16 kertas cadangan kursus kepimpinan pengawas sekolah 2016

Upload: cristito-kualah

Post on 07-Mar-2016

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ubk

TRANSCRIPT

KERTAS CADANGAN KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH 2016SKK SK ST. ANNE, W.P LABUAN1.0 Pengenalan Pengawas-pengawas sekolah dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Disipilin Sekolah untuk membantu guru mengawal dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan peraturan-peraturan sekolah. Pengawas-pengawas ini akan menjadi role model kepada murid-murid lain di sekolah. Oleh itu perlulah diterapkan nilai-nilai murni dan sikap bertanggungjawab di dalam diri pengawas-pengawas ini. Selain program ini, InsyaALLAH U/BK akan merangka dan menyusun program susulan serta beberapa program lain untuk melihat perkembangan dan sebagai pengukuhan terhadap pelaksanaan tugasan pengawas di sekolah.

2.0 Matlamat Ke arah meningkatkan kesedaran tentang kebolehan, keupayaan , dan membina semangat keyakinan diri untuk menjadi seorang pemimpin yang berdisiplin, beramanah dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.

3.0 Rasional Kursus kepimpinan ini dianjurkan bertujuan menerapkan nilai-nilai kepimpinan yang berkesan dalam menjalankan tugas-tugas sebagai seorang pengawas sekolah. Bersesuaian dengan cabaran pada alaf baru ini, pengawas-pengawas sekolah perlu ditanam dengan kekuatan mental, fizikal dan spiritual bagi menghadapi cabaran dalam melaksanakan tugas-tugas yang akan diamanahkan kepada mereka. 4.0 Objektif Pada akhir kursus ini para pengawas dapat :4.1 Mengetahui tugas dan peranan sebagai seorang pengawas. 4.2 Mengetahui dan mendalami peraturan-peraturan sekolah.4.3 Menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dengan lebih berkesan. 4.4 Mendisiplinkan diri dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan.

5.0 Sasaran Program Kumpulan sasaran utama kursus ini ialah pengawas-pengawas Tahun 4, 5, & 6 seramai 40 orang peserta. 6.0 Anjuran Unit Bimbingan Dan Kaunseling SKK SK St. Anne, W.P Labuan.

7.0 Pelaksanaan Tarikh : 04 Mac 2016Hari : Jumaat Tempat : Datararan Mesra SKK SK St. Anne.

8.0 PerbelanjaanBilPerincian ProgramKos Aktiviti

1.Makan dan Minum

a. Murid RM 5 X 80 Org

b. GuruRM 6 X 10 Org

RM 480.00

RM 60.00

JumlahRM 530.00

9.0 Ahli Jawatankuasa

JAWATANKUASA KERJAPROGRAM KEPIMPINAN PENGAWASSKK SK ST ANNE W.P LABUAN 2016

Pengerusi: Cik Shim Ching Teo (Guru Besar)Naib Pengerusi I: Pn. Shamsuria Ebni (GPK Hal Ehwal Murid)Naib Pengerusi II: Pn. Amrel @ Martinah Yubai (GPK Kurikulum)Naib Pengerusi III: Pn. Nursyafeena @ Josephine James Adong(GPK Kokurikulum)Setiausaha: Cik Kamaliah Bte Md. Yusop Timb Setiausaha: Pn Nor Adliha Bte MohamedPendaftaran: Cik Nuratiqah Bte Ahmad Zaki Cik Nor hani Bte MisbahPeralatan Ceramah: En. Lau Lee Soh Cik Diana Farahdilla Bte FadliPersiapan Dewan: Pn. Muharna Bte Shariff Mucklie Pn. Khatijah Bte Lamudin Pn. Surianty Bte DarsaMakan/Minuman Murid: Pn. Jainah Bte Timbang Cik Yusnira Bte AbdullahKebersihan/Keselamatan: Semua Guru

11.0 Penutup Diharapkan selepas mengikuti kursus ini, pengawas-pengawas yang dilantik untuk menjalankan tugas di Sekolah Kebangsaan Tualang Sekah, Malim Nawar akan lebih bersedia menjalankan tugas-tugas yang akan diamanahkan kepada mereka. Semoga apa yang diusahakan ini akan membuahkan hasil yang membanggakan semua pihak.

Disediakan oleh, Disokong/Tidak disokong,

(KAMALIAH BTE MD.YUSOP) (SHIM CHING TEO) Guru Bimbingan Dan Kaunseling Guru BesarSKK Sk St Anne, W. P Labuan. SKK SK St Anne, W.P Labuan.

Ikrar PengawasKAMIPENGAWAS-PENGAWAS SKK SK ST. ANNE DENGAN INI BERIKRAR: BAHAWA KAMI AKAN MENJALANKAN SEGALA TUGAS KAMI DENGAN ADIL JUJUR DAN IKHLAS. KAMI BERJANJI AKAN PATUH KEPADA PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARAKAMI JUGA BERJANJI AKAN SENTIASA MEMATUHI SEGALA PERATURAN SEKOLAH DAN ARAHAN GURU-GURU KAMI. KAMI JUGA AKAN SENTIASA BEKERJASAMA /DENGAN GURU-GURU UNTUK MEWUJUDKAN DISIPLIN YANG BAIK DI SEKOLAH INI.KAMI AKANBERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MENJAMIN DISIPLIN SEKOLAH INI DIPATUHI OLEH SEMUA PELAJAR. KAMI JUGA AKAN SENTIASA BERUSAHA MENINGGIKAN MUTU PELAJARAN KAMI DEMI MENJAGA NAMA BAIK IBU BAPA/GURU-GURU DAN SEKOLAH KAMI