13perkamusan

29
PERKAMUSAN MOHD ZUL IZHAR BIN MOHD YUTI HAFIZUDIN BIN HAMZAH BM/PJ/RBT 2

Upload: esyam-shah

Post on 02-Oct-2015

279 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PERKAMUSAN

PERKAMUSANMOHD ZUL IZHAR BIN MOHD YUTIHAFIZUDIN BIN HAMZAHBM/PJ/RBT 2TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

Menurut Arbak Othman (2000), tidak ada teori tertentu yang dikhususkan bagi maksud penyusunan kamus. Apa yang berlaku dalam perkamusan ialah pandangan tertentu yang digunakan oleh seorang penyusun kamus sebagai panduan supaya kamus yang disusunnya mencapai mutu yang baik dan termuat di dalamnya nilai-nilai kebahasaan, semantik dan semiotik, lengkap dan dapat dipertanggungjawabkan.

Maksud teori untuk perkamusan ialah kecenderungan aplikasi ilmu linguistik, semantik, dan pragmatik selengkap mungkin dalam sesebuah kamus. Tugas kamus adalah untuk memberi makna atau takrif kepada kata dan pemerian ini juga menggunakan kata-kata.

Dengan kata lain, dalam perkamusan kita terpaksa memberi makna kepada sesuatu lambang dengan menggunakan lambang itu sendiri. Lambang ini ialah lambang linguistik.Prinsip-prinsip penyusunan kamus perlulah memerhatikan perkara-perkara yang berikut:Perancangan - pertadbiran yang berkaitan dengan perbelanjaan, penentuan individu, dan penentuan prasarana.Siapakah yang terlibat? - Individu yang terlibat bersangkutan dengan persyaratan keahlian dan kemampuan individu melaksanakan program perkamusan.

Aspek linguistik - aspek linguistik digarap menurut cabang ilmu linguistik yang berkaitan dengan leksikologi termasuklah tatabahasa, lafaz, pengetahuan dialek, maklumat ensiklopedia dan sebagainya.

Pemasaran - aspek yang berkaitan dengan penyebaran kamus secara meluas sebagai satu produk.

Pra-syarat kemampuan peneliti atau penyusun kamus - penguasaan dua atau tiga bahasa di samping bahasa ibunda akan menentukan kepekaan linguistik dan keterbukaan terhadap isu-isu bahasa. Penyusun kamus juga perlulah mempunyai ketekunan yang konsisten, ketelitian dan kecermatan. Selain daripada itu, semangat untuk terus belajar dan cinta kepada bahasa serta ilmu bahasa juga tidak kurang penting.

Bagaimanakah penelitian dilakukan? - Penelitian leksikologi termasuklah yang bersangkutan dengan korpus bahasa dalam penyusunan pangkalan data. Penelitian aspek bahasa lain seperti tatabahasa sebagai maklumat pelengkap mengenai data yang disajikan.

Beberapa prinsip perlu dijadikan pegangan dalam penyusunan kamus, iaitu:

Keaslian -kamus haruslah memuatkan bahasa yang ada bukti bahawa bentuk tersebut benar-benar digunakan oleh penutur jati.

Keperwakilan - bergantung kepada format kamus yang ditentukan oleh pengguna yakni khalayak, kamus perlu memuatkan bahan yang benar- benar mewakili ruang lingkup khalayak misalnya bahasa untuk kanak- kanak.

Kelayakan - penyusun harus pasti bahawa hasil kerjanya sesuai dengan tujuan pekerjaannya. Keperluan bagi kamus ekabahasa tidak sama dengan kamus dwibahasa. Selain daripada itu, kelayakan sosial juga perlu diambil kira misalnya bahasa, agama, dan adat istiadat pengguna kamus.

Sumber bagi kata masukan atau entri perlulah sumber yang layak diterima pakai berdasarkan penelitian lapangan, iaitu sumber primer atau sumber sekunder berdasarkan rujukan kepustakaan.

DEFINISI KAMUSKamus (dari bahasa Arab: , qamus) ialah sejenis buku rujukan yang menerangkan makna kata-kata serta berfungsi untuk membantu para pengguna mengenal perkataan baru. Selain menerangkan maksud kata, kamus juga mungkin mempunyai panduan sebutan, asal(etimologi) sesuatu perkataan dan juga contoh penggunaan bagi sesuatu berkataan.

SEJARAH PERKAMUSAN MELAYU

Munculnya kamus Melayu dalam persada dunia merupakan rentetan peristiwa dalam konteks perkembangan sejarah di Eropah.

Menurut Asmah Haji Omar (1987), kamus Melayu yang paling awal yang pernah diketahui ialah senarai kata Melayu-Cina yang terdiri daripada 482 kata entri yang dikumpulkan antara 1403M-1511M.

Daftar kata tertua dikatakan merupakan catatan daftar kata Itali-Melayu yang dihasilkan oleh Pigafetta pada tahun 1521. Senarai kata ini dinamakan Daftar Kata Orang Islam. Dalam buku ini terdapat sejumlah 426 kata atau frasa bahasa Itali yang mempunyai 450 padanan kata dalam bahasa Melayu.

Kitab Pengetahuan Bahasa yang dihasilkan oleh Raja Ali Haji pada tahun 1858 merupakan ensiklopedia yang tidak lengkap dan kurang sistematik. Bahan-bahan yang terdapat dalam buku ini pelbagai dan tidak terbatas kepada penjelasan erti kata semata- mata.

Muhamad Idris Abdul Raof Al-Marbawai telah menghasilkan Kamus Idris al- Marbawi: Arab-Melayu pada tahun 1931. Kamus ini telah berjaya memenuhi keperluan masyarakat Melayu dalam bidang agama. Kamus ini telah mendapat sambutan yang hangat dan telah diulang cetak sebanyak 24 kali. JENIS KAMUSKamus EkabahasaKamus DwibahasaKamus Aneka BahasaKamus EnsiklopediaKamus EtimologiKamus DiakronikKamus SinkronikKamus UmumKamus IstilahKamus SinonimKamus Tesaurus

Kamus Ekabahasa

Kamus ini hanya menggunakan satu bahasa.Kata-kata(entri) yang dijelaskan dan penjelasannya adalah terdiri daripada bahasa yang sama.Kamus ini mempunyai perbezaan yang jelas dengan kamus dwibahasa kerana penyusunan dibuat berasaskan pembuktian data korpus. Ini bermaksud takrifan makna ke atas kata-kata adalah berdasarkan makna yang diberikan dalam contoh ayat yang mengandungi kata-kata berkenaan.Contoh bagi kamus ekabahasa ialah Kamus Dewan.

Kamus Dwibahasa

Kamus ini menggunakan dua bahasa, yakni kata masukan daripada bahasa yang dikamuskan diberi padanan atau pemerian takrifnya dengan menggunakan bahasa yang lain. Contohnya: Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (Inggeris-Melayu;Melayu-Inggeris)

Kamus Aneka Bahasa

Kamus ini sekurang-kurangnya menggunakan tiga bahasa atau lebih.Misalnya, Kata Bahasa Melayu Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina secara serentak. Contoh bagi kamus aneka bahasa ialah Kamus Melayu-Cina-Inggeris Pelangi susunan Yuen Boon Chan pada tahun 2004Kamus Ensiklopedia

Kamus besar yang memuatkan leksikal,keterangan atau maklumatekstralinguistik disusun mengikut urutankata-kata atau satuan leksikal sebagaiacuan bahagian daripada duniaekstralinguistik. Kamus ini mempunyaipersamaan dengan kamus ekabahasa darisegi urutan kata.

Kamus Etimologi

Kamus yang menumpukan perhatian kepada asal-usul kata dalam tradisi tekstual. Kamus ini menerangkan asal usul perkataan dan makna asalnya.

Kamus DiakronikKamus ini menumpukan kepada aspek pensejarahan. Dalam huraian entri, satuan leksikal diperlihatkan aspek perkembangannya sama ada bentuk atau makna diberikan perhatian dalam huraian kata.Kamus SinkronikKamus ini disusun bertujuan untuk menggarap penyediaan leksikal pada sesuatu bahasa pada masa tertentu atau pada satu tahap perkembangan yang singkat atau sezaman.

Kamus UmumKamus umum memuatkan segala katadalam sesuatu bahasa disertakan denganmaknannya. Ia merangkumi semua katadengan segala kemungkinan dari segimakna yang digunakan dalam sesuatubahasa.

Kamus IstilahKamus ini memuatkan istilah khususmengikut bidang ilmu pengetahuantertentu sahaja. Fungsinya adalah untukkegunaan ilmiah. Kamus ini memuatkanentri istilah khusus diikuti denganpemerian makna atau definisi danketerangan tambahan termasuk ilustrasidan gambar rajah.Kamus SinonimKamus yang memuatkan bentuk padanan yang mempunyai makna yang hampir- hampir sama, atau pada istilah yang mempunyai hubungan semantik. Kadangkala padanan antonim dimasukkan sebagai unsur bantuan untuk makna sinonim yang pertentangannya perlu untuk mendapatkan makna yang jelas dan nyata serta jelas sebagaimana yang digunakan dalam bahasa.

Kamus Tesaurus

Kamus yang menerangkan maksudsesuatu perkataan dengan memberikankata-kata seerti sahaja. Kamus adalahuntuk membantu penulismempelbagaikan penggunaan diksi.Tesaurus memusatkan perhatian kepadakata-kata yang berhubungan secarasemantik dalam kelompok yang tersusunsecara onomasiologi dan strukturnasional.

KAMUS DEWAN EDISI KETIGALatar belakangCiri-ciri

Latar BelakangPenghasilan Kamus Dewan edisi ketiga ini merupakan fasa ketiga penyemakan dan pengemaskinian Kamus Dewan 1970Edisi Pertama 1970Edisi Pertama Cetakan Kedua 1984Edisi Baharu 1989Edisi Ketiga 1994

Latar BelakangKamus Dewan Edisi Ketiga pula diterbitkan pada tahun 1994 dengan tambahan entri sebanyak 6,000 kata masukan iaitu 3,972 kata dasar dan 2,028 kata turunan atau kata terbitan. Semua kata tersebut berupa kata dan ungkapan baru (baik yang asli Melayu mahupun yang dipinjam), kata-kata dialek, termasuk bahasa sukuan dari Sabah dan Sarawak, istilah umum dalam pelbagai bidang ilmu seperti kewangan, ekologi, perubatan serta kata slanga. Penyusunan Kamus Dewan Edisi Ketiga ini telah diketuai oleh Hajah Noresah bt Baharom sebagai Ketua Editor dan dibantu oleh para editor yang terdiri daripada Rusli Abdul Ghani, Mohd Nor Abd. Ghani, Ibrahim Ahmad, Aziah Tajuddin Salmah Jabbar, Mariam bt Mahmud, Diarani Mat Adam dan Rahamah Othman.

Kamus Dewan Edisi Keempat

Kamus ini diterbitkan pada tahun 2010. Edisi terkini kamus ini memaparkan :

Sekitar 82 900 kata masukan (34 578 entri, 24 180 subentri, dan 24 142 frasa entri)

5843 kata masukan baru yang berupa : - kata umum - istilah umum pelbagai bidang ilmu - kata serapan Arab - kata slanga - 375 kata yang mengalami peluasan makna

Pengemaskinian ejaan.

Pembaikan takrif, bersesuaian dengan perubahan dan perkembangan yang dialami oleh bahasa Melayu.CIRI-CIRISISTEM EJAANKamus Dewan Edisi Ketiga dan menggunakan sistem ejaan yang berpandukan kepada Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu (DBP, 1991).Bentuk standard dan ejaan rasmi Variasi Kata (khanduri kenduri) Variasi Ejaan (ejaan lama kepada ejaan baru)balek balik keritik kritik ( kata pinjaman)

CIRI-CIRISUSUNAN KATA MASUKANKata dasar (mengikut abjad, huruf tebal, homonim ditulis berasingan dengan angka roman). Kata terbitan (ditulis dibawah kata dasar berkenaan, ) Frasa, ungkapan, kata majmuk dan kata ganda. ( dimuatkan di bawah kata pertama)

CIRI-CIRISEBUTANHuruf e yang disebut [] tidak diberi keterangan sebutan. Huruf e taling diberi keterangan sebutannya dengan lambang .bela (bla) - semak (smak)CIRI-CIRIETIMOLOGIMenyatakan kata sumber sesuatu perkataan yang sudah meresap ke dalam perbendaharaan bahasa Melayu tetapi masih terasa sifat-sifat keasingannya.CIRI-CIRITanda Tildetanda tilde atau tanda yang terdapat pada kata masukan pecahan (seperti frasa, ungkapan dan sebagainya), dan pada contoh penggunaan kata digunakan untuk menggantikan kata dasar atau kata terbitan yang ditakrifkan sebelumnya. bererti lihat= bererti atau, sama jarang dipakai, penggunaannya terbatas, sudah kuno, dan disangsikan kebenarannya.Glosari

Senarai istilah beserta takrifnya yang disusun mengikut abjad khusus bagi sesuatu bidang pengetahuan.

Glosari adalah satu senarai istilah dalam bidang ilmu tertentu berserta dengan takrifannya secara ringkas. Biasanya, glosari diletakkan pada akhir sebuah buku yang mengandungi istilah-istilah yang digunakan dalam buku tersebut. Istilah-istilah tersebut sama ada masih baru ataupun tidak lazim penggunaannya.Sekian, terima kasih.