14 berita minggu gah! mencari hidayah - sim – … bh...menghasilkan lebih kurang 140 cerpen dan 60...

1
Di kalbu tertawan tanpa awan gemawan menari di permukaan di bawah lindungan-Mu, Tuhan kemuncak kasih keheningan hati menyerah pasrah sanubari dengan setulus maknawi tiada kemarau hati tiada hasad mengkhianati melainkan doa memenuhi ruang tanah haram ini bangkitkan kesyukuran pupuskan kealpaan membelenggu perasaan menanti rahmat berlimpahan dalam penantian Tuhan... di kalbuku dan seluruh tubuh ini tempatkan restu-Mu pada kudrat semakin tersisa dalam lambaianku pada kota suci dengan gahru semerbak mewangi kudampingi kutatapi dangan sayu-sayu memuji kebesaran-Mu menyahut seruan-Mu Labbaikallaahumma labbaik ! KAMARIA BUANG AKHIRNYA Suzie mendapat hidayah. Teman-teman Islamnya semua bergembira. Ada yang bersujud syukur. Ada pula menangis ke- gembiraan. Akhirnya Suzie mendapat taufik dan hi- dayah. Suzie yakin akan agama Islam. Yakin terhadap agama yang dibawa Nabi Muhammad saw. Yakin kepa- da Al-Quran. Setelah mempelajari beberapa agama sebelum ini, atmanya terbuka untuk menerima Islam, agama kese- jahteraan. Dia akan memeluk agama Islam di hadapan Ustaz Azmi Ahmad, esok, hari Sabtu. Lebih tepat, sele- pas solat asar. Kepada teman-temannya yang rapat, Suzie memberi- tahu dia memilih nama Siti Hidayah Abdullah sebagai na- ma Islamnya. Yang paling gembira dengan berita ini ialah Taufik Luqman. Taufik sudah lama menaruh hati kepada Suzie, gadis Cina itu. Sekiranya jodohnya dengan Suzie, dia akan cuba mengislamkan Suzie. Sekarang, Suzie sudah bersedia memeluk Islam. Gembiranya bukan kepalang. Bagai dihadiahkan pelangi. Terbayang rumah tangga yang akan didirikan bersama Siti Hidayah. Angan-angan bertukar menjadi impian. Impian mungkin bertukar men- jadi kenyataan. Taufik akui tiga perkara bukan dalam tangannya, atau dalam tangan manusia – jodoh, usia dan rezeki. Semua teman Suzie bergembira. Ramai yang terus mengirim sistem pesanan singkat (SMS) kepada orang-or- ang yang belum tahu. Mereka tahu Suzie ada mengikuti kelas agama pada setiap malam Selasa di sebuah masjid di Pasir Ris. Suzie tidak mengikutinya di Darul Arqam kerana bahasa Melayunya agak baik. Setelah mengikuti beberapa kali kelas agama di Masjid Al-Istighfar di bawah bimbingan Ustaz Azmi, dia mengaku dia faham apa yang disampaikan oleh pendak- wah itu. Sememangnya sedari kecil, Suzie bergaul den- gan orang-orang Melayu. Kadangkala percakapannya membuat orang Melayu sendiri berasa malu apabila Su- zie bercakap Melayu, lebih Melayu daripada orang Mel- ayu! Semua orang yang mengenali Suzie berasa gembira, termasuk Hidayah Muhammad. Hidayah ialah teman sepejabat Suzie. Sudah tiga tahun mereka mengongsi ruang pejabat yang dapat mengisi enam pekerja. Mereka bekerja dengan sebuah syarikat pengangkutan di Lo- yang Crescent. Setelah menyusun fail dengan baik di atas meja, Hi- dayah menyapa Rubiah Sulaiman: “Engkau tidak ikut aku malam ini, Rubiah?” Rubiah menoleh kepada kawannya lalu menjawab: “Tidaklah Suzie. Aku banyak kerja rumah malam ini. Lain kali sahajalah!” “Malam Ladies’ Night ini hanya seminggu sekali!” “Betul, aku banyak kerja yang ingin aku lakukan di rumah malam ini. Mungkin lain kali, aku ikut engkau.” “Baiklah, kalau itu keputusanmu. Aku tidak boleh memaksa.” Hidayah meninggalkan Rubiah. Hajatnya untuk ke pub Terror Hub bersama Rubiah tidak menjadi. Dia akan pergi sendirian. Yang pasti, dia tidak akan sendirian semasa di sana. Yang pasti, ramai yang boleh dijadikan kawan-kawan minum, kawan berdansa, kawan…. Sejak Terror Hub dibuka enam bulan yang lalu, Hi- dayah Muhammad selalu mengunjunginya pada setiap malam Ladies’ Night. “Suzie mahu ke mana malam ini?” tanya Rubiah, membetulkan selendang birunya. “Suzie mahu ke kedai buku Toko Warisan di Joo Chi- at Complex." “Suzie hendak beli buku?” “Tidak, Suzie hendak beli capati.” “Capati?” “Maaf, Suzie bergurau. Kalau ke kedai buku, beli bukulah wahai Rubiahku sayang.” “Wah, Suzie sudah pandai bergurau! Suzie hendak beli buku apa?” “Kamus Al-Quran.” “Oleh Ismail Kamus?” “Bukanlah. Pandai-pandai sahaja oleh Ismail Kamus. Apakah semua kamus tulisan Ismail Kamus. Buku ini di- susun oleh beberapa orang dengan Dr. Zulkfili Mohd. Yusoff sebagai ketua panel.” “Dari mana Suzie tahu tentang buku ini?” “Apa Rubiah tidak baca Berita Harian?” “Saya baca New Paper sahaja!” “Rubiah minat sukan?” “Tidak. Gosip!” “Tidak baik baca dan percaya berita yang belum ten- tu benar, Rubiah.” “Kata orang untuk distress. Bukankah kita di Singapu- ra ini begitu stres? Semuanya hendak cepat, macam MRT.” “Kita tidak perlu ikut mereka, Rubiah. Mereka hendak MRT, LRT, NRT, ORT, biarkanlah mereka. Kita ikut cara kita, tenang dalam segala. Bukankah itu ditun- tut oleh agama kita?” Jeda. “Sebenarnya Rubiah, tergerak hatiku untuk menasi- hati Hidayah. Menasihati agar jangan pergi ke acara Ladies’ Night lagi. Acara itu mengundang kerosakan dalam keseronokan. Kita semua tahu, Hidayah masih mengamalkan Valentine’s Day sedangkan kita semua sudah meninggalkannya. “Sebelum terima hidayah, aku juga meraikan Valentine’s Day tetapi tidak lagi sekarang. Tetapi, sia- palah aku untuk menasihati Hidayah?” “Sekiranya engkau yang menasihatinya, aku juga yang berasa malu. Engkau baru mengenal Islam, sedang- kan aku Islam sejak dilahirkan.” “Aku teringat akan ceramah Ustaz Azmi tempoh hari.” “Apa katanya?” “Katanya nafsu seseorang itu, ialah tempat berinte- raksinya segala perkara yang buruk dan jahat, halal dan haram, hak dan batil. Nafsu ibarat satu bekas yang me- nerima apa sahaja, baik hidayah mahupun kesesatan, baik yang luhur mahupun yang onar.” “Rupa-rupanya engkau rajin mengikuti ceramah aga- ma.” “Aku perlu Rubiah. Aku baru mengenal Islam. Ba- nyak lagi yang belum aku tahu. Yang menarik, Ustaz Azmi memetik kata-kata Dr. Majdi al-Hilali di dalam se- buah bukunya. Kata Dr. Majdi hati manusia merupakan satu medan pertempuran, pertempuran antara nafsu syahwat dengan keimanan kepada Allah swt. Medan per- tempuran antara tarikan graviti bumi dengan hawa dari langit.” “Tepat betul analogi itu.” “Aku mencari hidayah, Rubiah. Aku tidak mahu na- maku sahaja Hidayah, tetapi perangaiku menunjukkan sebaliknya.” “Bagaimana pula dengan mereka yang namanya Mu- hammad, Abu Bakar, Umar, Ali, Khadijah dan Aisyah?” “Semoga mereka itu sekuat dan sewibawa dengan manusia-manusia yang Tuhan janjikan syurga. Aku… aku…” “Apa dia, Hidayah?” “Aku… aku mahu menemui mereka di akhirat, Rubi- ah.” “Amin!” “Amin! Sudah lama kita berbicara. Mari aku hantar engkau pulang.” “Terima kasih, Hidayah. Engkau tidak ke mana-mana malam ini?” “Selepas beli buku nanti, aku balik saja. Aku ingin duduk di rumah. Masak seadanya. Makan seadanya dan mengaji.” Siti Hidayah dan Rubiah melangkah ke medan kereta di mana kereta Siti Hidayah diparkir. Rubiah duduk di sebelah Siti Hidayah. Siti Hidayah menghidupkan enjin keretanya. “Bismillahirrahmanirrahim.” “Hidayah.” “Ya, Rubiah.” “Sepatutnya aku yang mengajar engkau tentang Is- lam, tetapi sekarang terbalik. Aku yang belajar daripada engkau.” “Kita sama-sama belajar, Rubiah. Aku perlu bertanya banyak lagi tentang Islam kepada engkau. Engkau tolonglah jelaskan mana-mana yang aku kurang faham atau mengerti. Aku bagaikan kembara mencari cahaya.” “Engkau sudah temui cahaya itu, Hidayah. Kembara- mu sudah berakhir.” “Tidak Rubiah. Kembaraku baru bermula. Marilah ki- ta sama-sama mencari cahaya agar kehidupan kita akan menjadi lebih bermakna.” “Bagaimana dengan orang tuamu?” “Inilah yang sedang aku fikirkan. Aku perlu berhe- mah apabila memberitahu mereka aku mahu bertukar agama.” “Aku yakin engkau dapat menerangkan kepada mere- ka dengan sebaik-baiknya dan mereka dapat meneriman- ya.” “Insya-Allah!” “Bagaimana pula hubungan engkau dengan Taufik?” “Mengapa dengan Taufik?" “Taufik dan Siti Hidayah, merpati dua sejoli!” “Engkau ini ada-ada sahajalah!” “Aduh! Mari sini aku cubit engkau pula!” “Cubit manja.” “Cubit manja? Ini cubit sakit!” Kereta yang dipandu Siti Hidayah bergerak menuju Pasir Ris. Siti Hidayah akan menghantar Rubiah pulang sebelum dia ke Joo Chiat Complex. Dalam keremangan sore itu, Siti Hidayah memasuk- kan CD nyanyian Ustaz Sofyan Yadi ke dalam alat pe- main. Siti Hidayah dan Rubiah menikmati kemerduan suara pendakwah muda itu. Labbaikallaahumma labbaik ! Bisikan rindu dalam sujudku semakin syahdu bergetar nada jiwaku memuji-Mu semerbak wangi lambaian-Mu kusahut panggilanMu. Seruan kalbu menyeru menahan sebak rindu langkahkan kaki mengunjungi Baitullah nan suci. Sentuhan damai penuh nikmat datang menyambut naluri merintih daif... tawaduk menyerap jiwa malu segunung dosa jiwa ketandusan. Undangan-Mu syukur kupanjatkan airmata bertetesan mutiara bahagia terpaku tanpa suara bermunajat di sana terkulai lemah rebah… hanya kalimah-kalimah Allah sayup-sayup kedengaran. FARIDAH TAIB Kerongkong muka umbun kepala kelabu bertemu habuan atas coklat muda lorekan hitam mencorak lintang sisik kaki merah pulasan Leher cekak jaluran lebat mencengkam badan kuning pucat putih berlapuk bawah buntut kadang terlihat di puncak kepak Teraju sayap putus harap kawalan ekor patah kemudi laku waktu seksa menunggu diri terasing dikurung rindu Langit indah tidak rendah dingin hampa renungan mata berlegar bosan merayau angan ingin di luar sangkar bawang Bawah tiang tarikan tali dilerengi takal tergantung tinggi balas membalas nyanyian unggas cetusan rasa cinta terkandas Wau... tecong cong cong cong... konng... jalan enam air suara serak basah ayun depan alun tengah dengung belakang nada bunyi harga lagu nilai pasaran Tetas pinak ladang ternak tiada diajar mencari makan hendak dilepas tak sampai hati bimbang mati korban kelaparan Panggilan merbuk nama tempatan burung hijrah ramah sekawan SAMAD SAID Mencari Hidayah Bisikan rindu Lambaian Ketitir Ridhwan Anuar adalah nama pena Anuar Othman. Beliau lahir di Pulau Brani. Anuar menghasilkan sajak, cerpen, novel, skrip televisyen dan radio, esei sastera, ulasan buku dan lirik lagu. Beliau telah memenangi beberapa sayembara penulisan setempat termasuk Pena Emas. Setakat ini beliau telah menghasilkan lebih kurang 140 cerpen dan 60 sajak. Buku ke-13 beliau, Mencari Hidayah, terbit tahun ni. Beliau meraih Sarjana Muda Bahasa dan Sastera (BAML) dari Universiti SIM pada 2013. Anuar mengajar penulisan kreatif di sekolah-sekolah di Singapura menerusi syarikatnya, Akademi Anuar Othman. SAJAK BIODATA PENULIS Ilustrasi KARIM NASIR KARYA RIDHWAN ANUAR 14 Berita Minggu | 20 Oktober 2013 Gah!

Upload: phamlien

Post on 07-Mar-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Di kalbu tertawantanpa awan gemawanmenari di permukaandi bawah lindungan-Mu,Tuhankemuncak kasihkeheningan hatimenyerah pasrah sanubaridengan setulus maknawi

tiada kemarau hatitiada hasad mengkhianatimelainkan doa memenuhiruang tanah haram ini

bangkitkan kesyukuranpupuskan kealpaanmembelenggu perasaanmenanti rahmatberlimpahan

dalam penantianTuhan...di kalbuku dan seluruhtubuh initempatkan restu-Mupada kudrat semakin tersisadalam lambaianku pada kotasucidengan gahru semerbakmewangikudampingikutatapidangan sayu-sayu memujikebesaran-Mumenyahut seruan-MuLabbaikallaahummalabbaik !

KAMARIA BUANG

AKHIRNYA Suzie mendapat hidayah. Teman-temanIslamnya semua bergembira.

Ada yang bersujud syukur. Ada pula menangis ke-gembiraan. Akhirnya Suzie mendapat taufik dan hi-dayah. Suzie yakin akan agama Islam. Yakin terhadapagama yang dibawa Nabi Muhammad saw. Yakin kepa-da Al-Quran.

Setelah mempelajari beberapa agama sebelum ini,atmanya terbuka untuk menerima Islam, agama kese-jahteraan. Dia akan memeluk agama Islam di hadapanUstaz Azmi Ahmad, esok, hari Sabtu. Lebih tepat, sele-pas solat asar.

Kepada teman-temannya yang rapat, Suzie memberi-tahu dia memilih nama Siti Hidayah Abdullah sebagai na-ma Islamnya.

Yang paling gembira dengan berita ini ialah TaufikLuqman. Taufik sudah lama menaruh hati kepada Suzie,gadis Cina itu. Sekiranya jodohnya dengan Suzie, diaakan cuba mengislamkan Suzie. Sekarang, Suzie sudahbersedia memeluk Islam. Gembiranya bukan kepalang.

Bagai dihadiahkan pelangi. Terbayang rumah tanggayang akan didirikan bersama Siti Hidayah. Angan-anganbertukar menjadi impian. Impian mungkin bertukar men-jadi kenyataan. Taufik akui tiga perkara bukan dalamtangannya, atau dalam tangan manusia – jodoh, usia danrezeki.

Semua teman Suzie bergembira. Ramai yang terusmengirim sistem pesanan singkat (SMS) kepada orang-or-ang yang belum tahu. Mereka tahu Suzie ada mengikutikelas agama pada setiap malam Selasa di sebuah masjiddi Pasir Ris. Suzie tidak mengikutinya di Darul Arqamkerana bahasa Melayunya agak baik.

Setelah mengikuti beberapa kali kelas agama diMasjid Al-Istighfar di bawah bimbingan Ustaz Azmi, diamengaku dia faham apa yang disampaikan oleh pendak-wah itu. Sememangnya sedari kecil, Suzie bergaul den-gan orang-orang Melayu. Kadangkala percakapannyamembuat orang Melayu sendiri berasa malu apabila Su-zie bercakap Melayu, lebih Melayu daripada orang Mel-ayu!

Semua orang yang mengenali Suzie berasa gembira,termasuk Hidayah Muhammad. Hidayah ialah temansepejabat Suzie. Sudah tiga tahun mereka mengongsiruang pejabat yang dapat mengisi enam pekerja. Merekabekerja dengan sebuah syarikat pengangkutan di Lo-yang Crescent.

Setelah menyusun fail dengan baik di atas meja, Hi-dayah menyapa Rubiah Sulaiman: “Engkau tidak ikutaku malam ini, Rubiah?”

Rubiah menoleh kepada kawannya lalu menjawab:“Tidaklah Suzie. Aku banyak kerja rumah malam ini.Lain kali sahajalah!”

“Malam Ladies’ Night ini hanya seminggu sekali!”“Betul, aku banyak kerja yang ingin aku lakukan di

rumah malam ini. Mungkin lain kali, aku ikut engkau.”“Baiklah, kalau itu keputusanmu. Aku tidak boleh

memaksa.”Hidayah meninggalkan Rubiah. Hajatnya untuk ke

pub Terror Hub bersama Rubiah tidak menjadi. Diaakan pergi sendirian. Yang pasti, dia tidak akan sendiriansemasa di sana. Yang pasti, ramai yang boleh dijadikankawan-kawan minum, kawan berdansa, kawan….

Sejak Terror Hub dibuka enam bulan yang lalu, Hi-

dayah Muhammad selalu mengunjunginya pada setiapmalam Ladies’ Night.

“Suzie mahu ke mana malam ini?” tanya Rubiah,membetulkan selendang birunya.

“Suzie mahu ke kedai buku Toko Warisan di Joo Chi-at Complex."

“Suzie hendak beli buku?”“Tidak, Suzie hendak beli capati.”“Capati?”“Maaf, Suzie bergurau. Kalau ke kedai buku, beli

bukulah wahai Rubiahku sayang.”“Wah, Suzie sudah pandai bergurau! Suzie hendak

beli buku apa?”“Kamus Al-Quran.”“Oleh Ismail Kamus?”“Bukanlah. Pandai-pandai sahaja oleh Ismail Kamus.

Apakah semua kamus tulisan Ismail Kamus. Buku ini di-susun oleh beberapa orang dengan Dr. Zulkfili Mohd.Yusoff sebagai ketua panel.”

“Dari mana Suzie tahu tentang buku ini?”“Apa Rubiah tidak baca Berita Harian?”“Saya baca New Paper sahaja!”“Rubiah minat sukan?”“Tidak. Gosip!”“Tidak baik baca dan percaya berita yang belum ten-

tu benar, Rubiah.”“Kata orang untuk distress. Bukankah kita di Singapu-

ra ini begitu stres? Semuanya hendak cepat, macamMRT.”

“Kita tidak perlu ikut mereka, Rubiah. Merekahendak MRT, LRT, NRT, ORT, biarkanlah mereka. Kitaikut cara kita, tenang dalam segala. Bukankah itu ditun-tut oleh agama kita?”

Jeda.“Sebenarnya Rubiah, tergerak hatiku untuk menasi-

hati Hidayah. Menasihati agar jangan pergi ke acaraLadies’ Night lagi. Acara itu mengundang kerosakandalam keseronokan. Kita semua tahu, Hidayah masihmengamalkan Valentine’s Day sedangkan kita semuasudah meninggalkannya.

“Sebelum terima hidayah, aku juga meraikanValentine’s Day tetapi tidak lagi sekarang. Tetapi, sia-palah aku untuk menasihati Hidayah?”

“Sekiranya engkau yang menasihatinya, aku jugayang berasa malu. Engkau baru mengenal Islam, sedang-kan aku Islam sejak dilahirkan.”

“Aku teringat akan ceramah Ustaz Azmi tempohhari.”

“Apa katanya?”“Katanya nafsu seseorang itu, ialah tempat berinte-

raksinya segala perkara yang buruk dan jahat, halal danharam, hak dan batil. Nafsu ibarat satu bekas yang me-nerima apa sahaja, baik hidayah mahupun kesesatan,baik yang luhur mahupun yang onar.”

“Rupa-rupanya engkau rajin mengikuti ceramah aga-ma.”

“Aku perlu Rubiah. Aku baru mengenal Islam. Ba-nyak lagi yang belum aku tahu. Yang menarik, UstazAzmi memetik kata-kata Dr. Majdi al-Hilali di dalam se-buah bukunya. Kata Dr. Majdi hati manusia merupakansatu medan pertempuran, pertempuran antara nafsusyahwat dengan keimanan kepada Allah swt. Medan per-tempuran antara tarikan graviti bumi dengan hawa darilangit.”

“Tepat betul analogi itu.”“Aku mencari hidayah, Rubiah. Aku tidak mahu na-

maku sahaja Hidayah, tetapi perangaiku menunjukkansebaliknya.”

“Bagaimana pula dengan mereka yang namanya Mu-hammad, Abu Bakar, Umar, Ali, Khadijah dan Aisyah?”

“Semoga mereka itu sekuat dan sewibawa denganmanusia-manusia yang Tuhan janjikan syurga. Aku…aku…”

“Apa dia, Hidayah?”“Aku… aku mahu menemui mereka di akhirat, Rubi-

ah.”“Amin!”“Amin! Sudah lama kita berbicara. Mari aku hantar

engkau pulang.”“Terima kasih, Hidayah. Engkau tidak ke mana-mana

malam ini?”“Selepas beli buku nanti, aku balik saja. Aku ingin

duduk di rumah. Masak seadanya. Makan seadanya danmengaji.”

Siti Hidayah dan Rubiah melangkah ke medan keretadi mana kereta Siti Hidayah diparkir. Rubiah duduk disebelah Siti Hidayah. Siti Hidayah menghidupkan enjinkeretanya.

“Bismillahirrahmanirrahim.”“Hidayah.”“Ya, Rubiah.”“Sepatutnya aku yang mengajar engkau tentang Is-

lam, tetapi sekarang terbalik. Aku yang belajar daripadaengkau.”

“Kita sama-sama belajar, Rubiah. Aku perlu bertanyabanyak lagi tentang Islam kepada engkau. Engkautolonglah jelaskan mana-mana yang aku kurang fahamatau mengerti. Aku bagaikan kembara mencari cahaya.”

“Engkau sudah temui cahaya itu, Hidayah. Kembara-mu sudah berakhir.”

“Tidak Rubiah. Kembaraku baru bermula. Marilah ki-ta sama-sama mencari cahaya agar kehidupan kita akanmenjadi lebih bermakna.”

“Bagaimana dengan orang tuamu?”“Inilah yang sedang aku fikirkan. Aku perlu berhe-

mah apabila memberitahu mereka aku mahu bertukaragama.”

“Aku yakin engkau dapat menerangkan kepada mere-ka dengan sebaik-baiknya dan mereka dapat meneriman-ya.”

“Insya-Allah!”“Bagaimana pula hubungan engkau dengan Taufik?”“Mengapa dengan Taufik?"“Taufik dan Siti Hidayah, merpati dua sejoli!”“Engkau ini ada-ada sahajalah!”“Aduh! Mari sini aku cubit engkau pula!”“Cubit manja.”“Cubit manja? Ini cubit sakit!”Kereta yang dipandu Siti Hidayah bergerak menuju

Pasir Ris. Siti Hidayah akan menghantar Rubiah pulangsebelum dia ke Joo Chiat Complex.

Dalam keremangan sore itu, Siti Hidayah memasuk-kan CD nyanyian Ustaz Sofyan Yadi ke dalam alat pe-main. Siti Hidayah dan Rubiah menikmati kemerduansuara pendakwah muda itu.

Labbaikallaahummalabbaik !Bisikan rindudalam sujudku semakinsyahdubergetar nada jiwakumemuji-Musemerbak wangilambaian-Mukusahut panggilanMu.

Seruan kalbu menyerumenahan sebak rindulangkahkan kakimengunjungi Baitullah nansuci.

Sentuhan damai penuhnikmat

datang menyambutnaluri merintihdaif...tawaduk menyerap jiwamalu segunung dosajiwa ketandusan.

Undangan-Musyukur kupanjatkanairmata bertetesanmutiara bahagiaterpaku tanpa suarabermunajat di sanaterkulai lemahrebah…hanya kalimah-kalimahAllahsayup-sayup kedengaran.

FARIDAH TAIB

Kerongkong muka umbun kepalakelabubertemu habuan atas coklat mudalorekan hitam mencorak lintangsisik kaki merah pulasan

Leher cekak jaluran lebatmencengkam badan kuning pucatputih berlapuk bawah buntutkadang terlihat di puncak kepak

Teraju sayap putus harapkawalan ekor patah kemudilaku waktu seksa menunggudiri terasing dikurung rindu

Langit indah tidak rendahdingin hampa renungan mataberlegar bosan merayau anganingin di luar sangkar bawang

Bawah tiang tarikan talidilerengi takal tergantung tinggibalas membalas nyanyian unggascetusan rasa cinta terkandas

Wau... tecong cong cong cong...konng...jalan enam air suara serak basahayun depan alun tengah dengungbelakangnada bunyi harga lagu nilai pasaran

Tetas pinak ladang ternaktiada diajar mencari makanhendak dilepas tak sampai hatibimbang mati korban kelaparan

Panggilan merbuk nama tempatanburung hijrah ramah sekawan

SAMAD SAID

Mencari Hidayah

Bisikan rindu Lambaian Ketitir

Ridhwan Anuar adalah nama pena Anuar Othman. Beliau lahir diPulau Brani. Anuar menghasilkan sajak, cerpen, novel, skriptelevisyen dan radio, esei sastera, ulasan buku dan lirik lagu.

Beliau telah memenangi beberapa sayembara penulisansetempat termasuk Pena Emas. Setakat ini beliau telahmenghasilkan lebih kurang 140 cerpen dan 60 sajak. Buku ke-13beliau, Mencari Hidayah, terbit tahun ni.

Beliau meraih Sarjana Muda Bahasa dan Sastera (BAML) dari UniversitiSIM pada 2013. Anuar mengajar penulisan kreatif di sekolah-sekolah diSingapura menerusi syarikatnya, Akademi Anuar Othman.

SAJAK

BIODATA PENULIS

Ilustrasi KARIM NASIR

KARYARIDHWAN ANUAR

(*$)% #!'*"(*$

! Wang tunai/Infaq Emas

! Cek/Money Order atas nama“Madrasah Al Maarif Al Islamiah”Nama Bank: OCBCNo. Akaun: 7339-507-018232-001

! Langsung ke pejabat Madrasah:3 Lorong 39 Geylang,Singapura 387865(Isnin-Jumaat: 8.30pg – 4.00ptgSabtu 9.00 – 1.00ptg)

! Derma dari rumah Tel: 9724 1146

Cara-cara untuk menderma:

(*$)% #!'*"%'&&

(*$)% #!'*"%#&&

(*$)% #!'*"%$!&&&

(*$)% #!'*"%"!&&&

(*$)% #!'*"%"&&

(*$)% #!'*"%$#&

&*$*'%$&&

Kami masih lagi memerlukan

$500,000bagi dana baik pulih

yang masih tertunggakIhsan anda kami hargai,

semoga amalan diberkati!

Kami mengalu-alukan sumbangan anda bagi majlis syarahan ini

Sekelian Muslimin & Muslimat dijemput hadir

C E M E R L A N G · B E R K U A L I T I · B E R J A S A

Madrasah Al MaarifAl Islamiah

Dianjurkan bersamaDianjurka

Moderator:Ustaz Md MukhtarHabib Md

SSSSyyyaaaarrrraaaahhhaaaannnnSSSSSSyyyyyaaaaarrrrrraaaaahhhhhhaaaaannnnnn lMMMMaaaaaaaalllMMMMMMaaaaaaaaaaalllll hHHHiijjjrrrraaaahhhhHHHHHHiiijjjjjrrrrrraaaaahhhhhhh

Kepada semua peserta ibadah korban dan juga wakil pusat pendaftaran korban kami iaitu Masjid Abdul Hamid Kampung Pasiran, Masjid Al Falah &Masjid Wak Tanjung, jutaan terimakasih kerana menyokong kami. Semoga Allah membalasnya dengan kebaikan dan pahala yang berlimpah.

14 Berita Minggu | 20 Oktober 2013

Gah!