18. konsep perubahan menurut islam - q3 (105-113)

10
KONSEP PERUBAHAN MENURUT ISLAM Pendahuluan Satu sifat daripada sifat-sifat Islam ialah Islam bersifat merubah. Perubahan yang dikehendaki oleh Islam ialah perubahan yang menyeluruh (taghyir Islami kulli). Islam menolak perubahan secara menampal atau berbentuk juz’i. Islam juga tidak redha untuk hidup bersama-sama jahiliyah. Firman Allah Subhanahuwata’ala: Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah semata-mata. (Al-Baqarah : 193) Manhaj Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dalam menghadapi jahiliyah ialah bersifat taghyir (merubah), terutama dalam persoalan perhambaan atau ‘ubudiyyah kepada Allah Subhanahuwata’ala. Ketika orang-orang kafir Quraisy menemui baginda untuk berkompromi supaya baginda menyembah tuhan mereka selama sebulan dan sebagai balasannya mereka akan menyembah tuhan Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam selama sebulan yang lain, maka Allah Subhanahuwata’ala secara tegas telah menurunkan firman-Nya: Katakanlah: "Hai orang-orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang Aku sembah. Dan Aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang Aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku." (Al-Kafirun : 1-6) 105

Upload: syukuri-jaafar

Post on 23-Oct-2015

13 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

good

TRANSCRIPT

Page 1: 18. Konsep Perubahan Menurut Islam - q3 (105-113)

KONSEP PERUBAHAN MENURUT ISLAM

Pendahuluan

Satu sifat daripada sifat-sifat Islam ialah Islam bersifat merubah. Perubahan yang dikehendaki oleh Islam ialah perubahan yang menyeluruh (taghyir Islami kulli). Islam menolak perubahan secara menampal atau berbentuk juz’i. Islam juga tidak redha untuk hidup bersama-sama jahiliyah.

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah semata-mata.

(Al-Baqarah : 193)

Manhaj Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dalam menghadapi jahiliyah ialah bersifat taghyir (merubah), terutama dalam persoalan perhambaan atau ‘ubudiyyah kepada Allah Subhanahuwata’ala. Ketika orang-orang kafir Quraisy menemui baginda untuk berkompromi supaya baginda menyembah tuhan mereka selama sebulan dan sebagai balasannya mereka akan menyembah tuhan Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam selama sebulan yang lain, maka Allah Subhanahuwata’ala secara tegas telah menurunkan firman-Nya:

Katakanlah: "Hai orang-orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan

yang Aku sembah. Dan Aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi

penyembah Tuhan yang Aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku."

(Al-Kafirun : 1-6)

Juga firman-Nya:

105

Page 2: 18. Konsep Perubahan Menurut Islam - q3 (105-113)

Maka kerana itu serulah (mereka kepada agama ini) dan tetaplah sebagaimana diperintahkan kepadamu dan janganlah mengikuti

hawa nafsu mereka dan katakanlah: "Aku beriman kepada semua Kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku

adil diantara kamu. Allah-lah Rabb kami dan Rabb kamu, bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu, tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu, Allah mengumpulkan antara

kita dan kepada-Nya-lah kita kembali".(Asy-syura : 15)

Manakala dari sudut adat-adat atau amalan-amalan harian masyarakat, maka Hasan Al-Banna berpesan:

“Hendaklah kamu sedaya upaya berusaha untuk menghidupkan adat-adat yang bercorak Islam dan sebaliknya mematikan adat-adat yang tidak bercorak Islam dalam semua lapangan hidup. Di antara adat-adat ini ialah cara memberi hormat, bahasa, sejarah,

pakaian, alat-alat rumahtangga, masa bekerja dan cuti serta masa berehat, makan minum, cara-cara datang dan pulang, cara-cara

berduka dan suka, dan sebagainya. Dalam semua adat ini hendaklah kamu beramal dengan sunnah Rasulullah

Sallallahu’alaihiwasallam.” Oleh itu adat-adat baik yang sedia ada dalam masyarakat boleh dikekalkan dan dijuruskan untuk maksud berubudiyyah kepada Allah Subhanahuwata’ala. Adat-adat yang bercanggah dengan Islam hendaklah dihapuskan. Adat-adat bercorak Islam yang belum wujud dalam masyarakat hendaklah dihidupkan.

Justeru itu, adalah menjadi kewajipan yang dharuri bagi seseorang muslim atau kaum muslimin untuk mempersiapkan diri dengan pelbagai persiapan dan kekuatan bagi melakukan perubahan dan menghadapi pelbagai cabaran zaman. Kenapa perlu kepada perubahan ?

1) Tuntutan syara’

Terbengkalainya hukum-hukum Allah Subhanahuwata’ala dalam realiti hari ini menjadi sebab yang menuntut kepada usaha-usaha penegakan kembali hukum-hukum-Nya.

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

106

Page 3: 18. Konsep Perubahan Menurut Islam - q3 (105-113)

Tentang sesuatu apapun kamu berselisih, maka putusannya (terserah) kepada Allah.

(Asy-Syura : 10)

2) Melepaskan umat Islam daripada kehinaan dan kecelakaan akibat tamadun barat.

Tamadun barat telah meresap dan menguasai negara-negara umat Islam. Sistem Islam telah dagang di hati dan penghayatan hidup umat Islam. Pelbagai aspek kehidupan seperti ekonomi, pendidikan, politik dan sosial berpaksikan kepada sistem yang diimport dari barat. Pendek kata kehidupan umat Islam telah dijajah dan ditindas oleh pelbagai idealisma, sogokan dan desakan dari barat. Umat Islam terhina di tanah airnya sendiri. Maka umat Islam memerlukan kepada perubahan untuk membebaskan dirinya daripada dikongkong dan dihina oleh tamadun barat.

3) Tamaddun barat dan timur telah bankrap

Tamaddun yang berasal dari barat atau timur telah bankrap. Umat di barat atau di timur telah mengalami pelbagai krisis dan masalah seperti keruntuhan rumahtangga, kerosakan akhlak, gejala penagihan arak dan dadah serta pelbagai penyakit masyarakat yang tidak berkesudahan dan tiada penyelesaian.

4) Hancur lebur teras-teras Islam seperti aqidah dan amalan-amalan yang paling asas seperti amalan fardhu (seperti solah) menuntut perubahan secara Islam dilakukan segera.

5) Perubahan perlu dilakukan demi mencapai kesempurnaan ibadah dan ubudiyah kepada Allah Subhanahuwata’ala dalam praktik hidup secara keseluruhannya.

Ciri-ciri perubahan menurut Islam

1) Perubahan berasaskan aqidah

Perubahan yang dikehendaki oleh Islam ialah perubahan yang berasaskan aqidah tauhid kepada Allah Subhanahuwata’ala. Atau dengan perkataan lain, perubahan yang berasaskan ubudiyyah atau perhambaan kepada Allah Subhanahuwata’ala semata-mata.

107

Page 4: 18. Konsep Perubahan Menurut Islam - q3 (105-113)

Perubahan yang berasaskan aqidah ini akan menentukan manhaj perubahan. Manhaj perubahan berpaksikan dua tonggak utama, iaitu:

a) Betul matlamat. Iaitu bermatlamat untuk menegakkan Islam sebagai sistem perhambaan yang sempurna kepada Allah Subhanahuwata’ala.

b) Betul wasilah. Iaitu wasilah yang menepati syara’ dan bersesuaian dengan roh Islam.

Oleh itu Islam menghendaki perubahan yang bukan sahaja betul dari segi matlamat, bahkan juga betul dari segi wasilahnya.

2) Perubahan yang menyeluruh

Perubahan Islam bukanlah perubahan yang terbatas pada sudut-sudut tertentu dari kehidupan manusia seperti sosial, ekonomi, politik atau aqidah sahaja. Perubahan Islam adalah perubahan yang lengkap dan menyeluruh meliputi semua aspek kehidupan manusia (taghyir Islami kulli). Perubahan Islam tidak akan tercapai berasaskan method rekaan akal manusia semata-mata. Perubahan Islam mestilah sentiasa merujuk kepada syara’ samada dalam aspek wasilah mahupun matlamat.

Perubahan yang menyeluruh mestilah bertolak daripada persiapan-persiapan yang menyeluruh.

3) Perubahan bersifat rahmah dan berperikemanusiaan

Perubahan dalam Islam sentiasa memelihara sifat-sifat rahmah dan perikemanusiaan. Ia tidak terbina di atas kezaliman, penindasan, darah dan tengkorak. Islam tidak mahu membina kemuliaan di atas kehinaan atau kesucian di atas kekotoran.

Sifat-sifat rahmah dan perikemanusiaan ini telah dipersaksikan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dalam usaha-usaha perubahan yang dibawa baginda. Pada hari pembukaan Makkah, Abu Bakr As-Siddiq Radhiallahu ‘anhu telah menemui bapanya (yang masih lagi musyrik). Lalu beliau membawa bapanya bertemu dengan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam. Tatkala baginda melihatnya, baginda berkata kepada Abu Bakr: “Kenapa orang tua ini tidak tinggal saja di rumahnya dan aku sendiri datang menemuinya?”

Jawab Abu Bakr: “Wahai Rasulullah, dialah lebih patut menemui engkau daripada engkau menemuinya.”

108

Page 5: 18. Konsep Perubahan Menurut Islam - q3 (105-113)

Maka Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pun duduk di hadapannya dan menyapukan tangan baginda di atas dadanya dan berkata: “Islamlah kamu”.

Maka bapa Abu Bakr pun memeluk Islam. Peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa perubahan dalam Islam sentiasa memelihara sifat-sifat rahmah dan perikemanusiaan.

Contoh-contoh perubahan bersifat juz’iyah

Bentuk-bentuk perubahan yang bersifat juz’iyah bermaksud perubahan yang menekankan aspek-aspek atau bahagian-bahagian tertentu sahaja dari Islam. Ia tidak dianggap sebagai perubahan Islam yang kulli atau menyeluruh. Contoh-contohnya ialah:

1) Menganggap tugas da’wah atau penda’wah sekadar memberi kesedaran rohani atau tarbiyah ruhiyah (atau akhlaqiyah). Dengan terlaksananya tarbiyah ruhiyah, maka tugas merubah dianggap sudah mencukupi dan tanggungjaab telah selesai. Maka penda’wah tersebut memberi tumpuan kepada kesedaran dan peningkatan rohani, sambil meninggalkan aspek-aspek kemasyarakatan, gerakan, siasah dan jihad. Perubahan seumpamanya ini tidak dianggap sebagai suatu ancaman oleh sistem jahiliyah, bahkan sistem jahiliyah meredhainya. Tanpa disedari perubahan seumpamanya hanya menjadi sebahagian daripada susunan masyarakat jahili.

2) Menganggap bahawa tau’iyyah fikriyyah atau kerja-kerja memberi kesedaran dan kefahaman Islam sebagai matlamat ‘amal Islami. Sedangkan, pada hakikatnya, tau’iyyah fikriyyah itu hanya merupakan salah satu alat untuk mencapai matlamat perubahan Islam yang menyeluruh.

Sekiranya kekeliruan ini berlaku dalam sesebuah harakah, maka hakarah itu akan menjadi wadah bagi trend pemikiran Islam semata-mata. Seterusnya akan melenyapkan taghyir Islami kulli.

Gerakan juz’iyyah seumpamanya ini sering berlaku dalam masyarakat, di mana seminar-seminar dan simposium-simposium pemikiran yang diadakan hanya memberi khidmat kepada sistem masyarakat jahili. Meskupun ia telah banyak dan lama berlaku dalam masyarakat, namun ia tidak mampu melahirkan perubahan Islam yang menyeluruh.

3) Menganggap bahawa kegiatan siasah atau askari sebagai asas atau satu-satunya jalan atau pilihan untuk sampai kepada matlamat Islam. Jalan siasah atau askari digunakan untuk

109

Page 6: 18. Konsep Perubahan Menurut Islam - q3 (105-113)

mendapatkan kuasa, dengan mengabai atau memperkecilkan usaha-usaha tarbiyah, sepertimana yang berlaku di beberapa negara Timur Tengah. Maka jalan ini tidak menghasilkan natijah tahgyir Islami kulli.

Itulah contoh-contoh perubahan bersifat juz’iyah, yang mana sering terjadi pendokong-pendokongnya menganggap perkara-perkara juz’iyyaat sebagai kulli.

Kekuatan Islam yang sebenarnya terletak pada kesempurnaan da’wah dan tarbiyah. Ajaran Islam hendaklah diterima secara total dari awal-awal lagi. Apabila Islam yang syamil dan kamil dipisah-pisahkan, maka akan hilanglah kekuatan Islam sebenar.

Kesan-kesan perubahan bersifat juz’iyah

Kesan-kesan atau bahaya-bahaya yang ditinggalkan oleh usaha-usaha perubahan yang bersifat juz’iyah ialah:

1) Usaha-usaha yang dilakukan seringkali hanya memberi khidmat kepada sistem jahiliyah, bukan berkhidmat kepada Islam atau sistem Islam yang menyeluruh.

2) Berlaku kerosakan syakhsiyah Islamiyah yang lahir dari sistem yang tidak sempurna. Masyarakat tidak mengenali syakhsiyah Islamiyah yang sebenar. Setiap kelompok yang mendokong perubahan juz’iyah akan mendakwa merekalah yang membawa sykahsiyah Islamiyah sebenar. Maka masyarakat akan keliru dan kebingungan.

3) Kerosakan konsep atau tasawwur Islam. Gerakan juz’iyah akan menjauhkan masyarakat daripada konsep Islam sebenar. Konsep Islam yang tidak jelas ini akan membawa kepada kehilangan kekuatan Islam sebenar.

4) Kehilangan tenaga Islam yang besar. Ini berlaku kerana tenaga Islam, seperti wang ringgit, masa, tenaga kerja dan fikiran dicurahkan kepada aktiviti-aktiviti sampingan sahaja.

Sebenarnya pencurahan tenaga kepada aktiviti-aktiviti sampingan adalah merupakan taktik musuh Islam yang disogokkan kepada umat Islam agar umat Islam merasa leka dan berpuashati dengan perkara-perkara juz’iyyaat yang dianggap besar.

5) Kelahiran penyakit ta’addudiyyah. Ta’addud bererti berbilang madrasah, padahal Islam itu satu sahaja. Maka lahirlah puak-puak dan juga percanggahan di kalangan amilin Islam. Masing-masing pihak mendakwa mewakili harakah Islam sebenar.

110

Page 7: 18. Konsep Perubahan Menurut Islam - q3 (105-113)

Itulah contoh-contoh gerakan perubahan yang bersifat juz’iyah. Sebenarnya fahaman juz’iyah adalah satu dosa atau jenayah terhadap Islam yang syamil dan kamil. Ini kerana ia bertentangan dengan firman Allah Subhanahuwata’ala:

Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu din kamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku ridhai Islam

itu menjadi din bagimu.(Al-Maidah : 3)

Kesempurnaan ‘amal

Kesempurnaan Islam mewajibkan kita melahirkan kesempurnaan amal haraki. Gerakkerja-gerakkerja kita hendaklah menyeluruh. Yang dimaksudkan dengan gerakkerja yang menyeluruh ialah setiap amal Islami seperti da’wah, pembentukan amilin, penyusunan, siasah, askariah, aktiviti ekonomi, penubuhan pelbagai institusi dan sebagainya, mestilah menjuruskan kepada taghyir Islami kulli.

Setiap amal, walaupun kelihatan kecil, hendaklah menjurus kepada taghyir Islami kulli. Contohnya dalam ibadah. Ibadah sebenarnya mampu membawa perubahan yang besar dan menjaga manusia daripada inhiraf (penyelewengan), sepertimana Allah Subhanahuwata’ala berfirman:

Sesungguhnya solah itu mencegah daripada (perbuatan-

perbuatan) keji dan mungkar.(Al Ankabut : 45)

Nizam ibadah dalam Islam mampu memelihara masyarakat daripada penyelewengan dari dasar Islam yang sebenar. Sekiranya berleluasa ma’siat, kemungkaran dan amalan tidak wara’, maka ini menunjukkan nizam ibadah tidak berfungsi dalam masyarakat.

Dalam nizam iqtisodi (peraturan ekonomi), Islam telah meletakkan kaedah-kaedah dan dasar-dasar yang sempurna dan adil tanpa memberi peluang kepada mana-mana pihak untuk memonopoli kekayaan sesebuah masyarakat. Islam menghalang golongan kapitalis daripada memuaskan hawa nafsu yang tamakkan harta. Islam mengharamkan riba dan menghalalkan jual beli. Islam mengagihkan harta melalui sistem zakat, infaq, wakaf dan sebagainya. Islam membina hubungan antara pelbagai peringkat masyarakat berasaskan sifat ihsan, rahmah dan kasihsayang.

111

Page 8: 18. Konsep Perubahan Menurut Islam - q3 (105-113)

Dalam nizam ijtima’i (peraturan kemasyarakatan), Islam membina hubungan masyarakat berasaskan aqidah dan akhlak. Kemaslahatan masyarakat umum lebih diutamakan daripada kemaslahatan individu. Langkah-langkah pencegahan penyakit-penyakit masyarakat dan gejala negatif sosial secara menyeluruh ditentukan oleh Islam daripada semata-mata mengubati penyakit-penyakit masyarakat.

Begitu juga dalam nizam siasi dan askari, semuanya diletakkan oleh Islam pada kedudukan yang betul untuk dilaksanakan.

Kesimpulan

Usaha-usaha untuk membawa perubahan, walaupun di peringkat awal melibatkan bilangan anggota yang kecil, hendaklah dicurahkan sepenuhnya kepada proses perubahan Islam yang menyeluruh. Setiap anggota mestilah membawa keperibadian Islam yang jelas, iaitu keperibadian Islam yang syamil dan kamil.

Harakah Islam lahir, bukan untuk mengisi kekosongan-kekosongan yang ditinggalkan oleh sistem yang ada dan bukan juga untuk memenuhi hajat golongan-golongan tertentu, bahkan bertujuan untuk membina ummah yang sempurna dan membawa taghyir Islami kulli.

Harakah Islam perlu turun ke medan kerja untuk menentang jahiliyah, bukan untuk menjadi sebahagian daripada sistem jahiliyah.

Rujukan:1. Nota kuliah bertajuk: Beberapa kekeliruan tentang Islam dan

hubungannya dengan taghyir Islami kulli (Oleh: Abu Muhammad).

2. Nota kuliah bertajuk: Taghyir Islami Kulli.3. Fathi Yakan, Generasi Muda dan Perubahan, Pustaka Salam.

Susunan: Abu Husein Hasan/ Mei08.

112