151494868 penulisan jurnal reflektif1

12
FALKUTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITY MALAYSIA KUALA LUMPUR HBEF 2703 PENDIDIKAN KOKURIKULUM TAJUK TUGASAN: PENULISAN JURNAL REFLEKTIF T1A4 NAMA : OLIVIA CHONG YEE LING NO.K/P: 820615135424 NO MATRIK : 820615135424001 SEMESTER : JANUARI 2013

Upload: adang30

Post on 13-Sep-2015

227 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

reflektif

TRANSCRIPT

HBEF 2703 PENDIDIKAN KOKURIKULUM

FALKUTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

KUALA LUMPUR

HBEF 2703

PENDIDIKAN KOKURIKULUM

TAJUK TUGASAN: PENULISAN JURNAL REFLEKTIFT1A4NAMA : OLIVIA CHONG YEE LINGNO.K/P: 820615135424

NO MATRIK : 820615135424001

SEMESTER : JANUARI 2013

ISI KANDUNGANPERKARA

MUKA SURAT1.0 Pengenalan 22.0 Catatan Jurnal Reflektif terhadap aktiviti yang telah 3

dijalankan

2.1 Kelemahan 32.1.1 Sebelum pertandingan dijalankan 32.1.2 Semasa pertandingan dijalankan 42.1.3 Selepas pertandingan dijalankan 42.2 Kelebihan sebelum, semasa dan selepas pertandingan 42.3 Cara mengatasi kelemahan dan tindakan susulan 53.0 Kesimpulan 61.0 Pengenalan

Penulisan Jurnal Reflektif adalah amat penting untuk guru menilai dan membantu mereka memperbaiki kelemahan dan berusaha mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang timbul semasa menjalankan sesuatu aktiviti. Menurut Woolfolk (1995), refleksi adalah satu pemikiran secara mendalam di mana seseorang itu akan memikirkan atau merenung semula situasi yang telah dilalui untuk menganalisis apa yang telah dilakukan dan mengapa dilakukan sedemikian.

Sebagai seorang guru penyelaras dalam apa jua kegiatan kokurikulum, guru perlulah sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada pengalaman yang telah dilalui. Guru juga perlu boleh menghubung kaitkan apa yang dipelajari atau dialami dengan tugas dan kehidupan harian agar pemahaman yang lebih dapat disampaikan kepada para murid.

Dengan penilaian dibuat terhadap aktiviti yang dijalankan ini, ia pastinya dapat membantu meningkatkan prestasi ahli terhadap sesuatu aktiviti itu. Kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti dapat diatasi dengan lebih berkesan dan ia membantu guru memahami masalah yang dihadapi dan cuba membantu ahli menyelesaikannya.

Selain itu, guru perlu melihat sesuatu isu, situasi atau masalah dari pelbagai perspektif agar penyelesaian terbaik dapat dibuat dengan lebih sistematik. Guru perlu berusaha memperbetulkan sebarang kesilapan dan perlakuan semasa merancang dan melaksanakan aktiviti mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Di samping itu, guru perlu mempelajari daripada apa yang dibuat agar memberi makna kepadanya dalam konteks peribadi, profesion, masyarakat dan Negara.2.0 Catatan Jurnal Reflektif terhadap aktiviti yang telah dijalankan2.1 Kelemahan

2.1.1 Sebelum pertandingan dijalankanAntara kelemahan yang berlaku sebelum pertandingan bercerita dan pertandingan syarahan ialah tarikh pertandingan yang dirancang dan ditetapkan pada 12 April 2013 perlu ditundakan. Di mana pada tarikh berkenaan, saya sebagai pengerusi pertandingan perlu menduduki peperiksaan OUM. Oleh itu, dalam mesyuarat perkembangan pada hari 22 Mac 2013 telah membuat keputusan bahawa tarikh pertandingan ditunda kepada 17 April 2013.

Selain itu, kelemahan yang berlaku sebelum pertandingan bercerita dan pertandingan syarahan ialah masalah penyediaan hadiah. Dalam mesyuarat perkembangan, guru besar telah membuat keputusan untuk menambah satu hadiah sagu hati bagi pertandingan tersebut. Di mana guru yang menyediakan hadiah terpaksa memyediakan satu lagi hadiah sagu hati.

Kelemahan yang seterusnya ialah masalah penyertaan murid terutamannya murid Tahun Enam yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR sekitar bulan September nanti. Kelas tambahan diadakan pada setiap hari dan mereka terpaksa juga menyertai latihan pertandingan pada tarikh ayng ditetapkan. Oleh itu, ini telah membebankan lagi murid-murid tersebut. Kelemahan yang seterusnya ialah kekurangan guru yang menjadi pelatih kepada peserta kerana sekolah kami merupakan sekolah SKM. Di mana semua guru juga menjalankan tugas khas masing-masing contohnya guru penasihat kelab lain yang turut menjalankan aktiviti atau pertandingan masing-masing.

Di samping itu sekolah ini tidak mempunyai ruang dan masa yang sesuai untuk berlatih bercerita dan syarahan kecuali selepas waktu persekolahan. Di mana ia juga menimbulkan masalah penghantaran peserta yang terlibat dalam latihan bercerita dan syarahan untuk balik ke rumah masing-masing. Selain itu, ia juga memerlukan kebenaran ibu bapa dan guru besar.2.1.2 Semasa pertandingan dijalankan

Antara kelemahan yang dapat dikesan semasa pertandingan bercerita dan syarahan sedang berlangsung ialah masalah PA system yang digunakan menghadapi masalah antaranya suara yang tidak begitu jelas dan kadang-kadang suara pengacara majlis langsung tidak keluar. Ini menyebabkan kelancaran perjalanan pertandingan bercerita dan syarahan terjejas sedikit. Kelemahan yang terakhir ialah kurangnya sambutan daripada ibu bapa yang datang ke pertandingan bercerita dan syarahan. Ini menyebabkan suasana pertandingan bercerita dan syarahan tidak begitu meriah kerana kurangnya penonton terutama ibu bapa. Puncanya ialah masalah pengangkutan ke sekolah dan ada antara ibu bapa murid yang bekerja pada waktu itu jadi menyukarkan mereka untuk hadir menyaksikan anak-anak mereka pertandingan bercerita dan syarahan.2.1.3 Selepas pertandingan dijalankan.Antara kelemahan yang berlaku selepas pertandingan bercerita dan syarahan berakhir ialah masalah kebersihan yang tidak begitu memuaskan. Ada antara murid yang membuang sampah di kelas yang digunakan sebagai tempat pertandingan. Di samping itu ada juga murid yang tidak bekerjasama apabila diarahkan memungut sampah. Mereka tidak mengendahkan arahan guru sebaliknya melarikan diri. Akhirnya guru sendiri mengemaskan tempat pertandingan tersebut.2.2 Kelebihan sebelum, semasa dan selepas pertandinganWalaupun banyak kelemahan namun ada juga kelebihan-kelebihan. Di sini saya akan merumuskan kelebihan secara keseluruhan iaitu kelebihan sebelum,semasa dan selepas pertandingan bercerita dan syarahan berlangsung.

Antara kelebihan yang pertama sekali ialah semangat menyertai pertandingan yang sangat tinggi yang ditunjukkan oleh murid terutamanya dari segi kehadiran yang amat baik dan mereka hadir lebih awal daripada guru. Begitu semangat yang mereka tunjukkan sewaktu latihan. Walaupun tidak ada ruang dan masa yang sesuai, mereka tetap juga mahu berlatih dalam kelas yang serba sempit.Begitu juga dengan kerjasama guru yang sanggup hadir untuk latihan selepas waktu persekolahan. Walaupun ada guru yang mempunyai komimen yang lain tetapi sanggup turun untuk melatih murid. Bukan sahaja guru malah pentadbir sekolah terutamanya guru besar telah memberikan komitmen dalam pertandingan terutama dari segi penyediaan kewangan untuk pertandingan bercerita dan syarahan. Contohnya memberi sumbangan sebanyak RM 150.00 untuk kegunaan membeli piala untuk pertandingan. Di mana ini tidak lagi menyukarkan guru untuk mencari sumber kewangan.

Ibu bapa juga bekerjasama dengan pihak sekolah terutamanya memberi kebenaran kepada anak-anak mereka untuk hadir bagi menghadiri latihan bercerita dan syarahan. 2.3 Cara mengatasi kelemahan dan tindakan susulan

Antara cara mengatasi masalah PA sistem yang kurang memuaskan, pihak sekolah harus meminjam dari sekolah yang berdekatan terutamanya sekolah menengah yang mempunyai kelengkapan PA sistem yang baik. Dengan cara ini masalah PA sistem ini dapat selesaikan. Manakala masalah tempat dan masa latihan yang terhad boleh diatasi dengan cara memberi peranan kepada semua guru untuk melatih peserta-peserta kelas masing-masing secara bergiliran selepas waktu persekolahan.

Begitu juga pernubuhan AJK disiplin semasa pertandingan dan selepas pertandingan amat diperlukan. AJK displin ini bertanggungjawab untuk mengawasi murid agar sikap dan kelakuaan mereka dijaga semasa berada di tempat pertandingan. Bagi memeriahkan lagi pertandingan bercerita dan syarahan, sekolah dan pihak pentadbir perlu memberi surat jemputan kepada semua ibu bapa supaya semua ibu bapa menghadiri pertandingan bercerita dan syarahan sekolah ini. Selain itu, guru boleh berbincang dengan pihak pentadbir sekolah supaya aktiviti pertandingan bercerita dan syarahan boleh diadakan dalam hujung minggu supaya semua ibu bapa boleh menghadiri pertandingan tersebut.

Kesimpulannya dengan adanya kerjasama pentadbir, guru dan murid sekolah ini, segala kelemahan ini akan dapat diatasi. Segala yang baik juga haruslah diteruskan.

3.0 Kesimpulan

Aktiviti kokurikulum adalah amat penting dan seharusnya dijalankan di setiap sekolah. Dalam meningkatkan pencapaian dalam aktiviti yang dijalankan melalui kegiatan kokurikulum ini, guru berperanan untuk memastikan perancangan dan aktiviti berjalan dengan lancar dan teratur.

Melalui aktiviti yang dijalankan sepanjang penggal pertama ini, pelbagai kemahiran dan pengalaman telah di perolehi oleh ahli-ahli Persatuan Bahasa Cina ini. Semangat dan nilai-nilai murni dapat diterapkan melalui aktiviti yang dijalankan. Melalui pengalaman yang didedahkan, ahli-ahli diberikan ilmu, kemahiran, bimbingan serta latihan yang merupakan nilai tambah untuk mereka mencapai kecemerlangan diri.

Di samping itu, kegiatan kokurikulum ini dapat membantu murid-murid meningkatkan prestasi serta memberi peluang yang lebih luas untuk mereka mempelajari ilmu-ilmu baru atau luar bilik dajah. Bimbingan daripada guru semasa mereka mengikuti kokurikulum dapat melahirkan murid yang lebih berdisiplin dan berkeyakinan tinggi.

Oleh itu, peranan kokurikulum amatlah penting. Ia bukan sahaja sebagai kegiatan tambahan yang dibuat secara sambil lewa tetapi perlu diberi perhatian dan penglibatan yang sepenuhnya oleh murid-murid.

Diharap dengan kerjasama semua pihak, murid-murid dapat menghayati aktiviti yang dijalankan dan menanam minat dalam setiap aktiviti yang bakal dijalankan. Dengan ini, diharap penglibatan murid dalam kegiatan aktiviti dapat melahirkan insan yang seimbang dari segala segi dan membantu dalam pembangunan sekolah, masyarakat dan negara.PAGE 3