13487297-plan-tindakan-kecemerlangan-sains-sk-sampir-kota-marudu.doc

7
Plan Perancanagan Kecemerlangan Sains UPSR Sek. Keb. Sampir, Kota Marudu PLAN TINDAKAN KECEMERLANGAN SAINS UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2009 BAGI SK SAMPIR KOTA MARUDU PENGENALAN Selaras dengan visi SK. Sampir “SK. Sampir cemerlang menjelang tahun 2011”, serta intipati misi iaitu “ Cemerlang Kurikulum” maka kecemerlangan yang dicita-citakan itu hendaklah mempunyai kesinambungan pencapaian memberangsangkan dari tahun ke tahun khususnya dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi semua mata pelajaran yang diuji dalam peperiksaan tersebut. Dalam hal ini Panatia Sains telah menyediakan satu plan tindakan kecemerlangan Sains khususnya dalam UPSR bagi maksud mempastikan kualiti pencapaian subjek Sains dalam UPSR sentiasa konsisten dan mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, PPD Daerah dan Jabatan Pelajaran Sabah secara khususnya. Berikut adalah pencapaian mata pelajaran Sains sejak 8 tahun yang lepas. TAHUN % SAINS % UPSR CATATAN ( + / - % SAINS % UPSR 2000 100.0 80.00 - - 2001 94.70 84.20 - 15.3 + 4.2 2002 100.0 66.70 +15.3 -17.5 2003 100.0 62.50 0.00 - 4.2 2004 89.00 79.00 - 11.0 +16.5 2005 75.00 56.25 - 14.0 - 22.75 2006 88.88 44.44 - 13.88 -11.81 2007 100.0 43.75 +11.12 - 0.69 2008 92.90 78.60 - 7.10 +34.85 OBJEKTIF 1

Upload: zuliaty-ismail

Post on 14-Sep-2015

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PLAN TINDAKAN KECEMERLANGAN SAINS

Plan Perancanagan Kecemerlangan Sains UPSR

Sek. Keb. Sampir, Kota Marudu

PLAN TINDAKAN KECEMERLANGAN SAINSUJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2009

BAGI SK SAMPIR KOTA MARUDU

PENGENALAN

Selaras dengan visi SK. Sampir SK. Sampir cemerlang menjelang tahun 2011, serta intipati misi iaitu Cemerlang Kurikulum maka kecemerlangan yang dicita-citakan itu hendaklah mempunyai kesinambungan pencapaian memberangsangkan dari tahun ke tahun khususnya dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi semua mata pelajaran yang diuji dalam peperiksaan tersebut.Dalam hal ini Panatia Sains telah menyediakan satu plan tindakan kecemerlangan Sains khususnya dalam UPSR bagi maksud mempastikan kualiti pencapaian subjek Sains dalam UPSR sentiasa konsisten dan mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, PPD Daerah dan Jabatan Pelajaran Sabah secara khususnya. Berikut adalah pencapaian mata pelajaran Sains sejak 8 tahun yang lepas.

TAHUN% SAINS% UPSRCATATAN ( + / -

% SAINS

% UPSR

2000100.080.00--

200194.7084.20- 15.3+ 4.2

2002100.066.70+15.3-17.5

2003100.062.500.00- 4.2

200489.0079.00- 11.0+16.5

200575.0056.25- 14.0- 22.75

200688.8844.44- 13.88-11.81

2007100.043.75+11.12- 0.69

200892.9078.60- 7.10+34.85

OBJEKTIFPlan Tindakan Kecemerlangan Sains SK Sampir 2009 mempunyai objektifnya seperti berikut :-

Peratus lulus bagi subjek Sains dalam UPSR 2009 melebihi 85%

AHLI JAWATANKUASA PLAN TINDAKAN KECEMERLANGAN SAINS 2009

Pengerusi :

En. Asirul Hj Hama

Guru Besar SK. Sampir, Kota Marudu

Timbalan Pengerusi :

En. Yacob Antai

Penolong Kanan Kurikulum

Setiausha:

En. Zachary Marindal

Ketua Panatia Sains

Ahli Jawtankuasa:

Semua Guru Mata Pelajaran Sains Tahun 1 hingga Tahun 6PERANCANGAN STRATEGIK Menghabiskan silibus Sains Tahun 6 sebelum bulan Mei Mengulangkaji silibus Tahun 4 dan Tahun 5 ( Mei Jun ) Teknik menjawab Sains soalan UPSR

Latih-Tubi Berdasarkan topik ( Jan Jun )

Keseluruhan topik ( Julai Sept ) Program Study Group Program Bimbingan Rakan SebayaPERINCIAN PERANCANGAN STRATEGIK(a) Menghabiskan Silibus Sains Tahun 6

Silibus Sains Tahun 6 hendaklah diselesaikan sebelum Mei 2009. Rasionalnya, ulangkaji untuk silibus Sains Tahun 4 dan 5 dapat dibuat. Ini kerana silibus Sains dalam Tahun 4 dan Tahun 5, turut ditanya dalam peperiksaan UPSR sebenar. Oleh yang demikian, para pelajar dapat mengingat semula pelajaran yang dipelajari kira-kira 1 atau 2 tahun yang lepas.

(b) Mengulangkaji Silibus Tahun 4 dan Tahun 5

Mengikut perancangan, ulangkaji silibus Sains bagi Tahun 4 dan Tahun 5 akan dimulakan pada Mei hingga Jun 2009. Berdasarkan kajian, didapati soalan-soalan silibus Tahun 5 merangkumi hampir 50% daripada jumlah keseluruhan soalan UPSR. Adalah sukar bagi murid untuk mengingati semula pelajaran lepas tanpa bimbingan daripada guru-guru Sains.

(c) Teknik Menjawab Soalan Sains UPSR

Melalui program ini, murid akan dibimbing secara intensif bagaimana teknik menjawab soalan yang betul. Skop akan ditumpukan kepada kedua-dua sektor, iaitu bahagian A (30 markah) dan bahagian B (20 markah). Mengikut penelitian dan pengalaman murid menghadapi sedikit masalah dalam bahagian B. Ini kerana soalan dan cara menjawab agak teknikal. Oleh itu, formula-formula tertentu perlu ditekankan kepada murid. Ini termasuklah dalam kemahiran proses Sains seperti, memerhati, meramal, mengawal pemboleh ubah, membuat hipotesis, inferens, mentafsir maklumat, membuat kesimpulan serta mengukur dan menggunakan nombor. (d) Latih-Tubi

Latih-tubi akan dijalankan berdasarkan 2 peringkat. Latih-tubi pertama berdasarkan topic. Ini bermaksud latihan diberikan secara on going mengikut topik yang sedang dipelajari. Penilaian serta-merta dilakukan selepas sesuatu topik itu diajar.Peringkat kedua adalah latih-tubi mengikut topik keseluruhan. Ini bermaksud soalan-soalan daripada Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 akan digabungkan untuk menjadi satu set soalan ala-ala UPSR dan dijawab oleh murid. Kriteria pemarkahan dan sebagainya akan diadaptasikan daripada format UPSR. Sumber soalan-soalan UPSR lepas, soalan-soalan Sains daripada Jabatan Pelajaran Negeri seluruh Malaysia, serta soalan Excell daripada Jabatan Pelajaran Sabah akan menjadi bahan soalan utama. Ini kerana soalan-soalan ini berkualiti dan dapat memenuhi tahap piawaian UPSR sebenar. Sasaran yang hendak dicapai adalah murid sekurang-kurangnya menjawab dengan betul melebihi 500 soalan pelbagai bentuk (pembetulan serta-merta akan dititikberatkan).(e) Program Study-Group

Keupayaan setiap murid adalah berbeza. Malah cara murid untuk menerima sesuatu bentuk ilmu itu adalah berbeza mengikut situasi dan penyampai ilmu. Lantaran itu, melalui study-group ini murid mampu belajar tanpa tekanan, perasaan malu dan ilmu yang disampaikan disampaikan mengikut aras bahasa dan penyampaian yang mereka mampu terima. Melalui study-group ini murid berbincang sesama kumpulan. Guru hanya bertindak sebagai penyelaras dan akan datang membantu jika diperlukan. Untuk tidak membebankan murid, study-group ini akan dijalankan pada hujung minggu atau mengikut keperluan ( ini kerana murid turut terlibat dengan Skim Baucer Tuisyen) dan mempunyai hub masing-masing mengikut kampung.(f) Program Rakan Sebaya

Murid-murid yang dikenalpasti berpotensi dan cemerlang dalam subjek Sains akan menjadi pembimbing kepada rakan yang agak lambat menerima pembelajaran. Rasinonal daripada program ini adalah pembelajaran berlangsung secara dua hala. Murid pembimbing dapat mengasah kebolehannya, manakala murid dibimbing akan menerima tunjukajar daripada pembimbing.(g) Melibatkan Diri Secara Aktif Dengan Program Kecemerlangan Peringkat

Sekolah / Zon / Daerah

Pihak sekolah akan sentiasa melibatkan diri secara aktif dalam program kecemerlangan UPSR samada peringkat sekolah / Zon / Daerah dengan menghantar murid-murid sekolah ini yang berpotensi dan cemerlang dalam semua subjek UPSR. Program ini ternyata positif, apabila salah seorang murid yang terlibat dalam program ini serta program-program yang dirancang diperingkat sekolah memperolehi keputusan 5A dalam UPSR 2008.JADUAL PERANCANGAN STRATEGIKPROGRAMMASACATATAN

Menghabiskan Silibus Tahun 6Januari - Mei

Mengulangkaji Silibus Tahun 4 dan Tahun 5Mei Jun

Teknik Menjawab Soalan UPSRJulai

Latih-TubiJanuari - SeptemberSetiap murid mampu menjawab melebihi 500 soalan sehingga peperiksaan UPSR bermula.

Program Study-GroupJanuari - SeptemberMurid mempunyai hub pembelajaran secara study-group Contohnya hub Kg. Birahan Darat, Kg. Tigaman Darat, Kg. Sampir dan Kg. Sampir Darat.Ahli study-group dan hub masing-masing akan diberikan oleh guru Sains kepada murid.

Program Rakan SebayaJanuari - SeptemberSelain rakan sebaya menjadi pembimbing, X-Student (lepasan UPSR 2008 / 2007 ) yang cemerlang dalam Sains boleh menjadi pembimbing rakan sebaya. Keutamaan diberikan kepada abang atau kakak murid.

Melibatkan Diri Secara Aktif Dengan Program Kecemerlangan Peringkat Zon ataupun Daerah

Ikut Takwim Zon / PPD DaerahSekitar 2 3 orang terlibat

(mengikut kuota PPD)

PENUTUP Program seumpama ini telah lama dipraktikan oleh pihak sekolah. Program ini agak berjaya membantu murid-murid meningkatkan pencapaian dalam UPSR. Namun demikian, program demi program semata-mata tidak akan mampu membantu murid, jika murid tersebut tidak bersedia, tidak memiliki sikap kendiri yang positif, tiada sokongan daripada keluarga ataupun keadaan minda murid yang agak memang lambat menerima sesuatu sumber pembelajaran.Disediakan Oleh,

( ZACHARY BIN MARINDAL )

Ketua Panatia Sains,

Sek. Keb. Sampir,

KOTA MARUDU.PAGE - 5 -