12tt-norhaziana

9
Refleksi ini dibuat berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan pada 16 November 2015 bersamaan hari Isnin. Murid-murid yang terlibat adalah dari Tingkatan 2 Gemilang seramai 12 orang. Pelajar Tingkatan 2 Gemilang adalah kelas yang boleh dikatakan dalam kategori sederhana. Berlatar belakang dari kawasan perkampungan dan Felda, murid-murid di sekolah ini kebanyakkannya adalah dari kalangan keluarga yang sederhana dari segi ekonomi dan pendidikan. Oleh sebab itulah kebanyakan murid-murid di sekolah ini dalam tahap sederhana dari segi penguasaan pembelajaran mereka. Bidang pembelajaran yang di sampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran pada kali ini berkaitan dengan Demam Denggi. Bagi tajuk pembelajaran kali ini murid diminta mengenal pasti sifat- sifat nyamuk aedes dan menyatakan langkah mencegah demam denggi. Di samping itu pembelajaran pada kali ini diselitkan juga dengan beberapa soalan kemahiran berfikir aras tinggi seperti menghubungkaitkan sifat nyamuk aedes dengan penularan virus denggi dan meramal kesan apa yang akan berlaku jika kawasan persekitaran tidak dijaga dengan baik. Semasa menjalankan set induksi, saya menggalakan murid untuk berfikir sejenak tentang satu frasa perkataan tetapi saya mendapati murid-murid kurang berminat untuk berfikir dan mencari makna di sebalik kata-kata tersebut. Saya perlu membimbing mereka dengan mengemukakan soalan-soalan dan meminta mereka mengemukakan pandangan mereka. Saya telah menggunakan pendekatan atau kaedah penerangan bagi aktiviti perkembangan isi pelajaran pertama yang

Upload: haziana

Post on 15-Feb-2016

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

refleksi pdp

TRANSCRIPT

Page 1: 12TT-NORHAZIANA

Refleksi ini dibuat berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan pada

16 November 2015 bersamaan hari Isnin.  Murid-murid yang terlibat adalah dari Tingkatan 2

Gemilang seramai 12 orang. Pelajar Tingkatan 2 Gemilang adalah kelas yang  boleh dikatakan

dalam kategori sederhana. Berlatar belakang dari kawasan perkampungan dan Felda, murid-

murid di sekolah ini kebanyakkannya adalah dari kalangan keluarga yang sederhana dari segi

ekonomi dan pendidikan.  Oleh sebab itulah kebanyakan murid-murid di sekolah ini dalam tahap

sederhana dari segi penguasaan pembelajaran mereka.

      Bidang pembelajaran yang di sampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran pada kali ini

berkaitan dengan Demam Denggi. Bagi tajuk pembelajaran kali ini murid diminta mengenal

pasti sifat-sifat nyamuk aedes dan menyatakan langkah mencegah demam denggi. Di samping itu

pembelajaran pada kali ini diselitkan juga dengan beberapa soalan kemahiran berfikir aras tinggi

seperti menghubungkaitkan sifat nyamuk aedes dengan penularan virus denggi dan meramal

kesan apa yang akan berlaku jika kawasan persekitaran tidak dijaga dengan baik. Semasa

menjalankan set induksi, saya menggalakan murid untuk berfikir sejenak tentang satu frasa

perkataan tetapi saya mendapati murid-murid kurang berminat untuk berfikir dan mencari makna

di sebalik kata-kata tersebut. Saya perlu membimbing mereka dengan mengemukakan soalan-

soalan dan meminta mereka mengemukakan pandangan mereka.

      Saya telah menggunakan pendekatan atau kaedah penerangan bagi aktiviti perkembangan

isi pelajaran pertama yang mana penggunaan contoh-contoh dengan penerangan adalah asas

dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya menggunakan benda maujud iaitu model bekas

takungan air. Hal ini kerana ianya akan dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan lebih

berkesan. Guru akan membimbing pelajar membuat ramalan terhadap bekas takungan air

tersebut apabila didedahkan selama seminggu. Setiap pandangan pelajar akan diambil kira. Idea

yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan susah, lebih mudah difahami apabila menggunakan

contoh-contoh yang mudah kepada yang lebih konkrit. Contoh-contoh juga boleh ditunjukkan

dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi juga digunakan. Saya juga bersoal jawab dengan murid

tentang demam denggi dan meminta mereka berbincang dalam kumpulan kecil menggunakan

peta buih.

      Bagi aktiviti kedua, murid sudah berada kumpulan koperatif masing-masing. Kaedah

yang saya gunakan adalah kaedah kumpulan pelbagai. Pengumpulan jenis ini adalah amat sesuai

bagi aktiviti pembelajaran yang memerlukan bimbingan dari murid-murid yang cerdas bagi

Page 2: 12TT-NORHAZIANA

murid-murid yang kurang cerdas. Dengan cara ini, bakat kepimpinan murid-murid yang cerdas

dapat dikembangkan serta nilai-nilai murni seperti semangat bekerjasama, bertimbangrasa,

bertanggungjawab dan toleransi dapat dipupuk dalam kumpulan jenis ini.  

Semasa aktiviti kedua ini, guru menggunakan teknik jigsaw. Guru telah memecahkan

kumpulan asal ke dalam kumpulan pakar. Dalam kumpulan pakar, guru meminta pelajar

membincangkan satu langkah mencegah demam denggi juga membina dua soalan wawancara

berdasarkan langkah pencegahan demam denggi. Selepas itu pelajar bergerak semula dalam

kumpulan asal untuk membincangkan hasil yang diperolehi. Setelah mereka selesai

membincangkan setiap hasil dalam kumpulan pakar dalam kumpulan asal, saya meminta murid

membentangkan hasil kerja mereka dan bersama-sama menyemak jawapan yang telah diberi

mengikut kumpulan masing-masing. Hasil jawapan yang diberi, saya dapati mereka faham dan

tahu untuk menjawab soalan tetapi masih perlu dibimbing oleh saya.

Akhir sekali untuk bahagian penutup, aktiviti memerlukan pelajar menghubungkait dan

meramal situasi baru yang boleh dikaitkan dengan tajuk pada hari ini. Selesai aktiviti, guru

membuat kesimpulan tentang pengajaran pada hari tersebut.

5.3 Refleksi

Pengajaran dan pembelajaran pada hari ini boleh dikatakan berjaya mencapai objektif.

Pertama ialah kejelasan saya dalam memberikan arahan dan pengajaran. Kejelasan penyampaian

memainkan peranan yang penting dalam pengajaran saya. Arahan yang  jelas dan ringkas

memudahkan pelajar memahami kehendak saya dan bagaimana sesuatu aktiviti itu harus

dijalankan. Pengajaran dapat disampaikan dengan jelas barulah pelajar dapat menjalankan

pembelajaran dengan lancar. Seterusnya, mereka dapat melakukan aktiviti bertulis dengan betul

tanpa melakukan sebarang kesalahan dan dapat mempelajari ilmu yang baru yang diajar pada

hari itu.

5.4 Kekuatan

Kelebihan lain dalam pengajaran saya ialah kelantangan suara. Dengan suara yang

lantang, pelajar dapat mendengar apa yang disampaikan dengan jelas dan seterusnya membantu

Page 3: 12TT-NORHAZIANA

pemahaman pelajar dalam pembelajaran. Kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam

menyampaikan sesuatu. Kelantangan suara dapat menarik tumpuan pelajar supaya fokus kepada

isi pelajaran saya tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Apabila saya menanyakan

soalan, pelajar dapat mendengar dengan jelas serta menjawab dengan betul menunjukkan

kefahaman mereka terhadap penyampaian saya.

Ketegasan adalah terkandung dalam kelantangan suara semasa menyampaikan pelajaran.

Ini membuatkan pelajar lebih hormat kepada guru. Saya dapati murid-murid  dalam kelas ini,

dapat memerima penerangan dengan baik dan mudah memahami penerangan yang

diberikan.  Murid-murid memberi respon dengan menjawab soalan-soalan secara lisan yang

ringkas yang diutarakan sebagai menguji pemahaman mereka terhadap penerangan yang

disampaikan. Seterusnya guru dapat mewujudkan kumpulan pembelajaran koperatif yang lebih

baik daripada aktiviti sebelumnya.

Guru telah menyediakan bahan maujud yang dapat menimbulkan minat pelajar untuk

mengekalkan perhatian mereka sepanjang sesi permulaan pengajaran tersebut. Tujuannya ialah

untuk menolong, memudah dan memperkukuhkan lagi pengajaran guru supaya aktiviti

pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. Hal ini penting kerana ia akan

membantu guru melalui proses-proses pencapaian objektif pelajaran pada hari tersebut. Jika

murid hilang minat kebarangkalian untuk mencapai objektif menjadi tipis. Selain daripada itu,

penggunaan bahan pengajaran seperti peta grafik dan peta buih sangat membantu dalam

mengembangkan kognitif pelajar. Sekali gus dapat membantu pelajar menggerakkan minda

untuk berfikir.

Kelebihan yang lain ialah guru menyebatikan kemahiran berfikir aras tinggi dalam

pengajaran pada kali ini. Pada masa kini, kemahiran berfikir merupakan aspek yang penting

untuk diterapkan kepada para pelajar. Hal ini kerana kemahiran berfikir

dapat  memperkembangkan lagi potensi setiap individu khususnya pelajar untuk menghasilkan

idea-idea baru. Peranan guru menjadi faktor utama dalam merealisasikan pelajar yang mampu

mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam pembelajaran mereka.

5.5 Kelemahan

Walaubagaimanapun masih terdapat beberapa kelemahan yang masih tidak dapat diatasi

pada kali ini. Pertamanya ialah saya dapati ada beberapa orang pelajar dalam kumpulan yang

Page 4: 12TT-NORHAZIANA

kelihatan tidak memberi perhatian semasa sesi pengajaran, saya faham kerana sudah berada pada

akhir tahun sesi persekolahan. Apapun saya telah memberi teguran dan memanggil mereka

supaya memberi perhatian. Selain daripada itu mereka masih sukar untuk berbincang dalam

kumpulan biarpun mereka sudah mengenali ahli kumpulan mereka sepanjang berada di dalam

kelas.

Walaupun mereka faham apa yang diperlukan dalam proses pembelajaran pada hari ini

mereka masih tidak mampu menggerakkan kumpulan pakar masing-masing. Tiada sebarang

tindak balas yang dilakukan oleh para pelajar. Jadi, disini tidak berlaku pergantungan positif

antara ahli dalam kumpulan. Guru hanya dapat membantu mewujudkan interaksi sosial antara

mereka supaya bersama-sama berbincang untuk mendapatkan jawapan tentang tugasan

kumpulan yang diberikan. Pada peringkat ini, organisme akan memperolehi satu siri tingkah laku

yang baru iaitu, setiap rangsangan yang dilakukan akan menimbulkan gerak balas. Seseorang

individu dan manusia akan memberi respon apabila sesuatu ransangan yang menarik minat

mereka ditunjuk ataupun diulangi.

Antara kekangan lain ialah hanya sebahagian kecil pelajar yang komited dalam

pembelajaran sementara pelajar lain mengambil kesempatan diatas usaha rakan mereka yang

komited itu. Pelajar yang mempunyai tahap ego yang tinggi yang terlibat pula kebanyakannya

tidak berminat untuk membantu pelajar yang lemah. Sebaliknya pelajar yang lemah merasakan

dirinya tidak pandai akan menjadi pasif, tidak mahu berbincang dengan rakan yang lain. Oleh itu

perkara ini menjadikan perbincangan dalam kumpulan semakin sukar.

Namun begitu, melalui penilaian yang dibuat semasa pembentangan hasil kerja kumpulan

saya dapati murid-murid dapat mencapai objektif  yang diharapkan kerana semua soalan yang

diberi dapat dijawab dengan betul. Hal ini disokong pula dengan hasil kerja latihan bertulis

secara individu yang telah diberi.  Setelah saya semak hasil kerja mereka saya dapati semua

orang dapat menjawab dengan betul sekurang-kurangnya tiga  dari lima soalan yang diberi.

Kelemahan seterusnya ialah ketepatan mengikut masa. Ketepatan masa penting bagi

memastikan proses p&p berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman

dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk

menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-

gangguan dan hal- hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan

sesuatu langkah tidak seiring. Walau bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu

Page 5: 12TT-NORHAZIANA

terjejas dan dapat dijalankan dengan baik. Namun begitu, guru perlu memastikan murid faham

akan isi pembelajaran daripada terikat dengan masa. Guru perlu fleksibel tentang masa.

5.6 Langkah mengatasi/ penambahbaikan

Bagi permasalahan saya yang pertama, saya hendaklah lebih berwaspada dan

menumpukan perhatian semasa menjalankan pengajaran. Saya perlu lebih peka kepada pelajar

ini. Sistems papan ganjaran diperkenalkan kepada pelajar-pelajar dalam kelas. Setiap pelajar

telah mempunyai kumpulan koperatif masing-masing. Ganjaran dan dendaan ini diberikan

mengikut kumpulan. Sebagai permulaan, saya memberikan setiap kumpulan tiga token.

Sekiranya tingkah laku murid-murid adalah baik sepanjang PdP yang dijalankan untuk satu sesi,

maka satu permata akan kepada kumpulan tersebut. Manakala, untuk kumpulan yang tidak

mematuhi mana-mana peraturan-peraturan yang disenaraikan, maka satu token dari kumpulan

mereka akan diambil oleh guru.

Seterusnya, pengulangan arahan diberikan sebanyak tiga kali dan saya perlu mula

mendekati para pelajar daripada satu kumpulan ke kumpulan yang lain. Hasilnya, para pelajar

mula memberi tindak balas yang positif dan melaksanakan tugasan yang diberi. Oleh itu, selain

daripada menjadi fasilatator saya seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti pelajar.

Dengan itu, saya akan dapat memerhati masalah kurang berinteraksi dalam kumpulan ini. Maka

saya dapat membantu pelajar secara dekat semasa mereka menjalankan aktiviti dan lebih mudah

mengenal pasti kelemahan melalui pemerhatian. Oleh itu, murid akan cuba sedaya upaya untuk

berbincang dengan rakan dalam kumpulan. Guru juga boleh memberi tunjuk ajar kepada murid

yang lemah dan murid juga boleh berinteraksi dengan guru dengan mudah.

Masalah seterusnya ialah melibatkan masa pula. Masa  pengajaran dan pembelajaran

yang ditetapkan adalah supaya kita tidak terguna masa guru lain yang masuk ke kelas pada

waktu yang seterusnya. Masa adalah salah satu elemen yang perlu dikira dalam setiap pdp. Guru

perlu fikirkan apa jenis bahan bantu mengajar, bahan pengajaran yang boleh digunakan dan

sesuai dengan tahap penguasaan muridnya. Walaupun saya menetapkan lima minit diluangkan ke

atas langkah set induksi, tetapi saya telah terlebih guna. Ini menyebabkan langkah pengajaran

perlu dikurangkan. Oleh itu saya gabungkan 20 minit untuk penerangan dan latihan supaya

murid lebih faham isi pembelajaran. Pada akhir pengajaran, saya telah gunakan 5 minit untuk

meneliti kerja murid seterusnya membuat teguran terutama kepada murid lemah yang

dikenalpasti.

Page 6: 12TT-NORHAZIANA

Oleh yang demikian, di sini saya boleh rumuskan bahawa kaedah-kaedah yang saya

gunakan berjaya dilaksanakan dan murid-murid menglibatkan diri secara aktif  semasa proses

pengajaran dan pembelajaran berlaku.  Saya harapkan di masa akan datang, saya akan dapat

mempelbagaikan lagi kaedah-kaedah bagi menarik minat pelajar supaya pelajar akan dapat

memahami sesuatu topik yang disampaikan dengan lebih jelas.  Penggunaan kaedah dan teknik

yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu lebih menarik dan akan memberi ruang

untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu

dan bosan. Saya juga boleh sentiasa melibatkan murid dengan aktif dengan meminta pelajar

memberi idea serta cadangan, pandangan, berbincang, menyoal.

Pelajar perlu mendengar maklumat yang bermakna dengan mengaitkan ilmu baru dengan

pengetahuan sedia ada. Pada masa yang sama murid perlu terlibat dengan aktiviti lisan seperti

perbincangan dan kolaborasi, menulis kritikal dan kreatif, melukis, melakar atau melakukan

sesuatu secara hands-on. Akhirnya murid perlu melakukan aktiviti refleksi pelajaran tentang

apakah yang telah dipelajari, apakah maknanya, bagaimana perasaan setelah melalui proses

pembelajaran, apakah yang akan dilakukan sebagai lanjutan, apakah yang telah dilakukan,

bagaimana menambahbaik amalan pembelajaran topik atau konsep berkenaan dan sebagainya.

Maka pembelajaran koperatif yang diamalkan ini akan berjaya membentuk pelajar-pelajar yang

menepati ciri koperatif.