145 faktaa

Upload: mohd-nadzri-mamat

Post on 07-Jul-2015

255 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

145 FAKTA MENARIK & MENAKJUBKAN MENGENAI AL-QURAN Yang Jarang Anda Ketahui Walaupun Membacanya Setiap Hari!Oleh : Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz 2009 Mohammad Asraff Ayob Hakcipta Terpelihara Versi 1.0

Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian isi kandungan daripada ebook ini termasuk artikel,ilustrasi dan gambar dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun sama ada fotokopi, mekanik, rakaman, cetakan, elektronik atau apa jua cara lain tanpa terlebih dahulu mendapat izin bertulis dari MOHAMMAD ASRAFF AYOB. Buktikan kecintaan dan kejujuran anda kepada Islam dengan memiliki mutiara ilmu dari ebook ini dengan cara yang dihormati dan halal. Jika anda dengan sengaja meniru, memperbanyakkan, mengedar, menjual atau melakukan cara-cara yang menafikan hak penerbit, ia akan mengakibatkan ilmu serta integriti anda akan dipertanggunjawabkan di hadapan Allah Azza Wa Jalla nanti.

Untuk mendapatkan ebook ini, sila layari : www.kaedahjibril.com Atau e-mel : [email protected] [email protected]

Prakata

. 1

Dedikasi . 2

BAB 1 : AL-QURAN (FIZIKAL) Fakta 1 Fakta 2

: Apakah maksud Al-Quran? : Surah terpanjang dan terpendek? . : Jumlah Surah Makkiyah? . : Jumlah ayat Makkiyah? : Jumlah ayat Sujud (Sajadah)? : Ayat terkandung dalamnya segala huruf Hijaiyyah?.. : Berapakah perkataan Muhammad? ..... : 10 huruf 'wau' dalam satu surah? .. : Jumlah perkataan 'Al-Quran' dalam Al-Quran? .. : Berapakah jumlah perkataan 'Taurat'? .... : Berapakah jumlah perkataan 'nasara'?...

4 4 4 4 4 5 5 5 5 6 6 6 6 6 7 7 7

: Bacaan Qiraat di Malaysia? .. : Ayat terpanjang? ..... : Jumlah Surah Madaniyyah? . : Jumlah ayat Madaniyyah? .... : Perkataan terpanjang? ... : Berapakah lafaz perkataan Allah? ... : Apakah ayat, perkataan Allah sebelah-menyebelah? ..... : Jumlah tanda tasydid dalam Fatihah? .... : Berapakah jumlah perkataan 'Injil'?

Fakta 3 Fakta 4

Fakta 5 Fakta 6

Fakta 7 Fakta 8

Fakta 9 Fakta 10

Fakta 11 Fakta 12

Fakta 13 Fakta 14

Fakta 15 Fakta 16

Fakta 17 Fakta 18

.. 7 7 8 8

Fakta 19 Fakta 20

: Berapakah jumlah perkataan 'yahudi'? ....... : Berapakah jumlah perkataan 'Jibril'?

Fakta 21 Fakta 22

... 8 8

Fakta 23 : Perkataan di tengah-tengah Al-Quran?..

Fakta 24 Fakta 25

: Perkataan lawan makna sebanyak 168 kali? : Perkataan lawan makna sebanyak 145 kali? . : Berapakah perkataan 'Syahr'? ..... : 23 huruf 'Kaf' dalam 1 ayat? ..

8 9 9 9 9 9 10 10

: Perkataan lawan makna sebanyak 88 kali? . : Berapa kalikah perkataan 'Sab'a samawaat' diulang? .. : Berapakah perkataan 'Dunya' dan 'Akhirat'? .. : 25 kata ganti nama dalam 1 ayat?...

Fakta 26 Fakta 27

Fakta 28 Fakta 29

Fakta 30 Fakta 31

Fakta 32 : Jumlah ayat 'Fabiayyi A'la'i Robbikuma Tukazziban'? ... 10 Fakta 33 : Perkataan 'fiihi' sebelah-menyebelah?... 10

BAB 2 : AL-QURAN (KANDUNGAN) Fakta 34 : 5 jenis bukit dalam Al-Quran? . Fakta 35 : 2 jenis alatan dalam Al-Quran? ... Fakta 36 : 4 jenis buah dalam Al-Quran? ..... Fakta 37 : Jenis logam dalam Al-Quran? ........ Fakta 38 : Jenis ukuran dalam Al-Quran? ... Fakta 39 : Jumlah binatang disebut dalam Al-Quran? .... Fakta 40 : Angka terbesar dan terkecil dalam Al-Quran? ... Fakta 41 : 5 jenis warna disebut dalam Al-Quran? ... Fakta 42 : Nama bulan-bulan Islam dalam Al-Quran? ..... 12 12 12 12 13 13 13 13 14

Fakta 43 : Jenis matawang disebut dalam Al-Quran? ...... 14 Fakta 44 Fakta 45

: Berapa lamakah tempoh dakwah Nabi Nuh?

. 14 14

: Siapakah Nabi yang menerima Taurat, Alwah dan Suhuf? .

Fakta 46 : Nabi yang pandai buat baju besi? 15 Fakta 47 : 11 nama nabi dalam 1 ayat? ........ 15

Fakta 48 Fakta 49

: Nama nabi yang paling banyak disebut? .. : Anak dan ayah, kedua-duanya nabi? ..... : 2 ayat disebut nama Rasul Ulul Azmi? : 3 perang dalam 3 ayat berturutan? .

16 16 16 17 17 17 17 18 18 18 18 19 19 20 20 20 20 21 21 21 21 21 22 22

: Nabi yang jumlah namanya disebut sama banyak?.. : Nabi yang namanya disebut 2 kali sahaja? .. : Nama satu-satunya negara Arab dalam Al-Quran? .. : Nama hari yang disebut dalam Al-Quran? ..

Fakta 50 Fakta 51

Fakta 52 Fakta 53

Fakta 54 Fakta 55

Fakta 56 : Perempuan yang namanya disebut jelas dalam Al-Quran? .. Fakta 57 : Tempoh Ashabul Kahfi tidur? ..... Fakta 58 : Manusia yang di'bin'kan dengan nama ibunya?. Fakta 59 : Sahabat nabi yang namanya disebut dalam Al-Quran? Fakta 60 : 8 jenis angin dalam Al-Quran? ...... Fakta 61 : Apakah 'doa' Iblis yang Allah makbulkan? . Fakta 62 : Anak nabi yang tidak beriman? .. Fakta 63 : Siapakah nabi di mana ayahnya pembuat berhala? ... Fakta 64 : 2 nama 'Madinah' yang berbeza? ... Fakta 65 : 2 wanita yang menjadi contoh keteguhan imannya?........ Fakta 66 : 2 isteri nabi yang kufur? ... Fakta 67 : 1 ayat 4 pesanan? ...... Fakta 68 Fakta 69

: Nabi yang paling banyak ceritanya dalam Al-Quran?...

: 3 nama lain Makkah dalam Al-Quran? ..

Fakta 70 : Perkataan 'Basmalah' ditengah surah?.. Fakta 71 : Ayat untuk menghilangkan kesedihan? ..........

Fakta 72 : Badan manusia yang dikekalkan ribuan tahun?.. 22

Fakta 73 Fakta 74

: Ayat untuk menghilangkan penyakit? . : Nama orang kafir yang tersenarai dalam Al-Quran?

23 23 23

: Nama-nama berhala dalam Al-Quran? ..

Fakta 75

BAB 3 : AL-QURAN (TAFSIR) Fakta 76 : Ayat yang digelar '10 hak'? ..... Fakta 77 : 3 perintah dan 3 larangan dalam 1 ayat?. Fakta 78 : Manusia yang pasti masuk neraka walaupun masih hidup? . Fakta 79 : 2 perintah, 2 larangan dan 2 berita gembira dalam 1 ayat?. Fakta 80 : Cara Nabi Sulaiman meninggal dunia? .......... Fakta 81 : Binatang yang menjadi wakil nabi? ..... Fakta 82 : Binatang yang menjadi mangsa fitnah dalam Al-Quran? Fakta 83 : 3 sahabat ingkar ikut perang? ...; Fakta 84 : Berapakah kisah mimpi dalam Al-Quran?... Fakta 85 : Perilaku sujud yang bukan kepada Allah?... Fakta 86 : Asal langit dan bumi bersatu? ....... Fakta 87 Fakta 88 25 25 25 26 26 26 27 27 27 28 28 28 29 29 30 30 31 31 32 32 32

: Maksud perkataan 'Tsaqolaan'? ...

: Perkataan 'Buruj' yang berlainan makna?..

Fakta 89 : Perkataan 'Salawaat' yang berlainan makna?. Fakta 90 : Beza makna perkataan 'Qoosittun' dan Muqsituun'?... Fakta 91 Fakta 92

: Perkataan 'Raib' yang berbeza makna? ...

: Perkataan 'Ya'su' yang berlainan makna? .....

Fakta 93 : Perkataan 'Zakaat' yang lain maknanya?. Fakta 94 : Perkataan 'Ashabun Naar' yang berbeza maksud? . Fakta 95 : Perkataan 'Husbaan' yang berbeza makna? . Fakta 96 : 3 jenis nafsu dalam Al-Quran? ..

Fakta 97 Fakta 98

: Ayat yang turun di rumah Saidatina Aisyah? .. : Nama sebenar Imam Syatibi?

33 33 33 34 34 34 34 34 35

: Ayat yang turun di Baitul Muqaddis? ...

Fakta 99

Fakta 100 : Nama sebenar pengarang Tafsir Jalalain? .. Fakta 101 : Nama sebenar pengarang Tafsir Fii Zilalil Quran?.. Fakta 102 : Nama sebenar judul Tafsir Zamahsyari? . Fakta 103 : Nama sebenar judul Tafsir At-Tabari? .. Fakta 104 : Nama pengarang kitab Al-Itqan Fii Ulumil Quran? ....... Fakta 105 : Siapakah 7 ulama Qiraat terkemuka?

BAB 4 : AL-QURAN (SURAH) Fakta 106 : Surah yang tiada 'Basmalah' diawalnya?. Fakta 107 : Surah dinamakan sempena rukun Islam? ... Fakta 108 : Surah dinamakan sempena nama wanita?.. Fakta 109 : Surah dinamakan sempena nama buah? .... Fakta 110 : Surah dinamakan sempena nama perang? ....... Fakta 111 Fakta 112 37 37 37 37 37 38 38 38 38 38 39 39 39 39 40

: Surah yang dimulai dan diakhiri dengan 'tasbih'? ..

: Surah yang kesemua ayatnya diakhiri dengan huruf Ro'?.

Fakta 113 : Surah yang kesemua ayatnya diakhiri dengan huruf Dal? . Fakta 114 : Surah yang kesemua ayatnya diakhiri dengan huruf Sin?.. Fakta 115 Fakta 116

: Surah yang digelar 'Urusul Quran'? .....

: Surah yang digelar 'Az-Zahrawatain'? .....

Fakta 117 : Surah yang menyebabkan rambut Rasulullah beruban?.. Fakta 118 : Surah perincian hari Kiamat? .... Fakta 119 : Surah disetiap ayatnya ada perkataan Allah? Fakta 120 : Surah yang boleh menghalau Syaitan?.

Fakta 121 Fakta 122

: Surah yang menyamai separuh Al-Quran? .. : Surah yang dimulai dengan 'Ya Ayyuha..?..

40 40 41 41 41 42 42 42 43 43 43 43 44 44 44 44 45 45

: Surah yang dimulai dengan pertanyaan?....

Fakta 123

Fakta 124 : Surah yang dimulai dengan huruf Wau Sumpah?... Fakta 125 : Surah yang diakhiri dengan nama 2 nabi? . Fakta 126 : Surah yang dimulai dengan 'Alhamdulillah..'? Fakta 127 : Surah yang dimulai dengan huruf Muqotto'ah? Fakta 128 : Surah panjang yg langsung tidak menceritakan syurga neraka?.. Fakta 129 : Surah yang dimulai dengan Tasbih? . Fakta 130 : Surah yang dinamakan sempena nama Nabi?. Fakta 131 : 2 surah yang dibaca ketika solat sunat Aidilfitri?.. Fakta 132 : Surah yang digelar sebagai 'Maani'ah' dan 'Munjiah'?. Fakta 133 : 5 surah yang dinamakan sempena nama haiwan? Fakta 134 : Surah yang bermula dengan 'Haa Miim'? ....... Fakta 135 Fakta 136

: 2 surah yang ayat terakhirnya sama? .

: 3 Surah yang diakhiri dengan nama surah itu sendiri?..

Fakta 137 : Surah paling banyak cerita Nabi Musa? . Fakta 138 : 3 Surah yang dinamakan sempena nama Asmaul Husna?

BAB 5 : AL-QURAN (SEJARAH) Fakta 139 Fakta 140

: Tempoh Al-Quran diturunkan?.....

47 47 47 47 48

: Tempoh Al-Quran turun di Makkah? ......

Fakta 141 : Tempoh Al-Quran turun di Madinah? .. Fakta 142 : 4 sahabat penulis Al-Quran? .... Fakta 143 : Ayat yg diperselisihkan pd pengumpulan Quran pertama?

Fakta 144 : Perkataan yg diperselisihkan pd pengumpulan Al-Quran kedua?.. 48 Fakta 145 :Ulama yang meletakkan tanda titik & baris dlm Al-Quran? 48

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim.Para pembaca yang dihormati sekelian.. Saya sentiasa berfikir dan cuba mencari jawapan memuaskan, mengapa Al-Quran menjadi mukjizat agung dari dahulu hingga sekarang? Jawapannya saya temui bukannya dari tafsir tebal-tebal karangan ulama agung, tetapi artikel pendek dari sahabat saya yang menceritakan keajaiban fakta nombor dalam Al-Quran 4 tahun lepas! Rupa-rupanya, ada mukjizat tersembunyi disebalik fakta-fakta kecil yang selalunya kurang diperhatikan pembaca Al-Quran. Fakta tersebut, jika kita teliti dan amati boleh sahaja menjadi pemangkin untuk sampainya hidayah kepada kita. Barangkali, itulah yang dialami oleh Saidina Umar R.A 1400 tahun lampau, beberapa ayat sahaja mampu membuat beliau berpusing 360 darjah! Dari singa kuffar kepada bodyguard Rasulullah! Benarlah, apabila Al-Quran menjadi mukjizat teragung Ilahi, mengetahui maklumat sekecil Surah yang menyebabkan Rasulullah beruban pun boleh membuatkan kita berkata Wow, Subhanallah hebatnya! Inilah inisiatif penulisan ebook ini : memperihalkan fakta-fakta kecil tetapi sungguh mengkagumkan dengan harapan agar pembaca jatuh cinta kepada Al-Quran berkali-kali! Saya berharap semoga para pembaca mendapat faedah dan hidayah dari 145 fakta tersebut. Jika terdapat sebarang kelemahan dan salah silap didalamnya, saya amat mengalukan teguran, ulasan dan cadangan dari anda semua. Hanya kepada Allah saya memohon keampunan dari segala kesilapan.... Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa dan kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami beban yang besar sebagaimana Engkau bebankan kepada orang- orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami. (Surah Al-Baqarah, 286)

Iqra! & Selamat membaca!Mohammad Asraff Ayob New Zealand 22. 7. 2009 [email protected] [email protected]

Allah Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda Keranamu berdua angah pergi sejauh ini Isteriku tercinta, Siti Ujila Bidadari yang comel & ceria

Tuan Guru, Ulama, Ustaz, Ustazah Di atas curahan ilmu dan pedoman

Tuan Hj. Raja Azmi Raja Nazuddin sekeluarga Thank you very much for everything. Semoga perancangan kita berjalan lancar, Amin!

Dan, Para pembaca ebook ini. Jutaan terima kasih atas pembelian anda.

Apakah maksud Al-Quran? : Bacaan Qiraat di Malaysia? : Surah terpanjang dan terpendek? : Ayat terpanjang? : Jumlah Surah Makkiyah? : Jumlah Surah Madaniyyah? : Jumlah ayat Makkiyah? : Jumlah ayat Madaniyyah? : Jumlah ayat Sujud (Sajadah)? :Perkataan terpanjang? : Ayat terkandung dalamnya segala huruf Hijaiyyah? : Berapakah lafaz perkataan Allah? : Berapakah perkataan Muhammad? : Ayat dimana perkataan Allah sebelah-menyebelah? : 10 huruf 'wau' dalam satu surah? : Jumlah tanda tasydid dalam Fatihah? : Jumlah perkataan 'AlQuran' dalam AlQuran? : Jumlah perkataan 'Injil'? : Jumlah perkataan 'Taurat'? : Jumlah perkataan 'yahudi'? : Jumlah perkataan 'Nasara'? : Jumlah perkataan 'Jibril'? : Perkataan di tengah-tengah Al-Quran? : Perkataan lawan makna sebanyak 168 kali? : Perkataan lawan makna sebanyak 88 kali? : Perkataan lawan makna sebanyak 145 kali? : Berapa kalikah perkataan 'sab'a samawaat' diulang? : Berapa kalikah perkataan 'syahr'? : Berapa kalikah perkataan 'Dunya' dan 'akhirat'? : 23 huruf 'kaf' dalam 1 ayat? : 25 kata

Apakah maksud Al-Quran? Al-Quran adalah Kalamullah, diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagai mukjizat melalui Malaikat Jibril A.S. dalam bahasa Arab sebagai panduan kepada manusia. Ia ditulis pada Mashaf dan dikira ibadah apabila membacanya. Dimulai dengan surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan Surah An-Naas serta disampaikan kepada kita secara Mutawatir.

Apakah bacaan Qiraat yang diamalkan oleh kebanyakan umat Islam sedunia termasuk Malaysia? Qiraat riwayat Hafs An Asim.

Apakah surah terpanjang dan terpendek dalam Al-Quran? Surah terpanjang ialah Surah Al-Baqarah manakala surah terpendek ialah Surah Al-Kauthar.

Apakah ayat yang terpanjang dalam Al-Quran? Ayat yang terpanjang dikenali sebagai ayat hutang iaitu ayat 282 Surah Al-Baqarah.

Berapa banyakkah jumlah Surah Makkiyyah dalam Al-Quran? Jumlahnya ialah sebanyak 86 Surah.

Berapa banyakkah jumlah Surah Madaniyyah dalam Al-Quran? Jumlahnya ialah sebanyak 28 Surah.

Berapakah jumlah ayat Makkiyah dalam Al-Quran? Jumlahnya ialah sebanyak 4,475 ayat.

Berapakah jumlah ayat Madaniyyah dalam Al-Quran? Jumlahnya sebanyak 1,761 ayat.

Berapakah jumlah ayat Sejadah (ayat sujud) dalam Al-Quran? Sebanyak 15 ayat iaitu : 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) 10) 11) 12) 13) 14) 15) Surah Surah Surah Surah Surah Surah Surah Surah Surah Surah Surah Surah Surah Surah Surah Al-Araf ayat 206 Ar-Rakd ayat 15 An-Nahl ayat 49 Al-Isra ayat 107-109 Maryam ayat 58 Al-Hajj ayat 18 Al-Furqan ayat 60 An-Naml ayat 25 As-Sajadah ayat 15 Fussilat ayat 37 dan 38 Sood ayat 24 An-Najm ayat 62 Al-Insyiqoq ayat 20-21 Al-Alaq ayat 19 Al-Hajj ayat 77

Apakah perkataan terpanjang di dalam Al-Quran? Perkataan Faasqoinaakumuuhu dalam Surah Al-Hijr, ayat 22.

Ayat apakah yang terkandung di dalamnya kesemua huruf Hijaiyyah (Huruf Alif-Ya)? 2 ayat sahaja iaitu Surah Ali-Imran ayat 154 dan Surah Al-Hujurat ayat 59.

Berapa kalikah perkataan Allah disebutkan dalam Al-Quran? Lafaz perkataan Allah disebut sebanyak 2,697 kali dalam Al-Quran.

Berapakah jumlah perkataan Muhammad dalam Al-Quran? Sebanyak 4 kali, iaitu dalam : 1) 2) 3) 4) Surah Surah Surah Surah Ali-Imran ayat 144 Muhammad ayat 2 Al-Fath ayat 29 Al-Ahzaab ayat 40.

Apakah ayat di mana 2 perkataan Allah terletak bersebelahan? Ayat 124, Surah Al-Anaam.

Apakah surah yang mengandungi 10 huruf Wau dalam kesemua 3 ayatnya? Surah Al-Asr, juz 30

Berapakah jumlah tanda syiddah atau sabdu dalam Surah Al-Fatihah? Jumlah tanda syiddah dalam surah Al-Fatihah ialah 14.

Berapa kalikah perkataan Al-Quran diulang-ulang dalam Al-Quran? Ia diulang-ulang sebanyak 68 kali.

Berapakah jumlah perkataan Injil dalam Al-Quran? Perkataan Injil disebut sebanyak 12 kali.

Berapakah jumlah perkataan Taurat dalam Al-Quran? Perkataan Taurat disebut sebanyak 18 kali.

Berapakah jumlah perkataan yahudi dalam Al-Quran? Perkataan itu diulangi sebanyak 8 kali dalam Al-Quran.

Berapakah jumlah perkataan nasaara (nasrani) dalam Al-Quran? Perkataan tersebut diulangi sebanyak 14 kali dalam Al-Quran.

Berapa kalikah nama Malaikat Jibril disebut dalam Al-Quran? Sebanyak 3 kali iaitu dalam Surah Al-Baqarah ayat 97 dan 98, dan Surah At-Tahrim ayat 4.

Apakah perkataan yang terletak di tengah-tengah Al-Quran? Perkataan walyatalattof dalam Surah Al-Kahfi ayat 19

Apakah perkataan lawan makna yang diulang-ulang sama banyak jumlahnya dalam Al-Quran iaitu sebanyak 168 kali? Perkataan Solihaat (Baik) dan Sayyiaat (buruk). Setiap perkataan diulangi sebanyak 168 kali dalam Al-Quran.

Apakah perkataan lawan makna yang diulang-ulang sama banyak jumlahnya dalam Al-Quran iaitu 88 kali? Perkataan Malaikat dan Syaitan.

Apakah perkataan lawan makna yang diulang-ulang sama banyak jumlahnya dalam Al-Quran iaitu sebanyak 145 kali? Perkataan Mauta (kematian) dan Hayaat (kehidupan)

Berapa kalikah perkataan Saba Samawaat (7 lapis langit) diulang-ulang dalam Al-Quran? Sebanyak 7 kali sahaja.

Berapa kalikah perkataan Syahr (bulan) diulang-ulang dalam Al-Quran? Ia diulangi sebanyak 12 kali sahaja.

Berapakah jumlah perkataan dunya dan akhirat dalam Al-Quran? Ia disebut sama banyak iaitu 114 kali setiap satu perkataan.

Apakah ayat Al-Quran yang mengandungi 23 huruf Kaf didalamnya? Ayat 282 Surah Al-Baqarah.

Apakah ayat yang terkandung didalamnya 25 kata ganti nama (dhomir muannast : hunna)? Surah An-Nuur ayat 31

Berapa kalikah ayat Fabiayyi AalaaI Robbikuma Tukazzibaan diulang-ulang dalam Surah Rahman? Ia diulang-ulang sebanyak 31 kali.

Apakah ayat Al-Quran yang disebutkan didalamnya perkataan fiihi secara bersebelahan? Ia terdapat dalam Surah At-Taubah, ayat 108.

Jangan engkau sembahyang di Masjid itu selama-lamanya, kerana Sesungguhnya Masjid (Qubaa' yang engkau bina Wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. didalam Masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).

Apakah maksud Al-Quran? : Bacaan Qiraat di Malaysia? : Surah terpanjang dan terpendek? : Ayat terpanjang? : Jumlah Surah Makkiyah? : Jumlah Surah Madaniyyah? : Jumlah ayat Makkiyah? : Jumlah ayat Madaniyyah? : Jumlah ayat Sujud (Sajadah)? :Perkataan terpanjang? : Ayat terkandung dalamnya segala huruf Hijaiyyah? : Berapakah lafaz perkataan Allah? : Berapakah perkataan Muhammad? : Ayat dimana perkataan Allah sebelah-menyebelah? : 10 huruf 'wau' dalam satu surah? : Jumlah tanda tasydid dalam Fatihah? : Jumlah perkataan 'AlQuran' dalam AlQuran? : Jumlah perkataan 'Injil'? : Jumlah perkataan 'Taurat'? : Jumlah perkataan 'yahudi'? : Jumlah perkataan 'Nasara'? : Jumlah perkataan 'Jibril'? : Perkataan di tengah-tengah Al-Quran? : Perkataan lawan makna sebanyak 168 kali? : Perkataan lawan makna sebanyak 88 kali? : Perkataan lawan makna sebanyak 145 kali? : Berapa kalikah perkataan 'sab'a samawaat' diulang? : Berapa kalikah perkataan 'syahr'? : Berapa kalikah perkataan 'Dunya' dan 'akhirat'? : 23 huruf 'kaf' dalam 1 ayat? : 25 kata

Apakah nama bukit yang ada disebut dalam Al-Quran? Terdapat 5 jenis bukit iaitu : 1) 2) 3) 4) 5) Bukit Bukit Bukit Bukit Bukit Sofa Marwa Arofah Sinai Judiy.

Apakah jenis alatan yang ada disebut dalam Al-Quran? 2 alatan sahaja yang ada disebut iaitu Pen (Al-Qolam) dan Pisau (Sikkiin).

Apakah jenis buah-buahan yang ada tersenarai dalam Al-Quran? 4 jenis buah-buahan sahaja iaitu buah Tiin, buah Anggur, Kurma dan buah Delima.

Apakah unsur logam yang ada disebut dalam Al-Quran? Logam tersebut ialah : 1) 2) 3) 4) Emas (Az-Zahab) Gangsa (Al-Fiddoh) Besi (Al-Hadid) Tembaga (An-Nuhaas).

Apakah jenis ukuran yang ada disebut dalam Al-Quran? Terdapat 3 jenis ukuran dalam Al-Quran iaitu : 1) 2) 3) Luas (Al-Arod) dalam Surah Ali-Imran ayat 133 Hasta (Az-Ziraa) dalam Surah Al-Haaqqah ayat 32 Tinggi (Tuul) dalam Surah Al-Isra ayat 37

Berapa jeniskah jumlah binatang, burung dan serangga disebut dalam Al-Quran? Sebanyak 27 jenis binatang, burung dan serangga yang pelbagai jenis disebut dalam Al-Quran.

Apakah angka yang terbesar dan terkecil disebut dalam Al-Quran? Angka terbesar ialah 100,000 ribu (Surah Sooffat, 147) sementara angka terkecil ialah Satu persepuluh (Al-Misyar) dalam Surah Saba ayat 45.

Apakah jenis warna yang ada disebut dalam Al-Quran? Terdapat 5 jenis warna yang disebut dalam Al-Quran iaitu : 1) 2) 3) 4) 5) Merah (Al-Ahmar) Kuning (Al-Asfar) Putih (Al-Abyad) Hitam (Al-Aswad) Hijau (Al-Akhdar).

Apakah nama bulan-bulan islam yang ada disebut secara jelas dalam Al-Quran? 2 bulan iaitu nama bulan Ramadhan dan bulan Muharram.

Apakah nama matawang yang disebut jelas dalam Al-Quran? Matawang Dinar. Ia disebut dalam Surah Ali-Imran ayat 75.

Berapa lamakah tempoh dakwah Nabi Nuh A.S kepada kaumnya yang degil itu? Selama 950 tahun. Sila rujuk Surah Al-Ankabut, ayat 14.

Sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, maka tinggalah ia dikalangan mereka selama sembilan ratus lima puluh tahun, akhirnya mereka dibinasakan oleh taufan sedang mereka berkeadaan zalim (dengan kufur derhaka).

Siapakah nabi yang menerima ketiga-tiga kitab Taurat, Alwah dan Suhuf? Nabi Musa A.S. Ayat mengenainya ialah : 1) 2) 3) Taurat : Surah Al-Maidah ayat 44 Alwah : Surah Al-Araf ayat 145 Suhuf : Surah An-Najm ayat 36

Siapakah Nabi yang pandai membuat baju besi? Nabi Daud. Sila lihat surah Saba, ayat 10 - 11 :

Demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Nabi Daud limpah kurnia dari Kami (sambil Kami berfirman): "Hai gunung-ganang, ulang-ulangilah mengucap tasbih bersama-sama dengan Nabi Daud, dan Wahai burung-burung (bertasbihlah bersama-sama dengannya)!" dan kami telah melembutkan besi baginya. (serta Kami wahyukan kepadanya): "Buatlah baju-baju besi yang luas labuh, dan sempurnakanlah jalinannya sekadar yang dikehendaki; dan kerjakanlah kamu (Wahai Daud dan umatmu) amal-amal soleh, Sesungguhnya Aku Maha melihat akan segala yang kamu kerjakan".

Apakah ayat yang terkandung di dalamnya nama 11 orang Nabi? Ia terkandung dalam Surah Nisa ayat 163.

Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (Wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh, dan Nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya; dan Kami juga telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub, serta Nabi-nabi keturunannya, dan Nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman; dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud : Kitab Zabur.

Siapakah Nabi yang paling banyak namanya disebut dalam Al-Quran? Nabi Musa A.S. Namanya disebut dalam Al-Quran sebanyak 136 kali.

Siapakah nabi yang nama mereka disebut dalam Al-Quran dengan jumlah yang sama banyak? Mereka ialah : 1) 2) 3) 4) Nabi Adam dan Nabi Isa A.S. Nama mereka berdua disebut sama banyak iaitu 25 kali. Nabi Daud dan Nabi Yakub A.S. Nama mereka berdua disebut sama banyak iaitu 16 kali. Nabi Luth dan Nabi Yusuf A.S. Nama mereka berdua disebut sama banyak iaitu 27 kali Nabi Ishak dan Nabi Sulaiman A.S. Nama mereka berdua disebut sama banyak iaitu 17 kali.

Siapakah nabi yang bapa mereka juga merupakan nabi? Ada 6 nabi sedemikian iaitu : 1) 2) 3) 4) 5) 6) Nabi Nabi Nabi Nabi Nabi Nabi Ismail anak Nabi Ibrahim A.S Ishak anak Nabi Ibrahim A.S Yakub anak Nabi Ishak A.S Yusuf anak Nabi Yakub A.S Yahya anak Nabi Zakaria A.S Sulaiman anak Nabi Daud A.S

Siapakah nabi yang nama mereka hanya disebut sebanyak 2 kali sahaja dalam Al-Quran? Mereka ialah Nabi Zulkifli, Nabi Idris, Nabi llyas dan Nabi Ilyasa.

Apakah ayat yang disebut didalamnya kelima-lima Rasul Ulul Azmi iaitu Nabi Muhammad, Ibrahim, Nuh, Musa dan Isa? Kelima-lima mereka ada disebut dalam Surah Al-Ahzab ayat 7 dan Surah Asy-Syuara ayat 13.

Apakah Negara Arab yang disebutkan namanya secara jelas dalam Al-Quran? Mesir. Ia disebut sebanyak 5 kali iaitu dalam : 1) 2) 3) 4) Surah Surah Surah Surah Yusuf ayat 21 dan 99 Al-Baqarah ayat 61 Yunus ayat 78 Zukhruf ayat 51.

Apakah 3 perang yang diceritakan dalam 3 ayat berturut-turut? Ia diceritakan dalam Surah Al-Ahzab ayat 25-27. Ayat 25 menceritakan Perang Ahzab, Ayat 26 menceritakan Perang Bani Quraizah, Ayat 27 menceritakan Perang Khaibar.

Apakah hari yang disebutkan namanya dalam Al-Quran? Hari Jumaat (dalam Surah Jumuah ayat 9) dan hari Sabtu (dalam Surah An-Nahl ayat 124).

Siapakah perempuan yang namanya disebutkan secara jelas dalam Al-Quran? Maryam anak Imran iaitu ibu Nabi Isa A.S. Namanya disebut dalam Al-Quran sebanyak 34 kali

Berapa lamakah tempoh pemuda Ashabul Kahfi ditidurkan Allah? Selama 309 tahun. Rujuk Surah Kahfi, ayat 25.

Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka tiga ratus tahun dengan kiraan ahli Kitab, dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu).

Siapakah manusia yang dibinkan dengan nama ibunya dalam Al-Quran? Nabi Isa A.S, Rujuk Surah Maryam, ayat 34

Yang demikian sifat-sifatnya itulah Isa Ibni Maryam. keterangan yang tersebut ialah keterangan sebenar-benarnya, yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya.

Siapakah nama sahabat nabi yang ada disebutkan dalam Al-Quran ? Zaid bin Harisah Rujuk Surah Al-Ahzab, ayat 37.

Dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: "Jangan ceraikan isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah", sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah jualah yang berhak Engkau takuti (melanggar perintahNya). kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku.

Tahukah anda nama 8 jenis angin dalam Al-Quran? Dalam Al-Quran, 8 jenis angin itu digelar sebagai : 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) An-Nasyirat (Surah Al-Mursalat, 3) Mubasyyirat (Surah Ar-Ruum, 46) Mursalat (Surah Al-Mursalat, 1) Zaariyat (Surah Az-Zariyat, 1) Al-Aqiim (Surah Az-Zariyat, 41) Sorsor (Surah Al-Haaqah, 6) Al-Aasif (Surah Al-Mursalat, 2) Al-Qoshif (Surah Al-Isra, 69)

0

Apakah doa permintaan Iblis yang telah dimakbulkan Tuhan? Dipanjangkan umur hingga hari Kiamat. Rujuk Surah Al-Araf, ayat 14.

Siapakah nabi yang anaknya tidak beriman kepada Allah? Nabi Nuh. Anda boleh menghayati cerita kedegilan anaknya dalam Surah Hud, ayat 41 47.

Siapakah nabi yang bapanya pembuat dan penyembah berhala? Nabi Ibrahim yang berhadapan bapanya sendiri iaitu Aazar. Teliti dialog mereka berdua dalam Surah Al-Anaam ayat 74 81.

Kota Madinah disebutkan sebanyak 2 kali dalam Al-Quran dengan nama yang berbeza. Dimanakah ayat yang menyebut kedua-dua namanya? 1) 2) Madinah dengan nama Yathrib dalam ayat 13 Surah Al-Ahzab Madinah dengan nama Madinah dalam ayat 8 Surah Munafiqun.

Siapakah 2 perempuan yang telah dijadikan contoh dalam Al-Quran akan keteguhan iman mereka? Asiah isteri Firaun dan Maryam ibu Nabi Isa A.S. Rujuk Surah At-Tahrim ayat 11-12.

Siapakah 2 isteri Nabi yang mendapat kutukan dari Allah akibat kekufuran mereka? Isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Luth, dalam Surah At-Tahrim ayat 10.

Dalam Al-Quran, terdapat 1 surah yang ditutup dengan 4 pesanan. Apakah surah itu dan sebutkan 4 jenis pesanannya. Surah Ali -Imran ayat terakhir (ayat 200). Terdapat 4 pesanan iaitu bersabar, kuatkan kesabaran, bersiap-sedia dan bertakwa.

Siapakah nabi yang paling banyak dibicarakan kisahnya dalam Al-Quran? Nabi Musa, diulang-ulang cerita mengenainya dalam berbagai surah sebanyak 520 ayat.

Sebutkan 3 nama lain bagi Makkah yang ada disebutkan dalam Al - Quran?

Bakkah, Baladil Amiin dan Ummul Qura. Rujuk Surah Ali-Imran ayat 96, Surah Tiin ayat 3 dan Surah Al-Anaam ayat 92.

Di dalam surah apakah perkataan Bismillah disebutkan di tengah ayatnya? Surah An-Naml. Ayat 30

"Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): `Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Apakah ayat yang elok dibaca untuk menghilangkan kesedihan? Doa yang pernah diucapkan Nabi Yunus A.S iaitu dalam Surah Al-Anbiya ayat 87 :

Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita Dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".

Siapakah manusia yang disebutkan dalam Al-Quran dikekalkan badannya beribu tahun untuk tatapan generasi akan datang? Firaun yang mati lemas ketika mengejar nabi Musa A.S. Hayati ceritanya dalam Surah Yunus ayat 90-92

Apakah ayat yang elok dibaca sebagai doa untuk menghilangkan sakit? Doa yang pernah dipanjangkan Nabi Allah Ayyub A.S iaitu dalam Surah Al-Anbiya ayat 83.

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya Aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih Mengasihani daripada Segala (yang lain) yang Mengasihani".

Berapakah jenis sembahan berhala yang ada disebutkan namanya dalam Al-Quran? Sebanyak 9 jenis iaitu Laata, Uzza, Manaa, Yauuq, Nasra, Bala, Wadda, Suwaaa dan Yaghuusa.

Berapakah jumlah nama orang kafir yang terdapat dalam Al-Quran? Nama orang kafir yang disebut dalam Al-Quran ialah sebanyak 7 orang iaitu Aazar, Qarun, Samiri, Jalut, Firaun, Haman dan Abu Lahab.

Apakah maksud Al-Quran? : Bacaan Qiraat di Malaysia? : Surah terpanjang dan terpendek? : Ayat terpanjang? : Jumlah Surah Makkiyah? : Jumlah Surah Madaniyyah? : Jumlah ayat Makkiyah? : Jumlah ayat Madaniyyah? : Jumlah ayat Sujud (Sajadah)? :Perkataan terpanjang? : Ayat terkandung dalamnya segala huruf Hijaiyyah? : Berapakah lafaz perkataan Allah? : Berapakah perkataan Muhammad? : Ayat dimana perkataan Allah sebelah-menyebelah? : 10 huruf 'wau' dalam satu surah? : Jumlah tanda tasydid dalam Fatihah? : Jumlah perkataan 'AlQuran' dalam AlQuran? : Jumlah perkataan 'Injil'? : Jumlah perkataan 'Taurat'? : Jumlah perkataan 'yahudi'? : Jumlah perkataan 'Nasara'? : Jumlah perkataan 'Jibril'? : Perkataan di tengah-tengah Al-Quran? : Perkataan lawan makna sebanyak 168 kali? : Perkataan lawan makna sebanyak 88 kali? : Perkataan lawan makna sebanyak 145 kali? : Berapa kalikah perkataan 'sab'a samawaat' diulang? : Berapa kalikah perkataan 'syahr'? : Berapa kalikah perkataan 'Dunya' dan 'akhirat'? : 23 huruf 'kaf' dalam 1 ayat? : 25 kata

Apakah ayat yang digelar sebagai 10 hak (Al-Huquq Al-Asyarah)? Surah An-Nisa ayat 36. Terkandung didalamnya 10 hak hak khusus yang diperintahkan Allah kepada muslim.

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anakanak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.

Apakah ayat yang ada didalamnya 3 perintah dan 3 larangan? Surah An-Nahl, ayat 90 :

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat. dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.

Siapakah manusia yang disebutkan Al-Quran pasti masuk neraka walaupun dia masih hidup ketika ayat tersebut diturunkan? Abu Lahab . Rujuk surah Al-Masad, Juz 30.

Apakah ayat yang terkandung di dalamnya 2 perintah, 2 larangan dan 2 berita gembira? Surah Al-Qosos ayat 7 :

Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:" Susukanlah dia; Dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di alam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; Sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul kami.

Benarkah Nabi Sulaiman A.S meninggal dunia dalam keadaan sedang bersandar pada tongkatnya? Ya benar. Ia diceritakan dalam Surah Saba ayat 14 :

Setelah Kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut anai-anai yang telah memakan tongkatnya. maka apabila ia tumbang, ternyatalah kepada golongan jin itu, bahawa kalaulah mereka mengetahui perkara yang ghaib nescaya mereka tidak tinggal sedemikian lamanya di dalam azab (kerja berat) yang menghina.

Apakah binatang yang telah dilantik menjadi wakil kepada Nabi? Burung Hudhud telah dilantik menjadi wakil Nabi Sulaiman sebagai utusan kepada Ratu Balqis. Sila rujuk Surah An-Naml, ayat 27-28.

Apakah binatang yang telah menjadi mangsa fitnah dalam Al-Quran? Serigala. Ia telah difitnah membunuh Nabi Yusuf oleh saudara saudaranya. Lihat Surah Yusuf ayat 17.

Mereka berkata: "Wahai ayah kami! Sesungguhnya kami telah pergi berlumba-lumba berburu dan kami telah tinggalkan Yusuf menjaga barang-barang kami, lalu ia dimakan oleh serigala, dan sudah tentu ayah tidak akan percaya kepada kata-kata Kami ini, sekalipun kami adalah orangorang yang benar".

Siapakah 3 orang sahabat yang disebutkan dalam ayat 118 Surah Taubah sebagai mereka yang tidak ikut serta dalam Perang Tabuk? Mereka ialah : 1) 2) 3) Kaab bin Malik Mararah bin Rabi Hilal bin Umayah

Berapakah kisah mimpi dalam Al-Quran? Ada 6 kisah mimpi dalam Al-Quran iaitu : 1) 2) 3) 4) 5) 6) Mimpi Nabi Ibrahim A.S : Surah Soffat ayat 102 Mimpi Nabi Yusuf A.S : Surah Yusuf ayat 4 Mimpi orang terpenjara : Surah Yusuf ayat 36 Mimpi Rasulullah S.A.W : Surah Al-Fath ayat 27 Mimpi Raja Mesir : Surah Yusuf ayat 43 Mimpi Rasulullah S.A.W tentang Perang Badar : Surah Al-Anfal ayat 43-44

Apakah ayat Al-Quran yang menceritakan perilaku sujud tetapi bukan kepada Allah? Ada 2 ayat iaitu : 1) 2) Perintah malaikat supaya sujud hormat kepada Nabi Adam dalam Surah Al-Baqarah ayat 34. Sujud penghormatan Nabi Yakub dan anak-anaknya terhadap Nabi Yusuf dalam Surah Yusuf ayat 100

Apakah ayat yang mengisahkan asal kejadian bumi dan langit yang bersatu pada mulanya? Sila lihat Ayat 30 Surah Anbiya :

Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

Apakah maksud perkataan 'tsaqolaan' dalam Surah Ar-Rahman ayat 31? Perkataan tersebut bermakna jin dan manusia. Lihat ayatnya iaitu :

Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat) Wahai manusia dan jin!

Hampir semua perkataan buruuj dalam Al-Quran bermaksud bintang-bintang kecuali 1 tempat yang bermakna benteng, apakah ayat tersebut? Perkataan buruj dalam Surah Nisa ayat 78 :

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada Dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?

Semua perkataan salawat dalam Al-Quran bermaksud ibadah atau rahmat, kecuali 1 tempat yang bermaksud rumah ibadah. Dimanakah ayatnya? Perkataan salawat dalam Surah Al-Hajj ayat 40 :

Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (Mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan Kami ialah Allah". dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan rumah ibadah (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya, Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Kuasa

Apakah beza makna perkataan Qoosituun dan Muqsituun dalam Al-Quran? 1) Perkataan Qoosituun membawa maksud menyeleweng dari kebenaran seperti dalam Surah Jinn ayat 15 :

Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka jahannam. '

2)

Manakala perkataan Muqsituun membawa maksud orang yang berlaku adil seperti dalam Surah Hujuraat ayat 9 (perkataan Muqsitiin) :

Dan jika dua puak dari orang-orang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Semua perkataan raib dalam Al-Quran bermaksud ragu-ragu/syak kecuali 1 tempat. Dimanakah ayatnya dan apakah maksudnya? Surah Thur, ayat 30. Perkataan raib dalam ayat tersebut bermakna kecelakaan/ kebinasaan.

Bahkan mereka mengatakan: "(Muhammad) itu seorang penyair yang Kami tunggu-tunggu saat kebinasaannya".

Hampir semua perkataan Al-Yasu bermakna putus asa kecuali satu tempat sahaja yang berbeza makna. Apakah ayat tersebut dan apakah maknanya? Ayat 31 dalam Surah Rakd. Perkataan yaiasi disini bermaksud tidakkah mereka mengetahui :

Dan kalaulah ada mana-mana Kitab suci yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya, atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya, atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadanya, maka Al-Quran ialah Kitab suci yang mengandungi mukjizat, bahkan segala urusan tertentu bagi Allah. maka tidakkah orang-orang beriman mengetahui bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah ia memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya, (lalu menjadikan mereka semuanya beriman). dan orang-orang kafir itu sentiasa ditimpa bala bencana atau pun bala bencana itu turun menimpa tempat-tempat berhampiran dengan tempat tinggal mereka (lalu menjadikan mereka gempar kecemasan), sehinggalah datang janji Allah (hari kiamat dan azabnya); Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

Hampir semua perkataan zakaat dalam Al-Quran membawa maksud bersangkutan dengan masalah harta kekayaan, kecuali 1 tempat. Apakah maksudnya dan dimanakah ayatnya? Perkataan zakaat dalam Surah Maryam ayat 13 bermaksud suci dan bersih dari dosa :

Dan (Kami mengurniakannya) rahmat dari sisi Kami, serta suci dari dosa, dan ia seorang yang bertaqwa.

Semua perkataan Ashabun Naar dalam Al-Quran bermaksud penghuni neraka kecuali 1 ayat. Apakah ayatnya dan apakah maksud perkataan Ashabun Naar didalamnya? Surah Muddatsir ayat 31. Perkataan Ashabun Nar dalam ayat tersebut bermaksud penjaga neraka.

Hampir semua perkataan husban dalam Al-Quran digunakan sebagai makna perkiraan serta jumlah, kecuali satu tempat. Dimanakah ia dan apakah maksudnya yang berbeza? Perkataan husban dalam ayat 40 Surah Al-Kahfi bermaksud azab:

Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) Dia akan menimpakannya dengan azab dari langit, sehingga kebunmu menjadi tanah yang licin tandus.

Menurut Al-Quran, nafsu terbahagi kepada beberapa jenis. Sebutkan 3 jenis pembahagiannya. 1) 2) 3) Nafsu Ammarah bissu : nafsu yang sentiasa menyuruh kita berbuat jahat dan dosa. Lihat Surah Yusuf ayat 53. Nafsu Lawwamah : Nafsu yang menyesali dirinya sendiri. Lihat Surah Qiyamah ayat 2. Nafsu Muthmainnah : nafsu atau jiwa yang tenang. Lihat Surah Al-Fajr ayat 27.

Sebutkan ayat yang turun di Rumah Saidatina Aisyah, isteri Nabi? Surah Al-Qosos, ayat 56 :

Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).

Sebutkan ayat yang turun di Baitul Muqaddis ketika Rasulullah S.A.W sedang Isra? Surah Zukhruf, ayat 45

Dan tanyalah kepada umat mana-mana Rasul yang Kami telah utuskan sebelummu, pernahkah Kami memberi hukum menetapkan sebarang Tuhan untuk disembah, selain dari Allah yang Maha Pemurah?

Apakah nama sebenar bagi ulama terkenal dalam bidang pengumpulan ilmu Qiraat iaitu Imam Syatibi? Nama sebenar beliau ialah : Al-Qasim bin Firruh Bin Ahmad bin Khalaf bin Ahmad Abu Qasim Muhammad Asy-Syatibi

Siapakah nama pengarang bagi kitab Tafsir Jalalain ? Imam Jalaluddin Al-Mahalli dan Imam Jalaluddin As-Suyuti

Siapakah nama pengarang kitab Tafsir Fi Zilalil Quran? As-Syahid Sayyid Qutb

Apakah nama judul sebenar bagi Tafsir Zamakhsyari?

Al-Kasyaf an Haqaaiq Hawamid Al-Tanzil wa uyun Al-Aqawil fi Wujuh Al-Tawil.

Apakah nama judul kitab tafsir yang dikarang oleh Imam At-Tabari ?

Jami Al-Bayan Fit-Tawil Al-Quran

Siapakah nama pengarang bagi kitab penjelasan Al-Quran yang terkenal At-Itqan Fi Ulumil Quran? Imam Jalaluddin As-Suyuti

Sebutkan 7 Nama Imam Qiraat utama yang anda ketahui. Mereka dikenali sebagai : 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) Imam Imam Imam Imam Imam Imam Imam Nafi Ibnu Kathir Abu Amru Ibnu Amir Asim Hamzah Kisaie

Apakah maksud Al-Quran? : Bacaan Qiraat di Malaysia? : Surah terpanjang dan terpendek? : Ayat terpanjang? : Jumlah Surah Makkiyah? : Jumlah Surah Madaniyyah? : Jumlah ayat Makkiyah? : Jumlah ayat Madaniyyah? : Jumlah ayat Sujud (Sajadah)? :Perkataan terpanjang? : Ayat terkandung dalamnya segala huruf Hijaiyyah? : Berapakah lafaz perkataan Allah? : Berapakah perkataan Muhammad? : Ayat dimana perkataan Allah sebelah-menyebelah? : 10 huruf 'wau' dalam satu surah? : Jumlah tanda tasydid dalam Fatihah? : Jumlah perkataan 'AlQuran' dalam AlQuran? : Jumlah perkataan 'Injil'? : Jumlah perkataan 'Taurat'? : Jumlah perkataan 'yahudi'? : Jumlah perkataan 'Nasara'? : Jumlah perkataan 'Jibril'? : Perkataan di tengah-tengah Al-Quran? : Perkataan lawan makna sebanyak 168 kali? : Perkataan lawan makna sebanyak 88 kali? : Perkataan lawan makna sebanyak 145 kali? : Berapa kalikah perkataan 'sab'a samawaat' diulang? : Berapa kalikah perkataan 'syahr'? : Berapa kalikah perkataan 'Dunya' dan 'akhirat'? : 23 huruf 'kaf' dalam 1 ayat? : 25 kata

Apakah surah yang tidak dimulai dengan Basmalah pada permulaannya? Surah Taubah, Juz 10

Apakah surah yang dinamakan bersempena dengan Rukun Islam? Surah Al-Hajj, iaitu bersempena dengan rukun Islam ke lima.

Apakah surah yang dinamakan bersempena dengan nama perempuan? Surah Maryam, Juz 16

Surah apakah yang dinamakan dengan nama buah-buahan? Surah At-Tiin, bersempena nama buah Tiin.

Apakah surah yang dinamakan bersempena dengan salah satu peperangan pada zaman Rasulullah S.A.W? Surah Al-Ahzab, Juz 21.

Apakah surah yang dimulai dengan tasbih dan diakhiri dengan ayat tasbih? Surah Al-Hasyr, Juz 28.

Apakah surah yang kesemua ayat-ayatnya diakhiri dengan huruf Ro? Surah Al-Kautsar, Juz 30.

Apakah surah yang kesemua ayatnya diakhiri dengan huruf Dal? Surah Al-Ikhlas, Juz 30.

Apakah surah yang kesemua ayatnya diakhiri dengan huruf Sin? Surah An-Naas, Juz 30.

Apakah surah yang digelar sebagai Urusul Quran atau pengantin Al-Quran? Surah Ar-Rahman, Juz 27.

Apakah surah yang digelar sebagai Az-Zahrawatain atau 2 mutiara? Surah Al-Baqarah dan Surah Ali-Imran

Apakah surah yang telah menyebabkan rambut Rasulullah S.A.W beruban? 5 surah iaitu : 1) 2) 3) 4) 5) Surah Surah Surah Surah Surah Hud Al-Waqiah Al-Mursalaat An-Naba At-Takwir.

Apakah surah yang menceritakan perihal hari kiamat secara begitu terperinci? 3 surah iaitu : 1) 2) 3) Surah At-Takwir Surah Al-Infitoor Surah Al-Insyiqooq

Surah apakah yang ada dalam setiap ayatnya perkataan Allah? Surah Al-Mujadilah, Juz 28.

Surah apakah yang jika dibaca, ia boleh menghalau syaitan dari masuk ke rumah kita? Surah Al-Baqarah. Ia berdasarkan hadis Nabi S.A.W yang bermaksud : Janganlah kamu menjadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan melarikan diri dari rumah yang dibacakan didalamnya dengan Surah Al-Baqarah. (Riwayat Muslim)

Kita semua mengetahui surah yang menyamai sepertiga Al-Quran iatu Surah Al-Ikhlas, tetapi tahukah anda surah yang menyamai separuh Al-Quran? Surah Al-Zalzalah, berdasarkan hadis Nabi yang bermaksud :

Iza Zulzilatil itu menyamai setengah Al-Quran, Qul huwallahu Ahad sama dengan sepertiga Al-Quran, dan Qul ya Ayyuhal Kafirun menyamai seperempat Al-Quran (Riwayat Tarmizi)

Surah apakah yang dimulai dengan pertanyaan? Ada 6 surah iaitu : 1) 2) 3) 4) 5) 6) Surah Surah Surah Surah Surah Surah Al-Insan (Hal ataa...) An-Naba (Amma Yatasaaalun) Al-Ghosyiah (Hal ataaka..) Asy-Syarh (Alam Nasyrah..) Al-Fiil (Alam Taro kaifa..) Al-Maaun (Aroaitallazii.)

Berapakah jumlah surah yang diawali dengan seruan? (Ya ayyuha..) Ada 10 surah iaitu : 1) 3) 5) 7) 9) Surah Surah Surah Surah Surah An-Nisa Al-Hajj Al-Hujurat At-Tolaq Al-Muzammil 2) 4) 6) 8) 10) Surah Surah Surah Surah Surah Al-Maidah Al-Ahzab Al-Mumtahinah At-Tahrim Al-Muddatsir.

Berapakah jumlah surah yang dimulai dengan Sumpah (huruf Wau)? Ada 15 surah iaitu : 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) Surah Surah Surah Surah Surah Surah Surah Surah As-Soffat At-Tuur Al-Mursalat Al-Buruj Al-Fajr Al-Lail At-Tiin Al-Asr 9) 10) 11) 12) 13) 14) 15) Surah Surah Surah Surah Surah Surah Surah Az-Zariyat An-Najm An-Naziaat At-Thoriq Asy-Syams Ad-Duha Al-Aadiyat

Surah apakah yang ayat terakhirnya ditutupi dengan nama 2 orang nabi? Surah Al-Ala, Juz 30.

Sebutkan 5 surah yang diawali dengan perkataan Alhamdulillah Surah tersebut ialah : 1) 3) 5) Surah Al-Fatihah Surah Al-Kahfi Surah Faatir 2) 4) Surah Al-Anam Surah Saba

Berapakah jumlah surah yang dimulai dengan huruf Muqottoah? Sebanyak 27 surah iaitu : 1) 3) 5) 7) 9) 11) 13) 15) 17) 19) 21) 23) 25) 27) Surah Surah Surah Surah Surah Surah Surah Surah Surah Surah Surah Surah Surah Surah Al-Baqarah Al-Araaf Hud Rakd Hijr Syuara Al-Qasas Ruum Sajadah Ghafir Syuro Dukhan Ahqaf Qolam. 2) 4) 6) 8) 10) 12) 14) 16) 18) 20) 22) 24) 26) Surah Surah Surah Surah Surah Surah Surah Surah Surah Surah Surah Surah Surah Ali-Imran Yunus Yusuf Ibrahim Maryam Naml Al-Ankabut Luqman Sood Fussilat Zukhruf Jatsiyah Qof

Apakah surah yang ayatnya lebih dari 100 ayat, tetapi langsung tidak menceritakan syurga dan neraka? Surah Yusuf, Juz 12.

Sebutkan 7 surah yang dimulai dengan perkataan Tasbih (Subhaana/Sabbaha/ Yusabbihu/Sabbihi)? Surah tersebut ialah : 1) 3) 5) 7) Surah Surah Surah Surah Al-Isra Al-Hasyr Jumah Al-Ala. 2) 4) 6) Surah Al-Hadid Surah Soof Surah Taghabun

Apakah Surah yang dinamakan sempena nama Nabi dan Rasul ? Terdapat 6 surah iaitu : 1) 3) 5) Surah Yunus Surah Yusuf Surah Nuh 2) 4) 6) Surah Hud Surah Ibrahim Surah Muhammad.

Apakah 2 surah yang sering dibaca Rasulullah ketika solat sunat Aidil Fitri dan Aidil Adha? Surah Qoof dan Surah Qomar.

Apakah surah yang mendapat gelaran dari Nabi S.A.W sebagai Maaniah (penghalang) dan Munjiah (penyelamat) dari azab kubur dalam hadisnya? Surah Al-Mulk, Juz 29.

Sebutkan 5 surah yang dinamakan bersempena dengan nama haiwan. 5 surah tersebut ialah : 1) 2) 3) 4) 5) Surah Surah Surah Surah Surah Al-Baqarah (lembu betina) An-Naml (Semut) Al-Ankabut (Labah-labah) Al-Fiil (Gajah) An-Nahl (Lebah)

Berapakah jumlah surah yang dimulai dengan kalimah Haa Miim? Sebanyak 7 surah berturut-turut, dari Surah Ghafir hingga Surah Al-Ahqaf.

Sebutkan 2 surah yang diakhiri dengan ayat yang sama bunyinya. Surah Al-Haqqoh dan Surah Al-Waaqiah.

Sebutkan 3 surah yang diakhiri dengan nama surah itu sendiri. Surah tersebut ialah : 1) 2) 3) Surah Al-Maauun Surah Al-Masad Surah An-Naas.

Apakah surah yang menceritakan terperinci kisah Nabi Musa A.S, tetapi tidak dinamakan sempena nama Baginda? Surah tersebut ialah Surah Al-Qosos Juz 20 .

Apakah 3 surah yang dinamakan bersempena dengan nama Allah yang terkandung dalam Asmaul Husna? 3 surah tersebut ialah : 1) 2) 3) Surah Ar-Rahman Surah An-Nuur Surah Al-Alaa

Apakah maksud Al-Quran? : Bacaan Qiraat di Malaysia? : Surah terpanjang dan terpendek? : Ayat terpanjang? : Jumlah Surah Makkiyah? : Jumlah Surah Madaniyyah? : Jumlah ayat Makkiyah? : Jumlah ayat Madaniyyah? : Jumlah ayat Sujud (Sajadah)? :Perkataan terpanjang? : Ayat terkandung dalamnya segala huruf Hijaiyyah? : Berapakah lafaz perkataan Allah? : Berapakah perkataan Muhammad? : Ayat dimana perkataan Allah sebelah-menyebelah? : 10 huruf 'wau' dalam satu surah? : Jumlah tanda tasydid dalam Fatihah? : Jumlah perkataan 'AlQuran' dalam AlQuran? : Jumlah perkataan 'Injil'? : Jumlah perkataan 'Taurat'? : Jumlah perkataan 'yahudi'? : Jumlah perkataan 'Nasara'? : Jumlah perkataan 'Jibril'? : Perkataan di tengah-tengah Al-Quran? : Perkataan lawan makna sebanyak 168 kali? : Perkataan lawan makna sebanyak 88 kali? : Perkataan lawan makna sebanyak 145 kali? : Berapa kalikah perkataan 'sab'a samawaat' diulang? : Berapa kalikah perkataan 'syahr'? : Berapa kalikah perkataan 'Dunya' dan 'akhirat'? : 23 huruf 'kaf' dalam 1 ayat? : 25 kata

Berapa lamakah tempoh penurunan Al-Quran kepada Rasulullah S.A.W? Ia diturunkan beransur-ansur selama 22 tahun 2 bulan 22 hari.

Berapa lamakah tempoh penurunan Al-Quran di Makkah? Selama 12 tahun, 5 bulan dan 13 hari.

Berapa lamakah tempoh penurunan Al-Quran di Madinah? Selama 9 tahun 9 bulan dan 9 hari.

Terdapat 4 orang sahabat yang ditugaskan oleh Saidina Uthman R.A untuk menulis semula Al-Quran. Siapakah mereka yang hebat itu? 4 sahabat tersebut ialah : 1) 2) 3) 4) Zaid bin Tsabit Abdullah bin Zubair Said bin Ash Abdurrahman bin Harith

Ayat apakah yang menjadi perselisihan ketika pengumpulan Al-Quran pertama yang diketuai Zaid bin Tsabit pada zaman Saidina Abu Bakar? Ayat 128, Surah Taubah.

Apakah perkataan yang menjadi punca perselisihan antara Zaid bin Tsabit dengan sahabat lain ketika pengumpulan Al-Quran pada zaman Saidina Uthman? Perkataan tabut dalam ayat 248, Surah Al-Baqarah

Siapakah ulama pertama yang telah meletakkan tanda titik dan baris untuk membunyikan setiap huruf Al-Quran? Abu Al-Aswad Ad-Duwali, pada zaman pemerintahan Muawiyah Bin Abi Sufyan.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23.

Al-Quran Al-Karim Al-Jami Li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi Asbabun Nuzul Al-Quran, Abu Hasan Ali bin Al-Wahidi Lubabun Nuqul fi Asbabin Nuzul, Jalaluddin As-Suyuti Manahilul Irfan fii Ulumil Quran, Muhammad Abdul Azim Az- Zarqani At-Tibyan fii Ulumi Al-Quran, Muhammad Ali As-Sabuni Mabahith fii Ulumil Quran, Syeikh Manna Qatthan Al-Burhan fii Ulumil Quran, Muhammad bin Abdullah Az-Zarkasyi Al-Itqan fii Ulumil Quran, Jalaluddin As-Suyuti At-tajwid Al-Muyassar, Dr. Abdul Aziz Al-Qari At-Taisir fii Al-Qiraat As-Sab, Abu Amr AdDaani Qabasun min Nuuril Quran Al-Karim, Muhammad Ali As-Sabuni Wujuhu Al-Ijaz Al-Quran, Mustafa Ad-Dibagh Alij Nafsaka bil Quran, Muhammad Izzat Mohd Arif An-Nisa fil Quran, Abdul Munim Al-Hasyimi Shahih Bukhari Shahih Muslim Riyadus Solihin, Imam Nawawi Fathul Baari, Ibnu Hajar Al-Asqolani Sirah Ibnu Hisyam, Ibnu Hisyam Al-Isobah fii Tamyizi As-Sohabah, Ibnu Hajar Al-Asqolani At-Tafsir wal Mufassirun, Dr. Muhammad Husain Az-Zahabi Ijazul Quran, Abu Bakar Al-Baqilani.

Ebook 145 Fakta Menarik & Menakjubkan mengenai Al-Quran yang jarang anda ketahui walaupun membacanya setiap hari!!

Ebook KAEDAH JIBRIL Kaedah mudah & praktikal menghafaz surah Al-Quran khusus untuk gol. Awam yg sibuk setiap hari!

Ebook QURANOLOGY Panduan efektif memahami Teks dan konteks Al-Quran, agar Anda teruja membacanya!

Berharga RM 20

Berharga RM 25

Berharga RM 25

Video panduan KAEDAH JIBRIL Video penerangan bergambar Oleh Ustaz Asraff mengenai Kaedah ini secara terperinci.

4 PRODUK HEBAT BERHARGA :

Berharga RM 20

1 tiket percuma ke seminar kaedah hafazan super utk sicilik KAEDAH XXX (berharga RM 125) Dan 1 tiket DISKAUN seminar sama berharga RM 25 sahaja (Harga asal RM 125) Layari :