179789585 ringkasan pppm docx

20

Upload: nbk83

Post on 26-Dec-2015

37 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 179789585 Ringkasan PPPM Docx
Page 2: 179789585 Ringkasan PPPM Docx

1.0 Pengenalan

Pendidikan merupakan asas dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Bagi meningkatkan kemajuan negara, sistem pendidikan perlu dipertingkatkan dan diperkukuhkan dari semasa ke semasa selaras dengan kemajuan dunia. Oleh itu, dalam hal ini pihak Kementerian memainkan peranan penting dalam merangka sistem pendidikan secara berkesan dan terancang supaya dapat menghasilkan generasi muda pada masa hadapan yang berdaya tahan dan berdaya saing. Sebelum negara melangkah maju dalam bidang pendidikan seperti kita dapat lihat pada hari ini, terdapat banyak usaha yang telah digerakkan.

Sistem pendidikan Malaysia telah berlaku banyak perubahan dan kemajuan. Bermula dengan hasil Laporan Razak 1956, diikuti dengan Laporan Rahman Talib 1960, kemudiannya Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Pada tahun 1996 telah digubal pula suatu akta yang telah membawa perubahan besar kepada sistem pendidikan di Malaysia iaitu Akta Pendidikan 1996. Seterusnya, diteruskan pula dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang bermula pada tahun 2006 sehingga 2010. Setiap sistem pendidikan yang dirancang telah berjaya meningkatkan tahap pendidikan di Malaysia secara berperingkat-peringkat.

Baru-baru ini, pada 6 September 2013, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan Laporan Akhir Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Pelan ini merupakan pelan terbaru yang menggantikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang sebelum ini pernah dilancarkan oleh YAB Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Menteri Pelajaran menyatakan bahawa pelan terbaru tersebut merupakan sebuah transformasi kerajaan secara menyeluruh dan terbesar.

Pelan Pendidikan Pembangunan Malaysia ini terdapat tiga objektif utama. Objektif yang pertama pembangunan pelan ini adalah untuk memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia. Tumpuan utama diberikan dalam meningkatkan kualiti, akses kepada pendidikan, merapatkan jurang pencapaian, mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid dan optimumkan kecekapan sistem. Seterusnya, objektif yang kedua pula adalah untuk mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan setiap murid bagi 13 tahun akan datang. Manakala objektif yang ketiga pula lebih menumpukan kepada program transformasi sistem pendidikan dan menyokong transformasi perkhidmatan awam.

Sebelum pelan tersebut dilancarkan, kerajaan telah melaksanakan kajian selama 11 bulan melalui temu bual, kumpulan fokus, tinjauan, dialog, dan perbincangan meja bulat. Kajian yang bertujuan untuk mencari inisiatif bagi meningkatkan lagi kualiti pendidikan negara secara menyeluruh dan berkesan. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, Kementerian telah memperoleh maklumat yang efektif daripada pelbagai pakar dan agensi seperti pihak United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO), Bank Dunia, Organisation

Page 3: 179789585 Ringkasan PPPM Docx

for Economic Co-operation and Development (OECD), Institusi Pendidikan Tinggi Awam tempatan, pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat di seluruh negara. Selain itu, visi utama PPPM ini adalah untuk melahirkan generasi muda yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa hadapan.

Oleh itu, bagi merealisasikan hasrat tersebut, Kementerian telah menggariskan 11 anjakan strategik dan operasi yang perlu dilaksanakan. Dalam usaha pelaksanaan tersebut, Kementerian telah membahagi dan menyusun transformasi yang akan dilaksanakan tersebut dalam tiga gelombang. Pengkhususan tertentu dalam gelombang-gelombang yang dibahagikan ini dapat mengfokuskan usaha supaya mencapai matlamat tertentu dalam jangka masa yang ditetapkan.

2.0 Matlamat

Page 4: 179789585 Ringkasan PPPM Docx

Sistem pendidikan yang komited mampu membangunkan murid secara menyeluruh. Oleh itu, kurikulum sekolah telah digubal secara menyeluruh yang mencakupi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Hal ini bertujuan untuk menghasilkan murid yang seimbang dalam pelbagai aspek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebagai contoh, pelaksanaan dasar Satu Murid, Satu Sukan yang mewajibkan penglibatan setiap murid secara aktif dalam bidang sukan dan tidak hanya mengfokuskan murid dalam aspek pendidikan di dalam kelas semata-mata. Tujuan jangka panjang sistem pendidikan adalah untuk membekalkan ilmu dan kemahiran kepada setiap individu untuk berjaya dalam kehidupan.

Bagi mencapai kejayaan tersebut, Kementerian telah menetapkan aspirasi sistem pendidikan dan murid untuk digunakan sebagai panduan bagi menghasilkan murid yang berkemampuan menghadapi cabaran masa hadapan. Terdapat lima aspirasi sistem pendidikan yang digariskan iaitu kesamarataan dalam mengakses kepada pendidikan, kualiti standard pendidikan taraf antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid, dan kecekapan dalam meningkatkan keberhasilan murid.

Manakala, terdapat enam aspirasi murid yang diketengahkan supaya ciri-ciri pelajar yang ingin dilahirkan menjelang tahun 2025 dapat dicapai. Antara aspirasi murid tersebut adalah pengetahuan yang luas, kemahiran berfikir yang mampu menyelesaikan masalah, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, serta mempunyai identiti sosial yang kukuh. Aspirasi ini dirangka selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sekiranya murid mampu mencapai aspirasi tersebut, sudah pasti mereka berupaya bersaing di peringkat global.

3.0 Pendekatan 11 Anjakan

Page 5: 179789585 Ringkasan PPPM Docx

Pihak Kementerian telah merangka 11 anjakan yang perlu dilaksanakan bagi mencapai hasrat seluruh rakyat Malaysia untuk lakukan perubahan dalam sistem pendidikan di Malaysia.

3.1 Anjakan 1 : Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf dunia

Kesamarataan di sini adalah menitik beratkan tahap keberhasilan murid dan sistem pembelajaran yang baik, yang setaraf dengan sistem pendidikan berprestasi tinggi supaya murid tersebut mempunyai daya saing di peringkat dunia. Murid itu dianggap berjaya dan berilmu apabila mereka mampu menganalisis maklumat, berfikiran kritis, mengaplikasikan ilmu secara kreatif dan mampu berkomunikasi dengan berkesan.

Oleh itu, Kementerian telah melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pula akan disemak semula pada 2017. Seterusnya, Kementerian juga telah menetapkan tanda aras keupayaan dalam kemahiran membaca, matematik, dan sains dengan standard antarabangsa. Murid akan dipantau dalam pentaksiran antarabangsa PISA dan TIMSS.

Tambahan lagi, menjelang tahun 2016, Kementerian akan merombak peperiksaan dan penaksiran kebangsaan untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi. Manakala menjelang tahun 2020, Kementerian akan meningkatkan kualiti prasekolah dan meningkatkan enrolmen kepada 100%. Kerajaan akan memberikan bantuan kewangan kepada keluarga yag berpendapatan rendah yang tidak mampu mendaftarkan anak mereka ke prasekolah. Guru-guru yang akan ditempatkan di prasekolah juga akan diambil dengan kelayakan diploma.

3.2 Anjakan 2 : Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Dalam anjakan kedua ini, Kementerian lebih menekankan kepada aspek penguasaan bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Hal ini dapat dilaksanakan dengan penggunaan program LINUS yang meliputi Bahasa Inggeris. Murid Tahap 1 akan disaring dua kali setahun bagi kedua-dua mata pelajaran bahasa tersebut.

Selain itu juga, Kementerian telah mengambil inisiatif bagi memantapkan penguasaan Bahasa Malaysia di semua jenis sekolah dengan memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang standard pada peringkat rendah, maka Kelas Peralihan di sekolah menengah akan dimansuhkan bermula tahun 2017.

Di samping itu juga, bagi mempertingkatkan kemahiran bahasa dalam kalangan murid, Kementerian telah merancang untuk mempertingkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dan memperluaskan peluang bagi pendedahan terhadap bahasa tersebut. Guru-guru yang

Page 6: 179789585 Ringkasan PPPM Docx

mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris akan dipastikan supaya lulus Cambridge Placement Test (CPT).

Dalam pada masa yang sama, Kementerian turut menggalakkan setiap murid untuk menguasai bahasa tambahan lain menjelang tahun 2025. Hal ini demikian kerana, penguasaan bahasa tambahan dapat meningkatkan peluang dan membantu murid untuk menyertai tenaga kerja global. Oleh itu, Kementerian akan memberikan penumpuan terhadap penambahan bilangan guru bahasa seperti guru Bahasa Cina, Bahasa Tamil, dan Bahasa Arab supaya bilangan guru untuk mengajar subjek tersebut mencukupi.

3.3 Anjakan 3 : Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai

Dalam usaha untuk meningkatkan tahap pendidikan, penghayatan nilai juga perlu diperkukuhkan. Proses pengukuhan akan dipertingkatkan terhadap subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan elemen Sivik dalam pembelajaran menjelang tahun 2017.

Selain itu juga, penglibatan dalam aktiviti kokurikulum memainkan peranan penting. Penyertaan murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Unit Beruniform akan diperkukuhkan. Hal ini kerana, penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum mampu membangunkan murid secara holistik dari aspek kepimpinan, kemahiran dan komunikasi.

Selanjutnya, RIMUP akan diperkukuh dan diperluaskan bermula tahun 2016 sebagai suatu pemudah cara untuk sekolah-sekolah yang terdiri daripada pelbagai jenis, etnik dan sosioekonomi ini untuk berinteraksi.

3.4 Anjakan 4 : Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan

Profesion perguruan menjadi tunjang utama dalam melaksanakan anjakan strategik ini. Justeru, Kementerian telah menggariskan dan mengetatkan syarat lantikan guru mulai 2013, supaya hanya 30% dalam kalangan graduan yang terbaik dan teratas sahaja akan dipilih. Kemudian guru yang terpilih akan menjalani latihan perguruan yang telah ditetapkan.

Guru-guru juga akan mendapat latihan Continuous Profesional Development (CPD) yang lebih baik. Hal ini kerana kualiti CPD akan diperkukuhkan mulai 2013 dengan lebih tumpuan ke atas keperluan individu dan latihan berasakan sekolah.

Memastikan guru memberi tumpuan ke atas fungsi teras pengajian mulai 2013 dengan mengurangkan beban pentadbiran. Kemudian, Kementerian juga akan melaksanakan laluan kerjaya guru berasakan kompetensi dan prestasi melalui 2016. Guru akan ditaksir secara tahunan oleh pengetua mahupun guru besar.Guru juga diberi peluang meneruskan kerjaya yang menarik berdasarkan prestasi. Para guru akan diberi peluang meningkatkan peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar dalam bidang khusus menjelang tahun 2016. Tambahan itu, profesion ini akan

Page 7: 179789585 Ringkasan PPPM Docx

membudayakan kecemerlangan berasakan pimpinan rakan sekerja dan proses pensijilan bermula tahun 2025.

3.5 Anjakan 5 : Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi di tempatkan di setiap sekolah

Anjakan strategik yang kelima ini bertujuan untuk memperkenalkan kriteria pemilihan pengetua atau guru besar berasakan kompetensi. Kriteria yang difokuskan ialah kecekapan kepimpinan. Pada masa yang sama proses perancangan penggantian pengetua atau guru besar akan dijalankan mulai tahun 2013. Seterusnya, pakej kerjaya baharu bagi pengetua dengan lebih sokongan, lebih fleksibiliti mengendali sekolah, merancang kurikulum dan kokurikulum bermula tahun 2013.

3.6 Anjakan 6 : Mengupaya JPN, PPD, dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan

Dalam anjakan yang keenam pula lebih mengutamakan usaha untuk mempercepatkan penambahbaikan sekolah melalui program yang sistematik dan dipimpin oleh PPD di negeri masing-masing bermula tahun 2014. Kementerian juga memberikan lebih kuasa kepada sekolah dalam urusan pengendalian bajet . Infrastruktur juga diambil kira dalam anjakan ini dengan memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan asas bermula dengan Sabah dan Sarawak.

3.7 Anjakan 7 : Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia

Teknologi ICT amat penting maka, Kementerian akan meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi semua sekolah. Latihan kecekapan terhadap guru juga akan diberikan supaya guru dapat mengajar secara berkesan. Idea menarik seperti perpustakaan video guru akan menyampaikan pengajaran turut akan dilaksanakan. Bagi memudahkan sesi pembelajaran, penggunaan ICT akan digunakan sebagai pembelajaran jarak jauh.

3.8 Anjakan 8 : Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian kementerian

Pihak JPN dan PPD akan diberi lebih hak dalam membuat keputusan terhadap bajet dan personel. Seramai 2500 personel daripada KPM dan JPN akan ditempatkan ke PPD untuk

Page 8: 179789585 Ringkasan PPPM Docx

untuk menguruskan pentadbiran dan menyokong sekolah secara langsung. Meningkatkan jawatan kepada jawatan kepimpinan utama bagi 150 hingga 200 jawatan dan ia dinilai berdasarkan prestasi.

3.9 Anjakan 9 : Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas

Ibu bapa akan dilengkapkan dengan akses atas talian berkaitan dengan kemajuan anak di sekolah yang secara tidak langsung dapat dalam membantu pembelajaran anak mereka. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, SAPS ini dapat meningkatkan kemahiran ICT dan kemahiran keibubapaan. Selain itu, pihak sekolah boleh mendapatkan maklumat dan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti mulai 2016. Model Sekolah Amanah akan diperluaskan kepada 500 buah menjelang tahun 2025 dengan penglibatan kumpulan alumni dan NGOs.

3.10 Anjakan 10 : Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit

Kerajaan akan memperuntukkan dana yang banyak untuk melaksanakan Pelan Pendidikan Pembangunan Malaysia ini. Pihak Kementerian juga akan mengagihkan peruntukan kepada bidang paling kritikal seperti bidang yang melibatkan kemahiran dan latihan guru. Keluarga yang berpendapatan rendah yang tidak mampu memberikan persekolahan kepada anak-anak akan terus diberikan bantuan kewangan oleh pihak kerajaan. Selain itu, setiap program yang akan dijalankan akan dikaitkan kepada keberhasilan murid.

3.11 Anjakan 11 : Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung

Laporan tahunan awam akan diterbitkan bagi kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan mulai 2013. Laporan tersebut akan merangkumi pertunjuk prestasi, dan usaha-usaha yang dilakukan. Selain itu, Kementerian juga akan melaksanakan semakan komprehensif pada tahun 2015, 2020 dan 2025 bagi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan kekal relevan. Maklum balas daripada pihak berkepentingan dan perkembangan persekitaran luar akan diambil kira untuk menilai pelan ini.

4.0 Pelaksanaan

Dalam aspek pelaksanaan Pelan Pendidikan Pembangunan Malaysia ini, Kementerian telah merangka transformasi yang akan disempurnakan melalui pembahagian tiga gelombang. Tujuan

Page 9: 179789585 Ringkasan PPPM Docx

pembahagian gelombang ini adalah untuk memastikan setiap matlamat dapat dicapai secara berperingkat dalam lingkungan tahun yang ditetapkan dan akan melakukan penambahbaikan bagi gelombang-gelombang seterusnya. Gelombang tersebut dapat dikelaskan dalam beberapa aspek, seperti pembelajaran murid, guru dan pemimpin sekolah, transformasi kementerian, struktur sistem dan pelaksanaan pelan tindakan.

Gelombang pertama yang bermula pada tahun 2013 hingga 2015 merupakan pelan jangka pendek yang lebih menekankan kepada pembelajaran murid serta guru dan pemimpin sekolah untuk mencapai tahap minimum standard kualiti yang dihasratkan. Manakala, bagi gelombang kedua yang akan dilaksanakan pada tahun 2015 hingga 2020 pula menumpukan kepada transformasi kementerian dan melaksanakan perubahan struktur pendidikan negara untuk mempercepatkan pelaksanaan inisiatif yang telah dimulakan dalam gelombang satu. Dalam gelombang ketiga yang dilaksanakan dalam tahun 2020 sehingga 2025, akan memperkukuhkan sistem yang ada ke arah kecemerlangan di mana sekolah dan guru perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum.

4.1 Pembelajaran Murid

Di dalam gelombang pertama (2013-2015) tumpuan diberikan dalam penambahbaikan kurikulum sedia ada dan persediaan untuk perubahan struktur supaya lebih kukuh. Kandungan kurikulum KSSR dan KBSM akan dinilai semula dan dimurnikan. Dalam pada masa yang sama juga sistem sokongan bagi guru akan dipergiatkan. Contohnya khidmat latihan akan diberikan secara langsung kepada guru dengan pengurangan birokrasi. Seterusnya, penambahbaikan kerangka pentaksiran bagi meningkatkan jumlah soalan kemahiran berfikiran aras tinggi. Hal ini akan dilaksanakan menjelang tahun 2016 dengan menguji soalan aras tinggi tersebut dalam UPSR, penilaian Tingkatan 3 dan SPM.Skop literasi Bahasa Inggeris akan diperkenalkan iaitu LINUS 2.0 secara meluas yang bertujuan untuk mewujudkan penguasaan bahasa Inggeris secara meluas. Dalam skop bahasa, gelombang satu lebih menumpukan untuk kukuhkan sistem sedia ada dengan cara meningkatkan standard Bahasa Malaysia khususnya di Sekolah jenis Kebangsaan, pengajaran Bahasa Inggeris diperkukuhkan, bahasa Malaysia dimartabatkan sebagai bahasa ilmu.

Gelombang kedua pula adalah lebih kepada melaksanakan kurikulum baru yang telah dimulakan pada gelombang pertama secara berterusan. Perubahan struktur juga diperkenalkan setelah Gelombang 1 berjaya dilaksanakan. Sebagai contoh, program LINUS akan ditambah baik, kelas pemulihan selepas waktu persekolahan akan diperkenalkan. Peningkatan keluwesan dan pengurusan operasi untuk JPN, PPD dan sekolah diperkasakan. JPN dan PPD diberi kebebasan untuk mentadbir urus sekolah. Inisiatif juga diperluaskan dan lebih terarah kepada pendidikan inklusif.

Page 10: 179789585 Ringkasan PPPM Docx

Manakala dalam gelombang ketiga (2021-2025) skop pembelajaran murid pula hanya melaksanakan kurikulum baru yang telah dijalankan dan melakukan semak semula. Melihat sejauh mana program yang dirancang mencapai tahap yang ditetapkan mengikut jangka masa yang diperuntukkan. Selain itu juga, Kementerian akan menganalisis pelaksanaan perubahan struktur yang diperkenalkan dalam Gelombang 2 dan mendapatkan maklum balas daripada semua pihak. Penilaian akan dibuat terhadap gelombang yang telah dilaksanakan yang baik akan dikekalkan dan sekiranya terdapat sebarang kekurangan akan dilakukan pula penambahbaikan.

4.2 Guru dan Pemimpin Sekolah

Gelombang 1 (2013-2015), bagi guru tumpuan diberikan lebih kepada peningkatan standard profesionalisme dan menambah baik sistem sokongan. Standard kemasukan bagi guru pelatih dan pengambilan guru baru diperketatkan. Hanya 30% yang teratas dan terbaik sahaja akan diambil menjadi guru. Prestasi dan kompetensi guru akan dipertingkatkan. Guru akan dinilai berdasarkan pemerhatian guru di dalam bilik darjah dan pencapaian murid di dalam kelas yang diajar. Perpustakaan video e-Guru disediakan sebagai gambaran bersifat amali. Seterusnya, meningkatkan kualiti persekitaran kerja guru dengan mengurangkan beban tugas yang tidak diperlukan terhadap guru. Bagi pemimpin sekolah pula, Kementerian akan memastikan pengetua yang ditempatkan di sekolah mempunyai prestasi yang tinggi. Pemilihan pengetua tidak lagi berasaskan tempoh perkhidmatan malah ia dinilai dari prestasi guru tersebut. Pemimpin sekolah juga turut dinilai melalui instrumen yang telah ditetapkan.

Gelombang 2 ( 2016-2020), memberi peluang kepada guru untuk mengukuhkan kemajuan dan laluan kerjaya mereka. Sistem latihan praperkhidmatan dan sistem pemilihan guru. Kualtiti pengalaman praktikum dipertingkatkan dengan melibatkan guru berpengalaman untuk menyelia guru pelatih. Guru perlu berperanan untuk membantu tugas pentadbiran, pengurusan disiplin dan pengurusan aktiviti kokurikulum. Dalam aspek kepimpinan sekolah pula Gelombang 2 lebih terarah untuk memartabatkan profesion keguruan dan mengajak ke arah kepimpinan distributif. Proses pemilihan dan lantikan diperkukuhkan, meluaskan sokongan pembinaan keupayaan dan keluwesan pengoperasian, dan memperkukuhkan program pembangunan profesionalisme.

Seterusnya, dalam Gelombang 3 (2021- 2020) tumpuan utama yang diberikan dalam aspek guru adalah mewujudkan kecemerlangan profesionalisme berasaskan rakan setugas. Dalam tempoh tersebut, Kementerian ingin mewujudkan budaya kecemerlangan profesionalisme teladan rakan setugas dan guru pembimbing di antara satu sama lain. Hal in dapat memastikan supaya pemimpin dan guru-guru itu sendiri dapat mengamalkan nilai tanggungjawab dalam melaksanakan tugas.

Page 11: 179789585 Ringkasan PPPM Docx

4.3 Transformasi Kementerian

Kementerian Pelajaran memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan di Malaysia. Kementerian juga berperanan untuk mentransformasi dan merancang sistem pendidikan supaya ia dapat mencapai standard global. Pelan Pendidikan Pembangunan Malaysia ini.

Gelombang 1 (2013-2015) , yang utama dalam sistem penyampaian adalah menetapkan semula peranan dan mengukuhkan JPN dan PPD. Penambahbaikan asas dan meningkatkan peranan PPD untuk mempercepatkan peningkatan prestasi sekolah melalui inisiatif peringkat daerah yang sistematik. Oleh itu visi yang jelas akan dibangunkan. Pihak PPD dan JPN akan bekerjasama dengan agensi pusat khususnya JPA bagi menentukan dengan jelas organisasi Kementerian yang akan distruktur semula dan ia akan berkuat kuasa pada tahun 2014. Selain itu, JPN dan PPD perlu menghalusi peranan dan tanggungjawab di peringkat pusat, negeri dan daerah. Secara khususnya, pihak Kementerian akan mengekalkan fungsinya dalam perancangan makro dan penggubalan dasar. JPN pula berperanan untuk menyampaikan segala perancangan dan berhubung dengan pihak penggubal dan pelaksana. PPD pula akan bertindak sebagai pemantau sekolah dan menganalisis data, punca masalah, peranan dan tanggungjawab sekolah.

Gelombang 2 (2016-2020) pula akan dilaksanakan penstrukturan semula Kementerian secara meluas. Kementerian akan memantapkan fungsi utama dan memperkemaskan peranan di peringkat persekutuan. Selain itu, Kementerian juga akan memberikan kuasa dan tanggungjawab kepada JPN dan PPD dalam mengkhususkan penstrukturan kluster. Pengurusan berasakan sekolah juga akan diperluaskan seperti penjadualan kurikulum.Dalam Gelombang 3 ( 2012-2025), Kementerian hanya menumpukan kepada memperkukuhkan kekuatan organisasi.

Gelombang 1 (2013-2015), di bawah produktiviti sumber mewajarkan kejayaan segera. Dalam jangka masa pendek Kementerian akan beri tumpuan mengkaji semula program-program dan perbelanjaan mengurus. Program nasional dan dasar akan dikaji semula. Setiap program akan berpandu kepada prinsip keberkesanan, kecekapan dan bersepadu.Dalam gelombang 2 ini juga akan dilakukan penyemakan semula proses perolehan, menerapkan bajet berasaskan outcome dalam pengurusan kewangan. Dalam Gelombang 2 (2016-2020) di bawah produktiviti sumber lebih menekankan kepada melaksanakan kecekapan sistem secara meluas seperti penghapusan pertindihan bajet dan mengkaji semula hak membuat keputusan pada masa kini. Gelombang 3 (2012-2025), hanya memberi tumpuan untuk mengekalkan amalan terbaik bagi menjamin kecekapan kewangan yang dibangunkan semasa Gelombang terdahulu.Gelombang 1 (2013-2015) dalam skop infrastruktur sekolah pula akan memastikan infrastruktur asas yang mempunyai standard baik untuk semua sekolah. Kementerian akan pastikan peralatan sekolah dan kemudahan sedia ada dapat diselenggara secara optimum. Dalam bidang ICT dan pendidikan, Kementerian akan mempertingkatkan asas

Page 12: 179789585 Ringkasan PPPM Docx

ICT di sekolah. Infrastruktur untuk jaringan dan landasan pembelajaran melalui 1BestariNet akan disediakan dan alatan ICT juga turut dibekalkan. Bagi melaksanakan program tersebut, Kementerian akan memastikan semua guru dan pegawai Kementerian itu sendiri mempunyai kemahiran dalam ICT. Dalam Gelombang 2 (2016-2020) memberikan penekanan terhadap usaha melengkapkan sekolah untuk menyokong kurikulum yang dipertingkatkan dan penyampaian pedagogi. Pada tahap ini, Kementerian akan melengkapkan makmal sains, bengkel serta ruang untuk aktiviti Pendidikan Islam supaya dapat memastikan kelancaran pembelajaran. Dalam Gelombang 3 (2020-2025), Kementerian hanya mentafsir keperluan infrastruktur masa depan. Hal ini kerana, menjelang tahun 2020, semua sekolah dijangka talah mencapai standard minimum dasar bagi infrastruktur, kemudahan dan peralatan.

4.4 Struktur Sistem

Kementerian berhasrat untuk membantu setiap kanak-kanak meneroka keistimewaan diri dan memanfaatkan kebolehan yang ada. Peluang yang sama akan diberikan kepada setiap kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan. Justeru, langkah yang diambil adalah dengan memastikan fasa dan tempoh pendidikan yang setara dengan amalan sistem pendidikan berprestasi tinggi, meningkatkan enrolmen di peringkat prasekolah dan memberikan bantuan kewangan. Fasa pendidikan kebangsaan terbahagi kepada lima iaitu peringkat prasekolah, pendidikan rendah, menengah rendah, menengah atas dan pascamenengah.

Dalam Gelombang 1 (2013-2015), enrolmen akan dipertingkatkan di semua peringkat pendidikan dan peluasan prasekolah dilaksanakan. Kementerian akan meneliti aktiviti kokurikulum yang bersesuaian untuk murid, mengkaji semula geran bantuan makanan tambahan dan memastikan murid mendapat makanan yang berkhasiat yang dapat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak. Seterusnya pengekalan umur permulaan bagi pendidikan formal akan dilaksanakan iaitu kanak-kanak yang berumur enam tahun ke atas. Seterusnya, kerajaan turut mewajibkan pendidikan menengah bagi semua murid dan akan dikuatkuasakan menjelang tahun 2015. Tempoh pendidikan formal sedia ada akan terus dikekalkan iaitu di antara 12 hingga 13 tahun. Dalam Gelombang 2 (2016-2020) Kementerian menumpukan terhadap pengukuhan kejayaan. Pemantauan akan dijalankan di semua prasekolah dan memastikan 100% guru prasekolah mempunyai kelayakan minimum diploma. Dalam Gelombang 3 (2021-2025), menjelang tahun 2021, Kementerian akan melaksanakan beberapa program rintis sebagai program pendidikan nasional yang melibatkan semua sekolah di seluruh negara. Laluan pendidikan merupakan sistem pendidikan yang mempunyai laluan yang jelas, yang mampu dicapai dan menarik yang dapat memberikan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan. Pendidikan dan pilihan kerjaya banyak namun kerana kurang pengetahuan untuk mengakses kepada maklumat yang tepat, maka peluang kerjaya juga

Page 13: 179789585 Ringkasan PPPM Docx

terhad. Terdapat pelbagai laluan pendidikan antaranya ialah Pendidikan Vokasional, Pendidikan Teknikal, Pendidikan Agama, Pendidikan Sukan dan Seni, Pendidikan Khas, Pendidikan Pintar Cerdas, Pendidikan Menengah Atas dan Pendidikan Sektor Swasta.

Gelombang 1 (2013-2015) di bawah laluan pendidikan akan mengukuhkan pendidikan vokasional.

5.0 Cabaran6.0 Kesimpulan

Pelan Strategik ini merupakan suatu pelan yang menyeluruh dan merangkumi semua aspek.

Page 14: 179789585 Ringkasan PPPM Docx

7.0 Rujukan

http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=982662

http://www.bharian.com.my/articles/IntipatiPelanPembangunanPendidikanMalaysia2013-2025/Article/