131502564-jenis-terapi

21
1.0 PENGENALAN Secara umumnya, kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas ini selalunya memiliki ciri-ciri tertentu yang menghalang mereka mengikuti persekolahan seperti kanak-kanak biasa. Mereka memerlukan pendidikan yang khas atau dengan kata lain memerlukan satu perkhidmatan pendidikan yang berbentuk khas untuk memenuhi keperluan mereka. Sebagai pendidik, para guru seharusnya melengkapkan diri dengan pelbagai strategi dan berfikiran kreatif dalam proses pengajaran untuk membantu kanak-kanak berkeperluan khas ini menjalani kehidupan secara optimum. Salah satu cara yang boleh dijalankan oleh guru ialah melalui terapi. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), terapi didefinisikan sebagai rawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental secara proses pemulihan tanpa penggunaan ubat atau pembedahan. Terapi juga merupakan aktiviti fizikal atau mental yang dilakukan untuk membantu merawat, memulihkan atau mengatasi masalah-masalah fizikal, emosi atau sosial yang dihadapi oleh seseorang. Dalam konteks Pendidikan Khas pula, terapi merupakan kaedah untuk membantu individu yang mempunyai pelbagai keperluan khas yang melibatkan kognitif, emosi, sosial dan psikomotor bagi mencapai perkembangan secara maksimum dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Terapi merupakan kaedah untuk membantu seseorang pelajar untuk bergerak balas terhadap aktiviti atau kemahiran yang dilakukan. “Rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghadapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan menyebabkan kefungsian badan secara normal” (Kamus Perubatan Mosley, 2001) Oleh itu, terapi di dalam Pendidikan Khas dapat dikonklusikan sebagai rawatan pemulihan atau perkhidmatan yang diberikan untuk mengembalikan kefungsian badan secara normal. Di dalam Pendidikan Khas, terdapat pelbagai jenis terapi yang dapat diaplikasi dan digunakan oleh para pendidik untuk membantu murid- 1

Upload: mohdnurazlankamaruzaman

Post on 14-Aug-2015

22 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 131502564-jenis-terapi

1.0 PENGENALAN

Secara umumnya, kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas ini selalunya

memiliki ciri-ciri tertentu yang menghalang mereka mengikuti persekolahan seperti

kanak-kanak biasa. Mereka memerlukan pendidikan yang khas atau dengan kata

lain memerlukan satu perkhidmatan pendidikan yang berbentuk khas untuk

memenuhi keperluan mereka. Sebagai pendidik, para guru seharusnya

melengkapkan diri dengan pelbagai strategi dan berfikiran kreatif dalam proses

pengajaran untuk membantu kanak-kanak berkeperluan khas ini menjalani

kehidupan secara optimum. Salah satu cara yang boleh dijalankan oleh guru ialah

melalui terapi.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), terapi didefinisikan sebagai

rawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental secara proses pemulihan tanpa

penggunaan ubat atau pembedahan. Terapi juga merupakan aktiviti fizikal atau

mental yang dilakukan untuk membantu merawat, memulihkan atau mengatasi

masalah-masalah fizikal, emosi atau sosial yang dihadapi oleh seseorang. Dalam

konteks Pendidikan Khas pula, terapi merupakan kaedah untuk membantu individu

yang mempunyai pelbagai keperluan khas yang melibatkan kognitif, emosi, sosial

dan psikomotor bagi mencapai perkembangan secara maksimum dan digunakan

dalam pengajaran dan pembelajaran.

Terapi merupakan kaedah untuk membantu seseorang pelajar untuk bergerak

balas terhadap aktiviti atau kemahiran yang dilakukan.

“Rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghadapi sebarang penyakit

atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan menyebabkan kefungsian badan

secara normal”

(Kamus Perubatan Mosley, 2001)

Oleh itu, terapi di dalam Pendidikan Khas dapat dikonklusikan sebagai

rawatan pemulihan atau perkhidmatan yang diberikan untuk mengembalikan

kefungsian badan secara normal.

1

Page 2: 131502564-jenis-terapi

Di dalam Pendidikan Khas, terdapat pelbagai jenis terapi yang dapat diaplikasi

dan digunakan oleh para pendidik untuk membantu murid-murid pendidikan khas di

dalam kehidupan seharian mereka. Antaranya ialah :

Terapi fisio / fizikal

Terapi cara kerja

Terapi main

Terapi pertuturan

Terapi seni

Terapi muzik

Setiap terapi yang digunakan membawa kepada faedah dan kepentingannya

yang tersendiri kepada setiap murid. Secara umumnya, terapi dapat meningkatkan

daya pengamatan murid-murid, meransang murid untuk bergerak balas secara positif

terhadap sesuatu kemahiran serta meningkatkan perkembangan fungsi kognitif,

emosi, sosial dan psikomotor mereka. Terapi juga dapat melatih murid-murid untuk

menguasai kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan

seharian murid serta mewujudkan pembelajaran yang kondusif dan menyeronokkan.

Justeru itu, pengaplikasian pelbagai jenis terapi kepada murid-murid

Pendidikan Khas yang direka khusus mengikut masalah-masalah yang dialami oleh

mereka dapat membawa kepada proses pemulihan yang lebih baik. Penglibatan

murid di dalam sesi terapi adalah diharuskan kerana membawa banyak manfaat dan

kelebihan positif kepada mereka.

2

Page 3: 131502564-jenis-terapi

2.0 JENIS-JENIS TERAPI

2.1 TERAPI FISIO / FIZIKAL

Definisi :

Kepentingan :

Faedah :

3

Page 4: 131502564-jenis-terapi

2.2 TERAPI CARA KERJA

Definisi :

Kesihatan dan cara kerja adalah saling berkaitan antara satu sama lain.

Apabila kesihatan seseorang itu terjejas, kebolehan seseorang itu untuk

melakukan sesuatu kerja dan menjalankan aktiviti harian akan turut terjejas.

Menurut Turner, Foster dan Johnson (2002), beliau mendefinisikan

terapi cara kerja ialah latihan aktiviti-aktiviti yang bermakna untuk

meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan atau

kecacatan ke atas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada

semua peringkat umur.

Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) pula mendefinisikan terapi cara

kerja sebagai aktiviti pemulihan yang memberi fokus kepada pemulihan

kecederaan, penyakit, kecacatan fizikal dan mental serta faktor keuzuran

seseorang individu bagi membolehkan mereka berdikari dalam melakukan

aktiviti kehidupan harian, produktiviti dan pelbagai aktiviti riadah.

Menurut NASAM, terapi cara kerja merupakan sejenis pemulihan untuk

memperbaiki kualiti hidup seseorang. ia tertumpu kepada memperbaiki

kebolehan menjalankan aktiiti hidup seharian, penjagaan diri dan kemandirian

di tempat kerja dan riadah.

Pada kebiasaannya, aktiviti yang dilakukan berfokus kepada

kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot-otot untuk membantu murid

mencapai kejayaan dalam bidang vokasional dan kerjaya seseorang. Guru

Pendidikan Khas harus menerapkan terapi cara kerja kepada murid

Pendidikan Khas dengan proses P&P yang dijalankan di sekolah. Sebagai

contoh, terapi ini boleh diterapkan dalam mata pelajaran Pengurusan Diri atau

Kemahiran Hidup

4

Page 5: 131502564-jenis-terapi

Kepentingan :

Dilakukan untuk membantu murid menguasai kemahiran motor halus dengan lebih baik

Meningkatkan kemampuan murid untuk melakukan sesuatu dengan otot-otot kecil yang ada

Meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan ke atas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur

Meningkatkan tahap keyakinan diri murid

Faedah :

Meningkatkan kemahiran motor halus dan kemahiran murid

Melatih murid bersabar dan bijak mengawal emosi semasa melakukan

sesuatu pekerjaan

Membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas seperti menyapu,

mengatur, memotong dan sebagainya.

2.3 TERAPI MAIN

5

Page 6: 131502564-jenis-terapi

Definisi :

Kraus (1990) menyatakan bermain merupakan aktiviti yang boleh memberikan

kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan

apakah hasil kepada aktiviti itu. Carr (2004) dalam teorinya pula mengatakan

bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat

masing-masing. Hurlock (1978) pula mendefinisikan bermain sebagai satu

aktiviti yang dilakukan secara suka rela, dan tidak ada paksaan atau tekanan

dari luar atau kewajiban.

Umumnya, terapi bermain adalah suatu proses interaksi sosial yang

menyediakan kesempatan untuk murid-murid belajar tentang ketrampilan

sosial-emosi serta cara untuk meningkatkan ketahanan emosi. Melalui aktiviti

belajar sambil bermain kanak-kanak berpeluang untuk meneroka identiti dan

personaliti masing-masing serta lebih mengenali dunia luar.

Mengikut aspek psikologi, terapi main memberi peluang kepada kanak-

kanak untuk meluahkan perasaan dan mengawal keadaan diri dengan lebih

baik. Hal ini dapat membantu kanak-kanak untuk berhadapan dengan realiti

kehidupan sebenar yang lebih banyak cabarannya. Kanak-kanak dapat belajar

untuk memberikan komitmen dan fokus terhadap sebarang aktiviti yang

dilakukan.

Contoh aktiviti terapi main ialah lakonan, simulasi, penerokaan dan

penggunaan alatan atau tanpa alatan.

Kepentingan :

6

Page 7: 131502564-jenis-terapi

Mengurangkan masalah tingkah laku

Meningkatkan komunikasi kanak-kanak, kefahaman dan ekspresi verbal

Kanak-kanak mampu untuk menilai keupayaan dan kebolehan diri sendiri

Meningkatkan keupayaan untuk mempercayai seseorang

Merawat gangguan perkembangan normal

Faedah :

Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri

Membolehkan kanak-kanak untuk meluahkan masalah yang membelenggu

Menyediakan tempat yang bagi meluahkan perasaan

2.4 TERAPI PERTUTURAN

7

Page 8: 131502564-jenis-terapi

Definisi :

Kepentingan :

Faedah :

2.5 TERAPI SENI

Definisi :

Terapi seni bermaksud bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan

dalam menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan cabang ilmu

Pendidikan Seni Visual. Terapi seni sebenarnya merupakan satu bentuk terapi

emosi dan tingkah laku. Terapi ini juga merupakan satu proses seni yang

dapat membantu membaiki fizikal, mental dan emosi kanak-kanak.

Menurut ‘American Art Therapy Association’ terapi seni adalah satu

profesion kesihatan mental yang menggunakan proses kreatif dalam lukisan

untuk menambah baik dan menyempurnakan fizikal, mental dan emosi

individu di bawah semua peringkat umur. Terapi seni boleh diertikan sebagai

suatu bentuk terapi ekspresif yang menggunakan media warna, kapur, pensil

dan marker yang diintegrasikan dengan terapi psikoterapiutik serta teknik

proses kreatif.

“ Teori mengenai mengapa kanak-kanak suka bermain adalah serupa seperti

mengapa mereka melukis di mana mereka berharap menjadi dewasa dan

dapat mengawal keadaan sekeliling. Di dalam keadaan ini, melukis

memberikan kanak-kanak keupayaan untuk menguasai penuh terhadap

media, objek dan situasi yang mewakili mereka di dalam gambar.”

( Silk & Thomas, 1990 )

Contoh aktiviti terapi seni ialah melukis, mewarna, membuat kolaj dan

menganyam tikar.

Kepentingan :

8

Page 9: 131502564-jenis-terapi

Menambahbaik dan mengekalkan kesihatan mental individu

Membantu kanak-kanak mengenalpasti fikiran dan perasaan melalui seni

Meningkatkan ekspresi kendiri dan daya imaginatif

Menyumbang kepada perkembangan personaliti kanak-kanak

Menggalakkan perkembangan fizikal, mental dan estatik kanak-kanak

Faedah :

Menyelesaikan konflik emosi

Meningkatkan kesedaran dan semangat kendiri

Membina kesedaran sosial

Mengubah tingkah laku

Membina strategi penyelesaian masalah

Meningkatkan kemahiran penguasaan hidup

2.6 TERAPI MUZIK

9

Page 10: 131502564-jenis-terapi

Definisi :

Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang

profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan,

pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah

satu teknik klinikal yang dijalankan oleh pakar berdasarkan kepada fakta-fakta

hasil kajian. Muzik merupakan satu getaran tenaga bunyi di mana getaran

tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga

wujud dalam tubuh dan minda manusia. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh

bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap

sebagai ubat yang memulihkan.

Menurut Peters, dalam The American Music Theraphy Association

(2000), terapi muzik bermaksud ”a planned, goal-directed process of

ineraction and intervention, bassed on assessment evaluation of individual

clients specific needs, strengths, and weakness, in which music or music

based experiences examples: (singing, playing music instruments, moving or

listening music) are specifically prescribed to be used by specially trained

personnel to influence positive changes in an individual’s condition, skills,

thoughts, feelings or behaviours”.

Muzik juga boleh didefinisikan sebagai kumpulan nada yang dihasilkan

oleh gabungan bunyi-bunyian daripada alat-alat yang disusun serta

mengandungi irama dan harmoni. Muzik sebagai satu wahana komunikasi

mampu merentasi sempadan negara, bangsa dan budaya serta dapat

mengumpulkan pendengar daripada pelbagai bangsa, budaya, agama dan

negara. Nyanyian dan muzik mampu menukar tingkah-laku seseorang iaitu ia

mampu menukar emosi seseorang menjadi tenang, pilu, hiba, menangis,

bermotivasi atau ke tahap yang tidak boleh dikawal akhlaknya. Ianya

mempunyai kaitan yang rapat dengan jiwa seseorang insan.

Terapi muzik adalah berkesan untuk meningkatkan atau menyediakan

suasana yang lebih tenang. Selain itu, terapi muzik juga melegakan

keresahan, kemurungan dan meringankan stress. Terapi muzik membantu

10

Page 11: 131502564-jenis-terapi

pesakit yang mempunyai masalah berkaitan emosi  untuk meneroka serta

menyelami perasaan mereka sendiri. Dengan cara ini mereka dapat 

melakukan perubahan yang positif  terhadap tingkah laku serta dapat

mempraktikkan penyelesaian masalah yang secara tidak langsung

merungkaikan dan menyelesaikan konflik mereka.

Kepentingan :

Memperbaiki kesihatan mental kanak-kanak

Meningkatkan keyakinan diri, luahan emosi diri dan interaksi.

Meningkatkan ekspresi kendiri dan daya imaginatif

Menyumbang kepada perkembangan personaliti kanak-kanak

Menggalakkan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak

Meningkatkan kemahiran pernafasan

Meningkatkan kemahiran artikulasi, kelancaran pertuturan dan

pembetulan suara.  

Faedah :

Meningkatkan kesedaran dan semangat kendiri

Mengubah tingkah laku

Merangsang kognitif kanak-kanak

Memperkukuh kemahiran berkomunikasi

Melegakan kemurungan, keresahan dan meringankan tekanan (stress)

3.0 AKTIVITI TERAPI

11

Page 12: 131502564-jenis-terapi

3.1 TERAPI FISIO / FIZIKAL

Aktiviti :

Sasaran :

Objektif : a) …

b) …

Masa :

Cara melaksanakan aktiviti :

a) …

b) …

3.2 TERAPI CARA KERJA

12

Page 13: 131502564-jenis-terapi

Aktiviti : Membuat ais krim milo

Sasaran : Murid pendidikan khas

Objektif : a) Meningkatkan kemahiran motor halus murid

b) Memberi kepuasan dan keseronokan ketika

melakukan kerja

c) Melatih murid bersabar dan bijak mengawal

emosi semasa melakukan kerja

Masa : 30 minit

Cara melaksanakan aktiviti :

a) Guru menyediakan dan mengedar bahan kepada murid

b) Guru menunjukkan cara membuat ais krim milo kepada murid iaitu :

- Ambil sebuah bekas air

- Bancuh milo di dalam bekas tersebut

- Masukkan air milo ke dalam plastik ais krim

- Simpan ais krim di dalam tempat sejuk beku yang terdapat dalam

peti ais

c) Murid mengikut apa yang ditunjukkan oleh guru.

d) Hasil yang diperoleh dapat dijadikan sebagai makanan ringan dan

dijual kepada murid lain untuk mengumpul dana bagi menjalankan

aktiviti pendidikan khas.

13

Ais krim milo yang telah siap diproses

Page 14: 131502564-jenis-terapi

3.3 TERAPI MAIN

Aktiviti : ‘ Siapa Cepat Dia Dapat ’

Sasaran : Murid Pendidikan Khas

Objektif : a) Meningkatkan interaksi sosial murid

b) Memberikan keseronokan kepada murid

c) Meningkatkan tahap keyakinan diri murid

Masa : 30 minit

Cara melaksanakan aktiviti :

a) Beberapa buah kerusi disusun membentuk sebuah bulatan.

b) Muzik akan dimainkan sepnjang permainan dan akan ditamatkan

berperingkat-peringkat.

c) Murid akan bergerak mengelilingi kerusi apabila muzik dimainkan.

d) Apabila muzik dihentikan, murid akan segera merebut kerusi untuk

duduk.

e) Murid yang tidak berjaya memperoleh kerusi akan dikira mati dan

diberikan denda oleh guru.

f) Guru akan menunjukkan satu gaya dan murid akan meniru gaya

yang ditunjukkan oleh guru sebagai denda.

g) Permainan diteruskan sehingga tinggal satu kerusi untuk direbut.

3.4 TERAPI PERTUTURAN

14

Page 15: 131502564-jenis-terapi

Aktiviti :

Sasaran :

Objektif : a) …

b) …

Masa :

Cara melaksanakan aktiviti :

a) …

b) …

3.5 TERAPI SENI

15

Page 16: 131502564-jenis-terapi

Aktiviti : Origami ( Ikan )

Sasaran : Murid Pendidikan Khas

Objektif : a) Melatih kordinasi tangan dan mata murid

b) Memberi keseronokan dan kepuasan kepada

murid

c) Meningkatkan daya kreatif dan imaginasi

murid

Masa : 30 minit

Cara melaksanakan aktiviti :

a) Guru mengedarkan bahan-bahan yang disediakan kepada murid.

b) Guru menunjukkan cara membuat origami ikan kepada murid iaitu :

- Lipat kertas ke atas secara diagonal sehingga membentuk segi

tiga.

- Buka lipatan segi tiga sehingga terlihat garis bekas lipatan.

- Lipat sedikit hujung kiri ke dalam dan lipat kembali ke atas.

- Ambil hujung atas dan lipat ke bawah tepat hingga bawah

kertas.

- Lalu lipat hujung kanan ke atas sehingga membentuk ekor.

c) Murid mengikut apa yang ditunjukkan oleh guru.

d) Hasil yang diperoleh dapat dijadikan hiasan di dalam kelas untuk

mendapatkan suasana kelas yang lebih ceria.

3.6 TERAPI MUZIK

16

Page 17: 131502564-jenis-terapi

Aktiviti : Membina marakas daripada bahan terbuang

Sasaran : Murid pendidikan khas

Objektif : a) Merangsang kognitif murid

b) Meningkatkan kemahiran motor halus murid

c) Memberi keseronokan dan kepuasan kepada

murid

Masa : 20 minit

Cara melaksanakan aktiviti :

e) Guru menyediakan dan mengedar bahan kepada murid

f) Guru menunjukkan cara membuat marakas daripada bahan

terbuang kepada murid iaitu :

- Ambil sebiji botol plastik yang kering dan bersih

- Masukkan kacang hijau di dalam botol plastik tersebut sehingga

separuh botol plastik

- Tutup botol plastik dengan penutup botol sehingga rapat

g) Murid mengikut apa yang ditunjukkan oleh guru.

h) Hasil yang diperoleh dapat dijadikan sebagai alat muzik semasa

menyanyi lagu di dalam kelas.

4.0 REFLEKSI

17

Botol plastik Kacang hijau

Page 18: 131502564-jenis-terapi

5.0 PENUTUP

18

Page 19: 131502564-jenis-terapi

Perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas sangat bergantung kepada usaha

yang dijalankan oleh pihak guru, ibu bapa, ahli terapi dan diri mereka sendiri.

Ransangan dan motivasi bukan sahaja kepada murid tetapi perlu juga kepada guru

dan ibu bapa. Ahli terapi memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan

keupayaan perkembangan kognitif, emosi dan tingkah laku kanak-kanak. Oleh itu

kesedaran awam mengenai terapi adalah perlu dan pada skala yang lebih luas

supaya perkembangan dan pemulihan individu dapat ditingkatkan.

Sebagai kesimpulan, terapi dalam pendidikan khas merupakan aktiviti yang

saling berkait dalam pembentukan insan yang bersepadu dan seimbang dari aspek

jasmani, rohani ,emosi, intelek dan sosial. Proses menjalani kehidupan yang

bermakna menjadi pemangkin kepada mereka sebagai satu titik tolak ke arah

kecemerlangan insan kelainan upaya. Semua pihak perlu memberi mereka ruang

dan masa yang secukupnya supaya mereka dapat membuktikan bahawa mereka

juga boleh menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara bertepatan

dengan Falsafah Pendidikan Khas dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

6.0 RUJUKAN

19

Page 20: 131502564-jenis-terapi

Jamila K.A. Mohamed. (2005). Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa.

Pahang : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Membuat Origami Ikan. Diakses pada 10.03.2013 dari

http://bermaindanbelajar.com/membuat-origami-ikan.html

Kendra Cherry. What is Art Therapy? Diakses pada 10.03.2013 dari http://psychology.about.com/od/psychotherapy/f/art-therapy.htm

20