Palestin termasuk seorang rema-ja terbunuh dan 51 orang cedera selepas tentera Israel menyerang kubu Hamas pada 3 Mei. - BERNA-MA

Gaza aman jika Israel henti serangan

Seorang lelaki memegang tangan bayi Palestin, Maria al-Gazali, yang terbujur kaku di atas pengusung di hospital Beit Lahia di utara Semenanjung Gaza pada 5 Mei 2019 akibat serangan Israel. - Foto AFP

Larangan bawa masuk bahan api, gas

SHAH ALAM - Mohammad men-jadi nama paling popular, bera-da di tangga teratas dalam daftar 10 bayi lelaki di Berlin sepanjang 2018, lapor Daily Mail.

Pemilihan nama itu meningkat mendadak di enam daripada 16 kawasan di Jerman susulan ge-lombang penghijrahan umat Is-lam ke negara itu sejak beberapa tahun lalu.

Menggunakan pelbagai ejaan, lapor portal itu pada 3 Mei, ia me-ngalahkan nama Louis dan Emil.

Di seluruh negara tersebut,

nama Mohamad bagaimanapun berada di kedudukan 24 paling popular dalam kalangan ibu bapa, kata Persatuan Bahasa Jerman.

Nama ini berada di belakang nama-nama Paul, Leon, Noah dan Louis atau Luis. Nama-nama lain termasuklah Jonas, Elias, Henry atau Henri, Felix, dan Lukas atau Lucas.

Lebih sejuta imigran dari Timur Tengah dan Afrika Utara masuk ke negara itu sejak Canselor Jerman, Angela Merkel, membuka pintu pada 2015.

SHAH ALAM - Brunei menang-guhkan hukuman rejam sampai mati terhadap golongan gay dan penzina yang dikuatkuasa bawah Kanun Jenayah Syariah bulan lalu.

Sultan Brunei pada 5 Mei lalu bertitah baginda menyedari “ba-nyak tanda tanya dan tanggapan silap” berhubung hukuman itu, lapor portal BBC.

Sultan Hassanal Bolkiah berti-tah sedemikian selepas kecaman antarabangsa terhadap undang-undang itu, termasuk kalangan selebriti.

Hubungan sejenis memang di-kategorikan sebagai satu jenayah yang boleh dikenakan penjara se-hingga 10 tahun jika disabitkan kesalahan.

Mohammad muncul nama popular di Berlin

Brunei tidak jadi hukum gaySHAH ALAM - Seorang wanita Kristian di Pakistan, pernah dihu-kum penjara atas kesalahan meng-hina Nabi Muhammad, dibenarkan meninggalkan negara itu.

Asia Bibi dibebaskan oleh Mah-kamah Agung pada Oktober ta-hun lepas setelah dipenjara sejak 2010.

Keputusan membebaskannya mencetuskan perdebatan hangat

dan demonstrasi ganas di kalan-gan mereka yang menuntut tinda-kan tegas, lapor portal BBC pada 8 Mei lalu.

Beliau sentiasa menegaskan dirinya tidak bersalah terhadap tuduhan mengeluarkan kata-ka-ta menghina itu ketika bergaduh dengan jirannya.

Pegawai-pegawai Pakistan ti-dak mendedahkan arah tujuannya

dan tidak menjelaskan bila wanita itu meninggalkan negaranya.

Namun peguamnya Saif Ul Ma-look memberitahu CNN bahawa Bibi dan sebahagian anggota ke-luarganya kini berada di Kanada.

Wanita itu tinggal di kawasan yang dirahsiakan sementara menunggu proses untuk mem-bolehkan beliau meninggalkan Pakistan.

Asia Bibi tinggalkan Pakistan

Foto bertarikh 2 November 2018

menunjukkan seorang penunjuk

perasaan di Pakistan mem-

bantah keputusan mahkamah

membebaskan Asia Bibi di Islam-

abad. - Foto AFP

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 19: Prestasi setahun PAKATAN Ucapan PM: Mesti setia Mitos ... · langor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sepanjang Rama-dan. “Kita mahu bulan turunnya kitab suci

20PBT

SelangorKini 9 - 15 Mei 2019

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Majlis Bandara-ya Shah Alam (MBSA) komited menjalinkan hubungan antara-bangsa bersama beberapa ban-dar raya dunia.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan ber-kata, kerjasama dua hala itu se-dang diperingkat perbincangan dengan Kerajaan Negeri.

“Kerajaan Negeri ada men-cadangkan beberapa bandar raya untuk MBSA jalinkan hubu- ngan kerjasama dan masih dalam perbincangan dan penilaian kita ketika ini.

“Kerajasama antarabangsa ini penting untuk menambah mutu perkhidmatan MBSA daripada segi teknologi, pendidikan dan pembangunan bandaraya yang lebih baik,” katanya kepada Se-langorKini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Arca

Bandaraya Hanam yang turut dihadiri Datuk Bandar Hanam, Kim Sang Ho, di Laman Arca Antarabangsa, di Dataran Ke-merdekaan, di sini, baru-ba- ru ini.

Setakat ini, MBSA sudah men-jalinkan hubungan antarabang-sa bersama bandar raya Hanam, Korea Selatan dan akan datang Surabaya, Indonesia.

Rashidi berkata, jalinan hubungan dengan Hanam sejak 2013 itu membabitkan kerjasa-ma ekonomi, pendidikan, kebu-dayaan, belia dan sukan serta pertukaran kakitangan.

“Saya menjangkakan MBSA akan bekerjasama dengan Sura-baya tahun ini dan beberapa bandar raya lain dalam tempoh terdekat,” katanya.

Terdahulu, Mataram, Nusa Tenggara Barat, Indonesia turut menyatakan mahu menjalin-kan kerjasama sister city bersa-ma MBSA.

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) menawarkan diskaun 60 peratus kepada pemilik harta yang membuat pengemas-kinian data Maklumat Pemilikan Harta, bermula 2 Mei sehingga 30 Jun ini.

Yang DiPertuanya, Dato’ Mohamad Ya-sid Bidin berkata, mereka perlu mem-bayar proses itu dengan hanya RM20 daripada RM50 untuk setiap satu per-mohonan.

Katanya, tawaran itu dilaksanakan bertujuan memudahkan pembayar cu-kai taksiran untuk mengemaskini maklu-mat pemilikan harta selain memudahkan urusan pembayaran cukai taksiran me-reka di MPK.

“Kempen ini membabitkan kemas kini maklumat pemilikan harta mereka de-ngan menggunakan Borang I iaitu Notis Jualan atau Pindahmilik merujuk Seksyen 160, Akta Kerajaan Tempatan.

“Borang J pula adalah Notis Pindahmi-lik Kematian merujuk Seksyen 160, Akta Kerajaan Tempatan,” katanya.

Katanya, Borang I dan Borang J dan do-

Lebar kerjasama antara bandar raya dunia

MBSA tingkat mutu perkhidmatan

6� peratus diskaun jika kemas kini data

Kempen ini membabitkan kemas kini maklumat pemilikan harta mereka dengan menggunakan Borang I iaitu Notis Jualan atau Pindahmilik merujuk Seksyen 160, Akta Kerajaan Tempatan.MOHAMAD YASID BIDINYang DiPertua MPK

kumen yang berkaitan boleh dikemuka-kan penjual atau pembeli atau pemilik hartanah di Lobi Aras Bawah, Bangunan Sultan Alam Shah, MPK dan di Aras 1, Kaunter Bahagian Penilaian, Jabatan Pe-nilaian dan Pengurusan Harta untuk tu-juan mengemaskini maklumat pemilikan harta mereka.

Maklumat lanjut berkenaan kempen itu boleh menghubungi Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPK.

2. Pembekal / Kontraktor diwajibkan menghadiri taklimat tender pada hari dan masa yang telah ditetapkan. Sila bawa bersama sijil asal pendaftaran dengan Kementerian Kewangan yang masih sah. Hanya penama dalam sijil pendaftaran sahaja dibenarkan untuk menghadiri taklimat. Wakil syarikat perlu mengemukakan surat kebenaran / kuasa dari syarikat yang diwakili.

3. Pembekal / Kontraktor juga perlu berdaftar dengan Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dan dokumen tender boleh dibeli melalui laman web Selangor tender https://tender.selangor.my/ selepas sesi taklimat. Harga dokumen tender adalah RM100.00.

4. Tender akan di tutup pada tarikh seperti di atas. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Tender dan jenis bekalan yang berkaitan serta dimasukkan ke dalam Peti Tender di Jabatan Pertanian Negeri Selangor, Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan, No. 3 Jalan Indah, Seksyen 14, 40632 Shah Alam sebelum jam 12.00 tengahari. Tender yang lewat tidak akan di terima.

5. Pihak Jabatan Pertanian Negeri Selangor tidak terikat untuk menerima tawaran tender yang terendah atau sebarang tender.

No Tender

PPN.SEL(T)01/2019

PPN.SEL(T)02/2019

PPN.SEL(T)03/2019

Butiran-butiran tender

Membekal Dan Menghantar Baja Dan Bahan Pelengkap Untuk Jabatan Pertanian Negeri Selangor Bagi Tahun 2019

Membekal, Menghantar Dan Menguji Mesin Dan Peralatan Pertanian Untuk Jabatan Pertanian Negeri Selangor Bagi Tahun 2019

Membekal, Menghantar, Memasang Dan Mengujiguna Mesin Dan Peralatan Industri Asas Tani Untuk Jabatan Pertanian Negeri Selangor Bagi Tahun 2019

Kod Bidang Pendaftaran

070101

070303

130101

Tarikh Tender Dijual / Taklimat

24 MEI 2019Taklimat Pada:23 MEI 2019Jam : 10.00 pagiBilik Mesyuarat Utama Jabatan Pertanian Negeri Selangor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam

27 MEI 2019Taklimat Pada:24 MEI 2019Jam : 10.00 pagiBilik Mesyuarat Utama Jabatan Pertanian Negeri Selangor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam

28 MEI 2019Taklimat Pada:27 MEI 2019Jam : 10.00 pagiBilik Mesyuarat Utama Jabatan Pertanian Negeri Selangor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam

Tarikh TutupTender

13 JUN 2019

17 JUN 2019

18 JUN 2019

JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGORKENYATAAN TENDER

Tawaran tender ini adalah dipelawa kepada Pembekal / Kontraktor Bumiputera Dan Bukan Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian

Kewangan Malaysia di bawah bidang atau sub bidang yang berkaitan sahaja dan masih dibenarkan menyertai tender seperti berikut :-

Atas: Datuk Bandar Hanam, Kim Sang Ho menandata-ngani batu peringatan ketika Majlis Perasmian Arca Banda-raya Hanam, di Laman Arca Antarabangsa , Dataran Ke-merdekaan

Kanan: Arca yang dinamakan blooming bermotifkan

pokok Ginkgo yang merupakan pokok rasmi

Bandaraya Hanam, Korea Selatan

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 20: Prestasi setahun PAKATAN Ucapan PM: Mesti setia Mitos ... · langor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sepanjang Rama-dan. “Kita mahu bulan turunnya kitab suci

21SelangorKini 9 - 15 Mei 2019

Pendidikan MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

PAYA JARAS - Menteri Hal Ehwal Ekono-mi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali me-ngumumkan peruntukan RM500,000 bagi kerja menaik taraf kemudahan di Sekolah Agama Menengah (SAM) Paya Jaras, di sini.

Katanya, peruntukan itu bagi mem-baik pulih surau, dewan dan bumbung sekolah seperti yang dipohon kepada pi-haknya, sebelum ini.

“Hasil daripada turun padang kaki- tangan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) ke sekolah ini mendapati seme-mangnya projek bagi baik pulih wajib dilaksanakan.

“Walaupun negara mungkin berdepan masalah kewangan, namun peruntukan un-tuk pembangunan sekolah tetap ada bagi memberi mereka kemudahan yang kon-dusif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kelulusan Prasara-na dan Sumbangan Kemasyarakatan, pada 4 Mei lalu.

Hadir sama, Ahli Dewan Negeri Paya Ja-ras, Mohd Khairuddin Othman dan Yang Di-

pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Dato’ Ahmad Ruzman Ahmad Razali.

Sementara itu, Ah-mad Ruzman berkata, pi-hak sekolah memerlukan surau yang lebih besar bagi menampung jumlah pelajar yang semakin ber-tambah, saban tahun.

Katanya, pelajar terpak-sa menunaikan solat se-cara bergilir ekoran surau sedia ada sekarang terla-lu kecil.

“Malah, pada waktu solat berjemaah, ada pelajar yang terpaksa bersolat sehing-ga terkena hujan serta panas.

“Disebabkan itu kami amat memerlukan kemudahan surau serta lain-lain bagi me-nampung pelajar serta memberi mereka lebih keselesaan,” katanya.

SAM Paya Jaras mula ditubuhkan pada 1985 oleh Jawatankuasa Kecil Kampung Kubu Gajah, Merbau Sempak, Paya Jaras dan Sungai Pelong.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidi-kan berhasrat mewujudkan akta pendidi-kan tinggi baharu, bagi menghapuskan halangan kebebasan bersuara mahasiswa, kata Timbalan Menteri Pendi-dikan, Teo Nie Ching.

Beliau berkata, akta baharu itu akan menggabungan akta berkaitan pendidikan tinggi iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Akta Institu-si Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta Institusi-Institu-si Pelajaran (Tatatertib) 1976 serta aktalain yang dilihat re-levan.

Pada masa ini, katanya pi-hak kementerian sedang mengambil maklum balas daripada pemegang taruh institusi pendidikan.

“Jun nanti kita akan bangunkan kerang-kanya dan selepas itu kita akan bawa pe-nyediaan nota pengaluan kepada jemaah menteri.

“Pada Julai hingga Oktober pula kita

akan buat sesi townhall untuk public en-gagement, dan kita harap rang undang-undang baharu ini dapat dibentang di Parlimen pada 2020 selepas mendapat ke-

lulusan Jabatan Peguam Nega-ra dan kabinet,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Negara, pada 7 Mei lalu.

Teo menjawab soalan tam-bahan Senator Datuk Dr S. Ananthan yang bertanya apak-ah kerajaan akan meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 dalam usaha menghapus-kan halangan kebebasan ber-

suara mahasiswa universiti di negara ini.Mengulas lanjut, beliau berkata dengan

adanya akta baharu itu nanti, ia juga akan memberi peluang dan ruang kepada ka-kitangan akademik untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) de-ngan lebih efektif serta akan dapat mem-perkaya sistem pendidikan tinggi negara.

RM���,��� naik taraf Sekolah Paya Jaras

Kerajaan cadang wujud akta pendidikan tinggi baharu

Perspektif global pentingOLEH ZAIM BADRUL HISHAM

SHAH ALAM - Penjawat awam dan ahli politik di negeri ini per-lu mempunyai perspektif bersifat global bagi mencapai sasaran ke arah Smart State, pada 2025.

Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ketika bertugas sebagai menteri dahulu, beliau banyak memberi tumpuan

berkenaan hal Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).

“Saya banyak belajar daripada perkara yang berlaku di Vietnam, Indonesia dan Filipina. Nak jadi Smart State kita tidak boleh jadi katak di bawah tempurung. Kena tahu apa yang berlaku di dunia, apa yang Trump buat misalnya. Kena banyak membaca.

“Satu lagi, antara negeri per-

lu ada semangat untuk bersaing dan jangan terleka. Jadikan nega-ra berprestasi tinggi sebagai tan-da aras dan bukan negara yang kurang daripada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Dialogue@Shah Alam ber-tajuk Malaysia Baharu: Mengga-rap Sinergi Politikus dan Penjawat Awam, di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, pada 3 Mei lalu.

Pada masa sama, beliau ber-kata, universiti di Malaysia per-lu bertindak segera terhadap perkembangan pendidikan di se-luruh dunia berasaskan kepintaran buatan (AI).

Mustapa berkata, universiti ha- rus menyediakan dan memper-siapkan graduan Malaysia de-ngan kemahiran yang sesuai selaras perkembangan teknologi.

“Macam-macam perkara baha-ru, universiti kita mesti memper-siapkan ke arah itu. Masa depan akan jauh berbeza daripada masa sekarang.

“Jadi kita kena kerja kuat, kena bersama antara penjawat awam dan politikus dalam membina negara Malaysia supaya dapat di-warisi kepada anak cucu kita,” ka-tanya.

Smart State 2025

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 21: Prestasi setahun PAKATAN Ucapan PM: Mesti setia Mitos ... · langor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sepanjang Rama-dan. “Kita mahu bulan turunnya kitab suci

22Wanita & Kebajikan

SelangorKini 9 - 15 Mei 2019

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Institut Wanita Berdaya (IWB) membuka peluang kepada orang awam mengikuti Bengkel Penulisan Kesedaran Gender yang akan diadakan pada Mei ini secara percuma.

IWB memaklumkan bengkel yang di-adakan selama dua siri itu akan mengu-

pas berkenaan proses penulisan dengan lebih terperinci.

Katanya, ia demi memantapkan penu-lisan selain mempertingkatkan kesedaran berkaitan kepentingan profesionalisme, sensitif gender dan integriti dalam penu-lisan.

“Selain aspek pemilihan konsep yang betul, format yang tepat, kepelbagaian

gaya bahasa dan teknik pe-nulisan kreatif mampu men-jadi penarik kepada minat pembaca, hari ini nilai kuali-ti dalam sesebuah karya se-makin dititikberaktan.

“IWB juga mahu me-ngasah bakat terpendam yang ada dalam diri selain mendorong penglibatan penulis secara serius dalam bidang penulisan kreatif dengan menerapkan kua-liti peka gender.

“Ia terbuka kepada se-siapa sahaja yang ingin mendalami lagi bidang penulisan,” katanya.

Orang ramai perlu menghantar ringkasan mengenai diri anda dan mengapa anda berminat menyertainya segera ke ala- mat email [email protected].

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubun-gi Ain Nasiehah di talian 013-506 6088.

IWB anjur bengkel penulisan kesedaran gender

Buka peluang kepada orang awam

SEPANG - “Wanita yang berkahwin ha-rus menaruh impian besar dan jangan berkompromi dalam impian dan harapan mereka,” kata Kokilam Kathirvailu, yang meraih tempat ketiga pertandingan ratu cantik Mrs World 2019 di Las Vegas, Ameri-ka Syarikat, pada 4 Mei lalu.

Kokilam, 34, berkata, wanita yang su-dah berkahwin harus menyedari bahawa kehidupan tidak berakhir apabila mereka menikah kerana ada banyak perkara yang mereka boleh sumbangkan untuk pembi-naan negara dan memperkasakan wanita.

“Dengan memenangi pertandingan ratu cantik ini, saya mahu menjadi con-toh, iaitu seseorang wanita yang baru berkahwin, kehidupan mereka tidak be-rakhir. Harus menaruh harapan besar dan capailah impian itu.

“Wanita yang berkahwin sama ada seorang wanita yang berkerjaya atau bergelar ibu, tidak harus tinggal di rumah dan harus belajar pelbagai tu-gas,” katanya kepada Bernama selepas

tiba di Lapangan Terbang Antarabang-sa Kuala Lumpur dari Las Vegas, di sini, pada 7 Mei lalu.

Kokilam, yang berasal dari Kuala Lum-pur dan mempunyai tiga anak berkata, pertandingan ratu cantik itu sengit ke-rana beliau terpaksa bersaing dengan 36 peserta negara lain.

Beliau berkata, ia adalah satu penghor-matan kerana buat kali pertama dalam tempoh 35 tahun, seorang rakyat Ma-laysia berjaya muncul sebagai seorang daripada tiga pemenang utama dalam pertandingan ratu cantik Mrs World.

Berhubung masa depannya, Kokilam berkata, beliau mahu bekerja dan me-nyokong usaha pemerkasaan wanita.

Sementara itu, Datin Harveen Kaur, yang merupakan Pengarah Nasional Mrs Malaysia World, memuji pencapaian ce-merlang Kokilam di peringkat antara-bangsa walaupun telah berumah tangga dengan memikul tanggungjawab yang berat. - BERNAMA

Wanita berkahwin harus taruh impian besar

KERAJAAN NEGERI SELANGORKENYATAAN TENDER

1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor di Malaysia yang berkelayakan seperti di dalam jadual di bawah dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berkaitan untuk Projek Pembangunan Loji Rawatan Air Labohan Dagang, Daerah Kuala Langat seperti berikut :-

PROJEK PEMBANGUNAN LOJI RAWATAN AIR LABOHAN DAGANG, DAERAH KUALA LANGAT

Pakej E2Membekal, Memasang, Menguji Dan Mentauliah Paip M.S. Bergarispusat 1600 mm Serta Kerja-Kerja Berkaitan Dari Kg. Sg. Buaya ke Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor

2081/15/8 TERBUKA/T2

1. Berdaftar dengan CIDB di bawah SPKK Gred G7 Kategori Pengkhususan CE20 dan CE21

2. Berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di bawah Permit C1 (Bekalan Air)

3. Berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor (seperti perkara 5 di bawah)

4. Petender mempunyai pengalaman pemasangan paip secara ‘pipe Jacking’ di bawah sungai (min paip saiz 1000mm). Dokumen sokongan pengalaman ini perlu dikemukakan untuk pembuktian semasa pendaftaran tender.

RM2,000.00/satu set

(tidak akan dikembalikan)

Tarikh:15 Mei 2019

(Rabu)Masa: 10.00

pagi

Tempat:Tingkat 15,

UPEN

(WAJIB)

2. Petender adalah diwajibkan untuk menghadiri taklimat yang akan diadakan pada hari Rabu, 15 Mei 2019 jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Tingkat 15, UPEN, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah serta menghadiri lawatan tapak selepas taklimat diberikan. Petender-petender yang tidak menghadiri taklimat dan lawatan tapak tidak layak untuk membeli Dokumen Tender. Sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan kepada PENAMA di dalam Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), PUKONSA, UPKJ atau Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat, Kementerian Kewangan. Syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada PENAMA dalam sijil yang telah dinyatakan di atas.

3. Dokumen Meja Tender boleh disemak bermula pada hari Rabu, 15 Mei 2019 bermula pada jam 2.00 petang di alamat :-

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGORSeksyen Makro & Penswastaan, Unit Perancang Ekonomi Negeri,

Tingkat 16, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,40000 Shah Alam,

SELANGOR DARUL EHSAN

4. Dokumen Tender akan mula dijual bermula pada hari Khamis, 16 Mei 2019 bermula pada jam 2.00 petang di alamat tersebut di atas.

5. Petender dikehendaki terlebih dahulu berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor. Petender boleh berbuat demikian di Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, UPEN, Tingkat 4 sebelum membeli Dokumen Tender. Petender dikehendaki untuk mengemukakan Resit Pengesahan Pendaftaran sebagai bukti kontraktor telah berdaftar dengan UPEN semasa membuat urusan pembelian Dokumen Tender.

6. Tarikh akhir penjualan Dokumen Tender adalah pada hari Khamis, 23 Mei 2019. Dokumen Tender tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut.

7. Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil dari syarikat kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, petender hendaklah membawa Perakuan Pendaftaran Asal atau Kad Perakuan Permohonan Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Sijil Asal Pendaftaran Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negera (SPAN) dan Resit Pengesahan Bayaran Pendaftaran dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor semasa membeli Dokumen Tender. Salinan Sijil Pendaftaran boleh diterima jika disahkan oleh Agensi berkaitan.

8. Bayaran untuk Dokumen Tender hendaklah dibuat dalam bentuk Draft Bank atau Kiriman Wang di atas nama Bendahari Negeri Selangor.

9. Petender perlu mematuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam Arahan Kepada Petender dan Syarat-Syarat Membuat Tender di dalam Dokumen Tender sebelum mengemukakan tender. Jika Dokumen Tender yang dikemukakan didapati tidak mematuhi syarat-syarat tersebut, dokumen itu akan ditolak tanpa pertimbangan seterusnya.

10. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan tajuk dan nombor tender pada sebelah atas kiri sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Tender sebelum atau pada pukul 12.00 tengahari, 21 Jun 2019 (Jumaat) di alamat :-

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGORSeksyen Makro & Penswastaan, Unit Perancang Ekonomi Negeri,

Tingkat 16, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,40000 Shah Alam,

SELANGOR DARUL EHSAN

11. Dokumen Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan, berbangkit dengan apa jua sebab yang mungkin boleh dikemukakan, akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan.

12. Kerajaan tidak terikat untuk menerima tender yang termurah/terendah atau mana-mana tender atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan tender. Kerajaan juga mengikut budi bicaranya tidak terikat untuk memberi maklum balas kepada sebarang bantahan yang mungkin diterima berkenaan tender. Kerajaan juga berhak menerima keseluruhan atau sebahagian daripada tender dan segala keputusan Kerajaan adalah muktamad.

# Tawaran Terbuka kepada: T2 : (i) Syarikat 100% milik warganegara; atau (ii) Syarikat tempatan yang disenaraikan di Bursa Malaysia; atau (iii) Syarikat usaha sama yang diperbadankan di Malaysia (tidak kira sama ada disenaraikan di BSKL atau tidak) dengan syarat pegangan ekuiti asing tidak melebihi empat puluh sembilan (49%) dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

Tajuk No.Tender

Taraf/JenisSyarikat

Syarat-syaratPendaftaran

HargaDokumen

Tarikh danMasa Taklimatdan Lawatan

Tapak

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 22: Prestasi setahun PAKATAN Ucapan PM: Mesti setia Mitos ... · langor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sepanjang Rama-dan. “Kita mahu bulan turunnya kitab suci

23SelangorKini 9 - 15 Mei 2019

Sukan MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH AFIX REDZUAN

Pembinaan sebuah seko-lah sukan khas di Sela-ngor mampu membantu perkembangan atlet dar-

ipada pelbagai jenis sukan ter-masuk badminton yang dilihat semakin ketandusan bakat untuk membawa nama negara di pering-kat antarabangsa.

Cadangan itu dibangkitkan Persatuan Badminton Selangor menerusi Presidennya, Datuk V Subramaniam, yang melihat pem-bangunan akar umbi atlet badmin-ton seperti dilakukan Indonesia dan China sangat membantu dua negara dari rantau Asia kekal ber-saing di peringkat antarabangsa.

Katanya, Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) selama ini bertindak un-tuk meningkatkan kemahiran atlet tanpa meminggirkan pendidikan akademik di peringkat kebang-saan dan modul sama seharusnya dibangunkan setiap negeri supaya semua keupayaan sukan digarab dengan lebih baik.

Selangor mempunyai sembi-lan daerah, pastinya menyimpan bakat sukan badminton terpen-dam yang boleh dibangunkan di peringkat negeri dan tidak musta-hil mampu mengharumkan nama negara di masa hadapan.

“Selangor buat sekolah akade-mi sukan. Mereka (atlet) duduk di sana, ada bas khas untuk bawa mereka ke pusat latihan, macam SSBJ untuk nasional.

“Kita kena ada sekolah khas sukan atau sekurang-kurangnya

Pusat latihan khusus

Serlah bakat atlet Selangorkena ada peruntukan untuk ken-deraan serta asrama.

“Pemilihan pemain dan pelajar kita buat dengan syarat ketat. Jika Kerajaan Negeri boleh bina sekolah khas sukan, ibu bapa boleh mem-berikan kepercayaan untuk meng-hantar anak mereka. Siapa terpilih, perlu ada potensi dan harapan yang bagus,” katanya dalam temu-ramah khas bersama SelangorKini.

Aspek latihan sangat penting dan persatuan sangat menitikbe-ratkan soal kehadiran, malahan ada pemain mengambil inisiatif sendiri berlatih bersama jurulatih luar bagi memantapkan kemahi-ran permainan.

“Selangor cukup luas. Ada pe-main dari Banting, Rawang, Kuala Kubu Bharu, Dengkil, Kajang dan Klang. Buat masa ini kita hanya ada satu tempat latihan sahaja.

“Kita ada buat rayuan kepada (Dato’) Menteri Besar sekarang (Amirudin Shari), kita jumpa dia ketika jadi EXCO (sukan). Kita cari jalan untuk mencari tanah ka-wasan latihan berpusat untuk memudahkan pemain,” katanya.

Lima gelanggang, dua jurulatih

Subramaniam ber-kata, bangunan Per-satuan Badminton Selangor mempunyai lima gelanggang un-tuk sesi latihan dan di-kendalikan dua jurulatih sepenuh masa dari Indo-nesia.

Katanya, jika Selangor mempunyai tanah se-suai untuk pembinaan pusat latihan khusus, maka jurulatih separuh

masa boleh ditambah bagi meng-gilap bakat muda, di samping ban-tuan kewangan daripada Kerajaan Negeri.

Walaupun cadangan itu akan mengambil masa untuk direalisa-sikan, Selangor masih mempun-yai hampir 100 pemain badminton daripada pelbagai peringkat ber-mula sembilan hingga 18 tahun.

Subramaniam berkata, setiap tahun persatuan akan memastikan barisan pelapis skuad badminton Selangor dilahirkan menerusi ke-johanan tertutup yang dianjurkan.

“Apabila kita buat kejohanan tertutup Selangor, kita boleh dapat 500 hingga 600 pemain yang mengambil bahagian. Kita hanya memilih 80 terbaik dan sele-bihnya akan simpan mereka untuk tahun akan datang.

“Kita ada pemain bawah 10 ta-hun (U-10) dan sembilan tahun. Setiap tahun kita perlu mencari bakat baharu kerana pemain yang

bagus, mereka akan naik berka-si bawah 12 tahun, 14 tahun dan 16 tahun.

“Kita akan buat latihan setiap Sabtu dan mereka perlu masuk dalam sesi pemilihan serta bera-da dalam kelompok lapan pemain terbaik,” katanya.

Kejohanan MajlisSukan Sekolah Daerah

gilap bakat baharu

Bercerita lanjut berhubung potensi percarian muka baharu dalam arena badminton, Kejo-hanan Majlis Sukan Sekolah Dae-rah (MSSD) yang dianjurkan setiap tahun banyak membantu persatu-an dalam menggilap bakat baharu untuk mewakili Selangor.

Katanya, Selangor antara ne-geri yang mempunyai kedudukan terbaik dalam setiap kejohanan, malahan sentiasa bersaing dengan Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.

Sebagai sebuah negeri yang be-rada dalam kelompok lima pasu-kan terbaik di Malaysia, Selangor turut menghantar jurulatih bagi melihat beberapa pemain beraksi dalam pemilihan dilakukan Persa-tuan Badminton Malaysia (BAM).

“Kriteria pemain yang kita pi-lih adalah gaya permainan klasik, fizikal dan lenggok badan ketika bermain. 365 hari jurulatih kita kena buka mata dan peka untuk mencari bakat baharu.

“Dalam sesi pemilihan kita, semua pemain perlu dapatkan ‘ranking’ awal. Kita mengamalkan sistem terbuka dan tiada pilih ka-sih kerana mahu pemain yang di-lahirkan mempunyai kualiti beraksi untuk Selangor serta Malaysia,” ka-tanya.

Tanpa berselindung, Subrama-niam menegaskan untuk menjadi seorang pemain badminton profe-sional terkenal, aspek disiplin perlu ditanam dalam jiwa bakat baharu supaya mampu beraksi di pentas antarabangsa seperti Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan.

“Disiplin perkara nombor satu. Kalau tiada disiplin, susah untuk pergi jauh. Kerja keras dalam lati-han juga perlu. Chong Wei hebat kerana disiplin, tidak kira siapa ju-rulatih beliau tetap hormat dan mengikut arahan.

“Jurulatih juga penting, kalau tiada disiplin dan kerja keras, maka jurulatih bagus pun tidak bergu-na,” katanya.

Dalam usaha menggilap bakat tanpa ada penghujungnya, Sela-ngor turut melakukan persediaan untuk mengharungi Sukan Malay-sia (SUKMA) yang bakal berlang-sung tahun hadapan di Johor.

Selangor yang cemerlang me-raih pingat di SUKMA Perak tahun lalu, pastinya mahu mengekalkan kejuaraan serta menebus keham-paan khususnya dalam kategori lelaki supaya bakat yang ditampil-kan mampu menyumbang kepa-da negara.

“Sekarang banyak negara su-dah kembali hebat dalam badmin-ton seperti Jepun, Korea, Thailand, India, Denmark dan Sepanyol. Teknologi dan teknik permainan semakin berubah.

“Di Indonesia dan China mi-salnya, mereka mempunyai pusat khusus untuk melatih pemain wa-laupun tidak mempunyai pelaja-ran yang tinggi. Kita di Malaysia mahu melahirkan atlet berkualiti yang berjaya dalam bidang sukan dan pelajaran,” katanya.

PEMAIN SELANGOR DI BAWAH BAM

PERSEORANGAN LELAKI Song Joo VenAidil Sholeh Ali SadikinMuhammad Shaqeem Eiman ShahyarMuhammad Syahmi Irfan Mohd Nazri

PERSEORANGAN WANITAThinaah Muralitharan

BEREGU WANITATeoh Mei XingPayee Lim Payee

BEREGU LELAKILow Hang YeeMan Wei ChongWong Zheng WeiMuhammad Firdaus Azman

V SubramaniamPresiden PersatuanBadminton Selangor

Disiplin perkara nombor satu. Kalau tiada disiplin, susah untuk pergi jauh

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 23: Prestasi setahun PAKATAN Ucapan PM: Mesti setia Mitos ... · langor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sepanjang Rama-dan. “Kita mahu bulan turunnya kitab suci

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Bekas pemain ke-bangsaaan, Dollah Salleh redha dengan pemergian Allahyarham Anuar Abu Bakar yang dikenali rapat sejak beraksi di Johor, wa-laupun masih terkilan kerana tidak sempat bertemu sebe- lum ini.

Tanpa berselindung, Jurulatih Pahang itu menyifatkan Anuar sebagai sahabat karib yang per-amah dan kenangan bersama sepanjang menyelusuri ranjau bola sepak tempatan akan dike-nang selamanya.

“Saya sebenarnya kehilangan sahabat. Sejak dari Johor, kemu-dian bersama MPPJ, dia pem-bantu jurulatih saya. Kita ber-sama MPPJ pada 2002 dan 2003 menang Piala Malaysia. Memang kami rapat. Ia kehilangan yang tidak dijangka.

“Saya tidak dapat berjumpa dia. Ada sekali saya ke hospi-tal, dia dah keluar. Saya nak ke rumah, dia pergi berubat.

“Semalam saya di Kuantan dan selepas habis latihan, saya patah balik selepas dengar be-rita dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Dollah berkata, Malaysia ke-hilangan seorang legenda ke-rana Anuar dikenali sebagai su-per-sub terbaik ketika zaman kegemilangannya dan sehingga kini masih diingati ramai.

Kesedihan sama turut dikong-sikan Zainal Abidin Hassan yang menyifatkan pemergian Allah-yarham Anuar, 48, sebagai ke-hilangan besar dalam keluarga bola sepak Malaysia.

Pernah menjulang trofi ke-juaraan bersama-sama dalam pasukan Selangor, Zainal Abidin berkata, Anuar adalah pemain yang sangat berdedikasi ketika di padang dan tidak pernah ber-putus asa mencungkil bakat ba-haru untuk negara.

“Allahyarham (Anuar) seorang yang sangat prihatin dalam ke-luarga bola sepak. Dari dulu suka mengajar anak-anak dan mencungkil bakat baharu se-perti mempunyai akademi (bola sepak) sendiri.

“Kita kehilangan seorang kawan dan legenda. Saya men-doakan semoga roh Allahyar-ham dicucuri rahmat di sisi Al-lah SWT,” katanya ketika ditemui selepas majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam, Sek-

SHAH ALAM - Proses membaik pulih Stadium Shah Alam wajar dijalankan secara berperingkat dengan memberi tumpuan ke-pada kerja baik pulih bumbung terlebih dahulu.

EXCO Pembangunan Gene-rasi Muda & Sukan dan Pem-bangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata, beliau akan membawa perka-ra itu kepada Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari untuk mendapatkan kelulusan.

“Kita akan maklumkan perka-ra ini kepada Dato’ Menteri Be-sar untuk mendapatkan perun-tukan khas sama ada tahun ini atau tahun hadapan.

“Kos membaiki bumbung stadium ini sahaja dianggarkan menelan kos sebanyak RM20

SHAH ALAM - Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, merakamkan uca-pan takziah atas pemergian legen-da bola sepak Selangor, Allahyar-ham Anuar Abu Bakar.

Menerusi coretan di Twitter, Ami-rudin mengimbau kembali sum- bangan Anuar yang banyak mem-bantu pasukan Red Giants menjua-rai liga bola sepak.

“Belasungkawa atas pemergian Anuar Abu Bakar, pemain legenda Selangor yang membantu pasukan Merah Kuning menjuarai Liga Pre-mier dan Piala Malaysia.

“Nama yang bukan asing dalam kancah bola sepak tanah air. Semo-ga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga,” tulisnya.

Anuar yang menghidap kanser hati menghembuskan nafas tera-khir sekitar 9.30 malam di Hospital Shah Alam, pada 6 Mei lalu.

Anak kelahiran Muar, Johor itu pernah mewakili Malaysia ke Kejo-hanan Piala Kemerdekaan (1995), Su-kan SEA di Thailand (1996) dan Kejo-hanan Piala Tiger di Singapura (1996).

Satu kehilangan besar

Allahyarham Anuar legenda super-sub Malaysia

Fokus baiki bumbung Stadium Shah Alam

Khairuddin diberi penerangan berkaitan Stadium Shah Alam

juta,” katanya kepada Selangor-Kini di sini, pada 1 Mei lalu.

Katanya, kos keseluruhan membaik pulih stadium yang dibuka pada 1994 itu dijangka mampu mencecah RM190 juta.

Katanya, selain memberi ke-selesaan kepada penyokong bola sepak Selangor, ia juga adalah persediaan sebelum melobi bagi mendapat hak menjadi tuan rumah dalam Sukan Malaysia (SUKMA) pada 2022.

Pada masa ini, Mohd Khairuddin giat meninjau ke-mudahan sukan di Selangor sebelum melobi hak pengan-juran SUKMA 2022 nanti.

Antara yang sudah dilawati adalah Stadium Shah Alam pada 25 April lalu.

MB rakam takziah

syen 21, Shah Alam.Jurulatih Melaka United itu

berkata, kali terakhir beliau bertemu Anuar ketika majlis

perkahwinan anak Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin beberapa bulan lalu.EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI