15. bm6 powerpoint

23
Proses Penerbitan Ayat Bahasa Melayu dari Segi Transformasi- Generatif Konsep Ayat Terbitan Konsep Pengguguran Felicia Erekha Anak Jampi

Upload: goh-lk

Post on 04-Oct-2015

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ffdfds

TRANSCRIPT

Proses Penerbitan Ayat Bahasa Melayu dari Segi Transformasi-Generatif

Proses Penerbitan Ayat Bahasa Melayu dari Segi Transformasi-GeneratifKonsep Ayat TerbitanKonsep Pengguguran

Felicia Erekha Anak Jampi

KONSEP AYAT TERBITANPenerbitan sesuatu ayat terhasil daripada suatu proses gramatis-melibatkan rumus transformasi. (mengubah struktur ayat, memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa.Penerbitan ayat dapat berlaku apabila adanya proses pengguguran, penyusunan semula atau perluasan dalam struktur ayat.

PROSES PENGGUGURANMelibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat tersebut.Terdapat tiga jenis pengguguran :Pengguguran frasa nama (FN) sebagai subjek.Pengguguran frasa predikat.Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif.

PENGGUGURAN FRASA NAMA SEBAGAI SUBJEKTerbahagi kepada dua jenis :

Pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah.Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.

PENGGUGURAN SUBJEK KATA GANTI NAMA DIRI ORANG KEDUA DALAM AYAT PERINTAHDalam ayat perintah, kata ganti nama diri kedua yang berfungsi sebagai subjek selalunya digugurkan.Kamu keluar Keluar !Awak semua pergi dari sini Pergi dari sini !Engkau makanlah dahulu Makanlah dahulu.

PENGGUGURAN SUBJEK YANG SERUPA DALAM AYAT MAJMUKTerdapat beberapa frasa nama sebagai subjek yang serupa atau beridentiti sama,i dalam ayat-ayat yang bergabung menjadi ayat majmuk.Subjek yang serupa tersebut boleh digugurkan kecuali subjek frasa nama di awal ayat majmuk tersebut.

CONTOH(a) Diai sangat pandai. (b) Diai rajin belajar. Diai sangat pandai kerana diai rajin belajar.

Diai sangat pandai kerana rajin belajar.

PENGGUGURAN FRASA PREDIKATTerdiri daripada dua bahagian :Pengguguran seluruh frasa predikat.Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat.

PENGGUGURAN SELURUH FRASA PREDIKATFrasa predikat terdiri daripada :Frasa KerjaFrasa NamaFrasa AdjektifFrasa Sendi NamaJika terdapat penggunaan frasa predikat yang serupa dalam ayat majmuk gabungan, kesemua frasa predikat yang serupa boleh digugurkan kecuali yang terakhir.

CONTOHFrasa kerja yang serupa.1. Kee belajar di IPSAH. Pau belajar di IPSAH.Kee dan Pau belajar di IPSAH.

2. Goh menaiki bas itu. Yi Tong menaiki bas itu.

CONTOHFrasa nama yang serupa.1. Bendera Malaysia lambang negara. Lagu kebangsaan lambang negara.

Bendera Malaysia dan lagu kebangsaanlambang negara.

CONTOH Frasa adjektif yang serupa.1. Genieve sangat rajin. Shirley sangat rajin.

Genieve dan Shirley sangat rajin.

CONTOHFrasa sendi nama yang serupa.1. Navin masih di kampung dan isterinya masih di kampung.

Navin dan isterinya masih di kampung.

PENGGUGURAN BAHAGIAN-BAHAGIAN FRASA PREDIKATBeberapa bahagian daripada frasa predikat boleh mengelami proses pengguguran. Antaranya :oleh + FN dalam ayat pasif.Kata bantu yang serupa.FN sebagai objek yang serupa.FN sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna adjektif.

CONTOHPengguguran oleh + FN dalam ayat pasif.

Dalam binaan ayat pasif, struktur oleh + FN yang mengikuti kata kerja boleh digugurkan.1. Partiban dipukul oleh bapanya. Partiban dipukul.

CONTOHPengguguran kata bantu yang serupa.Kata bantu yang serupa yang hadir dalam predikat frasa kerja dan predikat frasa adjektif boleh digugurkan sehingga tinggal satu sahaja.

1. Poovaneshi boleh menyanyi. Poovaneshi boleh menari. Poovaneshi boleh menyanyi dan Poovaneshi boleh menari. Poovanesh boleh menyanyi dan menari.

CONTOH Pengguguran FN sebagai objek yang serupa.1. Jaya memukul penjahat itu. Jaya menumbuk penjahat itu.Jaya memukul penjahat itu dan Jaya menumbuk penjahat itu.Jaya memukul dan menumbuk penjahat itu.

CONTOH Pengguguran FN sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna adjektif.

Kata kerja yang menggambarkan perasaan tertentu didahului dengan kata penguat seperti amat, sungguh, sangat dan sebagainya. Objek FN ini boleh digugurkan sekiranya terdiri daripada KGN orang pertama.

1. Kejadian itu sungguh menakjubkan kami.

Kejadian itu sungguh menakjubkan.

PENGGUGURAN FRASA NAMA YANG MENDAHULUI FRASA RELATIF

Apabila dua ayat digabungkan dengan satu ayat dipancangkan ke dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa relatif, frasa nama yang serupa yang mendahului frasa relatif boleh digugurkan.

CONTOH1. Lelaki kacak itu suami saya. Lelaki kacak itu memakai kemeja. Lelaki kacak yang memakai kemeja itu suami saya. Yang memakai kemeja itu suami saya.

CONTOHPengguguran frasa nama yang mendahului frasa adjektif dalam kedudukan sebagai objek.

1. Adiknya memilih beg itu. Beg itu biru. Adiknya memilih beg yang biru itu. Adiknya memilih yang biru itu.

TERIMA KASIH