document1

3
1) ALUAN PENGERUSI Bismillahirrahmanirrahim · Yang berusaha · Yang Berusaha, · Yang Dihormai · Yang Dihormai · Yang Dihormai Assalamualai!um "b, salam se#ahera $an salam 1%ala&sia' Bersong!o! bersam(in sega! berseri Berba#u !urung anggun #elia %a#lis ramah mesra ai$il ri Bersamalah !ia merai!ann&a *uih bahulu ra$isi !ia *eu(a ren$ang (embu!a selera +angan $ihulur maa $i(ina Agar u!h"ah er#alin mesra -.) Alham$ulillah, s&u!ur !e ha$ra Ilahi !erana $engan lim(ah !urniaN&a #ua ma!a !ia masih $iberi!an !esem(aan unu! menghiru( u$ara S&a"al seelah sebulan Rama$han !ia ber(uasa' S&u!ur #uga !erana !ia sama/ sama $a(a ber!um(ul $i De"an Seri 0ernih &ang eria ini unu! merai!an ma#lis Sambuan hari ra&a Ai$il ri (ering!a se!olah bagi ahun 2312' -4) D5A 6a$irin/ha$ira &ang $ihormai se!alian %a#lis sambuan hari ra&a Ai$il ri ini, !ia mula!an $engan muna#a $oa memohon resu $ari &ang maha Esa' %a#lis mem(ersila!an Usa7

Upload: tt8181

Post on 02-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

teks pengacara

TRANSCRIPT

1) ALUAN PENGERUSIBismillahirrahmanirrahimYang berusaha Yang Berusaha,

Yang Dihormati

Yang Dihormati

Yang Dihormati

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Bersongkok bersampin segak berseriBerbaju kurung anggun jelitaMajlis ramah mesra aidil fitriBersamalah kita meraikannya

Kuih bahulu tradisi kitaKetupat rendang pembuka seleraTangan dihulur maaf dipintaAgar ukhwah terjalin mesra

(3)Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di Dewan Seri Jernih yang ceria ini untuk meraikan majlis Sambutan hari raya Aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun 2012.

(4) DOAHadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Ustaz __________________ bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan al-fadzil ______________

terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.

(5)UCAPAN PENGETUAHadirin hadirat , yang dikasihi sekalian,

Lemang dihidang enak rasanyaNasi arab pilihan kitaBingkisan kata bingkisan raya_____________________ bermadah kata

Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang berusaha, ______________________________ untuk menyampaikan sepatah dua kata.

Dipersilakan.

(6) JAMUAN

Ketupat lemang nasi impit laksaMi kuah bihun sup tidak dilupaKek dan biskut tersedia di mejaTunggu apa lagi jom kita jamu selera

Dipersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk menikmati juadah yang telah sedia dihidangkan.Tetapi sebelum itu, saya akan serahkan majlis ini dahulu kepada ________________________ untuk meneruskan acara.

(7)PERSEMBAHAN:

Awan bersua citra berkisahUkiran sukma kilauan kelisaSambil berbual nikmati juadahPersembahan pelajar ceria acara

Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya yang akan didendangkan oleh pelajar.

{1}Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{2}Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{3}[Che Faridah]

Terima kasih diucapkan kepada __________________________

Demikian tadi berakhirnya persembahan pelajar. Terima kasih sekalung budi diucapkan kepada semua pelajar yang menjayakan persembahan itu tadi.

(8) PENUTUPMajlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua hadirin atas kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.

Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.