168147174-ekonomi-guna-tenaga

Upload: alinsyirah

Post on 04-Jun-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 168147174-Ekonomi-guna-tenaga

    1/23

    1

    1.0 Abstrak

    Ekonomi yang berpaksikan pengetahuan, inovatif, kreatif dan berkemahiran tinggi

    yang dijana oleh sektor perkhidmatan akan melonjakkan aspirasi negara pendapatan

    tinggi. Namun begitu, pada masa ini, hanya 28 peratus daripada jumlah tenaga kerja

    di Malaysia bekerja dalam pekerjaan berkemahiran tinggi dan hanya 23 peratussahaja daripada jumlah tenaga kerja mempunyai pendidikan tertiari berbanding

    dengan kadar purata bagi negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan

    (OECD). Kekurangan tenaga kerja mahir dan berpendidikan tinggi akan lebih

    meruncing dalam persaingan global yang sengit kerana tenaga kerja yang berkualiti

    akan tertarik ke negara yang menyediakan peluang paling baik. Bagi menjadi

    negara maju dalam tempoh satu generasi seperti Republik Korea dan Singapura,

    penentuan yang jitu dan teliti terhadap sektor keutamaan perlu diberi perhatian di

    samping memberi fokus kepada usaha membangun, meningkatkan kemahiran dan

    menghasilkan tenaga kerja yang diperlukan bagi memacu sektor berkenaan. Di

    Malaysia, sektor perkhidmatan memainkan peranan yang sangat penting dalam

    menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Sektor ini terus mengekalkan

    peratusan pekerjaan tertinggi iaitu bahagian terbesar daripada jumlah guna tenaga.

    Guna tenaga dalam sektor perkhidmatan didapati mengalami pertumbuhan

    berterusan dari tahun ke tahun. Pertumbuhan guna tenaga yang berlaku ini

    dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang mewujudkan komposisi guna tenaga dalam

    sektor perkhidmatan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis perubahan

    komposisi guna tenaga dalam sektor perkhidmatan. Kajian juga dijalankan bagi

    melihat sejauh mana pertumbuhan guna tenaga dalam sektor perkhidmatan dari

    tahun 2000 hingga 2012. Kajian ini menggunakan kaedah peratus dan sumbangan

    bagi melihat perubahan komposisi guna tenaga yang berlaku dalam sektor

    perkhidmatan di Malaysia. Hasil kajian mendapati perubahan komposisi gunatenaga dalam sektor perkhidmatan di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012

    mencatatkan perubahan yang positif. Permintaan domestik dan penggantian import

    didapati bernilai positif manakala elemen eksport, perdagangan bersih dan

    produktiviti buruh bernilai negatif. Seterusnya, hasil kajian mendapati pertumbuhan

    tahunan guna tenaga dalam sektor perkhidmatan menunjukkan nilai yang positif

    mencerminkan peningkatan dalam keperluan guna tenaga dalam sektor

    perkhidmatan dari tahun 2000 hingga 2012.

  • 8/13/2019 168147174-Ekonomi-guna-tenaga

    2/23

    2

    Senarai Kandungan

    Bil Halaman

    1.0 Abstrak 1

    Isi Kandungan 2

    2.0 Latar Belakang Kajian 34

    Konsep dan Takrifan 5

    3.0 Pernyataan Masalah 6

    4.0 Objektif kajian 6

    5.0 Kaedah Kajian 7 - 8

    5.1 Kaedah Memperoleh Data Sekunder 7

    5.2 Kaedah Menganalisis Data 78

    6.0 Hasil Kajian Dan Perbincangan 9 - 20

    6.1 Pola Aliran Guna Tenaga Dalam Sektor Perkhidmatan

    Kerajaan Di Malaysia Pada Tahun 2000 Hingga Tahun 2011

    8 - 1 5

    6.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sektorperkhidmatan di Malaysia dari Tahun 20002012.

    1618

    7.0 Cadangan dan Langkah 19

    8.0 Rumusan 2021

    9.0 Rujukan 22

    Lampiran 23

  • 8/13/2019 168147174-Ekonomi-guna-tenaga

    3/23

    3

    2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

    Malaysia memerlukan tolakan besar yang berterusan untuk merangsang

    transformasi supaya dapat menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi

    dengan ciri keterangkuman dan kebolehmampan menjelang tahun 2020. Malaysia

    menghadapi cabaran yang menggentarkan dalam persaingan global yang semakin

    pesat. Globalisasi mewujudkan persaingan yang sengit untuk mendapatkan bakat

    dan kemahiran. Keadaan ini menggambarkan manusia merupakan aset yang paling

    berharga yang perlu diakui oleh firma dan kerajaan.

    Di Malaysia, pekerjaan upah tinggi didapati masih kurang dan tidak mencukupi.

    Keadaan ini ditambah lagi dengan sumbangan pekerja mahir yang masih merosot

    yang melibatkan pelbagai industri. Masalah yang berlaku disebabkan majikan tidak

    membayar untuk kemahiran sebaliknya lebih bergantung kepada pekerja asing yang

    tidak mahir yang mudah diperoleh dan kos yang murah. Keadaan guna tenaga kini

    berada pada tahap kritikal di mana berlaku peningkatan pantas dalam kadar

    penghijrahan keluar rakyat Malaysia yang mahir. Bilangan ekspatriat yang bekerja

    di negara ini semakin berkurangan, pada masa yang sama, sistem pendidikan

    didapati tidak dapat menghasilkan kemahiran yang dikehendaki oleh firma.

    Dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara terus terjamin,

    pelbagai program telah dilaksanakan oleh kerajaan termasuklah program

    pembangunan sumber manusia. Sumbangan sektor perkhidmatan dalam ekonomi

    negara telah mengubah struktur pasaran buruh industri perkhidmatan di mana

    berlaku perubahan drastik ekoran pertumbuhan ekonomi yang berlaku. Pada tahun

    2011, sektor perkhidmatan menyumbang sebanyak 59.4 % kepada Keluaran Dalam

    Negara Kasar (KDN) dan meningkat sebanyak 6.4 % pada suku keempat tahun

    2011. Sektor ini dijangka mencatatkan sumbangan sebanyak 7.2 % setahun

    sehingga 2015 dan berpotensi meningkatkan sumbangan KDNK sebanyak 61 %

    menjelang akhir Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Sumbangan sektor

    perkhidmatan kepada KDNK jelas menunjukkan kepentingan sektor perkhidmatan

    kepada pertumbuhan ekonomi seperti di negara-negara maju yang lain di mana

    sejumlah besar KDNK adalah daripada sektor perkhidmatan. Selaras dengan itu,

    kerajaan telah mensasarkan sektor perkhidmatan menyumbang kepada KDNK

    sebanyak 59.7 % pada tahun 2020 di bawah Pelan Induk Perindustrian Ketiga

  • 8/13/2019 168147174-Ekonomi-guna-tenaga

    4/23

    4

    (IMP3). Pada masa ini, pelbagai komitmen yang telah dilakukan oleh negara bagi

    liberalisasi sektor perkhidmatan yang melibatkan pelbagai hala, serantau dan dua

    hala melalui Perjanjian Rangka Kerja ASEAN bagi perkhidmatan (AFAS),

    Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).

    Di bawah AFAS, jangka masa meliberalisasikan sektor perkhidmatan telah

    ditetapkan mengikut sektor-sektor keutamaan.

    Sektor perkhidmatan terus mengekalkan peratusan pekerjaan tertinggi di mana

    sektor perkhidmatan membekalkan jumlah guna tenaga yang terbesar jika

    dibandingkan dengan sektor-sektor lain dalam negara. Pertumbuhan guna tenaga

    berlaku secara berterusan dari tahun ke tahun disebabkan oleh pelbagai faktor

    seperti eksport, import, perdagangan, perbelanjaan negara dan sebagainya. Oleh itu,

    kajian ini dijalankan untuk menganalisis perubahan guna tenaga dalam industri

    perkhidmatan. Kajian juga dijalankan untuk melihat faktor yang mempengaruhi

    perkembangan sektor perkhidmatan dari tahun 20002012.

  • 8/13/2019 168147174-Ekonomi-guna-tenaga

    5/23

    5

    Konsep Dan Takrifan

    Guna tenaga Guna tenaga bermaksud penggunaan sumber - sumber ekonomi

    seperti tanah, buruh, modal dan pengusaha oleh firma - firma untuk kegiatan

    pengeluaran barang dan perkhidmatan. Secara khusus, guna tnaga lebih merujuk

    kepada penggunaan buruh dalam kegiatan ekonomi.

    Pengangguran Keadaan apabila seseorang individu ingin bekerja tetapi tidak

    dapat pekerjaan. Jumlah pengangguran dalam sesebuah negara dikira dengan

    menjumlahkan semua individu yang tidak bekerja dan dalam proses mencari

    pekerjaan.

    Perkhidmatan kerajaan Perkhidmatan kerajaan merupakan sektor yang penting

    kerana keupayaan rakyat untuk membayar perkhidmatan kos swasta masih rendah.

    Sektor yang disediakan relevan dengan kesejahteraan, keselesaan, kebajikan,

    keselamatan rakyat. Perkhidmatan kerajaan berlangsung dalam tiga peringkat iaitu

    kerajaan negeri, kerajaan pusat dan pihak berkuasa tempatan.

    Pola aliran Arah aliran (trend) merupakan arah pergerakan jangka panjang

    sesuatu pembolehubah dalam data sin masa. Arah aliran ini biasanya dikira dengan

    menggunakan kaedah regresi atau purata bergerak.

    Kata Kunci : Guna Tenaga, Pengangguran, Perkhidmatan kerajaan, Pola aliran

  • 8/13/2019 168147174-Ekonomi-guna-tenaga

    6/23

    6

    3.0 PERNYATAAN MASALAH.

    Pernyataan masalah merupakan salah satu kompenan penting dalam sesebuah

    kajian. Kajian ini bertujuan untuk melihat arah aliran guna tenaga dalam sektor

    perkhidmatan kerajaan. Sektor perkhidmatan kerajaan merupakan salah satu sektor

    yang penting kerana keupayaan rakyat untuk membayar kos swasta masih rendah.

    Justeru itu, tahun 2000 hingga tahun 2012 menyaksikan pola yang tidak konsisten

    guna tenaga dalam sektor perkhidmatan kerajaan. Terdapat peningkatan dan

    penurunan dalam bilangan guna tenaga dalam sektor perkhidmatan kerajaan. Di

    samping itu, kajian ini turut melihat faktor yang mempengaruhi perkembangan guna

    tenaga sektor perkhidmatan di Malaysia. Kajian yang penyelidik jalankan ini akan

    diserahkan kepada Kementerian Sumber Manusia, Malaysia serta menambahkan

    rujukan berkaitan dengan guna tenaga di Malaysia.

    4.0 OBJEKTIF KAJIAN

    Dalam sebuah kajian, objektif kajian adalah elemen yang paling penting sebagai

    panduan kepada tujuan yang khusus dalam proses kajian. Objektif kajian adalah

    seperti berikut :

    i. Mengenal pasti perubahan aliran guna tenaga dalam sektor perkhidmatan

    kerajaan dari tahun 20002012.

    ii. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sektor

    perkhidmatan di Malaysia dari Tahun 20002012.

  • 8/13/2019 168147174-Ekonomi-guna-tenaga

    7/23

    7

    5.0 KAEDAH KAJIAN.

    Dalam penyelidikan ini, pengkaji telah menggunakan dua kaedah iaitu kaedah

    memperoleh data sekunder dan kaedah analisis data.

    5.1 Kaedah Memperoleh Data sekunder.

    Kaedah kajian ini dijalankan dengan memanfaatkan segala maklumat yang

    terdapat dalam perpustakaan, bilik sumber dan arkib. Penyelidik telah membuat

    beberapa rujukan berkaitan dengan Laporan Ekonomi Tahunan dari tahun 2000

    hingga 2012 yang diperolehi dari Perpustakaan Negara Kuala Lumpur.

    Selain itu, penyelidik telah melayari beberapa laman web kerajaan seperti

    Jabatan Statistik Negara dan Jabatan Audit Malaysia.

    Penyelidik akan meneliti semua bahan bertulis dan bercetak berkenaan

    sambil merekod, mencatat nota dan mengambil maklumat yang diperlukan.

    Pembacaan ini juga merupakan cara untuk memperoleh idea asas tentang kajian

    yang bakal dilakukan dan maklumat berkaitan aspek yang dikaji.

    5.2 Kaedah Analisis Data.

    5.2.1 Pengiraan peratus

    Bagi mengenal pasti peratus perubahan guna tenaga, kaedah pengiraan

    peratus digunakan

    Rumus :

    Dimana,

    E0 = guna tenaga tahun asas

    E1 = guna tenaga tahun semasa

    100

  • 8/13/2019 168147174-Ekonomi-guna-tenaga

    8/23

    8

    5.2.2 Perbandingan

    Perbandingan antara tahun sepanjang tahun kajian ini dilakukan bagi melihat

    perubahan yang berlaku ke atas guna tenaga dalam sektor perkhidmatan di

    Malaysia. Dalam kaedah ini pengkaji akan membandingkan peratusan aliran

    perubahan guna tenaga antara tahun ke tahun. Oleh itu, analisis trend perubahan

    dapat dilihat dengan jelas.

    5.2.3 Pengiraan peratus sumbangan.

    Bagi melihat sumbangan sektor cara pengiraan berikut telah digunakan.

    Guna tenaga

    100

  • 8/13/2019 168147174-Ekonomi-guna-tenaga

    9/23

    9

    6.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

    6.1 Pola Aliran Guna Tenaga Dalam Sektor Perkhidmatan Kerajaan Di

    Malaysia Pada Tahun 2000 Hingga Tahun 2011

    Tahun Jumlah Guna Tenaga (000) Peratusan

    Perubahan (%)Pola Aliran

    1999 961.1 - -

    2000 981.0 2.07 -

    2001 979.5 - 0.15 Menurun

    2002 994.5 1.51 Meningkat

    2003 1026.1 3.18 Meningkat

    2004 1,098.6 7.07 Meningkat

    Jadual 1 : Guna tenaga dalam sektor perkhidmatan kerajaan di Malaysia pada

    tahun 2000 hingga tahun 2004

  • 8/13/2019 168147174-Ekonomi-guna-tenaga

    10/23

    10

    Jadual 1 menunjukkan data guna tenaga dalam sektor perkhidmatan

    kerajaan di Malaysia bermula dari tahun 2000 hingga tahun 2004. Berdasarkanjadual tersebut, pola aliran tidak konsisten ditunjukkan. Berdasarkan Laporan

    Ekonomi yang berkait rapat dengan sektor perkhidmatan kerajaan di Malaysia,

    sektor ini merupakan sektor ketiga yang terpenting selepas sektor pembuatan,

    pertanian, perhutanan dan perkilangan yang memerlukan guna tenaga yang

    mencukupi bagi menjalankan aktiviti dalam sektor ini dan seterusnya untuk

    meningkatkan pendapatan negara dan memajukan negara Malaysia. Hal ini kerana

    sektor perkhidmatan kerajaan mempunyai subsektor yang mempunyai peranan

    masing-masing dan penting untuk kesejahteraan serta kemajuan negara. Oleh hal

    yang demikian, maka tidak hairanlah jika sektor ini memerlukan tenaga buruh yang

    banyak bagi memastikan aktiviti dalam sektor ini berjalan dengan lancar dan

    mencapai matlamat yang telah ditetapkan negara.

    -1

    0

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    7

    8

    00 01 02 03 04

    PeratusanGunaTenaga

    Sek

    torPerkhidmatanAwam(%)

    Pola Aliran Guna Tenaga Sektor Perkhidmatan Kerajaan Di

    Malaysia dari Tahun 2000 hingga 2004

    Peratus Guna Tenaga

    Sektor Perkhidmatan

    Kerajaan

  • 8/13/2019 168147174-Ekonomi-guna-tenaga

    11/23

    11

    Pada tahun 2000, guna tenaga dalam sektor perkhidmatan kerajaan adalah

    sebanyak 981 ribu orang. Pada tahun 2001, jumlah guna tenaga dalam sektor ini

    menurun kepada 979.5 ribu orang. Jumlah guna tenaga menurun sebanyak 1.5 ribu

    orang atau berkurang sebanyak 0.15%. Pada tahun 2002 pula, jumlah guna tenaga

    dalam sektor yang sama meningkat sebanyak 15 ribu orang kepada 994.5 ribu

    orang. Jumlah guna tenaga yang meningkat ialah sebanyak 1.51 %. Pada tahun

    berikutnya iaitu tahun 2003, jumlah guna tenaga dalam sektor perkhidmatan

    kerajaaan menunjukkan peningkatan lagi sebanyak 3.18% atau meningkat sebanyak

    31.6 ribu orang berbanding tahun 2002.

    Jumlah guna tenaga dalam sektor perkhidmatan kerajaan pada tahun 2004

    meningkat lagi kepada 72.5 ribu orang iaitu sebanyak 7.07 %.

  • 8/13/2019 168147174-Ekonomi-guna-tenaga

    12/23

    12

    Tahun Guna Tenaga Sektor Perkhidmatan

    (000 orang)

    Peratusan

    Perubahan

    Arah Aliran

    2005 1,118.4 1.80 Menurun

    2006 1,152.5 3.05 Meningkat

    2007 1,244.4 7.97 Meningkat

    2008 1,122.7 -9.78 Menurun

    Jadual 2 : Guna tenaga dalam sektor perkhidmatan kerajaan di Malaysia pada

    tahun 2005 hingga tahun 2008

    Jadual 2 di atas menunjukkan arah aliran guna tenaga sektor perkhidmatan kerajaan

    dari tahun 2005 hingga 2008. Pada tahun 2005, jumlah guna tenaga dalam sektortersebut meningkat sedikit sebanyak 1.80 % kepada 1,118.4 ribu orang berbanding

    tahun sebelumnya. Jumlah guna tenaga dalam sektor ini meningkat lagi sebanyak

    34.1 ribu orang iaitu bersamaan 3.05 % kepada 1,152.5 ribu orang pada tahun

    berikutnya. Hal ini kerana menurut Laporan Ekonomi 2004/2005, pertumbuhan

    sektor perkhidmatan dalam pembangunan ekonomi negara telah jauh maju ke

    hadapan dan menjana peningkatan peluang pekerjaan dalam negara.

    1.893.05

    7.97

    -9.78

    -12

    -10

    -8

    -6

    -4

    -2

    0

    2

    4

    6

    8

    10

    05 06 07 08

    Arah aliran guna tenaga sektor perkhidmatan kerajaan dari

    tahun 2005 -2008

    Peratusan Guna Tenaga

  • 8/13/2019 168147174-Ekonomi-guna-tenaga

    13/23

    13

    Peningkatan permintaan isi rumah terhadap produk perkhidmatan melonjakkan

    pertumbuhan hasil sektor perkhidmatan dan melalui kesan rantaian dengan aktiviti

    ekonomi yang lain membawa kepada eksternaliti dalam pasaran domestik. Lantaran

    itu, ia telah membuka lebih luas peluang pekerjaan dalam pasaran buruh sektor

    perkhidmatan.

    Pada tahun 2007 pula, jumlah guna tenaga dalam sektor perkhidmatan

    kerajaan meningkat secara mendadak sebanyak 91.9 ribu orang berbanding tahun

    sebelumnya. Peningkatan jumlah guna tenaga dalam sektor yang di nyatakan pada

    tahun tersebut adalah sebanyak 7.97 %. Jumlah guna tenaga dalam sektor ini

    menurun kepada 1,122.7 ribu orang pada tahun 2008. Penurunannya adalah

    sebanyak 9.78 %.

  • 8/13/2019 168147174-Ekonomi-guna-tenaga

    14/23

    14

    Tahun Guna Tenaga Sektor

    Perkhidmatan Kerajaan

    Peratus Perubahan

    (%)

    Arah Aliran

    2009 1,247.9 11.15 Meningkat

    2010 1,249.5 0.13 Menurun

    2011 1,251.8 0.18 Meningkat

    2012 1,254.9 0.25 Meningkat

    Jadual 3 : Guna tenaga dalam sektor perkhidmatan kerajaan di Malaysia pada tahun

    2009 hingga tahun 2012

    11.15

    0.13 0.18 0.250

    2

    4

    6

    8

    10

    12

    09 10 11 12

    Arah aliran guna tenaga sektor perkhidmatan kerajaan daritahun 2009 - 2012(%)

    Peratusan aliran (%)

  • 8/13/2019 168147174-Ekonomi-guna-tenaga

    15/23

    15

    Jadual 3 di atas menunjukkan arah aliran guna tenaga sektor perkhidmatan awam

    dari tahun 2009 hingga tahun 2012. Pada tahun 2009, jumlah guna tenaga kembali

    kukuh dengan peningkatan 11.2% kepada 1247.9 ribu orang dan kemudiannya

    meningkat sedikit sebanyak 0.1% menjadi 1249.5 ribu orang pada tahun 2010.

    Jumlah guna tenaga sektor perkhidmatan kerajaan meningkat lagi sebanyak 0.2%

    menjadi 1251.8 ribu orang pada tahun 2011. Dalam era menuju sebuah negara maju

    dan ekonomi berpendapatan tinggi, kerajaan memberi keutamaan untuk

    membangunkan sektor perkhidmatan secara holistik dan potensi sepenuhnya.

    Akibat kelangsungan globalisasi dalam setiap aktiviti ekonomi khasnya dalam

    sektor perkhidmatan memberi impak yang positif. Globalisasi ini membuka lebih

    luas pasaran sektor perkhidmatan dan seterusnya membuka peluang yang lebih

    besar kepada industri perkhidmatan untuk berkembang dengan lebih pesat dengan

    peningkatan permintaan isi rumah terhadap produk perkhidmatan melalui jaringan

    yang lebih global.

    Kesimpulannya, pola aliran jumlah guna tenaga dalam sektor

    perkhidmatan kerajaan adalah tidak konsisten bermula tahun 2000 sehingga tahun

    2012. Berlaku peningkatan dan penurunan antara tahun tersebut dan berubah pada

    tahun yang berkaitan. Peningkatan dan penurunan jumlah guna tenaga ini jelasmenunjukkan bahawa negara Malaysia memerlukan lebih banyak guna tenaga

    dalam sektor tersebut untuk memastikan rakyat Malaysia terus maju dan dalam

    keadaan aman dan sejahtera. Hal ini bukan sahaja memberi peluang pekerjaan

    kepada tenaga buruh di Malaysia malah sektor ekonomi ini juga dapat

    meningkatkan pendapatan negara Malaysia.

  • 8/13/2019 168147174-Ekonomi-guna-tenaga

    16/23

    16

    6.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN

    SEKTOR PERKHIDMATAN DI MALAYSIA DARI TAHUN 20002012.

    Tahun Guna Tenaga Di

    Malaysia (000 orang)

    Guna Tenaga Sektor

    Perkhidmatan

    (000 orang)

    Sumbangan Guna

    Tenaga (%)

    2000 9,271.2 4,509.2 48.64

    2001 9,532.5 4,756.7 49.90

    2002 9,840.0 4,920.5 50.00

    2003 10,181.1 5,086.0 49.96

    2004 10,463.7 5,274.5 50.41

    2005 10,892.8 5,556.0 51.01

    2006 11,159.1 5,741.8 51.45

    2007 11,409.6 5,921.6 51.90

    2008 11,576.5 6,046.1 52.23

    2009 11,640.9 6,229.7 53.52

    2010 11,958.5 6,372.1 53.29

    2011 12,555.5 6,545.2 52.13

    2012 12,505.0 6,686.8 53.47

    Jadual 4: Sumbangan guna tenaga dalam sektor perkhidmatan kerajaan di Malaysia

    pada tahun 2000 hingga tahun 2004.

    Jadual 4 di atas menunjukkan data sumbangan guna tenaga dalam sektor

    perkhidmatan di Malaysia bermula dari tahun 2000 hingga tahun 2011. Berdasarkan

    jadual tersebut, sumbangan guna tenaga sektor perkhidmatan terhadap jumlah guna

    tenaga di Malaysia adalah tidak konsisten. Sektor perkhidmatan yang juga sektor

    ketiga meliputi beberapa sektor iaitu kewangan, perhubungan, perkhidmatan

    kerajaan dan perkhidmatan utiliti. Walaupun data di atas menunjukkan sumbangan

    sektor ketiga terhadap jumlah guna tenaga tidak konsisten iaitu terdapat peningkatan

    dan penurunan jumlah sumbangan terhadap guna tenaga.

  • 8/13/2019 168147174-Ekonomi-guna-tenaga

    17/23

    17

    Hanya pada tahun 2002, 2009 dan 2010 yang mencatatkan penurunan

    sumbangan akan tetatapi penurunan yang dicatatkan hanya penurunan yang kecil

    namun secara keseluruhannya data sumbangan guna tenaga tersebut

    memperlihatkan peningkatan yang agak memberangsangkan.

    Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi peningkatan dalam

    sumbangan guna tenaga sektor perkhidmatan terhadap jumlah guna tenaga di

    Malaysia. Faktor-faktor tersebut boleh dibahagikan kepada empat faktor iaitu faktor

    fizikal, ekonomi, kerajaan dan teknologi.

    Kekayaan sumber semula jadi yang dimiliki oleh Malaysia telah

    menggalakkan penyediaan pelbagai kemudahan perkhidmatan. Misalnya

    perlombongan petroleum dan gas asli di luar pantai Terengganu dan Sarawak telah

    memajukan sektor pengangkutan, pelabuhan dan bekalan tenaga elektrik dan gas

    kepada penduduk. Manakala kewujudan sungai yang besar dan dalam pula telah

    menggalakkan perkembangan sektor pengangkutan air seperti di Sungai Rajang,

    Sarawak. Dalam konteks sektor pelancongan hampir 90 % daripadanya bergantung

    terhadap keindahan semula jadi alam sekitar. Produk ekopelancongan di Malaysia

    mempunyai peranan dalam menjana perkembangan sektor pelancongan negara

    kerana mempunyai unsur semula jadi yang menarik seperti keindahan pantai dan

    pulau, tanah tinggi yang beriklim sederhana sejuk, hutan simpan dan air terjun.

    Kemajuan sektor ekonomi primer dan sekunder menjadi asas penting

    untuk untuk memperkembangkan sektor perkhidmatan negara kerana sektor

    perkhidmatan bergantung kepada produk ekonomi primer dan sekunder sebagai

    inputnya. Hasil-hasil pertanian, perlombongan, dan perindustrian perlu diangkut dan

    dipasarkan ke kawasan pasaran. Keadaan ini memerlukan perkhidmatan

    pengangkutan dan telekomunikasi yang moden dan cepat supaya produk tersebut boleh

    sampai dengan segera kepada pengguna. Oleh itu, rangkaian lebuh raya dan jalan kereta

    api memainkan peranan penting. Selain itu, permintaan terhadap perkhidmatan

    pengangkutan, pelancongan, kesihatan, dan pendidikan tinggi bergantung kepada

    pendapatan perkapita pengguna untuk menjamin kuasa beli yang tinggi. Jika pendapatan

    perkapita penduduk masih rendah maka permintaan kepada sektor perkhidmatan juga

    akan berkurangan.

  • 8/13/2019 168147174-Ekonomi-guna-tenaga

    18/23

    18

    Di Malaysia, kerajaan memainkan peranan penting dalam memajukan sektor

    perkhidmatan. Antara peranan yang diambil oleh kerajaan ialah menggalakkan

    pelabur asing menanam modal dalam sektor pelancongan, membuka institut

    pengajian tinggi dan menyediakan perkhidmatan insurans dan bank. Sebagai

    contoh, para pelabur diberikan pengecualian cukai antara 85 % hingga 100 % bagi

    menggalakkan mereka melabur di Malaysia. Selain itu, usaha mempromosikan

    sektor pelancongan di luar negara telah dilakukan oleh kerajaan menerusi TDC.

    Dalam Rancangan Malaysia Kelapan pula, kerajaan bersungguh-sungguh

    mengembangkan industri francais, memperluaskan konsep e-dagang, menjayakan

    MSC, menyediakan infrastruktur yang lengkap seperti mwmbina jaringan lebuh

    raya dan rangkaian telekomunikasi canggih. Tujuan pelaksanaan yang diambil oleh

    kerajaan ini adalah untuk menjana sektor perkhidmatan dalam Negara. Menerusi

    dasar penswastaan pula, kerajaan telah memajukan perkhidmatan utiliti seperti

    bekalan air bersih, tenaga elektrik dan komunikasi. Oleh itu, muncullah syarikat

    konglomerat yang memberikan perkhidmatan cekap kepada rakyat seperti

    TELEKOM, CELCOM dan MAXIS.

    Kepesatan pembangunan sektor perkhidmatan amat memerlukan kemajuan

    teknologi dan inovasi. Oleh itu, usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang

    berterusan sentiasa dilakukan oleh pihak kerajaan dan swasta bagi menyediakan

    perkhidmatan yang terbaik dan memenuhi cita rasa pengguna. Teknologi moden

    bukan sahaja dibangunkan melalui R&D yang berlaku dalam Negara malahan ada

    juga teknologi yang diimport dari luar Negara. Secara jelas teknologi komunikasi

    yang berkembang dengan pesat di Malaysia amat membantu perkembangan sektor

    perkhidmatan yang lain seperti sektor pelancongan, pengangkutan, kewangan dan

    utiliti.

  • 8/13/2019 168147174-Ekonomi-guna-tenaga

    19/23

    19

    7.0 CADANGAN DAN LANGKAH

    Bagi meningkatkan guna tenaga dalam sektor perkhidmatan

    kerajaan, kerajaan perlu melaksanakan Dasar Gaji Miminum Kebangsaan.

    Pelaksanaan dasar ini selaras dengan hala tuju kerajaan untuk merealisasikan Model

    Ekonomi Baru (MEB) yang berteraskan ekonomi berpendapatan tinggi dan usaha

    mempertingkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah. Penetapan dasar

    gaji minimum dapat mempertingkatkan guna tenaga dalam sektor perkhidmatan

    kerajaan.

    Selain itu, untuk meningkatkan guna tenaga dalam sektor

    perkhidmatan kerajaan, kerajaan perlu memperkasakan pendidikan luar bandar. Hal

    ini dapat meningkatkan kualiti pendidikan di kawasan luar bandar supaya

    pencapaian pendidikan di setiap kawasan adalah sama rata atau hampir sama tanpa

    adanya perbezaan yang begitu ketara. Dalam hal ini, pihak kerajaan telah

    mewujudkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) bagi mengatasi

    permasalahan ini agar generasi yang dididik mampu mengangkat negara ke mercu

    kejayaan selaras dengan matlamat Wawasan 2020. Antaranya, memperbaiki sistem

    pendidikan di sekolah luar bandar, mengubah persepsi ibu bapa terhadap sistem

    persekolahan yang diperkenalkan, mempertingkatkan bahan bantu mengajar

    berbentuk teknologi, mewujudkan iklim persekolahan yang selesa, dan sebagainya.

    Seterusnya, bagi mengurangkan pengangguran di Malaysia kerajaan

    perlu memperbanyakkan peluang pekerjaan dalam sektor - sektor primer, sekunder

    dan tertier. Justeru itu, usaha-usaha yang lebih giat akan dijalankan bagi

    melengkapkan mereka dengan kemahiran-kemahiran yang sesuai untuk

    memudahkan mereka memperolehi pekerjaan. Selain itu, kerajaan perlu terus

    menyediakan perkhidmatan dan maklumat pasaran buruh yang baik dan akan

    mengawasi arah aliran pasaran buruh dengan teliti. Tumpuan atau kecenderungan

    pencari kerja kepada pekerjaan kolar putih perlu diubah supaya selaras dengan

    bertambahnya keperluan terhadap kerja mahir. Di samping itu, bekerja sendiri perlu

    diberi penekanan memandangkan keadaan ekonomi yang lembab. Perubahan sikap

    juga perlu seperti tenaga buruh yang baru memasuki pasaran buruh perlu lebih

    berdikari, berdaya usaha dan mempunyai sikap bersaing.

  • 8/13/2019 168147174-Ekonomi-guna-tenaga

    20/23

    20

    8.0 RUMUSAN KAJIAN

    Kemajuan tidak dapat dicapai oleh mana-mana negara tanpa memiliki guna

    tenaga yang berkualiti dan berkemahiran tinggi yang mampu bertindak balas dengan

    cekap dan kreatif terhadap perubahan ekonomi yang berlaku. Hal ini demikian

    kerana guna tenaga yang berkualiti dan berkemahiran tinggi serta pertumbuhan

    guna tenaga yang berterusan merupakan asas penting kepada ekonomi Malaysia

    bagi mencapai aspirasi negara dalam mentransformasikan ekonomi daripada negara

    berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi. Kerajaan telah

    mensasarkan untuk mencapai 60 % daripada ekonomi negara berpunca dari sektor

    perkhidmatan. Yang berupaya menjana pendapatan yang tinggi dan mencapai

    pendapatan per kapita rakyat USD 15,000 pada tahun 2020

    Dapat dirumuskan disini bahawa peningkatan guna tenaga dalam sektor

    perkhidmatan kerajaan disebabkan oleh pembangunan ekonomi negara telah jauh

    maju ke hadapan dan menjana peningkatan peluang pekerjaan dalam negara.

    Peningkatan permintaan isi rumah terhadap produk perkhidmatan melonjakkan

    pertumbuhan hasil sektor perkhidmatan dan melalui kesan rantaian dengan aktiviti

    ekonomi yang lain membawa kepada eksternaliti dalam pasaran domestik. Lantaran

    itu, ia telah membuka lebih luas peluang pekerjaan dalam pasaran buruh sektor

    perkhidmatan.

    Seterusnya, hasil kajian turut menunjukkan peratusan pertumbuhan tahunan

    guna tenaga dalam sektor perkhidmatan di Malaysia mengalami pertumbuhan yang

    positif dari tahun 2000 hingga 2012 mencerminkan keperluan kepada guna tenaga

    dalam sektor perkhidmatan yang semakin penting dan diperlukan dalam ekonomi

    negara. Pertumbuhan guna tenaga dalam sektor perkhidmatan didapati lebih

    memberangsangkan jika dibandingkan dengan sektor-sektor lain dalam ekonomi

    negara Malaysia.

    Seterusnya, penurunan kadar pengangguran disebabkan kerajaan telah menyekat

    kemasukan pekerja asing ke negara kita bagi memberi laluan kepada pekerja

    tempatan untuk mendapatkan pekerjaan mengikut kelayakan seseorang pekerja

    tersebut. Tindakan kerajaan ini telah mengurangkan kadar pengangguran dan

    meningkatkan pendapatan seseorang individu tersebut.

  • 8/13/2019 168147174-Ekonomi-guna-tenaga

    21/23

    21

    Kesimpulannya, penurunan kadar pengangguran menyebabkan peningkatan

    guna tenaga dalam sektor perkhidmatan kerajaan semakin meningkat. Namun

    begitu, pelbagai langkah dan usaha perlu dijalankan oleh negara bagi meningkatkan

    ekonomi pada tahap yang lebih tinggi dalam usaha mencapai matlamat untuk

    melahirkan guna tenaga yang berkualiti dan berkemahiran tinggi setanding dengan

    guna tenaga di negara-negara maju yang lain.

    Tidak dapat inafikan lagi bahawa sektor perkhidmatan merupakan enjin

    pertumbuhan ekonomi baharu dalam mana-mana Negara di dunia ini terutama di

    Negara maju atau developed nation dan Malaysia termasuk dalam kategori

    middle income trap. Keadaan ini berlaku kerana FDI (foreign direct investment)

    lebih berminat untuk melabur di Negara yang mempunyai kos buruh yang rendah

    seperti di China dan Vietnam. Oleh itu, bagi meningkatkan sektor perkhidmatan

    sebagai new engine of growth tidak dapat dielakkan lagi oleh negara seperti

    Malaysia..

    Secara ringkasnya, mutu perkhidmatan berkait rapat dengan trust and

    commitment yang akhirnya akan membawa kepada satu mutu perkhidmatan yang

    diyakini dan membentuk sifat setia para pengguna perkhidmatan yang disediakan.

    Sementara itu, untuk mencapai kualiti mutu perkhidmatan yang diingini maka

    penyedia perkhidmatan wajib melihat dua dimensi utama iaitu :

    1. Dimensi techinality iaitu memberi perkhidmatan seperti yang dijanjjikan

    iatu lebih baik.

    2. Dimensi functionality iaitu faktor-faktor seperti professionalism,

    promptness dan tindak balas yang memainkan peranan dan pelbagai lagi

    faktor luaran yang memainkan peranan dalam membentuk keadaan yang

    memungkinkan kita bedara dalam kelompok yang berdaya saing dan

    dikatakan berada dalam kategori move up value chain.

  • 8/13/2019 168147174-Ekonomi-guna-tenaga

    22/23

    22

    9.0 RUJUKAN

    a) Internet

    http://www.treasury.gov.my/ (1 Julai 2013, 4.15 p.m.)

    http://freepdfdb.org/pdf/memperkasakan-pendidikan-luar-bandar-about-iium-

    repository-29645722.html (3 Julai 2013, 10.45pm)

    http://www3.pmo.gov.my/rancanganweb/rancangan1.nsf/0/edc94c433296e5814825

    674b0032eb63?OpenDocument (23 Julai 2013, 10.35 p.m.)

    http://blog.mohr.gov.my/(23 Julai 2013 11.10 p.m.)

    http://www.pmr.penerangan.gov.my ( 3 Julai 2013, 9.10 p.m.)

    http://www.efk.utm..my ( 4 Julai 2013, 1.15 a.m.)

    b) Buku

    Suhiliah Mohd Salleh. 2013. Ekonomi Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn.

    Bhd.

    Rahmah Ismail. 1996. Model Manusia dan Perolehan Buruh. Kuala Lumpur. Dewan

    Bahasa dan Pustaka.

    Kementerian Kewangan Malaysia,2004, Laporan Ekonomi 2004/2005. Kuala

    Lumpur. Percetakan nasional Malaysia Berhad cawangan Kuala Lumpur.

  • 8/13/2019 168147174-Ekonomi-guna-tenaga

    23/23

    23

    LAMPIRAN

    Formula yang digunakan

    Guna tenaga

    100

    1 00

    100