document1

7
PENDAHULUAN 1. Idea penubuhan Malayan Union muncul berdasarkan Piagam Atlantik yang ditandatangani oleh Winston Churchill iaitu Perdana Menteri Britain dengan Roosevelt Presiden Amerika Syarikat pada Ogos 1941. 2. MU dilaksanakan selepas British kembali ke Tanah Melayu setelah Perang Dunia Kedua tamat dan mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu. 3. Penentangan terhadap perlaksanaan MU didorong oleh beberapa faktor dan orang Melayu menggunakan pelbagai cara untuk menentangnya. ISI-ISI A. Sebab-sebab penentangan 1. Kedaulatan dan kuasa sultan terancam i. Dalam kerajaan MU, kedudukan sultan dikekalkan tetapi kuasa mereka dikurangkan. ii. Raja hanya menjadi ketua agama dan adat istiadat sahaja. iii. Kuasa pentadbiran di tangan Gabenor yang mempunyai kuasa pembatal(veto) iv. Gabenor MU menjadi Pengerusi Majlis Islam – menjatuhkan maruah dan kesucian Agama Islam kerana orang bukan Islam menjadi pengerusi. v. Orang Melayu bimbang sultan kehilangan kuasa politik dan hak keistimewaan

Upload: zarinamddesa

Post on 15-Sep-2015

228 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

PENDAHULUAN

1. Idea penubuhan Malayan Union muncul berdasarkan Piagam Atlantik yang ditandatangani oleh Winston Churchill iaitu Perdana Menteri Britain dengan Roosevelt Presiden Amerika Syarikat pada Ogos 1941.2. MU dilaksanakan selepas British kembali ke Tanah Melayu setelah Perang Dunia Kedua tamat dan mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu.3. Penentangan terhadap perlaksanaan MU didorong oleh beberapa faktor dan orang Melayu menggunakan pelbagai cara untuk menentangnya.

ISI-ISI

A. Sebab-sebab penentangan

1. Kedaulatan dan kuasa sultan terancami. Dalam kerajaan MU, kedudukan sultan dikekalkan tetapi kuasa mereka dikurangkan.ii. Raja hanya menjadi ketua agama dan adat istiadat sahaja.iii. Kuasa pentadbiran di tangan Gabenor yang mempunyai kuasa pembatal(veto)iv. Gabenor MU menjadi Pengerusi Majlis Islam menjatuhkan maruah dan kesucian Agama Islam kerana orang bukan Islam menjadi pengerusi. v. Orang Melayu bimbang sultan kehilangan kuasa politik dan hak keistimewaanvi. tidak rela sultan dilucutkan kuasa politik di negeri mereka sendiri. kehilangan kuasa sultan akan menyebabkan status Tanah Melayu bertukar menjadi tanah jajahan British

2. Pemberian taraf kerakyatani. Prinsip kerakyatan berdasarkan jus soli menebalkan sentiment benci orang bukan Melayu terutamanya kaum Cina. ii. syarat kerakyatan yang terlalu longgar membolehkan orang bukan Melayu mendapat hak yang sama dengan orang Melayu.iii. Orang Melayu meragui taat setia orang Cina dan India kerana sebelum Perang Dunia Kedua semangat nasionalisme mereka terarah ke negara asal masing-masing.iv. Perlaksanaan MU akan mengakibatkan kira-kira 85% orang Cina dan 75% orang India mendapat taraf kewarganegaraan Tanah Melayu.

3. Cara Mac Micheal mendapatkan tandatangan sultani. Mac Micheal dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan sultan. Beliau mendapatkan persetujuan secara paksaan ugut sultan akan dilucutkan jawatan atas alasan bekerjasama dengan Jepun menentang British semasa Perang Dunia Kedua.ii. Mac Micheal tidak memberi masa dan peluang kepada sultan untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri dan pembesar masing-masing.iii. Orang Melayu marah kerana Mac Micheal tidak menerangkan syarat gagasan MU secara terperinci serta mendapatkan pandangan daripada raja-raja Melayu terlebih dahulu sebelum sultan menandatangani perjanjian.

B. Reaksi orang Melayu dan bukan Melayu terhadap cadangan Malayan Union pada tahun 1946.

1. Reaksi Orang Melayui. jelas menentang MUii. penentangan berasaskan dua tahap : secara individu dan secara kolektifiii. cara individu dilakukan melalui tulisan dalam akhbar, perutusaniv. cara kolektif termasuklah melalui persatuanv. orang Melayu melakukan demonstrasi besar-besaranvi. Persatuan Melayu Kelantan berjaya menganjurkan perhimpunan seramai 10,000 orang menentang MU 15 Disember 1946.vii. penentangan terhadap MU dianjurkan oleh persatuan-persatuan Melayu hingga akhirnya membawa kepada penubuhan UMNOviii. boikot dianjurkan bagi menentukan MU tidak dilaksanakanix. orang Melayu menentang MU keranaa. tidak diminta pendapat dan pandangan sedangkan MU akan menentukan kehidupan mereka. b. Sultan diugut dan dipaksa menandatangani penerimaan MUc. Kandungan Perlembagaan MU terutama tentang kewarganegaraan tidak memuaskan hati orang Melayud. Sultan kehilangan kuasa secara mutlak

2. Reaksi Orang Bukan Melayui. ini disebabkan kandungan perlembagaan MU banyak memihak kepada mereka terutama hal berkaitan kerakyatan. ii. reaksi mulai timbul apabila rancangan MU ditangguhkaniii. orang Cina dan India mula melihat British menipu mereka lalu menunjukkan penentangan bersifat kolonialiv. melahirkan bantahan melalui akhbar cina dan menubuhkan Malayan Demokratik Union ( pertubuhan berhaluan kiri )v. bantahan orang Cina dipusatkan kepada sebuah pertubuhan iaitu Pan-Malayan Council of Joint Action - bertukar kepada All Malayan Council of Joint Actionvi. AMCJA ditubuhkan Disember 1946 , dipengerusikan oleh Tan Cheng Lock 400,000 ahli.vii. Memperjuangkan 6 prinsipviii. penyatuan Tanah Melayu dengan Singapuraix. ii. anggota Dewan Undangan Pusat dipilih oleh rakyatx. hak yang sama bagi semua kaum yang menganggap Tanah Melayu sebagai tanah air dan mengaku taat setia.xi. Kedaulatan raja-raja Melayu dikekalkan sebagai raja berpelembagaan menerima nasihat dari badan berunsur demokrasixii. Perkara berkaitan agama Islam dan adat resam Melayu diletakkan di bawah tanggungjawab orang Melayu sahaja.xiii. Perhatian khas diberi untuk memperbaiki soal kemunduran orang Melayu.xiv. g. orang Cina di Tanah Melayu yang menjadi ahli koumintang lebih memberi tumpuan kepada perkembangan politik negara China - menganggap penerimaan MU membatalkan kebangsaan Negara China secara automatik.xv. Bagi kaum India tidak berminat langsung dengan keadaan politik Tanah Melayu pada awalnya - menumpukan perhatian kepada keadaan politik di India dan perjuangan parti Kongres India. xvi. sikap mulai berubah setelah UMNO dan orang Melayu mendesak supaya British meminda peruntukan tentang kerakyatan - mereka menuntut hak kerakyatan yang sama.

C. Cara-cara penentangan

1. Tunjuk perasaan secara besar-besaran di seluruh negarai. 15 Dis 1945 - demonstrasi anjuran Persatuan Melayu Kelantanii. 19 Jan 1946 - demonstrasi Persatuan Melayu Kedahiii. 01 Feb 1946 - Persatuan Melayu Kelantan anjur satu lagi demonstrasi.iv. 10 Feb 1946 - demonstrasi di Johor termasuk kaum wanita

2. Kongress Melayu Se Malayai. oleh Dato Onn Jaafar dan Persatuan Melayu Selangorii. dihadiri oleh 107 wakil dan 56 pemerhati dari 42 pertubuhan Melayu.iii. 29 dan 30 Mac 1946 kongress Melayu Se Malaya mengadakan mesyuarat tergempar dan mencapai beberapa persetujuan.iv. orang Melayu mesti bersatupadu menentang MUv. raja-raja Melayu, ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan orang Melayu akan memulaukan upacara pengisytiharan MU sebagai tanda bantahan.vi. kongress bersetuju menubuhkan sebuah parti politik yang kuat untuk menentang MU.vii. kongress mahu British menarik balik MU dan mengekalkan Tanah Melayu seperti sebelum 1941.

3. Sokongan bekas pegawai Britishi. bekas pegawai British seperti Frank Swettenham, George Maxwell dll bersimpati dengan nasib orang Melayu apabila MU dilaksanakan.ii. Mereka menulis dalam akhbar Times - menyatakan kekesalan terhadap pengenalan perlembagaan MU yang tidak sesuai dengan Tanah Melayu.

KESIMPULAN

Rancangan MU telah menunjukkan reaksi yang berbeza antara orang Melayu dengan bukan Melayu. Reaksi timbul kerana alasan yang berbeza. Reaksi orang Melayu dan bukan Melayu membawa kepada pembatalan MU dan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu. Penentangan orang Melayu terhadap MU beroleh kejayaan MU akhirnya dibubarkan dan digantikan dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.