137579488 kajian tindakan muzik

14
KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM PENGUASAAN MUZIK NYANYIAN MELODI, TEMPO, DAN PITCH DALAM MATAPELAJARAN MUZIK BAGI MURID TAHUN 4 SEKOLAH SK.KANDAWAYON RANAU 1.1 PENDAHULUAN Kepentingan muzik masa kini semakin ditekankan.Ramai ibu bapa pada masa ini yang terpelajar dan berpendidikan.Kejayaan dalam bidang akademik dan keterbukaan ibu bapa tentang penerimaan dan peluang perkerjaan dalam bidang muzik malahan kepentinganya dalam perkembangan karakter individu membawa perubahan dalam pembelajaran kanak-kanak dalam bidang muzik.Menyedari hal ini, ramai ibu bapa yang sangup membelanjakan wang ringgit untuk pendidikan anak-anak mereka untuk mempelajari muzik. Walaubagaimanapun, golongan dewasa ini tidak sedar akan proses pembelajaran yang dilalui oleh murid-murid terutamanya apabila berhadapan dengan teori pembelajaran muzik. Disekolah amnya, ramai guru-guru yang mengalami masalah terutamanya guru mata pelajaran muzik memperkenalkan teori muzik kepada murid-murid.Hal ini lebih rumit apabila, guru-guru muzik mengajar Teori kepada murid-murid sekolah pedalaman yang kurang terdedah kepada persikataraan luar seperti Sekolah Kebangsaan Kandawayon Ranau. 1.2 LATAR BELAKANG MASALAH Semakin ramai menganggap bahawa mata pelajaran Muzik merupakan subjek yang senang dan selalu di pandang remeh.Oleh yang demikian, seringkali mata pelajaran ini diketepikan dan dipandang remeh, Namun, ramai diantara kita tidak sedar bahawa pembelajaran muzik itu bukanlah mudah seperti yang disangka.Pembelajaran muzik bukanlah suatu subjek

Upload: adang30

Post on 13-Sep-2015

32 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

kajian tindakan

TRANSCRIPT

KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM PENGUASAAN MUZIK NYANYIAN MELODI, TEMPO, DAN PITCH DALAM MATAPELAJARAN MUZIK BAGI MURID TAHUN 4 SEKOLAH SK.KANDAWAYON RANAU1.1 PENDAHULUANKepentingan muzik masa kini semakin ditekankan.Ramai ibu bapa pada masa ini yang terpelajar dan berpendidikan.Kejayaan dalam bidang akademik dan keterbukaan ibu bapa tentang penerimaan dan peluang perkerjaan dalam bidang muzik malahan kepentinganya dalam perkembangan karakter individu membawa perubahan dalam pembelajaran kanak-kanak dalam bidang muzik.Menyedari hal ini, ramai ibu bapa yang sangup membelanjakan wang ringgit untuk pendidikan anak-anak mereka untuk mempelajari muzik. Walaubagaimanapun, golongan dewasa ini tidak sedar akan proses pembelajaran yang dilalui oleh murid-murid terutamanya apabila berhadapan dengan teori pembelajaran muzik. Disekolah amnya, ramai guru-guru yang mengalami masalah terutamanya guru mata pelajaran muzik memperkenalkan teori muzik kepada murid-murid.Hal ini lebih rumit apabila, guru-guru muzik mengajar Teori kepada murid-murid sekolah pedalaman yang kurang terdedah kepada persikataraan luar seperti Sekolah Kebangsaan Kandawayon Ranau.1.2 LATAR BELAKANG MASALAHSemakin ramai menganggap bahawa mata pelajaran Muzik merupakan subjek yang senang dan selalu di pandang remeh.Oleh yang demikian, seringkali mata pelajaran ini diketepikan dan dipandang remeh, Namun, ramai diantara kita tidak sedar bahawa pembelajaran muzik itu bukanlah mudah seperti yang disangka.Pembelajaran muzik bukanlah suatu subjek mata pelajaran yang amat mudah, ini kerana terdapat pelbagai teori yang perlu dipelajari dan difahami terlebih dahulu sebelum seseorang itu dapat menggunakan alat muzik. Menurut Bigand (2008), menerangkan bahawa adalah perlu untuk seseorang itu mengenali teori terlebih dahulu dalam pembelajaran muzik. Walaupun, seseorang itu boleh bermain muzik tanpa pengetahuan teori muzik, namun, asasnya teori itu penting contohnya kod-kod muzik.

Tambahan lagi, murid-murid terutamanya dikawasan pedalaman kurang terdedah kepada teori muzik yang menimbulkan permasalahan dalam pembelajaran teori asas dalam muzik.Kekurangan ini bukan sahaja menimbulkan kesukaran kepada murid untuk menguasai teori asas muzik malah menganggu emosi pelajar seterusnya mempengaruhi prestasi dalam mata pelajaran muzik.Oleh itu, pendekatan yang biasanya digunakan, guru muzik menjadi pusat kepada pelajar dalam pembelajaran dalam bilik darjah. Ini disokong oleh Claire (1993), menerangkan bahawa proses hireraki ini meletakkan seorang individu menentukan keputusan yang memerlukan pelajar menurutnya. Tanpa disedari, terdapat pendekatan yang lebih berkesan dan memenuhi kehendak murid dalam pembelajaran musik iaitu pembelajaran koperatif atau dikenali sebagai cooperative learning.

1.3 PERNYATAAN MASALAHKewujudan situasi dimana pertembungan antara kedudukan geologi khususnya lokasi sekolah yang terletak dikawasan pedalaman dan pembelajaran teori-teori muzik yang kompleks. Keadaan ini mendorong guru untuk mencari kaedah yang effektif untuk membantu murid-murid khususnya pelajar tahun 4 Sk.Kandawayon Ranau mempelajari dan menguasai teori-teori dalam mata pelajaran muzik terutamanya Nyanyian Melodi, tempoh, dan pitch.Tambahan lagi, kaedah yang menekankan guru sebagai penentu keputusan (Claire, 1993) bukan satu kaedah yang mengutamakan murid dalam pembelajaran seperti yang terkandung dalam falsafah pendidikan kebangsaan iaitu Pendidikan di Malaysia adalah suatu uhasa berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Uhasa Uhasa ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesajatheraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.Mok song sang (1993).Oleh itu, untuk mencapai objektif ini, kaedah pembelajaran amat mempengaruhi perkembangan individu.Dengan itu, satu kaedah yang mengkhususkan murid-murid dalam pembelajaran perlu diamalkan.Pembelajaran yang menekankan individu dalam pembelajaran ialah pembelajaran koperatif. Pembelajaran koperatif ini akan ditekankan dalam pembelajaran muzik tahap 4. Dengan penerapan pembelajaran koperatif, adakah pembelajaran koperatif berkesan dalam membantu murid mempelajari dan menguasai teori muzik terutamanya dalam nyanyian melodi, tempoh dan pitch dan adakah ia berkesan dalam membantu murid-murida dalam pembelajaran teori muzik menjadi isu utama kajian.1.3 OBJEKTIF KAJIANKajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan pembelajaran koperatifdikalangan murid-murid Tahap 2,Tahun 4 Sk.Kandawayon Ranau. Secara spesifik, kajian ini melihat keberkesanan penerapan pembelajaran koperatif dalam menguasai teori muzik iaitu Nyanyian melodi, tempoh dan pitch di kalangan murid Tahun 4 Sk.Lingga dan melihat pencapaian akademik terutamanya dalam subjek muzik sebelum dan selepas kajian dijalankan.1.3 PERSOALAN KAJIAN

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan seperti berikut;

1. Adakah Pembelajaran koperatif memberi kesan terhadap pencapaian akademik muzik murid?

2. Adakah Pembelajaran secara koperatif membantu murid mempelajari teori muzik dalam nyanyian melodi, tempoh dan pitch?3. Adakah terdapat perbezaan dalam pencapaian murid sebelum dan selepas pembelajaran koperatif diterapkan?1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Terdapat tiga kepentingan kenapa kajian ini sangat berguna dan penting dijalankan. Pertama ialah, hasil kajian ini dapat membantu guru untuk merancang jenis pembelajaran yang sesuai dan berkesan untuk murid-murid terutamanya dalam bidang muzik

.Kedua, Sekolah kebangsaan Lingga baru merupakan sekolah kluster yang terletak di kawasan pedalaman.Murid-murid di kawasan ini kurang terdedah kepada persekitaraan muzik terutamanya dalam pembelajaran teori muzik. Hasil kajian ini nanti akan membantu murid dalam menguasai pembelajaran teori muzik seterusnya mempertingkatkan prestasi sekolah.

Ketiga, Hasil kajian ini nanti akan membantu pengajar serta guru-guru muzik yang lain melihat kesesuaian gaya pembelajaran yang dapat membantu murid menguasai sesuatu bidang terutamanya dalam pembelajaran teori muzik. Mengetahui kaedah pembelajaran yang berkesan mengurangkan jangka masa murid menguasai sesuatu perkara seterusnya memperkembangkan kemahiran ke tahap yang lebih tinggi.

1.5 BATASAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan di sekolah yang terletak di kawasan pedalaman.Oleh kerana keterbatasan masa, kajian ini hanya melibatkan murid tahap II seramai 10 orang di sekolah Kebangsaan Lingga Baru Tamparuli.Oleh kerana bilangan subjek yang sedikit, maklumat yang diperolehi mungkin mempengaruhi keberkesanan kajian seterusnya sukar untuk membuat penambahbaikan dalam pengajaran.BAB 2

SOROTAN KAJIAN2.0 PENDAHULUANPembelajaran koperatif dalam pendidikan muzik merupakan satu kaedah yang sangat berkesan dalam bidang pembelajaran. Kerjasama yang wujud dalam kumpulan yang berpandukan satu matlamat mendorong ahli-ahli bekerjasama antara satu sama lain untuk mencapai matlamat yang dikongsi itu. Keberkesanan pembelajaran koperatif ini telah banyak dijalankan mahu dalam bidang teras mahupun dalam bidang muzik.Dalam bab ini, konsep-konsep berkaitan pembelajaran koperatif, kritikan, cadangan-cadangan dan hasil daripada kajian lepas dan keberkesanan teori ini akan dibincangkan dalam bab ini.2.1 PEMBELAJARAN KOPERATIF

Pembelajaran koperatif ialah satu proses kerjasama dimana sekumpulan murid yang diatur bekerjasama antara satu sama lain mencapai satu matlamat menerusi perkongsian idea, maklumat dan sumber bahan. (Claire, 1993; Johnson, Johnson & Holubec, 1994).Terdapat pelbagai jenis kumpulan seperti (peer-Tutoring), cross-age tutoring, dan pembelajaran koperatif digunakan secara meluas dalam bidang pendidikan umum dan khas.Setiap satu melibatkan perancangan, kriteria pemilihan, methodologi arahan, dan falsafah pendidikan (Espito, 1973).Berdasarkan penelitian, pembejaran berkumpulan mengubah penumpuan dari guru kepada pelajar.Pembelajaran koperatif ini lebih menumpukan kepada tingkah laku murid dalam pembelajaran.(Moody & Vaughn, 1997).Kajian terdahulu dalam bidang pembelajaran koperatif bersetuju bahawa kepelbagaian identiti harus ada dalam sebuah kumpulan untuk memastikan kumpulan itu bekerjasama.(Johnson & Johnson, 1987; Salvin, 1990).Kepelbagaian ini hanya tercapai apabila pembentukan kumpulan atau kelas itu terdiri daripada kepelbagaian perbezaan diantara individu (Esposito, 1973).Pengkaji-pengkaji lain mencadangkan penggunaan strategi pembelajaran berteraskan rakan dalam kepelbagaian kumpulan. (Andrew, 1996; Dugan, Kampus, Leonard, Watkins, Rheinberger, dan Stackhaus, 1995; Rutowski, 1996) Peer-Meditation, ialah satu proses dimana pelajar bekerjasama untuk mencapai matlamat dalam bidang akedemik mahupun sosial. Antara matlamat (peer-meditation) adalah, menganalisis kerja antara satu sama lain, penyelasaian masalah, dan model rakan pembimbing (darrow, Gibbs dan Wedel, 2005). Pembelajaran antara rakan, pembelajaran melangkaui usia, dan pembelajaran koperatif adalah tiga jenis pembelajaran rakan yang selalu diperbincangkan dalam sorotan kajian lepas. Kepelbagaian dalam kumpulan ini terdiri daripada lima hingga enam orang individu dalam satu kumpulan yang terdiri daripada pelajar lemah, sederhana dan pelajar cerdas.

2.1.1 Pembelajaran antara rakan(Harris & Sherman, 2003).Tambahan lagi, sikap antara pelajar dan murid menyumbang kepada pembelajaran antara rakan atau peer tutoring.(Calhoon & Fuchs, 2003; Darrow, Gibbs, & Wedel, 2005).2.1.2Pembelajaran melangkauiusia (cross-age)Pembelajaran melangkauiusia adalah pembelajaran berbentuk peer-meditation yang mana pelajar yang lebih berusia, iaitu pelajar yang berkemahiran atau pakar, memberi bahan-bahan pembelajaran kepada pelajar muda, secara berhadapan (maher, 1982). Menurut kajian, pembelajaran seperti ini dapat memberi faedah kepada pelajar-pelajar yang bermasalah (Madsen, Smith & Feeman, 1998; Maher, 1982; Scruggs & Osguthorpe, 1986).

Jika dibandingkan dengan pembelajaran antara rakan (peer-tutoring), Pembelajaran melangkaui usia ini atau (cross-age tutoring) mempunyai hasil yang sama dalam pencapaian akademik. Kajian yang dijalankan sebelum ini, menyatakan bahawa, pelajar yang berkeperluan dalam pembelajaran dan tingkah laku menggunakan pembelajaran melangkaui usia menunjukan perubahan dalam tingkah laku murid (Scruggs & Osguthrope, 1986)Antara faedah-faedah daripada pembelajaran melangkaui usia (cross-age) termasuklah penambahbaikan pencapaian akademik, kadar kehadiran meningkat, dan masalah disiplin menurun (Maher, 1982); Maher, 1984). Kajian yang dijalankan oleh Madsen, Smith dan Freeman, 1984, menjelaskan bahawa apabila pelajar berusia yang mempunyai disiplin yang teruk dijadikan pengajar atau tutor kepada kanak-kanak, mereka dilihat sebagai seorang yang berpengetahuan dan sentiasa menepati. Jelas bahawa, sekiranya, seorang yang mempunyai keterampilan diri dan berbakat, ianya mampu mempengaruhi murid.2.2 Cooperative Learning

Pembelajaran koperatif ialah satu pembelajaran yang melibatkan kumpulan murid di mana ianya berkongsi satu matlamat dan saling membantu untuk mencapai matlamat itu.Selain itu, mereka juga berkongsi satu tanggungjawab, bertukar idea, maklumat dan sumber atau bahan-bahan. (Claire, 1993,; Johnson, Johnson dan Holube, 1994). Terdapat beberapa struktur kumpulan koperatif yang telah diterangkan dalam sorotan kajian ini.Selain daripada pembelajaran koperatif yang menekankan pembelajaran tertumpu kepada pelajar, terdapat juga beberapa aliran struktur yang selalunya digunakan dalam pendidikan umum.Antaranya ialah, Team-assisted individualization, Jigsaw, dan Kumpulan peningkatan pelajar.Ketiga-tiga struktur ini merupakan struktur yang biasanya diguna pakai dalam pendidikan umum.Team-assisted individualization, merupakan satu kombinasi kerja secara individu dan berkelompok. Setelah pelajar melalui proses kerja secara individu, mereka akan bekerjasama dengan rakan sekelas untuk berbincang dan meminta tunjuk ajar. Markah secara individual yang diperolehi dicampur dengan hasil perbincangan kumpulan akan dijadikan markah akhir (Slavin, 1983)Slavin, Madden, dan Leavey (1984), mengkaji kesan pembelajaran koperatif berbanding arahan secara individu dan arahan secara berkumpulan. Sejumlah pelajar, iaitu 504 orang dalam kajian yang pertama dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu, Kumpulan membantu individu, (team-assisted individualization), arahan kendiri (individualistic instruction) tanpa kumpulan dan kawalan.Kawalan dalam kajian ini bermaksud penggunan arahan tradisional untuk pengajaran matematik, di mana guru menguasai arahan dan kesemua aktiviti.Penggunaan kaedah ini digunakan dalam Kumpulan membantu individu dan karahan kendiri.Para pelajar dalam kedua-dua kategori ini tidak menerima jawapan atau tindakan susulan tidak seperti Arahan kumpulan membantu individu. Satu kajian juga dilaksanakan dalam pembelajaran tradisional menggunakan kaedah dan kumpulan yang sama. Perlaksanaan selama 8 bulan menunjukan perubahan dalam pencapaian dalam kumpulan yang terkawal.Walaubagaimanapun, tidak terdapat perubahan pada Kumpulan membantu individu dan kumpulan kerahan kendiri. (Slavin, 1984).2.3 Perlakuan dan Pembelajaran kooperatifPembelajaran koperatif telah digunakan secara menyeluruh dengan maksud memupuk dan menggalakkan hubungan dan interaksi dalam kelas. Perlakuan murid akan berubah dan ingin mencapai kemajuan dalam bidang akademik menerusi kerjasama dalam kumpulan. Ini disokong oleh Jellison, Brooks & huck, mengatakan bahawa murid-murid akan memalui proses perubahan perlakuan apabila wujudnya persaingan dan galakkan dalam kumpulan yang akan mendorong murid itu berusaha untuk meningkatkan prestasi akademik melalui kerjasama yang wujud.

Satu kajian telah dijalankan terhadap murid yang menghidap autism, dalam proses pembelajaran yang bertumpukan guru. (Dugan, Kamps, Leonard, Watkins, Rheinberger & Stackhaus, 1995).Tujuan kajian ini ialah utuk mengkaji kesan pembelajaran koperatif terhadap dua kanak-kanak autism dalam pembelajaran biasa. Dua kanak-kanak itu beserta 16 yang lain turut serta dalam kajian tersebut. Pembahagian kumpulan dilakukan dengan mencampurkan kanak-kanak yang memiliki sifat berlainan.Kanak-kanak yang mengalami autism digolongkan dalam kumpulan yang lemah.Kajian menunjukan bahawa kanak-kanak tersebut memperolehi peningkatan dalam akademik.Perlakuan ,urid-murid dipengaruhi oleh pembelajaran koperatif. Mereka mempamerkan sikap positif terhadap rakan-rakan mereka dan mempunyai keyakinan yang tinggi (Johnson, Jonshon & Anderson, 1976). Pelajar yang menyertai pembelajaran koperatif lebih memberangsangkan dan menunjukan perubahan dari hari ke hari berbanding pembelajaran secara kendiri (Johnson, Johnson & Snider 1985)2.4 pembelajaran koperatif dan muzik

Kajian-kajian lepas menunjukan bahawa penggunaan pembelajaran koperatif dalam pembelajaran muzik adalah terhad.Daripada kajian-kajian lepas, pembelajaran koperatif menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif berpotensi untuk menjadi satu kaedah efektif dalam pembelajaran muzik (Holloway, 2001, Hosterman, 1992, Inzenga, 1999) walaupun ianya bukan kebiasaan (Cangro, 2004).

Cangro (2004) menjalankan kajian terhadap satu kumpulan menggunakan kaedah ujian sebelum dan selepas. Tujuan kajian ini lalah untuk mengkaji pencapaian muzik dikalangan pelajar grad lima dan enam. Selepas 20 minggu pembelajaran koperatif dalam kumpulan, kajian menunjukkan tiada perubahan berlaku ke atas kebolehan pelajar bermain muzik yang menerima pembelajaran koperatif.

Satu kajian dilaksanakan untuk mengjaji perlakuan pelajar terhadap pembelajaran koperatif bersama dengan pencapaian dalam pembelajaran sejarah muzik dan kemahiran mendengar dalam apreasasi muzik (Hosterman, 1992).Hasil kajian menunjukan tiada berubahan skor terhadap kumpulan yang dikaji dalam elemen pembelajaran sejarah muzik.Walaubagaimanapun, kumpulan yang dikaji menunjukkan perubahan dalam kemahiran mendengar dalam satu ujian yang dijalankan.Holloeay (2001), dalam kajianya mendapati bahawa penggunaan pembelajaran koperatif meningkatkan kemahiran mendengar dikalangan pelajar muzik semasa apreasasi dijalankan.Jika dibandingkan dengan pembelajaran tradisional, pembelajaran koperatif banyak membantu pelajar meningkatkan kemahiran mendengar seperti melodi, meter dan timbre.

Kemahiran melihat dikalangan pelajar perempuan diperhatikan dan dikaji dalam kelas choral (Inzenga, 1999). Pelajar dimulakan dengan pemanasan berkumpulan.Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberi tugasan dan menyelasaikanya dalam masa 15 minit. Hasil pemerhatian menunjukan bahawa, kemahiran membaca nota muzik dan perenggan rhythm dikalangan pelajar meningkat jika dibandingkan dengan pembelajaran kendiri. 2.5 Refleksi Sorotan Kajian

Daripada hasil kajian lepas, kajian-kajian tersebut menunjukan bukti bahawa pembelajaran koperatif dalam kelas normal membantu murid dalam pembelajaran.Denagn adanya bukti-bukti yang dijalankan memalui kajian-kajian lepas.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0 PENDAHULUANDalam Bahagian ini, penerangan secara mendalam dan jelas akan diberikan iaitu berkaitan dengan Subjek kajian, Kaedah kajian, Prosedur kajian, dan hal-hal berkaitan dengan topic kajian. Kesemua konsep ini akan digunakan dalam kajian yang dijalankan.

3.1 METOD KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran Koperatif dalam penguasaan teori muzik dikalangan murid tahun 4 di Sk.Lingga baru Tamparuli Sabah.Kajian ini melibatkan murid Tahap 4 seramai 7 orang yang terdiri daripada seorang lelaki dan enam orang perempuan. Untuk mendapatkan data yang diinginkan, kaedah kajian secara kuantitatif dan kualitative akan digunakan dalam kajian ini. Penggunaan Kedua-dua kaedah dalam kajian ini ialah untuk memastikan data yang diperolehi Sahih dan berkesan.

3.2 TEMPAT KAJIAN DAN SAMPEL KAJIAN

Sekolah ini merupakan sekolah luar bandar yang terletak jauh daripada kawasan bandar. Sekolah ini juga diklasifikasikan sebagai sekolah Kurang Murid (SKM) di mana jumlah keseluruhan ialah seramai 53 orang sahaja. Kedudukan geologi sekolah yang terletak jauh dari kawasan bandar ini mendorong pengkaji untuk menjalankan kajian keberkesanan pembelajaran koperatif untuk membantu murid menguasai teori muzik. Sampel kajian yang terdiri daripada tahun 4 ini berumur 10 tahun akan melibatkan diri secara aktif semasa kajian ini dijalankan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.

3.3 INSTRUMEN KAJIAN

Pengkaji menggunakan dua kaedah dalam pengumpulan data untuk kajian ini. Instrumen tersebut adalan secara kuantitatif iaitu melalui peperiksaan teori dan secara kualitatif iaitu secara pemerhatian dan perbualan. Untuk instrumen kajian, satu ujian teori objektif dan bertulis akan digunakan. Ujian ini terbahagi kepada dua kategori iaitu ujian sebelum dan selepas. Satu ujian iaitu berkenaan teori akan diberikan kepada pelajar, hasilnya akan direkodkan dan satu ujian akan dilaksanakan selepas kaedah pembelajaran koperatif diterapkan. Manakala menerusi pengumpulan maklumat secara kualitatif, pengkaji mengumpul data menerusi pemerhatiaan semasa pembelajaran dan individu. Selain itu, pengumpulan data menerusi perbualan (penyoalan) semasa pembelajaran juga digunakan.

3.4 JANGKA MASA KAJIAN

Kajian ini akan dilaksanakan pada awal persekolahan 2011 iaitu pada januari sehingga may, iaitu selama 5 bulan. Selama jangka masa ini, pengkaji akan mengutip kesemua maklumat yang diperlukan. Kesemua murid tahap 2, tahun 4 akan menjalani ujian setiap bulan selama lima bulan berakhir pada bulan may. Pengumpulan maklumat selama lima bulan ini akan dilaksanakan semasa kelas muzik. Ini untuk memastikan kajian yang dijalankan tidak mengangu sesi pembelajaran harian murid disekolah.3.5 ANALISIS DATA

Setelah maklumat diperolehi menerusi penggunaan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kesemua maklumat akan direkodkan, iaitu sebelum penerapan pembelajaran koperatif dan selepas. Kesemua maklumat yang direkodkan sebelum penggunaan kaedah pembelajaran koperatif akan di paparkan dalam bentuk graf garisan dan kekerapan dalam jadual. Manakala, selepas itu, data-data yang diperolehi setelah penerapan kaedah pembelajaran koperatif, hasil maklumat juga disampaikan menerusi graf garisan dan mod kekerapan untuk membandingkan pencapaian murid secara jelas dan terperinci sebelum dan selepas berlakunya penerapan pembelajaran koperatif.